lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Empty Image
Tujuh Calon Duduki SPM Di Hospital
Antara calon yang menduduki SPM di HSNZ, Kuala Terengganu.Tujuh daripada 20,526 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Terengganu menduduki peperiksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, bermula hari ini.Melalui tinjauan media, ada di antara pelajar berkenaan terlibat dengan kemalangan, demam denggi, asma dan menghidap sawan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, Bazlan Abd Rahman berkata, jumlah itu melibatkan 18,642 calon dari sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan."Selain itu, selebihnya calon dari MRSM (770), SMA Negeri (77), sekolah swasta (110), persendirian (927) dan Calon Berkeperluan Khas (73)."Jumlah pusat terlibat di seluruh Terengganu adalah sebanyak 172 dengan penglibatan seramai 1,377 petugas sepanjang peperiksaan ini berlangsung," katanya.Beliau ditemui pemberita ketika melawat calon SPM di HSNZ, Kuala Terengganu, hari ini.Dalam pada itu, Bazlan menegaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi banjir di Terengganu terutamanya ketika musim peperiksaan yang sedang berlangsung."Kita sudah biasa menghadapi bencana banjir sebelum ini. Maksud saya, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) sentiasa bersedia kerana sentiasa menghadapi banjir."Seperti di DUN Batu Rakit, ada satu sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Rakit tapi masih boleh mengambil peperiksaan tapi kita hantar menggunakan kenderaan tentera ekoran laluan masuk ditenggelami air," katanya.Selain dari itu, beberapa sekolah lain seperti SMK Bukit Payung, Marang dan SMK Kuala Jengal, Dungun turut diberi perhatian jika laluan ke sekolah tersebut turut dinaiki air.
05 Nov 17
581
Empty Image
Pelajar Terengganu Lakar 70 Kejayaan
 Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang (dua dari kiri)  menyampaikan hadiah  Pertandingan Akhir dan Majlis Penyampaian Hadiah Terengganu-Exxon Mobil Mathemathics Innovation Challenge (TexMIC) dan Spark Your Creativity Challenge (SYCC) . Foto Zulkifli C W Putra Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) menyifatkan 2017 sebagai tahun kemenjadian murid di Terengganu  apabila  melakar lebih 70 kejayaan serta pencapaian terbaik di peringkat nasional dan antarabangsa.Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin, berkata antara kejayaan besar yang berjaya dicapai melalui pertandingan inovasi menerusi Program Sains Teknologi Matematik (STEM).“Jika dikira sekali dengan penyertaan dalam bidang sukan, kita berjaya capai lebih 70 kejayaan dengan lebih 10 pencapaian terbaik di peringkat antarabangsa.“Tahun ini hasil inovasi pelajar dalam STEM juga menunjukkan peningkatan ketara berbanding dua tahun lalu iaitu pada 2015 dan 2016 malah boleh dikatakan STEM sekolah di Terengganu telah merangkul  lebih 30 kemenangan di kebangsaan,” katanya.Beliau berkata demikian pada Program Pertandingan Akhir dan Majlis Penyampaian Hadiah Terengganu-Exxon Mobil Mathemathics Innovation Challenge (TexMIC) dan Spark Your Creativity Challenge (SYCC) di Pusat Sains dan Kreativiti (PSKT), Kampung Laut, Kuala Terengganu, semalam.Program itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang Shafruddin berkata, kejayaan dalam kemenjadian murid serta melahirkan sekolah berkualiti sejajar dengan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMG2) serta bertepatan dengan falsafah pendidikan dan hasrat Transformasi Terengganu Baharu (TTB).“Bukan mudah untuk melakar kejayaan di peringkat antarabangsa, dan usaha ini dibuktikan dengan kejayaan pelajar kita mencapai lebih 10 kemenangan di peringkat antarabangsa menerusi pertandingan inovasi dan sukan.“Faktor ini mendorong ExxonMobil bersetuju menaja RM50,000 kepada satu pasukan inovasi dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Batu Rakit bagi pertandingan STEM di Beijing, China November ini,” katanya.Selain itu, Shafruddin berkata, kerajaan juga bersetuju memperuntukkan RM20,000 bagi dua buah sekolah yang akan menyertai pertandingan robotik di World Robot Olympiad di Costa Rica pada 10 hingga 12 November ini.“Setiap sekolah akan menghantar lima wakil termasuk seorang guru bagi pertandingan itu, kesemua mereka perlu dapatkan dana sehingga RM35,000 bagi menampung perbelanjaan termasuk kos pengangkutan dan tempat tinggal sepanjang di sana.“Alhamdulillah, dengan sumbangan ini, mereka akan berjaya menyertai pertandingan itu dan kita harap membawa khabar gembira bagi perkembangan teknologi dalam inovasi STEM di negeri ini yang mana merupakan negeri terbanyak menghantar penyertaan,” katanya.
04 Nov 17
112
Empty Image
Majlis Restu Ilmu Bangkit Semangat Pelajar SMKCB
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ceneh Baru (SMKCB), Kemaman yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bermula Isnin ini, diraikan di Majlis Restu Ilmu, di sekolah itu, hari ini.Majlis dua jam bermula 8 pagi melibatkan 85 calon SPM dan 70 calon STPM sebagai medan pertemuan untuk guru memberi kata-kata semangat dan motivasi sebelum pelajar berkenaan menempuhi peperiksaan penting itu.Pengetua SMKCB, Tengku Shahrir Tengku Dahlan berkata, majlis itu sebagai penutup tirai pertemuan dengan pelajar bagi memastikan peperiksaan pada 6 hingga 28 November ini dapat ditempuhi dengan tenang dan lancar.“Saya berharap agar keputusan SPM dan STPM pada tahun ini meningkat berbanding tahun sebelumnya.“Tidak lupa juga harapan daripada semua guru SMKCB agar ada calon SPM tahun ini mendapat semua A manakala bagi calon STPM pula mendapat 4 flat,” katanya.Hadir sama pada majlis itu, Penolong Kanan Pentadbiran, Ramlah Ahmad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Mohd Abdillah Taha dan Penolong Kanan Kokurikulum, Hassan Mohd Nor.Pada majlis itu juga, Shahrir turut menyampaikan sedikit sumbangan alatan tulis kepada pelajar berkenaan.Shahrir berharap agar mereka dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan mencapai keputusan cemerlang demi masa depan masing-masing.“Tidak lupa juga kepada tenaga pengajar, guru-guru SMKCB yang selama ini bertungkus-lumus bagi mengajar dan mencurahkan ilmu kepada para pelajar.“InsyaAllah segala ilmu yang dikongsi itu dapat membawa kebaikan kepada calon SPM dan STPM akan datang,” katanya.
02 Nov 17
385
Empty Image
Produk BF Nano Vesicles Untuk Rawatan Kulit
Prof Madya. Dr. Mohd Zul Helmi  bersama produk yang menggunakan formulasi nanovesicles ciptaannya. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailUniversiti Malaysia Terengganu (UMT) melakar sejarah apabila menghasilkan produk BF Nano Vesicles yang menjurus kepada teknologi bahan penyerapan pantas nanoteknologi bagi penggunaan dan rawatan kulit kosmeseutikal.Ketua Penyelidiknya, Prof Madya. Dr. Mohd Zul Helmi Rozaini berkata, nanovesicles adalah inovasi produk kosmetik perubatan hybrid yang menggabungkan kesan penyerapan sepantas lima kali ganda daripada produk konvesional untuk memastikan keanjalan kulit kekal halus dan tegang sepantas 12 jam dan juga bersifat antiseptik iaitu berupaya melindungi kulit daripada bakteria merbahaya yang boleh berjangkit.Katanya, nanovesicles diformulasikan daripada teknologi nanovesikel yang bersifat nanoteknologi digabungkan dengan ekstrak minyak pati pokok cucur atap atau nama saintifiknya Baeckea Frutescens yang tumbuh meliar di sekitar kawasan sekitar pantai Kuala Nerus.“Setakat ini, set produk penjagaan kulit yang terdiri daripada Caliph Kids Serum, Jamu Mak Dara perfect skin solution Moisturizer SPF30, Jamu Mak Dara perfect skin solution Serum dan ZN IV DD Cream SPF50 telah menggunakan formulasi ini.“Formulasi nanovesicles adalah produk penjagaan kulit yang tidak mengandungi steroid dan bebas paraben dan juga menggunakan formulasi yang dirumus khas untuk kulit sensitif,” ujarnya kepada pemberita sempena Sidang Media Penyelidikan Dan Inovasi- Malim UMT di Galeri Korporat UMT, Kuala Nerus, semalam.Pada majlis itu, UMT mengete­ngahkan kejayaan enam penyelidik institusi itu yang berjaya menghasilkan beberapa inovasi baharu dan memberi impak besar.Mereka ialah Prof. Madya Dr. Noraznawati Ismail, Prof. Madya Dr. Wan Mohd. Khairul Wan Mohamed Zin, Prof. Madya Dr. Lam Su Shiung, Dr. Wan Iryani Wan Ismail, Prof. Madya Dr. Zul Helmi Rozaini dan Dr. Nor Azman Kasan.Dr. Noraznawati merupakan pensyarah merangkap Timbalan Pengarah Institut Bioteknologi Marin (IMB) di UMT, manakala Dr. Wan Mohd. Khairul (pensyarah Pusat Pengajian Sains Asas), Dr. Lam (Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan), Dr. Wan Iryani (pensyarah kanan PPSA), Dr. Zul Helmi (pensyarah di IMB) dan Dr. Nor Azman (pensyarah Institut Akuakultur Tropika).Dr. Noraznawati berjaya meng­hasilkan sejenis alat pengesan Endotoxin pantas atau Tal Kit yang terhasil daripada penyelidikan ke atas darah belangkas.Dr. Wan Mohd. Khairul pula menghasilkan AceTHIO-Sense iaitu bahan pengesanan organik hijau untuk pengesanan gas karbon dioksida dalam pemantauan pencemaran udara.Dr. Lam dengan produk Pyro Fuel iaitu biobahan api daripada gelombang micro pyrolysis daripada sisa biojisim (biomass) yang fungsinya antara lain sebagai bahan bakar, boiler, penjanaan tenaga atau enjin kenderaan.Sementara itu, Dr. Wan Iryani menghasilkan produk Marno atau Marine Nanoparticle Reducing Agent from Malaysia Shore yang merupakan bahan penurun yang dihasilkan daripada hidupan laut iaitu umpun-umpun ataupun polycheate.Manakala Dr. Nor Azman de­ngan produk Rapid Biofloc iaitu teknologi hijau bagi pe­ngurusan udang dalam industri akuakutur.
01 Nov 17
229
Empty Image
Peruntuk RM20,000 Untuk Dua Sekolah Sertai Kejohanan World Robotic Olympiad
A. Latif bersama peserta Pertandingan Terengganu- Exxonmobil Mathematics Innovation Challenge (TExMIC) dan Spark Your Creativity Challenge (SYCC) di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Kuala Terengganu. Foto Zulkifli C W PutraKerajaan negeri menyumbangkan sebanyak RM20,000 kepada dua sekolah di negeri ini yang akan menyertai Kejohanan World Robotic Olympiad di Costa Rica, pada 10 dan 11 November ini.Sekolah Kebangsaan Kerteh di Kemaman dan Sekolah Menengah Sains Setiu (Setiu) masing-masing menerima sumbangan RM10,000 untuk menampung sebahagian kos yang ditanggung bagi setiap sekolah untuk menyertai pertandingan itu Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi negeri, A. Latif Awang berkata, bantuan itu membuktikan sokongan kerajaan negeri atas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh pelajar terbabit.Katanya, secara tidak langsung mereka ini mencabar diri dan minda untuk bersaing di peringkat antarabangsa untuk mempamerkan kreativiti dalam bidang robotik``Usaha sekolah berkenaan amat dipuji  walaupun terpaksa  berusaha sendiri untuk mencari dana, termasuk meminta sumbangan daripada ibu bapa  bagi membolehkan membawa pelajar menyertai ke pertandingan yang lebih tinggi``Saya amat berbangga dengan mereka dan kerajaan negeri sentiasa menyokong mana-mana sekolah yang dapat mencipta kejayaan di peringkat yang lebih tinggi,’’ katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Terengganu- Exxonmobil Mathematics Innovation Challenge (TExMIC) dan Spark Your Creativity Challenge (SYCC) di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Kuala Terengganu, petang semalam.Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri (JPNT)  Shaifuddin Ali Hussein, Pengurus Pangkalan Bekalan Kemaman, ExxonMobil, Mohd Badli Mohd Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif PSKT Prof Madya Dr Wan Nor Liza Mahadi.Difahamkan ketika diperingkat kebangsaan baru-baru ini  sekolah terbabit mendapat tempat kedua dan tidak layak mendapat tajaan bagi menyertai pertandingan di peringkat tersebut, hanya  diberikan kepada pemenang sahaja.Katanya, bagaimapun pelbagai usaha telah diambil oleh pihak sekolah tersebut untuk mencari dana bagi mencukupkan perbelanjaan yang diperlukan kira-kira RM35,000 bagi setiap sekolah untuk membawa empat peserta dan seorang guru pengiring.Sementara itu, Pengarah JPNT, berkata Terengganu pada tahun ini  agak cemerlang kerana lebih 70 kemenangan dicapai juara sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.``Ini membuktikan kemenjadian murid dalam pelbagai aktiviti sama ada dalam bidang inovasi, akademik, kokurikulum dan sukan ditahap yang amat membanggakan,’’ katanya.Dalam pertandingan TExMIC itu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Razali Ismail menjadi juara bagi ketegori menegah atas, manakala bagi kategori menengah rendah dimenangi oleh SMK Dato’ Mohd Said dan kategori sekolah rendah dimenangi oleh SK Pagar Besi.Masing-masing menerima wang tunai RM1,200, piala, plak dan sijil penghargaan.
31 Oct 17
201
Empty Image
Terengganu Belanja RM2.1 Juta Untuk Pelajar STPM 2017
Ahmad Razif menyampaikan Bantuan Pendidikan STPM 2017 kepada salah seorang pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan tersebut pada November ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Kerajaan negeri memperuntukkan bantuan pendidikan berjumlah RM2.1 juta kepada 2,107 pelajar yang bakal menghadapi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bermula 15 November ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sepanjang Bantuan Pendidikan STPM diperkenalkan sejak 2008, kerajaan negeri sudah membelanjakan RM18.8 juta.Katanya, Terengganu sememangnya mempunyai rekod terbaik sejak kebelakangan ini dalam peperiksaan tersebut."Kita sudah mencapai tiga tahun berturut-turut keputusan STPM terbaik di mana dalam keputusan STPM 2016, kita telah mencatat bilangan A meningkat dari 50 orang (2015) kepada 70 orang."Untuk tahun ini, kita meletakkan sasaran seramai 90 orang mencatatkan bilangan semua A," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan STPM 2017 Yayasan Terengganu Daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu di Duyung Marina & Resort, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir Pengarah Yayasan Terengganu, Hishamudin Hashim, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil.Dalam pada itu, Ahmad Razif, berharapagar prestasi baik STPM pada tahun sebelumnya dapat diulangi pada tahun ini."Kalau kita berjaya ulanginya pada tahun ini kita akan dapat (terbaik) untuk tahun yang keempat berturut-turut."Kita yakin tahun ini. InsyaAllah kita berkeyakinan penuh dapat kekalkan sebagai juara," katanya.
26 Oct 17
155
Empty Image
Dua Sekolah Terengganu Menang Anugerah SLAAS
Dua buah sekolah di negeri ini telah memenangi tiga anugerah dalam Program Lestari Anugerah Alam Sekitar ( SLAAS) 2017.Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuala Kemaman memenangi kategori utama iaitu Anugerah SLAAS manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin memenangi Anugerah Khas (Keusahawan). “Lebih membanggakan apabila Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin iaitu Hajah Zah Mohamed telah menerima Anugerah Khas Kepimpinan,” ujarnya.Shafruddin berkata, penyampaian anugerah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Mohamad Hasan dalam satu majlis yang diadakan di d'Tempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan, kelmarin.Katanya, anugerah yang dimenangi itu sangat bererti buat semua yang terlibat samada di peringkat sekolah mahupun jabatan.“Ianya adalah rezeki yang sangat bernilai selepas 10 tahun menanti kerana setiap tahun kita tidak pernah ketinggalan untuk menghantar penyertaan dan kali ini adalah tahun yang paling bermakna.“Berkat doa, kesungguhan peserta dan kerjasama semua pihak Terengganu berjaya memperoleh kejayaan membanggakan dalam pertandingan berkenaan,” ujarnya.Shafruddin turut mengharapkan, kemenangan tersebut menjadi pendorong kepada sekolah lain untuk turut mencapai kecemerlangan dalam pelbagai pertandingan.Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar merupakan program usahasama Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia.Sekolah Lestari bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dari segi aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan.
23 Oct 17
521
Empty Image
Kisah Pilu Di Sebalik Konvokesyen Ke-9 UniSZA
Sebalik kegembiraan ribuan pelajar bersama keluarga meraikan Majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kali ke-9 di Dewan Al Muktafi Billah Shah, UniSZA Gong Badak semalam, seorang ibu menyimpan kisah duka apabila terpaksa mengambil sendiri ijazah arwah anaknya.Ibu kepada empat anak, Rofidah Hussein, 51, mewakili anak sulungnya Muhammad Azadi Mohamad Anuar, 24, penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Komputer) yang meninggal dunia pada 25 Januari lalu kerana masalah jantung.Menurut pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah itu, dia terpaksa menguatkan semangat untuk naik ke pentas menerima ijazah bagi pihak Allahyarham Muhammad Azadi sebagai mengenang kegigihan arwah menghabiskan pengajian ketika sedang melawan penyakit sejak 2015."Arwah didiagnosis mengalami masalah jantung pada 2015 dan akibat masalah itu dia terpaksa menangguhkan pengajiannya di UniSZA selama setahun."Walaupun sakit arwah sangat cekal, tidak banyak mengeluh dan berdikari sendiri berulang-alik dari Terengganu ke Kedah termasuk di penghujung hayatnya ketika sedang praktikal di UniSZA, arwah kuatkan semangat pulang ke kampung di Alor Setar bagi bertemu semua keluarga untuk menyambut hari lahirnya tanggal 20 Januari lalu, lima hari sebelum pergi meninggalkan kami,"katanya.Kata Rofidah lagi, walaupun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan, arwah tidak menyusahkannya dan suami, Mohamad Anuar Ismail, 51, dan tiga adiknya yang berusia 16, 20 dan 23 tahun malah kekuatan yang ditunjukkan arwah menjadi contoh terbaik kepada adiknya.Walaupun masih sedih kerana tidak dapat melihat arwah mengambil sendiri ijazahnya, Rofidah dan suaminya tetap gembira kerana arwah mengharumkan nama keluarga walaupun kini tanpa jasad di sisi mereka.Ijazah berkenaan disampaikan Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Prof Dr Mohd Yusof Md Nor.Terdahulu, istiadat pembukaan majlis itu disempurnakan Canselor UniSZA, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.Turut berangkat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan anakanda baginda, Tengku Fatimatuz Zahra’.Hadir sama, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria; Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Yusof Md. Nor; Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Prof. Emeritus Dato' Dr. Kamarudin Hussin dan Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif.Seramai 2,359 graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) diraikan dalam Majlis Konvokesyen Ke-9 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus sepanjang tiga hari bermula semalam.Daripada jumlah itu, seramai 18 graduan dianugerahkan ijazah doktor falsafah, graduan sarjana (59), sarjana muda (1,321) dan diploma (961).
22 Oct 17
447
Empty Image
2,359 Graduan UniSZA Dirai Di Majlis Konvokesyen Ke-9
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA menyempurnakan istiadat pembukaan majlis konvokesyen UniSZA pada hari pertama, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailSeramai 2,359 graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) diraikan dalam Majlis Konvokesyen Ke-9 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus sepanjang tiga hari bermula hari ini.Daripada jumlah itu, seramai 18 graduan dianugerahkan ijazah doktor falsafah, graduan sarjana (59), sarjana muda (1,321) dan diploma (961).Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA menyempurnakan istiadat pembukaan majlis berkenaan.Turut berangkat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan anakanda baginda, Tengku Fatimatuz Zahra’.Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmaf Razif Abd Rahman dan isteri, Toh Puan Seri Halina Zakaria; Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Yusof Md. Nor; Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Prof. Emeritus Dato' Dr. Kamarudin Hussin dan Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif.Pada majlis konvokesyen ke-9 ini, UniSZA turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Undang-undang kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai pengiktirafan kepada sumbangan beliau dalam bidang kehakiman negara selama ini.Selain itu, UniSZA juga menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah bagi bidang Pengurusan dan Kepemimpinan kepada Gabenor Sulawesi Selatan, Indonesia, Dr. H. Syahrul Yasin Limpo.Anugerah Pelajaran Diraja dirangkul dua pelajar masing-masing graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin), Mohamad Farid Abdul Talib, 24, dan Muhammad Fauzan Abdul Hamid, 25, yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan.Sementara itu, Nur Izzati Suhaimi, pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris menerima Anugerah Terbaik Fakulti Bahasa dan Komunikasi dan bagi Fakulti Biosumber dan Industri Makanan pula menjadi milik Nurul Hidayah Yaakob (Pingat Ibnu Al-Awwam).Chang Yue Mei pula meraih Anugerah Malaysian Institute of Food Technology manakala Nur Afifa Hashim (Anugerah Alumni Teknologi Makanan) di samping Maizatul Aqmal Mazlan (Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan).
21 Oct 17
815
Empty Image
Peguam Negara Dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang UniSZA
Sultanah Terengganu berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang  kepada Mohamed Apandi di Majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailPeguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang  di Majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kesembilan di UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA berkenan menyampaikan anugerah itu kepada Mohamed Apandi, 67,  sebagai pengiktirafan terhadap jasa serta sumbangan beliau yang tidak berbelah bahagi dalam perundangan negara.Mohamed Apandi berasal dari Kampung Pendek, Kota Bharu, Kelantan adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of London, Britain pada 1972 sebelum memperoleh Bar-At-Law dari Inner Temple London (1973).Beliau pernah berkhidmat sebagai Majistret, Pengarah Biro Bantuan Guaman Kota Bahru, sebelum dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya, seterusnya Penasihat Undang-Undang Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, peguam dan Pesuruhjaya Kehakiman, diikuti Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan serta seterusnya dilantik sebagai Peguam Negara sejak 27 Julai 2015 sehingga kini.Mohamed Apandi berkata, penganugerahan Ijazah Kehormat itu merupakan penghormatan tinggi terhadap bidang kehakiman khususnya Jabatan Peguam Negara."Anugerah ini mengembalikan nostalgia saya kerana perkhidmatan saya dalam bidang perundangan dan kehakiman bermula di Terengganu, sebagai majistret di Mahkamah Kuala Terengganu pada tahun 1973. "Enam tahun saya di Terengganu.. tiga tahun sebagai majistret dan tiga tahun lagi sebagai Timbalan Pendakwa Raya ," katanya. 
21 Oct 17
421