Artikel "Pendidikan" Terkini
Baja Bio Dari Sisa Buangan Burung Walit Tingkat Hasil Tanaman
Wan Zaliha sedang meberi taklimat penggunaan baja-bio dalam meningkatkan hasil tanaman kepada peserta yang terlibat dalam projek Usahawantani Hevotech di Kampung PelaPakar Pertanian Universiti Malaysia Terengganu (UMT) membantu usahawan tani komuniti Kampung Pela, Ajil melalui program perkongsian dan pemindahan ilmu bagi menaik taraf kualiti hasil pertanian dengan penggunaan baja bio.Program yang mendapat kerjasama Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia melalui suntikan dana turut dibantu oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu.Ketua Projek, Dr. Wan Zaliha Wan Sembok berkata, penggunaan baja yang sesuai amat penting untuk mendapat hasil tuaian yang baik dan dijangka dapat membantu 20 peserta yang terlibat dalam projek usahawantani memasarkan baja bio ke pasaran glokal."Penghasilan baja bio daripada bahan terbuang seperti tahi burung walit dan baja biowalit ini digabungkan dengan mikrob berguna seperti mikoriza, yis, bakteria asid laktik serta lain-lain yang membantu menambah nutrien secara semula jadi dan merangsang pertumbuhan tanaman."Penggunaan baja biowait dalam tanaman cili dapat meningkatkan hasil tuaian 20 peratus dan mengurangkan 50 peratus kos operasi seterusnya dapat meningkatkan hasil pendapatan isi rumah para peserta dalam RM1,000 hingga RM1,500 sebulan,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pembukaan Program Usahawantani Hevotech di Pusat Pengendalian Hasil Tuaian Mini RTC Kampung Pela, Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri, Zulkefly Harun.Wan Zaliha berkata, peserta juga akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan dalam penghasilan baja supaya mampu menghasilkan biobaja keluaran sendiri dan seterusnya menjadi usahawan baja akan datang.Sementara itu, Zulkefly berkata, pasaran untuk biobaja iaitu biowalit mempunyai potensi besar untuk dimajukan."Kita mempunyai bekalan sisa buangan burung walit yang mudah didapati di Terengganu dari 480 premis berdaftar serta lestari mampu menjamin keberkekalan projek ini."Kandungan nutrien yang tinggi dalam sisa buangan burung walit mampu bersaing dengan lain-lain produk baja bio di samping melestarikan alam sekitar dengan hasil kitar semula bahan,"katanya.
01 Aug 18
1546
153 Terima Anugerah UMT
Pengerusi Lembaga Pengarah UMT Dato' Mohammed Azlan Hashim dan Dr. Nor Aeini bersama penerima anugerah.Seramai 153 warga Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dari pelbagai perkhidmatan terpilih menerima anugerah sempena Majlis Anugerah Tahunan 2018 di Kampus UMT Gong Badak, semalam.Empat kategori anugerah iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Julangan Bakat dan Anugerah Khas Naib Canselor disampaikan sebagai mengiktiraf komitmen, jasa dan budaya kerja cemerlang warga kerja dalam tugas mahupun penglibatan aktif dalam sosial dan kemasyarakatan.Naib Canselornya, Profesor Dato' Dr. Nor Aeini Mokhtar berkata, pengiktirafan itu dapat mewujudkan persaingan sihat antara warga kerja dalam memberikan perkhidmatan terbaik.Dr. Nor Aeini Mokhtar."Para penerima anugerah malam ini merupakan contoh kepada rakan sekerja untuk mengikut langkah kecemerlangan pada masa akan datang."Jadikan ia sebagai dorongan untuk memberik komitmen dalam melebarkan kecemerlangan UMT sebagai universiti terunggul dan penyumbang kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam," katanya.Dalam pada itu, penerima Anugerah Khas Naib Canselor, Helmi Khalil merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak UMT. "Bukan senang untuk seorang staf bukan akademik menerima anugerah tertinggi di universiti. Saya berharap UMT akan terus mengiktiraf hasil tugas staf bukan akademik yang sebenarnya turut menyumbang kepada kecemerlangan universiti," katanya.Beliau terpilih menerima sijil khas dan wang tunai RM 3,000 selepas menyelamatkan seorang pelajar antarabangsa yang lemas di kolam renang UMT.Helmi menerima Anugerah Khas Naib Canselor
31 Jul 18
120
Teruja Saksi Fenomena Gerhana Bulan
Jemaah yang hadir tidak melepaskan peluang melihat gerhana melalui teleskop.Rata-rata jemaah dan pelajar yang menyaksikan gerhana bulan penuh di Masjid Kampung Padang Mengkuang, Binjai Rendah Marang, pagi semalam mengungkap rasa teruja dengan fenomena itu.Hassan Husaini.Pelajar Kolej Al-Quran Terengganu, Hassan Husaini Mahmud, 17, menyatakan keseronokan beliau yang kali pertama melihat lebih jelas gerhana bulan penuh."Kemudahan yang disediakan membantu saya melihat lebih jelas proses gerhana. Saya harap, ini satu permulaan untuk saya mencari lebih pendedahan dalam dalam ilmu astronomi," katanya.Manakala Raihana Mahmud Shukri, 18, pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu gembira dapat melihat proses gerhana dari awal hingga ke akhir.Raihana."Ini kali pertama. Saya dapat rasa kehebatan Allah SWT yang menciptakan gerhana dan berharap saya dapat mendalami ilmu falak pada masa akan datang untuk melihat lebih banyak keajaiban alam," katanya dalam program Jom Tengok Gerhana Bulan Penuh anjuran Jabatan Mufti Negeri itu.Abdullah Salleh.Dalam pada itu, pengerusi masjid, Abdullah Salleh, 65, berpendapat program itu bagus terutama dan memberi pendedahan kepada orang ramai terutama ahli qariah mengenai gerhana."Dulu orang banyak persepsi khurafat apabila berlaku gerhana, sekarang kita dapat tahu proses gerhana dan melihat dengan jelas. Semoga akan ada lagi program-program baru yang boleh dilaksanakan di masjid ini," katanya.Beliau turut bersyukur dapat mengimarah masjid dengan kehadiran ramai orang untuk solat sunat gerhana.
28 Jul 18
43
868 Guru PASTI Diraikan Pada Konvokesyen Ke-10
Tiga penerima anugerah dekan menunjukkan plak masing-masing pada Sidang Pertama Majlis Istiadat Konvokesyen Perguruan PASTI Malaysia Ke-10 di Hotel Primula, malam tadi. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail Guru-guru PASTI seluruh negara telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen Perguruan PASTI Malaysia Kali Ke-10 yang berlangsung selama dua hari bermula 27 Julai di Hotel Primula Kuala Terengganu.Seramai 868 guru layak menerima Sijil Perguruan PASTI Malaysia dan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.Menurut Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Mohd Azam Abd Samat berkata, semua penerima adalah para guru yang telah lulus dengan memenuhi syarat kelayakan ditetapkan dari Institut Pendidikan Pasti Malaysia yang bertanggungjawab melatih guru-guru PASTI seluruh negara.Katanya, sehingga kini PASTI Malaysia mempunyai guru hampir 8,000 orang dan pihaknya menyasarkan 80 peratus guru-guru PASTI akan mempunyai Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak secara berperingkat dalam tempoh lima tahun akan datang."PASTI yang telah beroperasi lebih 30 tahun di Malaysia selama ini hanya menyediakan latihan perguruan peringkat sijil sahaja."Namun mulai tahun lepas, PASTI telah menyediakan latihan peringkat diploma selaras dengan hasrat kerajaan yang inginkan semua tenaga prasekolah memiliki sijil peringkat diploma mulai tahun 2020,"ujarnyaBeliau berkata demikian kepada pemberita pada Sidang Pertama Majlis Istiadat Konvokesyen Perguruan PASTI Kali Ke-10 yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr Samsuri Mokhtar di Hotel Primula, malam tadi.Menurut beliau, tahun ini merupakan konvokesyen terakhir bagi peringkat Sijil Perguruan PASTI Malaysia dan selepas ini akan digantikan dengan diploma.
27 Jul 18
1425
ADUN Kemasik Rai Pelajar Istimewa Masuk Kebun Durian
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Suhaili meraikan 40 pelajar istimewa dari Program Pendidikan Khas Intergrasi Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Gelugor, Kerteh dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Bandar Kerteh."Program bersama pelajar istimewa itu memberi satu pengalaman yang bermakna dan berbeza kepada golongan kurang bernasib itu apabila berpeluang melawat dusun buan-buahan serta dapat menikmati buah durian dengan sepuas hati.“Pendedahan kepada aktiviti luar ini adalah untuk menambahkan keyakinan kesemua pelajar tersebut untuk mengharungi kehidupan seharian walaupun mereka ada sedikit kekurangan,"katanya.Saiful berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan pelajar-pelajar tersebut di sebuah dusun berhampiran Kampung Batu Putih, Kerteh, semalam"Alhamdulillah semuanya gembira dan cukup seronok dapat menaiki kenderaan pancuan empat roda (4x4), melawat sekitar dusun serta memakan raja buah (durian) ini,” katanya.Menurut Saiful, guru-guru dan sukarelawan banyak membantu kejayaan program, dusun ini juga sesuai dan selamat untuk pelajar-pelajar mendapat pengalaman baru.Beliau seterusnya merakamkan perhargaan terima kasih kepada Persatuan Bantu Insan Kertih (Perbaik) yang menganjurkan program berkenaan sebagai tanda keprihatinan Badan Bukan Kerajaan (NGO) tersebut terhadap nasib pelajar-pelajar istimewa."NGO Perbaik sangat aktif membantu kanak-kanak istimewa sekitar kawasan Dun Kemasik, tahniah kepada mereka, kita boleh berkolaborasi lagi di masa akan datang," katanya.
24 Jul 18
245
Anak Besut Cemerlang Di Universiti Liverpool
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mohktar mengucapkan tahniah di atas kejayaan anak jati Kota Putera, Besut Wan Nur Faezah Wan Mustafa atas kejayaan menamatkan pelajaran dengan cemerlang serta memperoleh First Class (Hons) Ijazah Perakaunan di University of Liverpool, England.Katanya, pujian juga harus wajar diberikan kepada ibu bapa pelajar itu, Wan Mustafa Hussin, 56, dan ibunya Zaiton Zakaria, 54, di atas pencapaian anakanda mereka yang sangat membanggakan itu dan pastinya memberikan kegembiraan yang bermakna buat keluarga.“Saya juga difahamkan bahawa beliau datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, namun ia bukanlah satu halangan untuk beliau mengecapi kejayaan ini.“Kejayaan anak kelahiran Besut yang juga anak petani ini turut menjadi kebanggaan rakyat Terengganu dan diharapkan dapat menjadi penyuntik semangat buat pelajar lain untuk mencontohi beliau,” katanya dalam satu kenyataan kepada media pada hari ini,Wan Nur Faezah pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud Besut, memperoleh keputusan 8A+ dan 1A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 , ditawarkan melanjutkan pelajaran ke University of Liverpool, England dalam bidang Perakaunan dan Kewangan selama tiga tahun bermula September 2015.
21 Jul 18
165
Kerajaan Negeri Bantu Lepasan Maahad
Menteri besar menyerahkan sumbangan kepada pengetua MDQ.Kerajaan negeri akan membuka lebih banyak peluang untuk mengikuti latihan kemahiran dan teknikal kepada lepasan maahad di Terengganu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya melihat kesukaran pelajar berkenaan untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi."Oleh itu, kerajaan berhasrat mengemuka inisiatif termasuk menyediakan kemahiran teknikal dan elaun jika perlu," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Makan Malam Dana Pendidikan Maahad Darul Quran Rusila, Marang, malam tadi.Pelajar maahad membuat persembahan.Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM10,000.Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali dan Presiden PAS , Dato' Seri Abdul Hadi Awang.
21 Jul 18
124
Program Cerapan Gerhana Bulan Penuh 27 Julai Ini
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjemput orang ramai ke Program Cerapan Fenomena Gerhana Bulan Penuh bertempat di Masjid UniSZA Kampus Gong Badak, pada 27 Julai ini, bermula jam 8.00 malam.Program bertujuan memberi pendedahan mengenai fenomena sains kepada orang ramai sekali gus menggalakkan minat terhadap bidang sains dalam kalangan masyarakat.UniSZA turut mengadakan pelbagai aktiviti bermanfaat sempena program, di antaranya kuliah Maghrib, solat Isyak berjemaah, ceramah gerhana, solat sunat gerhana dan khutbah gerhana.Gerhana pada kali ini akan meletakkan bulan di kedudukan apogi, iaitu bulan terletak jauh daripada bumi. Fenomena ini juga turut dikenali oleh masyarakat sebagai 'mini moon' .Gerhana dijangka akan bermula pada jam 1.14 pagi mengikut waktu Malaysia dan merupakan gerhana bulan yang paling lama pada abad yang ke 21.
21 Jul 18
119
Kerajaan Negeri Akan Salur Peruntukan Kepada Sekolah Agama
Satiful Bahari MamatKerajaan negeri akan menyalurkan peruntukan kepada 200 sekolah agama di negeri ini dalam usaha memartabatkan sekolah agama setanding dengan pusat pendidikan yang lain.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, penyaluran peruntukan tersebut adalah satu daripada pelaksanaan manifesto Kerajaan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke - 14 ( PRU14 ) lalu. "Peruntukan yang akan disalurkan meliputi kos pengurusan bagi setiap sekolah agama supaya ianya dapat beroperasi dengan lebih lancar," katanya selepas melawat dan menyampaikan bantuan kepada seorang mangsa kebakaran di Felda Kerteh Tiga, Kemaman, semalam.Katanya, beberapa penambahbaikan dari segi kandungan sukatan pembelajaran juga akan dilaksanakan dalam melahirkan lulusan sekolah agama yang berkualiti untuk pasaran luar setelah menamatkan pengajian mereka."Kita juga sekarang sedang merancang untuk.menggabung jalinkan, contohnya pondok dengan kitabnya dan sekarang kita cuba untuk gabung jalinkan dengan kemahiran. "Ini bermakna kita akan mengambil kira persiapan setiap pelakar untuk dunia dia dan di samping pengajian ilmu agama untuk akhirat supaya seimbang antara dua kehidupan bagi setiap pelajar," katanya.Satiful Bahari juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, usaha yang dilakukan itu adalah bagi memastikan institusi tersebut tidak dipandang rendah oleh sesetengah pihak kerana ianya merupakan satu tempat yang melahirkan golongan tahfiz dan juga membawa imej Islam. " Ada sesetengah pihak yang memandang rendah kemampuan pelajar dari sekolah agama ini dan mereka perlu tahu ada lulusan dari sekolah agama yang kini memegang jawatan tertinggi dalam pelbagai sektor pekerjaan dan ini membuktikan pelajar lulusan sekolah agama setanding dengan pelajar sekolah yang lain," katanya.Baginya, cadangan seorang bekas menteri supaya kerajaan menutup semua pusat tahfiz di negara ini kerana dianggap mengeksploitasi pelajar untuk kepentingan individu adalah tidak berasas dan ianya hanya bersifat pandangan peribadi."Kita perlu tahu pendidikan pertama pada zaman Rasullah pendidikan pertama selepas Iqra' ialah membaca al-Quran dan semua sahabat peringkat awal menghafaz al -Quran. Di dalam dunia ini tiada satu kitab yang dihafal oleh manusia dengan bilangan yang ramai adalah al-Quran. "Jadi kita di peringkat kerajaan negeri seperti sekolah Imtiaz pada masa sekarang sudah beranjak di mana bukan sahaja dikenali sebagai satu pusat yang hanya mengajar ilmu agama, tetapi ianya sudah mengajar berkenaan kemahiran sains di mana ramai lulusan dari sekolah tersebut sudah ramai yang menyambung pelajaran di dalam bidang perubatan,"katanya.Menurut Satiful Bahari, cadangan yang diutarakan itu adalah semata-mata bersifat peribadi dan pihaknya juga turut menggalakkan institusi swasta serta orang ramai supaya turut menyumbang bagi membantu menaikkan martabat institusi pendidikan di Negeri Terengganu.
18 Jul 18
86
Imtiaz YT Jadi Rebutan
Maliaman Kassim menyampaikan ucapan perasmian.Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) berjaya membuktikan sebagai antara sekolah terbaik dan menjadi rebutan pelajar serta ibu bapa saban tahun.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim berkata, prestasi itu berdasarkan kecemerlangan yang diraih dalam pelbagai bidang di peringkat tempatan dan juga antarabangsa.Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada pengurusan YT dan guru-guru Imtiaz di seluruh negeri atas kejayaan sekolah tersebut."Pelajar yang berjaya ke sini amat beruntung dapat menuntut ilmu di lapangan serba hebat. Guru-guru di sini mempunyai cabaran besar untuk mencurahkan ilmu kepada anak-anak yang dahagakan pengisian (ilmu)," katanya ketika merasmikan majlis penutup Program Khas Asasi Imtiaz di Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu, hari ini.Sebahagian pelajar yang menamatkan program asasi Tingkatan Satu.Seramai 394 pelajar Tingkatan Satu berjaya menamatkan progam asasi selama enam bulan di enam daripada lapan SM mtiaz seluruh Terengganu iaitu di SM Imtiaz Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang, Setiu, Besut dan Kuala Berang.Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Imtiaz YT, Mazlan Che Wil berkata, usaha Imtiaz itu sebagai 'turning point' untuk mengangkat agama Islam di mata dunia."Progam Khas Asasi Imtiaz merupakan asas untuk mengukuhkan jati diri dan kefahaman al-Quran dalam diri pelajar."Melalui progam ini, kita juga memperkenalkan pelajar tentang penguasaan bahasa arab, asas-asas personaliti dan pengurusan diri serta asas komunikasi supaya dapat melahirkan pelajar dengan jiwa pemimpin dan pencipta," katanya.Tiga elemen penting diterapkan dalam progam asasi iaitu quranik, akademik dan itihadik dalam usaha melahirkan pelajar Imtiaz yang hafiz, profesional dan berdaya saing.Maliaman bersama Mazlan diiringi pengetua SMi Kuala Terengganu, Md. Imran mendengar penerangan inovasi pelajar.
17 Jul 18
1820