Artikel "Pendidikan" Terkini
SMAASZA Lakar Sejarah Peringkat Antarabangsa
Foto: Harian MetroKUALA TERENGGANU, 7 Februari - Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) Batu Buruk, Kuala Terengganu melakar sejarah di Thailand selepas meraih pingat emas dalam Pertandingan Pameran Harta Intelek, Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa di Bangkok, Thailand hari ini.Lebih membanggakan kumpulan inovasi yang terdiri daripada empat pelajar Wan Ahmad Aqil Zakwan Wan Mohd Faidzal, 17; Nurul AisyahMustaffa, 17; Nur Anis Farzana Abdul Malik, 15, dan Che Nur Amni Che Rusdi, 15, turut meraih anugerah khas Persatuan Perekacipta dan Usahawan Wanita Dunia yang beroperasi di Korea Selatan.Dalam pertandingan itu, kumpulan yang mendapat bimbingan daripada guru sekolah berkenaan, Saripah Embong mempertaruhkan produk pencuci pelbagai kotoran menggunakan tumbuhan semula jadi, AVER Clean Liquid.Produk yang dihasilkan mereka itu juga sesuai dijadikan pembersih tangan dan pencuci pinggan kerana ia tidak menghakis tangan dan kulit.“Produk kajian SMAASZA ini adalah satu larutan semula jadi pelbagai fungsi yang mampu menanggalkan kotoran seperti tanda dakwat, cat, karat air, gam, getah nangka dan kotoran pada permukaan dinding, lantai, meja, cermin serta papan putih.“Kejayaan ini begitu menggembirakan kami lebih-lebih lagi ia kejayaan yang ke-10 dalam pelbagai pertandingan inovasi termasuk pertandingan di Crotia pada 2018 dan Korea Selatan tahun lalu,” katanya ketika ditemui selepas diumumkan sebagai pemenang dalam majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bangkok.Program yang turut mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMAASZA itu turut dihadiri Pengetua SMAASZA Engku Abdullah Engku Dalam Ahmad.Peserta termuda SMAASZA, Nur Anis Farzana berkata, dia bersyukur kerana penyertaan kali pertamanya berjaya meraih pingat emas di peringkat antarabangsa.“Saya tidak menyangka boleh menyuarakan hujah di depan juri kerana saya seorang pemalu tetapi dengan bimbingan guru, saya mampu melakukannya dan kemenangan ini bukan hanya milik saya sahaja tapi ia buat semua warga SMAASZA yang menyokong secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan produk ini menempa kejayaan di peringkat antarabangsa.Sebanyak 1000 inovasi membabitkan 28 negara menyertai pertandingan selama lima hari bermula 2 Februari lalu termasuk 84 pasukan dari Malaysia bawah pengurusan Persatuan Penyelidikan dan Inovasi Malaysia (MYRIS).
07 Feb 20
282
Imtiaz Berupaya Lahirkan Lebih Ramai Teknokrat
Shaharizukirnain.Oleh : Muhammad A RahmanSETIU, 6 Februari – Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Islam berupaya untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik seiring dengan pendidikan agama.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, pelajar Imtiaz merupakan harapan bagi rakyat Terengganu dalam mendepani cabaran semasa yang melingkari isu Islam.Ini kerana katanya, terlalu banyak salah faham yang berlaku dalam kalangan masyarakat dan ia memerlukan golongan penghafal al-Quran sebagai pemimpin.“Kita perlukan lebih ramai profesional teknokrat yang hafiz kerana al-Quran adalah benteng yang kuat dalam menghadapi cabaran umat luar sana,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Pelancaran Angkasakan Kecemerlangan dan Pemantapan Target Pentaksiran Tingkatan tiga (PT 3) anjuran SM Imtiaz Yayasan Islam di sini hari ini.Tambahnya lagi, penambahan peruntukan sektor pendidikan dalam Bajet 2020 baru-baru ini menunjukkan kerajaan negeri serius dan komited bagi menjulang pendidikan di Terengganu.Selain itu, beliau juga berkata, Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dan Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) yang dibina oleh kerajaan negeri bukanlah untuk bersaing dengan Imtiaz tetapi untuk melengkapi antara satu sama lain.“SRIDI, SMIDI bukanlah saingan bagi Imtiaz tetapi untuk menggalakan pendidikan agama semua peringkat.“Kita harap kedua-dua sekolah ini dapat memberi contoh terbaik kepada sekolah lain di luar sana,” jelas beliau.
06 Feb 20
152
Malaysia Tidak Perlukan PPSMI - MP Setiu
Shaharizukirnain (berdiri tengah).Oleh: Muhammad A RahmanSETIU, 5 Februari - Ahli Parlimen Setiu menggesa Kerajaan Persekutuan mengekalkan sistem pendidikan sedia ada dan membantah pelaksanaan semula Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, ini kerana kegagalan PPSMI sudah terbukti sejak ia diperkenalkan beberapa tahun yang lalu.Katanya, pentaksiran yang dilakukan oleh ‘Trends in International Mathematics and Science Study’ (TIMSS) dan ‘Program for International Students Assessment’ (PISA) menunjukkan penurunan ketara prestasi pelajar setelah PPSMI dilaksanakan.“Pelaksanaan PPSMI kali kedua atau PPSMI 2.0 akan memudaratkan para pelajar khususnya mereka yang berada di kawasan luar bandar.“Mereka bukan sahaja berdepan dengan masalah memahami konsep Sains dan Matematik, malah turut dibebani dengan pembelajaran subjek tersebut dalam bahasa Inggeris jika ia diteruskan,” ujar beliau dalam kenyataan media hari ini.Menurut beliau, Kerajaan Pusat seharusnya menyelesaikan polemik yang lebih penting seperti bantahan penggunaan jawi dalam kalangan pelajar dan isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).“Saya juga memohon agar kerajaan berhenti menjadikan pelajar sekolah rendah dan menengah sebagai bahan kajian yang akhirnya memangsakan para pelajar,” tambah beliau.Pada 31 Januari, Perdana Menteri, Dr Mahathir yang juga pemangku Menteri Pendidikan mengumumkan bahawa bahasa Inggeris akan digunakan semula untuk pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah bagi menggalakkan penggunaan bahasa antarabangsa itu.
04 Feb 20
47
Perluaskan Aktiviti Seni Silat Ke Sekolah Terengganu
KUALA TERENGGANU, 1 Februari - Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Terengganu merancang untuk memperluaskan aktiviti seni silat ke sekolah-sekolah di bawah kerajaan negeri.Pengerusinya, Dato’ Yahaya Ali berkata, ia boleh dijadikan salah satu kokurikulum di sekolah-sekolah terbabit."Mereka nanti bukan sahaja belajar akademik, al-Quran dan seumpamanya tapi juga mempelajari silat ilmu mempertahan diri," jelasnya.Beliau yang juga Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan majlis Penutupan Karnival Silat dan Kebudayaan di Pantai Batu Buruk, semalam.Turut hadir, Setiausaha Agung Pesaka Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar dan guru silat berbagai perguruan silat di Terengganu.Menurutnya, pelbagai program telah diadakan dan badan-badan silat memainkan peranan masing-masing bukan sahaja dari segi perancangan tetapi dalam pengisiannya.“Selain nak memperkenalkan silat kepada masyarakat kita juga mengadakan program motivasi yang kita nak tunjukkan bahawa seni budaya silat kita ini sangat tinggi nilai murninya," ujar beliau.Dato' Yahaya menambah, mana-mana program yang besar berbentuk saperti Karnival Seni Silat ini hendaklah menjadi sebahagian daripada 'event' untuk melengkapkan program pelancongan.“Kita juga merancang untuk membuka pendaftaran kepada orang yang berminat untuk terlibat dalam seni silat ini. Mereka boleh membuat pendaftaran dan kita akan hubungi mereka (selepas itu),” katanya.Justeru itu, beliau berharap program silat seumpama ini dapat memupuk ukhuwah dan memperkuat hubungan persaudaraan yang sedia terjalin.“Kita berharapkan pada masa-masa akan datang, kita boleh membuatnya dengan cara lebih teratur lagi,” tambah Dato’ Yahaya.
31 Jan 20
685
Mahasiswa Disaran Sertai Lebih Banyak Program
KUALA TERENGGANU, 24 Januari – Golongan Mahasiswa disarankan menyertai pelbagai program bukan hanya fokus kepada akademik semata-mata tetapi perlu mengikuti perkembangan isu semasa yang berlaku sekarang.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita negeri, Zuraida Mohd Noor berkata, ia bagi mengelakkan mahasiswa dikatakan sebagai golongan yang lesu oleh masyarakat.Katanya, salah satu contoh terbaik ialah program Sidang DUN 2.0 (Jom Pakat Bahas yang sesuai untuk golongan berkenaan.“Alhamdulilah, satu program yang sangat baik dan paling penting percambahan ilmu serta minda anak-anak kita dapat hasil yang sangat baik dan juga dapat melontarkan idea.“Mereka dapat berbahas dengan harmoni dan bagi saya ia satu pendekatan yang sangat baik untuk mendekatkan mahasiswa kepada keadaan sebenar persidangan DUN ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian di sidang media selepas program Sidang DUN 2.0 Persatuan Kebajikan Mahasiswa Anak Terengganu Universiti Putra Malaysia (PAKAT UPM) di Wisma Darul Iman, semalam.Menurutnya lagi, program tersebut penting kerana para pelajar dapat menyatakan hasrat dan idea mereka kepada kerajaan negeri."Lontaran fikiran para mahasiswa itu boleh saya lontarkan pada sidang DUN yang akan berlangsung pada bulan Mac nanti," ujarnya.Selain itu katanya, program itu juga dapat melatih dan membantu para pelajar mengatasi perasaan gemuruh ketika berucap dihadapan orang ramai.“Saya melihat program yang dijalankan pada kali ini menjadi saluran kepada mahasiswa dan mahasisiwi untuk menyuarakan pandangan mereka dalam memperbaiki kualiti graduan yang lebih baik sesuai dengan permintaan keperluan pasaran.“Keberkesan program ini juga mampu mengajar mahasiswa cara-cara atau teknik berkomunikasi dengan lebih baik bagi meningkatkan keyakinan untuk berucap dalam kalangan mahasiswa dan menunjukkan kepimpinan berwibawa dan berdaya saing,” jelas Zuraida. Justeru itu, beliau yakin dan percaya ia memberi satu manfaat yang besar khususnya kepada mahasiswa yang akan menjadi pelapis untuk mentadbir dan menguruskan kerajaan negeri Terengganu.
24 Jan 20
262
Pendaftaran Pelajar Baru SMIDI Terengganu Berjalan Lancar
Ibu bapa sedang mendaftarkan anak-anak mereka di SMIDI Bandar Al-Muktafi Billah Shah Dungun hari ini.DUNGUN, 19 Januari - Pendaftaran pelajar baharu Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) hari ini berjalan lancar dengan seramai 70 orang pelajar telah berdaftar di sekolah berkenaan.Penolong Kanan Pesuruhjaya Pengurusan Akademik Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT), To' Puan Aida Tengah berkata, selepas cuti hari raya Cina nanti seramai 30 pelajar rayuan akan diberi tawaran untuk melengkap 100 pelajar mengikuti persekolahan di sekolah elit itu."Kita (Kerajaan Negeri) akan membuka empat kelas dengan kapasiti 25 orang pelajar setiap kelas, sesuai sesi pengajaran dan pembelajaran di mana jumlah pelajar yang berada dalam kelas itu tidak ramai bertepatan dengan 'standard' yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).To' Puan Aida Tengah"Hari ini para pelajar akan ditempatkan di asrama dan SMIDI adalah sekolah berasrama penuh dan sekolah elit sekaligus yang pertama diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu sebagai menunaikan manifesto kerajaan," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Majlis Pendaftaran Tingkatan 1 di Dewan Besar sekolah berkenaan di Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini hari ini.Turut hadir di sidang media itu, Pengetua SMIDI, Wan Mohd Noor Wan Ismail.Seorang ibu mengiringi anaknya ke Dewan Pendaftaran SMIDI Bandar Al-Muktafi Billah Shah Dungun hari ini.Aida seterusnya berkata, seramai 18 orang guru berpengalaman bertugas di situ mengikut Kurikulum Bersepadu Dini (KBD).Serentak itu beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri di atas penubuhan SMIDI yang disifatkan memberi nilai tambah kepada anak-anak pelajar Terengganu untuk menempatkan diri di sekolah agama seterusnya belajar ilmu agama dengan menggunakan kitab Turath yang terkandung dalam KBD.Selain dari itu katanya, anak-anak berkenaan juga didedahkan dengan pelajaran menghafaz Al-Quran sebanyak 30 Juzu' dengan persekitaran yang sangat sesuai untuk mereka berbuat demikian.Ibu bapa dan pelajar mengaminkan doa pembukaan Majlis Pedaftaran Tingkatan 1 SMIDI."Faktor kedua adalah apabila pelajar tersebut ditempatkan di asrama penuh, mereka mempunyai masa yang sangat panjang untuk menghafaz Al-Quran dan rasanya tidak ada masalah untuk anak-anak ini berbuat demikian."Selain daripada itu guru-guru yang dibekalkan di sini adalah guru-guru yang kebanyakannya yang berpengalaman," ujarnya.Katanya, JHEAT memberi tanggungjawab kepada Cikgu Wan Mohd Noor sebagai Pengetua yang mempunyai pengalaman luas dan bertugas selama 20 tahun dengan jabatan itu.Wan Mohd Noor Wan Ismail"Beliau merupakan seorang yang sangat komited memajukan SMIDI ini untuk berada di tahap yang lebih baik dan memberi kemudahan yang terbaik kepada anak-anak pelajar."Jadi Jabatan sangat berharap dan mengalu-alukan serta berterima kasih kepada kesudian Wan Mohd Noor untuk memikul tanggungjawab ini untuk berada di SMIDI dan melancarkan program pendaftaran bermula pada hari ini, mentadbir guru-guru serta perjalanan SMIDI, mengendalikan hala tuju SMIDI sampai kepada Pengetua yang kekal akan datang," ujarnya lagi.
19 Jan 20
3274
SMIDI Menjadi Pilihan Ibu Bapa
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 19 Januari - Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) yang ditubuhkan di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) menjadi pilihan ibu bapa demi kecemerlangan anak-anak dunia dan akhirat.Seramai 110 pelajar yang melepasi temuduga telah terpilih untuk mengikuti pengajian di sekolah terbabit.Tinjauan pemberita pada hari pertama SMIDI tersebut beroperasi hari ini mendapati rata-rata ibu bapa yang ditemui menyambut baik usaha kerajaan negeri menubuhkan SMIDI.Salah seorang pekerja syarikat Teknologi Maklumat dari Selangor, Muhd Nasirin Abdul Ghani berkata, anaknya Muhammad Wafiy beruntung apabila turut terpilih ke sekolah berkenaan."Kerana SMIDI menawarkan satu aliran lengkap bersepadu, meliputi akademik dan keagamaan."Malah ianya menggunakan bahasa pengantar Inggeris dan Arab, selepas taklimat yang diberikan saya nampak akan komitmen Kerajaan Terengganu dalam memartabatkan bidang pendidikan, "ujarnya yang berasal dari Dungun.Beliau berkata demikian, ditemui pihak media, selepas Taklimat Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu SMIDI AMBS, hari ini.Manakala, seorang Juruteknik dari Kemaman, Zainal Ali berkata beliau beserta isterinya Nur Hazida Mohamed memilih sekolah berkenaan untuk anaknya Muhammad Musyrif kerana yakin dan percaya anaknya akan mendapat didikan dunia dan akhirat terbaik di sekolah terbabit."Tambahan pula penekanan terhadap al-Quran itu sendiri, dengan hafalan 10 juzuk akan dihabiskan."Itu menjadi nilai tambah yang akan memastikan bukan hanya sekadar kecemerlangan dari sudut akademik semata-mata, saya dapat tahu mengenai sekolah ini melalui sebaran melalui media sosial," jelasnya.Sementara itu pengajar di Penjara Marang, Muhammad Najmi Liew berkata, SMIDI AMBS menjadi pilihan kerana memang anaknya Muhammad Syafiq mempunyai minat mendalami ilmu agama."Diantara faktor yang lain memang saya amat yakin dengan sekolah yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri itu," ujarnya.Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata dengan penubuhan SMIDI berkenaan membuktikan bahawa kerajaan mengambil serius mengenai dunia pendidikan."Memang kita menyambut baik ianya diadakan didalam DUN Bukit Besi," ujarnya.
18 Jan 20
2218
'Kekalkan Kecemerlangan Imtiaz' - Maliaman Kassim
Maliaman Kassim (tengah).KUALA TERENGGANU, 16 Januari - Pelajar Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) seluruh negeri digesa untuk terus mengekalkan rekod serta tradisi kecemerlangan yang telah dicapai sekolah itu sebelum ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim berkata, institusi pendidikan menengah itu telah melahirkan ramai tokoh hebat dalam membangunkan masyarakat, negeri dan negara.Ujarnya, kejayaan itu mestilah diteruskan bahkan perlu mencipta lebih banyak kecemerlangan agar ia menjadi contoh kepada institusi-institusi yang lain.“Pelbagai kecemerlangan telah dicipta oleh anak-anak Imtiaz yang bukan sahaja di peringkat negeri dan negara, malahan kita juga berjaya di peringkat antarabangsa.“Perkara ini mesti diteruskan dan kita percaya dengan gabungan pembelajaran akademik serta al-Quran mampu melahirkan teknorat yang juga mahir dalam ilmu agama atau pun profesional yang pakar hadis,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutup Orientasi Pelajar Tingkatan Satu Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz YT di Dewan SM Imtiaz YT Kuala Terengganu hari ini.Sementara itu, Timbalan Pengarah (Operasi) YT, Mazlan Che Wil yang hadir sama berkata, setakat maklumat yang diperolehinya seramai 3,000 pelajar yang menamatkan pengajian di SM Imtiaz telah berjaya mencipta nama dalam lapangan kerja masing-masing.“Daripada 3,000 pelajar yang kita lahirkan itu, 600 menjadi doktor, 500 jurutera, 500 pendidik atau guru 200 juruterbang, manakala selebihnya berada dalam bidang agama.“Inilah produk yang telah berjaya kita lahirkan daripada SM Imtiaz ini, jadi yang berada di Imtiaz hari ini adalah bakal peneraju masa depan negeri dan negara,” tambah beliau.Dalam majlis berkenaan, seramai 620 pelajar tingkatan satu telah berjaya menamatkan orientasi yang bertujuan untuk memberi suntikan motivasi selain mengintegrasikan mereka daripada pelbagai sudut imtiaz.
17 Jan 20
489
Sarawak Iktiraf Kepakaran Pusat Latihan Perkayuan Terengganu
Muhyidin Abdul Rashid.Oleh : Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 16 Januari - Sarawak melalui Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) telah mengiktiraf kepakaran Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC) apabila melantik TTITC sebagai konsultan latihan kepada pekerja sektor berkaitan sejak tahun 2016.Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah TTITC, Muhyidin Abdul Rashid berkata, pengiktirafan kepada sebuah institusi yang dibina sejak sekian lama itu pastinya melonjakkan lagi prestasi dan kecemerlangan TTITC.“TTITC mendapat Anugerah Lima Bintang Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dalam beberapa program latihan sejak tempoh pengauditan pada tahun 2013 sehingga sekarang.“Pada tahun 2015 TTITC berjaya membuka program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) tahap empat iaitu bidang perabot dan Program Kemahiran tahap tujuh telah berjaya di bangunkan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Apresiasi sempena persaraan Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) TTITC di Hotel Paya Bunga baru-baru ini.Katanya lagi, TTITC juga sentiasa meneroka peluang-peluang serta idea baharu bagi merancakkan lagi industri perkayuan di Malaysia.“Pada tahun 2016 TTITC telah mula membuka laluan kepada latihan penghasilan produk berasaskan buluh. “Ini juga sesuatu yang mendahului zaman, jika tahun lalu seorang menteri baru mahu mempromosikan buluh tetapi TTITC lebih awal mempromosikan buluh dan ini akan menjadi model kepada institusi di tempat-tempat yang lain,” katanya.Tambahnya, kerjasama yang baik antara setiap institusi pendidikan membuka lebih banyak peluang untuk TTITC meningkatkan kepakaran graduan.“Seluruh Institut Pengajian Tinggi (IPT) memberi laluan kepada bakal graduan untuk menjalani latihan industri dalam beberapa bidang kemahiran berkaitan.“Insya-Allah, pada tahun 2020 ini TTITC akan menawarkan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM ),” ujarnya lagi.
16 Jan 20
670
RM18,000 Zakat Diagihkan Kepada Pelajar Madrasah
Tiga orang pelajar menunjukkan zakat yang diterima.Oleh : Akid HafrizKUALA TERENGGANU, 9 Januari – Sebanyak RM18,000 bantuan zakat telah diagihkan kepada 90 orang pelajar Madrasah Darul ‘Ulum dalam Majlis i-Asnaf yang diadakan di Dewan Kompleks Ibu Tunggal Chendering, hari ini.Jumlah berkenaan merupakan zakat daripada kakitangan Petronas yang sebahagiannya dipulangkan oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan pihak Petronas mengambil inisiatif untuk mengagihkannya kepada Sekolah Agama Rakyat dan golongan-golongan yang memerlukan di seluruh negara.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi merakamkan rasa terima kasih dan tahniah kepada pihak Petronas atas sumbangan tersebut.Muhammad Khalil.“Sesungguhnya pelaburan dan saham yang paling besar dan perlu ditekankan adalah pelaburan dan saham untuk membina generasi pada masa yang akan datang”."Mudah-mudahan, dengan sumbangan sebegini Allah SWT memelihara dan sentiasa memberikan rahmat kepada kehidupan kita di dunia dan akhirat,” katanya ketika merasmikan majlis penyampaian zakat tersebut.Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Koordinator Pegawai Agama Pantai Timur, Mohd Sabli Shamsudddin dan Ahli Lembaga Pengarah Madrasah Darul ‘Ulum.Dalam pada itu, Pegawai Agama Kerteh Integrated Petrochemical Complex (KIPC), Mohd Aidil Adha Tahir yang turut hadir menyatakan bahawa agihan tersebut merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan zakat bernilai RM3.7 juta yang akan diagihkan ke seluruh negara termasuklah di Sabah dan Sarawak yang akan diadakan dalam masa terdekat.Khalil sempat beramah mesra bersama para pelajar madrasah.
09 Jan 20
199