Artikel "Pendidikan" Terkini
52 Hafiz MTQT Terima Anugerah Graduasi
Nik Karimah Nik Abdul Ghafar (dua dari kanan) menerima Anugerah Khas MTQT dari Ahmad Shah (dua dari kiri).Oleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU, 16 April - Meraih keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Syahadah Tahfiz dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) adalah sangat penting bagi meneruskan cita-cita menuntut ilmu di peringkat universiti.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, hal itu kerana keputusan peperiksaan tersebut adalah sebagai tiket bagi melayakkan seseorang pelajar untuk memasuki institut pengajian tinggi."Hanya pelajar mempunyai keputusan yang cemerlang sahaja akan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke universiti dan kolej dalam serta luar negara daripada ribuan yang memohon," katanya.Anak Ahli Parlimen Setiu, Haji Shaharizukirnain Abd Kadir (tengah) turut bergraduasi di TER Kuala Ibai semalam.Beliau berkata demikian dalam catatan Kata-kata Aluan Buku Cenderahati Majlis Istiadat Graduasi dan Khatam al-Quran Kali Ke-28 Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu (MTQT) di Dewan Kenanga Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai, di sini, semalam.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Haji Ahmad Shah Muhamed mewakili beliau merasmikan majlis tersebut.Ahmad Shah dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri sentiasa komited untuk terus menyokong usaha ke arah melahirkan generasi yang menghafal al-Quran di samping cemerlang dalam bidang akademik.Antara pelajar MTQT yang bergraduasi di TER Kuala Ibai semalam.Beliau mengharapkan agar pelajar tahfiz MTQT mengekalkan kegemilangan ilmu sehingga berjaya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan keputusan yang cemerlang sepertimana sejarah kecemerlangan dalam majlis graduasi tersebut.Di majlis itu, seramai 52 orang pelajar lepasan STAM menerima anugerah graduasi dan 19 orang dari mereka memperolehi keputusan Mumtaz, manakala 24 orang Jayyid Jiddan dan selebihnya mendapat pangkat Jayyid.Tiga pelajar masing-masing menerima Anugerah Khas MTQT, Anugerah Imam 'Asim Al-Kufi dan Anugerah Imam Nafi' Al-Madani.Pelajar berkenaan ialah Nik Karimah Nik Abdul Ghafar, Nur Izzah Hanim Mahadi dan Muhammad Nurhakim Mohd Razali.Perarakan masuk Majlis Istiadat Graduasi dan Khatam Al-Quran Kali-28 MTQT di Dewan Kenanga Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai semalam.Ahmad Shah menyampaikan sijil anugerah dan Syahadah Tahfiz kepada semua pelajar tersebut.Sementara itu 19 orang pelajar lelaki dari maahad tersebut akan mengikuti Kuliah Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar Mesir dan akan berlepas ke negara itu pada 19 April ini.Sementara empat pelajar lelaki berlepas ke Mesir minggu lepas untuk mengikuti pengajian yang sama di universiti tersebut.Manakala seorang pelajar perempuan ke Universiti Basaksehir, Turki lebih awal dan sedang mengikuti pengajian bahasa Arab di universiti berkenaan.Sementara selebihnya akan belajar di universiti-universiti tempatan dalam pelbagai bidang pengajian.
16 Apr 19
1157
Pelajar Terbaik STAM Teruja Berbicara Dengan Tokoh Alumni
Oleh : Aziz HambaliKUALA TERENGGANU, 15 April - Sekumpulan pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir teruja mendengar nasihat terakhir sebelum meninggalkan tanah air oleh Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sebuah majlis Bicara Tokoh Alumni Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, di Dewan Fikri di sekolah itu, di sini, semalam.Wakil pelajar berkenaan, Muhammad Mujiburrahman Muhammad 20, dari Kampung Rantau Abang, Dungun berasa gembira kerana berpeluang mendengar pesanan berharga `Ayah Chik' sebelum berangkat ke Mesir."Alhamdulillah, bertuah sungguh saya rasa hari ni, slot bicara tokoh alumni bersama Tuan Guru Abdul Hadi sebentar tadi cukup memberi inspirasi kepada saya khususnya untuk pergi lebih jauh lagi,"Siapa sangka SMAASZA merupakan tempat tok guru belajar berpidato, menguasai bahasa Arab sebelum beliau melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sehingga berjaya saat ini menjadi ulama yang terkenal seantero dunia. Hal ini sangat memberi dorongan dan azam kepada saya untuk mengikut jejak langkah beliau, doakan,"katanya.Pada kesempatan itu juga, dia mewakili pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di SMAASZA Kuala Terengganu bersyukur dan berterima kasih kepada pihak sekolah kerana memilih mereka untuk ke Mesir, selain dapat menjayakan program yang amat bermanfaat seperti itu.Pelajar terbaik STAM SMAASZA 2019 itu berkata, ramai pelajar yang pergi menuntut ilmu di luar negara. Bagaimanapun, apabila pulang ke tanah air mereka tiada dalam lapangan masyarakat dan berharap perkara seumpama itu tidak berlaku kepada mereka.Dalam perkembangan yang sama, menurut Pengarah Sekretariat Pengurusan Pelajar Ke Mesir 2019 ILMAM Terengganu, Mohd Zahani Abdul Ghani, kesemua pelajar yang akan berangkat ke Mesir seramai 78 orang pada 19 April ini."Mereka yang akan ke Mesir terdiri daripada lima institusi pengajian yang berbeza-beza, antaranya Institut Pengajian Islam (INSPI), Ma'ahad Tahfiz Tarbiyah, Tok Jiring (MTT), SMAASZA, Kolej Al-Quran Terengganu, Padang Midin (KQT) dan sekolah persendirian (Pondok),"katanya.Tambahnya lagi, pada tahun lalu, seramai 71 pelajar melanjutkan pengajian ke Mesir dalam pelbagai bidang pengajian, berbanding tahun ini, seramai 78 pelajar pula berpeluang meneruskan pengajian di negara Timur Tengah itu.
15 Apr 19
1376
Terengganu Utamakan Pendidikan
Oleh: Aslam WiraMARANG, 14 April- Kerajaan negeri amat mementingkan pendidikan anak-anak Terengganu termasuk menerusi penajaan biasiswa mahupun pemberian pinjaman yuran pengajian untuk meneruskan pengajian ke tahap tertinggi.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali berkata, sebanyak RM6.5 juta diperuntukkan untuk penajaan biasiswa kepada pelajar cemerlang dan RM10 juta diluluskan untuk pinjaman yuran pengajian dalam bentuk one-off atau pinjaman.“Saya akui ianya adalah bukan jumlah yang banyak untuk membantu pelajar sarjana muda dan doktor falsafah tetapi sekurang-kurangnya permulaannya sudah ada.“Seperti pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam diploma, kerajaan masih meneruskan pemberian RM1000 seperti sebelum ini, namun sekiranya mereka tidak layak, masih ada saliran lain iaitu melalui pusat zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam).Beliau berkata ketika menjawab persoalan seorang mahasiswa, Muhammad Firdaus Muhammad Yusuf berkenaan peruntukan yang ditawarkan kepada pelajar yang belajar di luar Terengganu dalam satu majlis dialog bersama peserta Bakti Siswa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak di Dewan Banat, Rusila, semalam.Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Rhu Rendang, Mohamad Embong dan Penyelia Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsuden.Katanya, kerajaan negeri menyediakan peruntukkan yang seharusnya dimanfaatkan pelajar dengan memberikan komitmen tinggi untuk mendapat keputusan yang terbaik.“Kita mengharapkan menerusi bantuan yang diberikan boleh menjadi satu motivasi untuk pelajar mendapat keputusan yang cemerlang di universiti,” ujarnya.Sementara itu, beliau turut menaruh keyakinan terhadap mahasiswa UPSI kerana mereka adalah golongan intelektual dan satu-satunya IPTA yang terlibat secara langsung dalam pendidikan sebagai guru dan pendidik.“Kita menaruh harapan yang besar supaya graduan daripada universiti ini adalah pendidik yang bukan sahaja kita nak bina pelajar-pelajar dari segi kemahiran tetapi juga dalam pembangunan modal insan,” ujarnya.
14 Apr 19
67
Terengganu Negeri Yang Subur Dengan Ilmu
Satiful Bahari Mamat.KUALA TERENGGANU, 14 April - Terengganu adalah sebuah negeri yang subur dengan ilmu dan institusi pendidikan sehingga berjaya melahirkan ramai golongan teknokrat dan ilmuan Islam.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, sejarah ketinggian ilmu sememangnya tidak asing di bumi Terengganu yang menyaksikan tokoh-tokoh hebat sentiasa mendapat perhatian dunia.Jelasnya, justeru itu pihaknya sentiasa membuka ruang buat semua warga pendidik sama ada daripada dalam atau luar Terengganu untuk bekerjasama membina generasi rabbani.“Dan insya-Allah, kita mengalu-alukan, Terengganu kita mengharapkan sebagai negeri yang subur dan sentiasa terbuka kepada dunia pendidikan khususnya yang berteraskan Islam.“Untuk bersama-sama bekerjasama bagi mencapai matlamat, kita juga membuka peluang bukan hanya kepada anak Terengganu tetapi juga kepada mereka yang di luar Terengganu, untuk kita membina generasi pelapis,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Himpunan Pendidik Islam Malaysia (HPIM) 6.0 Peringkat Kebangsaan di Stadium Negeri, di sini semalam.Tokoh murabbi ummah.Turut hadir, Mursyidul Am PAS, Dato' Hashim Jasin, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Terdahulu, Satiful menyampaikan anugerah kepada beberapa tokoh pendidik yang banyak berjasa dalam institusi keilmuan di negara ini.Anak jati Terengganu dari Kampung Baru Seberang Takir, Ustaz Mohd Fauzi Mansor dinobatkan sebagai Tokoh Pendidik Kelainan Upaya atas sumbangan beliau dalam dunia pendidikan terutamanya kepada masyarakat kurang penglihatan.Selain itu, turut menerima anugerah pendidikan dalam himpunan kali ini ialah Dato’ Hashim Jasin yang dianugerahkan Tokoh Murabbi Ummah manakala Dato’ Dr Johari Mat sebagai Tokoh Pendidik, dan Ustaz Azhar Idrus menerima anugerah Tokoh Pendidik Masyarakat Nusantara.Tidak ketinggalan, Tokoh Pendidik Muslimat dianugerahkan kepada Dr Halimah Ali yang banyak berjasa dalam pendidikan perubatan dan agama. Mohd Fauzi Mansor tokoh pendidik kelainan upaya.HPIM 6.0 menghimpunkan semua pendidik daripada pelbagai institusi pendidikan seperti Sekolah Agama Rakyat (SAR), tahfiz, madrasah, pondok,Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) serta sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
13 Apr 19
350
Pendidikan Modal Insan Teras Pembangunan Kerajaan Negeri
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 12 April - Pendidikan modal insan menjadi hasrat utama kerajaan negeri bagi melahirkan masyarakat yang lebih baik.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali berkata, modal insan mestilah mempunyai akidah yang kuat serta berteraskan agama kerana setiap amalan manusia akan dihisab."20 manifesto kerajaan negeri sedang giat dijalankan, pendidikan merupakan salah satu hasrat kerajaan bagi membentuk pembangunan modal insan.“Kerajaan negeri juga telah meluluskan peruntukan berupa biasiswa khas kepada pelajar jurusan sarjana," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Agama (SMA) Ittifakiah, di sini semalam.Yahaya juga menasihatkan para pelajar agar mengimbau kembali zaman kegemilangan ilmu Islam suatu ketika dahulu agar dijadikan sebagai pengajaran.“Ilmu-ilmu moden pada zaman kini telah didahului oleh zaman kegemilangan Islam terdahulu, ini merupakan tanda bahawa umat sekarang mampu berubah ke arah kebaikan," katanya.
12 Apr 19
39
256 Pelajar Cemerlang DUN Pengkalan Berangan Terima Anugerah
Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar.Oleh: Khairan Mat JusohMARANG, 12 April - Seramai 256 pelajar yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) diraikan dan menerima anugerah kecemerlangan kelmarin.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, majlis itu bagi menghargai dan mengiktiraf usaha yang telah dilakukan mereka hingga mencapai kejayaan.Jelasnya, anugerah itu secara tidak langsung akan menjadikan mereka lebih bermotivasi untuk mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi."Hari ini kita kita telah berjaya menyempurnakan hari anugerah kecemerlangan pelajar peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri) Pengkalan Berangan."Majlis yang cukup bermakna dan bersejarah bagi adik-adik pelajar dan kita doakan supaya mereka dapat mengambil peluang dan keraian ini untuk mereka lebih bersemangat bagi menyambung pengajian mereka ke peringkat seterusnya," jelas beliau.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar DUN Pengkalan Berangan, di Dewan Al-Ghazali Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Berangan, kelmarin.Sulaiman Sulong.Hadir sama dalam majlis itu ialah Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Mohamad Nawawi Rani, guru-guru kanan SMK dalam DUN Pengkalan Berangan serta ibu bapa murid yang cemerlang.Sementara itu, menurut Mohamad Nawawi, penganjuran majlis itu merupakan sesuatu yang cukup bermakna pada murid yang berjaya.Ujarnya, majlis yang kali pertama diadakan di peringkat DUN itu adalah sebagai sokongan daripada pihak kerajaan kepada warga pendidik."Kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada YB (Yang Berhormat) Sulaiman Sulong yang dapat mengadakan majlis meraikan kecemerlangan pelajar DUN Pengkalan Berangan yang seingat saya anugerah yang pertama di dalam parlimen Marang ini."Insya-Allah majlis penghargaan ini akan memberikan satu penghormatan kepada kami warga pendidikan khususnya guru-guru, pelajar-pelajar yang menerima anugerah dan juga para ibu-bapa dan penjaga. "Alhamdulillah terima kasih banyak-banyak YB atas sokongan kepada kami warga pendidikan,".
12 Apr 19
894
Guna Peluang Lanjut Pengajian Untuk Jadi Yang Terbaik - Satiful Bahri
Para pelajar bergambar bersama YB Satiful Bahri selepas tamat Kem Bina Insan.Oleh : Amiirullah MansorKEMAMAN, 10 April - Pelajar yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Mesir perlu berusaha menjadi individu yang terbaik dengan membuat persiapan secukupnya.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, pelajar perlu memperkasakan pemikiran dan akidah demi memikul tanggungjawab yang besar semasa berada di sana.“Ini kerana kita akan berhadapan dengan pelbagai ideologi yang boleh mempengaruhi diri. "Mereka umpama mata rantai yang akan meneruskan jalan pejuangan ditinggalkan oleh Rasulullah SAW untuk disebarkan kepada masyarakat. "Inilah bebanan dan tanggungjawab mengangkat martabat ilmu pengetahuan dan risalah yang ditinggalkan untuk kita," katanya ketika berucap merasmikan majlis penutup Kem Bina Insan Kursus Persediaan Ke Mesir 2019, di Darul Iman Training Centre (DITC) Kemaman, di sini, baru-baru ini. Satiful nasihat pelajar gunakan peluang dengan sebaiknya.Seramai 78 pelajar berjaya melanjutkan pengajian bagi sesi pengambilan akan datang menyertai kem berkenaan.Dalam majlis tersebut, kerajaan negeri memaklumkan bahawa Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Terengganu akan bertindak sebagai wakil menguruskan persediaan dan menghantar pelajar berkenaan ke bumi anbia itu.Kerajaan turut mengumumkan bantuan awal pengajian daripada Yayasan Terengganu (YT) bernilai RM1,000 dan bantuan awal pengajian Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu sebanyak RM2,000.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka itu turut berpesan, selain pendidikan formal, kemahiran kepimpinan juga perlu dititikberatkan oleh setiap pelajar bagi mewujudkan kemahiran dalam mentadbir sesuatu organisasi. "Bentuklah karisma dalam diri kita dengan sentiasa bersama jemaah untuk melatih kita menjadi seorang pemimpin yangg akan mewarisi masa hadapan,” katanya.Beliau juga mengingatkan, hasrat kerajaan negeri untuk meletakkan Islam sebagai dasar utama dalam semua perkara. "Saya berharap saudara sekalian dapat merealisasikan hasrat kerajaan kerana hanya kita sahaja (kumpulan pelajar dari Terengganu) yang lebih menumpukan ilmu berkaitan agama,” katanya. Kumpulan pelajar berkenaan akan berangkat ke Mesir pada 19 dan 20 April ini.
10 Apr 19
52
Ruksyah `Solat Kritikal'
penceramah bebas, Haji Mohd Syukri Haji Ali menerima cenderahati daripada Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil selepas program KUALA TERENGGANU, 10 April - Solat menjadi sumber kekuatan orang Islam yang diamalkan sejak dahulu termasuk oleh pemimpin terdahulu, ‘Pembuka Kota Konstantinopel’, Sultan Muhammad Al-Fateh.Mufti Negeri Terengganu, Dato' Dr. Zukiply Muda berkata, kekuatan solat adalah perkara pertama dalam hidup seorang muslim.“Semua orang tahu sembahyang bukan ‘saja-saja’ tetapi solat itu ada peraturan dan diabadikan dalam satu kalimah mendirikan sembahyang.“Kekuatan Saidina Othman ialah sembahyang malam, sujud, takut dan selalu mengharapkan rahmat Allah,” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam program Muhadharah Perdana Solat Kritikal di Dewan Konvensyen Wisma Darul Iman, di sini, semalam.Sementara tu, penceramah bebas, Mohd Syukri Ali berkata, program yang diadakan pada hari ini untuk mendedahkan kepada masyarakat tidak ada alasan untuk tidak meninggalkan solat fardu.Katanya, solat bukanlah perkara yang kritikal kepada kehidupan seharian tetapi kerana berdepan dengan suasana yang tidak kondusif menyebabkan seolah-olah ia membebankan.“Kita berdepan dengan suasana yang menyebabkan kita sangat terdesak untuk melaksanakan solat, sebagai contoh doktor yang membuat pembedahan, balai bomba, balai polis.“Bila saya buat kajian begini rupanya masyarakat kita jauh sikit kefahaman untuk memahami ruksyah (keringanan) supaya kita tidak meninggalkan solat,” jelasnya.Tegasnya, keringanan yang diberikan Allah kepada umat Islam sangat luas termasuk bertayamum dengan menepuk bantal atau pakaian sekiranya tidak terdapat debu di persekitaran.Sebelum itu, beliau berkata dalam ceramahnya pada majlis tersebut, petugas yang membabitkan kerja-kerja keselamatan dan kepentingan orang ramai boleh melakukan solat ‘jamak’ tetapi tidak ‘qasar’.“Saya buat kajian di beberapa buah jabatan yang kritikal antaranya menara kawalan penerbangan, hospital ataupun di balai bomba dan balai polis.“Maka dalam keadaan (sibuk) yang tidak dapat dielakkan itu boleh menggunakan ruksyah yang diberikan syariah untuk mengelakkan kita meninggalkan solat,” katanya.Menurut beliau, 80 peratus pesakit beragama Islam yang dirawat di hospital, tidak menunaikan solat dengan pelbagai alasan menggambarkan masyarakat masih jauh daripada kefahaman Islam sebenarnya.
09 Apr 19
493
TATiUC Terengganu Tawar Biasiswa RM 3.1 Juta
KUALA TERENGGANU, 1 April - TATI University College (TATiUC), Kemaman menawarkan Biasiswa Terengganu Sejahtera berjumlah RM3.1 juta kepada pelajar baharu bagi kemasukan Mei dan September tahun ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya menjangkakan seramai 1,100 pelajar Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Asasi berpeluang menikmati keistimewaan yang pertama kali ditawarkan itu.Katanya, nilai biasiswa bagi setiap pelajar yang layak adalah berjumlah RM11,045 sepanjang pengajian meliputi yuran pengajian dan penginapan kolej kediaman.“Seramai 100 pelajar terawal turut ditawarkan elaun sara hidup sebanyak RM323 sebulan,” katanya kepada sidang media selepas Majlis Pelancaran Biasiswa Terengganu Sejahtera di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Hadir sama, Rektor Tatiuc, Profesor Dr Anuar Ahmad.Katanya, keistimewaan lain, TATiUC turut menyediakan elaun sara hidup kepada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda RM250 sebulan atau bersamaan RM8,000 sepanjang pengajian manakala pelajar Diploma dengan bayaran RM200 sebulan atau RM4,800 sepanjang pengajian.“Pengurangan yuran pengajian sekiranya pelajar berupaya tampil cemerlang dalam bidang yang diceburi.“Oleh itu, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia disaran merebut peluang itu,” katanya. Sementara itu, Dr Anuar berkata, pihaknya komited dalam membangunkan potensi anak-anak pelajar.Katanya, mereka terutamanya yang datang daripada keluarga golongan asnaf dan berpendapatan rendah sewajarnya merebut peluang itu."Bukan mudah untuk mencari pusat pengajian yang menawarkan biasiswa.“Diakui banyak pihak, pelajar lepasan TATiUC laris di pasaran industri di mana hampir 60 hingga 80 pelajar berjaya memperoleh kerja selepas enam bulan menamatkan sesi pembelajaran,” katanya.TATiUC menawarkan tiga program Sarjana, 10 program Ijazah Sarjana Muda, 13 program Diploma dan dua program Asasi dalam pelbagai bidang.Antaranya kejuruteraan, teknologi maklumat. pembuatan, automasi, elektrikal, ujian tanpa musnah, kimia, polimer, komputer, pengurusan teknologi dan media grafik.Maklumat lanjut berhubung syarat kelayakan dan tawaran Biasiswa Terengganu Sejahtera boleh hubungi 09 860 1130 atau layari www.tatiuc.edu.my.
31 Mar 19
185
Calon Saintis Islam Terengganu Sudah Dikenal Pasti
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (tengah) menyaksikan penyerahan sumbangan untuk program pendidikan Terengganu.KUALA TERENGGANU, 28 Mac - Terengganu sudah mempunyai calon sesuai dan berkelayakan bagi melanjutkan pelajaran dalam Program Saintis Islam Terengganu yang bakal diumumkan tidak lama lagi.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, program yang ditaja oleh kerajaan negeri itu memilih pelajar yang paling cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Jelasnya, pelajar yang berjaya mencapai keputusan yang baik dalam SPM berkenaan berjaya melalui beberapa proses dan saringan yang ketat.“Sebagaimana komitmen kita dalam Bajet 2019, kita memperuntukkan RM15 juta bagi program biasiswa untuk anak-anak Terengganu, termasuk Program Saintis Islam Terengganu ini.“Kita sudah ada calon, jika calon itu bersetuju menerimanya, kita akan buat pengumuman, namun jika dia menolaknya atas sebab-sebab tertentu, kita akan pilih calon lain,” ujarnya.Ahmad Samsuri berucap merasmikan majlis.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) ExxonMobil 2018 & Sumbangan Program-Program Pendidikan 2019 di Dewan Auditorium, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), di sini hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Naib Presiden & Pengarah Kewangan ExxonMobil Exploration and Production, Ernest Miller, Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin serta Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, Rosman Roslan.Kerajaan Terengganu akan menaja pelajar yang cemerlang dan terpilih dengan tajaan biasiswa penuh bermula daripada peringkat ijazah sarjana muda hingga doktor falsafah (PhD) melalui Program Saintis Islam Terengganu itu.Program yang sudah memasuki edisi kelima itu bertujuan untuk melahirkan saintis Islam yang hafaz 30 juzuk al-Quran, mendalami ilmu Islam dan pakar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).Pelajar bangsa Cina antara yang menerima anugerah pelajar cemerlang STEM 2018.
28 Mar 19
42