Artikel "Pendidikan" Terkini
TATIUC Juara Pertandingan Solidwork Skills Competition 2019
KUALA TERENGGANU, 15 September - TATI University College (TATIUC) muncul juara dalam pertandingan Solidwork Skills Competition 2019 (East Coast Region) yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (UMP).Ahli lembaga Pengarah TATIUC Ustaz Nik Muhammad Nasri Bin Nik Malek berkata, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada dua orang siswa program Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (FTKP), (Bachelor of Manufaturing Engineering Technology (Tooling) with Honours), Muhammad Affiq bin Roslan dan Nazirul Azizi bin Abu Bakar yang berjaya muncul sebagai johan.“Ia menunjukkan pelajar-pelajar TATiUC sebenarnya mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan pelajar institusi lain.“Pencapaian seperti ini bukanlah kali pertama buat TATiUC, tetapi ia adalah hasil dari latarbelakang pusat pengajian itu sendiri, bersama tenaga pengajarnya dan sistem yang ada,’’ jelasnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini. Justeru itu, beliau berharap agar kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pelajar berkenaan, jurulatih mereka dan orang lain di TATIUC untuk terus berjaya.Menurutnya, solidworks adalah salah satu aplikasi perisian rekabentuk untuk menghasilkan model berbentuk tiga dimensi.“Kemahiran menggunakan perisian seumpama ini amat diperlukan dalam bidang “tool and die design” dan “tool and die making” yang menjadi aset kepada graduan TATIUC untuk terus dipraktikkan di industri,” ujar beliau.Pertandingan anjuran ‘IME Group of Companies’ yang berlangsung pada 11 September 2019 telah menarik penyertaan 42 peserta dari Institusi-institusi Pengajian Tinggi di pantai Timur.
15 Sep 19
179
Penggabungan UMT, UniSZA Perlu Kajian Mendalam - MB Terengganu
Ahmad Samsuri.KUALA TERENGGANU, 12 September - Hasrat uerajaan Pusat untuk menggabungkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) perlu melalui kajian terperinci sebelum apa-apa keputusan dibuat.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, semua pihak termasuk pemegang taruh, kakitangan dan juga pelajar-pelajar mestilah turut sama dilibatkan dalam perbincangan bagi menentukan solusi terbaik.Jelasnya, usaha berkenaan juga mampu mendapatkan maklumat yang jelas mengenai matlamat sebenar dan juga keperluan ke arah penggabungan tersebut.“Memang menjadi hak Kerajaan Pusat untuk menggabungkan ataupun memecahkan institusi itu, namun mereka harus belajar daripada isu-isu penggabungan di tempat lain di luar negara.“Kriteria terpenting pada saya adalah keputusan itu perlu diperjelaskan untuk mengelak kekeliruan ramai di samping apakah model penggabungan tersebut sama ada untuk menyelamatkan sesebuah universiti atau bagi tujuan strategik dengan mengenal pasti alternatif lain dan kesannya dari segi perundangan, kos, sosial, nasib kakitangan serta institusi berkenaan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi 'Walk Through Bengkel projek Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Promenade' di Hotel Primula, di sini hari ini.Katanya lagi, Kerajaan Pusat turut disaran untuk melibatkan kerajaan negeri dalam apa-apa perbincangan sebelum sebarang tindakan dibuat dalam isu penggabungan dua universiti yang berpangkalan di Terengganu itu.“Ini kerana inisiatif tersebut tentunya turut memberi kesan kepada sektor pendidikan di Terengganu,” jelasnya.Namun tambah beliau, penggabungan kedua-dua universiti itu secara luarannya dilihat tidak akan merencatkan usaha Terengganu untuk muncul sebagai negeri anjung ilmu sebagaimana yang dihasratkan.Semalam, Kabinet melalui satu kenyataan media memutuskan telah bersetuju secara prinsip untuk menggabungkan UMT dan UniSZA.Ia sebagai satu transformasi penyampaian pendidikan tinggi terutama dalam memantapkan keupayaan universiti untuk mempertingkat kedudukan sosioekonomi.
12 Sep 19
87
Kami Sentiasa Doakan Kalian - Dato' Tengku Hassan
Tengku Hassan mengusap bahu seorang calon UPSR sambil menyampaikan pesannya.KUALA TERENGGANU, 5 September – Pelajar-pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di seluruh negeri Terengganu dinasihatkan terus konsisten memanjatkan doa sepanjang menjawab peperiksaan bagi meraih kekuatan jiwa yang sebenar.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata, barisan kepimpinan negeri sentiasa mendoakan agar anak-anak negeri itu bakal memperoleh keputusan cemerlang dalam apa juga peperiksaan atau ujian yang dilalui.“Semoga diberikan ketenangan, kesihatan yang baik dan dipermudahkan serta dapat menjawab dengan baik.Tg. Hassan berkunjung setiap hari meninjau calon UPSR di sekolah-sekolah sekitar kawasannya.“Buat ibu bapa juga, jangan putus-putus berdoa untuk kesejahteraan mereka. Saya turut berharap para guru menghalalkan segala ilmu yang telah dicurahkan,” pesannya ketika meluangkan waktu menyantuni calon-calon terlibat pada hari kedua UPSR di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, hari ini.Beliau yang turut melawat Sekolah Kebangsaan Ladang, semalam sempat juga menyampaikan pesan supaya ibu bapa dan guru sentiasa memberikan semangat dan harapan kepada anak-anak mereka.“Insya-Allah, keazaman dan usaha anak-anak dalam mencapai impian akan terbalas. Jangan sekali-kali merendahkan mereka, sebaliknya bantu untuk mereka bangkit jika berdepan kegagalan,” katanya.Bagi tahun 2019, seramai 20,619 calon menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) membabitkan sebanyak 375 pusat peperiksaan di seluruh Terengganu. Jumlah calon tertinggi adalah di Kuala Terengganu iaitu seramai 4,269 calon, manakala Setiu mencatatkan jumlah calon paling sedikit iaitu seramai 1,211 orang.
05 Sep 19
714
Permohonan Pinjaman Pelajar Akan Dibuka
Oleh: Amiirullah Mansor KUALA TERENGGANU, 3 September – Permohonan Pinjaman Pelajar bakal diwujudkan bagi pelajar yang tidak menerima apa-apa pinjaman mahupun biasiswa.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, pinjaman ini adalah untuk mereka yang tidak mendapat biasiswa tetapi mereka mendapat tempat (menuntut) di Universiti dalam mahupun luar negara.“Mereka juga dikalangan yang tidak mendapat bantuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya, berhak memohon pinjaman ini dan khusus untuk pinjaman bayaran yuran sahaja manakala kos sara hidup seperti makan minum perlu ditanggung sendiri,” katanya.Jelasnya, setelah mereka (pelajar) selesai menghabiskan pengajian mereka perlu membayar balik pinjaman itu.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Persediaan Luar Negara dan Penyerahan Wang Saku Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu 2019 bertempat di Terengganu Digital Hub (TD1303) Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu.Hadir sama, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Maliaman Kasim dan Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim.Menurutnya lagi, terdapat masyarakat yang merungut ekoran pelajar yang mengambil pengajian Islam tidak ditawarkan pinjaman buat mereka sebab Maidam Terengganu telah memberi bantuan pendidikan kepada mereka.Manakala jurusan yang tidak berkaitan pengajian Islam boleh memohon dengan Yayasan Terengganu (YT).“Maidam Terengganu telah memberi zakat bagi pelajar yang mengambil jurusan berkaitan Islam sama ada belajar di Mesir ataupun Jordan sebagainya dan YT bagi jurusan yang bukan pengajian Islam,” ujarnya.Seramai 52 orang pelajar yang terdiri 13 pelajar ke Jordan, 3 pelajar ke Mesir dan 36 pelajar dalam negara yang menerima wang saku biasiswa Skim Pelajar Cemerlang YT 2019.
02 Sep 19
73
Kerajaan Negeri Sedia Timbangkan Baik Pulih Bangunan Lama SMK Landas
Oleh : Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU, 28 Ogos - Kerajaan negeri sedia mempertimbangkan sejumlah peruntukan bagi membaikpulih bangunan lama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Landas supaya sesi pembelajaran dapat diteruskan seperti biasa.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil Ustaz Maliaman Kassim berkata, pihaknya telahpun membuat satu keputusan dan akan membantu sekolah dengan menyiapkan proses bangunan lama yang tidak diduduki bagi membolehkan pelajar yang terjejas akibat kerosakan bangunan asal yang dilanda ribut semalam.“Kita juga akan meluluskan satu peruntukan untuk menggantikan lampu - lampu yang rosak dan baikpulih tandas dengan jangkaan kos keseluruhan proses baikpulih bangunan setelah diluluskan dalam perbincangan dalam masa terdekat.“Itu yang ditanggung oleh kerajaan negeri, sementara bangunan yang rosak dalam proses penilaian baikpulih oleh oleh Jabatan Kerja Raya (JKR),”jelasnya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika mengadakan lawatan di sekolah tersebut bersama Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh dan Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Muhyiddin Abdul Rashid, pagi tadi.Turut hadir, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Rosli Chik.Menurut Maliaman, kerja- kerja pembersihan dan pemindahan turut mendapat kerjasama dari Jabatan Amal Malaysia (JAM) Ajil serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berdekatan.“Kita telah menghantar Pasukan Unit Amal dan MPKK untuk membersih bilik - bilik kelas dan mengeluarkan barang - barang yang masih boleh digunapakai ke bangunan baru untuk dijadikan kelas.Alhamdulillah kerja - kerja pembersihan ini mendapat kerjasama yang sangat baik daripada mereka dan akan diteruskan sehingga esok, “ katanya.Sementara itu, Shafrudin berkata proses membaik pulih dua bangunan SMK Landas yang rosak akibat ribut dijangka siap sepenuhnya sebelum sesi persekolahan 2020 yang bermula Januari depan melibatkan peruntukan RM400,000 daripada Kementerian Pendidikan.“Seramai 315 pelajar menjalani sesi persekolahan seperti biasa manakala pelajar yang menduduki bangunan itu akan dipindahkan buat sementara waktu di blok kosong yang menempatkan pelajar Tingkatan Enam.“Unit Forensik Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menjalankan siasatan terperinci menilai jenis kerosakan dan kos diperlukan bagi membaiki kerosakan bangunan ini," katanya lagi.Terdahulu, kejadian ribut kira-kira jam 3 petang semalam menyebabkan kemusnahan teruk pada struktur bumbung dua bangunan di sekolah ini serta kerosakan pendawaian elektrik walaubagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
27 Aug 19
1234
Pewartaan Taman Negeri Tunjang Pemuliharaan Habitat Setiu Wetlands
Pengurusan Taman Negeri berusaha adakan siri-siri penerangan dan pendidikan kepada masyarakat.SETIU, 20 Ogos – Perwartaan Taman Negeri bukan bererti kerajaan negeri ingin menyekat peluang komuniti setempat untuk menjana hasil melalui sumber yang ada.Timbalan Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu, Normah Nik memaklumkan, perwartaan taman negeri bertujuan memelihara habitat dan arkeologi, flora dan fauna yang menjadi sumber pendapatan bagi komuniti setempat.“Ketika diperingkat awal kita wartakan, ia kelihatan seolah-olah kita menutup peluang mereka untuk ambil sumber yang ada. Sebenarnya lebih besar daripada itu, kita tidak melarang pengunjung yang ingin berekreasi dan penduduk tempatan yang bergantung hasil kepada hidupan di taman negeri.“Sebaliknya, pihak taman negeri mendidik mereka mengambil sumber secara lestari tanpa menjejaskan kehidupan yang ada. Secara tidak langsung kita dapat kawal kemasukan dan pencerobohan,” katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) sewaktu program Jom Kenal Taman Negeri Terengganu di Setiu Wetland, semalam.Program tersebut bertujuan memperkenalkan Enakmen Taman Negeri kepada sekitar 30 peserta dari jabatan-jabatan serta agensi kerajaan negeri serta kawasan-kawasan yang telah diwartakan sebagai taman negeri. Normah NikMenurut Normah, cabaran utama bagi pihak taman negeri adalah untuk mendidik masyarakat awam terutama komuniti setempat dari segi enakmen yang telah diwartakan.“Enakmen Taman Negeri telah wujud sejak tahun 1986 lagi. Bagaimanapun, kerajaan negeri bersetuju meminda enakmen yang lama dan mewartakan Enakmen Taman Negeri 2017 yang lebih progresif merangkumi keseluruh bidang perlindungan dan pembangunan komuniti yang mula dikuatkuasakan Februari tahun lalu.“Sebenarnya, kita ketinggalan agak jauh berbanding Sabah yang sudah 55 tahun dan Johor yang melaksanakannya lebih awal. Tetapi, positifnya, apa-apa kegagalan yang berlaku sebelum ini boleh dielakkan dari pihak kita dengan wujudnya pewartaan ini,” katanya.Terengganu mewartakan Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetlands) fasa pertama seluas 432 hektar dan Tasik Kenyir seluas 30,000 hektar sebagai taman negeri.Manakala, kerajaan negeri turut bercadang mewartakan Pulau Tenggol yang berkeluasan kira-kira 2,000 hektar pada masa akan datang.Beliau turut menyatakan, kerajaan negeri proaktif dalam memulihara alam sekitar dan dengan pewartaan taman negeri, ia lebih terjamin.“Sesuatu yang mengejutkan, pewartaan Setiu Wetlands pada bulan Mei 2018 disambut majoriti penduduk setempat, kami juga menerima penyertaan yang positif dalam setiap program yang membolehkan komuniti di sini terlibat secara langsung.“Perkara ini banyak membantu pihak kami untuk menguruskan Setiu Wetlands,” katanya yang turut menjelaskan bahawa pengurusan taman negeri turut berkerjasama dengan komuniti kawasan yang dikenali sebagai ‘Sahabat Setiu’.
20 Aug 19
1684
Gara-gara Pelajar Tertidur Dalam Bas, SMK Tengku Ampuan Intan Muncul Juara YIC 2019
Pasukan SMK Tengku Ampuan Intan menerima pingat dan sijil daripada Ahmad Shah.KUALA TERENGGANU, 20 Ogos – Gara-gara kecuaian pelajar yang kerap tertinggal barang dan tertidur dalam bas, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Intan dari Kuala Berang dinobatkan sebagai juara Pertandingan Young Innovators Challenge (YIC) Peringkat Negeri Terengganu 2019, di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), hari ini.Pasukan yang dianggotai Haris Idzham Abdul Rashid, Ahmad Haziq Akmal Ahmad Hanafi, Muhammad Zulfadhly Mohd Zulkifly yang berusia 16 tahun itu mendominasi pertandingan apabila berjaya mencipta satu alat dinamakan ‘Seat Taken Detector’ yang berfungsi membantu pemandu bas mengesan penumpang atau barangan yang masih berada di dalam bas ketika enjin dimatikan.Guru pembimbing mereka, Nor Azma Mohamed berkata, pasukannya memulakan projek berkenaan sejak Julai lalu dengan peralatan yang dibekalkan penaja Chumbaka dan barangan terpakai.“Rata-rata pemandu bas yang kami temu bual menyatakan mereka sering menghadapi masalah apabila penumpang terutamanya pelajar kerap tertidur atau tertinggal barang di dalam bas tanpa mereka sedari.“Walaupun isu itu kelihatan kecil, kami akhirnya mendapati terdapat kes-kes berat seumpamanya seperti kanak-kanak lemas dalam kereta kerana kehadiran tidak disedari ibu bapa yang memandu, lantas memutuskan inovasi ini,” katanya ketika ditemui media selepas majlis penutup program berkenaan yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed.Ahmad Shah memeriksa hasil inovasi pelajar. Menurut Normah lagi, projek inovasi itu merupakan idea yang sangat baik untuk diaplikasi secara komersial.“Alat ini berfungsi mengesan tempat duduk yang telah diisi menggunakan sensor yang terpasang dikerusi. Apabila objek dikesan berada dekat di atas kerusi, lampu yang terletak di panel pemandu akan menyala berdasarkan kedudukan tempat duduk.“Saya rasa pihak berkuasa seperti Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepatutnya mengambil inisiatif ini sebagai salah satu syarat untuk pembinaan bas kerana inovasi ini sangat membantu mencegah kes kanak-kanak tertinggal di dalam kereta yang sering berlaku,” katanya.Pertandingan berkenaan merupakan anjuran Yayasan Sime Darby sebagai penaja utama dengan kerjasama pelbagai pihak yang diadakan setiap tahun untuk mencungkil bakat serta kreativiti pelajar dalam reka cipta, sains dan teknologi.Sebanyak 16 buah sekolah menyertai pertandingan peringkat negeri yang dikelola PSKT dan SMK Tengku Ampuan Intan bakal mewakili negeri Terengganu untuk bersaing dalam YIC peringkat kebangsaan kelak.
20 Aug 19
1456
RM6.8 Juta Kos Kendali 9 SRIDI Setahun
Ustaz Satiful Bahri Mamat KUALA TERENGGANU, 20 Ogos - Kerajaan Negeri akan membuka Tiga buah Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) lagi Januari tahun depan, masing-masing sebuah di Permaisuri, Setiu, Kerteh 1, Dungun dan Kijal, Kemaman.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ini menjadikan sembilan buah SRIDI dibuka bagi menunaikan janji manifesto Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.Katanya, kos keseluruhan untuk mentadbir urus semua SRIDI berkenaan dianggarkan berjumlah RM6.8 juta setahun.Ini termasuk RM3.4 juta untuk mengendali dan menyelenggarakan tiga SRIDI baharu tersebut.Bangunan SRIDI Paka di Sekolah Agama Rakyat, Felda Kerteh 1, Dungun.Menurut beliau pelajar-pelajar baharu dan pelajar tahun satu dari SRIDI sebelum ini boleh berdaftar di sekolah berkenaan.“Pendaftaran untuk pelajar baharu boleh dibuat secara dalam talian di portal sridionline.terengganu.gov.my,” jelasnya ketika dihubungi semalam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka itu berkata, setiap SRIDI akan membuka dua buah bilik kelas dengan sembilan tenaga pengajar serta pengurusan sekolah.“Kerajaan akan membuat pengambilan baru tenaga pengajar dengan sesi temuduga seterusnya kursus induksi selama dua minggu akan diadakan tidak lama lagi,” jelasnya.Katanya, Kerajaan Terengganu telah membuka enam buah SRIDI awal tahun ini masing-masing sebuah di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun; Ajil (Hulu Terengganu), Binjai Rendah (Marang), Manir (Hulu Terengganu) dan Kampung Raja (Besut).Katanya, SRIDI Permaisuri ditempatkan di Wisma Yayasan Islam, Bandar Permaisuri, Setiu, SRIDI Kemaman di bangunan baharu Kijal manakala SRIDI Paka di Bangunan Sekolah Agama (SA) Rakyat Felda Kerteh 1, Dungun.Sementara itu di Setiu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Ustaz Zul Bhari A Rahman ketika ditemui pemberita berkata SRIDI Permaisuri akan ditempatkan di Bangunan Wisma Yayasan Islam Bandar Permaisuri dengan pengambilan seramai 50 orang pelajar tahun satu.Kataya, sebanyak tiga pintu bangunan pejabat akan disewa dan sedikit penambahbaikan akan dilakukan bagi memberi keselesaan dan memastikan keselamatan pelajar lebih terjamin."Kita memilih Bangunan Wisma Yayasan Islam kerana lokasi yang strategik di Bandar Permaisuri, memandangkan bangunan ini masih baru dan kita telah mengadakan sesi lawat tapak baru-baru ini,” katanya lagi.Dalam pada itu, satu taklimat telah diadakan kelmarin oleh Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Sahari Anwar Haji Ahmad menerangkan perjalanan dan pengurusan SRIDI kepada Kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat dan i-MiTS DUN Permaisuri.
19 Aug 19
591
Dungun Perintis Penubuhan Imtiaz Mandarin
KUALA TERENGGANU, 8 Ogos- Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu akan membuka sebuah pusat Tahfiz Mandarin atau Imtiaz Mandarin dalam usaha melahirkan para pelajar dan huffaz yang mampu menguasai bahasa tersebut.Pengarahnya, Ishamudin Hashim berkata, Imtiaz Dungun merupakan perintis kepada pusat tahfiz berkenaan yang bakal dibuka mulai tahun hadapan.“Buat masa ini, kita sedang menjalankan kerja-kerja pembangunan fizikal termasuk dari segi kemudahan asrama dan kita jangka beroperasi bermula tahun depan."Pendekatan ini diambil memandangkan kita mempunyai pelajar Melayu yang belajar di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penutup Program Khas Asasi Imtiaz Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.Majlis perasmian program berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri Maliaman Kassim.Katanya, pembukaan sekolah Tahfiz Mandarin seumpama itu tidak memerlukan kos besar kerana ia menggunakan bangunan sedia ada manakala pengajian yang digunapakai adalah berdasarkan modul sekolah Imtiaz."Peruntukan sebanyak RM500,000 telah disalurkan oleh kerajaan negeri untuk tujuan kemudahan asrama dan lain- lain," ujarnya.
08 Aug 19
915
Program Robotik Nilai Tambah Pelajar Imtiaz
KUALA TERENGGANU, 8 Ogos- Robotik merupakan program kebitaraan Imtiaz Yayasan Terengganu dan salah satu ko-kurikulum nilai tambah yang perlu dipelajari dan diikuti semua pelajar Imtiaz.Pengarahnya, Ishamudin Hashim berkata, dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti yang bersifat holistik Yayasan Terengganu telah mengaturkan program robotik yang dijadikan sebagai salah satu instrument latihan atau alat berfikir bagi membantu pelajar memaksimakan keupayaan otak dan minda, berfikiran kreatif dan inovatif serta berkemampuan mengaplikasikan teknologi tinggi bagi tujuan membina tamadun manusia yang berpaksikan Al-Quran sebagai panduan dan petunjuk."Robotik merupakan salah satu elemen kurikulum terpenting dalam STEM, kini dikenali sebagai STREAM (Science, Technology, Religion, Engineering, Arts, and Math) yang perlu pelajari dan dikuasai oleh setiap pelajar."Bagi meningkatkan dan penguasaan kemahiran robotik di kalangan pelajar Imtiaz, bengkel dan kursus sering dijalankan," ujarnya kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di Pejabat Yayasan Terengganu, semalam.Dalam pada itu katanya, Yayasan Terengganu turut bersetuju dengan Kementerian Pendidikan yang menyeru pihak swasta untuk bersama dengan pusat tahfiz membawa kepelbagaian kemahiran termasuk pembangunan robotik."Bagi melahirkan generasi ulul albab bercirikan quranik, ensiklopedik dan ijtihadik di kalangan pelajar Imtiaz, Yayasan Terengganu sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang dapat membantu memperkasakan lagi program robotik dengan lebih jauh tanpa dibebankan dengan kos yang tinggi serta menggunakan pendekatan Imtiaz."Walaupun program robotik bukan salah satu mata pelajaran wajib di Imtiaz, tetapi ia merupakan program nilai tambah kepada ko-kurikulum sedia ada," ujarnya.Katanya, menjadi harapan Yayasan Terengganu agar pelajar Imtiaz dapat meningkatkan lagi kemahiran dan penguasaan robotik yang lebih canggih seperti VEX Robotic dan artificial intelligence robotic dalam menghadapi revolusi industri 4.0 (IR 4.0) dan revolusi industri 5.0 (IR 5.0).
08 Aug 19
116