lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Empty Image
Penglibatan Ibu Bapa, Guru Dan Komuniti Penting Majukan Sektor Pendidikan
KUALA TERENGGANU, 14 Mac- Penglibatan ibu bapa dan ko­­muniti merupa­kan kaedah terbaik bagi bersama-sama pihak sekolah me­majukan lagi sektor pendidikan negara.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, peranan mendidik bukan tugas guru semata-mata tetapi memerlukan kerjasama semua pihak. "Proses pendidikan yang berjaya sebenarnya perlu mendapat kerjasama semua pihak dan sebab itulah adanya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PiBG). "Menunaikan hak mendidik anak-anak sangat penting kerana merekalah yang akan mengurus negara ini pada masa akan datang," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Permuafakatan Akademik, Penetapan Target PT3, SPM Dan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-24 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, hari ini. Ahmad Samsuri berkata, SMKA Sheikh Abdul Malek diharap akan dapat meneruskan dan meningkatkan lagi kecemerlangan bukan sahaja dalam akademik tetapi meliputi semua aspek kehidupan
13 Mar 19
696
Empty Image
SPM 2018: Kerajaan Negeri Tawar Tajaan Biasiswa Kepada Empat Pelajar Cemerlang
Ahmad Samsuri beramah mesra bersama pelajar cemerlang SPM 2018KUALA TERENGGANU, 14 Mac- Kerajaan negeri menawarkan penajaan biasiswa kepada empat pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat semua A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang diumumkan serentak seluruh negara, hari ini.Pelajar cemerlang tersebut, Muhammad Hilman Nor Azmi dari Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Terengganu dan Nurin Batrisya Mohd Azmi dari Sekolah Menengah Imtiaz Besut yang mendapat 11A+.Sementara itu, Amirah Husna Abdul Kahar dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus dan Nur Atiqah Syuhadah Hamdan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Tengku Lela Segara, Marang mendapat 9A+.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, menerusi Bajet 2019 kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM5 juta pembiayaan biasiswa sepenuhnya kepada pelajar cemerlang sehingga mereka menamatkan pengajian. “Hari ini, Terengganu telah mencatat peningkatan dimana empat orang pelajar berjaya mendapat semua A+ dalam SPM berbanding tiga orang tahun lepas.“Secara automatik, kita akan tawarkan biasiswa penuh kepada empat pelajar ini untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media pengumuman SPM di bilik mesyuarat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik, hari ini.Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM10 juta sepanjang tahun ini bagi pinjaman pendidikan untuk tujuan pembayaran yuran.Terengganu terus mengungguli dalam bidang pendidikan apabila keputusan SPM 2018 merekodkan peningkatan dengan Gred Purata Keseluruhan (GPK) negeri 4.90 mengatasi GPK kebangsaan 4.95.
13 Mar 19
646
Empty Image
SPM 2018: Buta Sebelah Mata Bukan Halangan Raih 5A
Ciuman istimewa seorang ibu buat anaknya yang dinobatkan salah seorang pelajar cemerlang CBK bagi SPM 2018KUALA TERENGGANU, 14 Mac - Hanya belajar menggunakan mata kiri  namun tidak mematahkan semangat Ahmad Shahir Safwan Ahmad Sabri untuk memperolehi keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.Dia yang berasal dari Balai Besar Dungun merupakan Calon Berkeperluan Khas (CBK) terbaik bagi negeri Terengganu, Ahmad Shahir tidak meletakkan kekurangan diri sebagai penghalang untuk berjaya seperti pelajar-pelajar normal lain.Anak ketiga dari empat beradik itu mengidap Glaukoma sejak tingkatan tiga, kehilangan penglihatan sepenuhnya  pada mata kanan manakala mata kirinya hanya boleh melihat hanya 20 peratus sahaja berjaya memperoleh 5A termasuk satu A+ dalam subjek Pendidikan Syariah IslamiahKata Ahmad Shahir, dengan sokongan dan dorongan dari keluarga, guru-guru dan rakan sebaya telah memberinya satu kekuatan untuk berjuang seperti pelajar normal."Saya hilang penglihatan mata kanan dan cuma boleh melihat dengan mata kiri.Keadaan ini memberi cabaran besar kepada saya untuk belajar terutama pada waktu malam."Rasa rendah diri sebab orang lain lebih hebat selepas itu rasa tercabar untuk jadi jauh lebih hebat dan sebab itu saya cuba yang terbaik untuk SPM,"katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pengumuman SPM, di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik, di sini hari ini.Dalam majlis yang sama, Ahmad Shahir turut menerima sijil penghargaan atas kecemerlangannya dalam SPM 2018 tersebut daripada Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Satipul Bahri Mamat.Pelajar-pelajar cemerlang SPM 2018Tambahnya, solat sunat Dhuha juga menjadi amalan di waktu rehat apabila dia dan rakan-rakan ke surau bagi menunaikannya setiap hari.
13 Mar 19
475
Empty Image
SPM 2018: Doa, Solat Hajat Resipi Kejayaan Ahmad Nuruddin
Ahmad Nuruddin menunjukkan keputusan SPM yang diterimanya Oleh:Fidee AzizKUALA TERENGGANU,14 Mac- Tidak pernah meninggalkan solat dan sering mengamalkan solat sunat  dan kerap berdoa menjadi rahsia pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018, Wan Ahmad Nuruddin Wan Rusli. Wan Ahmad Nuruddin 18, pelajar aliran sains agama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik (SHAMS) merupakan anak jati Kampung Belukar Jambu Kuala Terengganu. Katanya, tiada rahsia  istimewa, cuma sering mengamalkan solat sunat, berdoa, jaga hubungan baik dengan ibu bapa, guru dan rakan seperjuangan serta  tidak lupa membaca yassin setiap malam.“Ibu bapa adalah salah satu faktor penting dalam sesebuah kejayaan disamping dorongan daripada guru-guru dan kawan-kawan.“Jika ada rezeki saya bercadang mahu menyambung pelajaran di Universiti Sultan Zainal Abidin(UNISZA) dalam bidang perubatan,”katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemubual Urusetia Penerangan Darul Iman selepas menerima slip keputusan daripada Menteri Besar di Dewan Saidina Abu Bakar,SHAMS, hari ini.
13 Mar 19
67
Empty Image
SPM 2018: Terengganu Terus Unggul
Dr.Ahmad Samsuri bersama-sama pelajar cemerlang SPM 2018KUALA TERENGGANU, 14 Mac -  Terengganu terus mengungguli dalam bidang pendidikan apabila Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 merekodkan peningkatan dengan Gred Purata Keseluruhan (GPK) negeri 4.90 mengatasi GPK kebangsaan 4.95.Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, ini merupakan kejayaan yang membanggakan bagi 2018 dan tertinggi yang pernah dicapai Terengganu dalam SPM."Seramai 19,627 calon telah menduduki peperiksaan SPM 2018 pada tahun lalu di 168 pusat peperiksaan seluruh negeri."Daripada jumlah itu, 276 calon memperoleh keputusan cemerlang A bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan SPM di Terengganu," katanya pada sidang akhbar pengumuman SPM di bilik mesyuarat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik, di sini hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satipul Bahri Mamat.Beliau juga berkata, pihaknya juga telah mengenalpasti beberapa subjek atau mata pelajaran yang telah menyebabkan pelajar tidak mendapat semua A+.“Antara subjek yang kita kenal pasti ialah subjek teras seperti bahasa Melayu, matematik termasuk bahasa Inggeris. Kita akan fokus kepada subjek-subjek ini dengan melakukan post mortem selepas ini."Namun bagi subjek Sejarah dan Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan  yang amat baik berbanding tahun lepas.Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat," katanya lagi.Dua pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat semua A+ ialah Muhammad Hilman Nor Azmi dari Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Terengganu dan Nurin Batrisya Mohd Azmi dari Sekolah Menengah Imtiaz Besut yang mendapat 11A+.Sementara itu, Amirah Husna Abdul Kahar dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus dan Nur Atiqah Syuhadah Hamdan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Tengku Lela Segara, Marang mendapat 9A+.Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Terengganu dan SBP Integrasi Batu Rakit, Kuala Nerus pula merupakan sekolah paling cemerlang manakala calon berkeperluan khas (CBK), Ahmad Shahir Safwan Ahmad Sabri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Abang  Dungun yang mengalami masalah penglihatan pula adalah calon CBK cemerlang negeri, dengan mendapat 1A+, 4A, 3B+, 1B, 1C+ dan 1C.
13 Mar 19
277
Empty Image
STPM 2018: Nur Syahidah Tebus Kegagalan SPM
KUALA TERENGGANU, 11 Mac - Kegagalan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menghalang Nur Syahidah Hassan, 20, muncul pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018.Pelajar Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA)  itu memperoleh 5A dalam peperiksaan STPM yang diumumkan hari ini.Nur Syahidah berkata, dia sedaya mungkin melakukan yang terbaik dalam peperiksaan STPM selepas kecewa dalam keputusan SPM dan Penilaian Menengah Rendah sebelum ini.Katanya, alhamdulillah dengan pertolongan Allah S.W.T, berkat doa ibu ayah, guru dan hasil hubungan baik dengan semua orang, dia mampu memperoleh keputusan  yang membanggakan hari ini.“Apa yang diperoleh itu berkemungkinan hikmah daripada kegagalan meraih keputusan cemerlang dalam tiga peperiksaan utama sebelum ini.“Dalam SPM, saya hanya memperoleh 5A 5B 1C, sedangkan saya antara pelajar harapan guru yang  menjangkakan mampu memperoleh 11A,“ katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Meraikan Pelajar STPM di SMAASZA, di sini, hari ini.Nur Syahidah antara 36 calon STPM di sekolah itu di mana SMAAZA turut diumumkan sebagai sekolah kedua terbaik mencapai keputusan semua principal (5P/4P) tertinggi.Katanya, atas nasihat ibu (Norhidayah Mustafa, 50) dan saranan guru supaya mengambil STPM,  dia memilih SMAAZA bagi menebus kegagalan dan alhamdullilah, apa yang diimpikan kini menjadi kenyataan.“Tiada rahsia istimewa cuma amalkan bangun seawal pagi untuk menunaikan solat tahajud, membaca surah Yasin dan beberapa surah tertentu agar Allah permudahkan niat dan hajat,” katanya.
11 Mar 19
524
Empty Image
MB Ajak Penggerak Pendidikan Negeri Jayakan PITAS 2030
Haji Sharifuddin (11 dari kiri) bersama pegawai-pegawai tinggi jabatan itu mengadakan perjumpaan dengan Dr Ahmad Samsuri (12 dari kanan) di Wisma Darul Iman semalam.KUALA TERENGGANU, 21 Februari - Kerajaan negeri menjadikan pendidikan antara bidang utama Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) bagi melahirkan insan berkualiti dan bermoral tinggi demi kesejahteraan negeri dan rakyat.Justeru, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berharap supaya semua pihak bekerjasama bagi menjayakan Pelan Induk Terengganu tersebut.Beliau menaruh harapan demikian ketika menulis di status Facebooknya semalam.Foto hasil perjumpaan dengan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Haji Sharifuddin Haji Ali Hussin dan Pegawai Pengurusan Tertinggi Jabatan itu di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Iman, turut dimuat naik dalam laman berkenaan.Cenderahati dari Dr Ahmad Samsuri (tengah) kepada Haji Sharifuddin (kanan).Katanya, pendidikan merupakan antara satu bidang utama PITAS 2030 yang menjadi aspek terpenting sebagai usaha kerajaan negeri dalam melahirkan insan berkualiti dan bermoral tinggi demi kesejahteraan negeri serta rakyat."Kerjasama semua pihak penting bagi mencapai matlamat ini," jelasnya.Dalam Teras Utama (Maju) PITAS 2030 dinyatakan bahawa pembangunan modal insan berteraskan kepada prinsip Islam yang menjadi tujuan utama kerajaan bagi melahirkan masyarakat berintelek dan berdaya saing. Sementara dalam Bajet 2019 yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu akhir tahun lalu, Dr  Samsuri menyatakan bahawa sejumlah RM5 Juta diperuntukkan di bawah Skim Mus'aib bin Umair untuk menggalakkan rakyat mencintai al-Quran.Katanya, kefahaman dan pengamalan terhadap ajaran al-Quran perlu diperkukuhkan demi melahirkan modal insan yang berkualiti.
20 Feb 19
188
Empty Image
Kerajaan Negeri Angkat Pendidikan Elemen Penting
Satiful menandatangani plak simbolik merasmikan Bangunan Koperasi Idun Quranic Centre (KIQC).DUNGUN, 12 Februari - Kerajaan Negeri Terengganu meletakkan pendidikan sebagai satu elemen penting dengan memperuntukkan sejumlah besar dana negeri untuk meningkatkan ilmu di kalangan masyarakat .Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, peruntukan perbelanjaan yang dibentangkan dalam Bajet 2019 lalu memperlihatkan bidang pendidikan mendapat dana tertinggi antara bidang-bidang yang lain."Berbekalkan peruntukan ini, kita akan terus alirkan dana kepada rakyat negeri Terengganu melalui pelbagai program dan aktiviti kelimuan yang dirancang.“Bagaimanapun, ia akan mengambil masa untuk kita lihat hasilnya," katanya di Dewan Ulul Albab Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu (Atas) Dungun, baru-baru ini. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali keenam sempena Anugerah Kecemerlangan Akademik 2018 & Majlis Perasmian Koperasi SM Imtiaz Dungun Berhad.Dalam majlis berkenaan, beliau turut menandatangani plak simbolik merasmikan Bangunan Koperasi Idun Quranic Centre (KIQC) yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik selaku Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan.Satiful memaklumkan, keutamaan yang diberikan kerajaan negeri itu bertujuan melahirkan insan- insan yang bakal menjadi pelapis kepimpinan kerajaan dalam usaha mencapai gagasan.“Ibu bapa perlu sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak mereka sejak dari awal lagi. Ibu bapa hari ini kebanyakannya berpelajaran tinggi, jadi mereka mahukan anaknya lebih baik daripada mereka. "Sedangkan konsep pendidikan dalam Islam, kita perlu mendidik 'minal mahdi ilal lahdi' yakni daripada buaian sampai ke liang lahad," katanya.Beliau turut mengulas tanggapan buruk sebahagian masyarakat tentang ibu bapa yang menghantar anaknya ke pusat hafazan al-Quran dikatakan tidak mempunyai masa depan yang cerah. "Apabila kita menghantar anak ke pusat hafaz al-Quran, bukan bermakna kita menutup masa depan mereka. Sebaliknya, kita menambah kefahaman dan ilmu keduniaan mereka dengan ilmu akhirat," katanya.
12 Feb 19
187
Empty Image
Penjawat Awam Diminta Ikuti Kursus Adab Layan Pelanggan
KUALA TERENGGANU, 12 Februari - Penjawat awam, terutama yang bertugas di kaunter khidmat pelanggan di jabatan kerajaan  dan anak syarikat kerajaan negeri di Terengganu diminta mengikuti kursus adab dan tatasusila layanan pelanggan.Langkah itu susulan daripada aduan tidak puas hati seorang pelanggan yang  berurusan dengan kakitangan di bahagian kaunter  khidmat pelanggan Yayasan Terengganu (YT), semalam  dengan menganggapnya sebagai tidak beradab.Perkara itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi dan komen negatif daripada pengikut laman sosial Facebook.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dia ada menerima maklumat mengenai perkara itu dan sudah meminta pegawai dan kakitangan YT termasuk individu  berkaitan memberi penjelasan.Katanya, kerajaan negeri mewakili YT memohon kemaafan di atas kejadian yang berlaku dan akan berusaha menyelesaikannya sebaik mungkin supaya perkara sama tidak berulang.“Perkara ini sudah dipanjangkan kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai tindakan untuk melatih, memberi kursus khas kepada mana-mana kakitangan yang bertugas di kaunter perkhidmatan.“Pendekatan itu tidak terhad kepada kakitangan YT sahaja malah turut melihatkan jabatan dan agensi bukan kerajaan seperti Syarikat Air Terengganu atau dengan kata lain mana-mana agensi yang saling berhubung dan berdepan dengan masyarakat luar,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Sarjana Terengganu 2018 di Duyong Marina, Kuala Terengganu hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Abd Rahman Yahya dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat.Seramai 183 penerima Anugerah Sarjana Terengganu  di mana 33 daripadanya pelajar ikhtisas, masing-masing  menerima RM4,000 manakala selebihnya 150 pelajar bukan ikhtisas (RM2,000) hadir menerima sumbangan.Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri membelanjakan RM432,000 untuk diagihkan kepada 183 penerima anugerah itu.“Program ini diadakan bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda yang mendapat kepujian kelas pertama dan setara,” katanya.  
12 Feb 19
670
Empty Image
Permata Wajar Bantu Promosi Keindahan Terengganu
Ghazali menyampaikan pembahagian keluarga angkat buat mahasiswa PERMATA.Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 3 Februari - Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) diseru membantu mempromosikan keindahan Terengganu, khususnya Bukit Besi sebagai bandar perlombongan yang bersejarah dan menarik.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, penglibatan Permata mengangkat nama negeri dalam pelbagai aspek amat dialu-alukan kerajaan negeri."Ramai masih tidak mengetahui bahawa Bukit Besi pernah mengecap zaman gemilang sebagai bandar 'elit' semasa petumbuhan pesat aktiviti perlombongan.“Banyak kesan sejarah tersebut dapat dilihat melalui bangunan-bangunan yang ada hari ini,” katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan Program Tautan Rahmat 2.0 yang dianjurkan oleh Permata Universiti Sains Malaysia (USM) di Bukit Besi, di sini, baru-baru ini.Turut hadir, dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Ahmad Bakhir Chik yang membantu menguruskan keperluan program tersebut.Dalam program berkenaan, seramai 42 mahasiswa terdiri anak jati Terengganu diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing yang dipilih daripada penduduk tempatan bagi mengikuti program selama tiga hari itu.Kerajaan negeri harap mahasiswa dapat bersama-sama menyebarkan keindahan dan keunikan negeri Terengganu.Ghazali berharap mahasiswa berkenaan dapat menyaksikan sendiri keindahan dan keunikan Bukit Besi dan meuar-uarkannya kepada masyarakat di luar. “Pelbagai perkara boleh diterokai antaranya perkampungan lama yang menarik iaitu Kampung Besul, Tasik Puteri dan juga air terjun yang begitu menarik.“Gunakan pengalaman baharu yang diperolehi sepanjang berada disini untuk diceritakan kepada orang luar supaya Bukit Besi akan lebih dikenali," katanya.Dalam pada itu, Yang Dipertua Permata USM, Amirul Syahidi Majid berkata, Tautan Rahmat 2.0 merupakan kesinambungan dari program yang terdahulu.“Adalah diharapkan peluang berada di sini selama tiga hari akan diguna sebaik mungkin untuk mahasiswa menerokai segala tempat yang menarik terdapat di sini selain dapat menyantuni penduduk tempatan dengan pelbagai program yang telah diatur,” katanya.
03 Feb 19
276