Artikel "Pendidikan" Terkini
Permohonan U-GATES Kini Dibuka
KUALA TERENGGANU, 9 Januari - Golongan graduan kini boleh memohon untuk menyertai Program Usahawan Graduan Terengganu Sejahtera (U-GATES) merangkumi latihan keusahawanan, modal perniagaan dan pemantauan prestasi peserta, bagi pengambilan pertama yang akan bermula Februari ini.U-GATES menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu (YPUT) menyediakan peruntukan RM1 juta sepertimana yang diumumkan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika mengumumkan bajet negeri 2019, pada Disember lalu bertujuan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Pengerusi Jawatankuasa, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, rakyat Terengganu yang mempunyai sekurang-kurangnya diploma daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (tamat pengajian 2015-2018) boleh merebut peluang keemasan itu.“Syarat lain adalah peserta perlu menjalani latihan keusahawanan selama enam bulan serta berminat menjadi usahawan secara sepenuh masa."Golongan yang berminat menjadi usahawan secara sepenuh masa disarankan merebut peluang itu,"katanya kepada media Urusetia Penerangan Darul Iman, hari ini.Nurkhuzaini berkata, program itu bertujuan menyediakan peluang pekerjaan melalui keusahawanan sekali gus mampu mengurangkan kadar pengangguran.Tambahnya, U-GATES juga menjadi persediaan dan platform kepada usahawan graduan sebelum menceburi alam niaga yang realistik dan meningkatkan pembangunan ekonom dan negeri dan negara.Oleh yang demikian, sesiapa yang berminat bolehlah melayari laman Facebook : YPUTerengganu untuk mendapatkan borang permohonan menyertai program itu yang akan ditutup pada 13 Januari ini.Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi YPUT di talian 096242424.
09 Jan 19
219
Pinjaman Yayasan Terengganu Dibuka Semula
Ustaz Satiful Bahri (kiri) berinteraksi dengan pelajar Madrasah Moden MAIDAM Besut semalam. Foto - Amirullah MansorBESUT, 9 Januari - Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat memberitahu, Kerajaan Terengganu membuka semula peluang mendapatkan pinjaman Yayasan Terengganu (YT) untuk pelajar yang berhasrat melanjutkan pelajaran terutama ke luar negara termasuk dalam bidang perubatan."Pelajar-pelajar kita yang terhenti mengikuti pengajian perubatan di luar negara, sekarang kita buka balik untuk pinjaman yuran tanpa riba," katanya ketika bercakap kepada tenaga pengajar Madrasah Moden MAIDAM Besut dalam satu lawatan khas ke madrasah tersebut di sini semalam.Turut hadir dalam lawatan tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Maliaman Kassim, beberapa pegawai dan kakitangan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).Ustaz Satiful Bahri Mamat.Katanya, kerajaan negeri juga membuka peruntukan khas bagi pelajar-pelajar cemerlang untuk mendapatkan biasiswa dan sijil 'Association of Charted Certified Accountants' (ACCA) untuk bidang perakaunan termasuk kos yuran dan saraan bagi mereka yang sepenuh masa mengambil kursus tersebut.Kerajaan negeri juga bakal memasukkan mata pelajaran vokasional dalam pengajian di madrasah-madrasah tahfiz untuk menggalakkan kolaborasi antara pihak swasta, sekolah rakyat dan kerajaan negeri."Jika semua pihak bergabung tenaga, kita akan dapat mencapai matlamat untuk memperkasa dan meningkatkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan," jelasnya. Kerajaan negeri katanya, akan meneruskan program pendidikan yang baik sebelum ini termasuk melahirkan saintis Islam dan lain-lain."Kita perlu mempromosikan pendidikan Islam atau berintegrasikan pendidikan konvensional tanpa meninggalkan elemen-elemen Islam dengan menjaga keseimbangan dunia dan akhirat," katanya lagi.
08 Jan 19
353
Kerjasama Pendidikan Terengganu-Negeri Sembilan Langkaui Tembok Politik
Delegasi kerajaan Terengganu bersama exco pendidikan NS dan pentadbiran KoKoJel.JELEBU, 8 Januari- Terengganu dengan Negeri Sembilan mengambil langkah proaktif untuk menjalin kerjasama pendidikan demi kebaikan generasi muda di kedua-dua negeri itu.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim berkata, kerjasama dalam membangunkan pendidikan tidak menjadi halangan walaupun kedua-dua negeri mempunyai fahaman politik berbeza."Dalam bidang pendidikan, kita perlu buat kerjasama dalam semua pihak dan kunjungan ini mengharapkan satu kerjasama yang baik dapat dilaksanakan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melakukan lawatan kerja sehari ke Kolej Komuniti Jelebu (KoKoJel), di sini, semalam. Lawatan kerja itu turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Strategic & Intergrity Institute (TSIS), Dr. Wan Mat Sulaiman; Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said; Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Kamaruzzaman Abdullah dan pegawai khas Exco Pendidikan negeri, Abdullah Suhaimi.Meninjau rumah 'interlocking brick system' (IBS) yang dibina oleh pelajar KoKoJel.Pandangan tersebut turut dipersetujui Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek yang turut menyertai kunjungan berkenaan."Kami mengalu-alukan kedatangan rombongan Kerajaan Terengganu ke negeri ini, khususnya di KoKoJel untuk kerjasama pendidikan."Kita sangat menggalakkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bukan sahaja bertindak sebagai pusat pembelajaran tetapi juga penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta menghasilkan produk yang boleh dikomersialkan. Saya berkeyakinan dengan R&D KoKoJel seperti penghasilan rumah yang kondusif dengan kos rendah, jika dilaksanakan ia dapat membantu rakyat yang berpendapatan rendah," katanya.Sementara itu, Pengarah KoKoJel, Lt. Kol. Bersekutu (PA), Muhammad Aznor Abdul Aziz menyambut baik hasrat Kerajaan Terengganu.Muhammad Aznor menerangkan tentang inovasi yang berjaya mendapat pengiktirafan pelbagai peringkat dan berpotensi dikomersialkan.Menurut beliau lagi, program julung kali itu mampu berkongsi pengalaman dan memanfaatkan infra yang ada untuk pelajar di seluruh negara, khususnya di kedua-dua negeri ini.Muhammad Aznor memberitahu, kolej itu berjaya menghasilkan pelbagai inovasi dan melihat kerjasama berkenaan sebagai ruang untuk mengetengahkan produk baharu serta inovasi itu secara komersial."Sekiranya ada kolaborasi mungkin kita dapat komersialkan inovasi ini dan mendapat pulangan bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada kerajaan sendiri," katanya.Kemudahan lengkap bantu pelajar lebih cemerlang.Maliaman melihat kunjungan tersebut dapat dimanfaatkan untuk membangun potensi anak-anak Terengganu dalam kepakaran-kepakaran tertentu."Terima kasih di atas bingkisan kerjasama yang diperolehi hari ini."Berdasarkan lawatan ini terdapat dua perkara yang boleh ditingkatkan iaitu kemungkinan untuk menempatkan pelajar Terengganu di sini bagi mempelajari bidang yang ditawarkan."Keduanya ialah membawa pulang teknologi yang ada dalam bentuk teknologi itu sendiri atau bahan yang diberikan (diproses) teknologi itu ke Terengganu untuk ambil manfaat kerajaan Terengganu," katanya.Delegasi kerajaan Terengganu bersama tulang belakang KoKoJel.
07 Jan 19
452
Sumbangan Beg Untuk Pelajar SRIDAF
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT, 6 Januari – Pelajar Tahun Satu Sekolah Rendah Islam Darul Furqan ceria (SRIDAF) menerima sumbangan beg untuk sesi persekolahan baharu 2019.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, sumbangan itu hasil inisiatif yang digembleng individu dan badan bukan kerajaan, Muslim Care.“Kita mengharapkan dengan sumbangan ini dapat menggembirakan serta melancarkan proses pembelajaran anak-anak di SRIDAF."Sumbangan ini menandakan bahawa sekolah rendah Islam tidak pernah dipinggirkan oleh masyarakat hari ini," katanya ketika berucap sempena majlis penyampaikan sumbangan beg di SRIDAF, Kampung Batu Tumboh, di sini, hari ini.Wan Azhar memberitahu, sumbangan bukan sahaja terhad kepada beg tetapi merangkumi bekas pensil dan pensil warna.Katanya, bantuan diutamakan kepada pelajar yang terdiri dari keluarga yang kurang berkemampuan.Menurutnya, sumbangan itu diharap dapat meringankan beban yang dihadapi oleh keluarga pelajar terutama yang mempunyai ramai anak bersekolah.
05 Jan 19
810
426 Pelajar SRIDAF Mulakan Sesi Pembelajaran Di Besut
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT 4 Januari –Seramai 426 Pelajar Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF) memulakan sesi pembelajaran tahun ini di Besut.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, pada kali ini, 125 pelajar tahun satu telah didaftarkan dan dibahagikan kepada empat kelas untuk sesi pembelajaran.“Penambahan pelajar secara mendadak menandakan bahawa ibubapa lebih mementingkan pendidikan agama kepada anak-anak mereka."Proses pembelajaran dari sekolah ini dapat di praktikkan dalam kehidupan seharian serta sesuai untuk seisi keluarga bagi membentuk masyarakat yang sejahtera,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan tinjauan di Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF), Batu Tumboh, di sini baru-baru ini.Katanya lagi, SRIDAF lebih menekankan pembelajaran agama terutama hafazan Al-Quran."Saya berharap dengan adanya sekolah ini dapat membentuk modal insan untuk menuju Negeri Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera,"ujarnya.
03 Jan 19
1162
Pelajar SRIDI AMBS Ceria Buka Tirai Persekolahan
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 2 Januari -Seramai 24 pelajar Sekolah Rendah Islam (SRIDI) Darul Iman Al-Muktafil Billal Shah (AMBS) ceria melangkah ke sekolah baharu yang membuka tirai sesi persekolahan semalam.Pelbagai aksi dan telatah mereka diselami Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman, yang turut meninjau keadaan di pusat pendidikan itu.Ghazali berkata, beliau mahu berkongsi keterujaan dan kegembiraan warga sekolah berkenaan sambil memberi kata-kata semangat kepada pelajar serta tenaga pengajar SRIDI."Walaupun bilangan tak ramai sebagaimana SRIDI di bandar, namun saya cukup optimis, pelajar yang berdaftar adalah pelajar yang terbaik. Kebanyakan mereka merupakan pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan juga pelajar dari Tadika Yayasan Islam."Di antara mereka ramai yang telah tahu membaca nama dan ketika saya pergi kepada seorang dari pelajar tersebut ketika saya tunjukkan nama saya di 'nametag', dia tahu memyebutnya,"katanya.Ghazali berkata, ketika sesi lawatan itu, sebahagian besar pelajar tidak ditemani ibu bapa, sebagaimana pelajar di sekolah rendah yang lain, sekali gus menunjukkan mereka boleh berdikari tanpa ditemani penjaga masing-masing."Dimaklumkan hanya ada seorang sahaja yang menangis, itu pun sebentar sahaja, guru-guru SRIDI pandai memujuk, dan mewujudkan suasana yang penuh ceria."Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru SRIDI kerana berjaya berperanan dengan baik pada hari pertama. Semoga keikhlasan itu berkekalan serta selamat menjadi pendidik yang baik,"katanya.Beliau juga memuji langkah ibu bapa yang memilih serta memberi kepercayaan kepada kerajaan negeri untuk membentuk serta memberi ilmu pelajaran kepada anak mereka mengikut acuan yang betul dan sistematik sebagai pelaburan yang berbaloi untuk dunia dan akhirat.
01 Jan 19
743
MB Terengganu Santuni Pasangan Kembar Tahun Satu
Dr. Ahmad Samsuri meluangkan masa bersama pasangan kembar Dhiyauddin Arfan Mohd. Suhardi dan Dhiyauddin Arman yang memulakan hari pertama persekolahan di Sekolah Tengku Ampuan Mariam, Kuala Terengganu, hari ini.KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Pasangan kembar yang menyimpan cita-cita untuk menjadi arkitek antara warga baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Mariam, Kuala Terengganu, yang melangkah masuk ke Tahun Satu pada sesi persekolahan 2016 bermula hari ini berjaya mencuri tumpuan pemimpin nombor satu negeri, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, awal pagi tadi.Kehadiran Dhiyauddin Arfan Mohd. Suhardi dan Dhiyauddin Arman menceriakan rakan-rakan dan guru sekolah tersebut dengan aksi dan gelagat tersendiri yang kelihatan teruja apabila Menteri Besar Terengganu menyapa mereka dengan penuh kemesraan.Dr. Ahmad Samsuri meluangkan masa kira-kira 10 minit bersama pasangan kembar yang kelihatan ceria dengan memberikan kata-kata semangat untuk memulakan hari persekolahan dan belajar bersungguh-sungguh supaya menjadi orang yang berjaya.Sementara itu, Dhiyauddin Arfan Mohd. Suhardi dan Dhiyauddin Arman kelihatan gembira meskipun terpaksa berpisah dan ditempatkan di kelas berasingan.Tidak seperti murid yang ketakutan malah ada yang menangis, pasangan kembar berkenaan kelihatan tidak kekok malah gembira berkenalan dengan rakan baharu.Dhiyauddin Arfan berkata, sejak semalam dia dan abangnya asyik menyusun buku dan perkakas sekolah ke dalam beg masing-masing malah turut bangun awal pagi kerana tidak mahu datang lewat.“Saya dan abang bangun seawal pukul 6 pagi kerana tidak sabar untuk ke sekolah hari ini dan rasa seronok dapat pergi sekolah sebab dapat kenal ramai kawan baru dan cikgu baru. "Abang tidak sama kelas dengan saya, dia di 1 Mawar namun tetap semangat nak sekolah walaupun terasa sedih sedikit bila terpaksa berpisah dengan abang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sekolah itu.Menurut ibunya, Nor Azlina Ismail, 39, anak kembarnya itu memang sudah biasa berpisah sejak belajar di tadika lagi dan mereka tidak kekok apabila diberitahu tidak sekelas di sekolah berkenaan.“Mereka amat teruja untuk mula bersekolah, malah sanggup bangun awal dan menyiapkan keperluan mereka secara berdikari."Pengalaman selama dua tahun di tadika sebelum ini membolehkan mereka berdikari jadi saya tidak bimbang untuk mereka sesuaikan diri dengan persekitaran sekolah ini dan semasa dalam perjalanan ke sekolah tadi mereka cukup teruja dan tidak ada tanda-tanda gemuruh atau takut," katanya.
01 Jan 19
747
MPKK Kenal Pasti Murid Yang Tercicir Untuk Tindakan JPNT
Shafruddin mengiringi Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meninjau hari pertama sesi persekolahan tahun 2019 di Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Maryam di sini hari ini.KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) disaran menjadi mata dan telinga dalam mengenal pasti murid berkeperluan khas di kawasan masing-masing yang masih belum bersekolah untuk tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).Pengarah JPNT, Shafruddin Ali Hussin berkata, ketika ini terdapat 4,571 murid dan pelajar berkeperluan khas melibatkan sekolah rendah dan menengah di seluruh Terengganu.“JPNT akan pastikan mereka ini dibantu supaya tidak tercicir dari arus pendidikan negara tanpa didiksriminasi atau dipinggirkan dan kami beri jaminan tersebut."Oleh itu, ibu bapa tidak perlu bimbang untuk menghantar anak mereka bersekolah kerana guru yang terlatih akan membantu mereka menjalani sesi pembelajaran yang selesa," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meninjau hari pertama sesi persekolahan tahun 2019 di Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Maryam di sini hari ini.Seramai 21,160 murid Tahun Satu dan 9,398 murid prasekolah memulakan persekolahan mereka di seluruh Terengganu hari ini.Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai amaran cuaca buruk yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia yang dijangka berlaku esok dan Rabu, Shafruddin berkata, JPNT telah mengarahkan semua pengetua dan guru besar membuat pelan tindakan khas yang sewajarnya.“Kita sentiasa mendapat maklumat terkini daripada Jabatan Meteorologi dan pihak kami mempunyai kumpulan yang dibina dan diketuai oleh pegawai daerah masing-masing untuk bertindak."Saya ingatkan kepada pengetua dan guru besar yang berada di laluan yang berisiko banjir supaya bersedia memantau semua murid dan pelajar agar boleh pergi ke sekolah seperti biasa.“Yang kita bimbang jika banjir berlaku kerugian dari segi harta benda dan fizikal sekolah itu sendiri tetapi kami berharap ia tidak berlaku,”ujarnya lagi.Katanya, aspek keselamatan warga sekolah juga diberi penekanan utama selain meminimakan kerugian harta benda dan nyawa.
31 Dec 18
227
Perutusan Khas MB Terengganu Sempena Sesi Persekolahan Baru 2019
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Foto - Hishamuddin AbdullahAssalamualaikum wrh. brh.Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat dan rahmat yang diberikan-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.Tahun 2018 telah melabuhkan tirainya dengan pelbagai pencapaian dan pengalaman yang manis dan juga pahit. Tahun 2019 telah membuka halaman baru, kita semua sudah pasti mengharapkan pencapaian tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.Sempena dengan sesi persekolahan baru 2019 ini, saya ingin mengucapkan selamat datang dan selamat kembali ke sekolah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru setelah bercuti pada hujung tahun lepas.Sebagai Menteri Besar, saya meletakkan harapan tinggi kepada anak-anak pelajar yang merupakan pewaris negeri Terengganu ini. Jadikan semangat tahun baru 2019 sebagai keazaman untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga memperolehi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, tekunlah menuntut ilmu dan bersama kita membangunkan negeri Terengganu yang kita cintai dengan nilai keilmuan.Pada era globalisasi ini, kepincangan akhlak dan pelbagai serangan pemikiran telah masuk ke negara kita. Ia merupakan satu ancaman terutamanya kepada anak-anak pelajar. Sebagai benteng daripada terjebak dengan ancaman budaya dan pemikiran yang tidak baik ini, pendidikan mesti diperkasa bagi membekalkan anak-anak pelajar dengan ilmu yang boleh membezakan antara yang benar dan salah.Saya juga yakin dengan komitmen dan dedikasi para guru yang bukan sahaja bertindak sebagai pengajar (muallim) bahkan berperanan sebagai pendidik (murabbi) yang mendidik pelajar menjadi insan yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara. Sudah pasti kerjasama yang padu antara pihak pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar amat diperlukan bagi memperolehi pencapaian maksimum sama ada dari segi akademik mahupun sahsiah diri.Semoga tahun 2019 ini menjadi tahun yang cemerlang buat negeri Terengganu dalam bidang pendidikan dan juga berjaya untuk melahirkan warganegara Malaysia yang boleh menyumbang dalam kemajuan dan kesejahteraan negeri dan negara."Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera"YAB Dr Ahmad Samsuri MokhtarMenteri Besar Terengganu31 Disember 2018 bersamaan 23 Rabi'ul Akhir 1440H
31 Dec 18
57
Kejayaan Hui Ling Dihargai
Dr Ahmad Samsuri menyampaikan plak penghargaan kepada Hui Ling.KUALA TERENGGANU, 31 Disember - Kejayaan Por Hui Ling, 11, seorang pelajar berketurunan Cina Hokkien dan beragama Buddha yang mencatat keputusan luar biasa apabila berjaya meraih 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) yang diumumkan baru-baru ini dihargai melalui satu majlis khas oleh Paya Bunga Hotel Terengganu, semalam.Sempena pembukaan hotel patuh syariah itu, Por Hui Ling turut diberikan plak penghargaan daripada Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali dan hotel berkenaan yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Kejayaan pelajar dari Taman Desa Jaya Kampung Gong Pak Damak itu merupakan satu sejarah di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring (SKTJ).Beliau meraih semua A untuk semua subjek agama iaitu Ulum Syariah, Pelajaran Jawi, Lughatul al-Quran (Bahasa Arab), Penghayatan Cara Hidup Islam, Bidang al-Quran, Sirah, Adab dan Amali Solat.Hui Ling antara 57 daripada 138 murid yang menduduki UPKK memperolehi 8A di SKTJ pada tahun ini.Ini adalah pencapaian istimewa kali pertama yang dicatat di SKTJ oleh anak ketiga daripada empat beradik tersebut setelah memecah rekod abangnya, Por Jie Hao, 14, yang memperoleh 5A 3B dalam UPKK sebelum ini.
30 Dec 18
195