lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Empty Image
Didikan Awal Berteraskan Islam
Oleh : Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU, 12 November - Didikan anak- anak mestilah dipupuk dengan pendidikan yang berteraskan Islam dari kecil lagi supaya tidak terpengaruh dengan anasir- anasir yang tidak sihat.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr Mamad Puteh berkata, pendidikan pada peringkat awal sangat penting dalam mencorak kehidupan mereka untuk memilih jalan kebenaran."Anak adalah amanah dari Allah SWT untuk kita jaga supaya menjadi orang yang bertanggungjawab apabila dewasa serta boleh menjaga agama Islam ini dengan baik."Mendidik anak- anak ini memerlukan sifat kesabaran yang tinggi dalam diri ibu bapa, guru dan masyarakat. Tambahan pula keadaan telah berubah dengan ketidaktentuan masalah sosial dan moral yang melanda masyarakat hari ini,"katanya.Dr Mamad berkata demikian ketika merasmikan sambutan jubli perak dan anugerah kecemerlangan Pusat Asuhan Tunas Iman (Pasti) di Kompleks Perkedaian Ajil, semalam.Beliau juga mengucapkan tahniah kepada kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) (DUN) Ajil dan ahli jawatankuasa pelaksana kerana melihat penglibatan ramai masyarakat dalam program itu."Tahniah dan syabas kepada DUN Ajil kerana dapat menyambut Hari Jubli Perak yang mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai di sini.Katanya lagi, untuk mentadbir dan menjaga sesebuah Pasti tidak mudah kerana memerlukan kerjasama tenaga dan penggerak yang kuat dalam PAS itu sendiri, cawangan serta DUN.Menurut beliau lagi, ia dapat dibuktikan di DUN Ajil sendiri yang lebih 30 tahun mempunyai tiga buah Pasti iaitu Pasti Khairiah, Pasti Annur dan Pasti Tunas Iman dengan  10 orang guru serta 159 graduasi, kelmarin."Keadaan Ini menunjukkan keterbukaan dan keyakinan masyarakat menghantar anak- anak mereka untuk belajar di Pasti,"katanya.Pengarah Program, Mohd Zaharudin Sudin berkata, program itu akan diteruskan kerana mendapat penyertaan ramai masyarakat sekitar."Alhamdulillah majlis ini dimeriahkan dengan masyarakat yang turut serta melalui jualan `car boot sale' yang melibatkan lebih 30 tapak niaga."Apa yang kami harapkan mesej akan dapat disampaikan kepada masyarakat melalui aktiviti dan program yang dilakukan," katanya.
11 Nov 18
158
Empty Image
MB Terengganu Beri Semangat Kepada Calon SPM & STPM
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Foto - Tengku Syamim Tengku IsmailKUALA TERENGGANU, 12 November - "Semoga dikurniakan kejayaan yang cemerlang," itu kata-kata semangat dan doa yang dititipkan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) 2018 yang bakal menduduki peperiksaan pada bulan November ini.Beliau mengharapkan supaya calon-calon SPM dan STPM di seluruh Malaysia dan Terengganu khususnya dapat menghadapi peperiksaan dengan hati yang tenang dan tenteram."Yakinlah anak-anak semua pada diri sendiri dan berdoalah kepada Allah SWT agar dapat menjawab soalan dengan sempurna dan tepat," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam ucapan yang disampaikan khas kepada calon SPM dan STPM 2018 melalui video yang dimuat naik di Facebooknya , semalam.Dalam tumpuan sama, Dr Samsuri sempat memberi nasihat agar menjadikan peperiksaan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan kemampuan diri."Anggaplah peperiksaan adalah satu kaedah membina diri kita, melakukan muhasabah dan cara untuk menambah baik kemampuan diri kita secara berterusan."Tidak lupa juga, kepada guru-guru dan ibu bapa, berikanlah kasih sayang dan dorongan berterusan kepada pelajar dan anak-anak agar mereka mempunyai keyakinan untuk menghadapi peperiksaan dengan jaya insya-Allah," tambahnya.Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan bermula daripada 13 November hingga 13 Disember ini.Seramai 421,706 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu tahun ini di 3,308 pusat peperiksaan di seluruh negara.Calon diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.
11 Nov 18
182
Empty Image
UMT Tawar Tiga Program Pengajian Baharu Sesi 2019/2020
Naib Cancelor UMT, Prof Dato’ Dr. Nor Aieni MokhtarKUALA NERUS, 12 November- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan memperkenalkan tiga program baharu pada sesi 2019/2020 dalam usaha melonjakkan nama universiti tersohor negara itu di persada antarabangsa. Naib Cancelor UMT, Prof Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, tiga program berkenaan adalah Sarjana Sains (Forensik Alam Sekitar), Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih) dan Sarjana Muda Sains (Geosains Marin) yang pertama diperkenalkan di Malaysia dan hanya di UMT.“Program yang ditawarkan ini seiring dengan kehendak Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) dan mod pengajian tersebut mempunyai penglibatan industri dan merupakan bidang yang diperlukan bagi pasaran kerja masa kini.“Pengambilan pertama bagi Sarjana Sains (Forensik Alam Sekitar) dibuka kepada 20 pelajar untuk mengikuti pengajian selama setahun setengah dan dua lagi program dibuka kepada 40 pelajar yang akan melibatkan tempoh pengajian selama tiga tahun setengah,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke-16 di Dewan Sultan Mizan, di sini, semalam.Majlis pembukaan konvokesyen disempurnakan Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman.Seramai 2,970 graduan membabitkan enam fakulti diraikan pada istiadat konvokesyen kali ini yang berlangsung selama tiga hari sehingga 13 November ini.
11 Nov 18
119
Empty Image
Restu Ibu, Disiplin Diri Jadi Tonggak Kejayaan
Dua penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Mohammad Asyraf Adhwa Masimen(kanan) dan Foo Tzen Yoong, KUALA NERUS, 11 November - Disiplin membahagikan masa serta memohon restu ibu dan keluarga adalah kunci utama kejayaan seorang penerima Anugerah Pelajaran DiRaja, Mohammad Asyraf Adhwa Masimen, 22, pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu(UMT) kali ke-16, di sini.Anak sulung dari dua beradik yang berasal dari Gemencih, Negeri Sembilan, Mohammad Asyraf berkata, restu seorang ibu menjadi kunci utama kejayaannya selain berpegang kepada prinsip hidup tidak sekali lupa kepada Allah SWT  dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.Mohammad Asyraf Adhwa Masimen“Selain itu, amalan yang wajib apabila ke kuliah, saya akan tulis kembali apa yang pensyarah sampaikan pada hari berkenaan untuk rujukan tambahan.“InsyaAllah selepas kejayaan hari ini, saya akan teruskan untuk menyambung pelajaran saya dalam bidang sarjana pada bulan Februari tahun hadapan untuk mencapai cita-cita saya sebagai ahli saintis yang berjaya dan kembali mendidik anak-anak muda di negara ini,”ujarnya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kali ke-16, di Dewan Sultan Mizan, hari ini.Foo Tzen Yoong, Seorang lagi penerima Anugerah Pelajaran Diraja, penuntut Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam), Foo Tzen Yoong, 23 yang berasal dari Sri Petaling, Kuala Lumpur yang juga memperolehi Anugerah Sijil Kepujian Dekan selama enam semester berturut-turut.Anak ketiga dari empat beradik ini tidak meletakkan syarat untuk menjadi cemerlang melalui akademik sahaja tetapi perlu aktif dalam persatuan, sukan dan sebagainya“Akademik perlu cemerlang dan saya lakukannya dengan hadir kuliah setiap masa, buat ulangkaji dan perbincangan bersama kawan malah saya juga aktif dalam maraton dan pernah mewakili UMT ke peringkat antarabangsa.“Lepas ni saya nak sambung belajar ke peringkat Doktor Falsafah dan kembali sebagai pensyarah di UMT untuk berbakti kepada penuntut-penuntut di sini,”ujarnya lagi.Beliau mewakili Pusat Pengajian Pembangunan Sosial Dan Ekonomi (PPPSE) dalam pertandingan Trisakti Economics & Business Fair and Competition di Jakarta, Indonesia pada 2017 dan menyertai Program Mini Conference On Social Science (Global Discovery Programme UBD-UMT) di Universiti Brunei Darus Salam pada Disember 2017.Anugerah Pelajaran Diraja dikurniakan kepada siswa yang menunjukan kecemerlangan pada bidang akademik, kegiatan kokurikulum serta mempunyai ciri-ciri kempimpinan dan sifat- sifat keperibadian yang tinggi malah sedia menyumbang bakti kepada masyarakat.Seramai 2,970 graduan diraikan pada istiadat konvokesyen kali ini yang berlangsung hari ini hingga Selasa ini.
11 Nov 18
495
Empty Image
TATiUC Terus Relevan
Ustaz Satiful Bahri berucap di Majlis Konvokesyen TATIUC Kali Ke-12 semalam. Foto - Mohd LukmanKEMAMAN, 12 November - Dalam 25 tahun usia kematangan, Tati University College (TATiUC) dilihat terus relevan dalam menyediakan program pengajian berasaskan teknologi. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri,  Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, program yang berasaskan latihan pendidikan teknikal dan vokesional itu merupakan program yang menepati kehendak revolusi perindustrian 4.0.Katanya,  TATIUC yang ditubuhkan di bawah Tabung Amanah Warisan (TAW) dilihat mampu memainkan peranan signifikan dalam merealisasikan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030.Ustaz Satiful Bahri (dua dari kanan) sertai perarakan masuk Majlis Konvokesyen TATIUC Kali Ke-12."Ia bertujuan melahirkan insan yang berkualiti serta aset terpenting negara," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Konvokesyen TATiUC Kali Ke 12 di Teluk Kalong, di sini semalam. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang,  Alias Harun,  ADUN Kemasik,  Ir Saiful Azmi Suhaili, Cancelor TATiUC,  Tan Sri Wan Abdul Rahman Wan Yaacob dan Rektor TATIUC,  Prof Dr Anuar Ahmad. Katanya, siri kejayaan TATiUC dalam bidang penyelidikan inovasi dan keterampilan mahasiswa sesungguhnya membuktikan universiti kolej itu berada di landasan yang betul.Para graduan TATIUC hadapi Revolusi Industri 4.0.Beliau percaya kaedah pengajaran yang diterapkan di TATiUC yang berasaskan kemahiran bukan sahaja mampu menyumbang secara signifikan kepada masyarakat dan pembangunan negara, bahkan hasrat itu begitu ampuh untuk berhadapan dengan cabaran revolusi industri 4.0."Saya yakin graduan TATiUC telah bersedia untuk menghadapi impak revolusi ini dan mereka akan lebih maju dalam menangani dan mengatasi perubahan teknologi," ujarnya lagi. Kira-kira 467 graduan TATiUC diraikan dalam majlis gilang gemilang itu. 
11 Nov 18
184
Empty Image
UMT Disaran Jalin Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri Dalam Program Kelestarian
Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman.Foto oleh:Tengku SyamimKUALA NERUS, 11 November - Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah menyarankan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri dalam melaksanakan program-program kelestarian pengurusan sumber protein marin.Baginda turut menzahirkan supaya pihak pengurusan universiti meneruskan usaha menjalankan penyelidikan dan membantu komuniti dalam konservasi sumber makanan, khususnya dalam komuniti nelayan.Titahnya lagi, ianya adalah selari dengan slogan UMT iaitu 'Terokaan Seluas Lautan, Demi Kelestarian Sejagat'."Beta berharap usaha dipergiatkan untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran marin kepada mereka supaya kepupusan sumber marin tidak berlaku lagi."Oleh itu. beta menyeru agar semua pihak memberikan sokongan padu untuk meneruskan usaha yang dilaksanakan oleh universiti dan diteruskan bagi manfaat bersama," titah Sultanah Terengganu.Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Majlis Konvokesyen UMT Kali Ke-16 di Dewan Sultan Mizan, di sini, hari ini.Titah ucapan baginda dibacakan oleh Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman.Baginda yang juga Canselor UMT turut bertitah supaya pihak universiti memperkasakan lagi penyelidikan dalam bidang perikanan dan penerokaan lautan termasuk mempertingkatkan penyelidikan dalam penanaman makanan buah-buahan dan sayur-sayuran.Dalam pada itu, baginda turut menyeru agar UMT dapat bergerak bersama-sama rakan penyelidik ASEAN  dan antarabangsa  bagi memperkasakan lagi imej dan reputasi universiti dalam konservasi  hidupan laut yang terancam."Ini sekaligus menjadikan UMT sebagai hab rujukan bagi ilmu berkaitan koservasi dan biologi penyu di rantau ini,"titah baginda lagi.Dalam pada itu, seramai 195 graduan dianugerahkan ijazah doktor falsafah termasuk sarjana, sarjana muda (2,647) dan diploma (128) pada tahun ini.
11 Nov 18
223
Empty Image
Pelajar Perlu Manfaat Masa Sertai Program Komuniti
Azbi memasang plak sebagai simbolik merasmikan  Majlis Penutup Program Khidmat Komuniti Kolej Vokasional Besut yang bertempat di Masjid Kampung Air Terjun, Kuala Besut.Oleh : Saifullah JusohBESUT, 11 November - Pelajar perlu memanfaatkan masa dengan menyertai program bersama masyarakat sekeliling sebagai mengimbangi keperluan fardu ain dan fardu kifayah dalam kehidupan seharian.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, pelajar perlulah menggunakan masa muda ini untuk berkhidmat kepada komuniti yang mampu menjadi antara jihad dalam agama Islam."Selain berusaha untuk mencapai kejayaan dalam akademik, para pelajar juga perlu menitik beratkan tentang ilmu agama. Hal ini kerana dengan adanya ilmu ataupun asas-asas agama dalam diri, pelajar tidak akan mudah terjerumus dalam perkara-perkara yang mendatangkan mudarat kepada diri dan masyarakat,"katanya.Beliau berkata ketika berucap dalam Majlis Penutup Program Khidmat Komuniti Kolej Vokasional Besut yang bertempat di Masjid Kampung Air Terjun, Kuala Besut, di sini, semalam.Turut hadir dalam program itu, Pengarah Kolej Vokasional Besut, Abdullah Zawawi Yahya, Pegawai Khas Penyelaras DUN Kuala Besut, Mohd Sulaiman, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Air Terjun, Nik Ma Nik Adek dan Pengerusi MPKK Sri Penag,a Nik Amri Abdullah.Program sehari itu anjuran Kolej Vokasional Besut dengan kerjasama pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Air Terjun dan Kampung Sri Penaga.
10 Nov 18
110
Empty Image
TRENGLISH Tingkat Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar Terengganu - MB
Dato' A Rahman Yahya (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta terbaik MTC. Foto - Hishamuddin AbdullahKUALA TERENGGANU, 10 November - Kerajaan Terengganu menyokong usaha semua pihak dalam melahirkan pelajar Terengganu yang boleh menguasai pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, program Mega TRENGLISH Camp (MTC) seumpamanya bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan pelbagai aktiviti Bahasa Inggeris."Ianya berkonsepkan pembelajaran luar bilik darjah dan aktiviti-aktiviti yang diselitkan menekankan kemahiran komunikasi," ujarnya.Katanya, salah satu rahsia untuk mencapai kejayaan terletak pada "komunikasi" dan ianya memainkan peranan yang besar dalam masyarakat pada hari ini."Bahasa yang paling banyak digunakan di luar sana tanpa ragu-ragu, pastinya bahasa Inggeris," jelasnya.Beliau berkata demikian dalam teks yang dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Dato' A Rahman Yahya ketika mewakilinya merasmikan Majlis Penutup MTC 2018 di Dewan Gamelan, Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.Program tersebut merupakan usahasama antara kerajaan negeri dan Yayasan Terengganu serta Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang ditaja oleh PETRONAS."Tahniah kepada PETRONAS sebagai salah satu penyumbang terbesar dalam MTC dan sokongan berterusan yang diberikan sepanjang empat tahun program ini dijalankan."Saya difahamkan, PETRONAS telah menyumbang kira-kira RM600,000 setiap tahun," kata beliau.Program TRENGLISH telah berjalan selama lima tahun, bermula dari tahun 2014 hingga 2018 dan MTC adalah acara kemuncak kepada program itu.Bertemakan "Igniting The Spirit Of Success" (Nyalakan Semangat Kejayaan), program ini telah mengumpulkan seramai 240 pelajar tingkatan empat dan tiga dari 40 buah sekolah TRENGLISH di seluruh Terengganu.Turut diadakan beberapa persembahan menarik daripada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Badak, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang dan sebagainya.Hadir sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin, Pengarah Yayasan Terengganu, Haji Hishamudin Hashim, Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Pantai Timur, Haji Wan Mohd Hasnan Abdullah.
09 Nov 18
364
Empty Image
Hampir 9,000 Kanak-Kanak YPKT Hafaz Muqaddam Sejak 2007
Dr Mamad menyampaikan sijil kepada peserta Program Hafaz Muqaddam.HULU TERENGGANU, 8 November - Terengganu berjaya merekodkan hampir 9,000 kanak-kanak yang  berjaya menghafaz 23 surah lazim sejak Program Hafaz Muqaddam diperkenalkan 12 tahun lalu.Manakala pada tahun ini, program yang diselaraskan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) itu meraikan seramai 1,170 kanak-kanak berumur empat tahun di seluruh Terengganu.Jumlah itu termasuk 98 kanak-kanak dari Parlimen Hulu Terengganu yang diraikan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh di Dewan Sivik, Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.Hadir sama Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa.Mereka terpilih berdasarkan kemampuan dan memenuhi syarat yang ditetapkan.Dr Mamad berkata, program hafazan ini bertujuan untuk menanam rasa cinta kepada al-Quran dan ke arah pembentukan akhlak mulia dalam diri anak-anak sejak awal usia.“Aktiviti pembelanjaran seperti menghafaz dan mengingat secara berulang-ulang, secara tidak langsung akan meningkatkan kognitif, daya dan proses berfikir di kalangan kanak-kanak," katanya.Menurutnya, untuk melaksanakan program itu, kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM20 juta setahun untuk kos pengurusan dan operasi taska di seluruh negeri."Manakala kutipan yuran adalah kira-kira RM10 juta bagi tempoh sama."Ini menunjukkan kerajaan perlu menanggung kos pengurusan sebanyak RM10 juta setahun iaitu kira-kira 50 peratus daripada kos perbelanjaan tidak termasuk kos pembaikian, penyelenggaraan bangunan taska dan peralatan permainan," katanya.
07 Nov 18
139
Empty Image
2,039 Murid Diraikan Dalam Majlis Al-Dirasah Prasekolah
Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah JPNT, Rosli Chik (tengah) menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar prasekolah.KUALA TERENGGANU, 8 November - Seramai 2,039 murid prasekolah diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Daripada jumlah itu, 1,114 orang adalah murid prasekolah dari daerah Kuala Terengganu dan bakinya pula dari Kuala Nerus yang melibatkan 925 murid.Majlis Khatam Al-Dirasah Prasekolah 2018 itu dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan (JPNT) Kuala Terengganu, Rosli Chik yang mewakili Pengarah JPNT, Shafruddin Ali Hussin.Turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Jelani Sulong.Majlis itu dilihat seakan-akan menyerupai konvokesyen universiti dengan semua muridnya memakai jubah mengikut warna sekolah masing-masing yang dibahagikan kepada tiga sesi.Berucap pada majlis itu, Rosli berkata, ianya diadakan bertujuan untuk mengiktiraf murid-murid terbabit yang berjaya menamatkan pembelajaran mereka di peringkat prasekolah.“Di samping memberi pengiktirafan terhadap kecemerlangan murid, secara tidak langsung ianya membuka ruang dan peluang kepada semua murid untuk terlibat aktif,” ujarnya.
07 Nov 18
408