Artikel "Pendidikan" Terkini
30 Pelajar Terengganu Terima Anugerah Cemerlang STEM ExxonMobil 2018
Pelajar cemerlang STEM 2018.KUALA TERENGGANU, 28 Mac - Seramai 30 orang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah harian di negeri ini menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) ExxonMobil 2018.Masing-masing yang turut cemerlang dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, Fizik, Biologi dan Kimia melayakkan mereka menerima wang tunai RM1,500 seorang berserta sijil.Naib Presiden & Pengarah Kewangan ExxonMobil Exploration and Production, Ernest Miller berkata, anugerah itu adalah seiring dengan usaha syarikat untuk memupuk dan melahirkan bakat muda dalam bidang Sains, Matematik, teknologi dan inovasi.“Exxonmobil bergantung kepada teknologi dan inovasi bagi memenuhi keperluan tenaga semasa.“Jesteru, kami amat prihatin terhadap pentingnya usaha pembangunan pendidikan STEM serta aktif menyumbang dalam membentuk tenaga kerja mahir di masa hadapan dalam bidang ini,” katanya.Ernest Miller (empat dari kanan).Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian anugerah itu yang disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di sini hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin, Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dato' Dr. Norazah Mohd Nordin, serta Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, Rosman Roslan.Miller turut berkata, pada tahun ini ExxonMobil memperuntukkan dana kepada Terengganu bagi melaksanakan pelbagai program pendidikan dengan kerjasama rakan strategik yang lain seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).“ExxonMobil turut merasa berbesar hati kerana berpeluang untuk menyampaikan sumbangan berjumlah RM500,000 untuk menaja program-program kerjasama pendidikan,” tambah beliau.Pelajar cemerlang STEM dari SMK Lela Segara.Sempena dengan majlis itu juga, empat sekolah harian terbaik STEM yang memperoleh prestasi A turut menerima ganjaran sebanyak RM2,000 dan sijil.Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bariah dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, SMK Bukit Sawa bagi subjek Fizik dan SMK Belara untuk mata pelajaran Kimia dan Biologi.Ini menyaksikan SMK Belara menerima Anugerah Sekolah Menengah Harian Terbaik Keseluruhan STEM 2018 dengan hadiah wang tunai RM3,000 manakala daerah Kemaman dianugerahkan Daerah Peningkatan Peratusan Tertinggi Calon STEM 2018 serta menerima wang tunai RM2,000 dan sijil.
28 Mar 19
1495
Pelajar Universiti Perlu Jaga Adab
Individu yang bakal melangkah ke alam universiti diingatkan supaya menanam aspek amanah dan bertanggungjawab selain perlu menjaga adab sebagai pelajar.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri Hishamuddin Abdul Karim, berkata mereka juga perlu mengelak daripada sikap hasad dengki yang memudaratkan diri dan masyarakat serta sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah SWT kurniakan.“Sekiranya mendapat pinjaman daripada mana-mana sumber kewangan, tidak sewajarnya membazir dengan membeli gajet, keluar membeli belah, melancong dan membeli pelbagai kelengkapan yang dianggapkan tidak penting.“Perkara itu boleh mendorong berlakunya pembaziran, sekaligus akan timbul isu mengikat perut, “ katanya ketika berucap pada Seminar Bimbingan Lestari Melangkah Ke IPT bagi lepasan SPM dan STPM, di Stadium Negeri, di sini, hari ini,”katanya.Seminar sehari itu menyediakan pelbagai aktiviti dan forum sebagai panduan untuk pelajar SPM dan STPM melangkah ke alam Institut Pengajian Tinggi.Hampir 2,000 pelajar, termasuk ibu bapa hadir untuk mendapatkan maklumat secara berdepan melalui wakil pelbagai IPT awam dan swasta.Katanya, sekiranya ada segelintir pelajar yang menyindir kedekut, berjimat, tidak bersikap terbuka, abaikan kata-kata negatif itu.“Sebaliknya perlu berusaha dan berazam untuk menjadi pelajar cemerlang dan berkebolehan tinggi apabila menempuh alam kerjaya pada masa akan datang,”katanya. .
27 Mar 19
151
Mohon Kerajaan Pusat Kurang Kadar Yuran IPTA
SETIU, 28 Mac-Kerajaan Pusat diminta mengurangkan kos pengajian pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini, terutama bagi mereka yang dikategorikan dibawah tanggungan keluarga golongan B40.Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir, berkata perkara ini dianggap penting bertujuan mengelak penuntut universiti terpaksa menahan lapar atau dengan kata lain mengikat perut semata-mata mahu berjimat untuk membayar yuran semester.“Jika yuran pengajian IPTA dapat dikurangkan, penuntut pastinya mampu menggunakan wang tersebut bagi menampung kos sara hidup harian tanpa terpaksa berlapar , selain memberi sepenuh perhatian terhadap pembelajaran,”katanya dalam satu kenyataan Katanya, kebanyakan golongan itu adalah penerima pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.“Nilai pinjaman yang diberikan kepada pelajar adalah sebanyak RM6,650 setahun atau RM3,325 bagi setiap semester bagi tujuan bayaran yuran pengajian dan kos sara hidup.“Berdasarkan kajian yang dijalankan, 50 peratus pelajar daripada keluarga golongan B40 hanya mempunyai sekitar RM100-RM150 untuk belanja makan dan minum sebulan. “Ini bermakna, hanya RM5 sehari untuk isi perut. Jelas sekali ia tidak mencukupi. Jumlah wang ini belum ditolak yuran asrama, peralatan pengajian, dan lain-lain lagi." Katanya.
27 Mar 19
87
Mahasiswa Agen Perubah Masyarakat Dan Negara
Yahaya Ali (tengah) bersama mahasiswa.KUALA NERUS, 24 Mac - Dalam menghadapi dunia yang penuh dengan cabaran hari ini, peranan mahasiswa yang produktif dalam segenap bidang menjadi senjata penting.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Haji Yahaya Ali berkata, mahasiswa adalah golongan yang sangat diperlukan dalam masyarakat dan juga negara bagi menggerakkan pembangunan dan juga ekonomi setempat.Ujarnya, kemahiran dan ilmu yang dipelajari di alam kampus menjadi asas penting kepada golongan itu untuk menyalurkannya bagi mendidik masyarakat serta bersama memajukan negara. “Golongan mahasiswa sebagai golongan yang berada di menara gading, mestilah merasakan bahawa mereka adalah golongan yang penting.“Mahasiswa adalah golongan yang dilihat mewakili golongan ‘intellectual’, golongan ‘agent of change’, perubah masyarakat, yang mempunyai idealisme dalam hidup,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Minggu Kesenian Islam (MKI), di Auditorium Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), hari ini. Yahaya Ali berucap pada masjlis penutupan MKI.Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMT, Profesor Ts. Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali, Pengarah Pusat Pembangunan Holistik dan Kaunseling Pelajar (PPHKP) UMT, Dr. Izan Dato’ Jaafar, dan Pengarah Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) UMT, Dr. Mohd Shaari Abd Rahman. Hadir sama, Pengarah Sukan dan Rekreasi UMT, Mohd Rafie Jusoh, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT, Muhammad Hasyimi Hasyim Mohd Suddin serta pengarah program MKI, Nur Aina Mior Ahmad Nazizan.Yahaya turut berkata, mahasiswa mestilah memanfaatkan masa berada di universiti sebaiknya dengan mengasah dan menggilap potensi diri yang ada.Katanya, pelajar yang berkualiti tidak hanya cemerlang dalam akademik sahaja, tetapi mampu menguasai segenap bidang bagi memimpin masyarakat dalam lapangan sebenar.“Mahasiswa mestilah dapat membentuk kecemerlangan dalam bidang-bidang yang lain, segala bakat dan kemampuan yang ada yang kita ada mestilah kita gilap sungguh-sungguh. Yahaya menerima cenderahati daripada Ruzaidi sambil disaksikan oleh Nur Aina. “Kita merasa bertanggungjawab, kitalah sebenarnya menjadi golongan yang akan memimpin masyarakat apabila keluar kampus, kita tidak boleh hanya menjadi golongan akademik semata-mata, tetapi kita pasif dalam bidang lain.“Kajian dibuat, mereka yang aktif berpersatuan adalah lebih hebat, mempunyai kepimpinan berbanding mereka yang hanya cemerlang dalam akademik semata-mata,” tambah beliau.
25 Mar 19
100
Natyamela 2.0 Tingkatkan Kualiti Mahasiswa
Hanafiah Mat.Oleh : Nur Farahin NatashaKUALA NERUS, 24 Mac – Pertandingan nyanyian dan tarian ‘Rutra Sangaman’ (Natyamela 2.0) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), semalam, berupaya meningkatkan kualiti mahasiswa dan mahasiswi.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, potensi yang ada dalam diri setiap penuntut universiti perlu diasah sebaiknya untuk manfaat dalam lapangan kerjaya suatu hari nanti.Jelasnya, kesibukan dalam bidang akademik tidak seharusnya menjadi penghalang buat mereka untuk tidak menonjolkan bakat dan potensi diri yang ada.“Pada era globalisasi ini, mahasiswa dan mahasiswi terlalu mementingkan hal akademik semata-mata sehingga terlupa untuk menunjukkan bakat masing-masing kepada khalayak ramai.“Program ini merupakan medium kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk menentukan bakat mereka dan merupakan satu motivasi serta inspirasi kepada mereka untuk berusaha menjadi bakal graduan yang berkualiti dari segi akademik mahupun seni dan budaya,” katanya.Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri merasmikan pertandingan tersebut.Pertandingan turut berjaya menarik pelajar antarabangsa.Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT, Profesor Ts. Dr. Che Mohd Khuzaidi Ghazali dan Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam kepada Menteri Besar Terengganu, Dr. Balachandran Gopal Krishnan.Hanafiah turut memberitahu, program bakat mahasiswa dan mahasiswi boleh dibawa ke peringkat yang lebih jauh apabila mereka mewakili unversiti.Beliau juga memaklumkan bahawa akan sentiasa menyokong program-program yang mampu memberikan impak kepada pembangunan pelajar.“Pertandingan nyanyian dan tarian ini dapat membanggakan kami kerana tidak semua daripada kita mampu menari atau menyanyi di hadapan orang ramai,” ujarnya.Dana kebajikan.Program itu juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu pusat kebajikan Malaysian Association For The Blind.
24 Mar 19
56
Terengganu Kaji Penggunaan Teknologi Digital Terbaru Pendidikan
Ariffin Deraman (kiri) dan Shafruddin (kanan) sempat mencuba permainan robot yang diberi nama Robot Sumo dan direka khas oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Kertih.KUALA TERENGGANU, 23 Mac - Kerajaan Terengganu akan mengkaji penggunaan teknologi digital terbaharu untuk mempermudahkan pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah milik negeri itu.Ia bertujuan untuk memastikan negeri Terengganu tidak ketinggalan dalam arus Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang melanda dunia pada hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, kerajaan akan membuat kajian untuk menggunakan teknologi digital tersebut di sekolah-sekolah milik kerajaan negeri. Teknologi digital itu termasuk Papan Putih Interaktif (Interactive Whiteboard) dan Kiosk Multi Sentuhan (Multi Touch Kiosk)."Saya akan berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat supaya dipersembahkan kepada beliau tentang perkara ini. "Kita tidak dapat elak dari menggunakan teknologi dan kerajaan akan mempertimbangkan penggunaannya di masa akan datang," jelas beliau. Beliau berkata, teknologi tersebut lebih interaktif dari segi persembahannya terutama kepada guru-guru dan ia lebih menarik minat pelajar untuk menggunakannya. Ariffin berkata demikian pada sidang media sempena Seminar Ganu EdTEch Day 2019 di Bangunan TD1303, di sini hari ini. Sebelum itu, beliau yang mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merasmikan seminar tersebut yang dianjurkan oleh satu badan bukan kerajaan, RUMAHKOD dengan kerjasama kerajaan negeri, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan beberapa agensi kerajaan yang lain. Kira-kira 308 orang pendidik dari seluruh Malaysia hadir mengikuti seminar selama dua hari itu bermula hari ini.
22 Mar 19
104
Sukan IPTIP 2019 Wasilah Erat Silaturahim
Oleh : Muhammad Najib IsmailHULU TERENGGANU, 17 Mac- Kejohanan Sukan Institut Pengajian Tinggi Islam PAS (IPTIP) berjaya mengeratkan hubungan silaturahim antara tiga institut pengajian tinggi (IPT) di bawah naungan parti itu.Tiga IPT berkenaan masing- masing, Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI), Manir, Terengganu, Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) di Kuala Nerang, Kedah dan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar, Kuala Lumpur.Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu, Ismail Osman berkata, sukan bukanlah matlamat utama mereka berada di KUDQI, tetapi menjadi wasilah mengeratkan silaturahim sesama peserta.“Dalam masa yang sama, janganlah kita lupa tanggungjawab sebenar kita seperti yang telah diamanahkan oleh Rasullah SAW yang menyuruh kita agar menuntut ilmu dan berusaha untuk menyampaikannya kepada masyarakat sekeliling kita," katanya di Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Sukan IPTIP 2019 Kali Ke-2 yang berlangsung di perkarangan KUDQI, baru-baru ini.Ismail juga mengingatkan penuntut dari ketiga-tiga IPT berkenaan dapat bergabung tenaga dalam usaha menyebarkan dakwah Islam sesama mereka sepertimana bekerjasama untuk memenangkan kumpulan masing-masing dalam acara sukan berkenaan.Program ini berlangsung selama tiga hari bermula 14 Mac mempertandingkan lapan acara seperti bola sepak pasir, sepak takraw, bola tampar, memanah, bola jaring, badminton, pingpong dan catur.Johan keseluruhan milik tuan rumah KUDQI, manakala naib johan pula dirangkul KIDU dan ketiga KUIZM.
18 Mar 19
562
Engku Sofiah Tamat Hafaz Al-Quran Lima Bulan Sepuluh Hari
KUALA TERENGGANU, 18 Mac - Berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran dalam tempoh lima bulan 10 hari. Itu kemampuan luar biasa seorang remaja perempuan, Engku Sofiah Engku Saharuumnizam, 14, yang melayakkannya menjadi pelajar terbaik dalam Majlis Graduasi Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) Kali Pertama yang diadakan di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, hari ini.Engku Sofiah berkata, sebelum menyertai program Akademi “Fast Track’ Huffaz Satu Tahun yang dikendalikan oleh AKMAL, dia telah mempunyai asas hafazan al-Quran melalui pembelajaran di sebuah madrasah di Kuantan ketika berusia 10 tahun sebelum memenuhi impian menghafal lebih banyak juzuk al-Quran, dengan menyertai AKMAL.Pelajar Sekolah Menengah Islam Darul Bayan, Paka itu berkata, sepanjang mengikuti program tersebut tahun lalu dia tidak menghadapi sebarang tekanan untuk menghafal al-Quran walaupun pada awalnya penyertaan dalam akademi itu kerana memenuhi kehendak kedua orang tuanya.“Ketika di akademi, saya sentiasa mengaji dan tidak tinggal al-Quran. Kebiasaanya dalam sehari itu saya akan menghafal sekurang-kurangnya tiga muka surat. Semuanya atas kerelaan diri sendiri yang akhirnya menjadikan saya lebih berminat untuk terus menghafal.“Alhamdulillah, dengan usaha ini, saya berjaya menghafal al-Quran dalam tempoh kurang setahun,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Graduasi Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) Kali Pertama yang telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini, hari ini.Turut hadir, Pengasas & Pengerusi Eksekutif AKMAL, Hussin Ismail.Seramai 20 orang pelajar AKMAL telah berjaya menyempurnakan hafazan 30 juzuk al-Quran dalam masa satu tahun atau kurang untuk sesi 2018.Engku Sofiah yang bercita-cita menjadi ustazah mengakui, walaupun pada mulanya sangat susah baginya untuk menghafal al-Quran, namun teknik atau sistem yang diguna pakai di AKMAL banyak membantunya menghafaz dalam tempoh yang singkat.Menurutnya, proses hafazan menjadi mudah kerana dia bukan sahaja menghayati isi kandungan al-Quran, bahkan turut memahami maksudnya.
18 Mar 19
1071
SMK Serating Dapat Surau Baharu Hasil Sumbangan
Oleh : Khairan Mat JusohMARANG, 17 Mac - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serating (SAKSES) kini mampu berbangga apabila berjaya menyiapkan Surau Ar-Rahim dengan hasil sumbangan orang ramai.Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG), Ustazah Mazidah Daud, 46, berkata pada mulanya tanggungjawab yang diberikan kepadanya adalah cukup berat untuk dipikul kerana ianya melibatkan kos yang agak besar."Saya runsing memikirkan pasal dana untuk surau ini, kerana tidak tahu dimanakah sumber yang harus saya mohon atau rujuk."Namun dalam masa enam bulan kemudian selepas kita iklan dan sama-sama usahakannya, ia mula membuahkan hasil dengan wang yang terkumpul pada masa itu sebanyak RM40 ribu,” katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas selesai majlis perasmian surau yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong.Menurut Majidah, projek pengubahsuaian itu bermula sebaik sahaja dana terkumpul mencecah RM40 ribu walaupun kos keseluruhan untuk menyiapkannya menelan belanja sehingga RM120 ribu."Walaupun 40 ribu itu tidak mencukupi, namun syarikat kontraktor yang menjalankan aktiviti pembinaan itu, mengambil keputusan untuk tetap meneruskan projek itu dengan menggunakan wang darinya dahulu.“Pihaknya melakukan pembesaran surau yang berkeluasan 60 kaki x 40 kaki dan mampu menampung sehingga 600 orang jemaah dalam satu masa,”ujarnya lagi. Jelasnya, RM30 ribu daripadanya adalah daripada Bakti Bank Negara dan selebihnya disumbang oleh orang ramai, individu serta masjid-masjid yang ada di daerah Marang ini.Sementara itu, Ustaz Sulaiman berkata jika niat ingin melakukan sesuatu perkara itu dengan ikhlas kerana Allah, insyaallah Allah akan permudahkannya, lebih-lebih lagi jika ia adalah perkara yang membawa ke jalanNya. “Sesuai dengan peribahasa "di mana ada kemahuan di situ ada jalan" kerana ia disiapkan dengan sumbangan dari orang ramai dan akhirnya dapat disiapkan semenjak Disember 2018 yang lalu, para guru sama-sama berusaha mencari dana untuk pembinaan surau ini," ujar beliau.
17 Mar 19
219
11A SPM Kenangan Manis Buat Jasmine Sopiya
Jasmine Sopiya bersama ibu dan bapa.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 15 Mac - Mengulang kaji pelajaran adalah rahsia Jasmine Sopiya Mohd Jamsari Azman, 18, memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM 2018 yang diumumkan semalam.Katanya, ulangkaji dan latihan berterusan pada setiap masa ternyata memberikan kenangan yang cukup manis buatnya apabila mendapat 11A.“Selalu membuat latihan membantu saya untuk lebih memahami apa yang dipelajari.“Apabila buat ulangkaji selalu, saya lebih yakin dan mampu untuk menjawab soalan dengan baik,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menerima slip keputusan daripada Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Dewan Saidina Abu Bakar, SHAMS, di sini semalam.Jasmine Sopiya yang mengikuti aliran sains di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik (SHAMS) turut menghargai segala jasa dan sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak.Jasmine Sopiya ketika ditemubual.Jelasnya, sokongan yang diterima menjadi pembakar semangat buat dirinya untuk terus berusaha demi mencapai cita-cita.“Terima kasih kepada ibu bapa dan rakan-rakan saya yang mendorong dan membantu saya walaupun dalam keadaan mereka sibuk.“Tidak lupa kepada guru-guru yang mengadakan kelas-kelas untuk pelajar-pelajar,” ujarnya.Anak jati Kampung Aur Chendering itu merupakan anak sulung kepada seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (SMKSS).
15 Mar 19
141