Artikel "Pendidikan" Terkini
Syahmi Buktikan Autisme Bukan Halangan Untuk Cemerlang
Syahmi bersama ibu, Hayani dan bapanya, Samsul Muariff melihat keputusan yang diperolehi.KUALA NERUS, 8 Mac- Muhammad Syahmi Asyraff Samsul Muariff membuktikan bahawa anak-anak autisme mampu berjaya apabila dinobatkan sebagai Calon Berkeperluan Khas (CBK) terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Terengganu 2019, baru-baru ini.Beliau yang memperoleh keputusan 7A1B1C menyifatkan kekurangannya bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan di peringkat lebih tinggi."Jangan anggap kekurangan sebagai kelemahan, buktikan pada orang lain orang istimewa macam kita ini boleh berjaya sekiranya mendapat sokongan moral daripada ibu bapa dan rakan-rakan."Sebenarnya dalam konteks cara untuk berjaya ini bergantung kepada individu. Bagi saya untuk SPM ini, saya belajar sejak Tingkatan Empat kerana ada topik yang berhubung kait dengan subjek Tingkatan Lima yang ramai terlepas pandang jika dianggap remeh," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima Calon Terbaik CBK di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, di sini.Pengarah Pendidikan Negeri, Salim Ab. Ghani menyampaikan sijil penghargaan kepada Syahmi.Anak bongsu daripada dua adik-beradik itu turut berterima kasih kepada pihak sekolahnya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam yang banyak mendisiplinkan dirinya."Saya bersyukur sebenarnya kerana SMK Panji Alam telah melaksanakan amalan solat dhuha setiap hari pada waktu rehat," katanya.Bercerita tentang perancangannya, Syahmi berhasrat melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Kesihatan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam pengkhususan farmasi.Sementara itu, ibunya, Hayani Zakaria, 54, melahirkan rasa kesyukuran atas kejayaan anak bongsunya itu."Alhamdulillah, selesai satu peringkat dalam kehidupan anak istimewa saya. Bukan senang menjadikan dia di antara yang terbaik, bukan mudah."Sesiapa yang ada anak seperti ini, perlu beri dorongan dan berlapang dada dengan anak-anak ini kerana sebenarnya, masalah besar dalam mengatasi anak-anak autisme adalah ibu bapa yang bersikap 'denial' (sentiasa menafikan)," katanya.Syahmi menunjukkan keputusan SPM yang diperolehinya.
07 Mar 20
323
SMK Cherul Cipta Kejutan SPM Terengganu
Salim Ab Ghani turut zahirkan kegembiraan atas kejayaan SMK Cherul.KUALA NERUS, 5 Mac - Sekolah Menengah Kebangsaan Cherul, Kemaman membuat kejutan apabila dipilih sebagai sekolah yang mendominasi Peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) dan Peningkatan Semua A Terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 bagi seluruh negeri Terengganu.Pengarah Pendidikan Negeri, Salim Ab. Ghani turut melahirkan kegembiraan atas pencapaian tersebut dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang perlu dibanggakan."Kita agak teruja apabila SMK Cherul; sebuah sekolah pedalaman yang terletak di kawasan Felda di Kemaman yang mempunyai hanya 22 calon sahaja, boleh mengetengahkan tiga calon 'straight A' yang belum pernah mereka capai sebelum ini."Sekolah ini mencapai 13.64 peratus GPS yang merupakan peningkatan paling tinggi dalam negeri dan kita nobatkan sebagai sekolah yang menerima Peningkatan Semua A Terbaik," katanya.Salim menyampaikan sijil peghargaan kepada bapa Mohamad Shafiq Akram Shafee, pelajar terbaik negeri Terengganu.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pengumuman keputusan SPM 2019 di Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Mahmud, hari ini.Tambahnya, sekolah berkenaan turut menerima penghargaan Peningkatan GPS Terbaik dengan peningkatan kepada 4.21 GPS berbanding 5.65 pada tahun 2018.Selain itu, sebanyak sembilan buah sekolah dipilih sebagai Sekolah Cemerlang SPM 2019 iaitu SM Sains Sultan Mahmud, SM Imtiaz Kuala Terengganu, SM Sains Kuala Terengganu, SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz Kemaman, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Intrgrasi Batu Rakit, SM Sains Dungun, SM Kebangsaan Agama Durian Guling dan SM Sains Hulu Terengganu.Daripada kesembilan sekolah terbabit, sebanyak lima sekolah Lulus Semua Mata Pelajaran 100 Peratus iaitu SM Sultan Mahmud, SM Imtiaz Kuala Terengganu, SM Sains Kuala Terengganu, SBP Integrasi Batu Rakit dan SM Sains Dungun.
04 Mar 20
1246
Terengganu Catat Dua Rekod Baru SPM 2019
Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan semua A dari SM Sultan Mahmud meraikan kejayaan mereka. KUALA NERUS, 5 Mac - Negeri Terengganu berjaya mencatatkan rekod baharu negeri melalui Prestasi Gred Purata Negeri (GPN) dan Pencapaian Lulus Semua Mata Pelajaran dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 yang diumumkan, hari ini.Pengarah Pendidikan Negeri, Salim Ab. Ghani memaklumkan, Terengganu mencapai gred purata 4.69, mencatatkan peningkatan prestasi gred sebanyak 0.21, sekali gus merupakan rekod baharu negeri."Bagi kita, ini rekod yang besar yang kita belum pernah capai lagi sebelum ini."Terengganu turut merekodkan pencapaian keseluruhan lulus mata pelajaran dengan peningkatan sebanyak 61.21 peratus dengan bilangan 10,510 daripada 19,550 calon yang mengambil peperiksaan tersebut," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pengumuman SPM di Sekolah Sains Sultan Mahmud, di sini.Jelasnya, Terengganu turut merekodkan peningkatan dengan seramai 293 daripada 19,550 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) Negeri Terengganu bagi tahun 2019 berjaya memperoleh pencapaian semua A dalam semua mata pelajaran.Pencapaian ini merekodkan lonjakan sebanyak 0.13 peratus bagi pencapaian semua A dengan peningkatan 293 (1.71%) pelajar pada tahun 2019, berbanding 276 (1.58%) pelajar pada 2018.
04 Mar 20
162
Nisa’ Clever Girl School Attack ‘Terjah’ Dunia Remaja Pelajar
Oleh : Syazwana M.ZohirFoto : Nisa’ News NetworkKUALA TERENGGANU, 5 Mac – Program Nisa’ Clever Girl School Attack merupakan produk yang dilahirkan oleh Nisa' Terengganu dalam memberi persediaan dan bekalan kepada pelajar-pelajar sekolah dalam menghadapi pelbagai permasalahan yang bakal mereka hadapi dalam dunia remaja.Ketua Pertubuhan Nisa’ Kuala Terengganu (Nisa’ KT), Siti Norul Aini Hasmidar Md Razali berkata pihaknya akan ‘terjah’ sekolah-sekolah mengikut parlimen masing-masing bagi memberi pendedahan kepada adik-adik pelajar tentang kepentingan memahami akil baligh dari pelbagai sudut.Katanya, terdapat tiga objektif utama NSA iaitu memberi kefahaman kepada pelajar tentang kepentingan akil baligh dari sudut fiqh Islam, akhlak dan Sains Kesihatan di samping memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara terbaik menangani isu yang berlaku harini seperti sexual grooming (dandanan seksual) serta untuk merapatkan ukhuwwah antara pihak sekolah, pelajar dengan Pertubuhan Nisa' Malaysia.“Alhamdulillah, sambutan sangat memberangsangkan daripada pelajar dan pihak sekolah kerana sebenarnya, sudah lama pihak sekolah merancang program sebegini tapi masih tidak berkesempatan untuk mengadakannya.“Pihak kami bersyukur apabila inisiatif Nisa' ini membuka peluang kepada pihak sekolah untuk memberi kefahaman tentang perkara yang sangat penting untuk remaja perempuan. Pihak sekolah mengharapkan kami untuk mengadakan NSA kali kedua, fokus kepada pelajar menengah atas pula,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.Terdahulu, 290 para pelajar di Sekolah Menengah Agama (SMA) Khairiah menerima kehadiran skuad Nisa’ School Attack (NSA) baru-baru dengan menampilkan tiga orang penceramah iaitu Ketua Kluster Perubatan Persatuan Isteri Wakil Rakyat Dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Khairunnisa’) , Dr Farhaana Husainy Hasbullah, dan Ketua Unit Pendidikan & Kerjaya Nisa’ KT, Musfirah Anuar. “Kami berharap agar adik-adik dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam kehidupan seharian. Terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya Ustazah Hanisah Harun yang sudi menjemput kami.“Jangan jemu, terus-menerus mengutip ilmu dan pengalaman berharga agar mampu menjadi pelajar, anak dan anggota masyarakat yang baik dari aspek sahsiah, seterusnya melahirkan hamba Allah yang hebat untuk ummah”, tambahnya lagi.Menurut Hasmidar lagi, jika ada mana-mana sekolah yang berminat untuk mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Nisa’ bagi penganjuran NSA, boleh berhubung dengan ketua Pertubuhan Nisa’ di kawasan masing-masing.
04 Mar 20
710
Dekatkan Diri Dengan Allah, Resepi Kejayaan Pelajar Cemerlang STPM
Mohamad Salman mendapat ciuman daripada ibu tersayang selepas diumumkan sebagai salah seorang daripada sepuluh pelajar terbaik STPM 2019 Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman hari ini.KUALA TERENGGANU, 25 Februari - Jaga hubungan dengan Allah dan banyakkan berdoa merupakan kunci kejayaan Muhamad Salman Hakim Mahayadin, 20, yang berjaya mendapat keputusan 4A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019.Katanya, amalan yang dilakukan secara ikhlas setiap hari itu memudahkan beliau belajar dan mengulang kaji pelajaran sehinggalah mencapai kejayaan dalam semua mata pelajaran yang diambil.Ditanya apakah petua yang diamalkan untuk lebih fokus semasa belajar, Salman berkata, tiada petua yang diamalkan kecuali memberi tumpuan lebih ketika guru mengajar.“Biasanya saya akan memberi keseluruhan fokus kepada sesi pembelajaran dalam kelas dan akan membuat latihan tambahan di rumah.“Bukan mudah nak korbankan masa untuk berjaya tapi saya kuatkan semangat dengan berusaha setiap masa untuk capai kejayaan selepas merasai kecewa kerana mendapat keputusan kurang memberangsangkan untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), ” katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman hari ini.Salman antara sepuluh pelajar cemerlang SMK Sultan Sulaiman yang mencapai purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 yang diumumkan hari ini.Anak keempat daripada lima orang adik-beradik itu menganggap kejayaannya juga hasil titik peluh ibunya yang banyak membantu menyara mereka sekeluarga selepas ketiadaan bapanya.Salman berkata, dia berazam memperbaiki nasib keluarga selepas melihat susah payah ibunya yang terpaksa keluar awal pagi mencari rezeki dengan bekerja sebagai pengamal urutan melayu tradisional.“Ibu saya bekerja sebagai tukang urut dan dialah yang bertungkus-lumus untuk memastikan kami dapat bersekolah dengan sebaiknya selepas kematian ayah pada tahun 2016.“Berbekalkan azam yang kuat dan kata-kata semangat ibu serta guru, saya cuba bangkit dan buat yang terbaik sehingga memperoleh kejayaan ini dan ia merupakan hadiah istimewa buat ibu saya yang menjadi tonggak dalam kehidupan. “Kejayaan ini bukan milik saya seorang, tetapi saya mahu kongsikan kegembiraan ini bersama ibu dan ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan bantuan sepanjang persekolahan saya,” katanya yang bercita-cita mengambil jurusan ekonomi di Universiti Malaya.Bagi ibunya, Mazini Abdullah, 56, segala pengorbanan terdahulu akhirnya berbaloi dan beliau cukup teruja dengan kejayaan anaknya itu.“Saya jaga segala keperluan dan pemakanan dia sejak lahir kerana ketika dilahirkan, Salman anak pramatang, jadi memang perlu jagaan rapi.“Dia anak yang baik, tak melawan dan kebiasaannya saya bekalkan air solat hajat dan bacaan Yasin sebagai air minuman,” kata ibunya.
24 Feb 20
768
STPM : Terengganu Terus Cipta Sejarah Kejayaan
Sepuluh pelajar terbaik STPM SMK Sultan Sulaiman yang menerima sijil penghargaan di Majlis Pengumuman Keputusan STPM di SMK Sultan Sulaiman hari ini.KUALA TERENGGANU, 25 Februari - Terengganu terus melakar sejarah dalam bidang pendidikan apabila keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 yang diumumkan lebih cemerlang mengatasi peringkat nasional.Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri, Azman Othman berkata, Gred Purata Nilai Kumulatif (PNGK) Terengganu adalah 3.02 berbanding peringkat nasional 2.77.Katanya, daripada 2,275 calon yang menduduki peperiksaan itu, 1,932 calon mencatatkan keputusan cemerlang dengan pencapaian lulus penuh dalam semua mata pelajaran.Azman Othman.Beliau juga berkata, semua 45 sekolah mencapai kelulusan 100 peratus dan 42 daripadanya juga berjaya mengatasi Min PNGK Nasional 2.77.“Alhamduliilah, bagi negeri Terengganu kita telah mencapai PNGK 3.02 yang merupakan peningkatan dari tahun lepas iaitu 2.99 dan angka ini merupakan yang terbaik di peringkat kebangsaan serta rekod baharu bagi negeri.“Bagi pencapaian semua A iaitu 4.00, kita telah mencapai 72 orang berbanding tahun lepas hanya 47 orang yang merupakan peningkatan hampir 60 peratus dan juga buat kali pertama dalam sejarah, semua sekolah lulus seratus peratus dalam STPM dan ia merupakan sejarah penting bagi Terengganu.“Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) mencatat PNGK 3.41 diikuti Sekolah Menengah Agama Maarif (SMAM), 3.39 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Mas, 3.29,” ujarnya.Azman berkata demikian pada sidang media selepas Pengumuman Keputusan STPM 2019 Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman di sini hari ini.Menurutnya, kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil usaha sama JPNT, Pejabat-Pejabat Pelajaran Daerah dan Majlis Guru Tingkatan Enam dengan melakukan pelbagai bedah siasat tentang pencapaian lalu dan juga melihat kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki.“Kita adakan kolokium-kolokium, kajian-kajian tindakan dan juga kem-kem akademik bagi membantu para pelajar mencapai keputusan yang lebih baik," ujarnya.Tambahnya lagi, satu sejarah lagi turut tercipta apabila pencapaian sekolah luar bandar juga lebih baik daripada sekolah-sekolah di bandar iaitu mencapai PNGK 3.06 berbanding dengan sekolah di bandar yang mencapai PNGK 2.96.
24 Feb 20
1233
Lepasan Pelajar Negeri Terengganu Perlu Bersama Kerajaan Negeri
Oleh : Rohayati RipinKUALA TERENGGANU, 21 Februari - Lepasan pelajar sekolah negeri Terengganu disarankan supaya tidak mengasingkan diri dari memberi sumbangan dalam pembangunan negeri Terengganu bagi mencapai mencapai status negeri maju, berkat dan sejahtera.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Yahaya Ali berkata, sudah tiba masanya untuk tidak menyisihkan diri dan memberi sumbangan kepada negeri tercinta."Kita tak boleh hanya sekadar mempunyai karier sendiri yang hebat tetapi mengambil sikap pentingkan diri sendiri."Kita ada tanggungjawab yang mesti ditunaikan bukan sekadar kepada diri dan keluarga tetapi kita juga bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Tautan Ukhuwah SESMA '76' di Hotel Paya Bunga Square, pada semalam.Majlis yang santai dan meriah ini dihadiri oleh hampir 80 orang bekas pelajar tahun 1976 juga berjaya menemukan kembali sebahagian dari mereka terpisah sejak 44 tahun yang lalu.Turut hadir, bekas Pengetua pada waktu itu iaitu Dato' Haji Mohamad Mustafa yang pernah menjadi Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu.Dato' Yahaya yang juga pelajar lepasan sekolah ini menegaskan bahawa Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) berjaya melahirkan ramai golongan profesional yang hebat dalam perkhidmatan awam, swasta, politik serta ahli-ahli perniagaan pelbagai sektor."YAB Menteri Besar yang juga dari sekolah kita sentiasa mengambil sikap terbuka dan memberi komitmen bahawa semua pihak adalah pemegang taruh (stake holder) kepada kemajuan dan pembangunan negeri ini."Apatah lagi dari golongan profesional seperti kita ini yang boleh beri sumbangan kepada pembangunan negeri kita tanpa mengira latar belakang," ujar beliau.Justeru itu, beliau berharap agar tidak ada pihak yang ketinggalan untuk memberi idea dan sumbangan dalam proses pembangunan negeri Terengganu."Saya yakin bahawa kita semua mempunyai sikap optimis kepada masa depan dalam membina kehidupan diri dan masyarakat. Tetapi semuanya itu mesti ada sikap pergantungan kepada Allah SWT," tambahnya.
20 Feb 20
108
Sekolah Tahfiz Mandarin Pertama Di Malaysia
Dua pelajar SM Imtiaz sedang membaca terjemahan al Quran di dalam bahasa mandarinMARANG, 20 Februari - Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Marang menjadi sekolah tahfiz pertama yang menubuhkan kelas aliran bahasa Mandarin di Malaysia.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, ia selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk melahirkan para pelajar yang mempunyai kemahiran menguasai pelbagai bahasa.Katanya, kurikulum pembelajaran di SMIYT adalah sebagaimana yang dilaksanakan dalam Kurikulum Bahasa Antarabangsa Bahasa Cina yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di sekolah-sekolah berasrama penuh."Para pelajar akan mengikuti sukatan pelajaran seperti biasa termasuk program hafazan dan mereka juga akan belajar bahasa Mandarin untuk mengikuti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setelah lima tahun pengajian."Saya berharap dengan adanya pengajian bahasa Mandarin ini akan memberi laluan kepada pelajar-pelajar di sini untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi sama ada dalam atau luar negara," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penubuhan Program Tahfiz Mandarin di SMIYT Marang di sini hari ini.Turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan merangkap Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMIYT Marang, Sulaiman Sulong.Tambah beliau lagi, pembelajaran ini akan meningkatkan komunikasi dua hala dan pada masa yang sama membuktikan Islam adalah syumul yang boleh mencakupi semua bahasa.IshamudinSementara itu, Ishamudin berkata, pihaknya akan memantau pelaksanaan ini dengan kaedah-kaedah yang terbaik bagi memastikan kejayaannya.Justeru itu katanya, seorang guru bahasa Mandarin yang khusus telah dilantik untuk pengajarannya di SMIYT.Tambah beliau lagi, pihaknya turut melihat pembelajaran Tahfiz Mandarin ini untuk satu jangka masa panjang dalam bidang teknologi alaf baharu di Terengganu.Untuk rekod, pendaftaran pelajar Tingkatan Satu, Program Tahfiz Mandarin bermula 28 Januari 2020 melibatkan seramai 19 orang pelajar yang lulus dalam proses temuduga sebelum ini.
19 Feb 20
1901
Pengakap Terengganu Perkasa Hubungan Antarabangsa - MyLEAF
KUALA NERUS, 19 Februari - Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu (PPMNT) memperkasa hubungan strategik antarabangsa dengan meneroka peluang program penyelidikan dan latihan yang berpotensi.Usaha itu dijalankan bersama pihak Malaysia Environment Adventure & Fellowship Society (MyLEAF) dalam Majlis Menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, Terengganu, semalam.Memorandum tersebut dimeterai oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, Che Soh Muda dan Pengerusi MyLEAF, Azmi Nashriby Abu Bakar, .Pemeteraian MoU itu disaksikan oleh Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, Tan Sri Dato’ Haji Abdullah Taib dan Penasihat MyLEAF, Mohd Taib Wahab serta turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Nasaruddin Shamsuddin.Che Soh Muda berkata, jalinan kerjasama melalui MoU ini akan membuka lebih banyak ruang kepada pihaknya dalam mengendalikan program antarabangsa seperti Program Pertukaran Pelajar serta Program Kem Kaunselor antara Malaysia dan Rusia.“Pada masa sama membantu merancakkan sektor pelancongan di mana melalui program peringkat antarabangsa yang dianjurkan sebelum ini berjaya menarik lebih 13,000 peserta dari pelbagai negara,” katanya.
19 Feb 20
473
Himpunan Daie : Terengganu Perkasa Pendidikan, Lahir Generasi Ulul Albab
Mohd Nor berucap di hadapan 50,000 rakyat dari dalam dan luar Terengganu.KUALA NERUS, 9 Februari – Kerajaan Terengganu terus komited untuk memperkasakan pendidikan bermula dari usia kanak-kanak bagi melahirkan generasi Ulul Albab yang bakal memimpin negeri dengan acuan Islam.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, memahami cabaran besar dalam memperkasakan syariat Islam pihaknya percaya sistem pendidikan akan membina masyarakat yang mampu berhadapan dengan apa jua situasi.“Kita sedang menyediakan rakyat yang celik Islam dan memahami kewajipan memperjuangkan Islam ini melalui proses tarbiah atau pendidikan, bermula daripada peringkat kanak-kanak iaitu nurseri dan taska.“Kemudiaanya dengan penubuhan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dan Sekolah Menangah Islam Darul Iman (SMIDI), Sekolah Imtiaz di seluruh daerah negeri Terengganu,” ujarnya.Generasi yang bakal memimpin negeri suatu hari nanti. Foto Oleh - Pok Abbas.Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merasmikan Himpunan Daie Nusantara Terengganu Sejahtera di Dataran ‘Drawbridge’ di sini semalam.Mengulas lanjut, Mohd Nor memaklumkan, kerajaan negeri juga dalam usaha menubuhkan Kolej Universiti al-Quran Terengganu (KUQT) sebagai melengkapkan sistem pendidikan hingga ke peringkat pengajian tinggi.“Di samping itu, kita juga mempunyai banyak pondok, maahad tahfiz dan sekolah agama rakyat yang telah kita berikan bantuan untuk memastikan anak-anak kita semua dididik dengan ilmu-ilmu Islam.“Nanti, agama dan negeri ini akan dibangunkan dan dipertahankan oleh anak-anak kita ini. Mereka bukan sahaja profesional dalam kerjaya bahkan mempunyai fikrah Islam sebagai pedoman kehidupan,” tambah beliau.Himpunan tersebut dihadiri lebih 50,000 rakyat dari dalam dan luar Terengganu bagi mendengar pengisian yang disampaikan oleh pendakwah terkenal nusantara, Dr Ustaz Abdul Somad.Anak muda khusyuk mendengar pengisian. Foto Oleh - Pok Abbas.
08 Feb 20
148