lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Empty Image
Pelajar Madrasah Moden Besut Berbuka Bersama Keluarga Di Padang Sekolah
Pelajar Madrasah Moden MAIDAM Besut berbuka puasa di padang sekolah. Foto oleh Mohamad IshakSeramai 500 pelajar Madrasah Moden Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Besut di Kampung Padang Landak, Jertih memecah tradisi apabila mengadakan majlis berbuka puasa bersama ahli keluarga di padang sekolah berkenaan, kelmarin.Pengetuanya,Jusoh Mamat berkata, pihaknya mengadakan majlis itu bertujuan bagi merapatkan hubungan kekeluargan antara pelajar, ibu bapa dan pengurusan madrasah berkenaan pada bulan yang penuh rahmat dan keberkatan itu.Katanya, ibu bapa boleh hadir menemani anak dan berbuka puasa bersama-sama pada setiap Sabtu untuk memeriahkan program berkenaan.Beliau berkata, program pertama kelmarin mendapat sambutan menggalakkan daripada keluarga yang datang dari jauh dan dekat semata-mata untuk bertemu mata anak-anak selain berbuka puasa bersama ahli keluarga.“Alhamdulilah majlis yang diadakan petang semalam berjalan lancar dan keadaan cuaca baik menyebabkan program itu dapat diadakan di padang sekolah,” katanya.Beliau berkata program itu sengaja diadakan di kawasan lapang dengan harapan anak-anak rasa gembira dalam suasana santai dan terbuka.Antara ahli keluarga yang hadir berbuka puasa bersama pelajarKatanya, sempena program itu pihak madrasah menyediakan juadah untuk pelajar manakala ibu bapa yang hadir turut membawa makanan masing-masing.Beliau berkata, program itu akan diteruskan sepanjang Ramadan dan mempelawa ibu bapa hadir bersama keluarga untuk memeriahkan majlis itu.
23 May 18
1279
Empty Image
Program YDSM Jadi Ikutan Pelajar Indonesia
Abdul Rahman bersama peserta Program Pengukuhan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab YDSM. Foto Harish Fadzillah Abu KassimPenganjuran Program Pengukuhan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) sejak 2010 bukan saja mendapat sambutan di semua sekolah di Terengganu, malah formatnya juga menjadi ikutan pelajar dari Sulawesi Selatan, Indonesia.Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Datuk Prof Emeritus Dr Abdul Rahman Embong berkata, format program penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab yang diikuti oleh warga pendidik serta pelajar di Sulawesi Selatan itu adalah hasil kerjasama yang terjalin sejak 2011."Kita memang sudah lama bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan di sana dan pihaknya juga meminta kebenaran dengan YDSM untuk melaksanakan program pengukuhan bahasa Inggeris dan Bahasa Arab iaitu acara berbentuk pertandingan sebegini.“Malah, kerjasama itu juga memudahkan kami melaksanakan program pertukaran pelajar antara pelajar dan pendidik di Terengganu dengan Sulawesi," katanya selepas Majlis Penyampaian Hadiah Piala Yayasan DiRaja Sultan Mizan 2018, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam.Abdul Rahman yang juga Pengerusi bersama Jawatankuasa Induk Piala YDSM 2018 berkata, program dilaksanakan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) itu adalah usaha yayasan memberi nilai tambah dan sokongan Kerajaan Persekutuan serta negeri sejak dulu lagi.Beliau berkata, kebanyakan murid dan pelajar yang mengikuti program berkenaan dapat meningkatkan tahap penguasaan dua bahasa itu."Penganjuran pertandingan Program Pengukuhan Bahasa Inggeris asing kerana ia sudah dilaksanakan sejak sembilan tahun lalu, manakala Bahasa Arab sejak tujuh tahun lalu."Objektif program pengukuhan Bahasa Inggeris bertujuan memberi hak kesamarataan kepada murid dan pelajar baik yang mempunyai pencapaian pendidikan di peringkat paling bawah, sederhana dan pandai."Selain itu, program Smart English yang dilaksanakan YDSM pula kini sudah membabitkan seramai 7,202 murid daripada 363 sekolah rendah bermula di peringkat sekolah," katanya.
13 May 18
104
Empty Image
Ketengah Belanja RM140 Ribu Tuisyen Rakyat 2018
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) memperuntukan hampir RM140,000 bagi melaksanakan Program Tuisyen Rakyat 2018 kepada penduduk luar bandar yang berada dalam wilayahnya.Pengurusnya, Omar Ismail berkata, program ini merupakan salah satu program keutamaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan kepada golongan pelajar yang kurang berkemampuan.Katanya lagi, usaha yang dilaksanakan oleh KKLW melalui Ketengah itu adalah percuma dan menyasarkan pelajar daripada golongan berpendapatan rendah, khususnya di luar bandar."Ketengah telah melaksanakan Program Tuisyen Rakyat @ KKLW ini sejak tahun 2016 dengan melibatkan  29 pusat tuisyen di tiga parlimen iaitu penglibatan sebanyak 32 buah sekolah."Melalui program ini, kita sediakan kemudahan kelas bimbingan percuma kepada para pelajar luar bandar bagi mempertingkatkan tahap penguasaan mata pelajaran teras dan pencapaian akademik sebagai pemangkin kecemerlangan modal insan."Impaknya kita dapat lihat peningkatan peratusan Lulus Semua Mata Pelajaran (LSMP) di samping peningkatan para pelajar yang memperolehi keputusan Gred A dalam mata pelajaran teras," katanya di Majlis Pelancaran Tuisyen Rakyat @ KKLW Peringkat Parlimen Hulu Terengganu.Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Dr Ghazali Taib di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Landas, Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.Di majlis yang sama, Ketengah turut mengagihkan zakat sebanyak RM23,000  melibatkan 92 orang penerima dari golongan asnaf dan fakir miskin.Menurut Omar, pembahagian zakat ini juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat anak syarikat Ketengah yang menjurus ke arah konsep saling membantu kepada yang memerlukannya.
06 May 18
159
Empty Image
PRU14 : Guru Usah Terpengaruh Janji Pembangkang
Golongan pendidik terutama guru diingatkan jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji yang ditaburkan pemimpin parti pembangkang kerana mereka sebenarnya tidak mampu untuk menunaikan janji berkenaan.Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh berkata, sebagai golongan berpendidikan guru sepatutnya tahu menilai kebaikan yang dilakukan kerajaan berbanding pihak pembangkang yang hanya pandai menabur fitnah.Sebahagian guru yang menghadiri sambutan Hari Guru Peringkat Parlimen BesutKatanya, kerajaan sudah banyak membangunkan sistem pendidikan negara bermula peringkat sekolah hingga ke universiti.Bagaimanapun, katanya ramai guru lebih cenderung mendengar apa sahaja yang diperkatakan pemimpin pembangkang menyebabkan mereka hilang fokus dan mengalih sokongan.“Guru adalah individu penting serta berperanan sebagai pendidik yang mendorong, membimbing dan membentuk keperibadian murid,” katanya ketika merasmikan sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Parlimen Besut di Jertih, hari ini.Yang turut hadir calon BN Jertih, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof dan calon BN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.Idris yang juga calon BN bagi  Parlimen Besut berkata, kecemerlangan pendidikan di Terengganu adalah hasil perancangan rapi kerajaan negeri dan Persekutuan dan ia tidak mampu di dilaksanakan negeri lain terutama negeri yang dikuasai pembangkang.Beliau berkata, janji pembangkang untuk menghapuskan pelbagai projek dan usaha yang dilakukan Kerajaan BN adalah satu perbuatan yang mundur dan rakyat sepatutnya menolak idea berkenaan.
03 May 18
54
Empty Image
Kolej Komuniti Dungun Beroperasi September Ini
Oleh : Ezzuan AhmadPenduduk di Daerah Dungun bakal menikmati pendidikan serta latihan vokasianal ( TVET ) apabila Kolej Komuniti Cawangan Dungun beroperasi selewat-lewatnya September ini.Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, pembukaan kolej ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari kemahiran vokasional, ianya akan memberikan manfaat kepada penduduk setempat juga."Kehebatan Kolej Komuniti adalah memberi peluang kepada penduduk tanpa mengira umur untuk mempelajari dan mendapatkan kemahiran yang ingin dimiliki."Peluang yang diberikan ini adalah secara tidak langsung akan membuka peluang kepada penduduk untuk menambahkan rezeki mereka berdasarkan kepada kemahiran yang dipelajari mereka,"katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kolej Kominiti Cawangan Dungun di Bandar Al Muktafi Bilah Shah, Dungun, hari ini.Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz dan calon Barisan Nasional Parlimen Dungun, Dato Din Adam.Sebanyak empat kolej komuniti telah beroperasi di Terengganu iaitu di Kuala Terengganu, Kemaman, Besut dan Setiu.Kolej Komuniti Cawangan Dungun merupakan kolej yang ke lima di Negeri Terengganu yang menawarkan kursus sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan serta beberapa program yang berkaitan bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0.
24 Apr 18
437
Empty Image
Guru Ejen Perubahan Penting Dalam Masyarakat
Ahmad Razif bersama jemaah membaca surah Yasin. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Golongan pendidik menjadi ejen perubahan penting bagi seseorang individu dan keluarga kerana pengetahuan yang dimiliki mampu meningkatkan taraf kehidupan mereka.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata dengan adanya pendidikan yang baik, anak seorang pekebun kecil boleh seiring dengan anak pegawai tinggi kerajaan mahupun pemimpin utama negara.
Katanya, hanya dengan pendidikan dan kemahiran yang ada boleh membantu sesebuah keluarga keluar daripada kepompong kemiskinan, seterusnya memberikan kesan terhadap sosio ekonomi masyarakat pada masa kini.
“Terima kasih cikgu, tanpa anda negara mungkin terus ketinggalan untuk bersaing  dengan negara-negara maju yang memerlukan modal insan berilmu, berkemahiran dan berwawasan tinggi,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Solat Sunat Hajat dan Bacaan Yasin sempena Perayaan Hari Guru peringkat Terengganu, di Masjid Al Abrar, Bukit Tok Beng, Kuala Nerus, semalam .Sebelum itu, Ahmad Razif bersama-sama jemaah terdiri daripada ahli keluarga guru, kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan penduduk setempat  menunaikan solat hajat dan membaca surah Yassin .
23 Apr 18
106
Empty Image
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tingkat Motivasi Guru
Anugerah perkhidmatan cemerlang yang diadakan setiap tahun mampu meningkatkan motivasi para guru untuk lebih berdedikasi dalam mendidik anak-anak bangsa.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, anugerah sebagai satu penghargaan kerajaan negeri terhadap segala usaha guru melahirkan pelajar cemerlang dan memartabatkan bidang pendidikan di negeri ini."Kecemerlangan Terengganu dalam pendidikan selama ini disemai hasil daripada pengurusan dan komunikasi yang baik di antara Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dengan kerajaan negeri."Kegigihan mereka perlu dihargai dan anugerah ini dapat menjadi motivasi kepada guru-guru untuk lebih cemerlang pada masa akan datang," katanya ketika menyampaikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 di Jabatan Pendidikan Negeri, Kuala Terengganu, pagi ini.Seramai 82 guru dari Daerah Kuala Terengganu menerima anugerah tersebut.A. Latiff turut memaklumkan kerajaan negeri memperuntukkan RM61 bilion untuk pendidikan."Inilah bukti bahawa kerajaan yang ada hari ini amat cakna kepada pembangunan pendidikan anak bangsa," katanya.
15 Apr 18
294
Empty Image
89 Produk Sempena MPI Diiktiraf
Mohd Khairul mengondol hadiah utama. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailSebanyak 89 produk daripada 311 penyertaan yang diterima sempena Minggu Penyelidikan dan Inovasi  (MPI)) 2018 yang berakhir semalam dianugerahkan pelbagai pingat atas pencapaian penyelidikan dan inovasi yang dilakukan.Daripada jumlah itu enam dianugerahkan untuk kategori sekolah, manakala 77 pingat emas diberikan kepada peserta daripada pelbagai university awam.Sementara itu enam lagi adalah kategori anugerah khas atas pencapaian penyelidikan dan inovasi yang amat membanggakan sepanjang MPI’ 18 yang berlangsung selama tiga hari bermula 7 April lalu.MPI’ 18 adalah anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersialan (RMIC) UniSZA yang berkolaborasi bersama tiga universiti awam iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan   Kolej Universiti TATI (TATIUC) yang diadakan  diadakan di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak , Kuala Nerus.Sebanyak 9 kluster pertandingan yang dibahagikan mengikut kluster iaitu  Kluster A : Alam Sekitar & Tenaga Boleh Diperbaharui, Kluster B: Pertanian & Akuakultur ,Kluster C: Reka Bentuk Perindustrian, Kejuruteraan Bangunan & Senibina, Kluster D: Pengurusan Bencana.Sementara itu Kluster E: Pendidikan, Pembangunan Masyarakat & Inovasi Sosial,Kluster F: Kesihatan, Perubatan, Farmasi, Makanan & Tambahan, Kluster G: Era Digital, Analisis Data & Revolusi Automatik, Kluster H: Teknologi Pembuatan, Pemprosesan & Mekanisasi Makanan danKluster I: Teknologi Automobile, Aeroneutical & Maritime.Dalam kategori hadiah anugerah khas itu UniSZA mengungguli dua kategori iaitu hadiah utama melalui produk `Elektromagnetic Radiation Phone Cover’ yang dihasilkan bersama Dr Mohd Khairul Amri Kamarudin, Mohd Syafi Mohd Ridhuan Tee, Roslan Umar, Prof, Madya Dr Hafizan Juahir, Siti Nur Dianah Abdul Rahman dan Nur Hazmin Subri.Manakala  hadiah khas yang turut dimenangi oleh UniSZA ialah melalui produk `MyPlant DIY (Malaysian Plant Diagnoese it Yourself) App.Sekolah Menengah Seri Nilam, Kuala Terengganu turut menerima anugerah khas melalui produk `Kit Mudah Alih Info Kerjaya’Sementara itu 77 penerima pingat emas melalui penyelidikan dan inovasi  ialah UniSZA memperolehi 35 pingat emas, diikuti UMT 30 pingat emas, manakala yang lain ialah TATIUC, Universiti Putra Malaysia dan sekolah.Semua hadiah disampailah oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, A. Latif Awang yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
10 Apr 18
72
Empty Image
Perlu Sedia Hadapi Revolusi Industri Keempat
A. Latiff bersama pemenang anugerah. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Masyarakat terutama penyelidik, pensyarah dan pelajar di negeri ini perlu bersedia menghadapi revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) dan segala cabarannya untuk terus memajukan negara khususnya Terengganu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, revolusi itu menyaksikan Internet of Things (IoT) dalam hampir semua aspek kehidupan seharian dan berbeza daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, kedua kepada elektrik, dan ketiga kepada penggunaan teknologi maklumat (IT).Katanya. industri 4.0 hebat kerana ia menggantikan banyak kerja dalam revolusi pertama, kedua dan ketiga dengan proses automasi hasil bantuan perisian.“Industri ini juga hebat kerana ia meningkatkan kecekapan pengurusan dan sistem penyampaian kerana semua urusan dijalankan secara digital,” katanya.Beliau berkata demikian dalam teks yang dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang pada Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah Minggu Penyelidikan & Inovasi 2018, di Stadium Negeri, Kuala Nerus, petang semalam.Ahmad Razif turut memberitahu, Industri 4.0 akan membawa perubahan besar antaranya kepada media tradisional apabila manusia hanya menggunakan telefon pintar dan komputer untuk membaca berita dan bukan lagi surat khabar.“Persaingan media bukan lagi sesama sendiri tetapi terpaksa bersaing dengan media sosial yang lebih dapat menarik perhatian pembaca,” katanya.
09 Apr 18
33
Empty Image
Pengundi Harus Bijak Buat Penilaian
Ahmad Razif berucap di hadapan kira-kira 5,000 pengunjung. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailPengundi muda, terutama pengundi baharu berdaftar yang bakal mengundi buat kali pertama dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 tahun nanti harus bijak membuat penilaian terhadap maklumat bermotif politik yang disebar luas atau menular dalam media sosial.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pengundi muda banyak terdedah dengan pelbagai maklumat dan mereka mesti faham mana maklumat yang betul dan mana maklumat yang salah.Katanya, golongan itu sememangnya banyak menggunakan saluran  media sosial berbanding mendapatkan maklumat melalui akhbar mahupun media elektronik.“Oleh itu, mereka perlu ingat maklumat melalui media sosial kebanyakannya berbaur fitnah, suka menghasut dan paling ketara menjadi saluran  untuk menghentam apa yang dilaksanakan kerajaan.“Perbuatan itu jelas menyalahi undang-undang, buruk akibatnya sekiranya menghebahkan apa yang tidak benar, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang dan berdepan hukuman penjara,”katanya,Ahmad Razif berkata demikian dihadapan lebih 5,000 penonton yang hadir pada program Menteri Besar Bersama Pengundi Muda DUN Seberang Takir, Kuala Nerus, malam tadi.
04 Apr 18
37