lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Empty Image
SPM 2017 : SMKA Durian Guling Sekolah Agama Terbaik Terengganu
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling dinobatkan SMKA terbaik Negeri Terengganu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 yang diumumkan pagi ini.Dengan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 2.55 berbanding 3.25 pada tahun lalu, sekolah itu berada di tangga ke-11 SMKA terbaik kebangsaan.Pengetuanya, Salleh Ab Bakar berkata, pencapaian terbaik sekolahnya berjaya menempatkan mereka di kedudukan 20 SMKA terbaik kebangsaan."Terima kasih kepada guru-guru yang tidak jemu mendidik. Begitu juga kerajaan negeri dan Jabatan Pelajaran Negeri yang memberikan sokongan dan peruntukan kepada sekolah ini."Saya harap kejayaan ini menjadi motivasi kepada guru untuk terus gigih mencapai yang terbaik."Saya selaku pentadbir hanya membantu keperluan guru, tetapi merekalah yang bertungkus- lumus membentuk anak-anak ini," katanya ketika ditemui di sekolah pagi ini,"katanya kepada Teganukita, hari ini.Seramai lapan pelajar sekolah itu berjaya mendapat A dalam semua mata pelajaran dan SMKADG juga diumumkan sekolah terbaik SPM 2017 Daerah Marang.
14 Mar 18
1093
Empty Image
SPM 2017 : Terengganu Kekal Terbaik
Terengganu terus melakar sejarah dalam bidang pendidikan apabila Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 merekodkan peningkatan dengan Gred Purata Keseluruhan (GPK) negeri 4.90 mengatasi GPK kebangsaan 4.97.Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, ini merupakan kejayaan yang membanggakan bagi 2017 dan menyamai pencapaian terbaik yang pernah dicapai Terengganu dalam SPM."Sebanyak 88.50 peratus iaitu 16,195 daripada 20,525 calon SPM negeri ini lulus penuh peperiksaan itu dan layak memperolehi sijil."Seramai 278 calon memperoleh keputusan cemerlang A bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan SPM di Terengganu," katanya pada sidang akhbar pengumuman SPM di pejabat Jabatan Pendidikan Terengganu, hari ini.Beliau juga berkata, pihaknya juga telah mengenalpasti beberapa subjek atau mata pelajaran yang telah menyebabkan pelajar tidak mendapat semua A+.“Antara subjek yang kita kenal pasti ialah bahasa Inggeris dan matematik tambahan.Selain itu, subjek sains tulen iaitu kimia, biologi dan fizik serta matematik tambahan termasuk subjek bahasa melayu. Kita akan fokus kepada subjek-subjek ini,” katanya lagi.Dua pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat semua A+ ialah Muhammad Khairul Azri Mohd Khalid dari Sekolah Menengah Imtiaz Besut dan Muhammad Syauqellah Razali dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik, Kuala Terengganu yang mendapat 11A+ dan Nur Ellena Elmie dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus,  mendapat 9A+.Sekolah Menengah Imtiaz, Besut dan Sekolah Menengah Sains  Sultan Mahmud Kuala Terengganu pula merupakan sekolah paling cemerlang manakala calon berkeperluan khas (CBK), Ahmad Izzat Sohame @ Suhaimi dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Telemong, Hulu Terengganu yang mengalami disleksia pula adalah calon CBK cemerlang negeri, dengan mendapat 4A, 2A-, 1B+, 1C+, 1C.
14 Mar 18
765
Empty Image
Yamaha Music Sumbang Keyboard Untuk 10 Sekolah
Oleh : Mohd Irsyadi Abu BakarSebanyak 10 buah sekolah menerima Keyboard Music Time daripada Yamaha Music (Malaysia) Sdn Bhd dalam majlis yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1, pagi ini.Penyerahan peralatan bernilai RM90,000 itu disempurnakan oleh Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri, Mazlan Ismail.Dalam ucapannya, Mazlan berkata, penyerahan alatan baharu itu diharap akan membuka ruang pelajar di negeri ini mengembangkan bakat dalam bidang muzik."Diharapkan dengan kemudahan ini, prestasi anak-anak Terengganu dalam bidang seni akan meningkat," katanya.Dalam pada itu, Penyelaras Program Music Time Yamaha, Mohd Haswani Hassan berharap ia dapat mencungkil bakat pelajar dalam seni muzik keyboard."Selain peralatan, Yamaha turut mengadakan bengkel tatacara untuk para guru yang terlibat dalam program ini, "katanya.Sekolah yang menerima sumbangan itu adalah SK Sultan Sulaiman 1 dan  SK Seri Budiman, Kuala terengganu; SK Rhu Rendang dan SK Bukit Payong, Marang; SK Sultan Ismail, Kemaman; SK Bukit Guntung, Kuala Nerus; SK Tengku Mahmud, Besut; SK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu; SK Sultan Omar, Dungun dan SK Lembah Jaya, Setiu.
12 Mar 18
117
Empty Image
Lima Universiti Disenaraikan Terbaik Di Dunia
  Idris menyampaikan sumbangan  kepada pengetua SMK Tengku BariahLima Universiti Penyelidikan Malaysia di negara ini disenaraikan berada satu peratus teratas di kalangan 300 universiti terbaik di dunia.Universiti itu adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh, berkata  peningkatan itu adalah dalam senarai kedudukan dunia bagi 2017/2018 seperti yang diterbitkan Quacquarelli Symonds (QS).Katanya, hasil daripada peningkatan itu juga membolehkan lima universiti berkenaan berada dalam kelompok satu peratus teratas daripada 26,000 universiti di seluruh dunia."UM dan UPM menunjukkan peningkatan untuk lima tahun berturut-turut iaitu 2013 hingga 2017 dengan UM berada di kedudukan ke-114 iaitu di ambang kelompok 100 terbaik dunia serta diharapkan dapat menzahirkan impian mencapai sasaran itu menjelang 2020."Pada masa sama, UPM mencapai peningkatan tertinggi dengan sebanyak 182 tempat menjadikan kedudukan terkini ialah tempat ke-229 jika dibandingkan kedudukan ke-411 dunia pada 2013/2014," katanya kepada pemberita selepas merasmikan  Program Jalinan Kasih PIBG di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pegawai Pembangunan DUN Ladang, Dato' Mohd Sabri Alwi yang juga Pengerusi Persatuan Ibu bapa Dan Guru SMK Tengku Bariah.Idris berkata, pencapaian itu satu berita baik bagi landskap pendidikan tinggi Malaysia terutama pada tahun ini apabila Kementerian Pendidikan Tinggi meraikan 10 tahun memperkenalkan inisiatif universiti penyelidikan dengan harapan dapat merangsang dan membudayakan penyelidikan, penerbitan dan inovasi.
10 Mar 18
128
Empty Image
Terengganu Tekad Kekal Cemerlang STPM
Kerajaan negeri berhasrat untuk mengekalkan kecemerlangan dalam pendidikan terutama dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), selepas merekodkan keputusan membanggakan dalam peperiksaan itu di negeri ini yang diumumkan semalam.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bagi merealisasikan hasrat itu kerajaan negeri bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada 47 buah sekolah yang mempunyai pelajar Tingkatan Enam.Katanya, pelaburan kerajaan negeri sebelum ini amat berbaloi apabila berjaya mendapat hasil yang diimpikan serta optimis Terengganu akan mendapat kejayaan lebih besar pada masa akan datang."Kerajaan negeri berani membuat pelaburan besar dalam pendidikan kerana kita nampak modak insan ini sangat penting dan kita tiada masalah untuk memberi lebih banyak insentif dan galakan dan memajukan pendidikan di Negeri Terengganu."Untuk menghasilkan kecemerlangan tidak sesukar mempertahankan kecemerlangan dan kita tidak mahu kita dapat kejayaan terbesar tetapi kejayaan terbesar kerana sikap alpa kita kejayaan itu akhir sekali tidak berulang."Jadi untuk mempertahankannya, kerajaan negeri bersetuju menambah peruntukan RM5,000 kepada 47 buah sekolah dan pelajar cemerlang bukan sahaja dapat laptop dan tablet tetapi juga mendapat wang tunai RM500 melalui sumbangan Yayasan Terengganu, bantuan RM1,500 apabila masuk universiti serta tidak termasuk sumbangan lain..ini adalah asas untuk mengekalkan kejayaan dan mempertingkatkan prestasi," katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan STPM Negeri Terengganu Tahun 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Kuala Nerus, pagi tadi.Seramai 100 pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam STPM diraikan dan menerima insentif wang tunai serta komputer riba.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu,  Shafruddin Ali Hussin.Ahmad Razif juga memberitahu, kerajaan negeri mensasarkan untuk mencapai lima peratus pelajar STPM 2018 mendapat A penuh berbanding empat peratus tahun lalu selepas melihat potensi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang semakin meningkat. -terengganu.news
08 Mar 18
40
Empty Image
STPM 2017: Anak Pemandu Van Antara Pelajar Terbaik
"Mengulang kaji secara konsisten serta dorongan ibu bapa merupakan kunci kejayaan saya memperoleh keputusan ini,” kata  Nur Hidayu Ahmad  dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Nur Hidayu antara 23 pelajar cemerlang yang mencatat keputusan semua A bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 di Terengganu.Katanya, setiap hari dia akan memastikan semua kerja sekolah disiapkan dan menumpukan perhatian ketika guru mengajar serta kerap mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan.“Saya jarang belajar ketika berada di rumah, selain tidak mengikuti kelas tambahan kerana bagi saya belajar  di sekolah bermula awal pagi sehingga jam 4.30 petang sudah mencukupi. “Penat juga kalu terlalu menumpukan terhadap pelajaran sebaliknya perlu juga melakukan aktiviti lain bersama keluarga,”katanya.Menurutnya, kejayaan itu  bukan sahaja menggembirakan dirinya, tetapi apa yang penting adalah untuk  membahagiakan kedua ibu bapa.“Ayah yang hanya bekerja sebagai pemandu van, manakala  ibu tidak bekerja cukup menaruh harapan supaya  saya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, seterusnya mendapat kerja yang selesa,”  katanya  yang bercita-cita mahu menjadi pensyarah dalam bidang ekonomi.Manakala Arifah Jusoh, berkata dia seakan tidak percaya memperoleh semua A dan disenaraikan antara yang terbaik membabitkan 23 pelajar di Terengganu.“Apa yang diperoleh itu pastinya menjadi pendorong buat diri  saya untuk mencipta kejayaan  lain sekiranya dapat melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam kelak,” katanya.
06 Mar 18
85
Empty Image
STPM 2017: Pecapaian Terengganu Terbaik Sepanjang Zaman
A Latiff menunjukkan keputusan STPM 2017. Foto Harish Fadzillah Abu KassimTerengganu melakar satu lagi cerita kejayaan dalam bidang pendidikan pada tahun ini apabila  muncul sebagai negeri terbaik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin, dalam keputusan yang dianggap paling bersejarah, Terengganu berjaya mengekalkan kedudukan bagi tahun keempat  berturut-turut dengan mencatat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.91 mengatasi PNGK nasional 2.76.Katanya, sebanyak 36 sekolah daripada 47 sekolah berjaya mengatasi gred minimum PNGK nasional, 40 sekolah merekodkan lulus 100 peratus dan tiga sekolah memperoleh keputusan 100 peratus 5A dan 4A .“Paling membanggakan,  seramai 23 calon memperoleh semua A penuh (PNGK 4.00), 77 pelajar mendapat 4A (A dan A-).“ Seramai 1,115 pelajar berjaya memperoleh PNGK 3.00 ke atas pada STPM 2017 berbanding 997 calon pada STPM 2016,”katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media Pengumuman Keputusan STPM 2017, di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Bukit Kecil, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.Shafruddin berkata,  sejumlah 2,453 calon menduduki peperiksaan itu di negeri ini yang mencatatkan peningkatan berbanding 2,254 pada tahun sebelumnya.“Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu muncul sebagai sekolah terbaik negeri dengan PGNK minimum 3.45,”katanya.
05 Mar 18
117
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: 175 pelajar Terima Kelengkapan Sekolah
A. Latiff menyampaikan bantuan kelengkapan persekolahan kepada pelajar. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimEkuiti Nasional Berhad (Ekuinas) menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR), menyumbang kelengkapan persekolahan kepada 175 pelajar kurang berkemampuan membabitkan sembilan sekolah di negeri ini. Antara sekolah itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tengah, SK Bukit Gemuruh, SK Paloh, SK Bukit Sawa da SK Tasik, Marang.Kelengkapan persekolahan berupa pakaian seragam sekolah berjenama Canggih, kasut dan sokin itu diagih melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT).  Penyampaian sumbangan itu disempurnakan Pengerusi Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri A. Latiff Awang oleh pada Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan pada  Ekspo Terengganu 2018 di Stadium Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus hari ini.
01 Mar 18
30
Empty Image
Anak Dungun Wakil Malaysia Di Asean-EU Young Leader Forum
Sharif menerima sumbangan dari Menteri Besar di atas kejayaannya mewakili Malaysia dalam Asean-EU Young Leader Forum. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Anak Kelahiran Dungun, Ahmad Sharif Haron,28, dipilih sebagai wakil Malaysia dalam Asean-EU Young Leader Forum di Brussels, Belgium.Beliau yang merupakan pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di Universiti Kebangsaan Malaysia berkata amat bertuah apabila menjadi wakil tunggal negara untuk melibatkan diri dalam forum tersebut.Katanya, forum yang bakal bermula pada 26 Februari ini akan melibatkan 10 wakil dari Asean dan 28 wakil dari EU menjadikannya dari 38 negara."Peluang mewakili Malaysia dalam forum ini bermula apabila saya menghantar resume saya kepada Kementerian Luar Negeri dan Alhamdulillah pihak kementerian memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi wakil."Saya juga amat teruja serta gembira apabila Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman sendiri mengucapkan tahniah di atas kejayaan saya untuk menjadi wakil Malaysia dalam forum tersebut," katanya kepada Teganukita.Beliau ditemui pemberita selepas menerima sumbangan dari Ahmad Razif di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Terengganu, Dr Hashim Azmi Che Noh.
21 Feb 18
478
Empty Image
UniSZA Fokus Kepada Pembangunan Ilmiah
Dato’ Dr. Kamarudin HussinTaman ilmu akan membangun dengan pesat dalam masa terdekat dan menjadi sebuah hub pendidikan bertaraf antarabangsa di Terengganu.Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abiddin (UniSZA), Briged Jeneral  Dato’ Dr. Kamarudin Hussin berkata,Taman Ilmu matlamatnya memang fokuskan kepada membangunkan ilmu dengan bakal kemasukkan Universiti P.Ramlee (ASWARA) , Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).Katanya, beliau amat positif melihat kawasan itu dalam setahun dua ini sebagai transit kerajaan untuk pembangunan pendidikan yang bakal melahirkan pelajar-pelajar berkemahiran dalam pelbagai bidang.“Bagi saya ini tidak membazir, masjid (Taman Ilmu) guna dah untuk 10,000 pelajar disitu, jadi asrama yang kita akan buat sebelah saja.“Jadi pelajar-pelajar 3,000-4,000 boleh pergi sembahyang di sana, jadi dengan pelajar-pelajar dari university P.Ramlee akan solat disana.“Pada saya ini merupakan satu hikmah yang Allah berikan, maknanya Universiti P.Ramlee boleh bangun kat situ," katanya kepada Terengganu Times semalam.Selain itu, Kamarudin menyelar sesetengah pihak yang menyatakan kerajaan membazirkan wang rakyat kerana kebaikkan yang ada apabila terbinanya sebuah tempat pembelajaran terbesar disana nanti.“Ini kebaikan bukan maksudnya ada kena faktor lambat apa atau kewangan yang banyak digunakan, tidak tetapi pada saya inilah inisiatifnya yang Allah berikan yang sebenarnya.“Kita membangunkan Besut itu dan Taman Ilmu yang ada ni dengan masjidnya dengan perpustakaannya .“Kita pun telah membincangkan untuk menubuhkan Persatuan secara NBOS iaitu Konsortium diantaranya Unisza,UMK dan UMT untuk mengambil alih Taman Ilmu, Insyaallah dengan persetujuan kerajaan negeri .“Pustaka semua level itu kita akan bangunkan termasuk dengan  Hospital Pakar dalam bidang  perubatan satelit di situ juga dan ramai sudah tertarik untuk berpindah ke kampus Tembila, Besut," tambahnya lagi.Menurutnya lagi, ianya bukan suatu pembaziran kerana suatu ketika dulu sewaktu kerajaan ingin membina KLIA2 , sesetengahnya kata ianya suatu pembaziran,boleh diterjemahkan semua yang kerajaan buat pasti ada yang tidak bersetuju walaupun ianya member manfaat buat semua.Terengganu beruntung, dengan keputusan pendidikan negeri ini sekarang kerana pendidikan itu sangat penting.Beliau juga memberitahu akan bersama pihak pengurusan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA  akan memastikan Kampus Tembila dan Taman Ilmu ini akan direalisasikan dalam masa tiga tahun akan datang. - Sumber Terengganu Times
19 Feb 18
135