lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Empty Image
SMAASZA Terengganu Diiktiraf Antarabangsa
Rombongan SMAASZA pulang dari Zagreb, Croatia dengan lima enugerah antarabangsa. Dato' Tengku Hassan (tiga dari kiri) menyambut kepulangan mereka di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus semalam.KUALA NERUS, 21 November - Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) Kuala Terengganu, muncul sekolah terbaik dan bertaraf dunia di Pertunjukan Reka Cipta Antarabangsa (International Invention Show-INOVA) Ke 43 di Zagreb Fair, Croatia baru-baru ini.SMAASZA mendapat lima anugerah kecemerlangan termasuk anugerah terbesar iaitu Rekacipta Terbaik Asia (Best Invention Of Asia) untuk produk P' Amary di samping satu pingat emas, masing-masing untuk produk 'P' Amary' dan 'Smart Eazer'.Kedua-dua produk tersebut juga menerima Anugerah Istimewa (Special Award) dari World Invention Intellectual Property Association (WIIPA) dan JSC NIIAS, Russian Railways.Serentak itu, Kerajaan Terengganu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan cemerlang yang dicapai oleh pelajar dan guru sekolah tersebut."Tahniah atas pencapaian cemerlang warga SMAASZA," - Dato' Tengku Hassan.Ucapan berkenaan telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar ketika menyambut kepulangan rombongan sekolah tersebut di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini semalam.Mereka terdiri dari tiga pelajar termasuk Ahmad Fakhrul Ismail, 16, Ahmad Aliuddin Zulkifli, 16 dan Wan Wadhihah Nadhirah Faisal, 13, serta dua guru pengiring termasuk Saripah Embong dan Zawiah Dollah.Turut menyambut ketibaan mereka ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah dan Pengajian Tinggi, Ustaz Maliaman Kassim dan Pengarah Pendidikan Negeri, Haji Safruddin Haji Ali Hussin.Dato' Tengku Hassan (dua dari kiri) dan Haji Safruddin menyambut ketibaan anggota rombongan SMAASZA di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus semalam.Menceritakan lebih lanjut latar belakang kejayaan sekolah berkenaan Dato' Tengku Hassan berkata, kisahnya bermula apabila guru dan pelajar berkenaan berhasrat untuk menyertai pertandingan INOVA yang disifatkan sebagai bertaraf dunia itu."Saya telah sampaikan hasrat mereka untuk menyertai pertandingan tersebut dengan pembiayaan kerajaan negeri kepada Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar."Lalu Menteri Besar terus segera meluluskan satu peruntukan khas untuk mereka ke sana," jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang berkata, sebelum ini, mereka telah banyak menyertai pertandingan dalam negeri tetapi keperluan mereka tidak dimaklumkan kepada kerajaan.Tiga pelajar SMAASZA menunjukkan anugerah antarabangsa di pertandingan INOVA di Zagreb, Croatia.Apabila dimaklumkan tambahnya, kerajaan segera menyediakan peruntukan kewangan bagi membolehkan rombongan sekolah tersebut di hantar ke Zagreb, Croatia."Mereka ini sebenarnya telah banyak mendapat anugerah berbentuk pingat emas di banyak pertandingan di dalam dan di luar negara sebelum daripada ini."Jadi kerajaan amat berbesar hati untuk membantu mereka agar kecemerlangan itu lebih bersemarak lagi dan memberi impak yang baik kepada negara dan negeri Terengganu sendiri," ujarnya.Sementara itu berhubung dengan dua produk dipertandingkan itu, beliau menjelaskan bahawa 'P' Amary' merupakan produk kesihatan berasaskan minyak sawit untuk merawat penyakit kulit, anti bakteria, kulat dan penghalau serangga.Manakala Smart Eazer pula merupakan produk pencuci, boleh digunakan untuk mencuci pakaian dan sebagainya."Kedua-dua produk ini merupakan produk yang cukup baik dan insya-Allah kita (kerajaan) akan mengadakan perbincangan untuk membolehkan produk tersebut di'patten'kan sekaligus dikomersialkan," jelasnya lagi.
20 Nov 18
1637
Empty Image
Permohonan SMA Terengganu 2019
Gambar hiasan. Foto ihsan - SMAOnlineINFO RASMI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU:Permohonan ke SMA Negeri Terengganu secara  ONLINE bagi kemasukan 2019Permohonan Ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu dan Madrasah Moden MAIDAM adalah aplikasi berasaskan web yang disediakan oleh Unit ICT JHEAT dan dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan. Modul ini digunakan oleh ibubapa/penjaga yang ingin membuat permohonan ke Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 6.Aplikasi ini boleh dicapai oleh mana-mana komputer yang mempunyai kemudahan internet.Untuk memohon sila klik Menu Aplikasi Online  dan pilih kategori yang berkaitan.Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian :1) Permohonan ke SMANT akan dibuka Sehari Selepas Keputusan UPSR diumumkan jam 9.00 pagi. Permohonan akan dibuka selama 10 hari sahajar2) Semakan Ujian Bertulis akan dibuka tarikh yang akan dimaklumkan kemudian3) Ujian akan diadakan pada tarikh seperti berikut :i) 10 Disember 2018 bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Terengganuii) 12 Disember 2018 bagi kemasukan ke SMA(A) Sultan Zainal Abidin, K. Trg.iii) 6 Disember 2018 bagi kemasukan ke Madrasah Moden MAIDAM Terengganu4) Semakan Tawaran akan dibuka pada 24 Disember 20185) Pendaftaran sekolah bagi tingkatan 1 tahun 2019 adalah seperti berikut :i) Sekolah Menengah Agama Terengganu pada 30 Disember 2018 (Ahad)ii) SMA(A) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 02 Januari 2018 (Ahad)iii) Madrasah Moden MAIDAM Terengganu pada 6 Januari 2018 (Ahad)Sila layari web berikuthttp://smaonline.terengganu.gov.my
19 Nov 18
543
Empty Image
Keputusan UPSR 29 November Ini
Datuk Dr Amin Senin. Foto ihsan - ISMAWebKUALA LUMPUR, 20 November - Semua murid Tahun 6 boleh mengambil Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah pada 29 November 2018 mulai jam 10:00 pagi di sekolah masing-masing.Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Amin Senin berkata, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 melalui mySMS 15888."Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10:00 pagi 29 November 2018 dan akan ditamatkan pada 6:00 petang 8 Disember 2018," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini, mengulas tentang tarikh Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2018 (PPSR).Dalam perkembangan sama, katanya, PPSR merupakan suatu dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang lebih holistik dan bermakna."Pelaporan tersebut merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan UPSR bagi murid aliran perdana atau Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi murid berkeperluan khas masalah pembelajaran."Waris dibenarkan mengambil dokumen pelaporan sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri."Semakan keputusan UPSR dan PASR 2018 juga boleh dibuat melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat lp.moe.gov.my," jelasnya.
19 Nov 18
21
Empty Image
Didikan Cemerlang Lahir Generasi Terbilang
Oleh: Ahmad MawardiHULU TERENGGANU, 18 November - Bimbingan guru-guru di sekolah dan didikan ibu bapa di rumah kepada pelajar dapat menghasilkan mutiara yang sangat berguna dan tidak ternilai kepada keluarga dan masyarakat.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi Harun berkata, impak didikan yang terhasil daripada kerjasama guru dan ibu bapa inilah mampu melahirkan anak-anak yang cemerlang di masa kini.“Kejayaan pendidikan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang memiliki aktiviti membaca, menghafal doa-doa harian dan ayat-ayat Al-Quran merupakan suatu perkara positif yang menguatkan diri anak-anak setelah mereka dewasa kelak."Kita mahu hasilkan generasi yang diterapkan nilai-nilai Islam seperti mana diajarkan dan ditinggalkan oleh Baginda Nabi Muhamad SAW,” katanya ketika merasmikan Majlis Ihtifal PASTI gabungan DUN Manir di Kompleks Tarbiyah Wawasan Tuan Guru Dato' Harun Taib, Kampung Kubang Lembek, semalam. Turut hadir, Pengerusi PASTI Kawasan Hulu Terengganu Irham Nuri Abidin  dan Ketua Pemuda PAS DUN Manir, Hamdi Harun.Ihtifal gabungan PASTI itu terdiri daripada empat PASTI iaitu PASTI Al-Ihsan, Kubang Lembek; PASTI Al-Hikmah, Teluk Menara; PASTI Al-Taqwa, Kedai Manir dan PASTI Al-Hidayah, Batu Hampar.
18 Nov 18
199
Empty Image
Madrasah Darul Bayan Terengganu Terbaik UPSRI
Ustaz Mohd Nor menyerahkan keputusan kepada Nur Ainun Sofia Muhammad Ainuddin yang dinobatkan pelajar terbaik UPSRI 2018 di Madrasah Darul Bayan, hari ini DUNGUN, 18 November - Madrasah Darul Bayan (Sekolah Rendah Islam Darul Bayan) di Paka muncul sekolah terbaik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) 2018 yang diumumkan hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, peperiksaan UPSRI adalah diwajibkan kepada pelajar Tahun 5 bagi Sekolah Rendah Islam (Dar) di bawah seliaan Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu.Menurut beliau, seramai 576 calon mengambil UPSRI pada tahun ini di tujuh buah madrasah di Terengganu dan tiga di Melaka.“Peperiksaan ini dilaksanakan untuk pelajar Tahun 5 sebagai penilaian awal khususnya mengenai pengajian Islam sebelum mereka ini berhadapan dengan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ketika meningkat ke Tahun 6.“Keseluruhan Madrasah Dar yang ada di Terengganu sebanyak 11 buah tetapi pelajarnya yang mengambil peperiksaan UPSRI hanya tujuh buah kerana baki empat buah lagi pelajarnya belum menjangkau ke Tahun 5, ada yang baru buka dan sebagainya.“Madrasah Dar di Melaka juga turut sama menerima kurikulum yang kita susun dan terdapat calon yang menduduki UPSRI,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pengisytiharan Keputusan UPSRI 2018 di Madrasah Darul Bayan, Paka, hari ini.Menurut beliau, secara keseluruhan seramai 27 pelajar berjaya memperoleh keputusan terbaik dengan mendapat 10A hingga 13A.Katanya, daripada jumlah itu, seramai tujuh orang mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh 13A iaitu masing-masing dua pelajar dari Madrasah Darul Bayan, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin, Madrasah Darul Iman Bukit Payong dan seorang lagi dari Madrasah Darul Taqwa Batu Enam, Kuala Terengganu.“Selain itu, pelajar yang mendapat 12A terdiri daripada tiga pelajar Madrasah Darul Bayan, Madrasah Darul Iman Bukit Payong (2) dan seorang pelajar Darul Ehsan, Kubang Lembek Kuala Terengganu. “Pelajar yang mendapat 11A pula seramai tujuh orang iaitu seorang dari Madrasah Darul Taqwa Batu Enam Kuala Terengganu, Madrasah Darul Taqwa Kemaman (2) dan Madrasah Darul Iman Bukit Payong (4).“Dan yang mendapat 10A seorang daripada Madrasah Darussalam Losong Kuala Terengganu, Madrasah Darul Taqwa Batu Enam Kuala Terengganu (2) dan Madrasah Darul Iman Bukit Payong (4),” ujarnya.Sementara itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong turut mengucapkan tahniah kepada pengurusan Madrasah Darul Bayan atas kecemerlangan dan pencapaian yang diperoleh.“Semoga keputusan UPSRI pada tahun ini menjadi pencetus semangat dan menjadi kayu ukur untuk pelajar-pelajar lebih berusaha pada masa akan datang, tahniah kepada semua calon yang terlibat.“Tidak lupa juga ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan saya kepada guru-guru dan juga warga kerja yang terlibat dalam menjayakan UPSRI pada tahun ini,” katanya.Nur Ainun Sofia Muhammad Ainuddin yang memperoleh 13A dari Madrasah Darul Bayan dinobatkan sebagai pelajar terbaik UPSRI.
17 Nov 18
1967
Empty Image
Belanjawan 2019 Tidak Adil Untuk Institusi Pendidikan Agama
Ahmad Amzad ketika berucap di Majlis Ihtifal Al-Baghdadi Playtime Centre, di Grand Puteri Hotel, semalam.Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU, 18 November – Belanjawan 2019 yang dibentangkan di Dewan Parlimen oleh Menteri Kewangan, Lin Guang Eng, baru-baru ini disifatkan tidak seimbang dan tidak adil apabila memperuntukkan perbelanjaan untuk sekolah agama dan tahfiz sama dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim menyifatkan belanjawan itu tidak dilaksanakan secara berhemah apabila menyediakan peruntukan sama sedangkan sekolah tahfiz dan agama lebih banyak serta memerlukan perbelanjaan yang lebih besar bagi menampung kekurangan dari pelbagai aspek.“Belanjawan yang telah dikemukakan baru-baru ini di peringkat Parlimen adalah belanjawan yang sangat tidak seimbang. Sekolah Cina dapat peruntukan RM50 juta, manakala sekolah agama dan tahfiz juga dapat RM50 juta.“Jadi jumlah ini dibahagi sekata kepada semua sekolah-sekolah tersebut, sedangkan bilangan sekolah agama dan tahfiz jauh lebih banyak dari sekolah Cina, jadi jumlah belanjawan untuk setiap tahfiz jauh lebih sikit dari setiap Cina. Adilkah begitu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Ihtifal Al-Baghdadi Playtime Centre, di Grand Puteri Hotel, di sini, semalam.Ahmad Amzad berkata, jumlah yang kecil kepada sekolah agama dan tahfiz itu akan membantutkan usaha pembangunan yang mahu dilaksanakan untuk memperkasakan institusi pendidikan agama dan Islam dalam negara.Antara peruntukan yang diumumkan Guan Eng adalah RM50 juta untuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), SJKC (RM50 juta), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) (RM50 juta), Sekolah Berasrama Penuh (RM50 juta), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) (RM50 juta), Sekolah Mubaligh (RM50 juta), Sekolah Tahfiz (RM50 juta) dan Sekolah Pondok yang berdaftar (RM25 juta).
17 Nov 18
81
Empty Image
Asyraf Penuhi Impian Arwah Ibu Bapa Genggam PhD
Asyraf Ridwan Ali,KUALA NERUS, 17 November - Demi memenuhi impian arwah ibu bapa yang ingin melihat anak mencapai pendidikan tertinggi menjadi pembakar semangat buat Asyraf Ridwan Ali meneruskan pengajian untuk menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD).Walaupun terpaksa berkerusi roda apabila diserang penyakit saraf dan tulang belakang, beliau mengambil masa lebih enam tahun untuk menghabiskan tesis PhD dan akhirnya berjaya menamatkan pengajian di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (Pengkhususan Pendidikan Islam Dalam Tulisan Jawi).Asyraf, 44,  yang juga Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, Batu Rakit, berkata beliau terpaksa bertarung penyakit 'diffuse idiopathic skeletal hyperostosis' sejak 2015."Hanya satu hasrat saya iaitu ingin merealisasikan impian arwah orang tua yang ingin melihat anaknya mencapai kejayaan dan pencapaian tertinggi dalam pendidikan dan itu pembakar semangat utama untuk terus berjuang."Memang sukar untuk saya menghabiskan tesis dengan dengan penyakit ini selain pergerakan terbatas, kadang-kadang hanya terlantar bila sakit dan memerlukan kerusi roda untuk bergerak," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sidang pertama Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Ke-10 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Dewan Al-Muktafi Bilal Shah, di sini, hari ini.Asyraf Ridwan menerima PhD berkenaan yang disampaikan Canselor UniSZA, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.Beliau yang menjalani pembedahan tulang belakang pada April tahun lalu berkata, untuk bangkit semula bukan mudah dan bersyukur kerana keluarga serta tenaga pensyarah banyak membantu memberinya semangat baharu."Saya ambil masa lebih tiga bulan untuk bangkit semula selepas pembedahan dan bukan mudah untuk meneruskan perjuangan apabila terpaksa membahagikan masa dengan kerjaya, rawatan dan pengajian termasuk menghabiskan tesis,"katanya lagi.Seramai 2,359 graduan UniSZA diraikan dalam Majlis Konvokesyen Ke-10 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus sepanjang tiga hari bermula hari ini.Daripada jumlah itu, seramai 65 graduan dianugerahkan ijazah doktor falsafah, graduan sarjana (134), sarjana muda (1,641) dan diploma (999).
17 Nov 18
1026
Empty Image
Graduan Perlu Bijak Gunakan Media Baharu - Sultanah Terengganu
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan merasmikan Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Ke-10 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Dewan Al-Muktafi Bilal Shah, hari ini.KUALA NERUS, 17 November - Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah hari ini mengingatkan graduan supaya memainkan peranan masing-masing untuk menangani masalah gejala sosial dan masalah moral tidak sihat yang kian menular dalam masyarakat.Baginda bertitah, semua gejala itu mempunyai kesan negatif dalam usaha membangunkan masyarakat madani dan menaruh kepercayaan kepada graduan untuk memainkan peranan menangani penularan gejala sosial itu."Beta memandang serius terhadap gejala sosial dan masalah moral tidak sihat yang kian menular termasuk dalam kalangan golongan berpendidikan tinggi."Pada masa kini, penggunaan media baharu juga dilihat telah berkembang dengan pesat dan begitu pantas. Para graduan perlu bijak menggunakan media baharu demi kebaikan ummah."Malahan setiap isu dan perkara baharu yang diterima perlu dinilai secara objektif. Hal ini dapat mengukuhkan jati diri para graduan yang berpendidikan tinggi sebagai contoh kepada masyarakat," titah baginda ketika merasmikan Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Ke-10 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Dewan Al-Muktafi Bilal Shah, di sini, hari ini.Turut berkenan berangkat, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali; Setiausaha Kerajaan negeri, Dato' A. Rahman Yahya; Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Yusof Md. Nor; Pengerusi Lembaga Pengarah universiti, Prof. Emeritus, Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty dan Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif.Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA bertitah, graduan dinasihatkan meneruskan jiwa kesukarelawan yang sememangnya telah dipupuk sepanjang berada di UniSZA."Jadilah insan yang dinamik dalam usaha membantu masyarakat di luar sana.Semarakkan budaya ilmu dalam kehidupan masyarakat, bantulah mereka dengan ilmu agar dapat terus hidup mendepani cabaran masa kini."UniSZA bukan sebuah institusi yang melahirkan graduan seperti robot yang dipasarkan semata-mata mengikut kepentingan pihak industri, tetapi demi memenuhi keperluan dan harapan semua pemegang taruh," titah baginda.Seramai 2,359 graduan UniSZA diraikan dalam Majlis Konvokesyen Ke-10 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus sepanjang tiga hari bermula hari ini.Daripada jumlah itu, seramai 65 graduan dianugerahkan ijazah doktor falsafah, graduan sarjana (134), sarjana muda (1,641) dan diploma (999).Majlis konvokesyen kali ini turut meraikan kumpulan graduan sulung bagi tiga program baharu iaitu, Sarjana Muda Sains Komputer (Komputer Internet), Sarjana Muda Kerja Sosial dan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan.
17 Nov 18
335
Empty Image
Dua Graduan Dedikasikan Anugerah Pelajaran DiRaja kepada Ibu Bapa
Penerima Anugerah Pelajaran Diraja UniSZA, Muhamad Amir Zainudin dan Ong Ying Qian.KUALA NERUS , 17 November - Anak seorang pengawal keselamatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab, Muhamad Amir Zainudin menerima Anugerah Pelajaran Diraja Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sempena Konvokesyen Ke-10 universiti itu.Turut menerima anugerah sama, Ong Ying Qian,24 , graduan Sarjana Muda Diatetik (Fakulti Sains Kesihatan) yang berasal dari Bera, Pahang.Anugerah disampaikan Canselor UniSZA, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.Muhamad Amir melahirkan rasa syukur dengan anugerah itu dan berazam untuk meneruskan pengajian hingga ke peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) di salah sebuah universiti impiannya di Jordan pada tahun hadapan."Alhamdulillah ini merupakan penghormatan kepada saya dan keluarga selepas berhempas-pulas selama ini...tiada rahsia untuk berjaya melainkan saya mengamalkan prinsip lebih banyak memberi daripada menerima."Bermakna lebih banyak kita beri ilmu dan bantu rakan-rakan maka saya lebih banyak dapat kefahaman tentang ilmu berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Ke-10 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus, di sini hari ini.Beliau yang kini sedang bekerja sebagai Arabic Content Analyst di Accenture Malaysia di Kuala Lumpur yang fasih berbahasa arab bercita-cita menjadi seorang pensyarah dalam bidang yang sama.Anak ketiga dari lima beradik ini ingin membuktikan latar belakang keluarga dan kesusahan yang dialami bukan penghalang untuknya berjaya serta membalas pengorbanan kedua ibu bapanya yang telah bersusah payah menanggungnya selama ini.Bagi Ong Ying Qian, 24, pula kejayaan diperoleh bukan alasan untuk mendabik dada tetapi dijadikan sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya."Bagi saya ini adalah batu loncatan untuk saya terus berjaya dengan berpegang kepada empat prinsip utama iaitu target, tindakan, tekun dan tabah sepanjang pengajian di sini."Hari ini saya bersyukur apabila menerima anugerah yang dianggap cukup bermakna bagi diri saya dan merupakan hadiah paling istimewa buat ibu bapa saya,"ujarnya.Beliau yang bercita-cita untuk melanjutkan  pengajian hingga ke peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) di UniSZA kini sedang bekerja sebagai pembantu penyelidik di universiti yang sama turut menyimpan impian untuk menjadi seorang pensyarah yang terbaik untuk membantu bakal anak didiknya nanti.
16 Nov 18
949
Empty Image
MDI Dapat Tempat Di Hati Masyarakat
Dato' Seri Abdul Hadi Awang (kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang murid MDI.Oleh: Aziz HambaliMARANG, 17 November - Madrasah Darul Iman (MDI) yang diasaskan oleh PAS Kawasan Marang terus mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa yang inginkan pendidikan terbaik seiring pendidikan dunia dan akhirat bagi anak-anak mereka.Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah (ALP) MDI, Ahmad Maaruf Ismail berkata, sambutan ibu bapa agak luar biasa misalnya permintaan bagi sesi kemasukan pelajar tahun 2019."Kita membuka permohonan pada 1 Jun yang lalu. Borang kemasukan yang perlu diisi oleh ibu bapa habis dalam masa 1 jam sahaja. Sehingga sekarang permintaan masih tinggi," katanya di Majlis Perasmian Bangunan Baru MDI di Kampung Titian Baru, semalam.Dalam majlis itu, Bangunan Baru MDI dirasmikan oleh Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang. Beliau turut menyempurnakan gimik perasmian.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong dan pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Ismail Osman.Sementara itu, Mudir MDI, Mazlan Ibrahim ketika ditemui media berkata, pihaknya sentiasa berusaha memperkasakan lagi MDI bagi menjadikannya satu industri pendidikan yang berkualiti dari segi akademik, lebih-lebih lagi dari segi agama.Justeru, menurut beliau, penubuhan MDI bertujuan untuk merancakkan lagi bidang pendidikan sepertimana pendidikan yang telah dilaksana oleh Rasulullah SAW."Masyarakat sekarang ini mencari satu formula untuk menyelamatkan anak-anak dari terjerumus ke dalam gejala sosial yang membimbangkan."Inilah keyakinan kita, pendidikan Islam dan keyakinan guru-guru kita untuk berusaha mendidik dan memartabat pendidikan sebaik mungkin."Kita telah ada 'produk' yang berjaya. Kita ada penerima Anugerah Kecemerlangan Tahfiz, adik Hamdan Syakirin. Kita ada pelajar terbaik yang menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahmudiah dan sebagainya.Sehingga kini pelajar MDI kesemuanya sudah mencecah 1,090 orang," ujarnya.
16 Nov 18
443