lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Empty Image
Lebih 20,000 Kunjungi Pesta Buku @PPAT
Lebih 20,000 orang mengunjungi Pesta Buku @PPAT 2018 yang kini berlangsung di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Jalan Hiliran, Kuala Terengganu, sehingga 7 April ini.Pengarah PPAT, Marzialina Mohamed berkata, jumlah itu melibatkan pengunjung  pesta buku yang hari ini memasuki hari kelima sejak bermula Sabtu lalu.“Syukur alhamdulillah, sambutan setakat ini telah melebihi 20,000 pengunjung dengan jumlah pengunjung pada hari pertama sahaja seramai 11,000 orang.“Lebih menggembirakan, jumlah pengunjung pada hari ini setakat jam 11 pagi sudah melebihi 5,000 orang.“Kami jangkakan jumlah pengunjung akan terus meningkat terutamanya pada hari Selasa, Khamis dan Jumaat kerana terdapat saringan bagi pertandingan mewarna sebelum peringkat akhir pada hari Sabtu depan,” ujarnya kepada Teganukita, hari ini.Katanya, sambutan yang diterima di luar jangkaan dan ianya menunjukkan rakyat Terengganu mempunyai minat yang tinggi terhadap buku dan ilmu.Katanya, orang  ramai diharap tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Pesta Buku @PPAT2018 untuk mendapatkan koleksi buku yang terbaharu pada harga promosi.
04 Apr 18
749
Empty Image
Anak Orang Asli Pertama Lanjut Pengajian UniSZA
Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada Reemy Razak yang merupakan  anak Orang Asli  pertama di Terengganu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke UniversitiSiapa kata anak Orang Asli tidak boleh berjaya dalam pelajaran kerana belakang parang kalau diasah tetap akan tajam dan mereka mampu melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi sama seperti masyarakat luar.Ini terbukti apabila seorang remaja Orang Asli Sungai Berua, Reemy Razak, 20, berjaya mencipta sejarah menjadi Orang Asli pertama di negeri Terengganu yang ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) setelah mendapat keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini.Anak keempat dari lima beradik yang memulakan alam persekolahan ketika berusia sembilan tahun berkata dia amat teruja apabila mendapat perkhabaran tersebut serta menyifatkannya sebagai satu anugerah yang cukup bermakna buatnya dan keluarga."Sebelum ni ada dengar desas-desus tentang UniSZA menawarkan tempat kepada saya dan hari ini ianya menjadi kenyataan apabila diumumkan sendiri oleh Menteri Besar tadi."Memang teruja sangat dan saya akan buat yang terbaik untuk mencapai impian bergelar guru dan pulang menabur bakti kepada anak masyarakat Orang Asli supaya mereka juga akan menikmati kejayaan yang sama seperti saya dapat hari ini" katanya.Dia berkata demikian kepada pemberita di Program Ramah Mesra YAB Dato' Seri Menteri Besar Terengganu bersama Masyarakat Orang Asli Sungai Berua di perkampungan Sungai Berua, Hulu Telemong hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat merangkap Ahli Dewan Undangan Telemong,Tambahnya lagi, walaupun selalu dipandang rendah dan dihina sebagai anak Orang Asli tetapi dia pernah mengambil hati malah menjadikannya sebagai kata-kata semangat untuk berjaya dalam pendidikan."Saya buat tak tahu bila ada rakan-rakan yang memandang serong, mengejek malah selalu memperlekehkan saya sebab lahir sebagai anak Orang Asli tetapi saya diamkan sahaja, tetap belajar macam biasa..ikut kelas tambahan, kalau tidak faham saya tanya guru dan kawan-kawan," ujar Reemy.Reemy juga aktif pelbagai aktiviti di sekolah dan menjadi johan dalam Pertandingan Azan di Program Dakwah Bilal SJKC dan SK Orang Asli dan naib johan Pertandingan Pidato Bahasa Melayu peringkat Sekolah Rendah (Kategori Murid Orang Asli) peringkat Negeri Terengganu tahun 2012.Sementara itu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd.Rahman dalam ucapannya berharap kejayaan Remy akan menjadi contoh dan ikutan kepada anak-anak Orang Asli yang lain dan akan melahirkan lebih ramai insan cemerlang dalam bidang pendidikan.Dalam majlis tersebut juga, beliau turut meluluskan peruntukan sebanyak RM260 ribu untuk membaik pulih jalan yang runtuh dan sebuah van untuk kegunaan anak-anak orang asli ke sekolah.
03 Apr 18
180
Empty Image
Tahap Pendidikan Orang Asli Makin Baik
Tahap pendidikan anak-anak masyarakat Orang Asli di negara ini mencatatkan peningkatan positif berikutan penambahbaikan pelbagai program dan kemudahan infrastruktur oleh kerajaan.Menteri Pendidikan, Dato' Seri  Mahdzir Khalid berkata, pihaknya tidak pernah meminggirkan masyarakat Orang Asli apabila sentiasa meningkat­kan tahap pem­­­ba­ngu­nan pen­di­dikan golongan itu yang kini semakin menarik minat mereka ke sekolah."Kini terdapat 99 buah sekolah komuniti orang asli di seluruh negara termasuk sebuah sekolah menengah dengan jumlah pelajarnya seramai 37,934 orang manakala tenaga pengajar seramai 329 orang."Terdapat lima buah sekolah kategori K9 yang menempatkan sekolah rendah dan sekolah menengah(tingkatan satu hingga tiga) dalam satu kawasan iaitu dua di Perak, dua di Pahang dan satu di Selangor," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas Majlis Penyerahan Bangunan Baru Sekolah Rendah Sungai Berua di perkampungan Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu, hari ini.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Dr Ghazali Taib.Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan,  Datuk Seri Alias Ahmad; Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Amin Senin, Timbalan Pengarah Pendidikan Terengganu, Matsor Ismail dan Timbalan Pengerusi Eksekutif T7 Global Berhad, Tan Sri Tan Kean Soon.Mahdzir turut berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan sumbangan daripada pihak swasta bagi membantu pembangunan pendidikan di kalangan komuniti Orang Asli.Sementara itu, Tan Kean Soon berkata bangunan tambahan yang bernilai RM200,000 berkenaan disumbangkan oleh T7 Global Berhad bagi memberikan keselesaan dan kemudahan pembelajaran kepada murid-murid Orang Asli."Selain itu, pihak kami berharap ianya menjadi motivasi kepada mereka untuk meneruskan pembelajaran dan pengajaran kepada guru-guru di samping menggalakkan kehadiran anak-anak ini ke sekolah."Pihak kami juga berbesar hati untuk menjadikan 104 murid-murid di sekolah ini sebagai anak angkat T7 Global Berhad, " ujarnya.
01 Apr 18
115
Empty Image
Kerajaan Negeri Hadiah SSPN1M-i Kepada 1,163 Pelajar Cemerlang
Ahmad Razif (tengah) bersama pelajar cemerlang PPSR dan PBSMR 2017 Yayasan Terengganu di Duyong Marina Resort, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM581,500 kepada 1,163 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang bagi Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) di seluruh negeri ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, insentif berupa akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia (SSPN1M-i) bernilai RM500 diberikan kepada pelajar tersebut atas kecemerlangan akademik yang ditunjukkan dalam peperiksaan berkenaan tahun lalu.Menurut beliau, seramai 578 pelajar berjaya memperoleh semua A dalam peperiksaan PPSR dan 585 lagi mendapat keputusan cemerlang dalam PBSMR."Pada tahun ini, kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu memilih SSPN1M-i sebagai hadiah kepada pelajar atas kecemerlangan mereka."Anugerah kecemerlang pelajar merupakan insentif kerajaan negeri dalam memperkembang dan mempertingkatkan kemajuan pendidikan di negeri ini sekaligus merangsang pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan," ujarnya pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar PPSR dan PBSMR 2017 Yayasan Terengganu di Duyong Marina Resort, hari ini.Pada majlis tersebut, Ahmad Razif menyampaikan sijil SSPN1M-i kepada 400 pelajar cemerlang dalam daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.
29 Mar 18
297
Empty Image
42 Sekolah Pondok, Pusat Tahfiz Terima Bantuan Alat Keselamatan Kebakaran
Ghazali menyampaikan bantuan alat keselamatan kebakaran di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Negeri, Kuala Terengganu, petang ini. Foto oleh Haridh Fadzillah Abu KassimKerajaan negeri melalui Jabatan Hal EhwalAgama Terengganu mengambil inisiatif mempertingkatkan ciri keselamatan sekolah pondok dan pusat tahfiz di seluruh negeri.Buat permulaan, 42 institusi pengajian agama yang berdaftar menerima bantuan alat keselamatan kebakaran di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Negeri, Kuala Terengganu, petang ini.Bantuan alat keselamatan itu antara usaha mencegah berulangnya tragedi kebakaran seperti yang pernah berlaku di beberapa pusat tahfiz serta pondok seluruh negara sejak kebelakangan ini.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Dr. Ghazali Taib menegaskan pusat pengajian pondok dan tahfiz merupakan antara institusi yang penting dalam masyarakat dan perlu menekankan aspek keselamatan."Para pengusaha tahfiz dan pondok banyak berkorban masa dan harta dalam melahirkan anak-anak yang mengamalkan dan menyebar luas agama dan akhlak Islam.Namun, kebanyakan institusi ini kurang mengutamakan aspek keselamatan. "Disebabkan itu, kerajaan negeri mengambil langkah untuk meningkatkan ciri keselamatan di pondok dan tahfiz dengan pemberian ini," katanya ketika merasmikan majlis penyerahan tersebut.Antara sekolah yang menerima bantuan itu adalah Maahad Tahfiz wal Dirasah Padang Air dan Maahad Tahfiz wal Tarbiah Tok Jiring.Terdapat 160 sekolah pondok dan pusat tahfiz di seluruh Terengganu.
29 Mar 18
575
Empty Image
UniSZA Sanjungi Pengamal Media
Jurufoto UKOM, Tengku Mohd Syamim turut menerima hadiah kemenangan kategori foto terbaik sempena Malam Anugerah Kewartawanan UniSZA 2018, malam tadi. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terus mengiktiraf peranan media tempatan yang membantu mempromosikan pusat pendidikan itu sehingga menjadi tersohor dan antara pilihan utama ramai pelajar dalam dan luar negara, menerusi penganjuran Malam Anugerah Kewartawanan UnisZA 2018, malam tadi.Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, peranan media dalam membantu menyalurkan maklumat bermanfaat, tepat dan terkini tidak dapat disangkal lagi."Media adalah antara pihak yang banyak membantu UniSZA dalam menyalurkan pelbagai maklumat terkini dan bermanfaat kepada masyarakat. Tanpa sokongan berterusan media UniSZA pastinya tidak dapat menjadi gah seperti hari ini ."Pastinya kita mahu kolaborasi ini akan berterusan sekali gus membantu UniSZA untuk terus menempa lebih banyak kecemerlangannya supaya kekal menjadi pilihan pelajar dari seluruh dunia sebagai tempat meraih ilmu. Kita juga akan terus berusaha dan mencapai kejayaan dalam bidang penyelidikan berimpak tinggi supaya dapat memberi manfaat kepada semua pihak pada masa akan datang," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis Malam Anugerah Kewartawanan UniSZA 2018 di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi. Di majlis itu, Timbalan Pendaftar UniSZA, Ahmad Termizi Abdul Aziz turut mencuri tumpuan apabila menyampaikan puisi yang meruntun jiwa sebagai dedikasi buat Allahyarham Pensyarah Fakulti Pengajian dan Kontemporari Islam (FKI), UniSZA, Dr Shahril Othman, yang meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa, Oman pada minggu lalu. Pengarah Pejabat Kolej Kediaman (PKK) UniSZA itu menghembuskan nafas terakhir dipercayai akibat serangan jantung ketika sedang menunggu penerbangan untuk pulang ke Malaysia, sebaik selesai urusan penyelidikan di Arab Saudi bersama dua pensyarah lain.Pemergian Allahyarham yang berkhidmat di UniSZA selama 10 tahun bermula 2008 dan meninggalkan seorang balu serta empat cahaya mata itu, memberi kesan yang sangat mendalam buat rakan-rakan seperjuangan dan warga UniSZA.Sebelum itu, jurufoto Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM), Tengku Mohd Syamim Tengku Ismail turut menerima anugerah bagi kategori jurufoto terbaik menerusi foto bertajuk '2,359 Graduan UniSZA Di Rai Di Majlis Konvokesyen Ke-9' yang disiarkan menerusi portal www.teganukita.my pada 21 Oktober 2017.
28 Mar 18
131
Empty Image
Elaun Peserta TGTP Naik Kepada RM1500
Ahmad Razif (tengah) bersama sebahagian pelajar yang menerima bantuan persekolahan pada Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan dan Pelancaran Tuisyen Rakyat Kuala Nerus di Bangunan Penyelaras Telaga Daing, Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Elaun bulanan peserta Program Transformasi Siswazah Terengganu (TGTP) dinaikkan kepada RM1,500 daripada RM1,000 sebelum ini bermula Januari lalu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, seramai 258 lepasan universiti di negeri ini yang menjadi peserta perintis program berkenaan mulai Disember lepas akan menerima bayaran tunggakkan elaun masing-masing. Katanya,  238 peserta daripada kemasukan Disember masih mengikuti latihan di 23 syarikat GLC di bawah Terengganu Inc.Manakala, seramai 380 peserta kemasukan baru bermula Mac lalu yang sedang mengikuti latihan di 12 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Terengganu Inc dan tujuh GLC di bawah Kumpulan anak syarikat PMINT secara automatik menerima kadar elaun baharu itu.Katanya, peningkatan kadar elaun itu antara lainnya bertujuan menggalakkan peserta menghargai dan mengenang jasa kedua ibu bapa.“Kita harapkan mereka dapat bantu ibu bapa dengan menghulurkan sedikit sumbangan daripada elaun yang diterima dan jadikannya sebagai satu budaya,” ujarnya ketika berucap di Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan dan Pelancaran Tuisyen Rakyat Kuala Nerus di Bangunan Penyelaras Telaga Daing, Kuala Nerus, hari ini.Program (TGTP) bertujuan memberi pengalaman dan latihan kemahiran tambahan bagi membantu graduan mendapatkan pekerjaan.Pelancaran inisiatif terbaharu yang merupakan penjenamaan semula kepada Skim Penempatan Siswazah Terengganu (T-GAS) yang diperkenalkan kerajaan negeri pada tahun 2006 itu memberi peluang kepada peserta menimba pengalaman di jabatan, agensi dan GLC negeri ini.Antara bidang latihan yang ditawarkan dalam TGTP adalah pertanian, pembinan dan pembuatan, pengurusan, usahawan, pelancongan, perikanan dan penternakan.
26 Mar 18
72
Empty Image
SPM 2017: Terengganu Terus Capai Kecemerlangan
Kerajaan negeri merakamkan setinggi-tinggi tahniah, penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu dan seluruh warga pendidikan Terengganu berikutan kejayaan cemerlang dalam keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, yang diumumkan hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, Terengganu sekali lagi mencipta sejarahnya yang tersendiri kerana keputusan SPM 2017 menyamai pencapaian terbaik dalam SPM sebelum ini apabila mencapai Gred Purata Negeri 4.90 dan angka ini merupakan peningkatan 0.12 berbanding Gred Purata Negeri Tahun 2016 iaitu 5.02."Peratus layak SPM juga meningkat dengan pencapaian lebih baik iaitu daripada 86.6 peratus pada 2016 kepada 88.56 peratus pada 2017."Bagi kategori SABK/SMKA, Terengganu telah mendominasikan ranking terbaik kebangsaan apabila tiga buah sekolah menduduki tiga tempat teratas iaitu SM Imtiaz  Besut, SM Imtiaz  Kemaman dan diikuti SM Imtiaz  Kuala Berang," katanya dalam satu kenyataan kepada media.Katanya, kehebatan Terengganu adalah apabila tiga orang pelajar mendapat semua A+."Mereka adalah Muhamad Khairul Azri Mohd Khalid dari SM Imtiaz Besut; Muhammad Syauqellah Razali SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu masing- masing memperoleh 11A+," katanya.Menurutnya, manakala Nur  Ellena Elmie dari Sekolah Menengah Sains  Sultan Mahmud, Kuala Nerus memperoleh 9A+."Lebih membanggakan kita iaitu seorang pelajar Calon Berkeperluan Khas dari sekolah menengah harian di Hulu Terengganu, SMK Kuala Telemong juga mendapat keputusan cemerlang."Pelajar itu adalah Ahmad Izzat Sohame @ Suhaimi SMK Kuala Telemong yang memperolehi mendapat (6A 1B 2C)," katanya.Menurutnya lagi, kerajaan negeri amat berbangga dengan pencapaian hebat yang  meletakkan pendidikan Terenggganu mengungguli Keputusan SPM 2017.
15 Mar 18
332
Empty Image
Tubuh PMTI Lancar Pembangunan Taman Ilmu
Ahmad Razif menyerahkan replika kunci tanda simbolik merasmikan Universiti P RamleeKerajaan negeri akan menubuhkan Perbadanan Memajukan Taman Ilmu (PMTI) bagi melancarkan proses pembangunan Taman Ilmu, di Tembila, Besut  sebagai pusat pendidikan terkemuka negara.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, perbadanan yang akan dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) itu  bertanggungjawab secara keseluruhan untuk pembangunan pendidikan yang menempatkan pelbagai institusi pendidikan tinggi.Katanya, Taman Ilmu akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat membabitkan usaha sama kerajaan negeri dan institusi lain termasuk universiti tempatan."Pelbagai pihak berminat untuk menubuhkan universiti di Taman Ilmu dan kerajaan bersedia menimbangkan permohonan pihak terbabit untuk menempatkan kampus masing-masing di taman berkenaan.“Penubuhan perbadanan itu diharap dapat memancu pertumbuhan pembangunan dan meningkatkan pendidikan negeri ini,” katanya selepas merasmikan penubuhan Universiti P Ramlee, di Taman Ilmu, Besut,  hari ini.Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan,Dato' Rasdan Abdullah dan Rektor Aswara, Dato' Dr Mohd Rizon Juhari.Penubuhan Universiti P Ramlee itu  sebahagian usaha kerajaan untuk membangunkan semula Taman Ilmu yang dibina pada 2004 dan terbengkalai sejak beberapa lama.Universiti P Ramlee pada awalnya dikenali Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) kini dinaik taraf universiti sebelum ini mempunyai kampus tetap di Kuala Lumpur.Taman Ilmu yang dibangunkan di bawah projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dilaksanakan sejak 2004 di kawasan seluas 280 hektar membabitkan peruntukan sebanyak RM300 juta.Ahmad Razif berkata, matlamat asal penubuhan taman ilmu ialah untuk menempatkan sembilan universiti dan usaha itu diharap akan menjadi kenyataan apabila ia dijadikan sebuah perbadanan."Ketika ini sebuah masid yang mampu lebih 8,000 jemaah sudah digunakan sepenuhnya sejak tiga tahun lalu."Manakala kemudahan lain termasuk dewan, perpustakaan, kompleks sukan mengalami kerrosakkan dan akan diperbaiki semula membabitkan peruntukan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Kerajaan Terengganu.Kumpulan pertama 1,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diambil mengikuti sembilan kursus kesenian yang ditawarkan oleh universiti dan mereka dijangka memasuki universiti itu padaa September ini.
15 Mar 18
200
Empty Image
SPM 2017 : Dyslexia Tidak Halang Izzat Dapat Keputusan Cemerlang
Izzat (paling kiri) bersama tiga lagi pelajar cemerlang SPM 2017 selepas menerima keputusan itu, di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, hari ini.Kekurangan diri sebagai pelajar yang mengalami masalah dyslexia tidak menjadi penghalang untuk berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila diumumkan sebagai calon berkeperluan khas (CBK) cemerlang negeri Terengganu 2017.Bagi Ahmad Izzat Sohame @ Suhaimi dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Telemong, Hulu Terengganu, kekurangan dirinya tidak pernah membantutkan usahanya untuk meraih kejayaan sebagaimana pelajar normal lain.Anak ketiga daripada empat beradik kepada pasangan suami isteri, Suhaimi Abdullah,59, seorang pesara telekom dan Norliah Othman, 49, guru pendidikan khas di sekolah yang sama, mempunyai dyslexia iaitu menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal sejak kecil.Ahmad Izzat berkata, dia tidak menduga akan berjaya mendapat 4A, 2A-, 1B+, 1C+, 1C dan mahu rakan yang senasibnya juga mampu mendapat kejayaan lebih baik sebagai jaminan masa depan.Jelasnya, proses pembelajaran di dalam kelas adalah sama seperti rakan yang lain dan banyak dibantu oleh rakan-rakan termasuk guru-guru yang tak pernah membezakannya sewaktu pengajaran dan pembelajaran."Kat sekolah belajar macam biasa lepas itu saya akan ulangkaji bersama rakan-rakan dan sambung semula bila balik ke rumah dengan bantuan abang."Walaupun saya hadapi masalah untuk faham dan ingat dalam mata pelajaran bahasa Inggeris dan sejarah, saya tetap akan cuba dan terus mencuba...dan jika saya masih ada masalah untuk memahami tentang sesuatu mata pelajaran...saya akan hubungi cikgu untuk penjelasan,"kata Ahmad Izzat kepada pemberita ketika ditemui selepas pengumuman SPM di pejabat Jabatan Pendidikan Terengganu hari ini.Katanya lagi untuk mencapai kejayaan pasti ada halangan tetapi dia tidak pernah menjadikannya sebagai alasan untuk meneruskan perjuangan dengan sokongan orang-orang yang tersayang."Terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan dan guru-guru yang mengajar dengan penuh kasih sayang dan memahami masalah yang saya hadapi malah memberi semangat untuk saya kuat hadapi SPM," ujarnya.Beliau berkata, berita gembira ini adalah hadiah kepada ibu bapanya dan tidak sabar untuk menghubungi  mereka yang kini berada di Istanbul, Turki atas urusan kerja bagi berkongsi kejayaan itu.Ahmad Izzat yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Sains Geomatik turut menasihatkan mereka yang mempunyai masalah sepertinya supaya tidak menjadikannya sebagai halangan untuk berjaya.
14 Mar 18
592