Artikel "Pendidikan" Terkini
Terengganu Sedia Perkasa Bahasa Inggeris
'Lexicon Fiesta' sajikan pelbagai acara.Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS, 17 November - Dalam mengejar era globalisasi ini, penguasaan bahasa Inggeris khususnya bagi mahasiswa perlu diberi perhatian serius dalam usaha melahirkan graduan yang berkualiti tinggi dan berdaya saing.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, kerajaan negeri menyokong penuh hasrat bagi meningkatkan kemahiran penguasaan bahasa Inggeris di kalangan mahasiswa dengan memberi peruntukan yang sewajarnya untuk program sebegini."Kemahiran berbahasa Inggeris menjadi syarat utama bagi sesetengah industri."Oleh itu, mahasiswa harus bersedia dengan kemahiran itu sebelum menghadiri temuduga untuk membina karier mereka di masa hadapan.Dr. Alias galak aplikasi bahasa Inggeris di luar kelas."Mahasiswa tidak boleh berhenti belajar bahasa Inggeris setakat dalam kelas sahaja. Mereka mesti mengaplikasikan bahasa tersebut di luar kelas juga," katanya ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup 'Lexicon Fiesta' di Kolej Kediaman Sheikh Abdul Malek, Kampus Utama Universiti Malaysia Terengganu (UMT), kelmarin.Karnival anjuran pengurusan Kolej Kediaman dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) serta Pusat Pembelajaran Bahasa Inggeris itu mendapat sambutan hangat mahasiswa dalam acara yang dipertandingkan iaitu pengucapan awam, pencarian bakat kolej dan debat.Dr. Alias merakamkan ucapan tahniah kepada penganjur dan berharap program seumpama itu dapat diteruskan setiap tahun bagi menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan mahasiswa dalam pelbagai acara bermanfaat.Hadir sama, Timbalan Naib Canselor UMT (Bahagian HEPA), Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali.
16 Nov 18
78
Ibu Bapa Berperanan Bentuk Modal Insan Anak-Anak
Dr. Azman menyampaikan anugerah kepada salah seorang murid di Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah Rendah Kerandang 2018.Oleh:Hidayah AzlinSETIU, 16 November - Pembentukan modal insan bermula dari rumah dalam usaha membentuk peribadi mulia dalam kalangan anak-anak bagi melahirkan generasi yang cemerlang dalam semua aspek.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata ia merupakan cabaran besar kepada ibu bapa masa kini untuk mengubah mentaliti dan cara berfikir anak-anak yang lemah berhadapan cabaran dunia."Sayang bila anak-anak yang sepatutnya menjadi aset bagi masa depan namun kita tidak mampu melahirkannya."Sangat penting untuk anak-anak diukir dan dicorak dari kecil lagi kerana mendidik anak dari kecil seumpama mengukir di atas batu. Ukirannya akan kekal untuk satu tempoh yang lama. Sementara mula mendidik anak ketika dewasa seumpama mengukir di atas air batu. Kesannya hanya seketika," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah Rendah Kerandang 2018, di sini semalam.Lebih 140 murid termasuk pra sekolah diraikan sebagai penerima anugerah kecemerlangan pendidikan dan kokurikulum dalam pelbagai anugerah termasuklah pencapaian akademik, sahsiah, imam muda dan kokurikulum bagi menaikkan semangat mereka dalam menuntut ilmu.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, elemen terpenting dalam proses pembentukan modal insan yang berjaya adalah manusia yang menjaga hubungan baik antara manusia dan Allah SWT."Kepuasan sebenar adalah kita meletakkan diri sebetulnya sebagai hamba dan solat merupakan simpulan terakhir bagi menghubungkan kita sebagai hamba dengan Pencipta kita."Jika kita rasa kita boleh hidup sendiri, tentulah kehidupan seseorang itu tiada haluan,"ujarnya lagi.Menurutnya, hidup bermasyarakat dapat melahirkan kemanisan walaupun berlaku pertukaran kerajaan tanpa menimbulkan perasaan negatif dalam masyarakat." Saya amat bersyukur kerana antara kita dapat memainkan peranan yang terbaik terutama Guru Besar, Guru-guru, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ibubapa dan lain-lain."Saya dimaklumkan rata-rata ibu bapa di sekolah ini merupakan petani dan penoreh getah, saya nyatakan kita perlu bangga menjadi anak seorang petani. Kita tak perlu jadi anak orang besar untuk berjaya tapi jiwa yang besar akan membolehkan anak orang kecil seperti kita berjaya."Walaupun SK Kerandang Besut sebuah sekolah luar bandar, pencapaian akademik dan ko korikulum sangat membanggakan. Anak-anak inilah modal insan aset masa depan keluarga, masyarakat dan ummah."Kerajaan negeri tentunya meletakkan sektor pendidikan sebagai agenda penting negeri yang diberi tumpuan khusus dalam Bajet 2019," katanya.
16 Nov 18
205
Doa, Tidak Stres Hadapi Peperiksaan - Tengku Hassan
Tengku Hassan bersalaman dengan pelajar yang menghadapi SPM di SMKTB, semalam. Oleh : Pok Abbas KUALA TERENGGANU, 15 November - Ketenangan dan doa menjadi amalan yang amat penting kepada pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula kelmarin hingga 13 Disember ini.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar menasihati calon SPM supaya tenang dan tidak berasa stres sepanjang menjawab peperiksaan awam itu.Bagaimanapun, katanya apa yang lebih penting adalah mengulang kaji pelajaran itu selain tidak meninggalkan solat dan banyak berdoa kepada Allah SWT.“Pelajar-pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM hari ini hendaklah berada dalam keadaan tenang, tidak stres, menjaga emosi dan jangan lupa solat serta banyak berdoa kepada Allah SWT.“Itu semua penting dan yang paling utama, kita (pelajar) kena banyak ulang kaji pelajaran untuk hadapi peperiksaan ini. InsyaAllah, anak-anak pelajar sekalian boleh jawab periksa dan mendapat kejayaan cemerlang nanti,” katanya sebagai memberi kata-kata semangat kepada pelajar.Beliau berkata demikian ketika melawat pusat peperiksaan awam itu, di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah (SMKTB), di sini, semalam.Kehadiran Tengku Hassan bagi memberi sokongan moral kepada pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut disambut Pengetuanya, Mohamad A. Ghani, guru dan kakitangan sekolah.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang berharap pelajar sekolah berkenaan mampu menjadi contoh kepada calon SPM yang lain dan mampu memperolehi keputusan yang cemerlang.Tengku Hassan turut mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada pengetua dan guru yang bertungkus lumus bagi memastikan pelajar SMKTB bukan sahaja berjaya di dunia, malah tidak meninggalkan amalan baik sebagai bekalan ke akhirat.
14 Nov 18
177
Beri Peluang Kepada Pelajar Tahfiz, Pondok - Satiful Bahri
Ustaz Satiful Bahri Mamat.KUALA TERENGGANU, 15 November - Kerajaan Terengganu sedia memberi ruang dan peluang kepada para pelajar aliran tahfiz dan pondok untuk berjaya dalam pelbagai bidang di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, rakyat Terengganu akan mendapat pilihan yang pelbagai sama ada di sekolah kerajaan negeri, sekolah swasta dan sebagainya.Justeru, kata beliau, kerajaan tidak mahu ada di kalangan rakyat di negeri ini yang ketinggalan dalam kelompok pendidikannya.“Hasrat kita (Maju, Berkat dan Sejahtera) sebagai tema adalah bukan saja untuk kepentingan ukhrawi dengan meninggalkan duniawi ataupun meninggalkan ukhrawi dengan mementingkan duniawi.“Yang penting kita (kerajaan) cuba gabung jalinkan (pendidikan) bermula dari sekolah rendah sampai peringkat (menengah) negeri.“Kita melihat seolah-olah ada lompang dalam soal pendidikan atau institusi khususnya Sekolah Agama Rakyat (SAR) seperti tahfiz, pondok, pusat-pusat pengajian Islam.“Mereka boleh meraih kecemerlangan kalau diberi peluang. Contohnya, seorang hafiz, kalau mereka mampu untuk menghafaz 30 juzuk (Quran), baik kita beri peluang kepada mereka untuk menceburi bidang-bidang lain juga khususnya bidang teknikal dan sebagainya,” ujar Ustaz Satiful.Beliau berkata demikian dalam satu sidang medianya selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu Tahun 2018, di Dewan Auditorium, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), baru-baru ini (12 November).Menurutnya, kerajaan negeri akan memanfaatkan agensi dan institusi seperti Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC), Tati University College (TATiUC) yang sedia ada sekarang.“Hasrat kita (kerajaan) boleh menawarkan mereka ini peluang untuk mengambil peperiksaan awam. Insya-Allah, lepas itu mereka (pelajar) akan mendapat pilihan yang pelbagai.“Boleh nak terus kepada Pengajian Islam ataupun boleh pergi kepada teknikal, 'engineering' dan lain-lain.Menurutnya, pelajar dari aliran tahfiz pondok juga boleh ditawarkan mengambil peperiksaan SPM selain menghafal 30 juzuk al-Quran.
14 Nov 18
173
SRIDAF Lahirkan Generasi Celik Al Quran
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT 14 November-Pertandingan Hafazan merupakan satu inovasi dalam sistem pendidikan Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF) yang diwujudkan untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan pada masa yang sama mampu menghafaz serta berkeupayaan mentafsir al-Quran dengan baik.Pegawai Penyelaras Dun Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata keputusan memilih jalan atau laluan ini merupakan keputusan terbaik.“Ujian yang Allah bawa kepada masyarakat kerana jauh dengan Al-Quran, solat serta kebaikan dan harapan kita dengan ada anak-anak seperti ini yang banyak menghafal serta sentiasa melihat ayat-ayat Allah akan membawa rahmat kerana anak-anak ini mampu membawa sesuatu kebaikan kepada persekitaran masyarakat.“Kalau dibandingkan dari sudut keseronokan saat ini, barangkali kawan-kawan lain sedang berseronok dengan suasana persekitaran peringkat akhir sekolah dengan lawatan atau jamuan tetapi kita Alhamdulillah masih setia bersama Al-Quran untuk menguji kemampuan untuk menghafal ayat-ayat Allah,”katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pertandingan Hafazan Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF), di sini, hari ini. Tambahnya lagi, pertandingan ini dianjurkan oleh pihak pengurusan SRIDAF untuk melahirkan generasi Al-Quran merupakan satu daripada usaha oleh pihak berkenaan untuk membuka pemikiran dan juga persepsi masyarakat terhadap sekolah ini. suatu yang luar biasa.“Sesuatu yang luar biasa akan berlaku didalam kalangan anak-anak ini dan luar biasa itu akan berlaku diluar kotak pemikiran masyarakat kita,”ujarnya.Beliau juga sempat menasihatkan tenaga pengajar SRIDAF untuk terus berusaha untuk melahirkan generasi yang bersama Al-Quran.
14 Nov 18
850
2,836 Graduan UniSZA Bakal Terima Anugerah Sabtu Ini
KUALA NERUS, 14 November- Seramai 2,836 graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan menerima ijazah doktor falsafah (PhD), sarjana dan ijazah sarjana muda dan diploma masing-masing pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-10 yang akan berlangsung dengan penuh gilang-gemilang bermula 17 hingga 19 November ini.Naib Cancelor UniSZA, Profesor Dato’ Dr . Ahmad Zubaidi A. Latif, berkata daripada jumlah tersebut, 196 adalah penerima PhD dan sarjana manakala selebihnya 2,640 adalah graduan sarjana muda dan diploma.“Sebanyak enam sidang dijadualkan akan berlangsung bermula dari Sabtu ini, bertempat di Dewan Al Muktafi Billah Shah (DABS), UniSZA Gong Badak.“Pada sidang pertama Sabtu ini, akan berlangsung Majlis Penganugerahan Ijazah Kehormat kepada Tan Sri Dato’ Seri Syaikh Haji Ismail Haji Muhammad iaitu Imam Besar, Masjid Negara Kuala Lumpur”, katanya.Dr Ahmad Zubaidi berkata, Karnival Mahabbah turut berlangsung bersempena majlis konvokesyen yangg diadakan selama lima hari bermula esok.“UniSZA telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Karnival Mahabbah ini antaranya sukan rakyat, mewarna, pameran, gerai jualan dan persembahan pentas.“Kami menjemput orang ramai hadir bagi memeriahkan lagi Karnival Mahbbah ini yang berlangsung di Tapak Karnival, UniSZA Kampus Gong Badak bermula esok”, katanya
13 Nov 18
184
Satu Graduan, Satu Keluarga Di DUN Bukit Besi
Oleh : Adli Mohamad DUNGUN, 14 November - Kedudukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi yang jauh dari kepesatan bandar bukan suatu halangan untuk memastikan matlamat melahirkan sekurang-kurangnya seorang graduan dalam setiap keluarga tercapai.Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, hasrat itu perlu sama-sama digembleng oleh semua dan tidak terhad hanya kepada pelajar, guru, jabatan dan agensi berkaitan, malah semua ibu bapa juga seharusnya mengambil serius aspek pendidikan anak-anak."Graduan ini akan berpotensi menjadi modal insan dan aset kepada Negeri Terengganu agar tercapai dan bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri iaitu Pelan Induk Negeri Terengganu Sejahtera (PINTAS) 2030."Walaupun berada di kawasan luar bandar ianya bukanlah alasan untuk memastikan anak-anak di Bukit Besi berjaya ke universiti. Ianya menuntut usaha yang bersungguh-sungguh dari semua pihak," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia, di sebuah sekolah menengah di sini, semalam.Ghazali berkata, bagi memastikan lahirnya sekurang-kurangnya seorang graduan dalam setiap keluarga dapat direalisasikan, kerajaan mengatur pelbagai program yang mengkhusus kepada ibu bapa supaya tahap kesedaran golongan itu terhadap pendidikan anak-anak sentiasa meningkat. "Golongan ibu bapa perlu diberi kesedaran dari sudut kecaknaan dan keprihatinan mereka kepada penguasaan pembelajaran anak-anak."Jika hanya disandarkan.pada guru semata-mata, maka kejayaan tidak akan dapat dijelmakan," katanya.Menurutnya lagi, apa yang lebih penting, bukan semata-mata kejayaan akademik tetapi perlu juga cemerlang dari sudut akhlak dan sahsiah sebagai bekalan dan manfaat di dunia dan akhirat.Dalam pada itu, beliau berharap agar, Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) yang pertama di Al-Muktaffi Billah Shah dalam DUN Bukit Besi bakal beroperasi tahun hadapan akan menjadi langkah terbaik bagi melahirkan modal insan yang cemerlang pada masa akan datang.
13 Nov 18
96
Permohonan SM Imtiaz YT 2019 Tingkatan 1 Secara Online
KUALA TERENGGANU, 14 November - Yayasan Terengganu mempelawa calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 yang berminat untuk memasuki Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu yang mendapat sekurang-kurangnya 4A 2B layak untuk memohon bermula November ini sehingga Disember 2018 sebaik sahaja keputusan diumumkan.Jika berminat dan melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan, rakyat dipelawa untuk menghantar borang permohonan Imtiaz secara 'online' di mana saluran permohonan sesi tahun ini akan dibuka.Untuk makluman, mereka yang layak dipelawa untuk membuat permohonan secara 'online' menerusi laman web www.yt.gov.my @ www.myimtiaz.com.my yang akan dibuka selepas keputusan UPSR diumumkan nanti.SM Imtiaz adalah sekolah elit yang menawarkan pendidikan yang selari dengan sistem pendidikan kebangsaan (bidang sains) yang dirangkumkan secara bersepadu dengan hafazan al-Quran dan pendidikan agama di bawah Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu.Senarai SM Imtiaz di negeri Terengganu adalah di Besut, Kuala Berang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Marang.Berikut adalah panduan dan maklumat penting berkaitan permohonan SM IMtiaz tahun 2019 meliputi tarikh penting permohonan dan syarat kelayakan.Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:PENGURUSAN IMTIAZ YAYASAN TERENGGANUTingkat 3, Bangunan Yayasan Terengganu,20200 Kuala Terengganu,TerengganuNo Tel : 09-6221733No Faks : 09-6232944Emel: info@yt.gov.my
13 Nov 18
867
SPM Penentu Hala Tuju Masa Depan Pelajar
Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN, 13 Oktober - Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan medan 'peperangan' terpenting kepada pelajar sekolah dalam menentukan laluan kerjaya dan masa depan masing-masing.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, ujian SPM adalah yang terpenting, dan dengan persediaan yang lengkap, para pelajar dapat menjawab dengan baik."Strategi dan ilmu yang diperoleh daripada guru, hendaklah kita ingat dan gunakan dengan sehabis baik dalam menghadapi peperiksaan ini," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan kepada 110 pelajar yang bakal menduduki hari pertama Peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerteh, di sini, semalamBeliau selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik turut menasihatkan kepada semua calon SPM agar tidak mengabaikan kesihatan diri dalam menempuhi ujian yang bakal berlangsung sehingga bulan Disember ini."Yakinlah dengan kebolehan diri, insya-Allah kalian boleh menjawab semua soalan yang diberikan dengan baik," tambahnya.
13 Nov 18
277
Budayakan Baca Al Quran Seawal Usia
Oleh : Safwan SyakirKUALA NERUS– Program Membudayakan al-Quran perlu dilaksanakan oleh ibu bapa di peringkat awal usia anak-anak bagi membolehkan iman mereka dibentuk dan diperkukuhkan menjadi insan bertakwa yang menjadi teras dan benteng kepada pembentukan sesebuah keluarga, masyarakat dan negara. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, ibu bapa dinasihatkan supaya menerapkan budaya membaca Al-Quran kepada anak-anak mereka sejak dari usia kecil bagi melahirkan generasi yang seimbang kejayaanya samada duniawi atau ukhrawi.“Saya ingin memetik satu peribahasa melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya” yang merujuk kepada asas awal pendidikan, namun begitu masih belum terlambat lagi bagi golongan berusia kerana tiada had umur dalam menuntut ilmu.“Rasulullah S.A.W bersabda, ajari anakmu tiga perkara, yang pertama cinta akan Nabi, iaitu dengan berusaha mengamalkan segala sunnahnya, kedua adalah dengan mencintai keluarga Nabi dan terakhir adalah dengan membaca Al-Quran.“Pada zaman yang penuh mencabar ini, ibu bapa seharusnya tidak memberi gajet kepada anak-anak tanpa dikawal seperti telefon pintar, hal ini kerana ia boleh menganggu perkembangan otak mereka jika disalah guna”, tegasnya ketika merasmikan Majlis Hafaz Muqaddam Dan Graduasi Kanak-Kanak Taska Permata Keluarga Parlimen Kuala Nerus Di Dewan Serbaguna Tok Jembal, Kuala Nerus, di sini semalam.Turut hadir Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu(YPKT), Mohd Shafaruddin Mustaffa dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri(DUN) Seberang Takir, Mohd fazil Wahab.Jelasnya, tanpa pendidikan agama, anak-anak tidak mempunyai benteng yang kukuh bagi menghadapi keruntuhan moral di luar yang semakin berleluasa terutama pada masa sekarang senario 'buta Al-Quran' dalam kalangan generasi muda semakin menggusarkan banyak pihak.Justeru itu, Dr Alias mengingatkan masyarakat persekitaran dan ibu bapa khususnya agar mendidik anak-anak dengan menghadiri program-program agama bagi mencapai hasrat kerajaan menjadikan negeri ini Maju Berkat Dan Sejahtera.Sementara itu, beliau bagi pihak kerajaan negeri juga bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi menaiktaraf tahap keselamatan di pusat-pusat taman asuhan kanak-kanak (taska) yang sedang beroperasi dan bakal dibina baru.“Setiap bangunan taska yang dibina mestilah mengikut ciri-ciri keselamatan yang telah digariskan oleh pihak berkuasa tempatan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti kebakaran dan sebagainya. Peraturan ini dicipta bukan untuk menyusahkan manusia, tetapi ia adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan semua pihak.“Di samping itu, Kerajaan juga turut bercadang untuk membina taska ini di setiap jabatan kerajaan bagi memudahkan ibu bapa membina emosi anak-anak mereka dengan cara yang sihat," katanya
13 Nov 18
137