lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Empty Image
Terengganu Taja Lima Pelajar Ke Makkah Sertai Daurah Talaqi Al-Quran
Lima pelajar yang terpilih sertai Daurah Talaqqi di Makkah.KUALA NERUS, 19 Jun - Kerajaan Terengganu menghantar lima pelajar terpilih dari Sekolah-sekolah Agama Negeri menyertai Daurah Talaqi Al-Quran di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah.Lima pelajar tersebut ialah Syed Muhamad Harith Syed Othman dari Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Ahmad Mohd Said (Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu), Muhammad Danial Aiman Mohd Sukri (Maahad Darul Bayan, Paka), Almunzir Mohd Hanafiah (Maahad Darul Quran, Rusila) dan Fakhrurazi Yahya (Maahad Darul Ansar, Kuala Berang).Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhyiddin Abdul Rashid memaklumkan, program itu merupakan projek perintis untuk memberi peluang kepada anak-anak negeri mengutip ilmu secara langsung daripada pakar-pakar al-Quran di sana.Muhyiddin (kanan) dan Mohd Zaini memberikan maklumat berkaitan perjalanan dan kos program.“Dalam lawatan kerja Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat ke Arab Saudi tahun lalu, satu persetujuan telah dicapai untuk menghantar anak-anak Terengganu menyertai program ini bagi meningkatkan kecemerlangan dalam bidang al-Quran.“Jadi, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu Terengganu (JHEAT) telah memilih lima pelajar sekolah terbaik hafazan al-Quran dalam Terengganu dan mengadakan ujian pemilihan program ini,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) dalam Majlis Pelepasan Pelajar Daurah Talaqi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, di sini semalam.Turut hadir, Ketua Penolong Pesuruhjaya (Pendidikan) JHEAT, Lothman Awang dan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Kamaruzzaman Abdullah. Dalam perkembangan sama,  Penolong Pesuruhjaya JHEAT, Mohd Zaini Mohd Nor memaklumkan, program tersebut mendapat tajaan keseluruhan sebanyak RM 37,500 khusus daripada Menteri Besar.“Insya-Allah, program ini akan berterusan. Kita juga dalam perancangan untuk menghantar para imam berkursus di sana, dijangkakan bermula pada tahun hadapan,” katanya.Daurah Talaqqi telah disertai oleh hampir 20,000 peserta dari 127 negara dari pelusuk dunia. Kelima-lima pelajar terbabit akan ditemani Penolong Pesuruhjaya Bahagian Hal Ehwal Pelajar Pusat Bahasa Arab Terengganu JHEAT, Mohd Rozman Awang yang bertindak sebagai pegawai pengiring.Mereka memulakan perjalanan program Daurah Talaqi pagi ini ke Jeddah dan menyertai daurah yang diuruskan pihak pengurusan Maqraah Al-Haramain, Masjidil Haram sehingga 12 Julai 2019.Rombongan daripada SMASZA turut hadir memberi semangat kepada peserta daurah.
18 Jun 19
651
Empty Image
12 ETA Anjur Program CSR Bersih Pantai Rantau Abang Terengganu
DUNGUN, 17 Jun - Program Pembantu Pengajar Bahasa Inggeris Fulbright (ETA)  buat julung kalinya  menganjurkan program berbentuk kesedaran marin, dengan harapan para pelajar akan lebih memahami serta prihatin terhadap langkah yang sepatutnya dijalankan demi menjaga spesis penyu ini dari terancam.Penyelaras Program, Cole Riggan dari North Carolina yang juga tenaga ETA di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serating berkata selain membantu pengajaran bahasa Inggeris di sekolah, ETA juga menjalankan pelbagai aktiviti berbahasa Inggeris termasuklah projek khidmat masyarakat (CSR).Menurutnya, ilham untuk program CSR  ini datang apabila melihat bagaimana kepupusan penyu yang berlaku akibat pencemaran di sepanjang pantai yang merupakan habitat untuk binatang ini mendarat dan bertelur."Saya berpendapat penyu adalah ikon Terenggganu yang berhadapan dengan pelbagai ancaman seperti dari manusia dan pencemaran alam sekitar termasuk pembuangan sampah."Inilah yang kami ingin tekankan dalam diri pelajar yang terlibat dalam program kali ini tentang menjaga alam sekitar agar kehidupan marin seperti penyu terpulihara,"ujarnya.Cole RigganDia berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Program CSR Konsevarsi  Penyu Dan Spesies Marin Terancam  di Rantau Abang, di sini semalam.Seramai 80 pelajar dari SMK Serating, Marang bersama 12 ETA iaitu dua dari Pahang menyertai program pembersihan itu bagi membantu memastikan pesisir pantai bersih dan selamat untuk kehidupan penyu.Mohammad Fathullah.Sementara itu, Pegawai Penyelidik Perikanan Bahagian Ketua Cawangan Spesies Marin Terancam, Mohammmad Fathullah Roslan berkata, antara ancaman utama terhadap kepupusan spesies tersebut adalah tahap sensitif penyu terhadap aktiviti yang dijalankan oleh manusia di lokasi-lokasi yang dikenal pasti menjadi pilihan reptilia itu mendarat.“Apa sahaja pergerakan objek di kawasan pendaratan dianggap sebagai gangguan dan ancaman oleh hidupan laut itu,” jelasnya.Katanya, dari semasa ke semasa, program berkaitan kesedaran awam untuk melindungi, menyelamat dan memulihara habitat penyu daripada tercemar sentiasa dijalankan oleh FRI Rantau Abang, Pejabat Perikanan Negeri dan Daerah serta Jabatan Perikanan.“Ini termasuklah usahasama menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu turut dijalankan oleh syarikat swasta, badan bukan kerajaan di Malaysia dan sekolah-sekolah yang terdapat di Terengganu," ujarnya.
16 Jun 19
874
Empty Image
Kerajaan Negeri Majukan Sekolah DAR
Foto - Hishamuddin AbdullahKEMAMAN, 15 Jun - Kerajaan negeri akan mencari jalan bagi membantu Sekolah Rendah Islam (DAR) di Terengganu supaya teras dan visi yang dipegang guru-guru DAR akan terus kukuh dan berkembang.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri bersedia membantu guru-guru dari pelbagai segi termasuk meningkatkan latihan, pembelajaran dan sebagainya."Walaupun bukan di bawah kerajaan negeri, kita berpandangan bahawa kita boleh berperanan membantu untuk meningkatkan cara pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik."Ini kerana sekolah-sekolah DAR merupakan institusi yang berada di dalam negeri ini," katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Sekolah-sekolah DAR Kali Ke-3 di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, Ahli Dewan Negara, Senator Dato' Husain Awang dan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid.Hadir sama dalam majlis itu ialah Yang Dipertua Perbandaran Kemaman, Wan Mohd Zaki Wan Abdullah dan Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Ismail Osman.Dr. Samsuri turut memaklumkan, walaupun kini PAS menjadi kerajaan yang memerintah negeri Terengganu, kerajaan negeri tidak akan mengambil alih sekolah DAR sebaliknya menghormati teras dan matlamat penubuhan institusi tersebut."Setiap sekolah ini ada sejarah mereka tersendiri. Ada yang dibina hasil usaha individu dan sebagainya, jadi tidak adil untuk kita ambil alih begitu sahaja."Kebebasan dari segi pendidikan masih dijamin dalam perlembagaan negara, maka ibu bapa ada hak masing-masing untuk mengusahakan sistem pendidikan anak-anak," katanya.Sekolah DAR merupakan institusi pendidikan agama rakyat yang diwujudkan di bawah Jabatan Tarbiah dan Lajnah Persekolahan Dewan Ulama PAS.Di Terengganu, terdapat 11 buah DAR dengan jumlah guru sebanyak 315 orang serta 4,426 murid keseluruhannya.Bagi peringkat menengah, Jabatan Tarbiah dan Lajnah Persekolahan Dewan Ulama PAS turut mewujudkan Maahad Darul Quran di Rusila serta Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah di Kubang Lembek bagi peringkat pengajian tinggi.
15 Jun 19
362
Empty Image
SMK Panji Alam Harumkan Nama Terengganu Di Mata Dunia
Muhammad Khalil Abdul Hadi (lima dari kiri) bersama pelajar-pelajar SMK Panji Alam yang telah memenangi empat anugerah utama.Oleh: Fidee AzizKUALA NERUS, 22 Mei - Pasukan Inovasi Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam telah mengharumkan nama Terengganu di mata dunia setelah merangkul anugerah utama dalam 11th European Exhibition of Creativity and Innovation (Euroinvent 2019) yang diadakan pada 16 hingga 18 Mei di Palace of Culture in Lasi, Romania.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi melahirkan rasa bangga dan syukur atas kejayaan pasukan tersebut kerana telah berjaya membuktikan kemampuan anak  Terengganu di persada antarabangsa.Jelasnya, kemenangan dalam beberapa anugerah utama itu secara tidak langsung turut mengangkat reputasi warga pendidik Malaysia.“Mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan inovasi SMK Panji Alam yang memenangi empat anugerah dalam pertandingan antarabangsa yang diadakan di Romania.“Ia satu kejayaan yang sangat besar dan membanggakan bukan sahaja bagi SMK Panji Alam bahkan kepada kerajaan negeri secara khususnya,” ujarnya.Muhammad Khalil Abdul Hadi.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyambut kepulangan pasukan SMK Panji Alam terbabit di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, hari ini.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin, Pengetua SMK Panji Alam, Che Engku Noor Aien Che Engku Mahmood serta guru-guru pengiring.Muhammad Khalil yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri turut berkata, kejayaan ini menjadi pemangkin kepada sekolah-sekolah lain untuk terus berdaya saing antara satu sama lain.“Daripada segi sains dan teknologi, sebenarnya Islam menggalakkan umatnya untuk meneroka segala bentuk ciptaan Allah S.W.T untuk kegunaan manusia itu sendiri sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini.“Sejarah tamadun Islam telah banyak ditemui oleh ahli sains dan ulama Islam iaitu tamadun Sepanyol, Baghdad, Syria dan lain-lain,” katanya lagi.Kejayaan yang turut mengharumkan nama Malaysia.
22 May 19
767
Empty Image
Kerjasama Dengan IPT Pastikan Sifar Keciciran
KUALA TERENGGANU, 9 Mei - Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu membuka ruang kepada pelajar yang tercicir daripada permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) untuk melanjutkan pelajaran.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Maliaman Kassim berkata, ianya adalah satu usaha yang sangat bagus untuk mengsifarkan keciciran pelajar yang layak ke peringkat yang lebih tinggi.“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu mengucapkan jutaan terima kasih atas usaha yang di buat oleh Yayasan Terengganu  untuk membuka ruang kepada pelajar Terengganu bukan sahaja mereka yang  tercicir tetapi terbuka kepada mereka yang mendapat (tawaran) UPU.“Tapi mereka nak mencuba bidang kemahiran  ada yang ditawarkan di ‘booth’ pada hari ini, mungkin mereka boleh mengambil maklumat dan syarat kemasukan,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil berkata demikian dalam sidang media dalam majlis Karnival Pendidikan Sifar Keciciran ke Intitut Pengajian Tinggi (IPT) di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), di sini, hari ini.Maliaman berkata, dengan adanya pameran yang bertujuan menyebarkan maklumat berkenaan pengajian, bermakna tiada alasan untuk mengatakan  mereka tercicir tanpa pembelaan dari mana-mana pihak.“Mungkin ada pelajar yang tak tahu makluman dan dengan ada pameran macam ini membuka peluang supaya pelajar kita  tidak  ada yang tercicir.“Yang tercicir sebenarnya bukan tiada kelayakan tapi mungkin ‘miss flow’ (dan banyak) yang ditawarkan, ada peringkat diploma dan sijil. Ia bergantung  kepada agensi,” ujarnya.Justeru itu beliau berharap pameran sebegini dibuat untuk  tahun yang akan datang.Katanya, pameran tersebut diadakan setiap tahun dan  ini pengajuran kali kelima  melibatkan 43 agensi agensi termasuk Institut pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta bidang kemahiran.
08 May 19
176
Empty Image
Kompleks Pendidikan Islam Besut Terengganu Bakal Lahirkan Ilmuwan Agama
Kompleks Pendidikan Islam di Besut.Oleh: Muhd Afiq Zohir BESUT, 8 Mei - Pembinaan Kompleks Pendidikan Islam di Besut akan menjadikan daerah itu sebagai perintis melahirkan lebih ramai generasi al-Quran yang menjadi rujukan masyarakat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata,  kompleks itu siap dibina dengan 20 kelas dan dijangka mampu menampung 1,000 pelajar pada satu-satu masa.Katanya, ia bukan sahaja bertujuan melahirkan pelajar yang menghafal 30 juzuk al-Quran (huffaz), malah mampu berkhidmat kepada masyarakat dalam pelbagai bidang selepas tamat belajar nanti.“Pembinaan kompleks ini mampu untuk melahirkan penghafal-penghafal  kitab suci al-Quran serta menyebarkan dakwah Islam.Wan Azhar melawat Kompleks Pendidikan Islam.“Pembinaan kompleks ini juga dapat melahirkan suatu persekitaran yang sejahtera di  kalangan masyarakat setempat,” katanya.Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas mengadakan lawatan ke kompleks berkenaan di Kampung Lubuk Kawah, di sini semalam.Wan Azhar juga berharap dengan siapnya pembinaan kompleks itu, ia dapat menarik perhatian ibu bapa untuk memberi kepercayaan kepada sistem pembelajaran berteraskan agama.Tambah beliau, sistem pembelajaran di kompleks tersebut akan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa utama dalam mata pelajaran tertentu.“Proses pembelajaran di sini lebih menekankan ilmu agama di mana bahasa Arab menjadi teras untuk memudahkan sesi pembelajaran,” katanya lagi.
07 May 19
597
Empty Image
Kerajaan Arab Saudi Tawar Biasiswa Penuh Untuk Anak Terengganu - MB
KUALA TERENGGANU, 7 Mei - Kerajaan Arab Saudi menawarkan  biasiswa penuh  kepada anak Terengganu bagi melanjutkan pengajian dalam bidang Oil & Gas di lapan universiti awam negara itu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tawaran itu diberikan dari hasil pertemuan Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat dengan pihak kedutaan Arab Saudi dalam bidang kejuruteraan terutamanya  Oil & Gas.“Walaupun masing-masing dah ada buat pemilihan, dah pergi pun ada, tetapi masih ada ruang  dan peluang kerana industri Oil & Gas sangat besar di Arab Saudi dan mereka ada peluang untuk belajar di sana. Jika ada ruang memang elok sangat pelajar kita ke sana untuk menyambung pengajian dalam industri besar ini.“Tawaran ini diberikan kepada 100 orang anak Terengganu dan kini cuma ada 40 pemohon, itu pun dalam bidang agama, jadi masih ada 60 lagi kekosongan dan peluang untuk memohon,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu Tahun 2019 (Kali Ke-40) dan hadiah kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) & Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 di dewan besar Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat, Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin dannPengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim.Seramai 493 penerima anugerah  menerima insentif sebanyak RM248,700 sebagai penghargaan kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu dalam menghargai dan mengiktiraf setiap usaha pelajar bagi meraih kecemerlangan dalam bidang akademik.Sementara itu, dalam majlis yang sama, dua pelajar telah dipilih untuk menerima Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu.Amirah Husna dan Muhammad Hilman.Amirah Husna Abdul Kahar dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) dan Muhammad Hilman Nor Azmi dari Sekolah Menengah Imtiaz YT Kuala Terengganu menerima wang tunai RM4,000, sehelai blazer, satu unit komputer tablet dan sijil penghargaan.Anugerah Khas Yayasan Terengganu pula menjadi milik Ahmad Shahir Safwan Ahmad Sabri dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Abang, Dungun bagi SPM dan Nur Hazwani Hussain dari SMK Nasiruddin Shah, Besut dalam kategori STPM.Masing-masing membawa pulang wang tunai RM2,000, sehelai blazer, satu unit komputer tablet dan sijil penghargaan.Bagi Anugerah Pelajar Terbaik STPM 2018 diberikan kepada Nur Syahidah Hassan dari Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) dan Muhammad Shahidan Wahab (SMK Bukit Sawa) manakala Pelajar Terbaik STAM 2018 ialah Muhammad Faidhu Rahman Kamalruazmi dan Nik Karimah Nik Abdul Ghafar.
06 May 19
676
Empty Image
Guru Adalah Ibu Bapa Di Sekolah
Mohd Fazil menyampaikan kek kepada pihak sekolah.Oleh: Hailmey MansorKUALA NERUS, 5 Mei - Guru memainkan peranan sebagai ‘ibu’ dan ‘bapa’ kepada pelajar-pelajarnya di sekolah.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab menyifatkan tugas guru bukan sekadar mengajar, tetapi lebih daripada itu."Guru banyak membantu urusan di sekolah dalam pelbagai aspek. Contohnya, apabila ada pelajar sakit, gurulah yang hantar anak-anak kita ke klinik walaupun ia bukan tugas hakiki mereka,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman selepas pembahagian kek ke sekolah-sekolah di DUN Seberang Takir, baru-baru ini.Sebanyak 36 biji kek telah dibahagikan kepada semua sekolah kerajaan dan swasta seperti sekolah menengah, sekolah rendah, Tadika dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sempena Hari Guru 2019.Sumbangan kek ke sekolah-sekolah wujudkan hubungan baik masyarakat dan guru.Turut serta dalam program agihan ini ialah Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Zakaria Dagang serta muslimat, pemuda dan Ameerah DUN Seberang Takir.Mohd Fazil juga mengingatkan bahawa anak-anak banyak menghabiskan waktu mereka di sekolah berbanding di rumah."Anak-anak kita banyak habiskan masanya di sekolah yang bermula seawal 7 pagi sehingga habis sesi persekolahan sekitar 5 petang."Jadi, amat penting bagi ibu bapa menyokong dan saling bekerjasama dengan guru untuk kesejahteraan pendidikan anak-anak," katanya lagi.
05 May 19
609
Empty Image
Perutusan Khas MB Terengganu Sempena Hari Guru 2019
TEMA : “ GURU, OBOR HEMAH MENYINARI  PERTIWI ”Bunga tanjung harumnya masih,Sayang  mawar pohon berduri;Sejunjung budi sejambak kasih,Hari Guru disambut bermadah penyeri.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhSalam sejahteraTuan-tuan dan puan-puan warga guru yang disanjungi sekalian,Setiap tahun, tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat yang disambut sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan warga pendidik di seluruh negara.Syukur Alhamdulillah kerana sudah hampir lima dekad rakyat Malaysia menyambut dan merayakan Hari Guru, iaitu buat kali yang ke-48 pada tahun ini.Pengiktirafan dan penghormatan kepada para guru amat layak diterima atas kegigihan dan kesabaran mereka menitiskan segala ilmu, tunjuk ajar serta khidmat bakti demi mendidik anak bangsa menjadi insan cemerlang yang berpengetahuan dan berakhlak mulia.GURU adalah sebagai mualim, mudarris, mursyid dan murabbi untuk membentuk insan bagi mencapai kejayaan di dunia dan  di akhirat.Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu tetapi mentarbiah dan membimbing anak muridnya mengaplikasikan ilmu serta berpekerti terpuji dalam kehidupan.Sebagai sebuah kerajaan yang dipilih dan diberikan mandat oleh rakyat, Kerajaan Negeri Terengganu akan membawa agenda “Pelan Induk Terengganu Sejahtera” bagi mencapai taraf negeri yang “Maju, Berkat dan Sejahtera.”Sesungguhnya segala pengorbanan guru amat disanjung tinggi oleh segenap lapisan masyarakat kerana jasa bakti yang menggunung dalam mendidik anak-anak bangsa sehingga menjadi insan yang berilmu dan berkeperibadian unggul.Sejak dahulu lagi, guru berperanan memastikan pembentukan jati diri anak bangsa yang bertamadun berlandaskan lima prinsip Rukun Negara serta nilai-nilai murni dalam kehidupan.Oleh yang demikian, seyogialah “ Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi ” dipilih sebagai tema Hari Guru tahun 2019 ini.Pemilihan tema ini bertepatan dengan peranan dan akauntabiliti yang tergalas di bahu para pendidik sebagai obor yang sentiasa beriltizam, berkualiti serta berhemah tinggi dalam memikul amanah sebagai pembina generasi gemilang pewaris negara.Oleh yang demikian, setiap tahun sambutan Hari Guru diraikan secara rasminya di peringkat kebangsaan, iaitu di Kementerian Pendidikan Malaysia, turun ke Jabatan Pendidikan Negeri, seterusnya ke Pejabat Pendidikan Daerah dan ke setiap sekolah di pelosok negara.Sambutan ini juga memberi ruang dan peluang kepada anak-anak didik, ibu bapa serta masyarakat amnya untuk turut merai dan menghargai para pendidik yang terus berbakti untuk melahirkan generasi yang berpengetahuan, berkemahiran dan bersahsiah tinggi.Sesungguhnya bermula dari profesion mulia seorang gurulah yang telah mengajar, mendidik, membentuk, mencungkil bakat serta mengasah pelajar sehingga akhirnya mereka berjaya mencorak kehidupan dalam pelbagai bidang.Oleh hal yang demikian, pembangunan pendidikan adalah menjadi fokus utama kerajaan negeri demi mempertingkatkan keterbilangan anak-anak Terengganu yang terjana daripada sistem pendidikan yang dilaksanakan.Sesungguhnya besar dan tinggi harapan saya kepada para guru kita agar terus melangkah sederap dan sehasrat dalam usaha melestarikan pendidikan yang merupakan agenda berterusan dalam gelombang transformasi pendidikan bagi melahirkan generasi pewaris kepemimpinan negara yang berpersonaliti unggul.Terima kasih buat semua guru, jasamu dikenang, namamu dijulang. Semoga pengorbanan suci ini kekal terpahat indah dalam lipatan sejarah buat sesiapa sahaja yang telah pun berjaya dalam kehidupannya.Guru umpama obor yang terang menyala, suluh cahayanya penerang jalan, sepatah kata dijadikan pelajaran, segumpal pesan dijadikan pedoman, ilmu dicurah mengorak alam terkembang.Saya mengambil peluang dan  kesempatan ini  untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik,  khususnya di  negeri Terengganu.Tumbuh gaharu tepian siantan,Dahlia,berangan dahan bersilang;Jasamu guru bagaikan lautan,Mulia pengorbanan indah dikenang.Selamat Hari Guru.Terima kasih cikgu!“Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”Sekian, terima kasih.Wabillahitaufik walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.YAB  DR. AHMAD SAMSURI BIN MOKHTARMenteri Besar Terengganu
01 May 19
1041
Empty Image
Tahfiz Mandarin Terengganu Beroperasi Tahun Depan
Satiful Bahari (kiri) bersama Dr Ahmad Samsuri (dua dari kiri).MARANG, 30 April - Kerajaan negeri dengan kerjasama Yayasan Terengganu (YT) dalam proses mempersiapkan institusi Tahfiz Mandarin di negeri itu yang akan beroperasi awal tahun hadapan.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, pusat tahfiz itu akan beroperasi di bangunan yayasan di Dungun melibatkan pengambilan 12 pelajar untuk satu kelas.Jelasnya, penubuhan tahfiz berkenaan akan merancakkan lagi industri pendidikan yang merangkumi pelbagai aspek pengajian di negeri berkenaan.“Buat masa ini, kita sedang membaik pulih bangunan tersebut dan kita jangka beroperasi bermula tahun depan. Pendekatan ini diambil memandangkan kita ada seramai 530 orang pelajar yang belajar di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina.“Oleh itu, bagi pengajian di Tahfiz Mandarin, ini salah satu daripada mata pelajaran wajib adalah dalam bahasa Mandarin di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pastinya mereka menghafaz al-quran,” ujarnya.Satiful berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penubuhan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Pengkalan Berangan di Binjai Rendah, di sini semalam.Bersama anak-nak pelajar SRIDI.Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi Arshad.Hadir sama, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.Tambah Satiful, pembukaan sekolah Tahfiz Mandarin tersebut tidak memerlukan kos besar kerana ia menggunakan bangunan sedia ada manakala pengajian yang diguna pakai adalah berdasarkan modul sekolah Imtiaz.“Pengambilan pelajar akan dibuat menerusi sesi temuduga yang akan diadakan tidak lama lagi.“Kita ambil dan buat temuduga di kalangan pelajar yang sudah sedia ada di sekolah Cina,” tambah beliau.Penubuhan Pusat Tahfiz Mandarin itu adalah yang pertama di negeri Terengganu dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai ilmuan Islam pada masa akan datang.Anak-anak SRIDI tekun menelaah pelajaran.
29 Apr 19
417