lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Empty Image
Menteri Pendidikan Baharu Diminta Kaji Semula Penggabungan UMT Dan UniSZA
KUALA TERENGGANU, 5 Januari- Individu yang bakal dilantik sebagai Menteri Pendidikan menggantikan Dr Maszlee Malik diminta mengkaji semula cadangan penggabungan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya berpandangan penggabungan universiti tersebut merupakan satu proses yang merugikan, kurang strategik serta tidak mendatangkan apa-apa faedah.Katanya, tugas sebagai Menteri Pendidikan adalah salah satu tugasan di kementerian yang paling mencabar kerana perlu berdepan dengan pelbagai lapisan masyarakat berbanding kementerian lain.“Oleh kerana itu kami mengharapkan Menteri Pendidikan yang baharu  dan akan dilantik nanti memahami keperluan untuk meletakkan keutamaan dalam dasar pendidikan negara.“Termasuk dengan menjadikan apa yang telah ada dalam perlembagaan itu sebagai asas dari segi bahasa melayunya, dasar pendidikan kebangsaan, dan lain-lain perkara tanpa menafikan hak-hak kelompok minoriti untuk kebebasan isu pendidikan ini.“Tetapi haruslah melihat kepentingan umum dan majoriti serta mengelakkan daripada melakukan apa-apa kontrovesi,”ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu peletakan jawatan Dr Mazlee selepas menyempurnakan majlis penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Rayuan Negeri Terengganu Sesi 2019 hingga 2022 di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya,  apa juga dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kementerian pendidikan haruslah dilakukan konsultasi dan perlu mendapatkan maklumat lengkap sebelum diperkenalkan untuk mengelakkan salah faham di kalangan masyarakat.
04 Jan 20
44
Empty Image
SRIDI AMBS Semakin Diterima Baik
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 2 Januari- Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) yang memasuki tahun kedua pengoperasiannya semakin diterima baik oleh para ibu bapa di daerah ini.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, jumlah pelajar yang dahulunya 18 orang telah pun bertambah kepada 26 orang.“Saya juga dimaklumkan bahawa jumlah guru juga bertambah lima orang menjadikan jumlah tenaga pengajar sekarang 12 orang termasuk guru besar.“Dijangkakan setiap tahun jumlahnya akan bertambah dan alhamdulillah ianya menunjukkan perkembangan positif dan mula menjadi pilihan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pembukaan penggal baharu sekolah berkenaan, semalam.Dalam pada itu, Ghazali berkata, Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) juga akan memulakan operasi tidak berapa lama lagi di daerah itu.“Alhamdulillah DUN Bukit Besi terpilih untuk dilaksanakan manifesto kerajaan negeri, kita mendoakan agar sekolah berkenaan akan mendapat sambutan yang menggalakkan dan menjadi pilihan utama ibu bapa,” ujarnya.
02 Jan 20
358
Empty Image
SRIDQ Marang, Hidupkan Budaya Islam
Oleh: Aslam WiraMARANG, 2 Januari - Sekolah Rendah Islam Darul Quran (SRIDQ) Marang memulakan sesi pertama persekolahan tahun baharu 2020 dengan terasnya menerapkan pendidikan Islam di kalangan pelajar.Ketua Mudir SRIDQ Marang, Najmuddin Rani, berkata, sekolah itu ditubuhkan bagi menghidupkan peranannya sebagai penyebar budaya Islam.Katanya, setakat tahun ini, kita sudah mempunyai dua buah kelas dan hanya dibuka kepada Tahun Satu sahaja.“SRIDQ menekankan  tiga sistem pendidikan utama iaitu subjek agama dan pra tahfiz tanpa mengabaikan bidang akademik bersesuaian dengan moto Membina Generasi Bertaqwa.“Semalam merupakan hari pertama persekolahan dan ianya berjalan dengan lancar," katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika meninjau sekolah berkenaan.Sementara itu, bapa pelajar, Mohd Hafizol Mohamad berkata, tujuan utamanya mendaftarkan anaknya supaya dapat menguasai al-Quran, ilmu tauhid, akhlak, sirah dan sebagainya seiring mata pelajaran akademik diterapkan dalam diri masing-masing.“Pengajian al-Quran yang diterapkan dalam sistem pendidikan memudahkan anak-anak lebih faham kepada ilmu akhirat.“Ini juga menjadi impian kepada ibu dan bapa untuk melihat anak mereka yang di dadanya dibudayakan ilmu dan akhlak yang baik,” tambahnya lagi.
01 Jan 20
514
Empty Image
Hari Kedua, Anak-Anak SRIDI Bertambah Ceria
Pelajar perempuan SRIDI.KUALA TERENGGANU, 2 Januari – Sesi persekolahan yang memasuki hari kedua di Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Wakaf Mempelam hari ini memperlihatkan keceriaan di wajah pelajar-pelajar.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, hasil tinjauan yang dilakukannya pagi tadi, kanak-kanak jelas sangat gembira.Katanya, hari ini juga Ibu bapa tiada masalah meninggalkan anak-anak Tahun Satu walaupun masih ada seorang pelajar yang menangis kerana berpisah seketika dengan keluarga.“Saya tinjau ruang setiap kelas memang sangat lega keluasannya. Ada ruang besar untuk aktiviti kelas masing-masing selain ruang kerusi meja pelajar dan guru.“Dan bayangkan, setiap masing-masing kelas ada bilik air dan tandas sendiri. guru kelas tidak perlu bersusah memantau pergerakan pelajar yang ke tandas kerana jauh,” katanya dalam ‘Facebook’ rasminya.Suasana dalam kelas yang dilengkapi kemudahan baharu seperti kerusi dan meja, tidak berlaku sebagaimana didakwa.Menurut beliau, isu kekurangan fasiliti serta kelengkapan yang berlaku semalam tidaklah seteruk seperti yang disangka malah ia telah berjaya diselesaikan dengan pantas.Tambah Ahmad Amzad, ia juga tidak mengganggu pembelajaran serta emosi para pelajar.“Insya-Allah semua bilik kelas pelajar akan dipasang penghawa dingin dalam minggu depan dan saya yakin dalam tempoh yang tidak lama.“Sebaik kelas dilengkapkan dan dihiaskan, ia akan menjadi antara sekolah yg paling selesa dan kurikulum yang terbaik,” jelasnya.Beliau juga memberi penghargaan kepada semua pihak yang membantu mempromosikan SRIDI ke serata negeri dan negara.Ahmad Amzad (dua dari kanan).
01 Jan 20
49
Empty Image
Pagar SRIDI Siap Mac, Isu Air dan Elektrik Selesai
Para pelajar SRIDI Kuala Terengganu ketika sesi taklimat.KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Kerajaan negeri memberi jaminan isu keselamatan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Kuala Terengganu akan diselia dengan baik.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat ketika mengulas penularan berita berkaitan masalah yang berlaku di SRIDI berkenaan berkata, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) menyasarkan pagar sekolah itu akan selesai dibina Mac nanti.Ketiadaan pagar tersebut dilihat sebagai antara masalah besar berkaitan keselamatan pelajar dan pengurusan SRIDI maklum akan perkara itu.Satiful dan Lothman memberi penjelasan berkenaan SRIDI Kuala Terengganu.“Buat sementara ini, JHEAT menyediakan pengawal keselamatan dan pembantu hal ehwal murid untuk mengawal pelajar-pelajar termasuk lalu lintas di kawasan sekolah itu.“Kami juga telah mewujudkan agihan tugas guru-guru kepada dua sektor tugasan iaitu giliran mengajar dan kawalan keselamatan,” katanya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Ketua Penolong Pesuruhjaya JHEAT (Bahagian Pendidikan), Lothman Awang.Jelasnya, prosedur keselamatan itu juga telah diamalkan di SRIDI-SRIDI lain yang diwujudkan sebelum ini sehingga kemudahan sekolah agama milik kerajaan negeri itu siap sepenuhnya.Beliau turut berterima kasih atas keprihatinan wartawan, pihak media dan orang ramai tentang masalah yang berlaku.Air dan elektrik telah disambungkan sebelum sesi persekolahan, hari ini.“Antara masalah yang dibangkitkan adalah ketiadaan air, eletrik serta kemudahan asas seperti kerusi, meja dan alat bantu mengajar.“Air dan eletrik baru hari ini dapat disambungkan sebagaimana disepakati berikutan kekangan prosedur pemilikan bangunan sebelum ini. Ini disebabkan bangunan berkenaan baru dibeli oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu daripada pihak persendirian,” katanya.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka itu bagaimanapun menyangkal dakwaan ketiadaan kemudahan asas pembelajaran oleh pihak terbabit.“Adapun menggambarkan pelajar yang hanya duduk di atas tikar getah, itu sebenarnya ruang surau yang digunakan untuk aktiviti berkumpulan anak-anak ini.“Sebenarnya, ada ruangan kelas yang terdapat kemudahan alat bantu mengajar iaitu kerusi, meja dan tidak dibuka kerana hari ini hanya membabitkan proses pendaftaran murid, taklimat dan aktiviti berkumpulan sempena ‘minggu transisi’ pelajar baharu,” jelasnya.Guru di SRIDI menunjukkan keadaan kelas yang tedapat kemudahan pembelajaran dan lampu yang menyala.SRIDI merupakan pelaksanaan manifesto kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.Tahun lalu, sebanyak enam SRIDI telah dibuka di enam daerah di seluruh negeri dan kini sebanyak tiga lagi SRIDI dibuka menjadikan jumlah keseluruhan sekolah tersebut yang beroperasi sebanyak sembilan buah.SRIDI juga mengetengahkan pendekatan berbeza apabila menyediakan makanan secara tempahan khas tanpa mewujudkan kantin sebagai pendekatan membekalkan makanan sihat kepada pelajar.SRIDI Kuala Terengganu menerima pendaftaran 110 pelajar tahun ini dengan pengurusan 20 orang guru diperkukuh dengan kemudahan 10 pintu lot rumah kedai yang merangkumi lima kelas, satu bilik guru dan pejabat, dewan solat serta dewan makan. Manakala, terdapat dua ruangan masih belum digunakan.
01 Jan 20
552
Empty Image
Penjelasan Isu Kenaikan Yuran Tadika
Azhar Jusoh.KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Kerajaan Terengganu melalui Yayasan Islam Terengganu menyangkal dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menular tentang kenaikan 100 peratus yuran bulanan tadika di bawah kelolaan agensi tersebut.Pengarahnya, Azhar Jusoh berkata, dakwaan tersebut tidak benar, sebaliknya kenaikan yuran bulanan hanya dikenakan kepada mereka yang berkemampuan sahaja."Kerajaan negeri telah bersetuju untuk kenaikan yuran bulanan tadika daripada RM20 kepada RM40 sebulan bermula pada tahun 2020."Bagaimanapun, bagi pelajar yang tidak berkemampuan dan pendapatan ibu bapa yang kurang daripada RM2,500 ke bawah akan dikekalkan yuran bulanan sebagaimana biasa. Makan dan minum juga juga kekal macam biasa," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media hari ini bagi mengulas tentang isu tersebut.Menurutnya, kenaikan tersebut adalah bagi menampung kos operasi."Kita menampung kadar kos yang banyak, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sedikit kos operasi kita."Kadang-kadang orang masuk tadika kita ini sampai  tahap menunggu sebab ramai yang ingin menghantar anak mereka ke pusat tersebut," tambah beliau.
31 Dec 19
2354
Empty Image
Kerajaan Bergerak Ke Arah Ganti KUSZA - MB Terengganu
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 29 September - Kerajaan Terengganu sedang mengkaji semua aspek untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi seperti Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) sebagaimana dalam Manifesto Pilihanraya Umum ke 14 yang lalu.Menteri Besar Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerajaan negeri telah melihat pelbagai aspek termasuk tempat dan kursus yang akan dilaksanakan."Kita (kerajaan negeri) kena tengok kalau kita nak buat sebuah institusi pengajian tinggi (seperti KUSZA contohnya), bukan boleh tengok apa yang akan kita buat tahun depan.Dato' Sri Syed Zainal Abidin menyampaikan syarahan bertajuk Kepimpinan dan Transformasi."Kita kena tengok empat tahun lima tahun akan datang bagaimana keadaan (pelaksanaannya). Jadi banyak perkara perlu dibuat untuk mengkaji semua perkara ini."Kita akan cuba realisasikan sama ada ianya wujud pada peringkat awal itu sebagai sebuah institusi pengajian tinggi sama ada satu kursus atau satu diploma dahulu, pelaksanaan itu akan kita tengok dan kerajaan betul-betul berhasrat untuk merealisasikan setakat mana boleh kita buat dahulu," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas Majlis Bicara Darul Iman di Dewan Konvensyen Wisma Darul Iman di sini hari ini.Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Dato' Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir menyampaikan syarahan bertajuk Kepimpinan dan Transformasi di majlis tersebut.Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang seterusnya berkata mewujudkan institusi pengajian tinggi tidak semestinya pada hari pertama terus 'full flash' (buat sepenuhnya)."Ia mungkin bermula dengan menumpang tempat sementara dahulu, tengok kesesuaian tempat terlebih dahulu dan ini yang sedang kita kaji sekarang ni."Apa yang kita cuba bentuk dan rangka sekarang ini ialah kewujudan sebuah institusi seumpama KUSZA dan namanya belum diputuskan lagi."Pada peringkat ini kita sedang melihat kesesuaian, mana yang lebih sesuai, melihat kepada perkembangan peraturan-peraturan yang sedia ada," jelasnya lagi.Jelasnya, kerajaan negeri perlu kesinambungan kepada sekolah-sekolah rendah dan menengah Islam yang sedang dan akan dilaksana. "Kita sudah membentuk Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI), Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) juga dalam proses pelaksanaan untuk tahun 2020 (tahun depan), sekurang-kurangnya sebuah sekolah seumpama itu (SMIDI) akan diwujudkan," tambah beliau.
29 Sep 19
255
Empty Image
Roket Air Bawa SMK Tengku Ibrahim Ke Jepun
SMK Tengku Ibrahim turut membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 berbentuk tajaan daripada Yakult Malaysia.Oleh : Ariss AliasSETIU, 28 September - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ibrahim akan mewakili Malaysia ke Kejohanan Roket Air Asia Pasifik yang akan berlangsung pada bulan November nanti di Tokyo, Jepun.Kejayaan itu tercipta apabila SMK Tengku Ibrahim yang bertanding mewakili negeri Terengganu muncul juara keseluruhan dalam Kejohanan Roket Kebangsaan 2019 (KRK 2019) setelah menewaskan 20 pasukan lain termasuk 15 SMK setiap negeri dan lima Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).Pengetua SMK Tengku Ibrahim, Che Adam Che Muda ketika dihubungi berkata, beliau berbangga dengan pencapaian pasukan yang diketuai guru pengiring, Azmi Jaafar dan Nik Mohd Zulkifli Tuan Ismail serta dua orang pelajar tingkatan empat, Aqlan Che Nazri dan Muhammad Isyraf Sukor.“Bagi pihak pengurusan sekolah, saya ucapkan penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Setiu dan ibu-bapa pelajar sendiri atas kerjasama erat yang diberikan,” ujarnya.Sementara itu, menurut Azmi, dalam pertandingan berkenaan, setiap pasukan perlu melancarkan roket sejauh 80 meter bagi melayakkan mereka memenangi kejohanan itu.“Semasa peringkat akhir pasukan SMK Tengku Ibrahim berjaya menyasarkan lebih kurang 12 inci daripada pusat bulatan dan telah dinobatkan sebagai johan KRK 2019.“Kami turut meraih johan kategori roket inovasi buat kali kedua selepas memenanginya pada tahun lepas.“Roket inovasi ialah roket yang dihasilkan dengan menggunakan sekurang-kurangnya tiga botol minuman bergas terpakai dan dilancarkan tegak 90 darjah ke udara,” katanyaKRK 2019 dianjurkan oleh Planetarium Negara dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) pada 23-26 September lalu di Universiti Teknologi MARA (UITM) Cawangan Puncak Alam, Selangor.
27 Sep 19
1248
Empat Bidang Utama Tunjang Konsep Universiti Gabungan UMT-UniSZA
Empat Bidang Utama Tunjang Konsep Universiti Gabungan UMT-UniSZA
Dari kiri: Dr. Nor Aieni, Dr. Siti Hashimah, Tan Sri Halim, Dr. Muhammad Nur dan Dr. Hassan.       KUALA TERENGGANU, 27 September- Pengurusan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersetuju menumpukan empat bidang sebagai fokus kepada universiti baharu yang akan ditubuhkan hasil penggabungan sepenuhnya kedua-dua universiti itu.   Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Dato' Dr. Siti Hamisah Tapsir berkata, keempat-empat tujahan utama iaitu kelautan, pendidikan Islam dan sains sosial, perubatan serta perniagaan dan undang-undang merupakan kekuatan kedua-dua universiti itu telah dicadangkan untuk dikekalkan.   "Tujahan atau bidang utama ini akan memantapkan universiti berkenaan sebagai peneraju dalam integrasi keilmuan Islam dan sains selain memperkasakan kebitaraan fokus universiti masing-masing serta memberi nilai tambah kepada mahasiswa, fakulti dan komuniti setempat.   "Melalui usaha ini kita akan dapat lihat bidang disiplin misalnya syariah dengan perakaunan atau mungkin pengajian Islam digabungkan dengan sains dan teknologi," katanya dalam sidang media selepas Bengkel Kerja Penyelarasan Penggabungan UMT dan Unisza di Hotel Primula di sini hari ini.   Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah kedua-dua universiti, Tan Sri Dr. Halim Mohamad dan Dato' Dr. Muhammad Nur Manuty di samping Naib Canselor UMT dan Unisza, Prof. Dato' Dr. Nor Aieni Mokhtar dan Prof. Dato' Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan. Siti Hashimah beri jaminan kakitangan universiti terlibat tidak akan kehilangan kerja.   Siti Hashimah juga memaklumkan, kerangka penggabungan itu akan dilaksanakan kerajaan menggunakan kepakaran pensyarah tempatan bertaraf antarabangsa.   Beliau turut memberi jaminan tiada mana-mana kakitangan sama ada akademik atau bukan akademik  bakal berdepan risiko kehilangan pekerjaan, sebaliknya akan kekal berkhidmat termasuk mereka yang berstatus pekerja kontrak.   "Walaupun secara prinsipnya, keputusan penggabungan sudah dipersetujui, proses libat masih lagi diteruskan urus bersama warga universiti termasuk dengan pelajar yang akan diadakan dalam masa terdekat," katanya.   Dalam bengkel selama dua hari itu, UMT dan UniSZA mengemukakan cadangan berhubung pelaksanaan penggabungan kedua-dua institusi itu untuk pertimbangan Kementerian Pendidikan Malaysia.   Bengkel tersebut turut menyentuh isu tadbir urus universiti baharu, pembangunan dan kebajikan pelajar di samping penyelidikan dan akademik.   Sesi libat urus dan bengkel akan terus diadakan bersama warga universiti.    
27 Sep 19
432
Empty Image
SMK Belara Gondol Pingat Gangsa Sempena Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan
Timbalan Pengerusi PIBG, Ustaz Harun Esa menyampaikan sampul hadiah berupa wang tunai kepada Pengetua SEMBARA  Md Nasir IsmailOleh : MawardiHULU TERENGGANU, 24 September -  Sekolah Menengah Kebangsaan Belara (SEMBARA) buat pertama kalinya mengharumkan nama sekolah apabila muncul tempat ketiga (Gangsa) dalam pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan (NRC) 2019 yang diadakan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah pada 21 - 23 September baru-baru ini.Ketiga-tiga pelajar, Muhammad Amir Arsyad Sharmali Izwar, Muhammad Aqil Hilman Mohd Norhisham, Muhammad Haikal Zakaria, dari kelab robotik SEMBARA bertanding kategori Regular Rookie Lowwer Secondry.Kejayaan pingat gangsa itu membolehkan anak didik guru dan juga mentor, Cikgu Suhairi Sulong membawa pulang pingat, sijil dan trofi kemenangan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ustaz Hilmi Dato' Harun berkata, beliau teruja dengan pencapaian berkenaan seterusnya ia dapat menarik golongan remaja terutama pelajar sekolah yang lain untuk memupuk minat mereka dalam bidang-bidang berkaitan."Platform seperti ini mencabar minda para pelajar untuk menghasilkan produk inovasi diantaranya kelab robotik yang merupakan salah satu alat bantuan peningkatan pembelajaran." ujarnya selepas dihubungi wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.Ustaz Hilmi yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SEMBARA mewakilkan Timbalan Pengerusinya, Ustaz Harun Esa menyampaikan sumbangan berupa wang tunai di atas kejayaan tersebut.Sementara itu Pengetua SMK Belara Md Nasir Ismail berkata, beliau dan warga sekolah bersyukur dengan kejayaan diraih kumpulan itu yang pertama kali menyertai pertandingan robotik peringkat kebangsaan."Kejayaan ini berkat kesungguhan mereka menjalani latihan sejak beberapa bulan lalu dan syukurlah, semua latihan serta ilmu dan diperoleh berjaya digunakan sepenuhnya pada pertandingan itu," katanya.
24 Sep 19
1148