Artikel "Pendidikan" Terkini
Dr Samsuri Suntik Semangat Calon UPSR
Dr Samsuri Mokhtar (tiga dari kanan) beramah mesra dengan calon UPSR SK Sultan Sulaiman. Foto - Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turun padang bertemu dan memberi semangat kepada calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018, hari ini.Beliau mengharapkan para calon memberikan yang terbaik untuk peperiksaan ini."Give your best today, ini adalah hari penting untuk kamu."Ingat dua perkara, trust yourselves dan be confident," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan calon-calon UPSR di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2, hari ini (24 September).Dr Samsuri turut mengingatkan calon UPSR tentang pentingnya menentukan masa hadapan mereka."Kamu semua ada cita-cita, jadilah apa pun."Hari ini adalah permulaannya," tambahnya.Beliau turut melawat dan bertemu calon-calon UPSR di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1.Seramai 141 orang murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2 akan menduduki peperiksaan UPSR bermula pada hari ini sehingga 27 September 2018.Subjek Bahasa Melayu Pemahaman menjadi kertas ujian pertama yang dihadapi mereka.
23 Sep 18
783
ICABEC 2018 Tumpu Bidang Ekonomi
Profesor Dato' Dr. Nor Aieni bersama peserta yang menghadiri Majlis Perasmian Persidangan Perakaunan Dan Ekonomi Antarabangsa (ICABEC) 2018 di UMT, hari ini. Foto Oleh Solahuddin Al-Idrus Persidangan Perakaunan dan Ekonomi Antarabangsa (ICABEC) 2018 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memberi penekanan kepada penemuan inovasi baharu bagi memperkasa bidang ekonomi.Program perkongsian ilmu anjuran Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim, UMT itu menjadi platform bagi menghimpunkan pakar-pakar dalam bidang berkenaan dari dalam dan luar negara.Naib Canselor UMT, Profesor Dato' Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, lebih 60 peserta termasuk dari United Arab Emirates, Indonesia, Jordan, Yaman dan Egypt menyertai persidangan kali ke lima dianjurkan itu.“Bertemakan ‘Kelestarian Inovasi’ dalam menghadapi cabaran revolusi industri, persidangan ini memfokuskan kepada bidang berkaitan perakaunan, pembiayaan, percukaian, pengurusan maritim, hospitaliti dan pelancongan serta lain-lain,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perakaunan dan Ekonomi Antarabangsa (ICABEC) 2018 di UMT, hari ini.Katanya, beliau yakin persidangan tersebut memberikan input yang sangat diperlukan dari sudut akademik dalam menyokong negara untuk memenuhi visi menjadi negara maju.“Dalam mendepani revolusi industri 4.0, peranan pemeliharaan inovasi dan kesan utama revolusi ini terhadap produktiviti manusia antara perkara yang bakal menjadi topik perbincangan utama,” ujarnya.Menurut beliau, program persidangan sebegini amat penting dalam usaha mencari penyelesaian isu-isu berkaitan memperkasa ekonomi negara.
18 Sep 18
59
Isu Lirik Lagu Gereja Selesai - JPNT
Shafruddin ketika menemui guru yang terlibat dalam isu lirik, Muhammad Kamil di SK Kuala Jengal, Dungun.DUNGUN - Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah menyelesaikan isu penyebaran senikata lagu gereja yang berjudul ‘Satu Suara’ oleh seorang guru kepada 24 orang murid tahun empat beragama Islam di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Jengal, Hulu Dungun, yang viral di laman media sosial beberapa hari lalu.Pengarahnya, Shafruddin Ali Hussin berkata, pihaknya telah menerima satu laporan penuh berkenaan kes tersebut daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) baru-baru ini dan telah pun melakukan siasatan lanjut terhadap perkara tersebut dan ia dianggap sudah selesai.Jelasnya, hasil siasatan lanjut yang dilakukan mendapati lirik tersebut diedarkan oleh seorang guru lelaki yang berusia 38 tahun itu didapati tidak disengajakan dan berlaku kecuaian semasa pemilihan lagu tersebut."Guru tersebut telah memuat turun lirik tersebut di internet bagi tujuan latihan kepada murid untuk persembahan bulan kemerdekaan yang akan diadakan di sekolah berkenaan pada minggu hadapan."Didapati semasa latihan nyanyian diadakan, guru tersebut mendapati terdapat unsur-unsur nyanyian mengagungkan Jesus (Tuhan penganut agama Kristian) yang ditulis dalam bahasa Indonesia dan guru tersebut berjanji akan menggantikan lirik lagu yang lain untuk latihan," katanya.Beliau berkata demikan selepas bertemu sendiri dengan guru terbabit di Kampung Kuala Jengal bagi mendapatkan penjelasan berkenaan isu tersebut, hari ini (7 September).Shafrudin berkata, hasil siasatan lanjut mendapati kesilapan kedua ialah guru tersebut tidak mengambil semula lirik yang telah diberikan dan menyebabkan ianya tersebar meluas di laman sosial kerana ada murid yang membawa pulang lirik tersebut dan disebarkan oleh sesetengah pihak.Tambahnya lagi, pihaknya juga akan merujuk perkara berkenaan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tindakan selanjutnya dan berharap agar perkara tersebut tidak lagi disensasikan bagi menjaga keharmonian semua pihak.Sementara itu, guru terbabit, Muhammad Kamil Abdul Rahman, 38, ketika ditemui menyatakan permohonan maafnya kepada seluruh umat Islam di negara ini di atas kecuaiannya sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat.Dia yang sudah lapan tahun bertugas di sekolah itu tidak menyangka lirik lagu berkenaan mengandungi unsur memuji agama Kristian dan tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam di negara ini."Memang kesilapan saya tidak meneliti lirik secara terperinci dan selepas ini akan lebih berhati-hati dan saya harap semua ibu bapa, pelajar, guru dan seluruh rakyat Malaysia memaafkan kesilapan yang berlaku," katanya.Baru-baru ini, lirik tersebut menjadi kecaman netizen selepas ia dimuat naik di laman sosial Facebook dan seorang aktivitis pendidikan yang menggunakan nama gelaran "Cikgu Izzat" telah memuat naik satu kenyataan berkenaan isu tersebut.Guru terbabit yang dianggap tidak sensitif dan menghina agama Islam serta netizen berharap pihak yang berkaitan mengenakan tindakan disiplin terhadap guru terbabit.
07 Sep 18
167
Menjadi Tokoh Hebat Tidak Mudah -Dr Ahmad Samsuri
Dr Ahmad Samsuri berucap di Program Bicara Tokoh UMT Gong Badak Kuala Nerus.-Foto Saiful MustafaKUALA NERUS - Percaya pada potensi diri sepenuhnya dan berusaha mencapai kejayaan menjadi tokoh yang hebat, satu usaha yang tidak mudah.Dalam menangani masalah itu Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memberitahu, pelajar universiti perlu meninggalkan kegagalan dan meneruskan kehidupan mereka jika mahu berjaya."Mulailah hidup semula dan maju ke hadapan. Jangan biarkan keadaan negatif anda menghantui diri anda dan menjejaskan tumpuan anda dalam pelajaran."Malah orang terkenal seperti (pencipta Amerika) Thomas Alva Edison telah gagal beberapa ratus kali sebelum berjaya mencipta lampu elektrik," kata Dr Ahmad Samsuri, yang juga seorang pakar kejuruteraan aeroangkasa.Beliau menyeru mahasiswa supaya percaya kepada diri sendiri dan mempunyai keyakinan diri untuk berdepan dengan cabaran semasa yang berubah-ubah ketika mengejar impian dalam pelajaran."Biarkan masa lalu berlalu. Jangan bawa sentimen negatif atau kegagalan berterusan dalam kehidupan."Terokai potensi diri anda untuk membina masa depan yang lebih baik, hargailah pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa dan keluarga untuk membawa anda ke tahap hari ini.Dr Ahmad Samsuri (tengah) menyampaikan Dermasiswa Al-Ikhlas kepada wakil pelajar."Beri mereka rasa bangga dan berusahalah untuk muncul sebagai tokoh yang menjulang tinggi," katanya kepada mahasiswa yang baharu dilantik semasa program 'Bicara Tokoh' di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Gong Badak, 4 September.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang mengingatkan mereka supaya bercita-cita tinggi dengan menentukan matlamat yang jelas untuk mencapai cita-cita."Sebaik sahaja anda melakukan ini, pergilah menggapai apa yang anda cita-citakan!" Katanya.Dr Ahmad Samsuri menambah bahawa universiti menyediakan ruang untuk pelajar, 'belajar berenang' (bagaimana cara berusaha) menghadapi cabaran dalam kerjaya mereka, di kemudian hari."Optimalkan pengetahuan yang diperolehi dan memanfaatkannya untuk berdiri sendiri, kerana sebaik sahaja anda meninggalkan universiti, pensyarah anda tidak akan berada di sana untuk membimbing anda."Oleh itu, gunakan sepenuhnya masa anda di sini (di universiti)," katanya.Dr Ahmad Samsuri, bagaimanapun, memberi amaran kepada pelajar bahawa walaupun universiti adalah tempat latihan, seseorang itu tidak boleh menjadi perfeksionis (manusia yang terlalu fokus kepada kesempurnaan) kerana mereka akan menghadapi penyimpangan dalam hidup."Menjadi manusia, tiada siapa yang boleh sempurna. Anda perlu menyesuaikan diri dengan situasi dan perubahan."Cabaran, sama ada dalaman atau luaran, menjadikan kita lebih matang dan orang yang lebih baik. Belajar dari kesilapan anda dan buat pembetulan untuk memperbaiki, "katanya.Beliau menambah bahawa cabaran sedemikian menimbulkan ketidakupayaan individu untuk mengendalikan tekanan rakan, tekanan, menguruskan kewangan atau emosi lain.MB bertanyakan sesuatu kepada pelajar baharu UMT."Jangan berputus asa dengan mudah. Tidak salah untuk jatuh, tetapi anda mesti berusaha untuk bangkit."Ia sama seperti kata-kata legenda tinju Muhammad Ali yang mengatakan anda boleh jatuh dalam gelanggang semasa pertandingan tetapi boleh pergi dan menang jika anda berdiri untuk bertarung," kata Menteri Besar.Beliau mengingatkan pelajar supaya bersuara dan berkongsi masalah mereka dengan pensyarah dan rakan-rakan supaya perkara-perkara tersebut boleh ditangani dengan baik.Pada masa yang sama, Dr Ahmad Samsuri menggesa mereka untuk membangunkan kemahiran 'Soft Skills' (Perhubungan Awam), berinteraksi dengan orang lain, menghadiri ceramah dan seminar, membuat kawan baharu untuk memperoleh pengalaman dan pengetahuan.
03 Sep 18
89
UMT Bakal Terima Pelajar Baharu Esok
Seramai 2,451 pelajar baru bakal meneruskan pengajian mereka di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi mengikuti 27 program di peringkat ijazah sarjana muda pada sesi kemasukan 2018/2019 esok.Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) UMT, Prof. Ir Noor Azuan Osman berkata, daripada jumlah itu 65 peratus memilih aliran Sains dan selebihnya aliran Sains Sosial.Katanya, daripada jumlah yang mendaftar pula 76 peratus adalah pelajar wanita dan 24 peratus pelajar lelaki.“Saya rasa ini bukan suatu isu tetapi lumrah yang berlaku dimana-mana IPTA sekali pun di dalam negara malah di luar negara pun yang mana kebiasaannya pelajar perempuan lebih ramai dari lelaki,” ujarnya ketika Sidang Media Khas UMT Peka Kebajikan Pelajar Baharu Sesi 2018/2019 di UMT, hari ini.Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof. Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali.Sementara itu katanya, seramai 402 orang turut mendaftar untuk mengikuti pengajian peringkat pasca siswazah.“Daripada jumlah itu 307 adalah pelajar dalam negara dan 95 orang dari luar negara termasuk dari Indonesia, Maldive, Lebanon, Yaman, Kanada dan Bangladesh,” ujarnya.
02 Sep 18
134
Mahasiswa Manfaatkan Teknologi Maklumat Untuk Berdakwah
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT- "Berikan sesuatu benda yang dapat membahagiakan kedua-dua ibu dan bapa," kata Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.Menurutnya, mahasiswa perlu memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat yang ada masa kini dengan menerokai laman ilmu yang berkaitan kehidupan sebagai pendakwah."Usrah perlu dicari dan diusahakan bagi membentuk kelompok usrah. Tujuan usrah bagi membentuk kehidupan beragama."Statistik rekod cacatan dari gerakan mahasiswa Islam mendapati kes juvana yang melibatkan pelajar IPT (istitusi pengajian tinggi) semakin bertambah,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perjumpaan Bakal Mahasiswa DUN Jerteh, di Dewan Terbuka Gong Kemutong, di sini, semalam.Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS), Ismail Abdul Rahman.Majlis ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada bakal mahasiswa supaya menjalani kehidupan beragama.Selain itu, Wan Azhar juga mahu supaya mahasiswa perlu berilmu agar komunikasi dan pertuturan sentiasa jelas serta dapat membimbing masyarakat Islam yang lain.Selain itu, Pihak Pejabat Penyelaras DUN Jerteh akan sentiasa berhubung dengan mahasiswa ketika berada di pusat pengajian tinggi agar tidak dipengaruhi anasir tidak baik serta golongan yang tidak bertanggungjawab.
01 Sep 18
40
Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam IPT Gagas Lima Resolusi
Dr Maszlee Malik menyampaikan sijil penghargaan kepada para peserta dan penaja. Foto - Tengku Syamim Tengku IsmailKUALA TERENGGANU - Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Peringkat Kebangsaan Kali Ketiga 2018 yang berakhir pada 29 Ogos 2018 di Dewan Perdana, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) telah menggagaskan lima resolusi yang akan disampaikan kepada kerajaan pusat.Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, perkara paling penting menurut resolusi yang diadakan adalah kebimbangan mahasiswa terhadap cabaran mengekalkan kesucian akidah Islamiyah dan kesyumulan Islam."Yang pertama adalah kepercayaan kepada Tuhan iaitu cabaran terhadap agama Islam."Kita perlu membina asas akidah yang mantap bagi menangani ancaman pemikiran (ghuzwatul fikr) dalam kehidupan melalui sistem pendidikan yang merangkumi aspek kesyumulan insan berdasarkan kepada prinsip akidah yang berteraskan kepada manhaj ahli sunnah wal jamaah."Kita perlu mengangkat nilai hikmah dalam mengurus kepelbagaian dan perbezaan dengan mengambil semangat dakwah 'bil hikmah' melalui konsep dialog dan intelektual."Kita akan memperkasakan peranan Badan Bukan Berkanun kerajaan (NGO) menerusi peruntukan dana khas yang bertujuan menjayakan agenda dalam mendaulatkan agama Islam sebagai agama persekutuan," ujarnya.Yang kedua ialah kesetiaan kepada raja dan negara iaitu konsep dan pandangan orang muda."Kita mesti menginsafi bahawa bidang pengajian sejarah adalah platform yang terbukti berjaya dalam memperkukuhkan kefahaman terhadap kenegaraan.Yang ketiga ialah keluhuran perlembagaan iaitu jaminan kestabilan negara."Kita akan menyegerakan tindakan-tindakan berkenaan kebebasan bersuara mahasiswa."Kemudian, menggesa kerajaan merangka dan melaksanakan perancangan ‘attirmative action’ kepada golongan B40 tanpa mengira kaum," katanya.Yang keempat ialah kedaulatan undang-undang dan agama Islam."Kita akan menjenamakan semula Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971) berdasarkan kepada kebebasan demokrasi dan sistem musyawarah."Yang kelima ialah kesopanan dan kesusilaan iaitu lambang keutuhan perpaduan kaum."Kita hendaklah memperkasakan program kepimpinan berasaskan nilai murni yang berpaksikan kepada rukun negara," tambahnya.
31 Aug 18
140
Tujuh Negara Sertai IPCB 2018
Peserta dan pembentang persidangan.KUALA NERUS - Seramai 154 peserta dari tujuh negara menyertai International Symposium Postgraduate Conference on Biotechnology (IPCB) 2018 yang berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kampus Gong Badak, DI SINI, selama tiga hari dan berakhir hari ini.Persidangan itu menampilkan lebih 100 pembentang dari Indonesia, Jepun, Singapura, Thailand, Iraq, Australia dan tuan rumah, Malaysia.Prof. Dr. Mazlan.Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT, Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, persidangan dwitahunan itu merupakan pertemuan para pelajar pascasiswazah untuk bertukar idea dan kajian dalam bidang sains marin terutama dalam kajian terhadap rumpai laut."Tahun ini, kita terima peningkatan penyertaan berbanding empat negara pada dua tahun lalu di Surabaya, Indonesia."Di sini, kita mengumpulkan hasil dapatan penyelidikan untuk kelestarian kehidupan marin dan sebagainya," katanya.Prof. Dr. Ketut menerima penghargaan sebagai wakil dari Indonesia.Dalam pada itu, wakil dari Institut Teknologi Sepuloh Nopember, Indonesia, Prof. Dr. Ketut Buda Artana yang menjadi tuan rumah IPCB lalu berkata, menjadi kewajipan kita untuk mendukung kelestarian maritim supaya kekal terjaga."Kita mengharapkan dengan IPCB, kerjasama antara negara akan meningkat dalam usaha mengekalkan sumber maritim yang amat penting dalam kehidupan kita," katanya.IPCB ditaja oleh Japan International Corporation Agency (JICA) yang diwakili Shinsaku Fukazawa.
28 Aug 18
68
'Seks Songsang' LGBT, Atasi Dengan Pendidikan Agama
Dr Haji Alias- Foto Harish Fadzillah
KUALA TERENGGANU - Tidak cukup sekadar penguatkuasaan undang-undang bagi mengatasi masalah aktiviti 'Seks Songsang' bahkan ia perlu digabungjalinkan dengan pendidikan agama dan pemantauan dari ibu bapa.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Haji Alias Razak berkata, ibu bapa perlu memberi pendedahan kepada anak remaja mereka tentang bahayanya amalam seks bebas.
Katanya, di peringkat jabatan kesihatan juga dibuat kempen penerangan di sekolah-sekolah dan agensi-agensi kerajaan tentang bahayanya jangkitan penyakit HIV/AIDS dan cara mengatasinya.
"Remaja diberi penjelasan tentang bagaimana bahayanya perbuatan seks songsang ini dari segi kesihatan.
"Dari segi agama satu bab tetapi ia bahaya dari segi kesihatan kerana penyakit ini belum ada lagi rawatan yang boleh menyembuhkan pengidapnya seperti biasa," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pantai Batu Burok di sini baru-baru ini.
Sementara itu Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohammad Omar dilaporkan sebagai berkata, jabatannya memandang serius terhadap peningkatan kes daripada amalan seks bebas ini terutama daripada risiko homoseksual dan biseksual.
Katanya, berdasarkan rekod sejak 1988 hingga Jun lalu, 1,083 kes dikesan berpunca daripada risiko seksual.
“Jumlah itu daripada keseluruhan sebanyak 9,816 kes HIV yang didaftarkan di negeri ini dengan 84.9 peratus berpunca daripada risiko perkongsian jarum suntikan di kalangan pengguna dadah.
“Namun begitu kes jangkitan HIV di kalangan pengguna dadah menerusi suntikan telah menunjukkan penurunan agak ketara.
“Jangkitan kes HIV akibat risiko seksual menunjukkan trend peningkatan, sebanyak 27.1 peratus kes HIV dilaporkan pada 2017 berbanding 20.1 peratus pada tahun 2010 dan 0.62 peratus pada 2005...ini cukup membimbangkan pihak kami,” kata Mohammad.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kembara Sihat Tanpa Aids 2018 ‘ Eksplorasi Menuju Sifar’ di Dataran Waterfront Kuala Berang, baru-baru ini.
Jelas beliau, melalui Majlis Aids Malaysia (MAC), mereka juga bergerak lebih agresif untuk memberi lebih kesedaran kepada orang ramai terutama pengamal homoseksual mengenai bahaya jangkitan HIV/AIDS dalam usaha mengawal wabak berkenaan daripada terus meningkat.
“Antara inisiatif ialah mendekati golongan ‘mak nyah’ atau pondan di negeri ini dengan memberikan kesedaran kepada mereka di samping anggota masyarakat yang lain agar mencegah aktiviti seks bebas.
“Mereka ini perlu menjauhi semua aktiviti berisiko seperti seks luar nikah dan aktiviti seks luar tabi’e selain memperkasakan golongan ini untuk mengatakan tidak kepada seks luar nikah,” ujar Mohammad.
26 Aug 18
320
86 Anak Jabi Bakal Lanjut Pelajaran Dirai
Seramai 86 bakal siswa dan siswi dari DUN Jabi yang akan mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta diraikan dalam Majlis Lambaian Menara Gading bertempat di Pusat Khidmat Adun Jabi, baru-baru ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, mereka bakal mengikuti pengajian dalam pelbagai jurusan di IPT seluruh negara.“Tahniah dan syabas kepada semua yang berjaya. Dunia universiti bukanlah tempat untuk kita berehat dan ambil sambil lewa. Belajarlah dengan sehabis 'smart' dan bersungguh. “Jangan bazirkan masa dengan tabiat yang merugikan diri. Ingat harapan ibu bapa di kampung yang menghantar kita pergi dengan penuh harapan. Kita mahu anak Jabi semua cemerlang dan jadi yang terbaik. Akhirnya nanti balik untuk menyumbang kepada tanah tumpah darah kita di Jabi,” ujarnya ketika berucap merasmikan program tersebut seperti yang dipetik dalam laman Facebook beliau.Pada majlis itu, Dr. Azman yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jabi turut menyampaikan sumbangan wang saku kepada semua bakal graduan.Beliau turut berpesan kepada para pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke menara gading agar sentiasa menjaga diri dan nama baik keluarga.“Di mana pun kita berada, jagalah nama baik keluarga dan Jabi kita. Solat jangan dilupa dan berdoalah setelah kita berusaha,” katanya.
25 Aug 18
25