Artikel "Pendidikan" Terkini
Bakal Pelajar Universiti Perlu Aktif Berpersatuan
Oleh : Adli Mohamad.DUNGUN- Pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi dinasihatkan agar bergiat aktif diri dalam persatuan dan jemaah Islam.Penyelaras Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata penglibatan diri dalam program seumpama itu adalah penting kerana melaluinya akan dapat mengasah dan memupuk bakat kepimpinan sebagai pemimpin di masa akan datang."Pelajar perlu melibatkan diri dengan persatuan kerana ia akan melatih pelajar untuk memiliki ciri-ciri kepimpinan.“Namun begitu perlulah memilih persatuan yang menjurus dan berorientasikan Islam mengikut Ahlu Sunnah Wal Jamaah,"katanya.Menurutnya suasana dan cabaran di universiti tidak sama dengan suasana semasa persekolahan kerana lebih mencabar. "Di universiti banyak aliran pemikiran, kerana itu pelajar perlu berhati-hati dan tidak cenderung kepada aliran islam liberal,"Golongan liberal begitu membiak di kampus-kampus dan universiti, kerana sasaran mereka adalah pelajar dan cendekiawan-cendekiawan dari univerisiti," tegasnya dalam ucapannya itu.Beliau ditemui pemberita dalam satu majlis bertemu mesra dengan pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dari DUN Bukit Besi yang akan melanjutkan pelajaran ke Institus Pengajian Tinggi awam dan juga swasta di Universiti Tempatan di Dewan Sivik Kampung Nerang, Jerangau Sungai, di sini. Ghazali turut mengingatkan agar jangan merasa rendah diri kerana menjadi pelajar yang hanya bersekolah di Luar Bandar, rebutlah peluang yang ada, jangan merendah diri,"Cubalah saingi pelajar-pelajar di bandar dan buktikan bahawa pelajar luar bandar adalah setanding dan lebih baik dari mereka yang bersekolah dibandar," ucapnya.Beliau dalam pada itu turut mengingatkan agar belajar bersungguh-sungguh agar mampu menjadi pemimpin didalam masyarakat dan mampu berkhidmat bagi memajukan Bukit Besi dimasa akan datang."Belajarlah bersungguh-sungguh supaya kerajaan Teknokrat yang diimpikan oleh kerajaan Negeri Terengganu dimasa akan datang dapat diisi oleh modal-modal insan dari DUN Bukit besi apabila bergraduat nanti,”katanya
19 Aug 18
241
Tubuh Jawatankuasa Patenkan Produk SEM
Maliaman(tengah)ketika merasmikan Pesta " Schoolwide Enrichment Model" bertempat di Terengganu Trade Centre (TTC), semalam.KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri mencadangkan satu jawatankuasa diwujudkan bagi membolehkan hasil ciptaan pelajar dalam Pesta Schoolwide Enrichment Model (SEM) dipaten dengan kerjasama daripada Jabatan Pendidikan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim berkata, ia perlu diletakkan di bawah produk yang terpelihara supaya dapat membantu prototaip dan idea pelajar daripada dicuri oleh pihak lain."Sehingga kini, terdapat 350 produk inovasi yang dihasilkan sepanjang hampir 10 tahun SEM dilaksanakan dan produk ciptaan pelajar yang diangkat terbaik dalam pertandingan itu tidak harus disia-siakan begitu sahaja."Prototaip yang dihasilkan oleh pelajar akan dihimpunkan bagi membuat penyelidikan dan inovasi supaya dapat memberikan manfaat kepada pelajar dan kerajaan negeri kelak," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Perasmian Pesta "Schoolwide Enrichment Model" bertempat di Terengganu Trade Centre (TTC), kelmarin.Hadir sama, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri, Matsor Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa SEM 2018, Mazlan Che Wil.Beliau turut mencadangkan bagi membuka Pesta SEM tahun hadapan dalam kalangan sekolah harian selain sekolah elit, Sekolah Imtiaz, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sekolah bantuan kerajaan.Pesta SEM kali ini disertai 25 buah sekolah dengan Anugerah SEM Terbaik dimenangi oleh Sekolah Menengah Agama (SMA) Atas Sultan Zainal Abidin.Manakala Kategori inovasi terbaik diraih oleh Sekolah Menengah Imtiaz Terengganu (YT), SMK Padang Midin, SMK Sultan Sulaiman, SMK Bukit Sawa, dan SMA Khairiah. SMK Ajil, SMK Bukit Sawa.Sementara itu, SMK Sultan Sulaiman meraih kemenangan berganda apabila dipilih sebagai penyampai terbaik.
18 Aug 18
63
150 Penuntut TESDEC Intai Peluang Kerjaya Di Perodua
Pengurusan TESDEC bergambar bersama panel Perodua dan tetamu jemputan.MARANG - Seramai 150 penuntut jurusan diploma dan sijil Kemahiran Kejuruteraan (Automotif) Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) mengambil peluang merancang kerjaya masa bersama Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) dalam 'Perodua Career Talk' yang berlangsung di Kampus TESDEC, Bukit Kor, di sini, hari ini.Taklimat selama dua jam oleh Pengurus Pembangunan Modal Insan Perodua, Waisulqurni Ismail itu dianjurkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar sebagai medium kepada penuntut mendapatkan maklumat tepat dan jelas mengenai industri otomobil negara.Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan Kemahiran dan Akademik), Sheikh Nehmil Emir Alias berkata, program itu diadakan untuk membuka hubungan antara pihak industri dan pusat latihan.Sheikh Nehmil menyampaikan cenderahati lepada wakil Perodua."Ini merupakan saranan kerajaan supaya tiada jurang antara keduanya selain bertujuan mendedahkan penuntut tentang keadaan semasa industri dalam negara."Melalui program ini, penuntut dapat melihat peluang untuk bidang yang diceburi dan mencongak langkah dalam menyambung karier dalam bidang yang dipelajari," katanya.Dalam pada itu, Waisulqurni turut meluahkan kegembiraan kerana dapat memberi pendedahan realiti industri kepada penuntut. "Sebelum ini, penuntut sukar mendapat peluang daripada industri. Program ini membuka mata tentang kepakaran yang menjadi permintaan dalam bidang yang mereka pelajari," katanya.Pameran model kereta Perodua turut memeriahkan program tersebut.Penuntut TESDEC gembira dapat gambaran sebenae industri automotif dalam negara.
13 Aug 18
469
SAHUT Bawa Pulang Pingat Perak, Harumkan Nama Negara
Tiga Pelajar Sahut bersama Guru Pembimbing Menerima Anugerah Perak(tempat kedua) di KoreaSekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (Sahut) mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila tiga pelajarnya membawa pulang pingat perak kategori menengah rendah di pertandingan The 13th International Standards Olympiad di Yongin, Korea Selatan pada 8 hingga 10 Ogos baru-baru ini.Mereka bertiga berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan ini walaupun menghadapi persaingan sengit antara 20 kumpulan dari 12 negara seperti Korea, Jepun, Ecuador dan lain-lain membuktikan rekaan anak Malaysia setanding peringkat antarabangsa dan mampu mengharumkan nama negara.Program Jabatan Standard Malaysia di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar diadakan bagi meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai kepenggunaan standard dan kepentingan di bawah tajaan pihak Korea Agency For Technology and Standards (KATS).Nik Nurasilah Nik Aziz, Najah Bahrin Shah dan Muhammad Amar Haqim Ramli, 15, yang mewakili Malaysia mengambil masa hampir enam jam untuk menghasilkan satu rekaan prototaip dan portfolio mengikut syarat yang diberikan.Bertemakan 'fourth industrial revolution' , ketiga-tiga pelajar berkenaan mencipta 'Smart Water Dispenser' yang mampu menyiram pokok dengan enam rentak berbeza dalam satu masa.Najah Bahrin ShahNajah Bahrin Shah, 15, berkata, mereka terpaksa melakukannya tanpa bantuan guru dan dalam pada masa yang sama, telefon turut diambil."Soalan yang diberikan terlalu banyak dan kami terpaksa bahagikan tugas, saya menyediakan portfolio manakala Nik Nurasilah dan Amar membina prototaip binaan yang diperlukan, kadang-kadang kami bergilir melakukannya."Kami diberi enam pemilihan idea dan harus memilih yang terbaik jadi kami pilih 'Smart Water Dispenser' yang boleh berfungsi secara automatik bagi memudahkan penyiraman pokok tanpa kawalan jumlah air yang diperlukan."Setelah enam jam, kami tinggalkan untuk hakim membuat penilaian dan menunggu keputusannya tetapi tidak menjangka akan menang kerana hasil dari negara lain sangat hebat dan kreatif terutama Korea dan Jepun,"katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, hari ini.Turut menyambut kepulangan mereka, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Ustaz Maliaman Kassim dan Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin.Menurut Najah, dia dan rakan-rakan terkejut apabila diumumkan berada di tempat kedua kerana sebelum ini merasakan peluang tipis apabila melihat kehebatan negara lain."Teruja sangat dan bersyukur atas kemenangan ini dan berharap akan lebih meraih kemenangan yang lebih besar pada pertandingan akan datang jika diberi peluang."Terima kasih kepada dua rakan saya yang memberi kerjasama yang terhebat, terima kasih juga kepada guru pengiring yang tidak putus memberi semangat kepada kami untuk capai tahap ini,"kata Najah lagi.Sementara itu, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah dan berbangga dengan kejayaan dan kecemerlangan ini sekaligus memberi inspirasi kepada anak-anak pelajar negeri seluruhnya.
12 Aug 18
443
Bangunan Sekolah Islam Dikenal Pasti
Kerajaan Tengganu dijangka menubuhkan sekolah rendah dan menengah Islam tahun depan dan kini sedang mengenal pasti tempat dan bangunan yang sesuai untuk tujuan tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Kerajaan sedang mengenal pasti bangunan kosong milik kerajaan di setiap daerah untuk dijadikan bangunan sekolah berkenaan.Ustaz Wan Sukairi (dua, kanan) menyampaikan sijil kepada Muhammad Azrul Aminnur Mat Lazim (kanan) pelajar hafiz terbaik Komples Anak Yatim Tahfiz Darul Hijrah Chendering Kuala Terengganu. Katanya, Kerajaan menjangkakan sekolah Islam berkenaan akan mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat beragama Islam di negeri ini. Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Huffazul Quran Kali Pertama di Kompleks Anak Yatim Tahfiz Darul Hijrah Chendering di sini pada 11 Ogos. Turut hadir, Penolong Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Encik Muhammad Al-Hafiz Karim dan Pengerusi Darul Hijrah, Ustaz Wan Muhammad Mizan Wan Abdul Latiff. Seramai 14 pelajar menerima sijil masing-masing dari Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam dalam majlis konvokesyen berkenaan. Ustaz Wan Sukairi seterusnya berkata, Kerajaan Terengganu di bawah PAS pernah menubuhkan sekolah rendah Islam ketika pemerintahannya dalam tahun 1999 hingga 2004. Namum selepas diambil alih oleh Barisan Nasional (BN) tahun 2004, sekolah berkenaan ditutup. "Kini kerajaan merancang untuk menghidupkan semula sekolah berkenaan mulai tahun hadapan dengan mensasarkan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) ditubuhkan sekolah rendah Islam manakala setiap parlimen dibina sebuah sekolah menengah. "Itulah sasaran kerajaan sebagaimana termaktub dalam manifesto PAS menjelang PRU14 yang lalu, " jelasnya. Negeri Terengganu mempunyai lapan kawasan parlimen dan 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
11 Aug 18
74
Tahniah Faiz - YAB MB
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan tahniah kepada anak Kuala Terengganu, Mohammad Faiz Mohd Zaki atas pencapaian yang memberangsangkan, Master of Engineering with Class One Honours in Electrical Engineering, University of Sheffield, United Kingdom.Anak kepada pasangan Mohd Zaki Mohd Salleh dengan Wan Suhubbiah Wan Abdillah merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Kepala Batas turut merangkul keputusan yang cemerlang pada SPM 2011."Setinggi penghargaan diberikan kepada Encik Mohd Zaki dan pasangan atas kejayaan yang berterusan anak lelaki mereka."Pemuda kelahiran Terengganu ini turut membanggakan ibu bapanya apabila mengikut jejak langkah ayah beliau yang merupakan seorang pesara jurutera."Kecemerlangan anak sulung dari empat orang adik-beradik ini bukan saja menjadi contoh kepada adik-adik beliau tetapi dapat menjadi pemangkin semangat buat pelajar-pelajar di luar sana,"katanya dalam satu kenyataan kepada media, semalam.Menteri Besar juga berharap kejayaan Saudara Faiz menjadi inspirasi kepada rakyat Terengganu seluruhnya supoaya dapat melakar kejayaan yang serupa, malah mungkin lebih baik di persada antarabangsa.
07 Aug 18
1165
UMT Anjur Persidangan Sains Makanan Dan Agrikultur
Prof. Madya Dr. Amiza melihat poster penyelidikan yang dibentangkan sempena Persidangan IFoSAC 2018 di UMT, hari ini. Foto Oleh: Solahuddin Al-IdrusUniversiti Malaysia Terengganu (UMT) buat julung kalinya menganjurkan Persidangan Sains Makanan Dan Agrikultur Peringkat Antarabangsa (IFoSAC) 2018 di kampus universiti itu di Gong Badak, Kuala Nerus.Seminar tiga hari yang diadakan di Auditorium 2, Kompleks Kuliah Berpusat UMT bermula hari ini merupakan anjuran Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPSTM) universiti berkenaan.Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Dekan PPSTM, UMT Prof. Madya Dr. Amiza Mat Amin.Program saintifik itu turut melibatkan syarahan daripada Prof. Ir. Achmad Subagio dari Universitas Jember, Indonesia dan penampilan dua tokoh terkenal bidang-bidang yang terlibat iaitu Dr. Mohd Shukri Mat Ali dari MARDI dan saintis daripada Prince Of Songkla University, Thailand iaitu Asst. Prof. Santad Wichienchot.Dalam pada itu, Prof. Madya Dr. Amiza berkata, selain menghimpunkan para profesional dari dalam dan luar negara di dalam bidang sains dan teknologi makanan serta bidang agroteknologi, persidangan tersebut juga bagi menggalakkan kerjasama dan jaringan perkongsian ilmu disamping mewujudkan perkongsian kepakaran dan penemuan inovasi baharu dalam bidang berkaitan.“Mengangkat tema ‘Empowering Food Sustainability’, sebanyak 17 hasil penyelidikan dibentangkan dalam bentuk poster, manakala 48 hasil penyelidikan dibentangkan secara lisan.“Hasil dari persidangan ini, dijangkakan sebanyak 46 hasil penyelidikan akan diterbitkan di dalam jurnal SCOPUS Malaysian Applied Biology Journal (MAB),” ujarnya ketika berucap merasmian persidangan tersebut, hari ini.Menurut beliau, persidangan tersebut disertai oleh 65 peserta dari dalam dan luar negara termasuk Jordan dan Indonesia.
06 Aug 18
536
Tiga Pelajar Terengganu Wakili Malaysia Ke Korea
Pengetua SAHUT(dua dari Kanan)bersama Guru Pembimbing Program, Ahmad Ridhuan bersama tiga pelajar yang bakal berlepas ke Korea pada 7 Ogos ini.Tiga pelajar dari Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) terpilih untuk mewakili Malaysia ke pertandingan The 13th International Standards Olympiad yang akan berlangsung di Yongin, Korea.Pelajar-pelajar berkenaan, Nik Nurasilah Nik Aziz, Najah Bahrin Shah dan Muhammad Amar Haqim Ramli yang berusia 15 tahun mendapat tempat pertama dalam saringan penulisan esei mengenai keselamatan di lapangan terbang pada tahun lepas.Guru Pembimbing Program, Ahmad Ridhuan Azman berkata, program yang akan dijalankan pada 8 hingga 10 Ogos merupakan program Jabatan Standard Malaysia di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar bagi meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai kepenggunaan standard dan kepentingan."Dalam erti kata lain, ia memberi peluang kepada pelajar untuk mereka cipta sesuatu inovasi yang mampu digunakan secara global dan menyeluruh."Penyertaan bagi pertandingan ini ditaja oleh pihak Korean Agency For Technology and Standards (KATS) termasuk kos makanan dan tempat tinggal."Manakala bagi kos tiket penerbangan, pihak KATS menaja dua orang bagi setiap kumpulan peserta (50 peratus) dan selebihnya adalah di bawah tanggungan pihak sekolah," ujarnya ketika ditemui di SAHUT, semalam.Sementara itu, Najah yang pertama kali menyertai program berkenaan merasa teruja apabila mendapat tahu bahawa kumpulan mereka berjaya mewakili Malaysia ke Korea."Bagi saya, kejayaan ini bukan sahaja membawa nama Malaysia tetapi membawa nama sekolah dan nama Hulu Terengganu ke persada lebih tinggi lagi."Walaupun kami belajar di sekolah pinggir bandar namun boleh berjaya dan mencipta nama setanding mereka yang berada di bandar terutamanya."Apa yang perlu kami reka, belum diketahui kerana soalan dan arahan akan diberikan pada hari pertandingan nanti, yang pasti kami perlu mereka cipta suatu produk untuk kegunaan global yang praktikal dan mudah dipakai," kata Najah.
06 Aug 18
475
Ziarah Kasih Permata Bantu Keluarga Kurang Berkemampuan
Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) mengadakan Program Ziarah Kasih bagi memberi sumbangan kepada keluarga mahasiswa yang kurang berkemampuan, baru-baru ini.Ziarah Kasih diketuai oleh Yang Dipertua Permata Kebangsaan, Mohd Syarizwan Mat Jenon turun padang menyampaikan bantuan keperluan harian kepada keluarga di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.Menurut Syarizwan, mahasiswa terlibat adalah dari keluarga yang kurang berkemampuan dan mempunyai masalah seperti ibu bapa yang uzur serta mempunyai penyakit kronik."Bantuan itu juga berdasarkan penelitian dan maklumat daripada Yang Dipertua Permata setiap universiti,"kata beliau dalam kenyataan kepada media, hari ini.Turut hadir, Penolong Pengarah Tajaan dan Transformasi Mahasiswa Yayasan Terengganu (YT), Ustaz Mohd Zaki Mat Yakim.Program itu merupakan sebahagian daripada komitmen Permata yang bernaung di bawah YT dalam menjaga kebajikan mahasiswa Anak Terengganu yang mengalami kesusahan keluarga atau keperluan pembelajaran.
05 Aug 18
155
Kerajaan Bangunkan Sekolah Menengah Agama Setiap Parlimen
Maliaman berucap di majlis penutup.Kerajaan negeri akan berusaha mewujudkan satu sekolah menengah agama bagi setiap parlimen sebagaimana terkandung dalam Manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14) lalu.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Maliaman Kassim berkata, selain itu kerajaan negeri turut mensasarkan penubuhan sekolah rendah agama untuk setiap Dewan Undangan Negeri (DUN)."Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang diasaskan PAS membawa asas pendidikan bertunjangkan ukhrawi yang mana telah mendapat kepercayaan ibu bapa pada masa kini."Besar harapan pendidikan berasaskan dunia akhirat ini berterusan dengan wujudnya sekolah rendah agama," katanya. Beliau yang juga ADUN Ajil, berhasrat ingin menjadikan DUN itu sebagai tapak mula sekolah rendah agama di bawah penyeliaan kerajaan negeri."Kerajaan menyasarkan kewujudan satu sekolah rendah agama di Hulu Terengganu pada 2019. "Oleh itu, saya berusaha untuk menjadikan Ajil sebagai lokasi pertama bagi daerah ini," katanya ketika berucap dalam majlis penutup program Alam Ria Pasti Daerah Hulu Terengganu di Dewan Sivik, Ajil, Huli Terengganu, hari ini.Kalam Jamaie antara yang dipertandingkan.Pelbagai acara dipertandingkan dalam program itu seperti nasyid, Kalam Jamaie, pertandingan brcerita, bacaan khutbah, azan, sajak dan pidato.Seramai 136 peserta daripada empat DUN iaitu Ajil, Kuala Berang, Manir dan Telemong memeriahkan program anjuran Jabatan Pasti Hulu Terengganu itu.Johan nasyid akan mewakili Hulu Terengganu.
04 Aug 18
54