Artikel "Pendidikan" Terkini
Sekolah Menengah Baru Untuk Penduduk Kampung Serada
Penduduk Kampung Serada, di Parlimen Marang boleh menarik nafas lega apabila impian mereka sejak 10 tahun lalu untuk mendapatkan sebuah sekolah menengah di kampung itu menjadi kenyataan, hari ini.Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, pembinaan sekolah baharu itu berikutan pelajar dari kampung itu terpaksa bersekolah di sekolah yang agak jauh dari kampung.Antaranya mereka terpaksa bersekolah di SMK Padang Midin, SMK Seri Nilam, SMK Tun Telanai dan SMK Sultan Mansor yang jaraknya lebih 10 kilometer dari kampung atau jarak rumah.“Majoriti ibu bapa di sini bekerja sebagai petani menyebabkan mereka kurang mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang jauh.“Selain itu, berlaku kepadatan sekolah-sekolah berkenaan menyebabkan keselesaan pelajar terganggu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Serada, Parlimen Marang, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A Latiff Awang.Mahdzir berkata, SMK Serada akan dibina di atas tanah seluas 16 ekar melibatkan peruntukan sebanyak RM27 juta.“Ia akan menempatkan 18 bilik darjah, makmal sains, bilik pentadbiran, surau, dewan terbuka dan lain-lain kemudahan. Pembinaan itu dijangka siap pada 2019,” katanya.
08 Feb 18
2483
Penuntut, Kakitangan UCB Ikuti Program Lestari Koperasi
Seramai kira-kira 200 koperator, pelajar dan kakitangan University College Bestari (UCB) mengikuti program Lestari Modal Insan Koperasi (LMIK) yang diadakan di Dewan Teater, UCB, Putera Jaya, Setiu, kelmarin. Pengarah Kanan MKM, Najmah Nawawi berkata, program LMIK bertemakan 'Kerjasama Asas Amalan Koperasi' itu adalah anjuran Maktab Koperasi Malaysia (MKM)."Tujuanya diadakan program ini adalah untuk mendekatkan MKM dengan koperasi setempat, selain supaya rakyat Malaysia tahu tujuan berkoperasi dan rata-rata koperasi berjaya membantu ekonomi anggotanya," katanya.Program tersebut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiu, Dato' Che Mohamad Zulkifli Jusoh. Rahmah berkata, sehingga kini terdapat sebanyak 13,900 koperasi di negara ini."Saya juga mengharapkan anggota koperasi dapat terus membantu ekonomi koperasi masing-masing dalam usaha menjayakan koperasi mereka," katanya.Dalam pada itu, Zulkifli dalam ucapan perasmiannya berkata, untuk lebih memudahkan beliau menyarankan supaya anggota koperasi membuat potongan gaji.Zulkifli merangkap Pengerusi Persaingan Malaysia itu juga mengharapkan melalui program itu, peserta dapat mengetahui lebih lanjut tentang peranan yang dimainkan oleh SKM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri dan secara tidak langsung ianya untuk manfaat gerakan koperasi dan peranan penguna.Hadir sama pada program itu ialah Naib Canselor UCB, Ab Aziz Yusof, Timbalan Pengarah KPDNKK Terengganu, Md. Nawawi Ab. Rahman, Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Terengganu, Arif Asyraf Mohamed Khatim dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Terengganu, Alias Mustaffa.
07 Feb 18
61
NC UCB Tulis Lebih 60 Buku Akademik
Tidak ramai mengenali nama penanya, namun Naib Canselor University College Bestari (UCB), Prof. Dr. Ab Aziz Yusof sudah menulis lebih 60 judul buku akademik sejak memulakan karier sebagai pensyarah hampir 20 tahun lalu.Ab Aziz yang berasal dari Kampung Rahmat, Felda Chalok , Setiu itu mula menulis buku ketika berkhidmat di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 1996."Minat untuk menulis timbul ketika saya bertugas sebagai pensyarah di UUM walaupun sebelum itu saya tidak pernah menulis buku akademik."Pensyarah tidak sepatutnya hanya hebat bercakap tetapi pensyarah juga perlu hebat menulis ini adalah kerana kekuatan sebagai pensyarah adalah dengan menulis buku akademik dalam bidang kepakaran masing-masing" katanya yang pernah belajar dalam bidang Sarjana Pengurusan Sumber Manusia dari University of Hull United Kingdom.Katanya, melalui penulisan para pelajar dan masyarakat juga boleh mengetahui kepakaran yang dimiliki oleh seseorang pensyarah."Buku pertama yang saya tulis ialah bertajuk "Asas-Asas Keusahawanan" yang diterbitkan oleh Prentice Hall."Buku pertama ini terdapat banyak kelemahan. Walau bagaimanapun dari sinilah saya mula menambahkan karya-karya saya untuk kegunaan pelajar universiti dan juga masyarakat" katanya.Buku-buku yang mendapat sambutan yang ditulis oleh beliau antaranya ialah 'Gelagat Organisasi-Satu Pendekatan Strategik', 'Pengurusan Perniagaan Islam', 'Teori Dan Amalan Keusahawanan' dan Penilaian Prestasi.Bapa kepada enam anak perempuan iaitu Nor Syuhada, 34, Nor Hidayah, 32, Nusaibah, 30, Nur Amalina, Nur Hakimah, 21 dan Nurain Najwa, 19 itu akan terus membudayakan penulisan ilmiah sepanjang hayat serta selagi diberi kekuatan oleh Allah SWT."InsyaAllah, selagi terdaya saya akan terus menulis buku tetapi mungkin tidak serancak dahulu kerana ia sudah menjadi sebati dengan minat dan karier saya," katanya yang pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dari tahun 1980 sehingga 1994.Beliau dilantik sebagai Naib Canselor UC B pada Oktober 2015 itu berkata, pendorong utama beliau dalam bidang penulisan buku itu ialah isteri dan arwah ibunya yang melihatnya menjadi pensyarah yang cemerlang."Isteri, Rasadah Mahmood, 58, arwah ibu, Allahyarhamah Wan Zainab Ismail, Allahyarham Prof Dato' Dr Fauzi Basri mantan Naib Canselor UUM ketika bertugas di UUM dahulu antara yang memberi dorongan kepada saya untuk menulis."Kini saya amat bersyukur kerana Pengerusi Pengelola UC Bestari YM Prof. Dato' Dr Tengku Mahmud Mansor juga seorang yang berminat serta sentiasa memberi galakan dan menjadi pendorong utama saya dalam bidang penulisan buku akademik di UC Bestari ini," katanya.Dalam pada itu, Ab Aziz mahu pihak tertentu perlu memberi pengiktirafan kepada penulis-penulis buku akademik sebagaimana pengiktirafan yang diberikan kepada pengiat seni dan hiburan."Penulis buku adalah 'arkitek' kepada pembangunan masyarakat dan juga orang yang berjasa kepada negara, mereka ini perlu diberi pengiktirafan dan menerima anugerah yang sepatutnya," katanya yang juga antara penulis buku akademik yang aktif dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).Sebagai penulis buku berpengalaman, Ab Aziz mengharapkan penulis supaya menjaga etika penulisan."Penulis perlu ada etika, jangan menciplak dan penulisan juga perlu mengikut kepakaran masing-masing," katanya yang pernah menuntut di UiTM di peringkat Diploma dan mendapat Doktor Falsafah di Universiti Sains Malaysia.
07 Feb 18
386
Enam Anak Terengganu Sertai YES Di AS
Shafruddin melancarkan tagline Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu.Enam anak Terengganu berjaya mengharumkan nama negeri apabila mengikuti program pertukaran pelajar melalui Program Kennedy-Lugar Youth Exchange And Study(YES) di Amerika Syarikat bermula 15 Januari hingga 9 Jun tahun ini.Pelajar yang terpilih berusia 18 tahun dan kesemuanya mendapat pendidikan sekolah menengah di Terengganu serta ditaja sepenuhnya oleh pihak Kennedy selama enam bulan.Mereka yang dihantar merupakan pelajar yang layak selepas mengharungi beberapa peringkat saringan dan berlepas ke sana selepas menjalani Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)bagi memastikan mereka tidak terganggu dalam proses pembelajaran.Antara yang berjaya ialah Abdul Syukur Maarudin, Nurani Fitri Sayuti dan Nur Azreen Amirah Aziz yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu serta Hafiz Hazmirul Zainuddin yang sebelum ini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Tengku Mizan Zainal Abidin.Dua lagi ialah bekas pelajar SMK Lembah Bidong dan SMK Tengku Intan Zaharah iaitu Zainun Abdullah serta Siti Aisya Athirah Hassan.Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu(JPNT), Shafruddin Ali Hussin berkata, program pertukaran pelajar ke luar negara merupakan satu program terbaik dalam memberi semangat dan jati diri kepada pelajar termasuk para guru untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan," katanya sewaktu Bicara Ilmu Warga Pendidikan Daerah Hulu Terengganu Bersama Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu.Beliau berkata, program ini merupakan hasil kesungguhan dan inisiatif para guru yang inginkan anak didik mereka mendapat ilmu dan pengalaman yang berbeza."Peluang harus direbut dengan usaha berterusan secara luar biasa dan kita harapkan guru-guru senior di setiap sekolah khususnya dapat berperanan sebagai mentor bagi membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru junior di sekolah masing-masing bagi melahirkan daya usaha yang lebih cemerlang,"katanya.
18 Jan 18
1442
UniSZA Jalin Kerjasama Antara Anthlone Institute of Technology (AIT), Ireland
Ahmad Zubaidi ketika memeterai kerjasama strategik dengan Anthlone Institute of Technology (AIT), IrelandUniversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memeterai kerjasama strategik dengan Anthlone Institute of Technology (AIT), Ireland bagi mengembangkan aktiviti pendidikan antara kedua-dua negara. Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latiff berkata, antara bidang kerjasama yang akan diberikan tumpuan adalah pertukaran pelajar antara dua universiti serta pertukaran tenaga pengajar dan juga penyelidik.“Selain itu, kerjasama ini juga meliputi pertukaran maklumat dalam bidang akademik dan penerbitan, serta berkerjasama dalam persidangan antarabangsa”, katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UniSZA dan AIT, di Hotel Istana, Kuala Lumpur, semalam. Menurutnya lagi, kerjasama dalam projek penyelidikan turut dijalankan untuk menyuntik lebih banyak elemen inovasi dan teknologi dalam menghasilkan produk lebih berkualiti antara kedua-dua buah negara. UniSZA diwakili oleh Naib Canselornya dan disaksikan oleh Pengarah Pusat Antarabangsa, Cornelius Anuar Abdullah Mc Afee manakala AIT pula diwakili Presiden, Prof. Ciaran O Cathain. Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UniSZA, Briged Jeneral Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussein.Pada majlis yang sama turut diadakan MoU antara UniMAP Holdings dan AIT.
10 Jan 18
118
UniSZA Meterai MoU dengan IPB, Indonesia
UniSZA Jalin Kerjasama dengan Insititut Pertanian Bogor (IPB) Indonesia,Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Insititut Pertanian Bogor (IPB) Indonesia, melibatkan beberapa kerjasama dalam bidang pertanian, bioteknologi dan teknologi makanan.Naib Canselor UniSZA, Prof Dato' Dr Ahmad Zubaidi A Latiff berkata tujuan MoU berkenaan sebagai usaha meningkatkan lagi jaringan kerjasama yang memfokuskan kepada pertanian dan perubatan veterinar.“Untuk bidang pertanian ini, kita akan lebih bekerjasama dan memberi tumpuan kepada pembiakan tumbuhan, hortikultur, patolagi tumbuhan dan perladangan” katanya.Menurutnya lagi, UniSZA juga merancang untuk mengadakan memorandum perjanjian (MoA) bersama IPB yang merangkumi program mobiliti pelajar berkredit dan tidak berkredit.“Kita juga akan berkerjasama dalam program `summer camp' serta pertukaran pensyarah jemputan dan profesor adjung” katanya dalam satu kenyataan media.MoU tersebut ditandatangani olehnya selaku Naib Canselor UniSZA, manakala pihak IPB pula diwakili Rektornya, Dr. Arif Satria
10 Jan 18
49
UniSZA Jalin Kerjasama Dengan 10 Universiti Di Jordan
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjalin kerjasama dengan 10 buah universiti di Jordan melalui majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Education Malaysia Jordan, Amman, Jordan, hari ini.Antara universiti yang terlibat dengan MoU tersebut adalah Jordan University of Science and Technology, Philadelphia University, Yarmouk University, Al-Zaytoonah University, Al-Ahliyya Amman University, Zarqa University, Amman Arab University, Isra University, Jadara University dan Irbid National University.Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, kerjasama itu diadakan bertujuan untuk mempromosikan UniSZA khususnya bagi program di peringkat pasca ijazah iaitu Sarjana dan Doktor Falsafah kepada calon-calon pelajar dari Jordan.“Kita juga akan bekerjasama dalam bidang penyelidikan antara universiti serta mengadakan pertukaran pelajar dan staf agar dapat dimanfaatkan bersama.“Saya harap dengan kerjasama ini, hubungan antara UniSZA dengan universiti di Jordan akan bertambah erat serta melancarkan proses kemasukan pelajar dari Jordan selepas ini”, katanya. Sementara itu, Ahmad Zubaidi turut memaklumkan jumlah pelajar siswazah di UniSZA sehingga kini berjumlah 1,955 orang termasuk 599 orang pelajar antarabangsa“Dari jumlah itu, seramai 209 pelajar antarabangsa adalah dari Jordan yang terdiri daripada 57 pelajar peringkat sarjana dan 152 pelajar peringkat PhD.“Peluang pengajian di peringkat PhD di Jordan agak terbatas oleh kerana limitasi program PhD yang ditawarkan oleh universiti di sana dan ini adalah satu peluang yang besar kepada UniSZA bagi menawarkan tempat kepada pensyarah serta pelajar lepasan universiti di Jordan untuk menyambung pengajian PhD di UniSZA”, katanya.Katanya lagi, tukaran mata wang yang tinggi Dinar Jordan kepada Ringgit Malaysia (RM) juga akan menjadi daya tarikan kepada bakal pelajar dari Jordan untuk belajar di UniSZA. “Program penyelidikan universiti di Jordan yang terfokus dengan teras yang jelas telah membolehkan mereka merancang dan melaksana penyelidikan dengan lebih berkesan.“Kita akan mengambil peluang ini untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang yang berkaitan bagi memantapkan lagi aktiviti penyelidikan mengikut bidang kepakaran yang telah dikenal pasti berdaya maju,'' katanya.Tambahnya lagi, jalinan hubungan dengan banyak universiti ternama di seluruh dunia akan membolehkan pelajar dan pensyarah UniSZA menjelajah dunia dalam usaha meningkatkan kecemerlangan.
10 Jan 18
216
Pelajar PKT Laksana Pendawaian Elektrik 34 Rumah Di Marang
Antara sukarelawan dari PKT yang terlibat dalam Program Touch Point Cabinet Away Day 2017, PKT bersama Parlimen Marang di Kampung Kenanga.Politeknik Kuala Terengganu (PKT) meneruskan program sukarelawan dengan melaksanakan kerja pendawaian elektrik 34 rumah di Parlimen Marang bermula Oktober lalu.Program yang sama pernah dilaksanakan dengan kerjasama Parlimen Besut melibatkan 100 buah rumah pada 2016.Pengarahnya, Radiah Che Su berkata, pihaknya menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia memperuntukkan RM170,000 dengan mensasarkan 34 buah rumah dapat menikmati faedah itu di Marang."PKT telah diberi tanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja membaiki dan memulihkan elektrik secara berfasa di rumah-rumah terpilih di sekitar Marang yang melibatkan empat DUN iaitu Bukit Payung, Alor Limbat, Rhu Rendang dan Pengkalan Berangan."Fasa pertama yang berlangsung pada Oktober hingga November lalu, PKT berjaya menyiapkan sebanyak 12 buah rumah dan bagi fasa kedua sebanyak 22 buah rumah lagi diperuntukkan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Program Touch Point Cabinet Away Day 2017, Politeknik Kuala Terengganu Bersama Parlimen Marang di Kampung Kenanga, Marang, hari ini.Radiah berkata, fasa kedua sudah bermula sejak awal Disember tahun lalu dan dijangka akan berakhir pada pertengahan bulan ini.Katanya, bagi fasa pertama, kos yang dikeluarkan KPT melibatkan RM60,000 dan fasa kedua pula menelan belanja sebanyak RM110,000.Tambahnya, program tersebut bukan sahaja bertujuan untuk mengenal pasti dan membaik pulih kerosakan pendawaian elektrik di kediaman yang dicadangkan malah memberi keyakinan serta motivasi kepada pelajar di bidang kejuruteraan elektrik."Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program termasuk membaik pulih pendawaian elektrik usang dan boleh membahayakan serta aktiviti pendawaian penambahan untuk pemasangan lampu, soket dan kipas."Selain itu pelajar turut membuat aktiviti penukaran aksesori pendawaian elektrik yang rosak dan semua aktiviti terbabit dipantau pensyarah yang berkemahiran dalam bidang itu," katanya.
03 Jan 18
228
Si Kembar Cantik, Pintar Terima RM3,000 Seorang Anugerah Sarjana
“Saya gembira naik pentas bersama kembar menerima Anugerah Sarjana Yayasan Terengganu. Alhamdulillah saya dapat meneruskan kecemerlangan ini bersama-sama sejak dari sekolah rendah sehingga ke menara gading.“Kami memang belajar sama-sama satu kelas tidak pernah terpisah sejak tabika dan harungi susah senang bersama hingga berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Kejurulatihan dari UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris),”kata Faten Fazrin Mohd Sharin, 25, dari Kampung Amir, Kota Putera, Besut, semalam.Faten FazrinFaten Fazrin dan kakak kembarnya, Fatin Syafika, masing-masing mendapat RM3,000 beserta sijil dan cenderahati.Mereka termasuk di kalangan 200 pelajar yang mendapat RM5,000 seorang (36 pelajar) dan RM3,000 seorang (164 pelajar) sempena Majlis Anugerah Sarjana YT Tahun 2017 di Cindai Ballroom, Duyung Marina Resort, Kuala Terengganu, semalam.Pasangan kembar yang juga anak bongsu kepada pesara guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut, Mohd Sharin Abd Rahman, 68, serta isteri, Fatmawaty Abdullah, 58, mahu menunaikan hasrat ayah mereka supaya meneruskan legasi keluarga pendidik."Syukur dan terima kasih dengan insentif dari kerajaan negeri kepada golongan mahasiswa seperti kami. Pengiktirafan ini menjadi pendorong untuk kami membalas segala sumbangan ini untuk menjadi pendidik yang cemerlang selaras kehendak pucuk pimpinan negeri dan negara.“Kami kini menunggu tawaran penempatan perkhidmatan di mana-mana sekolah. Malah, masih berharap jika mendapat peluang berkhidmat di sekolah yang sama walau kami sedar harapan itu sangat mustahil.“Apabila melangkah ke alam kerjaya dan makin dewasa, kami akur kami perlu terpisah sementara bagi mencapai cita-cita masing-masing di bidang perguruan,”kata Fatin Syafika.Fatin SyafikaMenurut Fatin Syafika lagi, walau sekuat manapun kasih-sayang mereka, ada ketika dia perlu memberi ruang kepada adik kembarnya untuk memilih jalan hidup dan kini adiknya itu sudahpun menjadi isteri orang sejak beberapa bulan lalu, juga mengahwini seorang pendidik.
24 Dec 17
267
1,000 Pelajar Ceria Terima Bantuan Kelengkapan Sekolah PLUS
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar di Program UEM Back To School di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimSeramai 1,000 pelajar sekolah rendah dan menengah daripada keluarga kurang berkemampuan di Parlimen Kuala Nerus menerima sumbangan keperluan persekolahan daripada PLUS Malaysia BerhadBantuan berjumlah RM250,000 itu bertujuan membantu meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan pendidikan untuk anak-anak pada sesi persekolahan 2018 tidak lama lagi.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, agihan secara tahunan bernilai RM250 kepada setiap pelajar itu berupa dua pasang baju sekolah, sepasang kasut dan stokin, alat tulis serta beg.Katanya, sejak 2012 sehingga kini, kira-kira RM12 juta dibelanjakan PLUS bagi menjalankan pelbagai program berteraskan komuniti seperti program kembali ke sekolah, aktiviti kebajikan dan kempen keselamatan di seluruh negara."Saya berharap orang ramai terutama keluarga penerima manfaat sebaik mungkin di atas segala sumbangan yang diterima, " katanya.Beliau berkata demikian pada Program UEM Back To School di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria dan Ketua Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi.
23 Dec 17
125