lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Empty Image
Penuntut Cemerlang Perubatan UniSZA Tidak Sempat Rawat Ayah Sendiri
Fauzan (kanan) dan Farid meraikan kejayaan selepas masing-masing menerima Anugerah Pelajaran DiRaja sempena Konvokesyen UniSZA kesembilan, di UniSZA Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailHasrat seorang graduan terbaik Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)  untuk merawat ayahnya yang menghidap penyakit buah pinggang, tidak kesampaian apabila ayahnya itu meninggal dunia penghujung tahun lalu.Graduan itu, Muhammad Fauzan Abdul Hamid, 25, adalah penerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) sempena Majlis Konvokesyen UniSZA kali ke-9, di Dewan Al- Muktafi Billah Shah, UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Muhammad Fauzan berasa terkilan kerana tidak sempat merawat penyakit yang dihidapi arwah ayahnya, Dr Abdul Hamid Salleh, selepas bekas Pegawai Penyelidik di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kuala Lumpur itu dikesan mengidap penyakit buah pinggang kira-kira empat tahun lalu."Saya mahu mencapai cita-cita bergelar doktor pakar buah pinggang dan mahu merawat ayah sendiri, namun ajal ayah lebih cepat apabila arwah meninggalkan kami sekeluarga pada Disember 2016 akibat komplikasi buah pinggang," katanya.Menurut anak sulung daripada enam beradik itu, ayahnya yang mendapat PhD dua tahun lalu dan ibunya, Umi Suraiya Wahab adalah pendorong utama kepada kejayaannya sehingga mendapat anugerah tertinggi di kalangan graduan di UniSZA kali ini.Tambahnya, dia amat berterima kasih kepada semua pendidik dan pensyarah yang banyak merangsang kejayaan beliau sejak dibangku sekolah rendah sehingga di menara gading termasuk sepanjang menyambung bidang perubatan di UniSZA.Bekas Yang Dipertua Persatuan Pelajar Perubatan UniSZA itu juga mahu menyambung pengajian sarjana kepakaran dan sub kepakaran di luar negara bagi mencapai impian sebagai doktor pakar nefrologi serta berhasrat untuk berkhidmat di Hospital UniSZA sebaik pusat perubatan itu beroperasi kelak.Selain Muhammad Fauzan, seorang lagi penerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin), Mohammad Farid Abdul Talib.Seramai 2,359 graduan menerima doktor falsafah (PhD), sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma masing-masing di majlis konvokesyen yang disempurnakan Canselor UniSZA, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.Turut berangkat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan anakanda baginda, Tengku Fatimatuz Zahra’.Hadir sama, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmaf Razif Abd Rahman dan isteri, Toh Puan Seri Halina Zakaria; Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Yusof Md. Nor; Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Prof. Emeritus Dato' Dr. Kamarudin Hussin dan Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif.Turut serta, Peguam Negara yang juga penerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang, Tan Sri Dato' Sri Mohamed Apandi Ali serta penerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan dan Kepimpinan, Dr. H. Syahrul Yasin Limpo.
21 Oct 17
879
Empty Image
Semua Guru Bertindak Sebagai Guru Disiplin
Ahmad Razif mencanting batik sebagai simbolik merasmikan Simposium Psikologi Kaunseling Kebangsaan 2017 di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimKementerian Pendidikan meminta semua guru supaya bertindak sebagai guru disiplin dan tidak menyembunyi sebarang insiden yang berlaku di sekolah daripada pengetahuan kementerian dan pihak berkuasa.Timbalan Menteri Pendidikan II, Senator Datuk Chong Sin Woon berkata, konsep semua guru adalah guru disiplin dan mewujudkan sekolah penyayang menjadi asas utama bagi mengurangkan masalah disiplin dan salah laku di kalangan pelajar."Kita tidak boleh memberikan tanggungjawab kepada seorang guru disiplin sahaja. Oleh itu, kita mengambil pendekatan supaya semua guru bertindak sebagai guru disiplin."Namun, guru tidak perlu terlalu memberi fokus kepada tindakan disiplin atau mengenakan hukuman kepada pelajar bermasalah, sebaliknya mereka perlu menggunakan konsep mendekati dan bermesra dengan pelajar," katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Simposium Psikologi Kaunseling Kebangsaan 2017 di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu, malam tadi.Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.Sin Woon berkata, sehubungan itu juga kementerian akan menempatkan lebih ramai guru kaunseling profesional di sekolah bagi menangani pelbagai isu dan masalah pelajar pada masa kini.Katanya, kecenderungan pelajar untuk mencuba sesuatu yang baharu berpunca daripada akses yang tiada batas di laman sosial, selain didorong oleh kurangnya pendekatan guru kaunseling profesional kepada golongan itu."Kita mahu supaya di setiap sekolah mempunyai kaunselor profesional khusus untuk membantu pelajar yang bermasalah..ini kerana kita tidak mahu pelajar terbabit menerima hukuman yang berat dan dikeluarkan dari sekolah."Kementerian juga mahu semua pelajar memperolehi akses pendidikan yang sama, cuma mereka perlukan kaunseling yang lebih untuk memastikan disiplin mereka lebih baik dan semua guru perlu meneliti aktiviti atau permainan yang boleh dilakukan oleh pelajar secara serius ketika berada di sekolah," katanya.
16 Oct 17
214
Empty Image
TATiUC Bakal Jadi Pusat Latihan Pekerja ECRL
YB Ghazali TaibKolej Universiti TATI (TATiUC) bakal menjadi pusat latihan pekerja bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).Pengerusi Lembaga Pengarah TATiUC, Ghazali Taib berkata, ECRL dijangka mampu menyediakan sebanyak antara 2,000 hingga 3,000 peluang pekerjaan kepada rakyat termasuk di Terengganu."Pihak pengendali projek ECRL, Technology Depository Agency (TDA) di bawah Kementerian Kewangan sebelum ini menyatakan cadangan untuk memilih TATiUC sebagai institusi penyedia latihan kepada projek mega laluan keretapi laju itu,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen TATiUC Ke-11 yang diadakan di Dewan Canselor TATiUC, di Teluk Kalong, Kemaman, semalam.Menurut Ghazali, proses rundingan bersama pihak TDA dengan pengurusan TATiUC  akan dilaksanakan dalam masa terdekat."Latihan yang disediakan meliputi enam sub-sektor iaitu 'rolling stock', 'track work',  signalling and communications', 'automated fares' collection', electrification' dan 'tunneling and e-locomotive'."Sebagai sebuah institusi teknologi tinggi, TATiUC memiliki fasiliti yang lengkap dan punyai kepakaran yang membolehkan kita menjalankan tanggungjawab sebagai pusat latihan kepada pekerja-pekerja projek ECRL."Bukan itu saja, pihak pengendali projek juga berhasrat mengambil graduan-graduan TATiUC sebagai tenaga kerja dalam lokomotif,"katanya.Ghazali berkata, untuk jangkamasa panjang TATiUC juga mungkin menawarkan kursus baharu seperti penyelenggaraan dan sebagainya seiring dengan perkembangan teknologi keretapi yang semakin maju dari semasa ke semasa.Tambahnya, pembinaan projek ECRL dengan kos berjumlah RM55 bilion yang  menghubungkan laluan Kuala Lumpur ke Pantai Timur juga bakal mengubah landskap sosioekonomi rakyat terutama di Pahang, Terengganu dan Kelantan.Dalam pada itu, Ghazali berkata graduan yang dilahirkan TATiUC juga memiliki kebolehpasaran yang sangat tinggi kerana hampir 90 peratus berjaya menempatkan diri dalam pelbagai sektor perindustrian seluruh Malaysia.
12 Oct 17
177
Empty Image
Jangan Bebankan Murid Dengan Berat Buku Ke Sekolah - Mahdzir
Mahdzir ketika menyempurnakan Majlis Graduasi Pelajar SPM dan STPM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman kali Ke-12 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish fadzillah Abu Kassim.Murid sekolah rendah tidak seharusnya dibebani dengan berat buku yang perlu dibawa ke sekolah setiap hari, kata Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid.Menurutnya, berdasarkan kajian Kementerian Pendidikan, terdapat murid di sesetengah sekolah terpaksa membawa buku yang banyak dan terlampau berat sehingga membebankan mereka.“Jangan bagi terlampau banyak beban kepada mereka sebaliknya bagi mereka rasa seronok untuk ke sekolah.“Cukuplah dengan buku teks sahaja untuk buat kerja-kerja latihan di sekolah. Apabila dibebani dengan buku latihan tambahan adakalanya membuatkan anak-anak ini rasa tertekan,” ujarnya selepas menyempurnakan Majlis Graduasi 390 Pelajar SPM dan STPM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman kali Ke-12 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO  berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas mengenai bebanan buku latihan tambahan yang terpaksa dibawa murid sekolah rendah di negara ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, Bazlan Abdul Rahman; Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin, Yang Dipertua PIBG SMK Sultan Sulaiman, Dato’ Sabri Alwi dan Pengetua SMK Sultan Sulaiman, Samsudin Ismail.Sementara itu, Mahdzir mengharapkan majlis graduasi berkenaan akan menjadi pembakar semangat kepada pelajar yang bakal menempuhi peperiksaan SPM dan STPM bermula 6 November hingga 4 Disember ini.
11 Oct 17
51
Empty Image
Zulkhibri Jadi Cikgu Tuisyen Rakan Sekuliah
Graduan ijazah Kejuruteraan Teknologi Pembuatan yang juga bekas pegawai bank, Zulkhibri Baharom, 39, berasal dari Batu Pahat, Johor dinobatkan sebagai penerima Anugerah Canselor sempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti TATI (TATiUC), di Dewan Canselori TATiUC, semalam.Zulkhibri berkata, ketika belajar dia turut  melakukan kerja sampingan sebagai guru tuisyen dan khidmatnya itu turut dicurahkan untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan sekelas."Sampaikan ada satu masa kerana sibuk ajar kawan, saya tak sempat ulangkaji untuk hadapi peperiksaan tapi keberkatan berkongsi ilmu itu sungguh luar biasa sebab saya mampu mendapat keputusan cemerlang walaupun tidak sempat ulangkaji. Kita tolong orang, Allah SWT tolong kita," katanya.Selain cemerlang dalam akademik, anak kelima daripada sembilan beradik itu juga aktif dalam pelbagai kegiatan kampus dan sanggup mengorbankan waktu cutinya untuk terlibat dengan aktiviti kolej.Kecemerlangan yang diraih Zulkhibri yang menamatkan pengajian dengan purata nilai gred keseluruhan (CGPA) 3.94 juga membolehkannya untuk menerima tawaran melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Johor di bawah program 'fast track'.Zulkhibri berkata, jurusan pengajian yang dipilih adalah Kejuruteraan Mekanikal kerana mahu mengejar impiannya untuk bergelar seorang pensyarah satu masa nanti."Demi mengejar minat, saya berhenti kerja bank dan nekad sambung pengajian peringkat ijazah di TATiUC. Saya bawa semangat arwah ayah yang tak kenal putus asa. Saya pilih untuk sambung belajar PhD di UTHM sebab nak jaga mak, sambil jaga mak bolehlah saya kejar impian untuk jadi pensyarah," katanya.Pada majlis konvokesyen berkenaan seramai 555 graduan menerima diploma dan ijazah masing-masing melibatkan 133 graduan ijazah dan 422 diploma.Hadir sama, Canselor TATiUC, Tan Sri Dato' Ir (Dr) Wan Abdul Rahman Wan Yaacob; Pengerusi Lembaga Pentadbir TATiUC, Bazlan Abd Rahman dan Rektor TATiUC, Prof Madya Dr Mohd Zamri Ibrahim.
11 Oct 17
772
Empty Image
Terengganu Lokasi Pencarian Protege Ekspeditor Negara
Sebahagian peserta yang hadir pada Programpada Program Sesi Perkongsian Pengalaman dan Pemilihan Protege sempena Misi Aweta 2018 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, hari ini. Harish Fadzillah Kassim Selari dengan hasrat untuk melahirkan lebih ramai pelapis ikon berjaya terutamanya di kalangan wanita, Sekretariat Aweta yang membawa misi All Women Expedition To Antartica (Aweta) 2018 kini giat memilih wanita muda Terengganu selaku pelapis kepada Ekspeditor Negara, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir.Misi diketuai Sharifah Mazlina, yang juga wanita Islam pertama berjaya merentasi Kutub Utara sedang mengenal pasti lima wanita yang layak untuk menyertai ekspedisi yang dijadualkan pada November tahun depan.Sharifah Mazlina berkata, misi itu bertujuan melahirkan lebih ramai pelapis ikon berjaya pada masa akan datang.“Ketika ini, negara masih kekurangan ikon dalam kalangan wanita yang boleh dijadikan sebagai contoh, sekali gus mampu dijadikan panduan oleh generasi muda hari ini."Setelah 15 tahun saya dijadikan sebagai ikon kepada masyarakat terutamanya wanita, kini sudah tiba masanya saya mencari pelapis untuk meneruskan kejayaan,”katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Sesi Perkongsian Pengalaman dan Pemilihan Protege sempena Misi Aweta 2018 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, hari ini.Aweta 2018 merupakan kesinambungan misi ke Antartika oleh Sharifah Mazlina pada tahun 2004 (Ekspedisi Solo Merentasi Antartika 2004) untuk mengambil dan membawa balik kapsul masa yang ditanam.Menurutnya,  sepanjang tempoh 15 tahun,  dia turun padang berkongsi pengalaman dan memberikan motivasi kepada orang ramai, namun kini dia ingin mencari anak didik dan ia direalisasikan dengan misi Aweta ini."Pihaknya mahu mencari lima wanita untuk bersama-sama saya menjelajah ke Antartika yang dijadualkan pada November tahun depan."Sepanjang mengikuti latihan yang merangkumi fizikal, mental dan sebagainya ini,peserta juga akan diterapkan dengan pelbagai ilmu supaya apabila tamat misi ini nanti mereka akan menjadi ikon yang berjaya,"katanya.
10 Oct 17
35
Empty Image
555 Graduan Dirai Sempena Konvokesyen TATiUC
Seramai 555 graduan Kolej Universiti Tati (TATiUC) menerima diploma dan ijazah masing-masing di Majlis Konvokesyen di Dewan Canselor TATiUC, Kemaman, hari ini.Majlis yang diadakan bersama dengan Sambutan 10 tahun TATiUC  disempurnakan oleh Canselornya, Tan Sri Ir. (Dr) Wan Abdul Rahman Wan Yaakob.Abdul Rahman berkata, daripada jumlah keseluruhan graduan, 422 adalah pemegang diploma dan selebihnya adalah graduan program ijazah sarjana muda."TATiUC berharap para graduan sudah bersedia untuk menempuh alam kerjaya yang semakin mencabar pada era ini."Saya percaya peningkatan jumlah graduan dari semasa ke semasa adalah kerana mutu dan kualiti pengajian serta bidang kemahiran selain jaminan kerjaya sebaik tamat pengajian," katanya.Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah TATiUC, Ghazali Taib yang juga Pengerusi Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri.Menurut Abdul Rahman, kekuatan yang dibekalkan kepada graduan selama menuntut ilmu menjadi senjata utama bagi meneruskan kecemerlangan di bidang yang diceburi.Selain itu, tambahnya, keunikan sistem pembelajaran yang di universiti itu yang berkualiti, mengguna pakai sistem yang pintar dan cekap juga dapat memenuhi keperluan serta pasaran guna tenaga pekerja yang tinggi mendorong ramai mahu mengikuti pengajian di situ.Beliau berkata, terbaru, pihak pengendali East Cost Rail Link ( ECRL ) projek laluan keretapi yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pantai Timur melalui Technology Depository Agency ( TDA ) di bawah Kementerian Kewangan Malaysian bercadang  juga mahu menjadikan TATiUC sebagai Pusat Latihan Pekerja."Latihan tersebut meliputi enam sub-sektor antaranya rolling stock, track work, signalling communication, automated fares collection, electrification tunneling dan E-locomotive."Mereka juga berhasrat untuk mengambil graduan-graduan TATiUC sebagai tenaga kerja dalam lokomotif tersebut," katanya.Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang  konvokesyen bermula 8 hingga 10 Oktober ini yang juga bersempena sambutan 10 tahun penubuhan pusat pengajian itu.
10 Oct 17
342
Empty Image
20,243 Calon Duduki PT3 Di Terengganu
Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang bermula semalam berjalan lancar melibatkan 20,243 calon menduduki peperiksaan terbabit di 155 pusat di seluruh negeri ini dan akan berakhir pada 12 Oktober.Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, Kuala Terengganu mencatatkan bilangan calon teramai iaitu 3,966 orang, diikuti Kemaman (3,147), Besut (3,120), Dungun (2,746), Kuala Nerus (2,512), Marang (1,930), Hulu Terengganu (1,466) dan Setiu (1,356).Katanya, daripada jumlah itu seramai 67 calon merupakan kalangan calon berkeperluan khas (CBK).Ujian itu bermula jam 8 pagi semalam dengan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik diikuti Bahasa Inggeris dan Sains (hari ini).Pada Rabu ini, calon bakal menduduki antaranya kertas Kemahiran Hidup dan Pendidikan Islam manakala hari terakhir peperiksaan (Khamis) melibatkan kertas peperiksaan bahasa.PT3 dimulakan pada 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
09 Oct 17
33
Empty Image
Petronas Komited Perkasakan STEM Di Terengganu
Petronas meneruskan komitmen bagi meningkatkan penguasaan mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan menerusi Petronas STEM Fair 2017.Terbaru, seramai 400 murid daripada tiga buah sekolah rendah di sekitar Terengganu menyertai di Kolej Vokasional Dungun, semalam.Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, program itu menjadi satu daripada komitmen syarikat korporat ulung itu bagi menambah nilai dan meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran STEM."Ini merupakan tahun kedua penganjuran Petronas yang bermatlamat mempromosikan pembangunan modal insan di samping menyokong usaha kerajaan untuk memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik seawal Tahun Satu," katanya.Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Matsor Ismail.Menurut Hasnan, program STEM Fair 2017 itu juga sejajar dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia yang mensasarkan nisbah 60 peratus untuk kemasukan dalam bidang sains, teknikal, vokasional dan 40 peratus dalam bidang seni."Sepanjang tahun ini, lebih daripada 1,500 orang pelajar dari sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara mendapat manfaat menerusi aktiviti-aktiviti pendidikan di bawah Program Sentuhan Ilmu Petronas (PSIP)."Selain itu, guru-guru dari sekolah terpilih turut diberi pendedahan Pedagogi Pendidikan STEM melalui Bengkel Pembangunan Profesional Guru di Kuala Lumpur."Pada sesi tersebut, Petronas turut menyumbang bantuan kelengkapan persekolahan kepada seramai 393 pelajar PSIP dari Sekolah kebangsaan (SK) Serdang, SK Tok Kah dan SK Kompleks Rantau Abang," katanya.Antara aktiviti menarik yang dijalankan di STEM Fair 2017 termasuklah demonstrasi uji kaji sains, pertunjukan sains, kuiz interaktif dan persembahan projek sains dan matematik oleh pelajar yang terlibat.
07 Oct 17
410
Empty Image
127 Pelajar Kuala Nerus Sertai Tuisyen Rakyat
Seramai 127 pelajar dari 14 buah sekolah di Kuala Nerus menyertai Program Tuisyen Rakyat @ KKLW-YPM bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 anjuran Yayasan Pelajaran Mara (YPM) Terengganu yang diadakan di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program tiga hari yang berakhir semalam itu bertujuan membantu pelajar luar bandar yang terpilih berasaskan potensi dengan latar keluarga berpendapatan rendah mendapat bimbingan yang berkesan dari segi teknik belajar secara berkesan, latih tubi dan teknik menjawab soalan peperiksaan.“Usaha untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar memerlukan sokongan, penglibatan dan komitmen semua pihak.“Semoga pelajar mendapat manfaat daripada kelas bimbingan yang diadakan ini dan sekali gus dapat mencapai kejayaan di dalam peperiksaan SPM tidak lama lagi,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerpurnakan Majlis Penutup Program Tuisyen Rakyat @ KKLW-YPM 2017 di Dewan Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, semalam.Turut hadir, Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin; Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail; Pegawai Pendidikan Daerah, Che Soh Muda dan Pegawai Seranta YPM Terengganu, Mahusin Taib.
07 Oct 17
151