Artikel "Pendidikan" Terkini
SRIDI: Kerajaan Tunai Janji Manifesto
KUALA TERENGGANU, 29 Oktober - Kerajaan Terengganu sekali lagi menunaikan janji manifestonya dengan menawarkan pengambilan pertama untuk pelajar tahun satu Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) di lima daerah mulai tahun depan.SRIDI yang dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) itu akan dibuka di lima daerah iaitu Besut, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Kuala Nerus bertempat di Kampung Raja Besut, Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Binjai Rendah, Ajil dan Kubang Jela.Syarat-syarat kemasukan ke SRIDI ialah pelajar mesti warganegara Malaysia, beragama Islam, merupakan rakyat negeri Terengganu, sihat tubuh badan, boleh menulis dan membaca jawi atau al-Quran serta lulus temuduga.Sesi temuduga dibuat setiap hari Ahad hingga Rabu jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang manakala hari Khamis pula, mulai jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang, bertempat di Tingkat 2, Bahagian Pendidikan, Kompleks Seri Iman, JHEAT di sini.Pendaftaran kemasukan dibuka selama sebulan mulai 1 hingga 30 November ini di SRIDI Ajil, Binjai Rendah dan Kubang Jela.Manakala pendaftaran SRIDI Dungun dan Besut dibuat di Pejabat Agama Daerah masing-masing.Setiap SRIDI dibuka sebanyak dua kelas memuatkan pelajar seramai 50 orang (25 orang satu kelas).
28 Oct 18
896
TATiUC Jalin Kerjasama Dengan OOSB Dan iMSSB
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (empat dari kiri) menyaksikan majlis menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU).KUALA TERENGGANU, 24 Oktober - Kolej Universiti Tati (TATiUC) hari ini menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) dengan rakan industri untuk menjalinkan kerjasama dalam penyelidikan dan modal insan.Bagi tujuan tersebut, TATiUC menandatangani MoU dengan Optimistic Organic Sdn Bhd (OOSB) yang merupakan sebuah syarikat berasaskan pengeluaran bahan kimia khususnya penghasilan Maleic Anhydride dalam bentuk cecair ataupun pepejal yang menggunakan teknologi Jerman.TATiUC turut menandatangani MoU dengan Integratus Maintenance Services Sdn Bhd (iMSSB) sebuah syarikat kejuruteraan, baik pulih, fabrikasi, operasi dan pengurusan fasiliti yang terkemuka di kawasan industri setempat.Bagi kedua-dua MoU itu, TATiUC diwakili Rektornya, Prof. Dr. Anuar Ahmad, manakala OOSB diwakili Pengarahnya Mohd Ali Ayub dan iMSSB pula diwakili Pengarah Urusannya, Hamidon Md. Khayon.Majlis disaksikan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Dr Ahmad Samsuri dalam ucapannya berkata, melalui kerjasama itu, ianya memberi makna besar dalam membangunkan modal insan Negeri Terengganu dan mampu membantu merealisasikan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030.“Kerjasama ini diharap dapat dipertingkatkan lagi sehingga ke skala lebih besar seperti industri menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar TATiUC dan pada masa sama, kepakaran TATiUC digunakan di lapangan industri.“Jalinan kerjasama antara TATiUC dan industri tentunya akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, malah memberi impak lebih besar kepada anak-anak Terengganu,” ujarnya di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Diantara TATiUC dengan OOSB dan iMSSB di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azhar Abdul Hamid dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat. Sementara itu, Prof. Dr. Anuar berkata, dalam memastikan institut pengajian tinggi seperti TATiUC terus relevan dan berkembang, sinergi dengan rakan industri adalah penting.“Kerjasama yang dimeterai antara TATiUC dengan OOSB dan iMBSSB akan menjadikan TATiUC dan rakan industri sebagai sebuah kerjasama yang baik dalam bidang pendidikan, perundingan, penyelidikan serta latihan khususnya berkaitan teknikal dan kejuruteraan,” ujarnya.Katanya, melalui kerjasama itu antara lainnya adalah untuk menjadikan graduan TATiUC sebagai pilihan utama untuk ditawarkan pekerjaan sejurus selepas menamatkan latihan industri.“TATiUC pula akan membekalkan konsultasi kepakaran dalam bidang berkaitan termasuk menjalankan kursus jangka pendek kepada pemain industri, juga membangunkan dan menggalakkan penyelidikan, seminar, bengkel dan persidangan bersama,” ujarnya.
24 Oct 18
164
Bajet Pendidikan Terengganu Meningkat
KUALA TERENGGANU, 23 Oktober - Bajet 2019 Terengganu yang akan dibentangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan depan bakal menyaksikan pertambahan peruntukan di sektor pendidikan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, peningkatan itu termasuk bagi membiayai beberapa inisiatif baharu yang akan diperkenalkan bagi memperkasakan lagi kecemerlangan pendidikan negeri."Inisiatif itu antara lain akan memberi ruang kepada rakyat supaya dapat mengikuti kursus profesional yang diiktiraf oleh badan profesional."Kebiasaannya orang hanya melihat pembiayaan kepada program ijazah dan Doktor Falsafah (PhD) namun tidak bagi kursus profesional untuk melengkapkan seseorang menjadi anggota profesional dalam bidang tertentu.'Jadi kita akan biaya mereka dan perkara ini akan dimaklumkan dalam pembentangan bajet nanti," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pertandingan akhir dan penyampaian hadiah Pertandingan Terengganu-Exxonmobil Mathematics Innovation Challenge (TExMIC) dan Spark Your Creativity Challenge (SYCC) di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), hari ini.Turut hadir sama, Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Kerajaan Subsidiari-subsidiari ExxonMobil di Malaysia, Sukiman Mohamed, Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif PSKT, Prof. Dr. Wan Nor Liza Mahadi.Dalam majlis itu, Ahmad Samsuri turut menyampaikan hadiah kepada pemenang TExMIC iaity Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Lela Segara yang menjadi juara bagi ketegori menengah atas.Manakala bagi kategori menengah rendah dimenangi oleh SMK Datuk Haji Razali Ismail sementara bagi kategori sekolah rendah disandang oleh Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang.TExMIC 2018 yang dianjurkan sejak 2011 bertujuan mewujudkan pemahaman teori matematik dalam kehidupan seharian, membina kemahiran berpasukan, berkomunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.Pada edisi kali ini, seramai 516 pelajar menyertai TExMIC dengan 100 daripadanya yang mewakili 25 pasukan berjaya mara ke peringkat akhir manakala bagi SYCC pula 30 orang.
23 Oct 18
609
Majlis Malam Amal Realisasi Hasrat Bina Surau SMA Sultan Ismail
Oleh:Sulaiman Hafizi Mohd RusliDUNGUN, 19 Oktober - Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Ismail berjaya mencapai sasaran kutipan RM50,000 sebagai sumbangan untuk pembinaan surau sekolah itu sempena majlis makan malam sambil beramal, baru-baru ini.Majlis julung kali itu dimeriahkan dengan sokongan kehadiran pemimpin nombor satu negeri, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang turut memberi sumbangan bagi menjayakan matlamat guru serta pelajar institusi pendidikan itu.Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd Ramli ketika menyampaikan ucapan penghargaan berkata, majlis itu untuk menjayakan pembinaan surau yang lebih selesa untuk kepentingan majlis ilmu dan ibadat warga sekolah berkenaan. "Kita mengharapkan majlis ini diberkati dan mendapat sumbangan yang lebih banyak dari warga Dungun bagi melancarkan lagi urusan pembinaannya."Penyertaan lebih kurang 50 meja yang menghasilkan sumbangan RM1,000 untuk setiap meja.Tahniah kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Alumni SMA Sultan Ismail Dungun yang telah menjayakan program ini dan mencapai jumlah sumbangan yang dikehendaki,"katanya di Dewan Arena Merdeka, di sini.Wan Hassan juga berharap agar majlis itu mendapat sokongan dan membuka mata semua pihak terutama warga Dungun sendiri untuk terus menyumbang bagi menjayakan matlamat sekali gus mengutip ganjaran pahala daripada amalan murni itu.
21 Oct 18
390
Pelajar AKMAL Cipta Sejarah Hafazan
Pelajar Hafizah Cemerlang, Engku Sofia Engku Saharuumnizam, 13, dari Teluk Kalung, Kemaman berjaya menghabiskan hafazannya dalam masa lima bulan 10 hariMARANG, 19 Oktober - Seorang pelajar tahfiz Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) Terengganu melakar sejarah manis tersendirinya, apabila berjaya menamatkan 30 juzuk hafazan al-Quran kurang dari tempoh satu tahun.Apa yang lebih membanggakan pihak pengasas dan pengurusan AKMAL Terengganu, apabila pelajar berkenaan berjaya menghabiskan hafalannya dalam tempoh lima bulan 10 hari sahaja.Pengasasnya, Husin Ismail berkata, sistem hafalan di AKMAL ini ‘target’ boleh tamat 30 juzuk al-Quran dalam tempoh satu tahun.“Sistem pengajian di AKMAL ini, pelajar yang berumur 10 hingga 12 tahun dari sekolah biasa (kerajaan), dia ‘berhenti’ (cuti) setahun untuk masuk kelas hafalan di sini.“Insya-Allah, dalam masa satu tahun pelajar tadi yang ada minat al-Quran boleh tamat 30 juzuk dan ini terbukti, ada (pelajar) boleh tamat dalam masa lima bulan 10 hari sahaja, alhamdulillah.“Apa yang penting, sokongan kuat dari ibu bapa bagi memberi semangat motivasi kepada anak-anak mereka,” ujarnya ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Pusat Pengajian Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) Terengganu, Kampung Tebakang, Alor Limbat pada 17 Oktober lalu.Pengasas AKMAL Terengganu, Husin Ismail berucap menyampaikan motivasinya kepada para pelajarKata Cikgu Husin, pengalaman beliau mendidik sembilan orang anak yang kesemuanya hafiz dan hafizah, mendorong inspirasi itu membuka kelas akademi tersebut.Pelajar terbabit, Engku Sofia Engku Saharuumnizam, 13, dari Teluk Kalung, Kemaman berjaya menghabiskan hafalannya dalam masa lima bulan 10 hari.“Saya masuk belajar ke sini (AKMAL) pada 1 Mei 2018 lalu dan tamat (hafizah) al-Quran ini pada 10 Oktober 2018.“Saya anak kelima dari lapan adik-beradik dan bercita-cita untuk menjadi seorang Ustazah Hafizah di masa akan datang, insya-Allah,” ujarnya.Menurut Sofia, dia suka belajar di akademi ini kerana seperti berada di rumah sendiri bersama kawan-kawan yang lain.Guru hafizah sepenuh masa mampu mendidik pelajarnya hafal 30 juzuk al-Quran setahunAKMAL Terengganu kini mempunyai pelajar seramai 21 orang terdiri dari 13 lelaki dan lapan perempuan, dengan tiga orang guru hafiz sepenuh masa.Setiap kelas hafazan terhad untuk lapan hingga 10 orang sahaja dan sesi pembelajaran antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.Apa yang menjadi kelainan di AKMAL ini, tidak ada hukuman fizikal kepada para pelajarnya yang buat salah serta melanggar peraturan. Namun, hukuman tetap ada tetapi dalam bentuk ilmiah.Pelajar yang buat kesalahan akan dikenakan denda tambah masa (hafalan) belajar dan denda menulis al-Quran atau tulisan jawi.Mengikut jadualnya, jam 8.00 hingga 8.45 setiap pagi adalah waktu motivasi. Jam 12.30 tengahari itu waktu wajib tidur setengah jam sebelum waktu Zohor dan tidur seawal jam 9.30 malam serta bangun awal untuk solat Subuh.
19 Oct 18
1117
Terengganu Destinasi Pelancongan Islamik - Dr Samsuri
Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu,Tun Baharom Tun Abdul Razak (kanan) menurunkan tandatangan aku janji sambil diperhatikan oleh Ustaz Sulaiman Sulong (tengah) dan Pengerusi Tourism Productivity Nexus, Uzaidi Udanis (kiri). KUALA TERENGGANU - Negeri Terengganu telah menerima anugerah ‘Islamic Quality Standard’ yang sekaligus diiktriraf sebagai destinasi mesra Muslim.Menteri Besarnya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, anugerah itu suatu pengiktirafan yang cukup membanggakan negeri dan rakyat Terengganu.“Saya sangat berbangga kerana Negeri Terengganu telah menerima anugerah itu daripada Universal Crescent Standard Centre dan Universiti Teknologi Mara.“Anugerah ini selari dengan usaha kerajaan negeri untuk menjenamakan semula Terengganu sebagai pusat pelancongan Islamik,” ujarnya.Teks ucapan Menteri Besar itu dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Sulaiman Sulong, ketika merasmikan Tourism Productivity Day dan Showcasing Tourism Products Terengganu, di Dewan Gamelan, Primula Hotel, Kuala Terengganu, hari ini (14 Oktober).Sehubungan itu, katanya Kerajaan Terengganu komited untuk terus mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama.Menurutnya, kerajaan negeri juga akan mempergiatkan usaha bagi memperbanyakkan produk pelancongan baharu serta menambahbaik produk-produk sedia ada.Katanya, produk pelancongan baharu seperti ‘Dapo Pata’ yang berkonsepkan ‘kitchen-by-the-beach’ mendapat sambutan baik dari para pelancong di Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu.“Promosi utama kerajaan negeri adalah melalui portal ‘Beautiful Terengganu’ yang mengandungi maklumat aset-aset pelancongan yang unik dari eko-pelancongan, kebudayaan dan warisan.“Antaranya pertama, Tasik Kenyir Terengganu mempunyai tasik terbesar dan tertinggi dengan pulau pedalaman terbanyak di Malaysia.“Kedua, Pulau Redang dan Pulau Perhentian merupakan antara pusat menyelam yang terbaik di dunia. “Ketiga, terdapat kawasan fosil zaman batu yang membuktikan penempatan zaman purba seawal 8,000 hingga 20,000 tahun yang lalu ditemui di Terengganu.“Dan keempat, Festival Peranakan tahunan yang memaparkan budaya dan keunikan masyarakat peranakan Cina Negeri Terengganu dikenali sebagai Festival Mek dan Awang, mulai tahun 2019,” jelasnya.Selain itu, katanya, kemudahan infrastruktur yang lebih berkesan akan terus diberi penekanan seperti memperbanyakkan jumlah penerbangan ke Terengganu.Dr Ahmad Samsuri berharap agar usaha-usaha penambahbaikan yang berterusan akan dapat menyumbang kepada sasaran pertumbuhan sektor pelancongan negara.“Kita (Terengganu) berharap akan dapat menyumbang kepada sasaran pertumbuhan sektor pelancongan negara iaitu seramai 30 juta kedatangan pelancong dan sejumlah RM100 bilion pendapatan pelancongan menjelang tahun 2020,” ujarnya.Oleh itu, katanya, kerajaan dan penggiat industri pelancongan perlu mengenal pasti dan mengambil peluang-peluang baharu bagi meningkatkan pertumbuhan sektor pelancongan.Beliau yakin dan percaya bahawa program ‘Showcasing Tourism Products’ ini adalah salah satu platform ke arah mencapai matlamat tersebut.
14 Oct 18
380
353 Pelatih AKT Berjaya Tamatkan Latihan
Prof. Dato' Dr. Sudin, Dato' Osman dan Mohd Zaid bergambar bersama sebahagian pelatih di Majlis Graduasi AKT Kali-5 di Dewan Serbaguna Perkaya Excellence Centre di Pulau Kerengga, Marang, hari ini.MARANG - Seramai 353 pelatih Akademi Kulinari Terengganu (AKT) berjaya menamatkan pengajian dalam bidang pembuatan kek dan kuih muih sejak akademi itu mula diperkenalkan pada 2012.Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), Prof. Dato’ Dr. Sudin Haron berkata, AKT yang menawarkan kursus kemahiran kepada anak-anak asnaf khususnya negeri ini turut bekerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan GiatMara.“YWM bersama pihak Maidam telah bekerjasama dengan GiatMara serta menyediakan tenaga pengajar, silibus latihan, persijilan dan juga elaun bulanan kepada pelatih.“Akademi ini telah berjaya menghasilkan seramai 353 graduan sejak beroperasi pada 2012 dan akan terus membantu anak-anak asnaf fakir miskin untuk lebih berjaya dan mengeluarkan keluarga daripada kepompong kemiskinan melalui latihan yang diberikan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Graduasi AKT Kali-5 di Dewan Serbaguna Perkaya Excellence Centre di Pulau Kerengga, Marang (14 Oktober).Turut hadir, Yang DiPertua Maidam, Dato’ Osman Muda dan Penolong Pengarah GiatMara Negeri Terengganu, Mohd Zaid Ab Razak.Pada majlis itu, seramai 34 orang pelatih bagi sesi ke-8 dan ke-9 tahun 2018 menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 di dalam bidang kemahiran Confectionary & Bakery.Katanya, matlamat AKT adalah untuk melihat anak-anak asnaf yang dilatih memiliki perniagaan sendiri dan menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi selain mendapat tempat dalam sektor pekerjaan berkaitan pembuatan kek dan kuih-muih termasuk di hotel-hotel seluruh negara.“Maidam sanggup keluarkan dana untuk membiayai anak-anak asnaf yang belajar di AKT selama enam bulan bagi setiap kemasukan.“Sehingga kini, anak-asnaf asnaf yang telah berjaya menamatkan pengajian telah ada yang membuka bisnes sendiri, melanjutkan pelajaran dan bekerja di hotel-hotel di bawah kelolaan YWM,” ujarnya.
14 Oct 18
542
Penganjur Akur Arahan Kerajaan
Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Ustaz Azmi Tengah.KUALA TERENGGANU - Penganjur Island Music Festival 2018 yang dibatalkan permohonannya oleh Kerajaan Negeri Terengganu, akur dengan arahan tersebut.Namun, tinjauan mendapati pihak penganjur meneruskan aktiviti sampingan lain yang hanya melibatkan orang bukan Islam.Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Ustaz Azmi Tengah berkata, kerajaan negeri telah melarang dengan tidak mengeluarkan permit dan penganjur juga ada menampal notis makluman pembatalan itu.“Pada hemat saya, penganjur akur dan oleh kerana tempahan bayaran (tiket) telah dibuat oleh peserta. Jadi, dibuat juga oleh penganjur secara tertutup dan khas kepada orang bukan Islam sahaja.“Meskipun ada rayuan, saya difahamkan Kerajaan Terengganu tetap berpegang kepada prinsip dan tidak membenarkan pesta itu diadakan.“Saya rasa tindakan kerajaan itu yang terbaik kerana kekal dengan prinsip yang halal dan haram itu nyata,” tegasnya ketika ditemui selepas membuat pemantauan itu di Long Beach, Pulau Redang, 13 Oktober lalu.Island Music Festival yang dijadualkan pada 12 hingga 14 Oktober 2018, telah mendapat kecaman rakyat Terengganu terutama netizen, apabila satu klip video iklan yang berunsur lucah diviralkan di media sosial.Ustaz Azmi turut menasihatkan pihak penganjur di masa akan datang sama ada dari dalam atau luar negeri agar mematuhi peraturannya.“Suka saya nasihatkan kepada penganjur sama ada dari dalam atau luar negeri Terengganu, supaya mematuhi peraturan yang berkuatkuasa dalam negeri ini, dengan dasar-dasar baru yang diambil dan dibuat untuk mengekang gejala sosial daripada terus berkembang di Negeri Terengganu. “Saya harap kerajaan negeri mempunyai suatu sikap yang tegas dengan tidak membenarkan apa jua bentuk pencabulan terhadap hak-hak Allah dalam perkara halal dan haram,” jelasnya.Menurutnya, pemantauan itu dibuat oleh Penguatkuasa Syariah Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus bersama Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).“Anggota-anggota yang kita bawa adalah untuk memastikan program itu tidak berjalan dan jika melibatkan orang-orang Islam, kita akan ambil tindakan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang.“Lebih 20 orang Penguatkuasa JHEAT bersama dengan Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus terlibat untuk operasi ini. Saya difahamkan, pihak polis dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pun ada sama,” jelasnya.Kata beliau, pihak penganjur juga telah menggerakkan para petugasnya sendiri agar tidak ada orang Islam yang terlibat dengan program tersebut.
13 Oct 18
243
Penguatkuasa Pantau Pulau Redang
Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah Negeri Terengganu, Nik Zulhaiza Ismail.KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu memandang serius agar gejala sosial dapat dibendung dengan menyekat sebarang aktiviti yang menjurus kepada kemaksiatan.Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah Negeri Terengganu, Nik Zulhaiza Ismail berkata, pemantauan pihak penguatkuasa syariah dibuat bagi membendung gejala tidak sihat di Pulau Redang.Katanya, pemantauan dibuat ekoran promosi yang dibuat oleh penganjur Island Music Festival di media sosial.“Pada malam ini, bahagian penguatkuasaan dengan kerjasama Unit Penguatkuasaan Daerah Kuala Terengganu seramai 24 orang telah datang ke Pulau Redang ini untuk membuat pemantauan ekoran promosi yang dibuat oleh penganjur Island Music Festival. “Hasil pemantauan ini, kita dapati tidak ada aktiviti yang diiklankan itu. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang akur dan patuh kepada arahan kerajaan negeri yang tidak membenarkan penganjuran ini dibuat. “Kerajaan negeri hari ini tidak mahu rakyatnya terlibat dengan aktiviti-aktiviti maksiat yang kita jangkakan, sekiranya aktiviti program itu diadakan sudah tentu ramai daripada orang-orang Islam sendiri terutama di kalangan belia akan turut serta berpesta,” ujarnya. Beliau berkata demikian selepas membuat pemantauan di lokasi Island Music Festival, Long Beach Pulau Redang, di sini, 13 Oktober lalu.Ketika ditanya, jika program itu diteruskan bagaimana tindakan pihak berkuasa agama, katanya terdapat dua peruntukan undang-undang berkait perkara tersebut.“Kita ada dua peruntukan, pertama di bawah Seksyen 22 iaitu meminum minuman yang memabukkan. Jika ada orang Islam yang minum minuman keras, kita akan buat tangkapan. “Kedua, kita lihat kepada pakaian yang tidak sopan dan peruntukan di bawah Seksyen 35. Mana-mana orang Islam yang memakai pakaian yang tidak sopan boleh diambil tindakan,” tegasnya. Namun, kata Nik Zulhaiza, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 hanya terpakai kepada orang Islam sahaja. Beliau mengingatkan pihak penganjur pada masa akan datang agar dapat membuat permohonan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jika mahu dibuat sebarang penganjuran hiburan.“Saya nasihatkan kepada mana-mana pihak yang hendak mengadakan apa-apa aktiviti dan program yang berbentuk hiburan, sama ada di pulau atau di mana-mana tempat di negeri Terengganu, perlu memohon kepada pihak PBT. Sekiranya permohonan ditolak, hendaklah akur,” ujarnya.
13 Oct 18
227
Madrasah Moden Maidam Tubuh PIBG Bukti Cakna
Ustaz Maliaman Kassim ketika berucap merasmikan Majlis Penubuhan PIBG buat julung kalinya Madrasah Moden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam), semalam (10 Oktober).Oleh: Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan yang penting dalam membantu pihak sekolah bagi meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Maliaman Kassim berkata, wujudnya persatuan ini memberi saham yang besar kepada sekolah."Setiap ibu bapa mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang tertentu, jadi menjadi satu kerugian sekiranya tidak memanfaatkan idea untuk meningkatkan prestasi sekolah," ujarnya.Menurutnya, PIBG berfungsi sebagai entiti utama yang membolehkan kelompok ibu bapa dan guru berkongsi pendapat serta maklumat dalam membantu pihak sekolah."Ianya penting dalam pembangunan modal insan dengan memberi tumpuan kepada aspek disiplin dan sahsiah untuk melahirkan generasi pelajar yang berkualiti dari segi rohani, jasmani serta intelektual."Marilah kita saling bekerjasama dalam satu organisasi dengan tujuan yang harmoni bagi melengkapi antara satu sama lain supaya kecemerlangan pelajar dapat dicipta," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penubuhan PIBG buat julung kalinya Madrasah Moden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam), semalam (10 Oktober).Ustaz Maliaman Kassim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil turut mengingatkan bahawa kejayaan pelajar tidak boleh diletakkan pada kecemerlangan akademik semata- mata."Walaupun anak-anak kita tidak cemerlang dalam akademik, janganlah membandingkan antara mereka, kerana nilai yang sebenar terletak pada akhlak" katanya.Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada PIBG yang banyak memberi sumbangan bagi pembangunan dan kemudahan madrasah tersebut.
11 Oct 18
356