Artikel "Pendidikan" Terkini
SMA Terengganu Perlu Diperkasa
Ustaz Satiful Bahri Mamat beramah mesra dengan penerima Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Agama Terengganu.Oleh: Muhd LukmanKUALA TERENGGANU, 13 November - Para guru perlu memainkan peranan penting dalam memperkasakan Sekolah Menengah Agama di negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, peranan guru amat penting dan sejajar dengan peningkatan dan pencapaian Sekolah Menengah Agama hari ini."Para guru mestilah mempertingkatkan kemahiran bukan hanya dari segi penguasaan bahasa malah teknik pengajaran bagi melahirkan pelajar yang lebih kompeten dan kompetitif."Mereka juga mestilah sanggup menghadapi cabaran baru dalam dunia pendidikan yang sentiasa berubah dan semakin mencabar dalam membina diri dan menguasai bidang ilmu seterusnya melahirkan bangsa melayu Islam yang maju sepanjang zaman," katanya.Menurutnya, para guru juga harus menepis tohmahan negatif daripada masyarakat."Hasrat kita supaya mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan khususnya bidang agama supaya dapat terus menangkis usaha luar untuk berfikir secara negatif terhadap golongan agamawan.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Agama Terengganu bertempat di Dewan Auditorium Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, semalam.Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka turut mengingatkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan urustadbir sekolah dan guru-guru perlu disemai."Elemen kreativiti dan inovasi ini penting dalam mengiktiraf kemampuan berfikir untuk melahirkan insan cemerlang dan bersahsiah mulia.Beliau juga berharap pihak sekolah sentiasa bekerja keras dan mempersiapkan diri untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum malahan dalam semua bidang yang melonjakkan nama Sekolah Menengah Agama di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.Beliau turut merakamkan ucapan tahniah serta menyampaikan hadiah kepada pihak sekolah, guru-guru dan para pelajar yang memenangi anugerah.Johan keseluruhan Pertandingan Pengurusan Iklim Sekolah Menengah Agama (SMA) disandang oleh SMA Setiu yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM2000 beserta piala.Manakala naib johan dimenangi oleh SMA Mahmudiah dengan wang tunai bernilai RM1,500 dan tempat ketiga diraih oleh SMA Ittifaqiah dengan wang tunai sebanyak RM1,000.Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Bahagian Hal Ehwal Islam, Mohd Azam Awi, Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Pendidikan, Haji Lothman Awang, Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Agama, guru-guru dan para pelajar.
13 Nov 18
265
NGO Generasi Felda Bangkit, Pertahankan Kerajaan Terengganu
Oleh : Adli MohamadKUALA TERENGGANU, 12 November- Badan Bukan Kerajaan( NGO) Generasi akan mula bangkit melakukan anjakan paradigma bertujuan mempertahankan kerajaan Terengganu kini di bawah kepimpinan Pas.Pegawai Kanan Khas Menteri Besar, Bahagian Penyelidikan Tanah Persekutuan, Naraza Muda berkata generasi akan dipastikan wujud di seluruh Felda dan Felcra agar dapat berfungsi membantu kerajaan Terengganu.Menurut beliau antara langkah awal menubuhkan skuad banjir bagi dalam kesiapsiagaan menghadapi musim tengkujuh."Selain itu bagi memastikan peranan kita lebih dominan dan kompeten untuk berfungsi di dalam masyarakat, selain akan menjalinkan hubungan yang baik dengan Felda Wilayah."Di samping itu kita akan sering mengadakan pertemuan dengan Majlis Belia Felda Malaysia bagi mewujudkan perhubungan yang baik bagi menyelesaikan segala permasalahan Felda," ujarnya yang juga merupakan pengerusi Generasi Terengganu.Beliau berkata demikian, ketika berucap didalam Mesyuarat NGO Generasi, di Wisma Darul Iman, di siniMengulas mengenai kediaman dan isu Rancangan Tanah berkelompok di Felda dan Felcra beliau yakin ianya dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri, dan akan turut berunding dengan kerajaan persekutuan."Kita akan menyibukkan wakil rakyat, ataupun penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai Felda di DUN berkenaan," jelasnya.
13 Nov 18
58
Kerajaan Negeri Sedia Timbang Bajet Tubuh Taska Permata Baharu
Dr. Alias Razak.KUALA NERUS, 13 November - Kerajaan negeri bersedia menimbangkan peruntukan tambahan bagi penubuhan premis baharu Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) Permata Keluarga di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sekiranya ada keperluan daripada pihak jabatan berkenaan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, perkara itu akan dipertimbangkan kerana permintaan untuk kemudahan taska ini sentiasa meningkat mengikut keperluan semasa dan penubuhannya yang lebih selamat mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan."Permintaan terhadap kemudahan taska akan meningkat dari tahun ke tahun, jadi, dari segi perincian tentang berapa bilangan yang diperlukan mengikut Parlimen, kita serah kepada YPK untuk buat kajian. "Kerajaan negeri sentiasa menyokong Taska Permata Keluarga dan jika ada keperluan kita akan berusaha dapatkan bajet tambahan. Walaupun pendidikan penting tetapi keselamatan lokasi juga sama mustahak," katanya.Dr Alias berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Hafaz Muqaddam Taska Permata YPK Kuala Nerus di Dewan Serbaguna Tok Jembal, Kuala Nerus di sini, hari ini.Turut hadir, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Mohd Shafaruddin Mustaffa dan Pengawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Haji Mohd Fazil Wahab.Seramai 213 kanak-kanak berusia empat tahun daripada sembilan Taska Permata Keluarga di parlimen ini diraikan dalam majlis graduasi itu apabila berjaya menghafaz 23 surah lazim.Sementara itu, beliau turut mengulas keselamatan taska yang mana YPKT mempunyai SOP yang perlu dipatuhi untuk memastikan keselamatan anak-anak yang dihantar ke taska terjamin dalam banyak aspek.Jelasnya, YPKT membuat pemeriksaan berkala mengikut prosedur mereka ke atas taska-taska ini yang merupakan salah satu rutin pihak mereka bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti dengan setakat ini tiada sebarang laporan atau aduan berhubung penganiayaan terhadap kanak-kanak.“YPKT ada menjalankan pemeriksaan berkala dan pemeriksaan mengejut ke taska-taska bagi memastikan taska yang dikendalikan mematuhi syarat-syarat yang digariskan dalam akta dan peraturan serta kita ada pemantauan dengan CCTV di sesetengah taska.“Guru-guru yang terlatih dan mempunyai kelulusan ijazah merupakan salah satu kriteria dalam pengambilan guru di samping mempunyai minat dalam bidang ini termasuk latihan secara menyeluruh supaya guru-guru ini mempunyai disiplin dan sentiasa mematuhi arahan dari semasa ke semasa," ujarnya lagi.Program tradisi tahunan itu secara keseluruhannya disertai seramai 1,170 kanak-kanak di seluruh negeri yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai pengajian al-Quran di samping memupuk minat dan kecintaan dalam usaha membudayakan al-Quran.
13 Nov 18
122
MB Terengganu Beri Inspirasi Hari Pertama SPM & STPM
Dr Ahmad Samsuri (tengah) beramah mesra dengan calon SPM dan STPM 2018. Foto - Hishamuddin AbdullahMARANG, 13 November - Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turun padang hari ini bertemu dan memberi semangat kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) 2018.Beliau mengharapkan supaya calon-calon SPM dan STPM di seluruh Malaysia dan Terengganu khususnya dapat menghadapi peperiksaan dengan hati yang tenang dan tenteram."Yakinlah anak-anak semua pada diri sendiri, jangan lemah semangat dan berdoalah kepada Allah SWT agar dapat menjawab soalan dengan sempurna dan tepat."Hari ini adalah permulaan untuk perjalanan yang masih panjang. Dengan jiwa muda yang ada, kamu mesti bersemangat untuk capai yang terbaik."Segala kerja kuat, tak tidur malam akan dibayar bermula hari ini. Kalau rasa 'blank', tarik nafas dan selawat supaya dikuatkan ingatan insya-Allah," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan calon-calon SPM dan STPM 2018 Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara, hari ini.Dalam tumpuan sama, Dr Samsuri sempat memberi nasihat agar menjaga kesihatan, makan minum dan keselamatan masing-masing."Elakkan bermain di tempat berisiko dan berbahaya, lebih-lebih lagi pada waktu kritikal musim tengkujuh ini."Tidak lupa kepada guru-guru, saya hargai sokongan yang diberikan dengan pelbagai cara diusahakan demi kecemerlangan pelajar. Bahkan kepada ibu bapa yang banyak berkorban untuk kejayaan anak-anak."Insya-Allah, kita harapkan Terengganu akan kekal cemerlang," tambahnya.Seramai 212 corang murid Tingkatan 5 SMK Tengku Lela Segara menduduki peperiksaan SPM bermula pada hari ini.Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar cemerlang percubaan SPM 2018 SMK Tengku Lela Segara.Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan bermula hari ini hingga 13 Disember ini.Seramai 19,624 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh Terengganu.Berdasarkan angka itu, sejumlah 17,808 calon adalah pelajar dari sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.Selain itu, 740 calon adalah dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), 58 calon sekolah menengah agama negeri, 126 calon swasta dan 892 calon persendirian.Sehubungan itu, seramai 1,303 petugas peperiksaan ditempatkan di 168 pusat peperiksaan bagi membantu mengendalikan calon SPM.Seramai 2,367 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) juga akan mula menduduki peperiksaan esok di 44 pusat peperiksaan membabitkan 393 petugas peperiksaan.Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Terengganu, Haji Matsor Ismail, Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Mohd Adnan Salleh, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Roslan Ngah dan Pengetua, Mat Zulddin Jusoh.
12 Nov 18
791
Terengganu Bina IPT Negeri Pada 2020
Usaha telah diambil untuk mengenal pasti lokasi bagi membangunkan IPT menggantikan Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA).KUALA TERENGGANU, 12 November - Kerajaan Terengganu tidak melupakan janji mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang lalu iaitu mewujudkan semula sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) Islam milik negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ia akan mula dibangunkan pada tahun 2020.“Buat masa sekarang, kita sibuk untuk menyelaraskan kerja-kerja bagi menyusun tindakan (yang) sepatutnya bagi memperkemaskan pentadbiran pendidikan di negeri Terengganu,” jelasnya.Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu Tahun 2018, hari ini.Sehubungan itu, katanya, usaha telah diambil untuk mengenal pasti lokasi IPT dan membangunkan infrastruktur bagi IPT tersebut yang bakal menggantikan Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA).“Insya-Allah kita akan buat, kita perlu kenal pasti tempat dan siapkan dengan infrastruktur.“IPT (itu akan) diletakkan di bawah (tanggungjawab) Yayasan Terengganu,” tambah beliau.Terdahulu, KUSZA telah diserahkan kepada Kerajaan Pusat ekoran kemenangan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2005 dan dijadikan Universiti Darul Iman.Setelah menghadapi beberapa masalah ia telah ditukarkan menjadi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada tahun 2010, menjadikan negeri Terengganu tidak lagi memiliki sebuah universiti ataupun kolej.Namun begitu, Ustaz Satiful berkata, tidak ada sebarang peruntukan bagi tujuan pembinaan IPT itu yang akan dimasukkan dalam bajet 2019.“Tempat (lokasi IPT) itu tidak boleh diberitahu lagi tapi dalam bajet kali ini tiada lagi diletakkan peruntukan membina IPT tersebut.“Mungkin tahun depan insya-Allah kita letak dalam bajet,” ujar beliau.
12 Nov 18
53
SMASZA Sertai Pertunjukan Inovasi Antarabangsa
Rombongan merakamkan gambar sebelum berlepas ke KLIA.KUALA NERUS, 12 November - Tiga pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA) berangkat ke Zagreb, Croatia hari ini untuk menyertai Pertunjukan Inovasi Antarabangsa Kali Ke- 43.Ahmad Fakhrul Ismail, 16, Ahmad Aliuddin Zulkifli, 16 dan Wan Wadhihah Nadhirah Faisal, 13, bersama guru pengiring, Saripah Embong dan Zawiah Dollah dihantar oleh sekumpulan guru dan pelajar di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, petang tadi.Pengetua SMASZA, YM. Engku Abdullah Engku Dalam Ahmad yang ditemui pemberita merakamkan terima kasih kepada kerajaan negeri atas sokongan yang diberikan terutama menerusi tajaan kewangan."Terima kasih kepada Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar atas sokongan yang diberikan ini dalam membantu kami merealisasikan misi 'SMASZA Di Persada Antarabangsa'," katanya.YM Engku Abdullah berterima kasih kepada kerajaan negeri.Dalam pada itu, Saripah yang mengetuai rombongan melahirkan rasa syukur atas peluang yang diperolehi."Ini merupakan peluang pertama pelajar SMASZA bertanding dalam peringkat antarabangsa di luar negara.Saripah."Lebih menggembirakan, kami mendapat tawaran untuk bertanding di pertandingan yang diiktiraf sebagai pertunjukan inovasi tertua di dunia," katanya.SMASZA akan menyertai pertunjukan itu bermula 14 sehingga 19 November 2018 setelah memenangi pingat emas pertunjukan inovasi peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur awal tahun ini.
12 Nov 18
425
19,624 Calon SPM Terengganu Bakal Duduki Peperiksaan Esok
Shafruddin Ali Hussin.KUALA TERENGGANU, 12 November - Seramai 19,624 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh Terengganu bermula esok.Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin berkata, berdasarkan angka itu, sejumlah 17,808 calon adalah pelajar dari sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.Selain itu, 740 calon adalah dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), 58 calon sekolah menengah agama negeri, 126 calon swasta dan 892 calon persendirian.“Sehubungan itu, seramai 1,303 petugas peperiksaan ditempatkan di 168 pusat peperiksaan bagi membantu mengendalikan calon SPM,” katanya.Dalam tumpuan sama, seramai 2,367 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) juga akan mula menduduki peperiksaan esok di 44 pusat peperiksaan membabitkan 393 petugas peperiksaan.Shafruddin mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mengetahui maklumat mengenai masa peperiksaan, arahan dan amaran sepanjang tempoh peperiksaan.Katanya, calon juga diingatkan supaya sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan cuaca di tempat masing-masing.“Sekiranya berlaku kecemasan, termasuk berdepan kesukaran untuk ke pusat peperiksaan, mereka disarankan berhubung seberapa segera dengan pihak sekolah untuk tindakan lanjut,” katanya.
11 Nov 18
47
TATiUC Sedia Program Untuk Pelajar Agama
Ustaz Satiful Bahri (tengah) di Sidang Media sempena Majlis Konvokesyen TATiUC Kali Ke 12 di Kemaman semalam.KEMAMAN, 12 November - Kerajaan Terengganu akan menyediakan peruntukan khas untuk pelajar lepasan institusi pengajian agama menyertai kursus di Tati University Collage (TATiUC) tahun hadapan. Jumlah peruntukan perkapita itu akan diumumkan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam pembentangan Belanjawan Terengganu 2019 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akhir bulan ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, kerajaan negeri bersedia untuk menyediakan peruntukan khas bagi merangsang pelajar pengajian agama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengambil sijil awam di TATiUC. Katanya, kerajaan negeri menyediakan bajet untuk memberi sokongan kepada anak-anak Terengganu khususnya bagi mengambil peperiksaan awam melibatkan kursus vokasional. "Ini bertujuan supaya sekolah tahfiz, madrasah, pesantren, pusat-pusat pengajian agama seperti ini boleh di'upgrade'kan, kepada dua bidang pengajian termasuk pengajian agama dan vokasional, " jelasnya. Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas Majlis Konvokesyen TATiUC Kali Ke-12 di Telok Kalong, di sini semalam. Ustaz Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka seterusnya berkata, program ini dijangka akan bermula tahun hadapan. "Ia akan bermula tahun hadapan dan kita (kerajaan) sediakan peruntukan sedikit untuk bajet bagi memberi sokongan kepada anak-anak negeri mendapat pendidikan yang lebih baik," katanya. Menurut beliau, lebih 140 institusi pengajian agama akan mendapat manfaat dari program tersebut. Bagaimanapun katanya, institusi berkenaan perlu berdaftar terlebih dahulu dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).Syarat-syarat pendaftaran dipermudahkan bagi membolehkan institusi berkenaan berdaftar. "Kerajaan negeri berharap supaya mereka berdaftar agar kita selaraskan sesuatu yang menjadi keperluan kepada mereka. "Usaha ini diharapkan mendapat sambutan daripada institusi pendidikan berkenaan. "Kerajaan juga sentiasa memberi sokongan untuk memastikan infrastruktur pusat-pusat pengajian tersebut berada dalam keadaan baik," ujarnya lagi. Ustaz Satiful Bahri mengharapkan masyarakat menyokong sekaligus memberi kepercayaan kepada TATiUC untuk melaksanakan program tersebut.
11 Nov 18
51
SRIDI Tawar Yuran Serendah RM130 Setahun
Lothman Awang.KUALA TERENGGANU, 12 November - Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI), milik Kerajaan Negeri Terengganu yang bakal dibuka tahun hadapan menawarkan yuran pendaftaran serendah RM130 setahun kepada pelajar sepanjang tahun persekolahan.Ketua Penolong Pesuruhjaya (Pendidikan) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Lothman Awang berkata, tidak seperti sekolah swasta yang lain, SRIDI hanya mengenakan yuran pendaftaran tahunan tanpa kos pengurusan bulanan.“SRIDI hanya menetapkan yuran makanan pelajar dengan jumlah maksimum RM160 sebulan. Untuk peringkat awal, kita tidak menyediakan kafetaria. Jadi, pihak sekolah akan menyediakan makanan sepanjang sesi persekolahan dari jam lapan pagi hingga empat petang yang mana ia lebih efektif untuk pembelajaran di sekolah.“Tetapi, jumlah itu bukan bayaran tetap sebaliknya bergantung kepada jumlah hari persekolahan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JHEAT baru-baru ini (8 November).Untuk tahun 2019, sebanyak lima buah SRIDI akan dibuka di daerah Marang, Dungun, Besut, Hulu Terengganu dan Kuala Nerus dengan jumlah 50 pelajar bagi peringkat awal.Manakala, Sekolah Rendah Islam Yayasan Islam Terengganu di Losong akan diambil alih JHEAT sebagai SRIDI bagi daerah Kuala Terengganu.“Kita dapat permintaan tinggi daripada ibu bapa untuk anak-anak mereka. Bagaimanapun, kita akan mengadakan temuduga kerana tempat yang terhad bagi memberi keadilan kepada semua.“SRIDI akan mengguna pakai silibus Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ditambah dengan kurikulum negeri yang berasaskan pengajaran agama dan al-Quran dalam bahasa Arab,” katanya.Sekolah itu akan memulakan operasi bermula sesi persekolahan 2019 dengan jumlah 40 orang guru.“Pengambilan guru telah diproses berdasarkan permohonan yang telah dibuka sebelum ini dan akan dimaklumkan pada bulan Disember,” katanya.
11 Nov 18
2558
Manfaat Masa Di Alam Persekolahan Dengan Ilmu
Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN 11 November- Pelajar-pelajar disaran menggunakan masa sewaktu berada di alam persekolahan dengan memantapkan kefahaman dalam pelbagai bidang ilmu yang bermanfaat.Timbalan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Haji Alias Harun berkata ilmu Al-Quran mestilah menjadi agenda utama ketika menuntut ilmu." Mantapkan ilmu, ke tepikan sebarang fahaman-fahaman 'isme' barat yang cuba memesongkan kita daripada Islam. " Pelajar hari ini adalah penyambung kepada perjuangan Islam jadi, anda adalah aset yang amat penting kepada Islam, " ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)Rantau Abang berkata demikian ketika berucap di majlis Graduasi Tingkatan Lima Sekolah Menengah Islam Darul Bayan di sini, baru-baru ini. 45 orang pelajar telah menerima sijil masing dan lima orang pelajar telah dianugerahkan pelajar cemerlang di majlis tersebut.Tambah Alias, yang merupakan mantan guru, mereka(pelajar) perlu cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seterusnya berjaya menyambung ke universiti. "Ingat, jasa ibu dan ayah, hargai pengorbanan mereka dan gembirakanlah mereka, " ujar beliau.
11 Nov 18
223