Artikel "Pendidikan" Terkini
SK Pusat Terima Sumbangan 120 Naskhah Al-Quran
KEMAMAN, 3 November - Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat melalui Panitia Pendidikan Islam telah menerima 120 naskhah al-Quran daripada Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, pagi tadi.
Ia diberikan bersempena sambutan Maulidur Rasul dan Khatam Al-Quran melibatkan 120 orang murid Tahun Enam yang akan berlangsung pada 26 November nanti.
Hanafiah ketika ditemui mengharapkan agar dengan sumbangan itu dapat melancarkan majlis yang akan diadakan oleh pihak sekolah berkenaan.
"Semoga kita semua beroleh manfaat berpanjangan dan sentiasa berada di dalam rahmat Ilahi," ujarnya.
Sementara itu, Penolong Kanan Pentadbiran SK Pusat, Ruzlaikha Abdul Rahman memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas penerimaan sumbangan al-Quran itu.
"Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat (YB) Hanafiah Mat di atas sumbangan yang diberikan ini. Kami sangat menghargainya," ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di sini.
Sumbangan disampaikan sendiri oleh Hanafiah di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Cukai.
Pihak sekolah akan mengagihkan al-Quran kepada pelajar dan ianya akan kekal menjadi milik setiap pelajar untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.
03 Nov 20
195
RM30 Ribu 'One Off' Untuk Pelajar IPTA IPTS DUN Kijal
KEMAMAN, 3 November - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal telah memperuntukkan sebanyak RM30 ribu untuk Bantuan 'One Off' Persediaan Awal Memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta (IPTA/ IPTS) untuk tahun 2020.
Penolong Pembantu Tadbir PKM DUN Kijal, Nurul Iriena Mohd Ariffin, 26, berkata, seramai 146 pelajar yang direkodkan telah menerima bantuan tersebut semenjak bulan Jun tempoh hari.
"Semenjak bulan Jun tahun ini sehingga sekarang seramai 146 pelajar telah menerima bantuan ini.
"Walaupun nilainya tidak seberapa untuk setiap pelajar namun ianya cukup membantu ibu bapa mereka yang terpaksa berbelanja besar bagi melihat anaknya meneruskan pembelajaran ke menara gading," katanya.
Nurul Iriena (kanan) menyerah bantuan 'One Off'.
Nurul ditemui oleh Urusetia Penerangan Darul Iman sejurus selepas menyerahkan bantuan yang telah diluluskan kepada pemohon yang berjaya di Pejabat PKM DUN Kijal, baru-baru ini.
"Permohonannya amat mudah, pelajar boleh datang terus ke pejabat PKM ini dengan mengisi borang yang telah disediakan dengan beberapa dokumen yang diperlukan.
"Insya-Allah ia akan dluluskan dalam masa yang terdekat dan kita akan meneruskan bantuan 'One Off' ini bagi membantu mereka yang memerlukan di tahun yang akan datang dan seterusnya," ucapnya.
02 Nov 20
1155
DUAT Gigih Bentuk Wanita Terengganu Solehah
Foto : Media DUAT
KUALA TERENGGANU, 1 November – Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) komited untuk melahirkan golongan wanita negeri yang berakhlak solehah.
Pegawai Seranta Unit Majlis Daie DUAT, Ilhami Nadhrah Hamzah berkata, hal itu boleh dibuktikan melalui siri-siri penganjuran program yang menjadikan kaum wanita sebagai golongan sasar utamanya.
“Program Bicara Minda Daie Wanita Terengganu yang dianjurkan di Dewan Imam Naafi' Masjid Al-Muktafi Billah Shah, baru-baru ini juga termasuk dalam agenda menjadikan wanita Terengganu berakhlak solehah.
“Program ini merupakan program khusus untuk para wanita yang menampilkan moderator dan panel dalam kalangan asatizah wanita dalam Terengganu iaitu Sumaiyah Zakaria, Noorzila Mohamad serta Nor Aqma Zulaikha Roslan.
“Walaupun program ini telah dilaksanakan dengan skala kecil demi mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) namun, ia tetap mencapai matlamatnya."ujarnya.
Ilhami berkata demikian ketika dihubungi oleh wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.
Menurut beliau lagi, antara tujuan utama penganjuran ialah untuk memberi ruang kepada para wanita di Terengganu menggilap ilmu dakwah semasa dan ilmu untuk menjadi wanita solehah.
“Di samping itu, kita juga mahu membina keyakinan para wanita untuk menyebarluaskan ilmu kepada masyarakat terutamanya wanita.
“Kita juga bercita-cita untuk menjadikan Negeri Terengganu sebagai negeri model yang subur dengan majlis ilmu khususnya buat wanita,” katanya.
Ilhami turut melahirkan harapan agar para peserta dapat mengamalkan ilmu yang telah dikongsikan dalam program tersebut dan sama-sama berusaha untuk menjadi wanita yang solehah.
01 Nov 20
748
DUN Air Putih Serah Sumbangan Kepada 24 PIBG Sekolah
KEMAMAN, 28 Oktober - Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih telah menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di 24 buah sekolah di kawasannya di sini baru-baru ini.
Agihan sumbangan kepada PIBG kali ini melibatkan sebanyak 17 buah sekolah rendah dan tujuh buah sekolah menengah termasuk Kolej Vokasional di DUN Air Putih. Dianggarkan sebanyak RM59,000 sumbangan diagihkan kepada PIBG yang terlibat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab.Razak Ibrahim memaklumkan, sumbangan yang diberikan itu meliputi semua sekolah rendah dan menengah di DUN Air Putih.
“Kita mengharapkan agar PIBG sekolah dapat menggunakan sumbangan ini dengan sebaiknya terutama demi keperluan para pelajar di sekolah masing-masing,” ujarnya.
Setiap PIBG masing-masing menerima RM2,000 manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cerul menerima RM10,000 di atas kejayaan mereka mendominasi Peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) dan Peningkatan Semua A Terbaik seluruh negeri Terengganu bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 yang lalu.
SMK Binjai turut menerima RM5,000 untuk keperluan program di sekolah tersebut.
27 Oct 20
1177
456 Pelajar Terima Bantuan Awal Ke IPT
DUNGUN, 22 Oktober - Seramai 456 pelajar dalam Parlimen Dungun yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta telah menerima bantuan awal pendidikan setakat ini.
Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, sumbangan berkenaan adalah bagi meraikan serta menampung sedikit sebanyak perbelanjaan ibu bapa terhadap anak-anak mereka yang bakal bergelar mahasiswa.
Menurut beliau, sumbangan berkenaan telah mula diagih kepada para pelajar sejak bulan Jun yang lalu dan sehingga kini ianya masih diteruskan sekiranya terdapat permohonan daripada pihak pelajar.
Beliau yang ditemui pemberita di pejabatnya turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pelajar di daerah ini yang berjaya mendapat tawaran ke IPT selain mengingatkan kepada para pelajar agar menggunakan peluang yang diperoleh sebaik mungkin.
"Gunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya, jangan dipersiakan harapan ibu bapa yang selama ini telah banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak.
"Sentiasa berhubung dengan ibu bapa walaupun berada jauh dari penglihatan mereka, sentiasa bertanya khabar kerana berkat doa ibu bapa itulah yang akan mengiringi kita mencapai kejayaan kita dimasa akan datang," ujarnya.
Wan Hassan juga berharap agar sumbangan berkenaan dapat dimanfaatkan oleh pelajar sewajarnya khusus dalam hal-hal berkaitan pembelajaran.
26 Oct 20
463
'Food Bank' YaPEIM 2.0 : 490 Pelajar PSMZA Terima Manfaat
DUNGUN, 24 Oktober - Seramai 490 pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) daripada kalangan B40 akan mendapat manfaat daripada Program 'Food Bank YaPEIM 2.0'.
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) PSMZA, Yaswadi Mat Yasim berkata program anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan kerjasama jabatan tersebut diadakan sebanyak 12 siri secara berjadual sehingga akhir tahun 2020.
"Program pagi ini telah mengagihkan bungkusan makanan 'ready to eat' kepada para pelajar oleh Timbalan Pengarah Akademik, Mohyiddin Salleh, bersama Pengurus YaPEIM Negeri Terengganu, Puan Kartina Ahmad.
“Kita sangat mengalu-alukan badan-badan berkanun serta Badan Bukan Kerajaan(NGO) sebagai rakan strategik dan kolaborasi untuk mengadakan program seumpama ini yang memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar PSMZA,” ujarnya
Yaswadi ditemui di majlis berkenaan yang telah diadakan di perkarangan kantin politeknik itu baru-baru ini.
24 Oct 20
596
Program Khas Asasi Imtiaz Berjalan Lancar
KUALA TERENGGANU, 20 Oktober - Program Khas Asasi Imtiaz untuk pelajar tingkatan satu bagi Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu 2020 di seluruh negeri ini berjalan lancar.
Timbalan Pengarah (Operasi), Yayasan Terengganu, Mazlan Che Wil berkata, walaupun program tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka disebabkan pandemik COVID-19, pelajar, guru dan ibu bapa menunjukkan komitmen yang begitu baik selama enam bulan program diadakan bermula Januari hingga 30 Jun lalu.
“Program khas asasi Imtiaz mengandungi enam modul antaranya, personaliti, bahasa, bahasa Arab dan Inggeris, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Schoolwide Enrichment Model (SEM) serta al-Quran.
“Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, disebabkan negara berdepan dengan wabak COVID-19, para pelajar perlu menyelesaikan semua tugasan di rumah berdasarkan modul yang diberi menerusi pemantauan oleh guru serta ibu-bapa masing-masing,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Perasmian Penutup Program Khas Asasi Imtiaz Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu 2020 secara sidang video yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat di Pejabat Yayasan Terengganu, hari ini.
Mazlan berkata, program yang diperkenalkan sejak 2006 ini lebih kepada membentuk akhlak dan sebagai persediaan kepada pelajar yang baru mengikuti pengajian di Imtiaz .
Katanya, walaupun tidak hadir ke sekolah dalam tempoh berkenaan, pelajar mampu mencapai keputusan yang memberangsangkan.
“Tahniah kepada anak-anak pelajar, guru-guru, ibu bapa dan semua yang terlibat kerana terbukti COVID-19 tidak menjadi penghalang untuk belajar, ini terbukti apabila 50 peratus pelajar yang mengikuti program khas asasi ini berjaya menghafal lima juzuk al-Quran dan ada yang sampai 14 juzuk walaupun hanya dipantau secara online oleh guru,” ujarnya.
20 Oct 20
681
Allah Cinta Kepada Orang Yang Memuliakan Tetamu
MARANG, 18 Oktober - Allah Taala mencintai orang-orang yang memuliakan tetamu yang berkunjung ke rumahnya kerana mempunyai kelebihan dan rahmatNya.
Pada zaman sahabat, mereka merebut rahmat untuk menerima tetamu dan Allah mengampuni penghuni rumah tersebut atas perlakuannya memuliakan tetamu.
Penyelia institut Modal insan Terengganu Sejahtera (iMiTS) Parlimen Marang, Ahmad Maarof Ismail berkata, "barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamu.
Beliau berkata, adab-adab yang perlu dilakukan oleh tuan rumah adalah menyediakan hidangan terbaik
"Selain itu, kita mestilah bercakap dengan lemah lembut, menghormati tetamu dan tidak memerli.
"Meskipun tetamu itu tidak kita kenali, kita mestilah menjaga adab-adab yang digariskan dalam Islam kerana terdapat keraguan dalam diri kita tetamu tersebut boleh memudaratkan kita," tambahnya lagi dalam siri Kuliah Dhuha mingguan itu.
Dalam Islam, bertamu ke rumah jiran ada cara dan tertib yang diajarkan untuk dijadikan amalan masakini. Beberapa perkongsian dan kisah menarik zaman Rasulullah ada diceritakan oleh Penyelia (iMiTS) itu.
"Antaranya, memberi salam, makan dengan segera apa yang dihidang, tidak meminta- minta hidangan, jauhi ucapan menyakitkan, pilih waktu yang sesuai untuk bertandang, tidak terlalu lama di rumah jiran dan layan tetamu yang bermalam wajib tiga hari tiga malam,"katanya..
Kuliah Dhuha itu telah disampaikan selepas selesai solat dhuha pada pada setiap hari Ahad di Pejabat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Kampung Rusila.
19 Oct 20
1336
Anak Syurga Terima Penghawa Dingin
KEMAMAN, 19 Oktober - Anak-anak syurga di pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Felda Seberang Tayor atau nama baharunya, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Felda Seberang Tayor menerima sumbangan dua buah penghawa dingin daripada Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih.
Pengerusinya, Safidal Shamsudin berkata, PPDK di sini mula beroperasi pada 2006 dan kini mempunyai 11 orang pelajar yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU).
“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada ADUN Air Putih, Ab. Razak Ibrahim kerana menerima permohonan daripada kami untuk membeli dua buah penghawa dingin ini," katanya.
Sementara itu, menurut Penyelia PPDK Felda Seberang Tayor, Marinirma Malika, penghawa dingin itu akan digunakan dengan sebaiknya dengan sedikit sebanyak memberi keselesaan kepada pelatih-pelatih PDK ini.
Ab. Razak Ibrahim juga berkata, pihaknya di DUN Air Putih akan terus membantu golongan OKU sedaya upaya. Beliau mengharapkan agar sumbangan itu dapat memberikan keselesaan kepada pelatih-pelatih PPDK.
Untuk rekod, PPDK adalah strategi dalam pembangunan komuniti setempat bagi pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial OKU.
18 Oct 20
458
Fiqh Siasah Khalifah Abu Bakar RA, Tawar Harga 40 Peratus
MARANG, 18 Oktober - Karya terbaru Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berjudul Fiqh Siasah Khalifah Abu Bakar RA yang berharga RM40 akan diberi potongan harga sehingga 40 peratus sempena ulang tahun kelahiran Tuan Guru yang jatuh pada 20 Oktober 2020 (Selasa)..
Buku terbaru dan bermuka surat 400 helaian itu adalah kesinambungan daripada buku Fiqh Harakah Siri 1 hingga 3 Sirah Rasulullah SAW.
Siri kali ini mengisahkan perjalanan selepas kewafatan Rasulullah SAW dan perkembangan Islam semasa pemerintahan khalifah yang pertama.
Menariknya, gaya penulisan buku ini adalah dalam bentuk penceritaan yang pastinya ramai tidak sabar untuk menelusuri setiap baris ayat yang dikarang oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ini.
Pada peminat karya Tuan Guru yang tidak mahu terlepas info bolehlah daftar diri dalam pautan ‘Waiting List’.
Banyak lagi tawaran menarik dari pihak penerbit yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Orang ramai dijemput daftar sekarang dan dapatkan info pantas: https://bukutghh.onpay.my/prospect/form/fiqhsiyasah
18 Oct 20
836