Artikel "Pendidikan" Terkini
UniSZA, MAIDAM Bantu Lebih 1,000 Penuntut Miskin
Pengurus BIMB,Wan Rosita menyerahkan sumbangan zakat kepada Naib Canselor UniSZA, Dato' Dr Ahmad Zubaidi sambil disaksikan oleh Yang Dipertua MAIDAM, Dato' Osman Muda Lebih 1,000 penuntut UniSZA bagi kategori miskin berjaya dibantu menerusi peruntukan wang wakaf yang ditubuhkan universiti berkenaan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).Naib Canselor UniSZA, Profesor Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abd Latiff berkata, pada tahun lalu UniSZA mengagihkan sejumlah RM1.059 juta melalui wakaf, zakat dan derma.Menurutnya, pengagihan itu meliputi dermasiswa, bayaran yuran pengajian, kemudahan komputer riba, bayaran tuisyen percuma, elaun penginapan, biasiswa wakaf, peralatan kesihatan, bantuan modal perniagaan, insentif menghafal al-Quran dan pelbagai bantuan lain lagi.“Setakat ini, penerima manfaat terdiri daripada siswa dan siswi UniSZA terutamanya mereka yang kurang bernasib baik daripada segi status sosio ekonomi dan kesempurnaan fizikal serta pelajar bukan Islam juga meraih manfaat menerusi peruntukan wakaf.“Jumlah terkumpul dana wakaf UniSZA bermula 1 Ogos 2016 hingga 30 Jun 2018 dalam bentuk tunai, baki komitmen tunai, aset tetap dan baki komitmen aset tetap adalah sejumlah RM8.4 juta,” katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Penyerahan Sumbangan RM100,000 Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) kepada UniSZA.Turut hadir, Pengurus Wilyah Timur BIMB, Wan Rosita Wan Mohamad dan Yang Dipertua MAIDAM, Dato' Osman Muda.Dalam majlis tersebut, BIMB selaku peneraju kewangan Islam di Malaysia menyerahkan sumbangan tersebut kepada UniSZA bersempena mesyuarat Jawatankuasa Dana Wakaf UniSZA merupakan antara pihak yang kekal komited membantu universiti berkenaan untuk memartabatkan agenda wakaf dan infaq .
16 Jul 18
174
Naufal Terima RM11,000 Skim Takaful Pelajar
Zainun menyerahkan cek kepada pihak sekolah.Pelajar yang putus kaki akibat digilis lori, Muhammad Naufal Yazid Mohd Salleh, 8, menerima insurans bernilai RM 11,000 daripada Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (STPSM) melalui Takaful Malaysia Berhad, baru-baru ini.Sumbangan itu disampaikan Pengurus Bisnes Takaful Malaysia Berhad, Zainan Kassim di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Serada, Kuala Terengganu.Menurut Zainan, STPSM melindungi seluruh pelajar sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara."Selain daripada insurans yang diperoleh, adik Naufal juga boleh memohon keperluan seperti kerusi roda yang juga termasuk dalam perlindungan yang disediakan," katanya.Pihak sekolah juga menyumbang RM1,000 untuk membantu membiayai perubatan beliau dalam majlis yang turut dihadiri wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri.Muhammad Naufal Yazid putus kaki kanan dan hancur tangan kiri akibat digilis lori dalam kejadian di Kampung Banggol Cempedak pada hari raya keenam, 20 Jun lalu.Beliau kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
16 Jul 18
216
Pengiktirafan UEC Dinilai Secara Holistik
Dr. Maszlee Malik.Sijil pelajaran Unified Examination Certificate (UEC) akan dinilai secara holistik terlebih dahulu sebelum diberi pengiktirafan oleh kerajaan.Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, tindakan itu perlu berikutan timbulnya pelbagai bantahan terhadap cadangan untuk menjadikan sijil itu sebagai antara syarat kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bersama Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).Menurut Maszlee, pengiktirafan UEC merupakan janji Kerajaan Pakatan Harapan. Bagaimanapun, sebahagian yang membantah melihatnya bukan semata-mata sijil pelajaran, sebaliknya melibatkan isu bahasa kebangsaan dan perpaduan kaum di Malaysia."Kementerian akan memanggil semua pihak iaitu pendidikan UEC, pakar bahasa dan pihak yang bertanggungjawab dalam memantau perpaduan untuk menyelesaikan isu ini," katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah Kebangsaan Seberang Marang, Marang, petang ini.Maszlee melihat pelan bangunan sekolah daripada pejabat pendidikan daerah.Sekolah itu menjadi antara lokasi awal lawatan kerja beliau sebagai Menteri Pendidikan di Negeri Terengganu.
08 Jul 18
32
SMK Kuala Besut Buktikan Anak Terengganu Hebat
Pasukan SMK Kuala Besut bergambar bersama replika cek selepas menerima insentif itu di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Wisma Darul Iman Tahun 2018M/1439H anjuran Kelab Wisma Darul Iman di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailTiada yang mustahil dalam hidup. Rakyat Terengganu boleh dan mampu mencapai yang terbaik bukan sahaja untuk diri kita sendiri, tetapi juga untuk Negeri Terengganu, kata Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Menurutnya, kejayaan di peringkat dunia yang dicapai pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut yang merangkul johan dalam Pertandingan Pembangunan Sumber Manusia Untuk Tenaga Nuklear di Korea Selatan pada Mei lalu, membuktikan kehebatan anak Terengganu yang membanggakan negeri dan juga negara sekali gus mampu menjadi perangsang kepada pelajar lain untuk bersaing bersama bangsa asing di pentas antarabangsa."Kejayaan gemilang ini bukan hanya boleh dicapai dalam pelajaran, malah juga di bidang lain yang kita mahu terokai asalkan ada keyakinan serta kemahuan yang tinggi.“Saya juga sebagai rakyat Terengganu pernah mencipta kejayaan di peringkat dunia 10 tahun dahulu apabila memenangi pertandingan reka cipta yang bukan biasa-biasa, tetapi reka cipta terhadap komponen pesawat kapal terbang di Rusia,”katanya di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Wisma Darul Iman Tahun 2018M/1439H anjuran Kelab Wisma Darul Iman di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’A. Rahman Yahya, barisan Exco negeri serta pegawai kanan kerajaan negeri.Beliau mengulas demikian susulan kejayaan pasukan pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut yang merangkul Johan Dunia:Third International Conference On Human Resource Development For Nuclear Power Programmes : Meeting Challenges To Ensure The Future Nuclear Workface Capability di Gyougju, Korea pada 28 hingga 31 Mei lalu.Di majlis itu, kerajaan negeri turut menyampaikan insentif berupa wang tunai RM1,000 kepada semua peserta berkenaan, iaitu Muhammad Syazwan Mat Sidik dan Muhammad Anuar Ag Ghani, masing-masing berusia 17 tahun serta Safyyah Muhammad Nasir, 16 dan dua guru, Wan Zul Azri Wan Mod Shatar serta Rohaya Hussin, sebagai menghargai kejayaan pasukan itu.Dalam pada itu, sambutan hari raya yang bermula dari jam 9 pagi menyajikan pelbagai juadah istimewa kepada tetamu turut meraikan 100 pelajar di lima sekolah rendah sekitar Kuala Terengganu apabila menerima duit raya daripada menteri besar dan juga isteri.
04 Jul 18
843
5,000 Pengakap Kanak-kanak Berkampung Di Terengganu 6 - 10 Julai
Seramai 5,000 peserta Korobori Pengakap Kanak-kanak dari seluruh Malaysia dijadualkan berkampung di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus bermula 6 Julai sehingga 10 Julai ini.Korobori merupakan perhimpunan pengakap kanak-kanak terbesar peringkat kebangsaan dengan tahun ini, Persatuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu dipilih menjadi tuan rumah bagi acara itu.Pelbagai aktiviti menarik bakal berlangsung antaranya aktiviti lasak, kebudayaan dan sukan.Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Che Soh Muda berkata, program pengakap yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dapat memberi kesan mendalam kepada ahli untuk menjadi warganegara yang berkualiti dan cintakan tanah air."Program- program ini dimulakan dari sekolah rendah untuk membentuk jati diri pelajar," katanya.Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, Tan Sri Dato' Abdullah Taib menyifatkan Persekutuan Pengakap Negeri Terengganu berpengalaman dan berupaya menganjurkan pelbagai program besar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa."Keupayaan kami setanding dengan fasiliti yang ada di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail yang bertaraf antarabangsa,'katanya.
04 Jul 18
273
UniSZA Jalin Kerjasama Dengan Universiti Di Medan Indonesia
Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi (dua kiri) bertukar dokumen dengan Dr. H. Ismail Efendi pada Majis MoA UniSZA-IKH di Bangunan Pentadbiran UniSZA, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimUniversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini menjalinkan kerjasama dengan Institut Kesehatan Helvetia (IKH) Medan, Indonesia bagi memberi peluang kepada kakitangan IKH melanjutkan pengajian di UniSZA bermula September ini.Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, melalui Memorandum Perjanjian (MoA) yang ditandatangani dengan IKH, kerjasama julung kali itu akan memfokus kepada bidang kesihatan dan perubatan.“Perjanjian ini bertujuan memberi peluang pendidikan kepada kakitangan akademik IKH melanjutkan pengajian mereka dengan mendaftar dalam program pascasiswazah yang ditawarkan UniSZA sekaligus meningkatkan jalinan kerjasama kedua-dua universiti dalam aspek penyeliaan pelajar dan penyelidikan.“IKH juga bersetuju untuk menghantar beberapa staf akademiknya dan UniSZA bersetuju menerima dan mendaftarkan staf akademik IKH dalam bidang Sarjana Sains (Master) dan Doktor Falsafah (PHD) di UniSZA tertakluk kepada terma dan syarat perjanjian yang telah dicapai,” ujarnya kepada pemberita selepas Majlis MoA Antara UniSZA Dan IKH di Bangunan Pentadbiran UniSZA, hari ini.UniSZA diwakili oleh beliau manakala IKH diwakili Rektor IKH, Dr. H. Ismail Efendi M.Si.Hadir sama menyaksikan majlis tersebut ialah Dekan Fakulti Perubatan UniSZA, Prof. Dr. Nordin Simbak dan Koordinator Kopertis Wilayah Sumatera, Prof. Dian Armanto.Sementara itu, Dr. H. Ismail Efendi berkata, buat permulaan seramai 17 orang kakitangan akademik IKH akan mengikuti pengajian peringkat PHD yang ditawarkan UniSZA melalui perjanjian ini.
01 Jul 18
276
RHB Bank Taja RM150,000 Jayakan Penyelidikan Bidang Kewangan UMT
Prof. Dr. Nor Aieni bersama Dato' Adissadikin menandatangani memorandum.RHB Islamic Bank Berhad menyumbang RM150,000 kepada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk menjayakan Program Islamic Endowed Scholar In Finance sepanjang tempoh tiga tahun, di Kampus UMT Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.Kerjasama dimeterai menerusi memorandum perjanjian (MoA) antara kedua-dua institusi itu dilihat sebagai usaha menyokong bakat akademik dalam bidang kewangan di Kampus Gong Badak, Kuala Nerus.Ketua pegawai eksekutif RHB, Dato' Adissadikin Ali berkata, langkah itu merupakan tanggungjawab sosial RHB yang pada akhirnya akan memberi kesan positif kepada UMT dan syarikat berkenbaan sebagai penaja."Ini merupakan program penajaan pertama daripada RHB dan berharap untuk jangka masa panjang, kita dapat meningkatkan kerjasama bersama pihak universiti dalam menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi," katanya.Memorandum Perjanjian membentuk kerjasama selama tiga tahun.Sementara itu, Naib Canselor UMT, Profesor Dato' Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, pihaknya berbesar hati dengan penajaan daripada syarikat perbanakan dan kewangan terkemuka itu."Sebagaimana RHB, ini juga merupakan penajaan pertama ahli akademik pertama pihak industri di UMT," katanya.Pengurus Dana UMT, Dr. Safwan Mohd Nor, menjasi penerima pertama tajaan tersebut dan akan menjalankan penyelidikan untuk tempoh tiga tahun bermula Julai ini sehingga tahun 2021.Dr. Safwan menerima simbolik tajaan bernilai RM 150,000.
01 Jul 18
321
Terengganu Belanja RM1.5 Juta Untuk 2,404 Pelajar Ke IPT
Sebahagian pelajar yang menerima bantuan persediaan kemasukan ke IPT. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri memperuntukan RM1.5 juta untuk diagihkan kepada 2,404 pelajar sebagai persediaan menyambung pelajaran ke peringkat matrikulasi, asasi dan diploma di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.Berdasarkan jumlah itu, sejumlah RM808,950 diagihkan kepada 1,249 pelajar di Parlimen Marang, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, dan Kuala Nerus.Manakala, sebanyak RM419,40 diperuntukkan kepada 670 pelajar (Dungun dan Kemaman) dan RM302,900 kepada 485 pelajar di Setiu dan Besut.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keseluruhan peruntukan itu berdasarkan permohonan yang diterima dan diproses oleh Yayasan Terengganu (YT) sehingga Jun lalu.Katanya, peruntukan itu akan bertambah kerana percaya masih ada lagi pelajar yang akan membuat permohonan selepas ini.“Sudah pasti dengan adanya bantuan sebegini, meskipun jumlahnya tidaklah besar, sedikit sebanyak dapat menampung kos persediaan menyediakan kelengkapan atau membayar yuran mendaftar anak-anak pelajar di universiti nanti.“Semoga insentif dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri akan menambahkan lagi semangat anak-anak pelajar untuk memperoleh kecemerlangan dalam pendidikan sehingga peringkat tertinggi,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Bantuan Persediaan Kemasukan Ke IPT di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahari Mamat; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Dato' Dr. Alias Abdullah.Ahmad Samsuri berkata, kepimpinan baru kerajaan negeri akan sentiasa memastikan pendidikan Terengganu terus maju dan unggul selaras dengan hasrat menjadikan Terengganu sebagai Hab Pendidikan Islam Antarabangsa.“Matlamat kita adalah besar, membawa agenda pelan induk Terengganu Sejahtera yang bermatlamat kepada slogan, Maju, Berkat dan Sejahtera merangkumi semua aspek,”katanya..
11 Jun 18
69
RM418,500 Disalur Kepada 670 Mahasiswa Kemaman, Dungun
Seramai 670 bakal mahasiswa di Parlimen Kemaman dan Dungun menerima bantuan persediaan Yayasan Terengganu (YT) berjumlah RM418,500 bagi melanjutkan pengajian di Peringkat Asasi dan Diploma sesi kemasukan 2018-2019.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata, bagi Parlimen Kemaman sebanyak RM217,250 diagihkan kepada 335 bakal mahasiswa melibatkan 199 pelajar bagi program diploma dan 136 orang bagi matrikulasi.“Namun bagi Parlimen Dungun pula sebanyak RM201,250 untuk 135 orang diploma dan 200 orang matrikulasi."Pada tahun ini sebanyak RM20 juta diperuntukkan untuk bantuan ini dan saya difahamkan program bantuan ini dimulakan sejak tahun 2006 dan sehingga tahun 2017 seramai 272,159 orang mendapat manfaat ini dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM202, 599, 150," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Penyampaian Bantuan Persedian Yayasan Terengganu di Peringkat Matrikulasi, Asasi dan Diploma di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman, Kijal, hari ini.Turut hadir, Ahli Parlimen Kemaman Alias Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Abdul Razak Ibrahim, ADUN Kemasik, Saiful Azmi Suhaili dan Timbalan Pengarah Pendidikan YT, Dr Hashim Che Noh serta Pegetua Sekolah Menengah Imtiaz YT, Roslan Ibrahim.Menurut Hanafiah, dengan bantuan tersebut ianya sedikit sebanyak mampu menampung kos persediaan kelengkapan atau membayar yuran bakal mahasiswa yang mendaftar masuk ke institusi pengajian tinggi (IPT).Sementara itu bakal mahasiswa, Muhammad Hariz Azfar Azhari, 18, berkata, dengan wang bantuan yang diterima mampu menampung persiapan perbelanjaan beliau apabila mendaftar masuk IPTA nanti."Pada hari ini saya mendapat bantuan persediaan yayasan sebanyak RM500 dan saya rasa sangat gembira kerana dengan wang ini dapat membuat wang tambahan saya membeli barang persiapan belajar di Universiti Teknologi Mara (UITM) dalam khusus asasi kejuruteraan," katanya.Namun bagi mahasiswi Nur Farihin Shukri, 18, yang menerima tawaran program Asasi Sains di sebuah IPT di Selangor pula berkata, dia sangat berbangga dapat menjadi anak jati Terengganu kerana menerima banyak insentif daripada kerajaan dalam pelbagai aspek terutama bantuan pembelajaran termasuklah bantuan persediaan ke IPTA dan IPTS.“Dengan bantuan wang yang saya terima hari ini dapat meringankan sedikit beban keluarga saya untuk menampung kos membeli barang belajar saya,” katanya.
10 Jun 18
208
Kerajaan Negeri Beri Perhatian Serius Pemulihan Taman Ilmu
Ahmad Samsuri meninjau asrama penuntut UniSZA di kampus Taman Ilmu, Besut.Oleh: Ruslan Abdul Rahman dan Mohammad Ishak Kerajaan negeri pimpinan Pas akan meneruskan pembinaan Taman Ilmu di Tembila, Besut, bagi memastikan pusat pendidikan bertaraf antarabangsa itu beroperasi dengan baik dan lancar bagi kepentingan pendidikan negeri ini.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, projek yang terbengkalai sejak 14 tahun yang lalu itu akan dipulihkan secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan kewangan kerajaan.Katanya, pihaknya memandang berat segala kerosakan yang berlaku pada struktur bangunan dan kemudahan yang disediakan di situ menyebabkan ia memerlukan kos penyelenggaraan yang dianggarkan hampir sama dengan pembinaan awal projek itu.Projek Taman Ilmu dibina atas tapak seluas kira-kira 280 hektar membabitkan peruntukan RM 400 juta pada 2004.Bagaimanapun, selepas tiga tahun pembinaannya, ia terbengkalai menyebabkan banyak kelengkapan pejabat dan bangunan rosak serta sebahagiannya turut dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.“Saya sendiri sudah melihat kemusnahan beberapa bangunan utama di pusat pendidikan terbabit dan memerlukan perhatian untuk dipulihkan,” katanya ketika melawat Taman Ilmu, Tembila, hari ini.Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri yang baharu mengambil alih dari Barisan Nasional (BN) berjanji akan meneruskan semua projek yang mempunyai kepentingan untuk rakyat dan tidak mahu ia terus terbiar.Beliau juga dimaklumkan bahawa ramak pihak berminat untuk menempatkan universiti di situ dan beberapa perjanjian sudah dibuat dengan kerajaan sebelum ini serta ianya akan diteruskan.
28 May 18
249