lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Empty Image
SM Imtiaz Kemaman Juara AAY Terengganu 2019
KUALA TERENGGANU, 26 Julai - Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman muncul juara program Sentuhan Harapan Yayasan PETRONAS - All About Youth (AAY 2019), mengalahkan sembilan sekolah lain dari negeri itu.Projek sekolah tersebut yang dikenali sebagai CO2NCER, sistem pengesan awal kebakaran hutan untuk membantu pasukan Bomba dan Penyelamat, berjaya menambat hati panel hakim dan menewaskan sembilan buah sekolah lain.Program yang berasaskan pertandingan bermanfaat kepada komuniti dan persekitaran itu bertemakan 'Mengurangkan Pelepasan Karbon untuk Masa Depan yang Lebih Baik' (Reducing Carbon Emissions for a Better Future).Seramai 200 pelajar Tingkatan 2 dan 4 daripada dari 10 buah sekolah di negeri ini, diberi tempoh tiga bulan bagi membina dan melaksanakan projek kemasyarakatan yang bermatlamat mengurangkan pelepasan karbon kepada alam sekitar.Menurut Ketua Pasukan, Ahmad Faris Wajdan, 16, CO2NCER boleh membekalkan maklumat suhu, kadar peratusan asap, kelajuan angin dan koordinat lokasi secara automatik kepada Pasukan Bomba danPenyelamat melalui sistem pesanan ringkas (SMS).“Kami rasa teruja apabila dinobat sebagai pemenang peringkat negeri. Kemenangan kami adalah hasil daripada sokongan sukarelawan PETRONAS atau buddies, guru-guru serta sekolah."Kami telah bekerja keras dalam membina projek ini dan akan terus berusaha sehingga ke peringkat akhir,” tambah beliau.“Program ini bukan sahaja menyediakan persekitaran yang selamat kepada pelajar untuk meneroka dan bereksperimen, malah ia menggalakkan mereka untuk berfikir tentang suasana di alam sekeliling."Projek yang dibina ini adalah hasil keperihatinan mereka kepada kejadian kebakaran hutan yang berlaku di sekeliling mereka,” kata Idrus Ishak, guru pembimbing pasukan pelajar itu.Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan PETRONAS, Lita Osman berkata, objektif PETRONAS adalah untukmenjadikan perubahan iklim atau climate change sebagai subjek perbualan di kalangan pelajar bagi mengasah kemahiran mereka untuk berfikir secara kreatif dan inovatif untuk masa depan yangmampan.“Kami teruja melihat para pelajar dapat mengaplikasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik(STEM) dalam menawarkan penyelesaian untuk masa depan yang lebih cerah."Dengan sokongan guru-guru dan sukarelawan PETRONAS, pelajar-pelajar ini telah berjaya menjadi inovatif dalam menawarkan penyelesaian praktikal untuk kesejahteraan masyarakat,” kata Lita.Setiap pasukan dinilai dari segi kreativiti, pelaksanaan dan kelestarian projek, impak kepada komuniti dan persembahan projek.Lita menambah, Yayasan PETRONAS percaya AAY 2019 akan memberi pelajar kemahiran untuk berfikir secara lateral dan kreatif serta bekerjasama membangunkan keupayaan mereka sebagai pemimpin masa depan.“AAY juga menyasarkan untuk menggerakkan inovasi sosial dan menyokong sasaran kerajaan untukmencapai nisbah 60:40 pengambilan jurusan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)-Sastera selain matlamat negara mengurangkan pelepasan karbon,” menurut beliau lagi.Untuk rekod, sejak 2014, AAY telah menjangkau lebih 200 sekolah dan 4,600 pelajar. Lebih daripada 150sukarelawan PETRONAS atau buddies telah memupuk dan membimbing para peserta, menghasilkan 200 projek kemasyarakatan yang berimpak besar.Antaranya adalah sistem amaran pengesan banjir, tandas mesra alam dan aplikasi telefon pintar nota sejarah. AAY disokong oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim.
26 Jul 19
1200
Empty Image
RM6.9 Juta Peruntukan SPAIT Sejak 2011
KUALA TERENGGANU, 23 Julai - Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) telah menyalurkan sebanyak RM6,986,641 peruntukan di bawah Asnaf Fi Sabilillah Maidam Terengganu untuk program Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) sejak 2011.Yang Dipertua Maidam, Dato’ Osman Muda berkata, SPAIT merupakan salah satu pendekatan bagi pengisian kerohanian khususnya kalangan mereka yang berusia 25 tahun ke atas bertujuan meme­nuhi keperluan pengajian Islam secara lebih tersusun dan sistematik.Katanya, program yang mula diperke­nalkan pada tahun 2011 itu turut bertujuan bagi mengembalikan imej dan peranan Terengganu sebagai pusat pengajian agama terulung dan telah mendapat sambutan menggalakkan di kesemua daerah negeri ini.“Ianya dibahagikan kepada tiga peringkat di mana pada tahun ini sebanyak 22 kelas Ibtidaie (peringkat awal), 15 kelas tahap kedua iaitu Mutawassit dan tahap Mutaqaddim sedang berjalan dengan jumlah pelajar seramai 2,251 orang yang mengikuti pengajian dua kali seminggu di seluruh negeri melibatkan subjek aqidah atau tauhid, feqah dan akhlak atau tasawwuf.“Sebanyak RM6,986,641 telah diperuntukkan sejak program ini diadakan dan untuk tahun ini sahaja peruntukannya sebanyak RM2 juta,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) Peringkat Negeri Kali Ke-4 di Taman Tamadun Islam, hari ini.Dalam majlis itu, seramai 734 orang pelajar telah menerima sijil masing-masing.Bagi kelas Ibtidaie, Zaleha Ali telah dipilih sebagai pelajar terbaik keseluruhan untuk sesi 2017/2018, manakala Abdullah Che Yaacob pula terpilih sebagai pelajar terbaik keseluruhan kelas Mutawassit bagi sesi 2017/2019 dan Norzida Mamat dinobatkan pelajar terbaik keseluruhan untuk kelas Mutadaqqim bagi sesi 2016/2018.Ketiga-tiga pelajar terbaik tersebut turut menerima wang tunai RM1,000 dan plak penghargaan.
23 Jul 19
536
Empty Image
102 Pelajar Cemerlang DUN Manir Terima Anugerah
Hilmi Harun (kiri) menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang.Oleh: Ahmad MawardiHULU TERENGGANU, 13 Julai - Seramai 102 pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir yang cemerlang Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR),  Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syahadah Thanawi, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Tahfiz 30 Juzuk menerima anugerah.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi  Harun berkata, anugerah khas daripada  Pusat Khidmat Masyarakat ADUN itu adalah sebagai tanda penghargaan untuk pelajar-pelajar yang mencapai kejayaan.Jelasnya, ia juga secara tidak langsung sebagai pembakar semangat untuk semua pelajar supaya terus memajukan diri bagi mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang.“Selari dengan kehendak kerajaan Terengganu yang mengutamakan modal insan seperti pelajar cemerlang dan kerajaan sangat komited untuk membantu meningkatkan akademik pelajar yang mempunyai pelbagai potensi untuk diketengahkan.“Ilmu merupakan anugerah Allah dan sangat bernilai bahkan tidak mampu dibayar dengan wang ringgit. Bertambah untung andai kita menjalankan amanah itu dengan penuh ikhlas dan tawakal kepada Allah SWT,” tegasnyaBeliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Anugerah kecemerlangan Pelajar DUN Manir 2019 di Dewan Serbaguna Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera ( i-MiTs), Kampung Pulau Bahagia, di sini kelmarin.Turut hadir, Penyelia i-MiTs Manir, Yusof Embong, Penghulu Mukim Belara, Mazlan Ismail, Penghulu Mukim Lot Manir, Khairul Shahril Othman dan guru-guru sekolah dalam DUN Manir.Agenda kemuncak ialah penyampaian anugerah dan sijil kepada setiap orang daripada 102 pelajar cemerlang. Majlis berkenaan turut dihadiri ibu bapa serta penjaga pelajar yang tidak hadir kerana sedang melanjutkan pengajian.
13 Jul 19
1079
Empty Image
Guru Rotan Untuk Mendidik
Alias Harun (dua dari kanan) menziarah salah seorang penerima Tabung Darul Iman baru-baru ini.Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 13 Julai - Sikap segelintir ibu bapa yang tidak berpuas hati jika anak mereka dirotan amat dikesali, sedangkan guru-guru bertindak sedemikian untuk mendidik pelajar agar menjadi insan berguna.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang menegur sikap sedemikian yang sepatutnya tidak berlaku dalam kalangan ibu bapa yang ingin melihat anak-anak berjaya di dunia dan akhirat."Tidak mungkin seorang guru nak mendera pelajar-pelajar. Kalau rotan pun, rotan mengajar,"  ujarnya ketika menyerahkan sumbangan Tabung Darul Iman di sini, baru-baru ini.Menurutnya, di dalam Islam, anak - anak yang berumur 10 tahun, mestilah dirotan jika mereka tidak sembahyang."Kita dahulu bukan begitu, hantar anak sekolah, hantar anak ngaji, boleh buat apa saja."Mak pesan, ayah pesan, dua benda sahaja, jangan cacat dan jangan buta. Takkanlah tok guru nak buat sampai cacat dan buta."Tak pernah lagi kita dengar ibu bapa yang menghalang seperti sekarang. Jadi, saya  harap cikgu sabar dengan tugas yang semakin mencabar ini," pesan beliau yang juga seorang pesara guru.Dalam ziarah tersebut, sumbangan tabung adalah termasuk susu, lampin pakai buang dan juga cek kepada pemohon yang terpilih di Dewan Undangan Negeri Rantau Abang.
13 Jul 19
67
Empty Image
Terengganu Mahu Bina Belia Berkemahiran
Wan Sukairi gembira melihat graduan kemahiran TESDEC mendapat keputusan cemerlang.MARANG, 10 Julai - Kerajaan Terengganu komited untuk membina belia berkemahiran tinggi bagi memastikan kesinambungan pentadbiran berada di landasan terbaik bagi menghadapi suasana yang mencabar hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan, dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, usaha membangunkan belia yang pakar dalam bidang-bidang tertentu akan dibantu dan disokong sepenuhnya kerajaan kerana ia memberi pulangan lumayan dalam jangka masa panjang.Jelasnya, individu berkemahiran bukan hanya sekadar mampu untuk membina kehidupan sendiri tetapi turut sama menyumbang kepada perkembangan ekonomi dan pembangunan negeri.“Sememangnya bidang kemahiran ini merupakan suatu bidang yang cukup penting dan kita perlu menerima hakikat bahawa peluang untuk bekerja bergantung kepada kemahiran yang kita miliki.“Ini kerana bidang kemahiran ini adalah bidang yang bersifat terbuka dan tiada had, kerana itu kita harus meneroka seluas yang mungkin dalam bidang ini, supaya satu hari nanti kita mampu melahirkan rakyat yang mempunyai kemahiran yang pelbagai dan mampu untuk berdikari,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Tamat Latihan Golongan Pekerja dan "Future Workers" (GPFW) dalam Kursus Safety & Health Officer (SHO) 2019 di Dewan Ibnu Khaldun, Pusat Pembangunan Kemahiran Terengganu (TESDEC), Bukit Kor, di sini hari ini.Berpesan kepada belia supaya mempunyai keyakinan yang tinggi apabila memasuki dunia pekerjaaan.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC, Md. Kamaru Al-Amin Ismail, Timbalan Pengurus Besar TESDEC (Akademik), Sheikh Nehmil Emir Alias dan Timbalan Pengurus Besar TESDEC (Pengurusan), Saidi Salleh @ Sulong.Wan Sukairi yang juga Pengerusi TESDEC Berhad turut mengajak semua rakyat Terengganu supaya tidak memandang rendah dan mengabaikan ilmu kemahiran kerana fakta menunjukkan hampir 90 peratus lulusan kursus (SHO) ini mendapat pekerjaan.Katanya, ibu bapa perlu menyahut seruan itu dengan memberi kebebasan dan tidak menghalang anak mereka yang berminat untuk mempelajari ilmu tersebut di pusat kemahiran yang disediakan kerajaan negeri atau institusi lain.“Janganlah kita beranggapan bahawa bidang atau institusi kemahiran ini adalah tempat dan pilihan yang terakhir.“Sebaliknya, pusat kemahiran sangat penting khususnya buat ibu bapa dalam mencorak dan membangun kerjaya anak-anak dalam dunia yang sangat mencabar (memerlukan kemahiran tertentu) sekarang,” tambah beliau.Dalam majlis berkenaan, seramai 75 graduan dalam kursus SHO yang mendapat biaya daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) diraikan.Graduan wanita turut cemerlang menamatkan pengajian dalam bidang SHO.
10 Jul 19
167
Empty Image
Pelajar TATiUC Hasilkan About Skin Mini Hand Care Kit
Para peserta persidangan merakamkan gambar kenangan bersama Satiful Bahri.Oleh: Amiirullah MansorKEMAMAN, 7 Julai - Kolej Universiti TATI (TATIUC) berjaya mengetengahkan produk kosmetik ‘About Skin’ Mini Hand Care Kit yang dihasilkan pelajar-pelajarnya.Rektor TATIUC, Prof. Dr. Anuar Ahmad berkata, produk berkenaan dicipta hasil penyelidikan yang diperolehi sepanjang Persidangan Antarabangsa Internationall Conference On Engineering Technology (ICET) serta persidangan-persidangan lain yang disertai kolej berkenaan.“Apabila satu-satu  ‘conference’ (persidangan) sebegini diadakan, kita mampu wujudkan sesuatu hasil akhir berdasarkan research (penyelidikan) yang dibentangkan.“Melalui produk ini, kita dapat buktikan TATIUC juga mampu melahirkan para pelajar yang berdaya saing sekali gus bakal mewujudkan usahawan-usahawan baharu,” katanya dalam sidang media Persidangan Antarabangsa 4th Internationall Conference On Engineering Technology (ICET) 2019, di Lobi Pejabat Pusat Latihan Darul Iman (DITC), semalam.Dr. Anuar menyampaikan kit About Skin kepada Satiful.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat dan Timbalan Rektor Akademik dan Pengantarabangsaan TATIUC, Dr. Rosliza Ramli.Jelasnya, sebenarnya warga Terengganu mempunyai pemikiran sangat kreatif yang boleh dikembangkan sehingga mampu mengeluarkan produk – produk berkualiti dengan identiti tersendiri.“Sekiranya bakat-bakat ini disalurkan ke arah yang betul, perkara ini secara tidak langsung akan dapat menaikan ekonomi negeri Terengganu serta memartabatkan namanya ke seluruh negeri,” katanya.Dalam pada itu, beliau memaklumkan About Skin terdiri daripada beberapa jenis barangan iaitu Hand Wash (menyegarkan dan menghidratkan), Hand Lotion (melembabkan dan menghidratkan) serta Hand Sanitizer (anti bakteria dan kesegaran). “Insya-Allah, dengan kejayaan penyelidikan yang dibuat ini kita cuba akan berkolaborasi dengan produk – produk sedia ada di pasaran yang mahu bekerjasama,” katanya.Seramai 130 peserta dari seluruh dunia membentangkan kertas kerja dan hasil penyelidikan dalam  persidangan yang berlangsung selama dua hari itu.
07 Jul 19
111
Empty Image
Sekolah Menengah Teknik Terengganu Harum Nama Negara Di Mata Dunia
KUALA NERUS, 2 Julai - Terengganu terus mengungguli carta dalam bidang pendidikan apabila Sekolah Menengah Teknik Terengganu (SMTT) mengharumkan nama negara dengan kemenangan pingat emas di pertandingan 'International Science and Invention Fair' di Bali, Indonesia.Pertandingan yang berlangsung pada 21 hingga 25 Jun itu berjaya menjadi platform pelajar SMTT menonjolkan potensi diri mereka di peringkat antarabangsa sekali gus membuktikan keupayaan anak Terengganu di persada dunia.‘Flat Earth Smart Kit’ hasil ciptaan lima pelajar iaitu Zureen Sofea Zairon, 16, Khairul Adha Azmin Arifin, 16, Muhammad Amir Hakim Radin, 16, Wan Muhammad Haikal Wan Kamri, 16, dan Muhammad Muqarrabin Muhammad Rushdi, 16, berjaya menerima pengiktirafan pingat emas dan menewaskan wakil dari 10 buah negara.Pengetua SMTT, Mohd Nasri Abdullah berkata, beliau tidak pernah menjangka akan memenangi pertandingan itu dan amat berbangga dengan pencapaian sekolah tersebut apabila berjaya menerima pingat emas dalam pertandingan di peringkat antarabangsa.“Hasil ciptaan dikenali sebagai Flat Earth Smart Kit dalam bentuk permainan yang selari dengan pembelajaran abad ke-21 yang merupakan cetusan idea guru dan pelajar SMTT ini dibantu banyak pihak termasuklah Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Alumni SMTT serta Politeknik Kuala Terengganu.“Atas komitmen diberikan semua termasuk komuniti sekitar, ia memberikan kami keyakinan tinggi dan akhirnya membuahkan kejayaan,” katanya dalam satu sesi temuramah bersama ManisFm, di sini hari ini.Sementara itu, guru pembimbingnya, Zainorashikin Abdul Rahman pula berkata, kejayaan dalam penyertaan kali pertama itu diharap dapat dijadikan suntikan semangat kepada pelajar SMTT untuk terus meraih kejayaan cemerlang pada masa akan datang."Sebenarnya idea ini dicetuskan oleh tuan pengetua (Mohd Nasri). Beliau telah memberi kepercayaan kepada saya untuk membawa inovasi ini melalui subjek Matematik dengan tajuk bumi sebagai sfera."Flat Earth Smart Kit ini merupakan produk memudahkan pelajar untuk mengira beza sudut antara dua titik pada permukaan bumi dan sistem yang dicipta itu turut dilengkapi dengan sistem hologram," katanya yang juga terpilih sebagai juri terbaik kejohanan.Lebih utama, kata Zainorashikin, Flat Earth Smart Kit merupakan bahan bantu mengajar yang boleh dimainkan oleh semua peringkat pendidikan yang mana konsep asalnya  bertemakan Matematik.
01 Jul 19
1683
Empty Image
26 Pelajar Cemerlang Dirai
Oleh: Muhammad Syafiq SyakirinMARANG, 30 Jun- Seramai 26 orang terdiri daripada murid serta pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lalu diraikan dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Jamuan Aidilfitri Peringkat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Laut yang diadakan di Dewan Sivik Kampung Laut.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, kecemerlangan pelajar terbabit perlu dijadikan contoh oleh calon yang akan menduduki peperiksaan agar terus berusaha untuk menjadi seperti mereka.'Kita melihat seramai 26 pelajar yang berjaya pada hari ini dan diharapkan agar pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini dapat mengambil contoh ataupun inspirasi untuk terus berusaha bagi mendapat kecemerlangan seperti mereka.“Bagaimanapun, kecemerlangan akademik perlu selari dengan agama kerana itulah yang menjamin kejayaan kita di dunia dan akhirat,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Jamuan Aidilfitri Peringkat MPKK Kampung Laut di Dewan Sivik Kampung Laut, semalam.Sementara itu, Pengerusi MPKK Kampung Laut, Abdullah Ismail berkata, anugerah yang cdiberikan itu merupakan tanda perhargaan kepada pelajar yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan.“Anugerah ini sebagai tanda sokongan pihak MPKK kepada pelajar yang berusaha sepenuhnya dan cemerlang dalam peperiksaan yang lepas dan diharapkan terus mengekalkan kecemerlangan buat masa akan datang,” ujarnya.
30 Jun 19
90
Empty Image
‘Suasana Pendidikan Sekarang Tidak Sama Macam Dahulu’ - Satiful Bahari
Satiful Bahari Mamat.Oleh : Amiirullah MansorKUALA TERENGGANU, 30 Jun – Perbezaan suasana pendidikan pada zaman ini dengan zaman dahulu telah membawa banyak perubahan dalam cara mendisiplinkan pelajar.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pengajian dan Pendidikan Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, perubahan ketara itu memerlukan kebijaksanaan warga pendidik untuk mencari langkah terbaik bagi mendidik pelajar. Jelasnya, cara pengajaran yang berkesan bukan hanya tertumpu kepada luaran semata-mata tetapi juga merangkumi pembinaan rohani.“Zaman kita sekolah dahulu guru-guru ni memang garang bahkan lebih garang daripada ayah kita, tetapi harini kita dapat lihat dalam media-media berkaitan guru yang disaman kerana ingin mendisiplinkan pelajar.“Jika isu ini berlarutan, guru itu akan hanya memindahkan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi bukan perasaan dalaman (spiritual),” katanyaBeliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Anugerah Program Penajaan Pendidikan PETRONAS 2019 di Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), Kampung Merabang Panjang, di sini semalam.Raiha Azni Abd Rahman.Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.Beliau yang juga merupakan ADUN Paka mengulas, rakyat negeri Terengganu lebih ramai memilih penajaan PETRONAS berbanding Kerajaan Negeri.“Walaubagaimanapun begitu, kita (Kerajaan Negeri) mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberi bantuan bagi penajaan anak-anak Terengganu,” ujarnya.Sementara itu Naib Presiden Kanan, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PETRONAS, Dato' Raiha Azni Abd Rahman yang turut hadir berkata, para pelajar diharapkan dapat memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari nanti.“Semoga penajaan ini dapat membantu kalian menimba ilmu dan mengharumkan nama negeri Terengganu seterusnya menjadi pewaris kepada negara.“Kami (Petronas) memandang tinggi pengorbanan ibu bapa yang sanggup mengorbankan tenaga dan harta bagi kejayaan anak - anak mereka,” katanya.Dalam majlis itu, seramai 40 orang anak Terengganu yang menerima anugerah Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) 2019  mnerupakan pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 lalu.
29 Jun 19
196
Empty Image
Anak Muda Terengganu Wakili Malaysia Di Rusia
KUALA TERENGGANU, 27 Jun - Anak jati Batu Rakit, Che Wan Mohamad Amierwan Che Wan Md Amin akan mewakili Malaysia dalam pertandingan World Skills di Kazan, Rusia pada 22 hingga 27 Ogos nanti.Kejohanan yang dibahagikan kepada 56 kemahiran itu menyaksikan Mohamad Amierwan bakal bertanding dalam acara ‘Wall and Floor Tiling’.Dalam acara tersebut, beliau akan berentap dengan lebih 1,400 profesional muda dari 60 negara di seluruh dunia.Pertandingan dwitahunan itu merentasi pelbagai industri kemahiran sama ada bengkel, seni pakaian, hiasan diri, elektronik dan pembinaan.Ia juga bertujuan menyediakan bakat-bakat baharu dalam sektor industri, kerajaan dan pendidikan.Bahkan turut memberi inspirasi kepada anak muda untuk mendedikasikan diri mereka kepada kerjaya teknikal dan teknologi serta membina masa depan yang lebih baik.
26 Jun 19
144