Artikel "Pendidikan" Terkini
SRIDI Pencetus Kelahiran Generasi Rabbani - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama anak-anak SRIDI.MARANG, 30 April - Penubuhan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) akan menjadi pencetus kelahiran modal insan dan generasi rabbani.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, elemen pendidikan adalah asas dan aspek penting untuk membina umat serta bangsa yang hebat dalam segenap bidang.Katanya, bagi mencapai hasrat tersebut, Terengganu memperuntukkan RM7.8 juta sebagai dana permulaan untuk mendidik generasi pelapis yang bakal memimpin negeri dan negara dengan menggunakan acuan Islam.“Melalui dana itu, kita mewujudkan SRIDI di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai asas pendidikan seawal usia kanak-kanak.“Kesungguhan serta kesepakatan membangunkan anak-anak kita adalah perlu dan sangat penting bagi melahirkan modal insan yang berkualiti di Terengganu,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Penubuhan SRIDI 2019 bagi DUN Pengkalan Berangan, di Binjai Rendah, di sini semalam.Merasmikan penubuhan SRIDI di DUN Pengkalan Berangan.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi Arshad.Hadir sama, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.Ahmad Samsuri turut menjelaskan bahawa institusi pendidikan akan dipertingkatkan kualitinya sama ada dari segi insfrastruktur ataupun pengajian untuk keselesaan warga Terengganu.Tambah beliau, pelaburan dalam bidang itu adalah untuk masa depan yang lebih gemilang bagi semua rakyat.“Dan insya-Allah kita akan pertingkatkan (SRIDI) dari tahun ke tahun, sehinggalah sasaran untuk mewujudkan SRIDI di setiap DUN tercapai dan tahun depan kita akan tubuhkan,” kata beliau lagi.Untuk rekod, sebanyak enam SRIDI berjaya ditubuhkan pada tahun ini, dan ia telah beroperasi sejak Januari lalu.Kerajaan juga komited untuk membina tiga buah lagi SRIDI, masing-masing melibatkan DUN Kijal, Permaisuri dan Paka manakala satu Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) di DUN Ajil sedang dalam pembinaan.
29 Apr 19
1456
Awani Junior Cungkil Bakat Pelajar Jadi Wartawan
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 24 April - Awani Junior yang ditubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Besar merupakan platform bagi melahirkan wartawan serta menyerlahkan bakat serta menzahirkan keberanian pelajar..Pengerusi TV Pusat Sumber Sekolah (PSS), Nurul Aishah Mohd Yusof berkata, setiap liputan program akan dirakam dan dihantar ke Awani yang mana disiarkan melalui saluran 501 di kaca televisyen."Awani Junior ini ditubuhkan melalui TV PPS ianya bernaung di bawah program Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu."Ianya ditubuhkan pada 2016 dan melalui program ini di sebalik melatih bakat dan menjadikan mereka berani, para pelajar berpeluang mendapatkan ilmu yang tidak didapati di dalam bilik darjah ataupun di dalam kelas," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada program Jom Baca Selama 10 Minit yang dirasmikan Oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa), Siti Zaleha Mohd yang didakan di Perpustakaan Awam Daerah Dungun, semalam.Nurul Aishah berkata, Kelab Awani Junior berkenaan sering membuat liputan ke program-program yang dianjurkan selain dari JPNT sendiri turut ke program yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar."Kerana kami sentiasa bersedia untuk hadir ke mana-mana program, jika tidak bertembung dengan program sekolah, sebagaimana program hari ini mereka berpeluang untuk menemuramah Ajk Khairunnisa juga merupakan isteri kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli di samping tetamu-tetamu kenamaan yang lain, "ujarnya.Tambahnya, pelajar yang menyertai Awani Junior merupakan pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) dan juga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terutama di Tingkatan Dua dan Empat sahaja.Katanya, peserta program itu juga dilihat begitu aktif, berani dan berketrampilan serta cemerlang dalam pelajaran mereka.
24 Apr 19
521
Kerajaan Negeri Terima Bayaran Penuh Premium Tanah RM183 Juta Dari UniSZA
KUALA TERENGGANU, 23 April- Kerajaan negeri telah menerima kesemua bayaran premium sebanyak RM183 juta daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi empat lot tanah di Kampus Gong Badak.Penyerahan cek terakhir bayaran berjumlah RM55,021,070 bagi 20.983 hektar tanah lot di mukim Batu Rakit dilunaskan oleh UniSZA kepada kerajaan negeri, semalam.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, cek yang terakhir daripada jumlah keseluruhan itu adalah bayaran bagi tapak tanah UniSZA Kampus Gong Badak apabila bertukar daripada Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) kepada UniSZA dan diambil Kementerian Pendidikan.Katanya, pembayaran bagi keseluruhan premium tanah itu dibuat sebanyak empat kali.“Bayaran kali pertama dibuat pada awal November 2016 dengan jumlah sebanyak RM71,101, 880 bagi 101.765 hektar tanah di mukim Kuala Nerus.“Pada 24 April 2018, UniSZA membuat bayaran menerusi dua cek dengan jumlah RM2,103,088 bagi 0.704 hektar tanah di mukim Batu Rakit dan RM55,014,840 bagi 17.755 hektar tanah di mukim Batu Rakit,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penyerahan Premium Tanah UniSZA Kampus Gong Badak Kepada Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, semalam.Pada majlis itu, Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan telah menyempurnakan penyerahan replika cek kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ A Rahman Yahya sambil disaksikan Dr Ahmad Samsuri.Sementara itu, Dr Ahmad Samsuri turut menzahirkan ucapan terima kasih atas komitmen yang ditunjukkan oleh UniSZA dan menyatakan bahawa kerajaan negeri akan manfaatkan wang itu sebaiknya.“Wang ini akan dimasukkan ke dalam akaun yang disatukan dan kerajaan negeri akan menguruskannya untuk manfaat negeri dan rakyat,” ujarnya.
23 Apr 19
45
'Teruskan Jihad Pendidikan' - YDP DUN Terengganu
Haji Yahaya (tengah) membaca Surah Yasin di Masjid Sultan Ahmad Cukai Kemaman malam ini.KEMAMAN, 23 April - Kerajaan negeri mengharapkan para pendidik Terengganu meneruskan jihad pendidikan sehingga anak negeri terus cemerlang dalam bidang tersebut. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Haji Yahaya Ali berkata, mereka tidak harus berada dalam zon selesa sehingga hasrat kerajaan dan rakyat Terengganu dalam bidang tersebut tidak dapat dipertahankan."Para pendidik Terengganu tidak harus berada dalam zon selesa, mereka perlu meneruskan jihad pendidikan sehingga Terengganu terus cemerlang dalam pendidikan," tegasnya.Haji YahayaBeliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2019 di Masjid Sultan Ahmad Chukai di sini malam ini.Turut hadir Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili, ADUN Air Putih, Ab Razak Ibrahim, Pegawai Daerah Kemaman, Osman A Bakar dan Pengarah Pendidikan Negeri, Haji Shafruddin Haji Ali Hussin.Haji Yahaya seterusnya berkata, jihad pendidikan adalah perlu bagi meletakkan negeri Terengganu lebih baik dari sebelumnya sesuai dengan moto negeri Terengganu, Maju, Berkat dan Sejahtera.
23 Apr 19
101
Hari Bumi Mampu Tingkatkan Kesedaran
KUALA TERENGGANU, 23 April- Kegagalan masyarakat memelihara alam sekeliling boleh menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar yang akhirnya menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat sejagat.Pelbagai masalah alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran air, pembuangan sisa pepejal dan toksik, penebangan hutan yang tidak terkawal akan menyumbang kepada fenomena perubahan iklim serta ketidakseimbangan kepada alam sekitar dan ekosistem. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, Gangguan kepada ekosistem ini boleh mengakibatkan berlakunya pelbagai jenis bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, kemarau dan sebagainya.Katanya, dalam usaha menjaga alam sekitar, bukan pihak kerajaan sahaja yang harus dipertanggungjawabkan, tetapi semua pihak perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar. “Apa yang penting adalah setiap individu perlu bersedia membuat sedikit perubahan kepada cara hidup seharian dengan amalan-amalan mesra alam seperti amalkan konsep kitar semula, tidak menggunakan plastik sekali pakai dan gunakan bahan buangan organic untuk dijadikan baja kompos.“Langkah-langkah yang dilaksanakan ini dapat memelihara bumi kita supaya ia masih bermaya untuk menjadi habitat bagi semua kehidupan,”katanya.Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Hari Bumi peringkat Terengganu di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) di sini semalam.Pelbagai aktiviti dianjurkan antaranya pertandingan melukis poster dan kuiz.Pelajar Cosmopoint yang menjuarai Pertandingan Melukis Poster, Alif Haikal Azman, 20, berkata dia mula menyertai pelbagai pertandingan poster sejak darjah enam dan berjaya meraih juara sebanyak dua kali, termasuk pertandingan Hari Bumi yang disertai kali ini.Katanya, dia meneroka pelbagai laman sesawang sema-mata mahu mencari idea perihal penjagaan bumi dan menjadikan penyu sebagai objek utama dalam poster yang dihasilkan.“Berkat usaha dan dorongan ayah yang juga seorang pereka grafik, saya berazam akan meraih pelbagai kejayaan lain berkaitan bidang seni lukis,”katanya.
22 Apr 19
1842
Terengganu Hantar Semula Pelajar Perubatan Ke Rusia
Ustaz Satiful Bahri (tiga dari kanan) bermesra dengan graduan perubatan Terengganu di UMT hari ini .KUALA NERUS , 20 April - Kerajaan Negeri akan menghantar semula pelajar dalam bidang perubatan ke Rusia tahun ini.Serentak itu Yayasan Terengganu (YT) diarah mengambil perjalanan untuk mempastikan pelajar-pelajar cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu berjaya dihantar ke universiti terpilih di negara tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata kerajaan negeri akan menghantar semula pelajar cemerlang untuk mengikuti kursus perubatan di Rusia tahun ini.Katanya, YT akan mengambil perjalanan menghantar pelajar berkenaan ke Universiti Perubatan Negeri Volgograd dan kemungkinan juga ke Universiti Perubatan Negeri Kursk, kedua-duanya di Rusia .Ustaz Satiful Bahri"Saya dimaklumkan ada sebuah universiti perubatan di Kursk Rusia yang boleh dijadikan destinasi baru untuk pelajar perubatan ini kerana kos pembiayaan pelajaran dan kos sara hidup agak berpatutan serta suasana persekitaran universiti itu agak baik dan aman."Bagaimanapun kerajaan negeri hanya menghantar mereka ke universiti berkenaan sekiranya ada permintaan dari pelajar Terengganu," jelas beliau.Ustaz Satiful Bahri berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Appresiasi Graduan Perubatan Universiti Perubatan Negeri Volgograd Rusia (Tajaan YT) di Auditorium Mahyuddin Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.Turut hadir dan berucap, Timbalan Pengarah YT, Haji Mohd Razali Mahmud dan Pengarah Pusat Sains dan Kebudayaan, Kaunselor (Kebudayaan dan Pendidikan) Kedutaan Rusia, Dr Ayrat Akhmetov.Ustaz Satiful Bahri (kiri) menyampaikan sijil kepada seorang graduan wanita dari Universiti Perubatan Negeri Volgograd Rusia, di Auditorium Mahyuddin UMT hari ini.Seterusnya Ustaz Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, kerajaan negeri berhasrat untuk meneruskan kesinambungan penghantaran pelajar ke negara tersebut dan mengharapkan pelajar senior Terengganu di negara itu dapat memberi panduan kepada pelajar baru yang akan dihantar belajar di sana nanti. "Pelajar senior perlu memberi panduan kepada pelajar baru sekaligus kesinambungan penghantaran pelajar dalam bidang tersebut ke Rusia tidak terputus," ujarnya.Difahamkan penghantaran pelajar Terengganu ke negara tersebut dihentikan sejak tahun 2015 lagi.
19 Apr 19
230
UniSZA, YDSM Bantu Pelajar B40
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyaksikan pertukaran Dokumen diantara Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan (kiri) dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM), Datuk Mohd Fadzli Yusof (dua kanan) selepas majis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Bagi Pengambilan Pelajar Berpendapatan Rendah (B40) antara UniSZA dan YDSM di YDSM Perkarangan Istana BadariahKUALA TERENGGANU, 18 April -Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama strategik Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) sekali lagi melakar sejarah dalam bidang pendidikan dan muncul sebagai perintis dalam menyediakan tempat kepada pelajar-pelajar B40 Terengganu untuk melanjutkan pengajian di UniSZA melalui pengambilan kedua.Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, pihaknya menawarkan 18 peratus tempat kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah iaitu RM3,000 ke bawah dan miskin, anak orang asli dan orang kurang upaya untuk menyambung pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda melalui kemasukan laluan khas yang disediakan oleh Universiti.Katanya, program kemasukan laluan khas kepada isi rumah di bawah RM3,000 itu dikenali sebagai 'Bottom 40%' (B40) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk dilaksanakan oleh universiti awam (UA)." Ia umpama memberi peluang kedua kepada kumpulan pelajar ini untuk melanjutkan pengajian di UniSZA dan pihak kami telah mengenalpasti anak-anak B40 ini yang ada peluang untuk menuntut di Universiti tapi agak terbatas melalui YDSM."YDSM akan mengumpul maklumat anak-anak B40 yang ada peluang ini dengan kerjasama agensi-agensi seperti Yayasan Islam, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT),"ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis permeteraian memorandum persefahaman (MoU) di YDSM di Istana Badariah, Kuala Terengganu, di sini, hari ini.Pada upacara yang disaksikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin tersebut, YDSM diwakili Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya, Dato’ Mohd Fadzli Yusof, manakala UniSZA diwakili Naib Canselor, Prof. Dato'Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.Tambahnya, melalui kolaborasi dengan YDSM yang sentiasa prihatin dengan nasib anak-anak Terengganu, pihak UniSZA akan mempertingkatkan lagi kemasukan mereka."Kita akan tingkatkan dari semasa ke semasa, dari 18 peratus kepada 20 peratus kemasukan anak-anak B40 dan selepas dua tahun berikutnya kepada 22 peratus dan mencapai 25 peratus."Kita akan beri peluang kepada anak-anak B40 untuk menyertai pendidikan dengan YDSM sebagai payung untuk bantu anak-anak ini,"kata Dr. Hassan Basri.Jelasnya, selain memberi dan membuka peluang kepada mereka untuk memasuki Universiti, pihak UniSZA juga akan membantu anak-anak yang berpotensi tetapi tidak mencapai tahap minima melalui program branding."Mana-mana yang berpotensi tetapi kurang sikit, kita akan usaha bantu...maksudnya masuk lewat sikit atau awal dengan kawalan dari pihak UniSZA supaya kualiti akademik tidak terabai."Kita maklum bahawa kemasukan anak-anak B40 ini adalah melalui laluan khas dan bukan dengan laluan trek biasa jadi tidak perlu bersaing dengan rakan yang lebih baik cuma ikut dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah dilaksanakan," kata beliau.
18 Apr 19
349
165 Pelajar, 81 Guru Terima Anugerah Cemerlang
Kerajaan negeri hargai pencapaian cemerlang pelajar dan usaha para guru.KUALA TERENGGANU, 18 April - Seramai 165 pelajar dan 81 guru sekolah menengah agama di Terengganu menerima anugerah sempena kecemerlangan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), tahun lalu.Daripada jumlah berkenaan, seramai 89 pelajar menerima anugerah cemerlang STAM dengan keputusan Jayyid Jiddan dan Jayyid.Manakala, 16 pelajar cemerlang dalam STPM dan selebihnya menerima anugerah hasil pencapaian mereka dalam SPM 2018. Anugerah tersebut disampaikan dalam Majlis Hafl El- Takrim Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu Tahun 2019, di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini, semalam.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika merasmikan majlis berkenaan sempat merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada penerima-penerima anugerah.Dr. Samsuri hadir meraikan penerima anugerah."Semoga kejayaan lalu akan menjadi pemangkin semangat kepada guru-guru untuk meneruskan kecemerlangan pada tahun-tahun akan datang," ucapnya.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat; timbalannya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kasim serta Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad.Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah ADUN Bandar, Ahmad Shah Mohamed dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim.Majlis berkenaan diadakan bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar, guru-guru dalam kejayaan mereka di sekolah sekali gus menyemarakkan semangat baharu untuk meningkatkan aspresiasi kecemerlangan.Dalam majlis tersebut, Dr. Samsuri turut menyampaikan Anugerah Khas Menteri Besar kepada dua pelajar cemerlang STAM iaitu Muhammad Faidhu Rahman Kamalruazmi dan Nik Karimah Nik Abdul Ghafar serta pelajar cemerlang STPM, Nur Syahidah Hassan.
17 Apr 19
161
Tiga Pelajar Terima Anugerah Khas Menteri Besar Terengganu
Nik Karimah dan Nur Syahidah menunjukkan anugerah khas yang diterima.KUALA TERENGGANU, 18 April – Tiga pelajar yang memperolehi keputusan tertinggi dalam peperiksaan tahun lalu menerima Anugerah Khas Menteri Besar Terengganu sempena Majlis Hafl El Takrim Sekolah-sekolah Menengah Agama Terengganu, semalam.Pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Muhammad Faidhu Rahman Kamalruazmi dan Nik Karimah Nik Abdul Ghafar dari Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu (MTQT) memperoleh Mumtaz Sofi iaitu pencapaian tertinggi dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan terpilih sebagai pelajar terbaik peringkat berkenaan untuk negeri itu bagi tahun 2018.Manakala, seorang lagi pelajar SMASZA, Nur Syahidah Hassan pula memperolehi CGPA 4.0 (5A) dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan dinobatkan terbaik dikalangan penerima anugerah peringkat itu.Dr. Samsuri sampaikan sendiri anugerah khas.Anugerah khas itu disampaikan sendiri oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang hadir merasmikan majlis berkenaan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat; timbalannya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kasim serta Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad.Kedua-dua pelajar perempuan hadir menerima anugerah berkenaan. Bagaimanapun, Faidhu Rahman diwakili bapanya kerana beliau telah melanjutkan pengajian ke Turki, baru-baru ini.Ketiga-tiga pelajar berkenaan membawa pulang hadiah komputer riba berjenama Lenovo Ideapad, wang tunai berjumlah RM500 serta sijil penghargaan.
17 Apr 19
742
Terengganu Taja Biasiswa ACCA Pertama Di Pantai Timur
Ustaz Satiful Bahri Mamat.KUCHING, 16 April - Kerajaan negeri akan memulakan program tajaan biasiswa bagi anak Terengganu mendapatkan sijil Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) sekali gus mempelopori program itu di pantai timur.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, sebanyak RM600 ribu diperuntukkan dalam Bajet 2019 untuk tujuan tersebut."Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) akan melaksanakan program ini bermula tahun ini. Kita mengharapkan dengan sijil ACCA ini dapat menghasilkan akauntan profesional yang bertauliah, yang terbaik untuk negeri Terengganu," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet Negeri 2019 Peringkat Negeri Sarawak di Penview Hotel, Kuching, Sarawak, kelmarin.Sementara itu, mengulas lanjut tentang perkara tersebut, Pengarah Yayasan Terengganu, Hishamuddin Hashim berkata, kerajaan negeri telah mengumumkan empat inisiatif bagi pelajar-pelajar Terengganu untuk meneruskan pendidikan di peringkat yang paling tinggi.Hishamuddin Hashim."Salah satu program yang telah diumumkan adalah skim biasiswa ACCA di mana sebanyak RM600 ribu diperuntukkan bagi tahun ini."Program ini akan bermula pada tahun ini. Insya-Allah pada Ogos ini, batch (kumpulan) pertama akan masuk untuk menjalani program ini."Kita telah mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat 'chartered accountant' dan juga Universiti Malaysia Terengganu untuk memulakan program ini yang dijangka pada bulan Ogos ini."Semua persiapan telah diatur. Insya-Allah kita akan adakan satu perjanjian persefahaman (MoU) bagi tujuan program," jelasnya.Dalam perkembangan sama, ditanya tentang jangkaan peserta yang akan mengikuti program berkenaan, Hishamuddin memaklumkan, kerajaan negeri mensasarkan seramai 17 orang pelajar pada 2019."Pada tahun ini, jangkaannya kita dapat ambil seramai 17 orang. Pelaksanaan program ini melibatkan dua kategori."Pertama pengajian sepenuh masa melibatkan jumlah biasiswa sebanyak RM38,400 seorang (10 orang). Kedua separuh masa melibatkan peruntukan RM30,000 seorang (7 orang)."Bagi pelajar sepenuh masa, mereka akan ditanggung sepenuhnya yuran dan wang saku. Manakala kerajaan negeri akan menanggung yuran sahaja bagi pelajar separuh masa."Tempoh masa pengajian sepenuh masa adalah dua tahun dan separuh masa antara dua hingga empat tahun," katanya.Bagaimanapun, katanya, pelajar Terengganu yang akan memohon perlu melepasi syarat-syarat kemasukan."Anak negeri Terengganu yang akan diberi pertimbangan adalah mereka yang mendapat keputusan cemerlang sekurang-kurangnya CGPA (Cumulative Grade Points Average) 3.0 dalam ijazah sarjana muda perakaunan dari IPT (Institut Pengajian Tinggi) yang diiktiraf."Pemohon hendaklah berumur tidak lebih 28 tahun bagi sepenuh masa dan tidak lebih 32 tahun untuk pengajian separuh masa dan mestilah mendapat tawaran kelayakan dari ACCA sendiri."Kita jangka pelajar yang mendapat keputusan terakhir dalam bidang perakaunan akan membuat permohonan. Permohonan telah dibuka sejak mingu lepas melalui 'online' portal YT."Sesiapa yang berminat boleh membuat permohonan. Selepas permohonan perlu mengemukakan balik dokumen-dokumen diperlukan kepada kita untuk pengesahan bagi memulakan program skim biasiswa," ucapnya.
16 Apr 19
695