Artikel "Pendidikan" Terkini
Kem Anak Soleh Kampung Kepah 'Talaqqi' Berkitab
Oleh: Shahril AswadHULU TERENGGANU, 26 Disember - Kem Anak Soleh Kampung Kepah menggunakan modul 'talaqqi' berkitab dan mendapat sambutan menggalakkan dari pelajar di kampung berkenaan.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kepah Ustaz Mohd Nasrun Abdullah berkata, Kem Anak Soleh yang bertemakan "Kearah Membina Generasi Al-Quran" itu bertujuan untuk mendidik peserta mendalami ilmu yang diajar dalam al-Quran."Bagi menerapkan acuan al-Quran dalam diri kanak-kanak, kita telah melaksanakan program kem ini dengan modul talaqqi berkitab manakala bagi golongan belia kita akan menganjurkan program khas buat mereka."Dalam membina generasi al-Quran kita insya Allah kita akan pastikan setiap insan akan terdedah kepada program ilmu dan tarbiyyah," katanya ketika ditemui pemberita di sini baru-baru ini.Katanya, cuti persekolahan akhir tahun berjaya dimanfaatkan sebaik mungkin dengan menyusun program kem tersebut untuk mentarbiyyah kanak-kanak dalam mendalami ilmu acuan Al-Quran.
26 Dec 18
567
Pelajar SRIDAF Bakal Belajar Di Bangunan Baharu
Oleh: Jusmawari JusohBESUT, 26 Disember - Pelajar Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF) di Kampung Batu Tumbuh di sini bakal belajar lebih selesa di bangunan baharu tahun depan apabila bangunan sekolah siap untuk digunakan.Serentak itu gotong royong perdana dengan kerjasama komuniti setempat diadakan bagi memastikan bangunan berkenaan bersih dan selesa.Mudir SRIDAF, Ustaz Mohd Basri Mohamad ketika ditemui berkata, bagunan baru itu dibina bagi menggantikan bangunan lama di Kampung Alor Lintah di sini."Bagaimanapun pihak SRIDAF masih lagi memerlukan sumbangan orang ramai bagi menyiapkan sebahagian lagi bangunan bilik darjah untuk menampung pelajar-pelajar bagi sesi hadapan," ujarnya.Seramai 500 orang pelajar yang sudah didaftarkan di SRIDAF sejak 2016 hingga kini termasuk pelajar tahun satu hingga tahun empat.Bagi sesiapa yang ingin menderma, boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Sek Rend. Islam Darul Furqan, 1303 5010 0757 24 atau berhubung melalui Pejabat SRIDAF di nombor 018-955 4016.
26 Dec 18
272
‘Tiada Kejayaan Semanis Madu, Tanpa Usaha Sepahit Hempedu’
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 26 Disember- Kejayaan anak-anak tidak akan dapat dihasilkan tanpa usaha dan didikan yang terbaik daripada ibu bapa, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.Katanya, peranan yang dimainkan oleh ibu bapa amat penting dalam melahirkan anak-anak yang berjaya.“Tiada kejayaan semanis madu, tanpa usaha sepahit hempedu. Peranan ibu bapa sangat penting dalam melahirkan anak-anak yang berjaya. “Malah, ibu bapa juga perlu bekerjasama dengan guru-guru di sekolah supaya mudah untuk guru mengenal pasti potensi anak-anak ketika berada di sekolah”, ujarnya.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2018 Yayasan Terengganu di Dewan Haji Salleh Alor Lintah, Besut, kelmarin.Turut hadir, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Yayasan Terengganu, Dr Hashim Azmi Che Nuh, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Parlimen Besut, Shalahuddin Jaafar.Majlis tersebut dihadiri seramai 69 orang pelajar seluruh daerah Besut yang cemerlang dalam PPSR 2018 bersama ibu bapa masing-masing.Katanya, semua ibu bapa mengimpikan anak-anak yang cemerlang dunia dan akhirat. “Kita tidak mahu anak-anak hanya cemerlang dalam akademik sahaja, tetapi kita juga mahu mereka cemerlang akhlak, cemerlang dalam mentaati ibu bapa dan yang paling penting sekali ialah kita mahu mereka cemerlang agama”“Kita tidak mahu anak-anak membesar tanpa mengenal Tuhan dan tidak tahu hukum hakam agama. Hal ini supaya anak-anak mempunyai akhlak yang baik, sopan santun dan pandai berbudi bahasa,” ujarnya.
25 Dec 18
1022
Kelemahan Agihan Bantuan Diakui Dan Akan Ditambah Baik
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 25 Disember - Agihan Bantuan Awal Persekolahan bagi sesi persekolahan 2019 akan ditambah baik pada masa hadapan mengambil kira sudut positif dan negatif yang timbul untuk manfaat semua rakyat di negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, terdapat beberapa kekurangan dan kelemahan yang telah dikesan sepanjang tempoh pengagihan yang memerlukan penambahbaikan di masa hadapan."Kita akui bukan suatu tugas mudah untuk menyelesaikan dan memuaskan hati semua pihak dengan seramai 4,238 orang penerima di Jabi contohnya, tapi kita cuba lakukan yang terbaik dan mengambil iktibar dari kelemahan yang timbul."Petugas yang ada cuba menyantuni semua pihak dengan sebaiknya," tambahnya lagi.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau agihan Bantuan Awal Persekolahan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi di Dewan Sivik Jabi baru-baru ini (20 Disember).Justeru, katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, proses penukaran bagi saiz yang tidak mencukupi, pertukaran warna baju dan sebagainya akan diselesaikan dalam masa terdekat."Mohon maaf kepada semua rakyat Jabi atas sebaran kekurangan dari pihak kami. Dengan penuh harapan kita dapat menyelesaikannya sebelum memulakan sesi persekolahan baru insya-Allah," katanya.Menurutnya, kawalan keselamatan barangan dijalankan sepanjang siang dan malam sehinggakan ada petugas yang tertidur di atas timbunan kotak."Inilah tenaga penting dari Pusat Khidmat ADUN, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Unit Amal, Ameerah, Keselamatan dan Pemuda DUN Jabi yang bertungkus-lumus sejak seminggu lebih yang lalu bagi menjayakan program ini," ujarnya yang turut bergambar kenangan bersama para petugas.
25 Dec 18
27
Pasangan Kembar Terima Anugerah Kecemerlangan PPSR Daerah Setiu
Pasangan kembar menerima anugerah kecemerlangan daripada Ahli Parlimen Setiu, Shahrizukirnain Abd. Kadir.Oleh : Ariss AliasSETIU, 23 Disember- Sepasang kembar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Bidong, Muhammad Harith Iskandar Nazri dan Muhammad Syahmi Zulkirnain Nazri menerima Anugerah Kecermerlangan Peperiksaan Pentaksiran Sekolah Rendah(PPSR) di sini, semalam.Keduanya juga memperolehi 6A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan baru-baru ini.Nazri Bahrom dan Masrina Hamzah, ibu-bapa pasangan kembar tersebut yang berasal daripada Kampung Lembah Bidong teruja dengan kejayaan si kembar dalam kedua-dua peperiksaan."Kami bangga dengan pencapaian kedua mereka, bahkan SK Lembah Bidong melahirkan tiga orang lagi murid yang cemerlang dalam PPSR, dan teramai bagi daerah Setiu,"Rasa syukur sangat apabila kedua anak kami berjaya mendapat tempat ke Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) Bentong," ujar Masrina.Beliau berkata sedemikian ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan PPSR Tahun 2018 Yayasan Terengganu Peringkat Daerah Setiu di Dewan Sivik Gong Terap.Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shahrizukirnain Abd. Kadir.Seramai 25 orang pelajar daripada 20 buah sekolah di Setiu menerima anugerah bersama ibu-bapa masing-masing. Setiap pelajar menerima sumbangan RM300 setiap seorang beserta sijil penghargaan bagi meringankan bebanan ibu-bapa untuk memulakan sesi persekolahan awal 2019.Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kewangan Yayasan Terengganu, Hajah Noriah Jusoh; Ketua Penyelia i-MiTS Setiu, Ustaz Fauzi Muda; Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof; Penyelia i-MiTS DUN Langkap, Haji Hassan Karim dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Setiu (Kemanusiaan) Haji Rozalan Adam.Sementara itu, Shahrizukirnain berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebahagian besar bajet 2019 untuk pendidikan."Di dalam sidang dewan rakyat baru-baru ini, saya telah mencadangkan agar sebuah Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) dibina di Setiu ini."Salah satu manifesto kita ialah Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) yang akan dibuka di setiap daerah, bagi daerah Setiu InsyaAllah akan dibuka bermula awal tahun 2020", tambah beliau lagi.PPSR bagi tahun 2018 yang diumumkan baru-baru ini meletakkan Daerah Setiu antara yang cemerlang dari segi pencapaian..
23 Dec 18
533
Pendidikan Tetap Jadi Keutamaan Terengganu
Pendidikan keutamaan Terengganu dalam setiap kepimpinan.MARANG, 23 Disember - Kerajaan Negeri Terengganu memastikan bidang pendidikan terus diberi keutamaan sebagaimana pimpinan terdahulu.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali berkata, walaupun kerajaan negeri berubah, tetapi bidang pendidikan tetap diambil kira dan diberi keutamaan."Kerajaan negeri ditadbir oleh Menteri Besar dari kalangan ahli akademik yang berasal dari bidang pendidikan dan memahami keperluan bidang ini."Maka, polisi-polisi baik yang dilaksanakan kerajaan terdahulu akan diteruskan," katanya ketika merasmikan Program Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar Penilaian Prestasi Sekolah Rendah (PPSR) 2018 di Sekolah Menengah Agama Marang hari ini.Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar cemerlang yang menerima anugerah tersebut.Yahaya mahu pelajar cemerlang dalam pelbagai kebolehan."Tahniah kepada yang berjaya hari ini. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat daripada pelbagai pihak iaitu pelajar, ibu bapa, guru-guru, dan pihak bahagian pendidikan yang telah banyak berusaha."Kepada pelajar yang tidak mendapat anugerah kali ini, jangan putus asa kerana banyak lagi peluang dan ruang untuk melakukan yang lebih baik."Kejayaan perlu dilipatgandakan kerana ini hanyalah permulaan."Kita mahu bina bukan semata-mata pencapaian daripada segi peperiksaan, tetapi kombinasi dalam pelbagai kebolehan."Ia sangat penting, supaya tidak dilihat pencapaian itu sekadar peperiksaan."Apa yang kita harap, anak-anak kita mesti menjadikan pencapaian ini sebagai satu permulaan kejayaan mereka di peringkat lebih tinggi."Kita nak pelajar kita terus berkembang dari segi intelektual dan paling asas, pencapaian sahsiah mereka."Kerana akhirnya mereka akan menjadi manusia yang terbaik dan menjalankan perintah Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi," katanya.Seramai 69 pelajar daripada 26 buah sekolah di parlimen Marang menerima insentif sumbangan Yayasan Terengganu (YT) dalam majlis anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) itu.Setiap daripada mereka menerima hadiah wang tunai RM300.Sebanyak RM20,700 diperuntukkan untuk parlimen itu daripada jumlah keseluruhan RM167,500 bagi 558 pelajar cemerlang di seluruh negeri.Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Pengarah YT, Dr. Hashim Azmi Che Noh, Pegawai Pendidikan Daerah, Adnan Salleh@Abd Ghani.
23 Dec 18
100
Kejayaan Hui Ling Buka Mata, Tidak Perlu Takut Tulisan Jawi, Pendidikan Islam - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyampaikan ucaptama pada Majlis Perasmian Ijtima' Kepimpinan Pemuda Islam Asia Kali Ke-2 semalam.Oleh: Aslam WiraKUALA LUMPUR, 22 Disember - Kejayaan Por Hui Ling, 11, seorang pelajar berketurunan Cina Hokkien dan beragama Buddha yang mencatat keputusan luar biasa apabila berjaya meraih 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) yang diumumkan baru-baru ini, memberi gambaran bahawa tidak ada apa yang perlu ditakuti dengan subjek pendidikan Islam dan tulisan jawi.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sekiranya masyarakat boleh memahami keadaan itu terutamanya golongan bukan Melayu, beliau percaya keharmonian itu akan mudah dicapai.“Apa yang kita bimbangkan adalah apabila wujudnya satu kesangsian antara satu pihak dengan satu pihak yang lain dalam komuniti," ujarnya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Majlis Perasmian Ijtima' Kepimpinan Pemuda Islam Asia Kali Ke-2 di Hotel De Palma, Ampang, Kuala Lumpur, semalam.Katanya, Hui Ling telah berjaya membuka mata ramai pihak bahawa walaupun hidup dalam pelbagai komuniti, masyarakat boleh terlibat dalam bidang pendidikan dan seumpamanya tanpa mengira latar belakang."Inilah antara gambaran sebuah kumpulan masyarakat yang lebih harmoni,” jelasnya lagi.Foto ihsan - NSTP/ Berita HarianKejayaan Por Hui Ling, 11, dari Taman Desa Jaya Kampung Gong Pak Damak itu merupakan satu sejarah di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring (SKTJ).Anak ketiga daripada empat beradik itu meraih semua A untuk semua subjek agama iaitu Ulum Syariah, Pelajaran Jawi, Lughatul al-Quran (Bahasa Arab), Penghayatan Cara Hidup Islam, Bidang al-Quran, Sirah, Adab dan Amali Solat.Ini adalah pencapaian istimewa kali pertama yang dicatat di SKTJ oleh anak ketiga daripada empat beradik tersebut setelah memecah rekod abangnya, Por Jie Hao, 14, yang memperoleh 5A 3B dalam UPKK sebelum ini.
22 Dec 18
361
Hui Ling Capai Semua A UPKK
Por Hui Ling. Foto ihsan - NSTP/ Berita HarianKUALA NERUS, 20 Disember - Seorang murid berketurunan Cina Hokkien dan beragama Buddha mencatat keputusan luar biasa apabila berjaya meraih 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) yang diumumkan, baru-baru ini.Kejayaan Por Hui Ling, 11, dari Taman Desa Jaya Kampung Gong Pak Damak itu merupakan satu sejarah di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring (SKTJ).Anak ketiga daripada empat beradik itu meraih semua A untuk semua subjek agama iaitu Ulum Syariah, Pelajaran Jawi, Lughatul al-Quran (Bahasa Arab), Penghayatan Cara Hidup Islam, Bidang al-Quran, Sirah, Adab dan Amali Solat.Hui Ling berkata, dia mengikuti kelas UPKK atas kerelaannya sendiri memandang abangnya, Por Jie Hao, 14, pernah mengikuti kelas UPKK di SKTJ.“Abang memperolehi 5A dan 3B dalam UPKK pada 2015 justeru saya terdorong untuk mencatat keputusan yang lebih baik daripada abang.“Ibu dan ayah pula menyokong kerana bagi mereka, saya perlu mempelajari juga apa yang murid Melayu belajar kerana semua rakan Melayu juga belajar bahasa Mandarin.“Memang seronok apabila berpeluang mempelajari semua subjek dalam UPKK terutama subjek Pelajaran Jawi,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.Tambahnya, dia berterima kasih kepada semua guru UPKK di SKTJ yang mengadakan kelas tambahan untuk murid yang lemah dalam subjek Pelajaran Jawi.“Saya antara murid yang paling lemah dalam subjek Pelajaran Jawi justeru terpaksa mengikuti kelas tambahan pada Jumaat dan Sabtu. Dalam tempoh beberapa bulan, saya berjaya menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi selain boleh membaca perkataan dalam Bahasa Arab.“Pencapaian itu memberi kepuasan kepada saya malah menjadi pendorong kepada rakan-rakan lain untuk cemerlang dalam UPKK,” katanya.Menurutnya, semua jenis ilmu atau mata pelajaran boleh dikuasai sekiranya seseorang itu mempunyai kesungguhan dan keinginan yang tinggi.“Saya hanya belajar ketika sesi pembelajaran di dalam kelas selain tidak malu untuk bertanya guru sekiranya tidak memahami sesuatu pembelajaran. Melalui disiplin itu saya berjaya mencapai kecemerlangan di dalam UPKK,” katanya.Sementara itu, Jie Ho berkata, dia berasa bangga dengan pencapaian yang diperolehi adiknya itu.“Semua subjek dalam UPKK itu bukan senang untuk skor A, paling susah subjek Pelajaran Jawi dan Bahasa Arab. Saya pernah mengikuti semua kelas UPKK oleh itu sedia maklum dengan cabaran dalam menguasai dan mempelajari semua subjek,” katanya.Sementara itu Guru Besar SKTJ , Abdul Aziz Deraman berkata, kejayaan Hui Ling menjadi satu sejarah kepada SKTJ.“Sebelum ini Jie Ho yang mencatat keputusan cemerlang dan diteruskan oleh Hui Ling dengan keputusan yang lebih cemerlang pada tahun ini. Kejayaan Hui Ling itu akan menjadi perangsang dan cabaran kepada murid-murid lain yang beragama Islam untuk turut cemerlang dalam UPKK,” katanya.Menurutnya, Hui Ling antara 57 daripada 138 murid yang menduduki UPKK memperolehi 8A di SKTJ pada tahun ini.SUMBER: BERITA HARIAN
20 Dec 18
160
Maidam Yakin Kutip Zakat RM140 juta
KUALA TERENGGANU, 20 Disember - Negeri Terengganu berjaya meningkatkan kutipan zakat yang dipungut melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam) pada 2018 serta yakin akan dapat mencapai sasaran sebanyak RM140 juta.Yang Dipertua Maidam, Dato' Haji Osman Muda berkata, sehingga kini pungutan zakat yang terkumpul adalah sebanyak RM137 juta."Pada tahun ini, pungutan zakat di negeri Terengganu adalah sebanyak RM137 juta sehingga kelmarin (18 Disember). Target kita berjumlah RM140 juta sehingga penghujung tahun ini. Kita ada kurang lebih 2 minggu lagi. Insya-Allah kita yakin sasaran dapat dicapai sebab akhir tahun memang ramai nak keluarkan zakat," ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pembahagian Pakaian Sekolah Kepada Penghuni Asrama Darul Akhyar Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2019 anjuran Maidam di Dewan Kenanga, Club House, Terengganu Equestrian Resort (TER), Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai hari ini.Osman berkata, sasaran pada tahun ini meningkat berbanding jumlah yang telah dikumpulkan pada tahun lalu, sebanyak RM133 juta.Oleh itu menurutnya, agihan asnaf yang paling tinggi adalah kepada bidang pendidikan selain untuk orang fakir dan miskin."Agihan macam saya kata tadi yang paling tinggi sekarang ini (asnaf) pendidikan dan satu lagi asnaf untuk orang miskin dan miskin tegar. Pendidikan kita target tahun ini RM49 juta, tahun depan 2019 lebih kurang RM50 juta untuk pendidikan sahaja," jelasnya.Selain itu kata beliau, sebanyak RM60 juta daripada wang zakat tersebut telah dimanfaatkan untuk membantu golongan miskin dan tidak berkemampuan. Bahkan kata beliau, sebenarnya agihan yang dilaksanakan pada musim ini melebihi daripada jumlah yang dikutip."Asnaf lain kalau yang paling tinggi kemiskinan sekarang ini lebih kurang RM60 juta," katanya.Kata beliau, program yang diadakan pada hari ini adalah sumbangan daripada pelaburan hartanah Berhad (PHB) dan SOGO.Tambahnya, kedua-dua badan korporat tersebut menaja dan menyumbangkan sebanyak dua pasang pakaian dan sepasang kasut sekolah kepada 105 anak-anak yatim dari pelajar Asrama Darul AKhyar Batu Rakit.
20 Dec 18
56
Kem Smart Huffaz Lahirkan Generasi Cinta Al-Quran
Oleh : Jusmawari JusohBESUT, 19 Disember- Bagi melahirkan generasi huffaz, Pengasas Tahfiz An-Nur Besut, Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor mengadakan Kem Smart Huffaz pada musim cuti persekolahan yang bertempat di Kompleks Pendidikan An-Nur Besut, Kampung Alor Belanga, Hulu Besut, di sini. Dr. Riduan yang juga Penyelaras Parlimen Besut menjemput Mudir Pusat Dakwah Serantau, Ustaz Misbahul Munir Masduki bagi membimbing peserta program ilmu itu supaya menjadi remaja lebih baik dan celik al-Quran.Sementara itu, menurut Misbahul, semua peserta perlu bertakwa dan menjadi hamba yang taat kepada perintah Allah SWT."Semoga anak-anak semua dirahmati Allah SWT dan menjadi huffaz satu hari nanti. Menjadi umat yang sentiasa mencintai al-Quran."Alhamdulillah, kami para pendidik akan teruskan dan kekal program-program seperti ini apabila tiba musim cuti supaya mampu memberi manfaat kepada remaja-remaja agar tidak terus lalai dengan arus teknologi gajet dan sebagainya,"katanya.Beliau berkata demikian kepada 120 peserta Kem Smart Huffaz 2018, semalam.Dalam pada itu, Tahfiz An-Nur Besut turut menempatkan 30 pelajar dan selepas ini, pusat pengajian agama itu merancang untuk mengambil peserta di kalangan warga emas.
19 Dec 18
919