Artikel "Pendidikan" Terkini
250 Pelajar Terima Sumbangan Back To School Di Besut
Oleh: Jusmawari JusohBESUT 30 Disember- Seramai 250 orang pelajar menerima sumbangan pakaian sekolah dalam program "Back to School yang berlangsung di Dewan Masjid Hadhari , semalam.Penyelaras Parlimen Besut,Ustaz Dr.Riduan Mohamad Nor berkata sumbangan dalam bentuk barangan seperti stokin, beg dan baju sekolah diagihkan kepada asnaf-asnaf yang tercicir dalam bantuan I-DANA baru-baru ini berikutan ramai yang terlepas pandang."Alhamdulillah, diharap adik-adik dapat memulakan alam persekolahan dengan semangat baru untuk menjadi insan yang berguna dimasa hadapan“Saya harap kesemua pelajar dapat menggunakan bantuan persekolahan yang diberikan itu dengan sebaik mungkin dan menjadi motivasi untuk belajar dengan komited," ujar Ustaz Dr.Riduan dalam ucapannya merasmikan program tersebut.Turut hadir, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.Bagi melancarkan program, Jabatan Amal Besut dan Ameerah kawasan Besut turut membantu sepanjang program berlangsung.
30 Dec 18
44
Motivasi `Smart Learning' Percuma
Oleh: Jusmawari JusohBESUT, 30 Disember - Seramai 300 peserta berusia 10 hingga 17 tahun menyertai program Motivasi `Smart Learning' secara percuma anjuran Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor di dewan Masjid Hadhari Jertih, di sini, semalam.Ustaz Riduan berkata, program dilaksanakan setiap tahun di musim cuti sekolah dan pertama kali diadakan di dewan masjid berkenaan bertujuan membimbing dan memotivasikan pelajar mengikut kaedah belajar dengan bijak dalam acuan Islam."Dalam kehidupan kita seharian jangan pernah tinggal solat, jangan kita lari dari landasan agama dan sentiasa basahkan bibir dengan bacaan al-Quran dan zikrullah" pesan beliau ketika menyampaikan satu slot motivasi itu.Turut membantu, Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa, Penolong Professor, Dr. Uzaimah Ibrahim dan Ustaz Mahmud Jamaludin Al-Hafiz selaku perunding motivasi bagi menjayakan program tersebut.Program yang berakhir jam 1 petang disudahi dengan solat Zuhur berjemaah di ruang solat masjid.
30 Dec 18
58
Petronas Agih Zakat Untuk Pelajar Asnaf
Oleh : Mohd Zukifli MatKUALA NERUS, 29 Disember - Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menerusi Badan Kebajikan Kakitangan Islam Petronas (BAKIP) mengagihkan zakat berjumlah RM900,000 kepada pelajar dari golongan asnaf di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur, Datuk Wan Mohd. Hasnan Abdullah berkata, BAKIP mengagihkan wang zakat kakitangan Petronas bagi tahun 2018 dengan kerjasama Pusat Zakat Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur itu ke enam wilayah di seluruh negara bagi menyediakan keperluan persekolahan.. “Sumbangan ini diberikan dalam bentuk baucer yang bernilai sebanyak RM150 bagi setiap pelajar untuk pembelian kelengkapan persekolahan seperti pakaian dan alat tulis,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat BAKIP di Mydin Mall,di sini, baru-baru ini (27 Disember).Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.Wan Mohd berharap usaha kecil itu paling tidak dapat meringankan beban para pelajar dari golongan kurang berkemampuan dan yang memerlukan perhatian ramai pihak itu.Menurut beliau, seramai 1,163 pelajar Terengganu terpilih menerima bantuan berkenaan dengan 100 daripada seluruh pelajar itu adalah dari Dewan Undangan negeri (DUN) Tepuh. Sementara itu, Hishamuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh mengucapkan terima kasih kepada pihak Petronas dan BAKIP kerana memilih pelajar DUN berkenaan untuk turut sama menerima sumbangan zakat tersebut pada tahun ini. “Saya difahamkan sektor pendidikan antara yang diberi keutamaan oleh pihak Petronas untuk membina aset dan modal insan untuk negeri dan negara kita ini,"katanya.Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada Pengurus Besar Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. (KOPERAT), Tuan Sayed Abdul Rahman Engku Sulong kerana menyumbang beg sekolah kepada pelajar asnaf di DUN itu sempena program `Back To School.'
30 Dec 18
116
Sekolah Di Terengganu Diminta Amal Nilai Syariah Dalam Bersukan
Oleh : Zulkifli MatKUALA NERUS, 28 Disember - Sekolah di seluruh Terengganu diminta supaya turut menerapkan nilai syariah dalam bersukan sepertimana sedang dilaksanakan kerajaan negeri.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, amalan murni dan tuntutan agama itu perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan melibatkan semua institusi pendidikan dan agensi di Terengganu.Katanya, nilai syariah terutama melibatkan aspek pemakaian dan etika pergaulan itu mampu meningkatkan keimanan kepada hambaNya kepada Allah SWT, sekali gus dapat memajukan umat Islam dan memperolehi keberkatan dariNya."Kalaulah Azrin Nabila mampu meraih kejuaraan dan disebut sebagai ratu pecut SUKMA 2018 dalam keadaan bertudung, mengapa tidak kita lahirkan atlet Terengganu yang juga bertudung dan menutup aurat,"tegas beliau.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar PPSR Tahun 2018 Yayasan Terengganu yangdianjurkan oleh Yayasan Terengganu dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) di Dewan Sivik Serbaguna Gong Badak, Tepuh, di sini, kelmarin.Turut hadir, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Yayasan Terengganu, Dr Hashim Azmi Che Nuh, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus, Tengku Azelam Tengku Abdullah dan Timbalan Pengarah iMiTS, Raja Arizal Raja Arif.Seramai 75 orang pelajar cemerlang Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2018 dalam Parlimen Kuala Nerus menerima sumbangan tersebut.Hishamuddin juga berharap agar wujud kerjasama erat antara pihak guru dan ibu bapa dalam memperkasakan aspek pendidikan kerana hubungan baik itu mampu membentuk suasana yang sejahtera dan menyelesaikan pelbagai isu berkaitan pelajar."Guru merupakan tunjang kepada sesuatu pembangunan dan berperanan untuk mendidik, memimpin pelajar untuk menjadi insan yang berguna."Sebagai seorang bergelar pelajar, kita mesti menjadikan diri kita sebagai pelajar yang cemerlang, beriman serta menjadi anak yang soleh, insyaAllah akan berjaya di dunia dan juga di akhirat,"tambah beliau lagi.Beliau juga berpesan supaya pelajar yang berjaya dalam akademik meneruskan kejayaan di peringkat kerjaya serta menjadi insan yang memberi manfaat kepada masyarakat, agama dan negara.
28 Dec 18
62
SRIDI AMBS, Pilot Project Kawasan Luar Bandar
Salah seorang murid Tahun 1 yang mendaftar di SRIDI AMBS kelmarin.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 28 Disember - Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun menjadi 'pilot project' Kerajaan Terengganu dalam usaha memperkasakan pendidikan Islam luar bandar.Penolong Pesuruhjaya Visa Pelajar dan Akademik Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT), Mohd Al-Hafiz Karim berkata, adalah tidak pelik jika jumlah pelajar tidak mencapai sasaran pada peringkat permulaan."Untuk SRIDI AMBS, yang berdaftar seramai 20 orang lebih. Hanya satu kelas dan kita jangkakan tahun hadapan akan ada pertambahan."Harapan saya dengan projek ini, masyarakat di sini dapat terus memberi kepercayaan kepada kerajaan negeri dalam memberikan pendidikan asas terutamanya pendidikan agama Islam bermula usia kanak-kanak," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat pendaftaran SRIDI AMBS kelmarin.Katanya, di antara faktor kekurangan murid itu mungkin disebabkan ibu bapa belum mengenali bagaimana perjalanan akademik dan kurikulum di SRIDI.Sementara itu, Pengawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, yuran yang dikenakan amat berpatutan.Tambah Ghazali, beliau mengharapkan SRIDI akan mendapat sambutan yang lebih baik dari masa ke masa.Dalam tumpuan sama, Mudir SRIDI Dungun, Ahmad Mahzor Abdul Kadir memberitahu, kuantiti murid yang sedikit tidak akan mengurangkan kualiti guru untuk memberi perkhidmatan yang terbaik."Seramai lapan orang guru bersemangat menjadi seorang pendidik yang cemerlang di sini. Kita akan cuba merealisasikan harapan ibu bapa supaya anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik," tegasnya.
28 Dec 18
275
Terengganu Tubuh Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI)
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 27 Disember - Selepas Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI), kerajaan negeri memutuskan untuk mewujudkan Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) di setiap daerah di Terengganu.Kesemua SMIDI itu akan diwujudkan di kesemua lapan daerah secara berperingkat dengan sekolah pertama akan dibangunkan di tapak asal Kolej Islam Sains Terengganu (KIST) di Hulu Terengganu.Penubuhan SMIDI ini adalah kesinambungan daripada SRIDI dan sekolah ini akan menggunakan modul serta silibus Arab sebagaimana dilaksanakan di sekolah-sekolah aliran Arab suatu ketika dahulu.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, buat permulaan, kerajaan akan mula membuka pengambilan pelajar untuk Markaz Lughah.Sebelum ini, pelajar-pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) terpaksa mengikuti lughah (Bahasa Arab) di Mesir, baru boleh masuk kuliah. Jadi sekarang ini kita buat di Terengganu."Jadi lepas pada ini, pemegang sijil Markaz Lughah kita boleh masuk 'direct' kuliah, kira jimatlah sementara dia tunggu keputusan STAM, jimat masa dan sebagainya," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar PPSR Tahun 2018 di Dewan Majlis Perbandaran Dungun di sini semalam.Ustaz Satiful turut memberitahu, pihaknya ada berbincang dengan institusi pendidikan lain antaranya Ummu Qura di Universiti Islam Madinah dan juga Masjidil Haram."Kita harap boleh pertingkatkan kemampuan, kemahiran mereka berdasarkan pengalaman di Masjidil Haram dan sebagainya, " katanya lagi.
28 Dec 18
3195
Pesara Guru Besar Pilih SRIDI Untuk Cucu Tercinta
ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong meninjau suasana pendaftaran di SRIDI, Binjai Rendah, MarangOleh : Aziz HambaliMARANG, 27 Disember - Seorang pesara guru besar, Mohd Sidek Besar, 61, sangat terharu dan teruja kerana cucunya terpilih untuk memasuki Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI), di sini, pada sesi baharu persekolahan 2019 yang bermula Selasa ini.Menurut Sidek, SRIDI menjadi pilihan berdasarkan kokurikulum yang disediakan di pusat pendidikan itu begitu seimbang serta berteraskan pendidikan agama."InsyaAllah di sini akan membentuk satu generasi yang mantap. Bukan sahaja dari segi inteleknya tetapi sahsiahnya, itu yang paling penting. Menjadi insan yang kuat pada masa akan datang."Kita (ibu bapa) berharap supaya semua tenaga penggerak SRIDI melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pihak kerajaan sebaik mungkin. Saya percaya, jika tugas itu dilaksanakan dengan baik, insyaAllah SRIDI akan menjadi rebutan oleh ibu bapa pada masa akan datang" katanya.Majlis pendaftaran pelajar SRIDI sesi 2019 dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong di Bangunan Sekolah Rendah Islam Darul Iman, Binjai Rendah, Marang, semalam.Sementara itu, Sulaiman bersyukur kerana agenda besar kerajaan negeri dalam bidang pendidikan dan membangunkan modal insan yang bertakwa dan diberkati Allah SWT dapat dilaksanakan dengan penubuhan SRIDI.Katanya, kerajaan negeri bercadang untuk membangunkan sekolah berkenaan di setiap DUN dan setiap daerah pula dibangunkan Sekolah Menengah Islam Darul Iman(SMIDI) yang melibatkan kos yang besar sehingga mencapai RM300 juta."ROI (Return On Investment) ia akan balik semula kepada kerajaan negeri. Justeru itu, kita ingin membina modal insan dengan apa yang Nabi SAW asaskan kepada umatnya. Modal insan yang kita ingin bangunkan ini adalah modal insan yang yakin kepada Allah Taala."Selain itu, kurikulum yang ada di SRIDI adalah kurikulum DAR (Kurikulum Sekolah Agama Terengganu) yang merentas, bukan yang diambil daripada kertas..iaitu anak-anak bukan sahaja menguasai ABC, 123 sahaja. Tetapi, di sana ada hubungan roh yang kuat dengan PenciptaNya," tambahnya lagi.Sebelum itu, Guru Besar SRIDI Binjai Rendah, Norihan Mansor, 50, berkata beliau dengan dibantu tujuh tenaga pengajar termasuk Penolong Kanan akan cuba melaksanakan kaedah terbaik untuk proses pembelajaran dan suaikenal murid baharu itu."Dari semasa ke semasa akan tambah baik mana yang masih tidak lengkap."Sekolah kita ada gaya elit sikit, dan insyaAllah seramai 50 orang pelajar yang terdiri daripada 25 orang lelaki dan perempuan akan memulakan sesi persekolahan bermula 1 Januari 2019", ujarnya.
26 Dec 18
792
500 Murid Terima Sumbangan Persekolahan TNB
Dato’ A. Rahman Yahya (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan kepada salah seorang murid.KUALA TERENGGANU, 27 Disember - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan kira-kira RM10,000 bagi memberi sumbangan kelengkapan persekolahan kepada 500 murid di negeri ini menerusi program ‘Kembali Ke Sekolah’.Ketua Perkhidmatan Pelanggan Terengganu TNB, Mohd Nazri Puteh berkata, sumbangan kelengkapan persekolahan dianggarkan bernilai RM200 seorang itu diberikan kepada murid di tiga kawasan parlimen negeri ini.“Tiga kawasan parlimen terpilih bagi menjayakan program ini iaitu Marang, Teluk Pasu (Manir) bagi parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Berang di Hulu Terengganu. Setiap murid menerima sehelai pakaian seragam, kasut, stokin, beg dan alat tulis.“Ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) TNB kerana kita amat memahami kekangan kewangan yang dihadapi golongan kurang berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan terutama bagi keluarga yang mempunyai ramai anak,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Bantuan Kelengkapan Persekolahan Back To School (Kembali Ke Sekolah) yang disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya di Sekolah Kebangsaan Telok Pasu, hari ini.Turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Jelani Sulong dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Telok Pasu, Mohd Noor Zakaria.Katanya, bantuan tersebut diharap dapat mendorong dan menyuntik semangat anak-anak daripada golongan kurang berkemampuan supaya terus berusaha dengan gigih untuk berjaya dalam pendidikan.Menurut Mohd Nazri, sejak diperkenalkan pada 2013, lebih 25,000 murid sudah mendapat manfaat daripada program berkenaan yang merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif CSR TNB dalam bidang pendidikan.
26 Dec 18
704
Mahu Anak Cemerlang Ilmu Agama, Faktor Ibu Bapa Pilih SRIDI
Pendaftaran murid tahun satu di SRIDI, Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU, 27 Disember - Rata-rata ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama menyatakan keinginan untuk mendapatkan penekanan sukatan pelajaran berkaitan keagamaan kepada anak-anak. Ianya menjadi aspek utama yang membuatkan mereka memilih sekolah agama berbanding sekolah harian biasa.Tinjauan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ke salah sebuah Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) hari ini mendapati kebanyakan ibu bapa merasakan pilihan itu adalah yang terbaik malah pada pendapat mereka ia berbaloi dengan apa yang diperoleh oleh anak-anak mereka baik dari segi akademik dan sahsiah.Di samping itu, ibu bapa juga melihat kurikulum dan sukatan akademik sekolah agama setara dengan sukatan sekolah kebangsaan atau sekolah harian biasa.Nor Saidatul.Bagi Nor Saidatul Afzan, 29, kemahuan untuk memberikan pendidikan agama dari awal kepada anak-anak menjadi faktor dia memilih menghantar anak sulungnya, Ahmad Amiril Syaqirin Ahmad Azlan ke sekolah agama.“Selain itu, saya lihat kurikulum dan sukatan pelajaran untuk akademik juga tidak dilupakan di sekolah agama, malah pada pandangan saya masih setara dengan sekolah harian biasa.“Kredit perlu diberikan kepada pihak sekolah agama di bawah seliaan jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), kerana menambahbaik sukatan pembelajaran manakala dari aspek kos yuran persekolahan, memang agak murah berbanding sekolah harian biasa, dan bagi saya masih berbaloi ,” katanya.Nor Saidatul berkata demikian kepada wartawan UPDI ketika ditemui selepas pendaftaran kemasukan murid tahun satu dan dua di Sekolah Rendah Agama Yayasan Islam Terengganu (SRAYIT), Kuala Terengganu, di sini hari ini.Seramai 40 murid yang berjaya melepasi ujian kemasukan telah mendaftar tahun satu bersama-sama ibu bapa termasuk 15 murid tahun dua SRAYIT di Losong yang telah pun beroperasi sebelum ini, cuma sekolah itu diuruskan kerajaan negeri sebagai usaha menjadikan enam SRIDI di Terengganu.Aida TengahSementara itu, Penolong Kanan Pesuruhjaya Pengurusan Akademik Peperiksaan dan Penilaian JHEAT, To’ Puan Aida Tengah berkata, sekolah ini akan beroperasi pada jam 8 pagi hingga 4 petang dan ibu bapa hanya perlu membayar yuran pendaftaran sahaja.“Yuran yang dikenakan cukup murah iaitu serendah RM140 setahun kepada pelajar sepanjang tahun persekolahan dan ia sangat istimewa bagi anak Terengganu.“Kita dapat permintaan tinggi daripada ibu bapa untuk anak-anak mereka. Bagaimanapun, kita akan mengadakan temuduga kerana tempat yang terhad bagi memberi keadilan kepada semua.“SRIDI akan mengguna pakai silibus Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ditambah dengan kurikulum negeri yang berasaskan pengajaran agama dan al-Quran dalam bahasa Arab,” katanya.
26 Dec 18
1051
50 Murid SRIDI Bersedia Mulakan Sesi 2019
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT, 26 Disember – Seramai 50 murid Tahun Satu Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) bersedia untuk memulakan sesi persekolahan 2019.Sesi pendaftaran yang akan menempatkan murid dalam dua kelas bermula pada jam 10 pagi bertempat di Sekolah Menengah Agama (SMA) Maarif, Kampung Raja, di sini, hari ini.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, usaha menubuhkan sekolah rendah Islam ini amat bertepatan dengan hala tuju Kerajaan Negeri Terengganu.“Penubuhan sekolah ini bukan sahaja dapat melahirkan generasi yang gemilang, tetapi ia juga dapat melahirkan generasi yang mempunyai modal insan yang cemerlang."Kita mahu melahirkan generasi yang sentiasa menjaga adab serta tatasusila dengan ibu bapa, guru dan masyarakat di sekeliling mereka,"katanya.Katanya, SRIDI akan menggunakan bangunan SMA Maarif terlebih dahulu sebelum bangunannya sendiri siap sepenuhnya.Dalam pada itu, beliau berharap agar orang ramai sentiasa menyokong usaha murni kerajaan negeri dalam memastikan Terengganu maju, berkat dan sejahtera.
26 Dec 18
90