Artikel "Pendidikan" Terkini
Mudah Cara dengan DAR Perlu - Ustaz Satiful Bahri
Mudir DAR bersama Ustaz Satiful (duduk tengah) dengan e-Book sekolah masing-masing.KUALA NERUS, 20 Disember - Kerajaan negeri memperingatkan semua agensinya melaksanakan dasar pengurusan secara 'mudah cara' dan lebih mesra kepada pusat-pusat pendidikan rakyat dengan syarat pusat-pusat berkenaan mengikut peraturan yang telah ditetapkan kerajaan.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ini termasuk menjaga prinsip-prinsip keharmonian dan dasar kerajaan serta mengikut amalan mazhab yang betul dalam masyarakat yang sedia ada.Katanya, kerajaan mengharap urusan pendaftaran sekolah-sekolah berkenaan dipermudahkan dan akan dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dengan baik.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucaptama di Majlis Penyerahan e-Book kepada kira-kira 11 buah DAR di Dewan Komtaq Batu Enam di sini semalam.Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Top IT Industries Sdn Bhd (Top IT), Ustaz Haji Zakaria Dagang, Pengarah Jabatan Tarbiyah DAR, Ustaz Ibrahim Tahir dan Mudir-mudir DAR dari seluruh negeri Terengganu.Ustaz Haji Zakaria (kanan) menyerahkan replika cek bernilai RM24,000 kepada Ustaz Satiful Bahri (kiri)Ustaz Satiful yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, kerajaan negeri juga memberi sokongan dan dokongan kepada rakyat yang turut sama membangunkan bidang pendidikan di negeri Terengganu."Negara-negara luar mendirikan sekolah berasaskan kepada kenegerian dan perkauman sebagai contoh kerajaan Turki membuka sekolah Turki dan mengajar bahasa Turki."Jadi masyarakat luar cukup menjaga bahasa dan bangsa mereka sekaligus membuka sekolah-sekolah bermula dari peringkat pra-sekolah. untuk tujuan tersebut," jelasnya.Bahkan katanya, negara-negara tersebut memberi insentif kepada pengusaha sekolah-sekolah berkenaan kerana dirasakan bahawa mereka telah banyak membuat pelaburan dalam bidang tersebut.Sementara itu Ustaz Haji Zakaria ketika ditanya menjelaskan, sebanyak 550 buah e-book akan diagihkan ke seluruh sekolah DAR di negeri itu."Setiap sekolah dar dijangka akan mendapat antara 30 hingga 50 buah e-Book yang akan di tempat di sebuah bilik khas (Bilik Maya) yang akan disediakan di setiap sekolah berkenaan," jelasnya.Top IT turut memberi sumbangan sebanyak RM24,000 kepada Jabatan Tarbiyah DAR di majlis berkenaan untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah terbabit.
19 Dec 18
167
Permohonan Program Saintis Islam Terengganu Kini Dibuka
KUALA TERENGGANU, 17 Disember- Permohonan mengikuti Program Saintis Islam Terengganu bagi tahun 2019 kini dibuka sehingga 24 Disember ini kepada anak-anak Terengganu yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi dengan tajaan kerajaan negeri.Program anjuran kerajaan negeri menerusi Yayasan Terengganu dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) yang memasuki edisi kelima itu mempelawa calon-calon yang berminat untuk mengikuti program tersebut.Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim berkata, kerajaan negeri bersetuju memberikan penajaan biasiswa sepenuhnya kepada pelajar yang terpilih dan berkelayakan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah (PhD).Katanya, program tersebut bertujuan melahirkan Saintis Islam yang hafiz 30 juzuk al-Quran, mendalami ilmu-ilmu Islam dan pakar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sekali gus memartabatkan kegemilangan Islam di negeri ini.“Permohonan ini terbuka kepada semua anak negeri Terengganu yang berminat serta mempunyai sahsiah yang baik, kemahiran insaniah (soft skill), fasih berkomunikasi bahasa Inggeris dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.“Jumlah biasiswa kebiasaannya bergantung kepada kos pengajian dan juga kursus yang diikuti pelajar dan apabila tamat pengajian mereka perlulah berkhidmat di Terengganu,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di Pejabat Yayasan Terengganu, hari ini.Katanya, kerajaan negeri menggerakkan program itu bagi melahirkan golongan saintis bergelar hafiz dengan memiliki ilmu dan kepakaran dalam pelbagai bidang strategik termasuk aeroangkasa, kejuruteraan, perubatan dan sebagainya.Ishamudin menyifatkan sejak program tersebut dijalankan pada 2015, sambutan yang diterima daripada pelajar cemerlang bagi mengikuti program ini sangat baik.Menurut beliau, permohonan boleh dibuat melalui muat turun borang di laman sesawang www.myimtiaz.com.my atau www.yt.gov.my atau boleh didapati di Pejabat Yayasan Terengganu dan di hantar ke Pejabat Yayasan Terengganu.
16 Dec 18
96
Besut Jadi Hab Rujukan Ilmuwan Islam
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 16 Disember - Daerah ini mampu menjadi hab perkongsian ilmu agama dan sumber rujukan ilmuwan Islam negeri.Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Dr Riduan Mohd Nor berkata, sejak dahulu lagi, daerah itu menjadi tumpuan dan kunjungan ramai umat Islam dari dalam dan luar Terengganu serta negara jiran untuk menuntut ilmu."Terdapat banyak pondok-pondok seperti Pondok Bukit Puteri, Pondok Haji Wan Latif dan banyak lagi yang sangat dikenali di negeri ini."Peredaran masa juga menyebabkan banyak pondok pengajian baru diwujudkan sama ada oleh orang perseorangan dan juga oleh kerajaan,"katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah di Medan Ilmu Jerteh, di sini, kelmarin.Dr Riduan berkata, ramai di kalangan alim ulama yang hebat pernah menuntut ilmu agama di Besut termasuklah Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah belajar agama di Pondok Jerteh suatu ketika dahulu."Saya menyeru kepada Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di setiap kampung supaya berusaha untuk menghidupkan kembali majlis-majlis ilmu di kampung masing-masing."Orang Besut sepatutnya bijak mengambil peluang untuk belajar ilmu agama di masjid dan surau yang menjemput ustaz-ustaz, tokoh dan pemimpin agama yang bertauliah untuk mengajar,"katanya.
16 Dec 18
146
Anak Kembar Penyelaras DUN Bukit Besi Cemerlang PT3
Ghazali bersama anak kembarnya Hafizi dan Hafizah.Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 14 Disember- Keputusan peperiksaan Penilaian Tingkatan 3 (PT3), kelmarin turut melakar momen indah buat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi sekeluarga apabila anak kembarnya merekod keputusan cemerlang dalam peperiksaan umum itu.Ghazali Sulaiman berkata, kejayaan anaknya, Hafizi dan Hafizah Ghazali yang mendapat keputusan 10A itu diterima dengan penuh kesyukuran dan gembira.Pasangan kembar yang belajar di sekolah berasrama penuh di Setiu itu turut berjaya menghafaz 17 juzuk al-Quran melalui pengajian Tahfiz Modul Ulul Albab (TMUA)."Peperiksaan di Sekolah itu juga turut mementingkan bahasa Inggeris, di mana peperiksaan adalah di dalam bahasa Inggeris, terutamanya bagi subjek Sains dan Matematik."Antara resepi kejayaan anak saya adalah kami selalu bimbing dan ingatkan mereka kepentingan terhadap pelajaran."Kami juga menitikberatkan didikan agama, supaya sentiasa ingat kepada Allah selain amalan membaca al-Quran dan selalu melakukan solat sunat, di samping sentiasa melakukan ulangkaji," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika dihubungi semalam.Ghazali menambah, antara resepi lain kejayaan anaknya juga adalah pentingnya mendapat doa yang baik dan restu dari ibu bapa masing-masing."Tanpa restu ibu bapa kejayaan tidak akan memberi apa-apa makna."Kejayaan yang sejati bukan sahaja kejayaan didalam akademik, bahkan kejayaan menjadi anak yang soleh dan solehah,"katanya.Pada masa yang sama, Ghazali juga mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PT3 terutama di DUN Bukit Besi."Bagi yang tidak cemerlang, jangan berputus asa, masih ada masa untuk melakukan yang terbaik pada SPM di Tingkatan Lima nanti," katanya.
14 Dec 18
76
50 Orang Asli Terima Bantuan Persekolahan
Oleh: Shahril AswadHULU TERENGGANU, 14 Disember - Seramai 50 orang Asli di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong merupakan antara 410 orang penerima pada hari kedua agihan Bantuan Awal Persekolahan 2019 peringkat DUN Telemong, di sini.Mereka merupakan penduduk Kampung Sungai Berua dan Kampung Tapah di Mukim Jenagor.Pegawai Penyelaras DUN Telemong, Mohd Safari Abu berkata, bantuan itu merupakan komitmen kerajaan negeri bagi meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan sebagai persiapan musim baru persekolahan.“Keprihatinan kerajaan negeri menerusi skim bantuan ini adalah untuk meringankan beban rakyat khususnya untuk persiapan persekolahan.“Kita layan rakyat dengan adil, kita tidak akan sisihkan orang Asli dan sumbangan daripada agensi kerajaan akan diteruskan untuk membantu penduduk etnik ini di sini menjalani kehidupan yang lebih selesa seperti rakyat lain," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2019 DUN Telemong di Dewan Sivik Kampung Kuala Pueh baru-baru ini (11 Disember).Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Telemong, Ustaz Yusuf Abdullah dan Pegawai Jawatankuasa Kebajikan Orang Asli (JKOA) Sungai Berua, Ghazali Ngah.
14 Dec 18
52
Anak Penoreh Getah Hadiahkan 13A PT3
Abdul Rahman gembira dengan kejayaan Idham yang memperoleh keputusan cemerlang.Oleh: Aslam WiraMARANG, 13 Disember - Ahmad Idham Abdul Rahman, 15, yang merupakan anak seorang penoreh getah menghadiahkan keputusan cemerlang kepada ibu bapanya dengan berjaya mendapat 13A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2018.Katanya, antara faktor kejayaannya adalah dorongan kuat untuk membantu ibu bapanya kerana mereka bukan daripada keluarga yang senang."Saya sangat berterima kasih kepada ibu bapa kerana saya yakin mereka tidak henti-henti mendoakan saya setiap masa walaupun tanpa pengetahuan saya," ujarnya ketika ditemui pemberita di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang hari ini.Malah, Idham merupakan pelajar Kelas Tamayyuz Sekolah Menengah Agama Marang, di mana diwajibkan pelajar kelas tersebut menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam masa beberapa tahun."Setakat ini, alhamdulillah, saya sudah menghafaz 10 juzuk al-Quran, dan kejayaan ini juga adalah berkat daripada menghafaz al-Quran itu sendiri," jelasnya.Idham yang tinggal di Kampung Batangan adalah anak bongsu daripada sembilan adik-beradik kepada pasangan Abdul Rahman Abdullah, 60, seorang penoreh getah dan Zainab Taha, 51, seorang suri rumah sepenuh masa.Pegawai Khas Menteri Besar, Sabri Zakaria (kiri) meraikan kejayaan Idham yang memperoleh keputusan cemerlang.Dalam tumpuan sama, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar yang merekodkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan PT3 2018."Kepada adik Idham, saya amat berbangga dengan pencapaian anda. Malah saya yakin seluruh ahli keluarga, guru-guru dan masyarakat juga berasa bangga dengan keputusan tersebut."Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas segala pengorbanan dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh warga guru. Tanpa jasa guru-guru, pencapaian cemerlang dan memberangsangkan ini tidak akan menjadi kenyataan."Bagi pelajar yang mendapat keputusan kurang memberangsangkan, jangan berputus asa, saya percaya jika disuntik semangat dan disokong usaha kental membimbing mereka, insya-Allah kejayaan yang diburu akan menjadi kenyataan," katanya.Beliau berkata demikian melalui perutusan yang dikirimkan kepada Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Sabri Zakaria.Keputusan yang diperolehi Idham hari ini menunjukkan bahawa jurang pencapaian antara pelajar di bandar dan di luar bandar telah dapat dikurangkan.
13 Dec 18
431
Lebih 800 Jawatan Imam Dan Bilal Perlu Diisi
KUALA TERENGGANU, 13 Disember - Kerajaaan negeri merekodkan lebih 800 kekosongan jawatan imam dan bilal yang masih belum diisi di masjid kerajaan dan mukim seluruh negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, ia antara lain disebabkan kerana tidak ramai individu yang berminat dan berkelayakan untuk memikul tanggungjawab itu."Mengikut kuota, di setiap masjid ada tiga imam dan tiga bilal, namun secara purata, ada dua imam dan bilal di lebih 500 masjid mukim seluruh negeri."Ketika sebilangan imam dan bilal yang sedia ada uzur, calon-calon yang dicadangkan oleh jawatankuasa masjid atau kepimpinan di peringkat kampung gagal dalam proses temuduga yang dijalankan."Mungkin kerana mereka tidak bersedia semasa temuduga dan tidak begitu berminat tetapi dicalonkan, jadi kegagalan itu menyebabkan mereka tidak lagi mahu melalui proses itu,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Haflu Al Takrim Al-Sanawi 2018 Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), di sini hari ini.Pada majlis itu dua pelajar warga emas dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi kategori lelaki dan perempuan.Kedua-duanya, Mohd. Nor Rani, 65, dari Kampung Kubang Parit dan Wan Muni Wan Muda, 75, masing-masing berasal dari Marang menerima Anugerah Kulliyyah Al-Furqan bagi kategori lelaki dan perempuan.Mohd. Nor yang merupakan bekas Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) secara khususnya mendapat Anugerah Imam Ibnu Tohhan Al-Andalusiy manakala Wan Muni pula mendapat Anugerah Sheikhah Ummu Sa’ad Najm Al-Misriyyah.Mereka berdua adalah antara 616 pelajar KQT yang diraikan hari ini dalam majlis itu. Daripada jumlah itu, 555 orang merupakan penerima Sijil Ulum al-Quran manakala selebihnya iaitu 61 orang adalah penerima Sijil Dirasat Quraniah.
12 Dec 18
638
477 Calon PT3 Terengganu Capai Semua A
Gambar hiasan. Foto ihsan - Sinar HarianKUALA TERENGGANU, 13 Disember - Seramai 477 calon di negeri Terengganu berjaya memperoleh semua A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2018 bagi semua mata pelajaran.Terengganu mencapai Gred Purata Negeri 2018 sebanyak 3.24 dengan seramai 19,237 calon menduduki peperiksaan tersebut membabitkan 145 pusat peperiksaan di seluruh Terengganu.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang memperoleh keputusan PT3 pada jam 10 pagi tadi."Tahniah kepada semua pelajar cemerlang PT3 2018. Kepada yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Jadikan kegagalan sebagai batu loncatan untuk berjaya pada masa akan datang," katanya.Beliau berkata demikian dalam satu status yang dimuat naik di Facebook rasmi beliau hari ini.Dalam tumpuan sama, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin memberitahu, Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu mendominasi pencapaian terbaik dan diikuti oleh sekolah berasrama penuh."Bagaimanapun tiada perbandingan secara terus boleh dibuat kerana sekolah berlainan mempunyai set soalan yang berbeza. Pelaporan Pentaksiran Sekolah Menengah (PPSM) 2018 adalah gabungan 4 komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu PT3, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)."Selain PT3 , calon juga diberi sijil pencapaian dalam PBD yang dinilai oleh guru mata pelajaran masing-masing. PAJSK pula dinilai berdasarkan penglibatan dan pencapaian dalam kokurikulum dan PPsi pula dinilai berdasarkan kecenderungan dan minat calon tersebut. Keempat-empat sijil ini hendaklah dilihat bersama dalam menentukan kemenjadian calon," jelasnya.
12 Dec 18
92
Temuduga Pelajar SRIDI 17 Disember
Satiful mahu pelajar terbaik sertai SRIDI.KUALA NERUS, 13 Disember - Pemilihan pelajar-pelajar yang memohon Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) akan dilaksanakan dalam sesi temuduga pada 17 Disember ini.Temuduga itu akan diadakan di enam lokasi pertama SRIDI iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun, Hulu Terengganu dan Besut.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, proses itu perlu dilakukan kerana permohonan yang diterima melebihi kapasiti yang diperlukan."Setakat ini, kita hanya memerlukan 50 pelajar bagi setiap cawangan SRIDI dan pelajar-pelajar ini akan dipilih secara adil melalui temuduga tersebut."Paling penting, kita akan pilih yang terbaik kerana para pelajar bakal mengikuti subjek tambahan yang lebih banyak berbanding sekolah rendah kebangsaan," katanya ketika hadir bertemu guru-guru SRIDI yang mengikuti kursus induksi di Institut Pendidikan Guru Dato' Razali Ismail, semalam. Satiful bersama kepimpinan JHEAT dan guru-guru SRIDI.Dalam kunjungan tersebut, beliau turut menasihati 44 guru yang baru dilantik untuk melaksanakan tugas dengan baik."Ini adalah amanah yang harus ditunaikan sebaik mungkin. Saya berharap para guru yang menggalas kepercayaan kerajaan negeri ini dapat buat yang terbaik demi imej dan masa depan pendidikan Islam di Terengganu," katanya.Tenaga pengajar SRIDI merangkumi subjek agama dan umum mengikuti kursus induksi bermula 9 Disember lalu yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).Kursus tersebut berakhir hari ini dan mereka seterusnya akan ditempatkan di enam cawangan SRIDI sebelum memulakan tugasan awal Januari 2019.
12 Dec 18
801
Pencarian Saintis Islam Terengganu 2019 Diteruskan
Mazlan Che Wil.KUALA TERENGGANU, 12 Disember - Kerajaan Negeri Terengganu melalui kerjasama Yayasan Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Pusat Sains Islam Terengganu (PSKT) akan meneruskan Program Pencarian Saintis Islam Terengganu 2019.Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Imtiaz), Mazlan Che Wil berkata, kerajaan negeri mempelawa calon-calon yang berminat untuk mengikuti program tersebut."Bagi merealisasikan hasrat ini, Kerajaan Terengganu telah bersetuju untuk memberi penajaan biasiswa sepenuhnya kepada pelajar yang terpilih dan berkelayakan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah (PhD) dan seterusnya berkhidmat di Terengganu," katanya.Beliau berkata demikian dalam satu siaran media yang dikeluarkan Yayasan Terengganu bertarikh 10 Disember, sebagai hebahan tentang Program Pencarian Saintis Islam Terengganu 2019 itu.Dalam tumpuan sama, katanya, program ini bertujuan untuk melahirkan saintis Islam yang hafiz 30 juzuk al-Quran, mendalami ilmu-ilmu Islam dan pakar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM)."Permohonan ini terbuka kepada semua anak negeri Terengganu yang berminat serta mempunyai sahsiah yang baik, kemahiran insaniah (soft skill), fasih berkomunikasi bahasa Inggeris dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan."Permohonan boleh dibuat melalui muat turun borang di laman sesawang www.myimtiaz.com.my atau www.yt.gov.my atau boleh didapati di Pejabat Yayasan Terengganu dan dihantar ke Pejabat Yayasan Terengganu. Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Disember 2018," jelasnya.Pengarah Yayasan Terengganu,Bangunan Yayasan,Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu.Tel: 09-6221733Faks: 09-6232944
11 Dec 18
109