Artikel "Pendidikan" Terkini
Dr Ahmad Samsuri Teruja Bertemu Pelajar
Dr Ahmad Samsuri (lima dari kanan) berkata sesuatu kepada pelajar Terengganu di London.Hubungan Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bukan sahaja akrab (dekat) dengan rakyat biasa tetapi juga dengan pelajar kerana beliau sendiri berasal dari tenaga akademik universiti dan pakar dalam bidang aeroangkasa.Beliau sangat teruja bertemu dengan pelajar universiti sama ada dalam mahupun luar negeri. Bila bertemu dengan mereka, nostalgia zaman menjadi pensyarah universiti akan kembali dirasainya sekaligus cukup gembira bertemu dengan mereka.Perkara ini pernah diluahkan beliau ketika bertemu dan berucap di hadapan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Nerus baru-baru ini.Begitulah apa yang berlaku ketika beliau mengadakan lawatan kerja ke United Kingdom, 5 November lalu. Dr Ahmad Samsuri bertemu mata dan beramah mesra dengan pelajar Malaysia khususnya anak-anak Terengganu di London."Komitmen dan perjuangan mereka menyambung pelajaran jauh di bumi asing dalam pelbagai bidang sememangnya diperlukan untuk bersama membantu pembangunan negeri ke arah yang lebih baik apabila mereka pulang nanti," tulis beliau di status Facebooknya mengulas pertemuan tersebut."Semoga semua berjaya dan menjadi permata buat keluarga, agama, bangsa dan tanah air tercinta," tulisnya lagi.
07 Nov 18
52
Realisasi Prinsip PITAS 2030 Melalui SRIDI
Ridzuan memberikan penerangan tentang SRIDI yang bakal memulakan operasi tahun depan.Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 7 November - Penubuhan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) merupakan salah satu agenda penting dalam merealisasikan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ridzuan Hashim berkata, prinsip kedua PITAS iaitu ‘insan berkualiti aset penting negeri’ hanya boleh direalisasikan melalui perubahan pada sistem pendidikan iaitu berlandaskan al- Quran dan as- Sunnah.“Justeru, pelaksanaan ini amat penting dalam mewujudkan modal insan berkualiti di semua peringkat bermula pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya pengajian tinggi.“Mewujudkan sekolah agama di setiap dun merupakan antara manifesto kerajaan negeri yang sedang dilaksanakan dan kita mengimpikan untuk mewujudkan institusi agama di peringkat negeri sebagaimana Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dahulu. Ridzuan bergambar bersama wakil i-MiTS, wakil JHEAT dan kakitangan pusat khidmat DUN.“InsyaAllah, usaha ini akan menjadi aset dan seterusnya memacu Negeri Terengganu dalam mencapai redha Allah”, katanya ketika berucap dalam Taklimat Penubuhan SRIDI oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Kampung Petai Bubus, semalam.Majlis tersebut dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Pusat Khidmat ADUN Buluh Gading itu turut dihadiri penolong Pesuruhjaya Pengurusan Akademik, Jabatan Hal Ehwal Negeri Terengganu, Mohd Hafiz Karim.Ridzuan yang juga ADUN Buluh Gading melahirkan kegembiraan kerana DUN Buluh Gading antara lima DUN yang terpilih sebagai perintis dalam perlaksanaan SRIDI. Sekolah itu dijangka akan memanfaatkan bangunan Kompleks Usahawan Terengganu (KUT) yang bernilai RM24 juta berikutan ia tidak digunakan sepenuhnya sejak siap dibina pada tahun 2013.
07 Nov 18
387
Terengganu Serap Kurikulum PASTI Ke Dalam Sukatan Taska
Ustaz Wan Sukairi menyampaikan sijil hafazan kepada anak-anak Taska yang berjaya.KUALA TERENGGANU, 6 November - Kerajaan Terengganu bercadang untuk memanfaatkan kurikulum terbaik dalam Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk diserapkan ke dalam Taska menjadi sukatan pembelajaran.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri tidak kisah (mengambil panduan) daripada sesiapa tapi PASTI adalah terbaik dan terbukti keberkesanannya.Sehubungan itu, modul kebangsaan yang digunakan taska terbabit akan ditambah baik dengan mengambil kira kurikulum yang sedia ada.“Kita tahu perkembangan semasa teknologi (maklumat) dan pembaharuan teknik-teknik (untuk menghasilkan) modul yang terbaik.“Ia akan diaplikasikan pada keseluruhan 166 buah taska dalam negeri Terengganu,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Hafaz Muqaddam dan Graduasi Kanak-kanak Taska Permata Keluarga Parlimen Kuala Terengganu 2018 di Dewan Besar Wisma Darul Iman, semalam.Seramai 211 orang anak-anak didik Taska Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) berjaya menghafal 23 surah daripada juzuk ‘amma’.Jumlah tersebut adalah daripada jumlah keseluruhan pelajar daripada sembilan buah Taska Permata di bawah seliaan YPK dalam parlimen Kuala Terengganu.“Di peringkat negeri Terengganu, kita telah berjaya mengeluarkan seramai 1,170 pelajar berumur tiga dan empat tahun di yang berjaya di peringkat hafazan mukaddam.“Saya juga suka menyatakan bahawa kerajaan negeri memberikan komitmen penuh terhadap usaha yang dilakukan oleh YPKT,” jelasnya.Dalam pada itu, menurutnya, komitmen kerajaan negeri menguruskan pengurusan taska tersebut akan diteruskan pada masa akan datang.Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim.
05 Nov 18
98
Terengganu Tanggung RM10 Juta Kos Pengurusan Taska Permata
Pendidikan adalah pelaburan bagi melahirkan generasi Islam yang kompeten pada masa depan.KUALA TERENGGANU, 6 November - Kerajaan Terengganu telah menanggung kos pengurusan Taska Permata sebanyak RM10 juta setahun ataupun 50% daripada keseluruhan kos perbelanjaan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia tidak termasuk kos pembaikan, penyelenggaraan bangunan taska dan peralatan serta permainan kanak-kanak.“Kerajaan (negeri) mementingkan kecemerlangan rakyat termasuklah pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini. “Pelaburan mesti dibuat bagi mendapatkan pulangan dalam bentuk modal insan yang cemerlang duniawi dan ukrawi,” tegasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hafaz Muqaddam dan Graduasi Kanak-kanak Taska Permata Keluarga Parlimen Kuala Terengganu 2018 di Dewan Besar Wisma Darul Iman, semalam.Dengan itu, katanya, generasi Islam yang berilmu, berakhlak dan bersahsiah ini diharapkan akan menyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan Terengganu pada masa akan datang.Sehubungan itu, beliau percaya kurikulum yang bersepadu dan seimbang mampu menggilap dan meningkatkan potensi kanak-kanak.“Terapkan nilai-nilai kerohanian dan sahsiah diri anak-anak kita di awal usia ini. Anak-anak yang mempunyai ciri-ciri yang soleh, pintar dan cemerlang ini sudah tentu didambakan oleh seluruh ibu bapa.“Hari ini Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) yang mempunyai 66 buah Taska Permata di seluruh negeri merupakan satu-satunya agensi kerajaan negeri yang terbesar di dalam negara ini yang melaksanakan perkhidmatan taska anak-anak berumur 4 tahun ke bawah,” ujarnya.Justeru, dengan penubuhan Taska-taska Permata YPK ini, ia memberi ruang kepada kanak-kanak di rumah, bagi memperolehi suatu bentuk asuhan dan pendidikan kanak-kanak yang formal, seimbang dan juga menyeronokkan melalui pusat-pusat berdaftar.
05 Nov 18
151
Solat Hajat Perdana Mohon Kelancaran Hadapi SPM
Oleh: Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN, 4 November - Tujuh sekolah di sekitar Chukai menyertai Solat Hajat Perdana Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai memohon kejayaan cemerlang dan kelancaran semua pelajar menghadapi peperiksaan awam itu tidak lama lagi.Majlis yang dilaksanakan di Masjid Sultan Ahmad, di sini, semalam melibatkan masyarakat setempat dan ibu bapa pelajar bermula pada jam 7.30 petang dan berakhir pada jam 9.30 malam. Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Idris Bidin, berkata majlis ilmu itu penting sebagai tempat pertemuan semua tenaga pendidik dan pelajar bersama ibu bapa sebelum anak-anak berdepan ujian penting dan kemuncak sepanjang menghabiskan masa di alam persekolahan."Bukan sahaja kita mahu pelajar mendapat kejayaan cemerlang, tetapi sebagai memohon dari Allah SWT supaya semua warga pendidik dan pelajar sentiasa selamat, dijauhi dari musibah serta menjadi umat Islam yang berguna kepada agama, bangsa dan juga negara."Pentingnya menjaga hubungan dengan Allah SWT dan berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat,"katanya dalam ucapan kuliah Maghrib beliau.Turut Hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Dr Megat Suhaimi Megat Idrus, Pembantu Penyelia Hal Ehwal Belia i-MiTS, Hamka Hashim dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat /Multimedia Baharu i-MiTS, Muhammad Azizi Zakaria.Sementara itu, Dr Megat berkata, majlis itu dapat merapatkan hubungan antara masyarakat sekitar dengan pihak sekolah, warga pendidik dan juga ibu bapa pelajar."Seterusnya, majlis ini secara tidak langsung dapat mendidik pelajar agar sentiasa bergantung kepada Allah SWT dalam semua urusan hidup,"ujarnya.Dr Megat berkata, majlis itu berjalan dengan lancar kerana mendapat kerjasama yang baik di kalangan AJK Masjid, para ibu bapa, para guru dan pelajar.Tambahnya lagi, semoga dengan terlaksananya program sebegini, pelajar akan sentiasa menghormati guru-guru dan mengenang jasa serta pengorbanan mereka dalam mendidik dan mengasuh pelajar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa serta negara.
03 Nov 18
93
JHEAT Mula Operasi SRIDI Januari Ini
Ustaz Satiful bersama sebahagian pelajar di Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan Al-Quran 2018 Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. KUALA TERENGGANU, 1 November - Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bakal memulakan operasi Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) mulai Januari ini untuk sesi persekolahan 2019.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, permohonan kemasukan untuk pendaftaran murid Tahun Satu di SRIDI mula dibuka hari ini (1 November) hingga 30 November depan.“Buat permulaan, SRIDI akan beroperasi di enam lokasi iaitu di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun; Ajil (Hulu Terengganu), Binjai Rendah (Marang), Manir (Kuala Nerus) serta Kampung Raja (Besut).“Dan Sekolah Rendah Agama Yayasan Islam Terengganu (SRAYIT) yang terletak di Losong (Kuala Terengganu) juga akan digabung jalinkan menggunakan modul yang sama dengan SRIDI,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan Al-Quran 2018 Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.Pada majlis itu, seramai 346 pelajar Tingkatan Lima diraikan selain pemberian insentif RM1,000 kepada 300 pelajar yang telah berjaya menghafaz 30 juzuk al Quran.Menurut beliau, pembukaan enam SRIDI merupakan langkah awal untuk menunaikan janji manifesto PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu yang mahu menawarkan SRIDI di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).“Selepas ini lebih banyak akan dibuka secara berperingkat termasuk Sekolah Menengah Islam di kawasan Parlimen pula," katanya.Katanya, buat permulaan setiap SRIDI akan dibuka sebanyak dua kelas memuatkan pelajar seramai 50 orang (25 orang satu kelas). “Waktu pembelajaran bermula dari pukul 8 pagi sehingga 4 petang.“Secara tidak langsung, sesi pembelajaran di SRIDI ini akan memudahkan ibu bapa yang bekerja untuk menguruskan rutin persekolahan anak-anak mereka," ujarnya.Katanya , kerajaan negeri mempelawa kanak-kanak yang dilahirkan pada tahun 2012 yang berdekatan dengan SRIDI tersebut agar segera membuat permohonan di Bahagian Pendidikan, Kompleks Seri Iman, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
31 Oct 18
595
Ilmu Hari Ini Untuk Bekalan Masa Depan
Ir Saiful mengucapkan tahniah dan bersalaman dengan Tokoh Pelajar 2018 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rasau Kerteh B5.Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN, 1 November - Ilmu yang diajar oleh guru di sekolah menjadi bekalan kepada pelajar bagi mematangkan diri dan mencari pengalaman untuk menghadapi pelajaran di peringkat lebih tinggi.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, bagi memastikan ilmu itu diberkati dan dapat dimanfaatkan dengan baik, pelajar perlu mengamalkan tiga perkara iaitu memanfaatkan masa, menjaga kesihatan serta tidak lupa sentiasa berdoa kepada Allah SWT."Gunakanlah masa berbaki ini dengan sebaik mungkin, jaga kesihatan diri serta jangan sesekali lupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah dan Insya-Allah, kita semua akan berjaya di dunia dan akhirat," katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi & Jamuan Akhir Tahun Pelajar Tingkatan 5, di Dewan Al-Ghazali, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rasau Kerteh B5, Kerteh, di sini, kelmarinIr Saiful berkata, di mana-mana sahaja manusia tanpa mengira tempat, usia dan latar kehidupan pasti berhadapan dengan cabaran, bagaimanapun perlu bijak mengawal diri supaya tidak terjerumus ke lembah hina.Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada tenaga pendidik di seluruh Terengganu kerana sentiasa dedikasi dan memberi komitmen untuk emmastikan Terengganu sentiasa unggul di bidang pendidikan dan setiap tahun dapat merekodkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam. Ir Saiful mengabdikan kenangan sejurus perasmian program dengan tenaga pengajar SMK Rasau Kerteh B5.
31 Oct 18
429
3 Tips Kejayaan Dalam Peperiksaan Awam
Haji Yahaya berucap mewakili Dr Ahmad Samsuri di Malam Restu Perdana di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus.KUALA NERUS, 31 Oktober - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyampaikan tiga pesanan termasuk manfaatkan masa terluang, jaga kesihatan dan pergantungan kepada Allah sebagai asas kejayaan pelajar dalam peperiksaan awam.Katanya, pelajar harus menggunakan masa yang ada sebelum tarikh peperiksaan untuk terus membuat ulangkaji dan membaca.Sementara ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka menjaga kesihatan diri agar tidak mengganggu konsentrasi (tumpuan) untuk ulangkaji pelajaran sebelum sampai waktu peperiksaan.Mereka juga katanya, perlu sentiasa meletakkan kebergantungan diri kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian peperiksaan terbabit.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Malam Restu Perdana di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, di sini, semalam.Teks ucapan beliau dibacakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali.Orang ramai solat hajat pohon kejayaan dari Allah bagi pelajar menghadapi peperiksaan SPM dan STPM.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Haji Satiful Bahri Mamat, Timbalannya, Ustaz Maliaman Kassim dan Pengarah Pendidikan Negeri, Haji Shafruddin Haji Ali Hussin.Majlis yang julung-julung kali diadakan secara besar-besaran, membabitkan seluruh rakyat Terengganu, dianjurkan bersama antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.Kira-kira 1,000 pelajar dan orang ramai mengadakan solat hajat di majlis tersebut sempena peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).Menurut laporan terkini Portal Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, sebanyak empat jenis peperiksaan telah selesai diadakan termasuk UPSR pada 20, 24 hingga 27 September yang lalu, PT3 pada 1 hingga 4 Oktober lalu, STAM pada 16 hingga 18 dan 22 hingga 23 Oktober lalu, sementara STPM (Penggal Kedua) pada 21 hingga 24 Mei lalu.Manakala peperiksaaan belum selesai ialah SPM bermula pada 13 November hingga 13 Disember ini dan STPM (Penggal Ketiga) bermula pada 13, 14, 15, 19 dan 21 November ini.
30 Oct 18
119
Abe Kemah, Mek Comel, Anok Jujuk Usaha Kerajaan Bentuk Keluarga Sejahtera
Mohd Nor Abdullah (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Khairiah Mokti (kanan).
KUALA TERENGGANU, 30 Oktober - Kerajaan Terengganu komited dalam usaha membentuk keluarga yang sihat sejahtera dan harmoni seiring dengan dasar Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) iaitu maju, berkat dan sejahtera.
Isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Terengganu dengan kerjasama kerajaan negeri telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program-program keibubapaan yang diharapkan dapat memberi impak kepada ibu bapa khususnya di negeri Terengganu.
"Setiap insan berkeinginan untuk membina keluarganya sendiri iaitu melalui sebuah perkahwinan. Pada asasnya, perkahwinan adalah sebahagian daripada fitrah manusia dan sebahagian daripada hukum Allah. Melalui perkahwinan ini, maka terbentuklah sebuah keluarga yang mana setiap pasangan tersebut mengimpikan sebuah keluarga yang dilengkapi zuriat yang sihat lagi menceriakan.
"Namun begitu, ketentuan Ilahi kadangkala mengatasi segalanya. Ada yang mudah mendapat zuriat dan ada yang terpaksa melalui pelbagai rintangan untuk memiliki zuriat. Usaha tanpa putus asa memungkinkan keajaiban berlaku selaras dengan doa pasangan tersebut kepada Yang Maha Esa.
"Dianggarkan sekitar 10 hingga 15 peratus pasangan di seluruh dunia menghadapi masalah untuk hamil. Isu subfertiliti pernah diketengahkan semasa International Conference on Population And Development (ICPD, 1994). Justeru dalam Program Tindakan ICPD, subfertiliti merupakan salah satu komponen penting dalam penjagaan kesihatan reproduktif dan isu subfertiliti ini perlu ditandatangani oleh semua negara," ujarnya.
Katanya, subfertiliti atau ketidaksuburan adalah sesuatu yang kompleks dan ianya dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti masalah berkaitan sistem reproduktif wanita atau lelaki. Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, obesiti, permakanan tak seimbang, pencemaran alam sekitar dan tekanan hidup merupakan antara pencetus kepada terjejasnya tahap kesuburan seseorang manusia.
"Penurunan kesuburan pada hari ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti melewatkan perkahwinan, peningkatan wanita dalam institusi pengajian tinggi dan pasaran pekerjaan serta peningkatan kos sara hidup yang tinggi antara punca utama pasangan melewatkan pembentukan keluarga dan menambah bilangan anak.
"Ini dibuktikan apabila penemuan utama Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) mendapati, tiga alasan utama mengapa penduduk bujang melewatkan perkahwinan adalah disebabkan oleh masalah kewangan, kesukaran mencari pasangan yang sesuai, dan kemajuan kerjaya," jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam teks yang dibacakan oleh Pegawai Khas Hal Ehwal Wanita kepada Menteri Besar, Hajah Khairiah Mokti dalam Program Terengganu Parenting Tour 2018 (TePaT) atau Jelajah Keibubapaan Terengganu 2018, Ilmu Keluarga@LPPKN "Abe Kemah, Mek Comel, Anok Jujuk" di Dewan Teater, Wisma Darul Iman, hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, menurutnya, dari segi pendidikan dan pekerjaan, pemanjangan tempoh pendidikan hingga ke tahap tertiari dan memberikan lebih tumpuan terhadap kemajuan kerjaya menjadikan wanita lebih cenderung untuk melewatkan perkahwinan.
"Menangguhkan perkahwinan secara langsung akan memendekkan tempoh umur reproduktif dan menyebabkan kadar kesuburan semakin menurun. Penurunan kadar kesuburan juga berkait rapat dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi dan cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa muda pada hari ini.
"Penemuan kajian Fertility at The Crossroad: Children Now, Later or Never yang dijalankan oleh LPPKN pada 2011 mendapati peningkatan kos pendidikan dan kedudukan kewangan semasa keluarga adalah antara faktor utama dalam menentukan keputusan isteri untuk menambah bilangan anak. Bagi ibu bapa muda pada hari ini, mempunyai anak bererti bersedia untuk menyediakan sumber kewangan yang mencukupi dari saat anak dilahirkan hingga tamat belajar di peringkat tertinggi.
"Oleh yang demikian, amatlah digalakkan pada mana-mana pasangan yang masih belum menimang cahaya mata untuk mencuba beberapa kaedah dan rawatan yang disediakan oleh Unit Perkhidmatan Klinikal Subfertiliti, Ibu Pejabat LPPKN, Kuala Lumpur atau mana-mana hospital atau pusat rawatan yang bertauliah sama ada di Negeri Terengganu atau di luar Negeri Terengganu," tambahnya.
Sementara itu, beliau juga mengharapkan supaya perubahan terhadap tahap kesejahteraan keluarga ke arah yang lebih baik dapat berjalan dengan baik.
"Saya ucapkan tahniah kepada LPPKN Negeri Terengganu, semua jabatan kerajaan serta individu yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakannya. Semoga usaha murni LPPKN Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu membina keluarga sejahtera di Malaysia amnya dan Terengganu khasnya mendapat barakah Ilahi," katanya.
Seramai kira-kira 210 peserta memeriahkan program tersebut.
Khairiah Mokti turut menyempurnakan gimik perasmian program tersebut.
Turut hadir, Pengarah LPPKN Terengganu, Muhamad Noh Abdullah, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Terengganu, Asma Mahiddin, Ketua Penolong Pengarah Kanan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Haji Gahfar Mamat dan Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Dr Nasuha Yaakob.
30 Oct 18
483
Majikan Disaran Sokong Amalan Penyusuan Ibu Di Terengganu
Tuan Faizah Tuan Ab Rahman. Foto ihsan - Media MB
KUALA TERENGGANU, 29 Oktober - Majikan disaran melaksanakan perlindungan materniti dari segi masa, ruang dan sokongan yang merupakan tiang asas kepada tempat kerja yang mesra penyusuan susu ibu dalam menyokong amalan penyusuan susu ibu di Negeri Terengganu.
Isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman berkata, keperluan pusat penjagaan anak yang berhampiran dengan tempat kerja, atau sekurang-kurangnya disediakan kemudahan untuk memerah dan menyimpan susu perahan termasuk persekitaran kerja perlu sentiasa bersih dan selamat daripada bahan kimia atau bahan buangan yang merbahaya kepada kesihatan mereka.
“Sebagai salah satu sokongan kepada para ibu, perlindungan materniti yang disediakan di tempat kerja perlu dimaklumkan kepada mereka termasuk maklumat mengenai penjagaan kesihatan semasa mengandung dan menyusukan bayi supaya mereka boleh bekerja dan menjaga bayi secara serentak tanpa menjejaskan prestasi kerja.
“Sikap positif terhadap penyusuan susu yang ditunjukkan oleh rakan sekerja, pihak atasan dan pihak pengurusan juga merupakan salah satu bentuk sokongan kepada ibu-ibu kerana mereka memerlukan keselamatan pekerjaan dan tidak didiskriminasikan atas sebab mereka adalah wanita, hamil, melahirkan anak dan mengamalkan penyusuan susu ibu,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Minggu Penyusuan Ibu Sedunia peringkat Negeri Terengganu 2018 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Haji Mohd Jusoh dan Pengerusi Puspanita Cawangan negeri, To’ Puan Hajah Kamsiah Dollah.
Tuan Faizah berkata, semua usaha dan sokongan ini secara tidak langsung akan meningkatkan produktiviti mereka dan akan menguntungkan semua pihak secara tidak langsung atas kebaikan yang diperolehi dari penyusuan susu ibu.
“Penyusuan susu ibu adalah langkah penyelesaian bagi menghindari masalah kelaparan dan ketidak seimbangan nutrisi bagi bagi bayi. Tanpa bebanan pendapatan keluarga, penyusuan merupakan kaedah pemakanan berkos rendah dan boleh menyumbang kepada pengurangan masalah kemiskinan dan ia bertepatan dengan tema pada tahun ini yang menekankan kepentingan untuk menghadapi kemelut ketidaksaksamaan secara global, kemiskinan dan kebolehdapatan asas makanan,” ujarnya.
Menurutnya lagi, anak-anak merupakan generasi masa hadapan negara dan makanan terbaik perlu diberikan kepada mereka sejak lahir lagi, iaitu susu ibu kerana ia dapat melindungi bayi daripada pelbagai penyakit semasa mereka masih kecil seperti risiko kegemukan, hiperkolesterolemia dan penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti diabetes jenis-2 dan hipertensi apabila dewasa.
“Maka sangat tepatlah polisi kerajaan yang menyatakan bahawa bayi harus disusukan dengan susu ibu sahaja, iaitu penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir sehingga berumur enam bulan, dan penyusuan susu ibu diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.
“Ini termasuklah usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya Jabatan Kesihatan Negeri dalam menyokong amalan penyusuan susu ibu di Terengganu iaitu Pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI) dan Inisiatif Klinik Rakan Bayi (KRB) yang bertujuan membantu para ibu memulakan penyusuan susu ibu semasa di hospital dan semasa mendapatkan penjagaan lanjut di klinik klinik kesihatan selepas bersalin.
“Inisiatif ini telah dimulakan semenjak 1993, dan sehingga kini terdapat enam buah hospital di Negeri Terengganu yang telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi, dan semua klinik kesihatan dalam Negeri Terengganu telah menjalankan perkhidmatan Klinik Rakan Bayi menggalakkan penyusuan susu ibu,” ujarnya.
29 Oct 18
106