lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Empty Image
Terengganu Belanja RM5.4 Juta Untuk Anugerah Sarjana YT
Menteri Besar menyampaikan insentif kepada seorang pelajar di Majlis Anugerah Sarjana YT Tahun 2017 di Cindai Ballroom, Duyung Marina Resort, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW PutraTerengganu membelanjakan RM5.4 juta sebagai insentif Anugerah Sarjana Yayasan Terengganu (YT) kepada 1,427 pelajar  sejak 1998 hingga tahun ini.Insentif itu sebagai pengiktirafan kepada pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda yang mendapat keputusan Kepujian Kelas Pertama, masing- masing RM5,000 bagi Anugerah Ijazah Sarjana Muda (Iktisas) dan RM3,000 untuk Ijazah SarjanaMuda (bukan Iktisas).Daripada jumlah itu, seramai 200 pelajarmenerima insentif membabitkan perbelanjaan berjumlah RM672,000 pada tahun ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, daripada 200 pelajar berkenaan, 36 daripadanya mendapat RM5,000 seorang menjadikan jumlah RM180,000, manakala 164 lagi menerima RM3,000 seorang dengan jumlah RM492,000."Dari tahun ke tahun jumlah insentif ini meningkat dan tiada masalah untukkita sediakan ganjaran ini walaupun kerajaan negeri berdepan kekangan kewangan,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Sarjana YT Tahun 2017 di Cindai Ballroom, Duyung Marina Resort, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah YT, Ishamudin Hashim dan Pengarah Jabatan Pendidikan vNegeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.Dalam pada itu, Ahmad Razif juga mahu YT bersama Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) supaya terus memfokus dan memantau pelajar Terengganu di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bermula dari semester pertama lagi agar mereka dapat meneruskan kecemerlangan termasuk meraih anugerah dekan."Saya juga minta Yayasan Terengganu dengan Permata memberi fokus kepada pelajar sejak semester satu, semester dua dan seterusnya supaya pantau pelajar agar kita dapat sediakan insentif dan galakan atas kejayaan mereka termasuk memperolehi anugerah dekan."Manakala pelajar universiti yang tidak berapa bagus juga dibantu sepertimana pelajar UPSR kerana kita akan terus memberi fokus kepada pelajar cemerlang bukan hanya dalam peperiksaan awam sahaja, malah di peringkat universiti juga dapat kekal terbaik,"katanya.Tambah beliau, kerajaan negeri juga mahu memastikan pelaburan dalam bidang pendidikan ini mendapat pulangan setimpal dan program sifar keciciran pelajar ke universiti tercapai apabila semua pelajar dapat menempatkan diri di IPT serta pusat latihan dan pengajian termasuk di bawah kerajaan negeri seperti di Kolej Universiti Tati (TATiUC), Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) dan Pusat Latihan Perkayuan Terengganu (TTITC).
23 Dec 17
527
Empty Image
Guru SMK Tengku Mizan Wakil Negara Ke ILEP, Amerika Syarikat
Siti Sarah (tengah) bersama dua lain yang terpilih mewakili Malaysia ke program The International leaders Educations (ILEP) di Amerika Syarikat selama satu semester bermula Januari ini. Seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, terpilih bersama dua guru lain mewakili negara menyertai program latihan guru `The International Leaders Educations (ILEP) ' di James Madison University, Virginia, Amerika Syarikat selama satu semester bermula Januari ini.Siti Sarah Rusof , 29,  guru bahasa Inggeris dan Pendidikan Muzik terpilih menyertai program Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi tajaan Biro Pendidikan dan Hal Ehwal Kebudayaan Jabatan Negara Amerika Syarikat bagi memberi pendedahan kepada guru sekolah menengah mengenai kaedah mengajar sesuatu subjek dengan lebih berkesan, selain melihat kaedah pengajaran guru di Amerika Syarikat.Turut serta bersama Sarah dalam program latihan lima bulan itu, dua guru lain, iaitu Adelyn Chin dari Papar, Sabah dan Yvonne Ling Soon Chiin dari Betong, Sarawak.Siti Sarah berkata, dia begitu teruja dapat mewakili negara ke program itu dan akan menggalas cabaran berkenaan sebaik mungkin serta mengasah pengalaman menerusi perkongsian ilmu serta  kaedah pengajaran di peringkat antarabangsa untuk diaplikasikan ke negara sendiri sebaik tamat pengajian itu nanti.Program itu  merangkumi cara menyampaikan metodologi pembelajaran, perancangan pembelajaran dan pemudah cara, strategi pembelajaran, kepimpinan guru, penggunaan komputer, strategi pembelajaran, kepimpinan guru, penggunaan komputer dan internet untuk pendidikan serta teknologi sebagai alatan mengajar.“Saya berharap dapat mendalami ilmu, kemahiran dan pengalaman pendidikan berintegrasikan teknologi untuk membina suasana pembelajaran kelas yang dapat menggalakkan pelajar terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara langsung dan aktif.“Dalam dunia yang semakin maju dari aspek teknologi ini, saya akan berusaha mempersiapkan siri belajar menguasai kemahiran terbaru berkaitan teknologi yang sentiasa berubah-ubah seiring dengan zaman sekarang bagi memaksimakan pengalaman pembelajaran pelajar,”katanya kepada Teganukita.net.Bekas pelajar SMK Tengku Mizan dan Universiti Macquarie, Australia itu, juga berhasrat untuk memanfaatkan masa sepanjang di Amerika Syarikat untuk meneroka kepelbagaian budaya dan kehidupan di negara asing secara perspektif global.Tambahnya, sebaik tamat program itu, beliau akan berkongsi pengalaman dan juga ilmu yang diperolehinya dengan semua warga pendidik melalui pelbagai saluran atas talian dan juga di luar talian.“Saya juga bersedia untuk menjadi agen perubahan dalam dunia pendidikan, sekali gus berupaya mencapai misi sebagai peneraju transformasi generasi bestari melalui pendidikan berkualiti serta visi untuk membudayakan teknologi dalam pendidikan,”katanya yang memohon menyertai program itu sejak Mac lalu.
20 Dec 17
1569
Empty Image
Bajet 2018: Kelas Maya Dinaiktaraf Kepada i-Kelas
Kelas maya dan penggunaan e-Book  yang diperkenalkan kerajaan negeri di sekolah rendah sebelum ini dinaiktaraf kepada i-Kelas  agar bersesuaian dengan perubahan sistem pendidikan di negera ini.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Transformasi Negeri, A. Latiff Awang berkata, projek perintis itu kini diguna pakai 17 sekolah di seluruh Terengganu yang diselia dan dipantau Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dengan kerjasama Top IT melalui laman sesawang khas.Katanya, keberkesanan program i-Kelas dapat dibuktikan dengan kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Ibok, Kemaman apabila  berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Digital Story Telling dan mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan.“Kelas maya yang dijalankan sebelum ini hanya menumpukan pembelajaran maya secara statik di dalam kelas dibantu peralatan mengajar, guru dan komputer.“Manakala i-Kelas lebih menumpukan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan kemajuan ICT, tidak bergantung kepada kesediaan internet di sekolah, proses pembelajaran secara multimedia iaitu text, video, gambar dan audio,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ariffin Deraman (BN-Alur Limbat) pada sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.A Latif turut memberitahu,  peralatan yang diguna pakai bagi mengendalikan i-Kelas, termasuk projektor interaktif, komputer guru, tablet murid, akses wifi dan bahan pembelaran digital.“’Pengunaan i-Kelas  akan melahirkan modal insan mempunyai kemahiran kolaboratif, komunikasi, pembinaan ilmu penggunaan ICT terkini, inovasi, menyelesai masalah dan tapis kendiri,” katanya.
14 Dec 17
52
Empty Image
PT3 : Terengganu Rekod 556 Pelajar Perolehi Semua A
A. Latiff mengucapkan syabas dan tahniah kepada 556 pelajar yang memperolehi semua A dalam PT3 2017. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Seramai 556 daripada 20,266 pelajar yang menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2017 di Terengganu berjaya memperolehi semua A.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang berkata, mereka yang memperoleh kesemua A tersebut akan diberikan insentif sebanyak RM500 seorang dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).Katanya, keputusan pelajar PT3 tersebut bukan hanya bergantung kepada subjek yang diambil namun dimasukkan sekali dengan Pentafsiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Psikometrik dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)."Ini merupaka  pembelajaran alaf baru yang mana bukan saja melihat pencapaian dari segi semua A pada pelajar tersebut tetapi mengambil kira dari segi pentaksiran lain."Kepada yang tidak mendapat kesemua A, mungkin mereka cemerlang dari segi bidang kokurikulum dan ia tidak bermakna mereka tidak cemerlang," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Dalam masa yang sama, A. Latiff turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam PT3 2017.Beliau juga berharap agar pelajar-pelajar tersebut meneruskan momentum supaya dapat mengekalkan kecemerlangan atau  meraih keputusan lebih baik untuk peperiksaan akan datang."Pembelajaran di tingkatan empat dan lima amat berbeza. Jadi di sini, pelajar memerlukan motivasi dan kesedaran yang berterusan di kalangan mereka."Yang penting pelajar-pelajar harus sedar bahawa pembelajaran ini hendaklah diperbaiki jika ada kelemahan-kelemahan  supaya mereka dapat mengekalkan prestasi yang baik dan akhirnya dapat melahirkan pelajar-pelajar Terengganu yang hebat dan cemerlang di peringkat yang lebih tinggi," katanya.
13 Dec 17
30
Empty Image
Bajet 2018 : Tidak Pernah Henti Taja Pelajar Luar Negara - A. Latiff
Kerajaan negeri tidak pernah menghentikan penajaan pelajar ke luar negara seperti yang diuar-uarkan oleh segelintir pihak.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar, kerajaan negeri tetap meneruskan penajaan pelajar ke luar negara khususnya dalam bidang-bidang kritikal.A. Latiff (BN-Pengkalan Berangan) berkata, program penajaan pelajar ke luar negara diteruskan seperti biasa, bagaimanapun hanya berlaku pengurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya."Pada tahun 2017, seramai 13 orang telah dihantar ke luar negara dan dijangka 2018 pun begitu juga."Pengurangan ini disebabkan oleh sesetengah kos seperti perubatan dan kedoktoran di Rusia, Mesir dan sebagainya tidak dihantar lagi sebab kita mengambil kira pelajar yang belajar dalam negara sudah mencukupi," katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi soalan di persidangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.Tambahnya, untuk tahun 2017, pelajar yang dihantar ke luar negara merupakan pelajar yang mengikuti kos kejuruteraan dan perakaunan.Katanya lagi, kerajaan negeri turut meneruskan biasiswa kepada mana-mana pelajar yang berkelayakan melalui Yayasan Terengganu.
12 Dec 17
31
Empty Image
PAU 2017: Transformasi UMNO Tarik Golongan Muda
Iskandar JaafarUMNO kini sedang giat melakukan transformasi bagi menarik golongan muda untuk terus menyokong parti yang kini sudah melangkaui usia 71 tahun itu.Exco Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiu, Mohd Iskandar Jaafar berkata, walaupun parti tersebut kini dilihat berusia namun kepimpinan sedang melakukan transformasi supaya kelihatan segar dan muda seiring dengan peredaran masa kini yang membawa inspirasi anak muda.Katanya, golongan muda perlu memahami dan mendalami apa yang dilakukan oleh UMNO semuanya bermatlamat untuk memberi kesenangan kepada mereka pada masa akan datang."Melalui Transformasi Negara 50 (TN50) yang sedang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak merangkumi semua aspek khususnya kepada golongan muda."Mereka (pemuda) perlu faham apa yang dilakukan kini bukannya sekadar retorik yang sering dimainkan oleh pembangkang. Apa yang kita buat adalah merangkumi untuk tempoh 30 tahun akan datang," katanya kepada Teganukita.Beliau ditemui pemberita selepas ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2017 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.Mengulas ucapan dasar oleh Khairy, Iskandar berkata calon-calon untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang perlu melibatkan golongan muda.Walaupun demikian, calon-calon lain juga perlu memainkan peranan bagi terus menarik belia untuk terus menyokong parti itu."Calon untuk PRU14 nanti perlulah terdiri daripada golongan yang segar. Paling tidak 30 peratus daripadanya adalah orang muda."Kepimpinan juga hendaklah selari dengan apa yang diingini oleh anak muda contohnya melalui media sosial, sukan dan sebagainya yang boleh mendekatkan mereka tanpa sebarang sekatan," katanya.
06 Dec 17
33
Empty Image
400 Pelajar Miskin Di Besut Terima Bantuan Alatan Sekolah
Seramai 400 pelajar miskin di Besut menerima sumbangan bantuan peralatan sekolah daripada syarikat korporat di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntung, Besut, hari iniProgram anjuran Majlis Kebajikan Pelajaran Daerah Besut ( MKPDB) itu bagi membantu keluarga miskin yang kurang berkemampuan untuk menyara anak bagi penggal persekolahan 2018.Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut, merasmikan program dan menyampaikan sumbangan berkenaan.Yang Dipertua MKPDB, Yusof Kasim berkata, pihaknya mendapat kerjasama ahli- ahli korporat yang menyumbangkan pelbagai peralatan persekolahan.Katanya, sepuluh syarikat korporat tampil memberi sumbangan bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan bagi menjayakan program itu.Beliau berkata, program tahunan sejak 15 tahun lalu oleh badan bukan kerajaan (NGO) terbabit turut mendapat sokongan individu yang prihatin dengan nasib folongan berkenaan.Idris ketika berucap merasmikan program itu mahu lebih banyak syarikat korporat tampil membantu pelajar miskin yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.Katanya, kerjasama dengan NGO amat diperlukan bagi memastikan tidak ada pelajar yang tercicir dalam pendidikan.
01 Dec 17
47
Empty Image
560 Murid 6A UPSR Tetap Diraikan
Terengganu akan membelanjakan RM280,000 sebagai insentif kepada 560 murid yang memperolehi 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017.Sepanjang tempoh tiga tahun, kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM1.7 juta bagi menyediakan insentif RM500 kepada setiap murid berkenaan.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, insentif RM500 kepada setiap murid cemerlang UPSR akan diteruskan sebagai tradisi seperti tahun-tahun sebelumnya sebagai mengiktiraf kejayaan mereka.Katanya, sejumlah RM1.3 juta dibelanjakan kepada 2,558 murid (2015),  RM135,500 kepada 271 murid (2016) dan RM280,000 pada tahun ini.“Peningkatan 107 peratus calon mendapat semua A  berbanding tahun lalu membuktikan prestasi semasa UPSR negeri masih kekal di tahap terbaik dan membanggakan.“Jadi kita meneruskan majlis menghargai kecemerlangan mereka pada awal 2018 sebagai suntikan semangat untuk mereka meneruskan kejayaan pada peperiksaan awam seterusnya dan menggunakan insentif itu untuk membeli keperluan persekolahan sesi baru,”katanya kepada Teganukita.Beliau ditemui sejurus mengadakan pertemuan dengan pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Yayasan Terengganu di pejabatnya di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.Keputusan mengadakan majlis kepada murid cemerlang itu juga menghentikan spekulasi kononnya insentif tersebut kemungkinan tidak diteruskan berikutan saranan Kementerian Pendidikan agar kejayaan dalam akademik di peringkat sekolah rendah itu tidak diraikan berlebihan selain prestasi semasa tidak lagi dijadikan perbandingan.Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai arahan Kementerian Pendidikan itu, A.Latiff turut bersetuju dengan keputusan itu dan mahu pelajar yang kurang cemerlang serta tidak bernasib baik tidak terus luntur semangat sebaliknya mampu mengubah keputusan pada peperiksaan seterusnya.Tambahnya, perbandingan hanya dibuat di peringkat negeri tanpa melibatkan negeri lain dan di peringkat Pusat, selain hanya memfokuskan prestasi secara keseluruhan dalam peperiksaan itu.Katanya, prestasi baik itu juga membuktikan kerajaan negeri sentiasa komited di bidang pendidikan negeri bagi membentuk modal insan berkualiti selaras prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB).Menurut beliau lagi, selain kelebihan kepada murid yang mendapat semua A, pelajar yang tidak memperolehi semua A termasuk minima 3A, 3B masih mempunyai peluang sama rata untuk memohon mana-mana Sekolah Berasrama Penuh, Imtiaz dan sekolah terpilih lain kerana mereka perlu menjalani ujian khas kemasukan selain syarat-syarat kelayakan lain.Malah, A. Latiff berkata, sebagaimana digariskan kementerian, laporan Pentaksiran Sekolah Rendah Khamis lalu, bukan berdasarkan keputusan UPSR  semata-mata, sebaliknya turut membabitkan tiga komponen lain dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).Berbeza berbanding tahun sebelum ini, keputusan UPSR 2017 juga mengambil kira pentaksiran bilik darjah (PBD); pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK) serta pentaksiran psikometrik (PPsi).Selain itu, keputusan itu juga tidak hanya mengambil kira banyak mana calon mendapat A dalam semua subjek, tetapi tiga komponen berkenaan turut diambil kira untuk melihat pencapaian murid secara keseluruhan. Berdasarkan statistik 2017 di seluruh negara meningkat kepada 8,958 orang berbanding 4,896 orang pada 2016.Hanya 2.1 peratus calon atau 8,958 calon memperolehi semua A, bertambah sekali ganda berbanding tahun lalu. Daripada 443,794 murid Tahun Enam yang mengambil UPSR  di seluruh Malaysia tahun ini, 20,273 calon adalah dari Terengganu dengan 2.83 peratus mendapat 6A  berbanding  1.33 peratus  pada 2016.
30 Nov 17
60
Empty Image
JaPen Ceriakan Sesi Baru Persekolahan 73 Pelajar
Mazli bersama pelajar SK Jongok Batu yang menerima barangan sekolah. Foto oleh JaPen Dalam usaha mengurangkan tanggungan ibu bapa menjelang sesi persekolahan baru, Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu mengadakan Program Engagement Bersama Pelajar Sekolah Angkat di Sekolah Kebangsaan (SK) Jongok Batu, Dungun, semalam.Seramai 73 pelajar terpilih menerima barangan seperti  beg sekolah, baju, seluar, kasut dan stokin. Penolong Pengarah JaPen, Mazli Hamdan berkata, setiap pelajar pasti mempunyai keinginan untuk memiliki barang serba baru semasa memasuki sesi persekolahan namun tidak semua mampu memilikinya disebabkan faktor keluarga yang kurang berkemampuan.“Jadi inilah peranan kita untuk membantu mereka sekali gus memberi semangat kepada pelajar terutama bagi mereka yang baru memasuki Tahun Satu,” katanya.Turut hadir ialah Guru Besar SK Jongok Batu, Abd.Razak Jusoh.Sekolah itu terpilih berdasarkan kemampuan ekonomi keluarga pelajar yang kebanyakannya bekerja kampung, petani, buruh dan penoreh getah.Dalam pada itu, hari ini JaPen akan ke SK Kampung Nail untuk menggerakkan program sama. Kedua-dua sekolah berkenaan adalah sekolah angkat JaPen
29 Nov 17
795
Empty Image
Potensi Pelajar Kurang Cemerlang UPSR Terus Digilap
Terengganu mengekalkan kecemerlangan dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah  (UPSR) 2017 apabila merekodkan peningkatan murid yang memperolehi semua A berbanding tahun lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, A. Latiff Awang berkata, pencapaian di seluruh Terengganu itu amat membanggakan hasil komitmen jitu semua pihak terutama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Pejabat Pelajaran Daerah dan semua warga pendidik."Tahniah kepada yang berjaya mendapat semua A dalam UPSR tahun ini. Kepada yang kurang cemerlang, perlu buang jauh rasa kecewa kerana perjalanan untuk mencipta kejayaan di masa depan masih jauh."Jadikan pengalaman ini sebagai pengajaran untuk belajar lebih tekun dan mampu menghasilkan keputusan yang pasti membanggakan semua pihak dalam peperiksaan awam seterusnya,"katanya kepada Teganukita, hari ini.A. Latiff berkata, kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan pelajar yang kurang cemerlang, malah potensi mereka sentiasa digilap supaya mampu seiring rakan cemerlang lain.Tambahnya, ibu bapa dan guru juga perlu memainkan peranan memberi motivasi berterusan agar pelajar kurang cemerlang mempunyai semangat untuk membaiki prestasi dalam pelajaran dan bangkit semula untuk membuktikan mereka juga mampu berjaya.
23 Nov 17
36