Artikel "Pendidikan" Terkini
Keanjalan Waktu Pembelajaran OUM Tarik Minat Ahli Parlimen
Oleh : Adli Mohamad
SETIU, 1 Jun - Keanjalan kaedah dan waktu pembelajaran yang ditawarkan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) menarik minat Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir untuk menyambung pengajiannya di dalam bidang Sarjana Pentadbiran Perniagaan.
Katanya, mengikuti kursus berkenaan secara separuh masa pastinya tidak menghalang beliau untuk mengimbangi antara tugas rasmi dengan pengajian di universiti berkenaan kerana pengajian adalah di atas talian secara terus mahupun rakaman.
"Ilmu yang ditimba nanti memudahkan saya untuk membahaskan beberapa perkara berkaitan ekonomi dan kewangan.
"Seperti bajet, Rancangan Malaysia Ke -12 (RMK 12) dan lain-lain, semasa sesi perbahasan sidang parlimen nanti," ujarnya melalui satu kenyataan di laman sosial facebook miliknya, semalam.
Walaupun memilih menyambung pengajian di peringkat sarjana, katanya khidmat kepada warga Setiu akan tetap menjadi keutamaan.
Kesungguhan dalam menuntut ilmu katanya bertepatan dengan pepatah menyebut di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
01 Jul 20
309
PKPB : Keputusan Operasi Taska Di Terengganu Diketahui Rabu ini
KUALA TERENGGANU, 1 Jun - Keputusan berhubung kebenaran operasi Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) milik kerajaan negeri dan swasta di Terengganu semasa fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan diketahui pada Rabu ini selepas mendapat persetujuan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (AAMKN).
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, pihaknya akan mengadakan Mesyuarat Persediaan Operasi Taska bersama pihak berkepentingan mengenai perkara itu pada hari esok.
Katanya, antara pihak yang dijangka hadir ialah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan.
“Segala keputusan termasuk berkaitan peraturan, tarikh, bilangan taska yang akan beroperasi, jumlah anak asuhan yang diterima dan sebagainya akan dibawa ke mesyuarat mingguan AAMKN pada Rabu ini.
“Apa yang penting segalanya akan berpandukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN),”katanya ketika dihubungi pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman.
Hanafiah turut memberitahu kerajaan sedar ramai ibu bapa terutama yang bertugas sebagai barisan hadapan mula bekerja tanpa jadual giliran dan berdepan kesukaran mencari pengasuh.
“Bagaimanapun mereka juga perlu sedar di mana kerajaan perlu mengambil kira tanggungjawab dan pelbagai perkara penting sebelum membenarkan taska beroperasi,” katanya.
Justeru itu, beliau memohon agar semua pihak bersabar dalam sedikit masa lagi.
“Apa-apa pun saya meminta para pengusaha Taska merujuk kepada yang berwajib sebelum membuka Taska.
“Saya bimbang jika ada pihak yang ingkar arahan dengan tetap mahu meneruskan operasi tanpa kebenaran tindakan tegas akan diambil, saya tidak mahu ada pihak yang terkesan,” katanya.
30 Jun 20
53
Pelajar IPT Di Terengganu Mula Pergerakan Pulang Ke Kampung Malam Ini
HULU TERENGGANU, 30 April - Pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) awam di Terengganu yang terkandas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing bermula malam ini.
Ketua Polis Terengganu, Dato' Roslee Chik berkata proses berkenaan melibatkan empat IPT awam dan pergerakan mereka dijangkakan akan bergerak pada pada pukul 9 malam.
"Pergerakan pelajar akan berlaku pada malam ini yang melibatkan seramai 181 pelajar di Universiti Malaysia Terengganu ( UMT) yang mana 126 pelajar akan menaiki 11 buah bas, lapan orang menaiki dua buah van dan 14 pelajar lagi akan pulang menaiki kereta.
"Daripada Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSza) seramai 23 orang dengan menaiki dua buah bas dan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun seramai 97 orang dengan menaiki tujuh buah bas.
"Sementara itu dari Politeknik Kuala Terengganu seramai 14 orang akan menaiki dua buah bas dan 11 pelajar Politeknik Hulu Terengganu juga akan menaiki dua buah bas," ujarnya kepada pemberita di sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu, hari ini.
Langkah membawa pulang pelajar yang terkandas di kampus dan sekitar susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu adalah antara sedikit kelonggaran yang diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis lepas
Bagaimanapun, kerajaan hanya membenarkan pergerakan pelajar pulang dari kawasan zon hijau secara berperinggkat bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.
01 May 20
173
Mesir Lanjut Darurat, Pelajar Terengganu Tidak Terjejas
KUALA TERENGGANU, 29 April - Lebih 500 pelajar Terengganu di Mesir dijangka tidak berdepan masalah dengan lanjutan tempoh darurat selama tiga bulan yang dibuat Abdel Fattah al-Sisi baru-baru ini.
Yang Dipertua Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu di Mesir, Muhammad Nur Adli Najmuddin Mukhtar berkata, tindakan Presiden Mesir bagi menangani wabak COVID-19 itu tidak memberi impak yang buruk kepada mereka kerana keadaan di sana masih terkawal.
"Sebenarnya Mesir sentiasa dalam darurat sejak zaman presiden Hosni Mubarak, selepas Mubarak jatuh dan Dr Mohamed Morsi menjadi presiden, undang-undang tersebut dibuang.
"Namun, selepas al-Sisi ambik alih,
dia mulakan balik kanun darurat tersebut setiap tiga bulan bagi mengekang pengganas dengan sekatan yang tinggi dan kini digunakan ketika COVID-19 menular," katanya ketika dihubungi media hari ini.
Mengulas lanjut, Nur Adli mengatakan
darurat membolehkan pihak berkuasa mengambil langkah-langkah pencegahan lebih ketat, termasuk merujuk suspek keganasan ke mahkamah keselamatan, menguatkuasakan perintah berkurung dan menapis laporan akhbar.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan perintah berkurung COVID-19 kekal pada pukul 9.00 malam hingga 6.00 pagi.
"Alhamdulillah, kesemua kami juga tiada yang positif wabak berkenaan sehingga hari ini," ujarnya.
Beberapa hari lalu dalam dekri presiden, al-Sisi berkata aspek kesihatan dan keselamatan Mesir kini dalam keadaan berbahaya.
Kementerian Kesihatan dan Penduduk Mesir mengesahkan 20 lagi kematian akibat COVID-19 pada Isnin, menjadikan keseluruhan 337 orang dan jumlah kes berjumlah 4,782 manakala 1,236 pesakit sembuh.
01 May 20
141
SPM, SVM Dan STPM Ditunda Ke Suku Pertama 2021
Foto Oleh: NSTKUALA LUMPUR, 15 April - Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) memaklumkan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) akan ditunda kepada suku pertama tahun depan.Bagi calon Sijil Tinggi Persekolahan (STPM), tarikh peperiksaan Semester 2 diubah kepada bulan Ogos 2020, manakala peperiksaan Semester 3 akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021.Ini termasuk peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga akan diadakan dalam suku pertama tahun depan.Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin, berkata penundaan tarikh peperiksaan ini akan memberi kesan kepada kemasukan ke peringkat pengajian tinggi."Oleh itu, KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk menangguhkan tarikh kemasukan baharu ke institusi pengajian tinggi (IPT)."Kemasukan bagi program asasi, matrikulasi dan diploma dibuat antara Julai atau Ogos 2021, manakala program ijazah sarjana muda pada September atau Oktober tahun depan," katanya di sidang media khas hari ini.
15 Apr 20
131
UPSR Dan PT3 Tahun 2020 Dibatalkan
Foto Oleh:GoogleKUALA LUMPUR, 15 April - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini dibatalkan.Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid, sama juga PT3."Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), KPM akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata."Pembatalan PT3 juga tidak akan menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid di peringkat menengah rendah," katanya dalam sidang media khas di Putrajaya hari ini.Menurutnya, datu kaedah baharu akan diperkenalkan dan keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik.Justeru itu, keputusan ini akan terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM."Sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM juga disarankan untuk turut mengikuti keputusan ini," katanya.Dalam masa yang sama, KPM turut menegaskan bahawa pembukaan semula sesi persekolahan selepas PKP adalah tertakluk kepada perkembangan semasa dan nasihat daripada KKM dan MKN."Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan murid," ujar beliau.
15 Apr 20
71
COVID-19 : 'Ibu Bapa Pelajar Luar Negara Jangan Bimbang' - Satiful Bahari
Satiful Bahari.KUALA TERENGGANU, 5 April - Ibu bapa kepada sekitar 1,262 pelajar Terengganu yang berada di luar negara dinasihatkan agar tidak bimbang dengan keadaan anak masing-masing di sana.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, penuntut diMesir adalah yang tertinggi iaitu 500 orang, diikuti Indonesia 200, Jordan 170, Turki 122, United Kingdom (Ireland) 100, Sudan 70, Arab Saudi 50, Jerman 30 dan Yaman 20.Katanya, kerajaan negeri sedang meneliti keadaan pelajar-pelajar di negara lain dan akan memastikan kesemua penuntut terbabit dijaga dengan baik termasuk kebajikan mereka."Baru-baru ini, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah memperuntukan RM100,000 untuk pelajar di Jordan dan Mesir."Pada 19 Mac sebelum ini, pihak Yayasan Terengganu (YT) turut memberikan peruntukan khas (kecemasan) berjumlah RM65,000 kepada penuntut di Mesir, justeru para ibu bapa tidak perlu khuatir tentang keadaan mereka di luar Malaysia," katanya ketika dihubungi media hari ini.Di samping itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin memaklumkan, kerajaan melalui agensi penaja akan menampung sepenuhnya kos penginapan dan makanan pelajar Malaysia yang tamat pengajian tetapi terkandas di luar negara."Bagi memastikan kebajikan pelajar terpelihara, penaja pelajar berkenaan bersetuju untuk menanggung semua kos meliputi sewa rumah, makan minum dan sebagainya di negara masing-masing," jelasnya.Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia, Abu Umair Mohd Yusof berkata, seramai 48 pelajar yang menuntut di Universiti Islam Ar-Raniry, Aceh sudah dibawa pulang ke Malaysia dan sedang dikuarantin di Cyberjaya."Manakala 23 orang lagi pelajar di Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau sedang dikuarantin di Desaru, Johor Bharu," tambah beliau.
05 Apr 20
420
COVID-19 : Tempoh Permohonan Anugerah Pingat Emas, Hadiah Kecemerlangan Terengganu Dilanjutkan
Satiful Bahari.KUALA TERENGGANU, 3 April - Tempoh permohonan Anugerah Pingat Emas dan Hadiah Kecemerlangan untuk pelajar Sijil Pelajaran (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2019 dilanjutkan ke 20 April ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, langkah itu diambil berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan menghadkan aktiviti orang ramai."Permohonan untuk pelajar yang layak masih lagi dibuka dan dilanjutkan supaya setiap pelajar cemerlang mempunyai masa untuk melengkapkan sebarang dokumen."Kita juga tidak mahu ada pelajar yang layak tercicir ekoran PKP yang membataskan pergerakan mereka," katanya ketika dihubungi media hari ini.Sementara itu, ekoran wabak COVID-19, Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamuddin Hashim memaklumkan, insentif Anugerah Sarjana Terengganu untuk 204 graduan Terengganu yang cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda (sepenuh masa) dengan keputusan Kepujian Kelas Pertama telah selesai dibayar secara atas talian pada 23 Mac lalu."Iaitu mereka dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.75 atau 80 peratus ke atas daripada keseluruhan peperiksaan tanpa mengira bidang pengajian dari dalam dan luar negara," ujarnya.Katanya lagi, insentif bernilai RM4,000 diberikan kepada 26 graduan Bidang Ikhtisas seperti bidang Kejuruteraan, Perubatan, Perakaunan dan lain-lain.Manakala 178 graduan Bidang Bukan Ikhtisas seperti bidang Pendidikan, Pengajian Islam, Bahasa dan lain-lain pula diberikan insentif sebanyak RM2,000."Ia menjadikan jumlah keseluruhan yang kita peruntukan untuk graduan kelas pertama ijazah Sarjana Muda 2019 adalah RM460,000," tambah beliau.
03 Apr 20
310
COVID-19 : TATIUC Cipta 'Sterilization Chamber'
KEMAMAN, 3 April - Kolej Universiti TATI (TATIUC) memperkenalkan satu lagi projek CSR yang dikenali sebagai 'Sterilization Chamber' dalam usaha membantu penularan Covid-19 di Terengganu khisusnya di Kemaman.“Sterilization Cham ber” akan digunakan sebagai ruang lalulan menyah kuman secara automatik selama 3 saat.Penggunaan sistem chamber ini adalah lebih ringkas, lebih menyeluruh dan berkesan untuk menyah kuman bagi 'frontliners' dan orang awam.Peralatan itu akan ditempatkan di kawasan tumpuan termasuk di balai polis, kllinik desa dan pasar sekitar Kemaman.TATIUC ingin membuka peluang infaq bagi individu atau syarikat yang berminat menyumbang keperluan peralatan bagi membangunkan chamber ini.Mana - mana pihak yang berminat untuk menjalinkan kerjasama boleh hubungi talian 017 9814429.
03 Apr 20
272
UC TATI Sedia Jalin Kerjasama Dengan Agensi Luar
KUALA TERENGGANU, 10 Mac - Kerajaan negeri melalui Universiti College (UC) TATI mengalu-alukan mana-mana pihak termasuk agensi atau syarikat swasta untuk mengadakan kerjasama bagi memperkasakan UC TATI dalam industri dan modal insan negeri.Pengerusi Jawatankuasa Perlaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Universiti College (UC) TATI dan Elvira System Sdn Bhd menjadi satu contoh usaha terbaik dalam memperkasakan kedua-dua pihak.“Ini bukan kali pertama kerjasama dilakukan dengan syarikat luar dan pihaknya mengalu-alukan jika ada syarikat-syarikat atau agensi-agensi yang ingin bekerjasama kerana maklumat dan bidang teknologi sentiasa berkembang dari semasa ke semasa.‘’UC TATI juga membuka ruang kepada pakar-pakar industri untuk bersama-sama bagi berkongsi pengalaman mereka bagi menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dengan kerjasama yang akan kita lakukan.‘’Kita juga akan memberi sokongan bagi kempen menggalakkan pelajar-pelajar kita memilih bidang sains dan teknologi di UC TATI bagi menaikkan kadar bilangan pelajar di sana," ujarnya.Satiful yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah UC TATI berkata demikian di sidang media selepas Majlis Pelancaran Biasiswa UC TATI dan Majlis Menandatangani MOU antara UC TATI dan Elvira System Sdn Bhd di Dewan Rebana 5, Primula Beach Hotel.Turut hadir, Rektor TATI University College, Profesor Dr Anuar Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Elvira System Sdn Bhd, Mohd Farid Zainal Abidin.Jelasnya, bagi pihak UC TATI, MOU berkenaan boleh meningkatkan kebolehpasaran graduan mendapat pendedahan awal di industri ketika cuti semester dan juga ketika menjalani Latihan Industri.Sementara itu industri pula boleh memanfaatkan kepakaran UC TATI dalam perundingan dan penyelidikan."Sebagai contoh, dengan perubahan arus teknologi masa kini dan berkembangnya Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0), wujud keperluan untuk industri membuka lebih banyak makmal penyelidikan dalam kampus."Dan seterusnya membawa lebih ramai tenaga pakar industri untuk bekerjasama dengan tenaga akademik dan pelajar dalam menghasilkan inovasi baharu," ujar beliau.Sementara itu, UC TATI turut mengumumkan biasiswa sejumlah RM4.4 juta kepada pelajar baharu kemasukan April, Julai dan September 2020 yang ditambah baik dengan kadar peningkatan kadar peruntukan sebanyak RM1.3 juta.
09 Mar 20
207