lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Empty Image
Kerajaan Negeri Peruntuk RM2.5 Juta Tubuh Pusat Bahasa Universiti Al-Azhar
Satiful Bahri Mamat. Foto ihsan - ManisfmKUALA TERENGGANU, 11 Disember - Kerajaan negeri memperuntukkan RM2.5 juta menerusi Belanjawan 2019 bagi penubuhan Pusat Bahasa Universiti Al-Azhar cawangan Negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, pihaknya sangat berbesar hati dengan penubuhan Pusat Bahasa Arab (Markaz Lughah) yang pertama di Malaysia itu  yang mana kedua-dua pihak telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Mesir Oktober lalu.Menurut beliau, penubuhannya memberi banyak manfaat  kepada mahasiswa dan mahasisiwi di negeri Terengganu terutamanya dari segi penjimatan kos dan tempoh pengajian sebelum meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar.Katanya, berperanan sebagai pusat persediaan dan penguasaan Bahasa Arab, ianya ditempatkan di Bangunan Hab Digital Terengganu, TD1303.“Sekarang dalam proses penyeliaan tempat dan sebagainya, malah kerajaan negeri juga telah meluluskan peruntukan untuk membaik pulih bangunan TD1303 untuk dijadikan pusat bahasa ini."Yang paling penting, Sijil Markaz Lughah ini diiktiraf di serata dunia dan menjimatkan masa para pelajar yang bakal meyambung pengajian di Universiti Al-Azhar kerana tidak perlu mengambil bidang bahasa Arab di sana, sebaliknya terus masuk ke kuliah," ujarnya ketika bersiaran di Manis.fm hari ini.Katanya, kerajaan negeri bertuah kerana dapat bekerjasama dengan universiti berkenaan yang mempunyai sistem kurikulum yang baik dan para pensyarah yang berkemahiran dalam melatih para pelajar.
11 Dec 18
180
Empty Image
Biar Anak-Anak Gembira Mulakan Persekolahan
Ustaz Ahmad Shah mengukur ukur lilit pinggang salah seorang anak penerima bantuan awal persekolahan hari ini.Oleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU, 10 Disember - Keprihatinan Kerajaan Terengganu terbukti apabila mengambil pendekatan mengubah corak agihan bantuan awal persekolahan 2019 dalam bentuk baucer barangan bagi memastikan anak-anak gembira dan bersemangat untuk ke sekolah dalam keadaan berpakaian baru.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, ianya merupakan kebajikan yang dijanjikan oleh kerajaan negeri kepada rakyat."Mudah-mudahan rakyat menikmati sedikit kesenangan dalam suasana menghadapi tekanan kos sara hidup yang tinggi serta pendapatan yang berkurang," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2019 Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar bagi pemegang baucer dari Kampung Tokku dan Cabang Tiga di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bandar hari ini.Dalam pada itu, Ahmad Shah turut berharap agar anak-anak penerima bantuan berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran."Terima kasih pada semua yang datang. Saya  mendoakan agar mereka memulakan sesi pembelajaran dengan langkah yang cemerlang insya-Allah," tambahnya.Program yang bermula seawal jam 9 pagi itu berjalan lancar dengan kerjasama yang baik ditunjukkan oleh para petugas yang mengagihkan bantuan berupa pakaian, kasut dan beg sekolah.Seramai 250 orang penerima hadir yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Hadir sama, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), DUN Bandar, Sayyid Hasan Mohamad.
10 Dec 18
117
Empty Image
Graduan TESDEC Laku Keras Di Pasaran
Sembilan graduan terbaik TESDEC meraikan kejayaan bersama.KUALA TERENGGANU, 8 Disember - Laporan Audit Negara 2018 yang dibentangkan di Parlimen Malaysia baru-baru ini menyatakan lebih 85 peratus graduan Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian mereka.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya merakamkan ucapan tahniah kepada institusi tersebut yang berjaya menghasilkan tenaga kerja berwibawa di lapangan.“Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada tenaga pengajar, ibu bapa dan seluruh warga TESDEC yang telah berusaha bersungguh-sungguh memastikan para graduan menjadi insan terpelajar bagi mengisi ruang dan pasaran kerja yang sentiasa terbuka.“Pekerja dalam bidang kemahiran ini memang diperlukan dalam negara kita. Pendekatan 70 peratus kemahiran dan 30 peratus teori yang diterapkan TESDEC memberi kebolehpasaran kepada pelatih mereka untuk bekerja dengan lebih baik.“Saya difahamkan ada syarikat yang telah memohon pelatih TESDEC untuk dijadikan pekerja walaupun mereka belum menamatkan pengajian.“Bahkan, saya berjumpa dengan pelatih-pelatih yang menamatkan pengajian hari ini dan majoriti mereka memaklumkan telah bekerja dalam industri,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Graduasi TESDEC 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini.Beliau yang mewakili Menteri Besar turut merasmikan majlis itu dan memberi nasihat kepada graduan supaya menanamkan sikap kepimpinan, amanah dan integriti untuk melonjakkan kecemerlangan dan kesejahteraan agama, bangsa dan negara.“Anda kini menjadi cermin dan teladan dalam masyarakat. Saya harapkan para graduan berani mengambil risiko, mampu mengurus perbezaan serta bertindak dengan hikmah dan berperanan dalam komuniti,” katanya.Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC, Md. Kamaru Al-Amin Ismail memaklumkan, institusi itu akan menyediakan kursus baharu bagi tahun 2019 iaitu Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sebagai tambahan kepada 13 kursus pelbagai peringkat sedia ada.Seramai 115 graduan TESDEC daripada tujuh kursus utama dianugerahkan sijil dalam majlis yang gilang-gemilang hari ini dengan sembilan daripada mereka dinobatkan sebagai graduan terbaik mewakili kursus masing-masing.Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah TESDEC, Mat Azmi Arshad (Pegawai Daerah Marang) dan Anuar Awang (Yang Dipertua Majlis Daerah Marang).
08 Dec 18
777
Empty Image
Terengganu Tinjau Pusat Perlindungan, Bantu Wanita Kurang Bernasib Baik - Satiful Bahri
Oleh: Muhd Lukman, Khairuddin YusofSABAK BERNAM, 6 Disember - Dalam usaha menambah baik pendidikan rakyat di kalangan semua peringkat khususnya golongan wanita yang kurang bernasib baik, Kerajaan Terengganu bertindak meninjau operasi keseluruhan pusat perlindungan sedia ada.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, tinjauan dan lawatan kerja ke Selangor hari ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan dua hala dengan pusat perlindungan di sini yang telah lama beroperasi."Kerajaan negeri sentiasa mencari jalan untuk melindungi dan membela golongan seumpama ini. Kita berhasrat untuk belajar dari negeri Selangor yang telah banyak mempunyai pusat-pusat perlindungan."Kita juga sedia maklum pelatih-pelatih di sini juga sebahagiannya dari Terengganu yang masuk melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (Maidam) di bawah kategori perintah mahkamah," katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam lawatan kerja ke Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, di sini hari ini.Rombongan kerajaan tersebut terdiri daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Kehakiman Syariah dan Maidam.Turut serta dalam lawatan itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Maliaman Kassim dan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said."Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Baitul Ehsan dan semua pihak yang terlibat kerana telah memberikan latihan dan didikan kepada para pelatih di sini," ucapnya.Sementara itu, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato' Bakhtiar Hussin menyambut baik hasrat kerajaan negeri untuk menjalinkan kerjasama dua hala dengan pihak MAIS."Kita mengalu-alukan kerjasama ini untuk membantu golongan ini memperbaiki diri mereka dengan latihan yang ditawarkan di sini."Kita juga mempunyai beberapa tempat perlindungan yang lain dan sebahagiannya adalah Pusat Perlindungan Baitul Ehsan untuk golongan wanita manakala Baitul Iman untuk golongan lelaki," jelasnya.Katanya, tujuan pusat ini ditubuhkan adalah untuk membangunkan asnaf Al-Riqab."Tujuan penubuhan pusat ini untuk membebaskan mereka melalui kaedah merawat, memulih dan memberi perlindungan secara menyeluruh dan berkesan melalui al-Quran dan sunnah.Menurutnya, pusat ini turut berkolaborasi dengan Kolej Komuniti Sabak Bernam untuk memantau bidang kemahiran yang ditawarkan di pusat berkenaan."Di sini kita mempunyai tiga bidang kemahiran iaitu memasak, menjahit dan membuat kraftangan yang ditawarkan kepada para pelatih serta akan dipantau oleh kolej komuniti."Mereka juga akan memperolehi sijil kemahiran setelah menamatkan bidang kemahiran ini dari kolej komuniti sekali gus akan membantu mereka bekerja pada masa akan datang," tambahnya.
06 Dec 18
751
Empty Image
2,900 Penerima Bantuan Sekolah DUN Bukit Besi Ukir Wajah Ceria
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 3 November- Perasaan gembira jelas terbayang pada raut wajah kebanyakan ibu bapa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, di sini, hari ini, apabila mula menerima bantuan pakaian persekolahan untuk anak-anak mereka untuk sesi baharu 2019 secara berperingkat-peringkat. Bantuan pakaian termasuk kasut dan beg sekolah yang berjenama `Canggih' antara insentif ditunggu-tunggu ibu bapa sejak memohon pada Oktober lalu.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata,  bantuan itu menzahirkan bahawa kerajaan negeri melakukan apa sahaja yang difikirkan terbaik dalam meringankan bebanan ibu bapa."Kerajaan negeri meneruskan lagi bantuan persekolahan. Hari ini merupakan hari pertama dilakukan agihan, di mana baucer yang diperolehi ditebus di sini. Ia menunjukkan kerajaan negeri benar-benar ingin membantu rakyat dan menjaga kebajikan mereka dalam pelbagai aspek kehidupan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika hadir semasa proses pengagihan bantuan persekolahan, di Dewan Sivik, Kampung Jerangau, di sini, pada hari ini.Ghazali berkata, kerajaan negeri amat mengutamakan sektor pendidikan bagi membangunkan modal insan berteraskan slogan Terengganu, Maju Berkat Sejahtera sepertimana dalam bajet dibentangkan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar minggu lalu."Di samping itu juga, ramai ibu bapa yang hadir senang hati dan.memuji cara agihan yang dilakukan oleh kakitangan i-MiTS (Institut Modal Insan Sejahtera Terengganu)," ujarnya.Sementara itu Penyelia i-MiTS DUN Bukit Besi, Khaziman Khalik berkata, kira-kira 2,900 pemohon di DUN berkenaan memperolehi bantuan berkenaan."Agihan ini akan dijalankan selama tiga hari. Berkaitan dengan baju pengawas atau yang memerlukan selain warna putih kerana menjawat jawatan tertentu di sekolah boleh melakukan pertukaran."Ibu bapa atau penjaga ambil dahulu pakaian di sini, kemudian ditukar sendiri di kedai pengedar baju sekolah 'Canggih' dan jika ianya berlainan harga, ibu bapa perlu menambah sendiri kos berkenaan," katanya.Menurutnya, semua penerima menyatakan rasa puas hati dan pulang bersama anak masing-masing dengan senyuman kerana sumbangan itu sekurang-kurangnya meringankan bebanan keluarga terutama yang memiliki anak ramai dan berpendatan rendah.
03 Dec 18
88
Empty Image
Terengganu Agih Bantuan Persekolahan Bermula Hari Ini
Ustaz Satiful Bahri Mamat (duduk) bertanyakan saiz kasut seorang kanak-kanak.Oleh: Muhd LukmanDUNGUN, 3 Disember - Bantuan awal persekolahan telah mula diagihkan bermula hari ini secara berperingkat mengikut daerah di Negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, sebelum ini kerajaan dahulu turut mengagihkan bantuan persekolahan tetapi dalam bentuk baucer tunai."Kalau dulu bantuan ini diterima dalam bentuk tunai namun kali ini kita agihkan terus pakaian sekolah lengkap untuk lelaki dan perempuan."Kerajaan berusaha memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dalam bentuk pakaian melalui rundingan dengan Syarikat Pakaian Canggih," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2019 Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka yang bertempat di Dewan Sivik Paka hari ini.Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, bantuan ini akan diagihkan kepada 32 DUN di Terengganu secara berperingkat."Setakat maklumat yang kita dapat, lebih kurang 3,000 hingga 4,000 orang yang menerima bantuan ini dari setiap DUN.Beliau juga memberitahu, sekiranya bantuan ini berjalan dengan baik, ianya akan dikemaskini, ditambah baik pada masa akan datang dan diteruskan kepada rakyat negeri ini."Insya-Allah kerajaan negeri akan meneruskan bantuan ini pada masa akan datang."Saya juga berharap bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan ini dapat membantu serta meringankan beban rakyat dengan kenaikan harga barang hari ini," tambahnya.Dalam pada itu, seramai 5,105 orang pelajar dari 27 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sekitar DUN Paka menerima bantuan ini yang bermula pada pagi tadi sehingga Ahad depan secara berperingkat.Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Paka, Jabatan Amal Paka, Muslimat PAS Paka, Pemuda PAS Paka dan wakil MPKK yang turut membantu dalam program pengagihan hari ini.
03 Dec 18
96
Empty Image
YT Taja 683 Pelajar Sesi 2018/2019
Dr Ahmad Samsuri (tengah) ketika menyampaikan derma siswa di UMT baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 3 Disember - Seramai 683 orang pelajar tajaan Yayasan Terengganu (YT) telah dihantar belajar ke institusi pengajian tinggi dalam negeri dan institusi pengajian tinggi di sembilan buah negara luar untuk sesi pengajian 2018/2019.Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri berkata, ini termasuk seramai 459 orang dihantar ke pusat pengajian tinggi dalam negeri dan selebihnya (224 orang) ke luar negara.Menurutnya seramai 193 pelajar dihantar ke Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk ke TATI University College (TATiUC),  Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) (122), Universiti Teknologi MARA (UiTM) (41), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa) (20), Politeknik (15), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) (10).Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) (lapan), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) (tujuh), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (empat), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) masing-masing tiga orang.Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP), masing-masing dua orang.Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) masing-masing seorang pelajar. Sementara selebihnya (23 orang) belajar di pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Dato' Abd Halim Jusoh dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke 14 di Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini.ADUN itu memohon senarai lengkap bilangan pelajar-pelajar tajaan YT untuk setiap negara jika di luar negara dan senarai untuk setiap universiti jika di dalam negara sama ada IPTA atau IPTS.Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata kerajaan juga menghantar pelajar keluar negara termasuk ke Rusia seramai 75 orang, Jordan (49), Indonesia (48), United Kingdom (20), Jerman (17), Mesir (12), Australia (dua) dan Amerika Syarikat (seorang).
02 Dec 18
51
Empty Image
440 Pelajar Cemerlang Ditaja Sejak 2010
Dr Ahmad Samsuri MokhtarKUALA TERENGGANU, 3 Disember - Kerajaan Negeri  menaja seramai 440 pelajar cemerlang ke luar negara sejak 2010 dengan penajaan ke Rusia paling ramai berjumlah 219 orang.Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pada tahun 2010, seramai 56 orang pelajar telah dihantar ke Rusia, tahun 2011 (69), manakala tahun 2012dan 2013 masing-masing seramai 47 orang.Katanya, mulai tahun 2014 hingga tahun ini, tiada pelajar di hantar untuk belajar di Rusia.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Haji Hilmi Harun dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu ke 14 di Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini.ADUN Manir itu ingin tahu bilangan pelajar cemerlang yang telah ditaja oleh Kerajaan Negeri Terengganu dari tahun 2010 dan destinasi institusi pengajian mereka.Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata, di Mesir kerajaan telah menaja seramai 127 orang pelajar termasuk 61 orang, tahun 2010, tahun 2011 dan 2012 masing-masing seramai 19 orang, tahun 2013 (24) dan tahun 2014 (empat)."Tiada penajaan pelajar ke Mesir dibuat mulai tahun 2015 hingga tahun ini," jelas beliau.Sementara itu seramai 82 orang pelajar di hantar ke United Kingdom mulai 2010 sehingga tahun ini.Ini termasuk tujuh orang pada tahun 2010, 21 orang (2011), 17 orang (2012), tujuh orang (2013), dua orang (2014), 15 orang (2015), lapan orang (2016), seorang (2017)dan empat orang (2018).Kerajaan katanya, menghantar seramai 76 pelajar ke Jordan termasuk 28 orang pada tahun 2012, 22 orang (2013), 15 (2014) dan 11 (2015).Menurut beliau tiada penghantaran pelajar ke negara itu pada tahun 2010, 2011, 2016, 2017 dan 2018.Sementara ke Indonesia, kerajaan menghantar seramai 60 orang pelajar termasuk 29 orang pada tahun 2015, enam orang (2011), lima orang (2012), seorang pelajar (2013) dan empat orang (2014) manakala tahun-tahun lain tiada penajaan pelajar dibuat.Sementara ke Jerman pula kata beliau, seramai 17 pelajar telah dihantar termasuk masing-masing lima orang pada tahun 2014 dan 2017, empat orang (2015) dan tiga orang (2016) manakala tahun-tahun lain tiada penajaan dibuat.Ke magribi pula, jelas beliau kerajaan menghantar lima orang pelajar termasuk empat orang pada tahun 2012 dan seorang (2014), manakala tahun-tahun lain tiada penajaan dibuat.Sementara ke Amerika Syarikat, kerajaan menghantar dua orang pelajar pada tahun 2010 manakala tahun-tahun lain tiada penajaan dibuat."Hanya seorang sahaja pelajar dihantar masing-masing ke Australia pada tahun 2011, Jepun (2012) dan Perancis (2010)," jelasnya.Katanya, mengikut kadar tahunan pula kerajaan menghantar seramai 127 orang pelajar pada tahun 2010, 116 orang (2011), 121 orang (2012), 98 orang (2013), 31 orang (2014), 59 orang (2015), 26 orang (2016), enam orang (2017) dan empat orang (2018).
02 Dec 18
33
Empty Image
Bajet 2019 : Terengganu Teruskan Biasiswa Kepada Pelajar Bidang Agama Di Luar Negara
Satiful Bahri Mamat.KUALA TERENGGANU, 26 November - Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) akan menyambung semula penajaan kepada pelajar Terengganu yang berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang agama di luar negara bermula tahun depan.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, sebelum ini kerajaan terdahulu telah menghentikan pemberian biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di beberapa buah negara. “Ianya melibatkan pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang agama di Mesir pada 2011 diikuti pelajar di Jordan dan Maghribi pada tahun 2015."Alhamdulillah, dalam Bajet 2019, kerajaan negeri akan menyambung semula penajaan kepada pelajar ini dengan peruntukan sebanyak RM15 juta yang akan diuruskan oleh YT."Daripada jumlah itu, RM5 juta ialah biasiswa untuk pelajar cemerlang dan RM10 juta pula pinjaman yuran untuk pelajar luar negara di mana ia tidak terhad kepada pengajian Islam sahaja, malah turut dibuka kepada pelajar bidang lain seperti perubatan," ujarnya.Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ab Razak Ibrahim (PAS-Air Putih) berkaitan apakah jenis pembiayaan yang diberikan agensi kerajaan kepada pelajar luar negara dalam bidang keagamaan dalam sesi soal jawab lisan sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, hari ini.Satiful yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, bagi menampung kos sara hidup bulanan pelajar di luar negara pula, pihaknya akan berkolaborasi dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) untuk pemberian zakat kepada pelajar yang layak.Katanya, kerajaan negeri juga akan meneruskan pemberian insentif persediaan awal RM1,000 kepada pelajar yang berjaya menyambung pengajian di mana-mana universiti dalam dan luar negara."Sebanyak RM1.5 juta juga diperuntukkan kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah untuk anak-anak Terengganu yang berkelayakan," katanya. Dalam pada itu, menjawab soalan Maliaman Kassim (PAS-Ajil) pula, Satiful berkata,  kerajaan negeri akan meningkatkan kemudahan infrastruktur di tiga madrasah moden sedia ada iaitu di Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Besut dan tidak bercadang untuk mewujudkan madrasah yang baharu di kawasan lain."Saya sendiri turun padang dan tengok kemudahan yang ada di madrasah ini, ianya berada dalam keadaan tidak terurus dan boleh mendatangkan musibah kepada pelajar. Kita akan baik pulih dan bersetuju agar madrasah ini ditadbir urus oleh Bahagian Pendidikan JHEAT selepas ini," katanya. 
25 Nov 18
234
Empty Image
Bajet 2019 : Madrasah Moden Akan Ditambah Baik
ADUN Paka, Ustaz Satiful pada persidangan DUN, semalam.Oleh : Mohd Lukman KUALA TERENGGANU, 26 November - Kerajaan negeri bersedia untuk menambah baik tiga Madrasah Moden Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) yang sedia ada di Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, tiada penambahan bilangan pusat pengajian agama itu, namun kerajaan akan menaik taraf infrastruktur serta menyelaras semula pentadbirannya ."Kerajaan negeri tidak berhasrat untuk menambah bilangan Madrasah Moden MAIDAM tetapi kita akan kekalkan dan menaik taraf infrastruktur tiga buah madrasah sedia ada iaitu di Besut, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu."Pihak kerajaan juga akan menyelaraskan pentadbirannya di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) (Bahagian Pendidikan)," katanya.Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Ke-14, hari ini.Satiful berkata, permintaan daripada ibu bapa untuk memasukkan anak mereka ke madrasah moden amat tinggi namun kuota pengambilan pada masa kini amat terhad."Kita mendapat banyak permintaan daripada ibu bapa untuk menghantar anak - anak ke madrasah ini tetapi kuota pelajar buat masa ini amat terhad kecuali di Madrasah Moden Besut yang membuka lebih kurang 60 orang pelajar untuk pengambilan baru," katanya.Menurut beliau lagi, Terengganu  juga akan memfokuskan manifesto (PAS) pada Pilihan Raya Umum lalu, untuk mewujudkan satu Parlimen, satu sekolah rendah islam."Setakat ini, kita akan fokus kepada manifesto kita iaitu untuk mewujudkan sekolah rendah islam sekurang- kurangnya satu di setiap Parlimen."InsyaAllah sebanyak enam buah Sekolah Rendah Islam akan beroperasi bermula Januari 2019,"katanya.
25 Nov 18
561