lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Pelajar Cemerlang SPM 2020 Kijal Disantuni
Pelajar Cemerlang SPM 2020 Kijal Disantuni
Oleh : Mujahid MK KEMAMAN, 17 Julai - Seramai 57 orang pelajar cemerlang SPM 2020 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal diraikan dalam satu majlis ringkas oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Kijal kelmarin. Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh ketika ditemui mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka yang cemerlang dan teruskan berusaha kepada pelajar yang kurang berjaya. Ustaz Hazri (kanan) menyantuni pelajar cemerlang. "Syabas dan tahniah kepada pelajar yang cemerlang dan berjaya mengharumkan nama sekolah dan keluarga. "Tetapi kepada pelajar yang kurang cemerlang teruskan dan gandakan usaha untuk berjaya pada masa yang akan datang," katanya. Seorang pelajar yang ditemui, Nur Afiqah Insyirah Husain mengucapkan terima kasih di atas sumbangan dan penghargaan yang dizahirkan oleh pihak DUN. "Alhamdulillah dan ribuan terima kasih kepada pihak PKM DUN Kijal di atas sumbangan dan penghargaan ini. "Semoga ia menjadi pembakar semangat untuk saya terus berjaya dan cemerlang pada masa akan datang," ujarnya. Hazri juga mengucapkan tahniah kepada para pendidik dan pihak pengurusan sekolah yang berusaha dan berkorban masa untuk memastikan kecemerlangan dapat dicapai. Majlis yang diadakan di Kompleks Paya Lasir, Kijal berjalan dengan penuh kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu yang turut dihadiri oleh Ketua Balai Polis Kijal Osman Awang, Ahli Majlis Perbandaran Kemaman (Kijal) Zabidin Awang, Abdul Wahab Ahmad dan Ustazah Mesilah Mohammed.
16 Jul 21
538
Keringat Pelajar Cemerlang Terengganu Dapat Pengiktirafan
Keringat Pelajar Cemerlang Terengganu Dapat Pengiktirafan
Oleh : Rohayati Ripin BESUT, 15 Julai – Keringat pelajar yang berkorban wang, masa dan tenaga demi mendapatkan satu keputusan cemerlang dalam pelbagai peperiksaan mendapat pengiktirafan pelbagai pihak. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata, usaha jitu anak-anak Terengganu sama ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sangat luar biasa. “Terdahulu, semasa program Motivasi Online bersama pelajar SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMA) Ittifakiah, saya telah berjanji akan memberi hadiah penghargaan kepada pelajar yang cemerlang pada tahun ini. “Alhamdulillah, saya diizinkan Allah mengotakan janji dan turun menyampaikan hadiah kecemerlangan kepada dua orang pelajar yang berjaya memperolehi keputusan A dalam semua subjek yang diambil,” jelasnya. Beliau berkata demikian selepas program Penyerahan Anugerah Kecemerlangan SPM 2020 kepada dua orang pelajar SMA Ittifakiah, Jerteh, di kediaman masing-masing, semalam. Turut hadir ialah Penolong Setiausaha Dewan Undangan Negeri Terengganu, Aizat Safwan, Pengetua SMA Ittifakiah, Hilmi Hassan, Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad dan Pengerusi Mawaddah Terengganu, To' Puan Hajah Zarani Othman. Dua pelajar yang diraikan ialah Umi Najwa Wahid, 11A dan Ahmad Nushhi Abrar Bin Syarifuddin, 9A dengan keputusan semua A. Tambah Yahaya, Umi Najwa turut mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG) (Kampus Sultan Abdul Halim) manakala Nusshi di IPG Batu Rakit. Justeru itu, beliau berharap dengan sedikit sumbangan yang diberikan dapat memberikan semangat kepada mereka untuk maju dalam apa jua bidang yang akan diceburi. SMA Ittifakiah merekodkan seramai 21 orang pelajar mencapai keputusan 5A ke atas. Seterusnya menjadikan rekod terbaru dicapai dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 4.14 pada tahun ini berbanding tahun lalu 4.86.
15 Jul 21
466
Sikap Suka Bersaing Jadikan Nusshi Pelajar Cemerlang
Sikap Suka Bersaing Jadikan Nusshi Pelajar Cemerlang
Oleh: Rohayati Ripin BESUT, 14 Julai - Sikap suka berdaya saing dalam diri Nusshi memacunya dalam menjadi pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Jerteh. Dengan pencapaian keputusan peperiksaan 9A dalam SPM, Ahmad Nushhi Abrar Syarifuddin berkata, persaingan sihat boleh memotivasikan individu untuk melakukan yang terbaik antara satu sama lain. “Saya memang tidak boleh berdiam tengok kawan saya lagi pandai, bagi saya ia suatu cabaran bagi diri sendiri untuk lebih cemerlang daripada orang lain di sekali. “Perasaan pada mulanya terkejut sebab tak sangka dapat straight A pada SPM kali ini sebab masa peperiksaan rasa macam susah sikit kertas, namun begitu saya amat bersyukur,” katanya. Dia yang berasal dari Kampung Gong Guchil berkata demikian ketika ditemubual selepas menerima sumbangan yang dijanjikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali semasa Motivasi Online, baru-baru ini. Turut hadir ialah Penolong Setiausaha Dewan Undangan Negeri Terengganu, Aizat Safwan, Pengetua Sekolah Menengah Agama Nurul Ittifakiah, Hilmi Hassan, Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad dan Pengerusi Mawaddah Terengganu, To' Puan Hajah Zarani Othman. Sementara itu, Nusshi memberi kata semangat agar rakan sahabat perjuangan yang akan menghadapi peperiksaan nanti agar membuat persiapan sebaiknya dalam perjalanan ke menara gading. “Fokus dalam kelas dan jangan jadi malu untuk bertanya jika tak faham. Biar malu sebab benda itu akan tolong mudahkan kita belajar,” katanya lagi. Anak sulung daripada tujuh orang adik beradik itu turut meraih tawaran lanjutan pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) Batu Rakit dan bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan dalam bidang perguruan. Menurutnya lagi, ayahnya, Syarifuddin Daud dan ibunya Amal Husain juga merupakan guru dan tenaga pengajar yang membantunya dalam persiapan peperiksaan awam itu. Sementara itu, Nusshi turut mengucapkan terima kasih kepada Dato' Yahaya kerana sudi melawat dan bagi hadiah yang amat bernilai. “Jutaan terima kasih buat semua dan saya berharap agar saya terus maju jaya dalam pelajaran, Insyallah semoga diluaskan rezeki dipanjangkan umur Dato,” tambahnya.
15 Jul 21
310
PSMZA Sedia Bas Untuk Pelajar Balik Bercuti
PSMZA Sedia Bas Untuk Pelajar Balik Bercuti
DUNGUN, 14 Julai- Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) menyediakan bas untuk memudahkan pelajar balik bercuti ke kampung halaman masing-masing sempena bermulanya cuti semester.  Menurut jurucakapnya, sebanyak sebelas buah bas disediakan untuk menghantar pulang seramai 179 orang pelajar ke  seluruh negara secara berperingkat. "Lima buah adalah bas PSMZA, manakala enam buah lagi disewa khas dan penghantaran mengikut zon masing-masing iaitu zon timur barat, utara dan selatan dengan terhad 20 orang untuk sebuah bas sebagai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan," jelasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.  Menurutnya lagi, pelajar-pelajar tersebut terpaksa tinggal di asrama ataupun rumah sewa memandangkan mereka perlu mengikuti kelas secara bersemuka untuk kelas yang melibatkan amali dan bengkel. "Tetapi untuk kelas teori, mereka tetap mengikutinya secara 'online' walaupun berada di PSMZA," ujarnya lagi. Sementara itu, Pengarah PSMZA, Mohd Fikri Ismail berkata pihak pengurusan PSMZA sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap keselamatan serta kesihatan pelajar. "Diharapkan pelajar-pelajar  sentiasa menjaga SOP dan mengikut peraturan yang ditetapkan memandangkan kita masih belum menang dalam mengekang penularan pandemik COVID-19," katanya yang meluangkan masa bersama pelajar dalam simbolik pelepasan pulang pelajar di perkarangan PSMZA di sini. 
14 Jul 21
876
230 Pelajar Cemerlang SPM 2020 DUN Cukai Diraikan
230 Pelajar Cemerlang SPM 2020 DUN Cukai Diraikan
KEMAMAN, 14 Julai - Seramai 230 orang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai telah diraikan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat berkata, semua pelajar cemerlang yang memperolehi keputusan 5A sehingga 12A diraikan supaya menjadi motivasi kepada mereka untuk terus melanjutkan pelajaran mereka ke mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang menjadi pilihan mereka. "Saya sentiasa mendoakan suatu hari nanti mereka akan membawa pulang segulung ijazah sekali gus menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat. "Dalam masa yang dapat berkhidmat di dalam negeri, daerah atau seumpamanya bagi meneruskan legasi pemimpin yang lama sama ada di dalam politik, jabatan kerajaan ataupun lain-lain. "Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua sekolah dan guru-guru yang telah memberikan tumpuan sepenuhnya dengan menghabiskan banyak masa berkorban demi melihat anak didik mereka mencapai kejayaan. "Terima kasih juga kepada ibu bapa yang bukan sahaja membuka ruang kepada anak untuk menimba ilmu di sekolah, malah turut sama memberikan perhatian, tunjuk ajar dan sebagainya kepada anak-anak mereka itu ketika di rumah," ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI). Dalam pada itu, Hanafiah turut menyampaikan hadiah berbentuk wang tunai dan cenderahati kepada mereka yang disenaraikan sebagai pelajar cemerlang SPM 2020 bagi DUN Cukai. Majlis yang diadakan secara berperingkat selama dua hari iaitu Ahad dan Isnin lalu berlangsung di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Cukai. 
14 Jul 21
391
76 Pelajar Terima Hadiah Kecemerlangan
76 Pelajar Terima Hadiah Kecemerlangan
DUNGUN, 12 Julai - Seramai 76 pelajar menerima hadiah kecemerlangan dalam bentuk imbuhan wang sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha bagi menggapai kejayaan di masa hadapan. Mereka merupakan pelajar-pelajar Sijil Pelajar Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun mengingatkan  pelajar-pelajar berkenaan agar memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran agar kejayaan dapat diteruskan.  "Apa saja yang kita buat perlu dibuat dengan bersungguh-sungguh, cuba buat yang terbaik, tambah lagi dalam suasana kena belajar secara 'online', jangan buat lebih kurang, jangan tinggal solat, cuba solat awal waktu, insya-Allah kita berjaya dunia akhirat," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah tersebut di pejabatnya, baru-baru ini. Sementara itu, Siti Nur Zulaiqa Fatihah Ahmad, 18 bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) yang berjaya memperolehi 10A di dalam peperiksaan SPM 2020 menganggap ianya sebagai penghargaan daripada seorang pemimpin masyarakat untuk rakyatnya.  "Ianya juga menjadi penguat semangat untuk sentiasa berusaha mendapat kejayaan kerana kejayaan tidak datang bergolek, setiap orang perlu kuat untuk berjaya," ujarnya yang berhasrat menyambung pengajiannya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam bidang Syariah Islam. Alias sedang berkata sesuatu kepada Ruzaini sambil diperhati Adlina(tengah)  Ruzaini Harun, 49, pula berkata, sebagai ibu beliau menganggap hadiah tersebut sebagai dorongan kepada penerima-penerima termasuk anaknya Nurul Adlina Roslan,18, tambahan lagi terpaksa menyambung pengajian secara atas talian. "Alhamdulillah saya bersyukur Adlina berjaya dalam SPMnya dalam keadaan berhadapan dengan banyak cabaran budaya norma baharu ," katanya.
12 Jul 21
251
Six Ways To Improve Your Spoken English
Six Ways To Improve Your Spoken English
Written by : Nurul Aishah Awang  You might think that spoken English is not important and so decide to not improve your skill. However, do you know how easy it is to improve your speaking and how far you can go in life if you speak better English?  Now let’s look at some great tips on how you can advance your spoken English even in the comfort of your home during MCO. 1. Listen Before you can speak, you have to know what you want to talk about, right? You gain knowledge on what to talk about by listening. This goes without saying that listening and speaking go together.  Having a conversation is not just about speaking. Listen closely to the person you are talking with and pay attention to what they are saying. By mimicking the phrases used by the people who are conversing with you, the conversation will become smoother. The more you listen, the more you learn! You can listen to songs, news, poetry recitations, movies, the radio, etc., anything that you enjoy! Apart from picking up new words and common expressions, you can also hear how words are pronounced.    2. Watch films and imitate Who says you cannot have fun while learning? Watching movies is one such fun activity while also giving you an opportunity for learning. You can increase your fluency by watching English movies with subtitles on. As you listen to the actors speaking, the subtitles help you find out the exact words they are saying. From there, you can learn new words as well as strengthen your knowledge on words that you have already known. While textbooks are great for learning grammar, movies are great for speaking. You can get the idea of and experience real English in the most natural way. The context in the movie scenes will help you understand how certain words and phrases are used. Besides, you can imitate or act out the exact same way phrases in dialogues are spoken by the actors. Pay attention to the pronunciation and intonation while watching. Then, as you progress, imitate the actor by using your own words but in longer speech.   3. Learn phrases rather than single words Another tip to increase your speaking fluency is to pick up phrases rather than individual words. Vocabulary is incredibly important, however, phrases will help you remember what to say in specific situations.  Comic strips, song lyrics, podcasts, English-translated manga, and magazines are just a few examples of resources you can use to learn phrases. You may practice imitation of cool phrases to use in your everyday English conversation. You can use other phrases like “What’s up, dude?” or “How is it going, mate?” which all means the same thing as the standard greeting “Hello, how are you today?” Now, how cool is that? Be reminded though that some expressions are not ideal for certain situations, so learn more!   4. Speak, speak, speak “Knowledge is of no value unless you put it into practice.” (Anton Chekhov) Skill is something that you must build with practice. The only way you can speak English better is to use it, there is no other way around this.  Make sure that every day you make time to practice your speech. There are free language learning apps to help you commit to practicing daily. Use any opportunity in your daily life to speak even if you speak a little English. You can speak to your friends, family members, classmates, coworkers, and employees at coffee shops, supermarkets, and anywhere you go.  Or, if you feel that you need someone dedicated to practicing speaking with you, you can find a language exchange partner.    5. Use a Mirror Sometimes, the best practice buddy is your very own self in the mirror. You have the advantage of being available any time you want, and nobody else is present to judge you.  While dressing yourself in the mornings you can spend a little bit of time in front of the mirror to practice speaking. Choose a topic, set a timer for two or three minutes, then speak away. If you get stuck on a word you do not know, try expressing your idea in a different way. You can always look up how to say that word after the two to three minutes end. Do not worry about the grammar structure just yet. The most important thing here is that you are confident enough to verbally utter the words. Practicing in front of the mirror allows you to experiment with your gestures and articulation in speaking. You can watch your mouth, face, and body language as you speak, then modify them as you think fit.    6. Follow TrenglishxCommunity Online Did you know that you can also learn English online with TrenglishxCommunity (TxC)? While the concept of online learning is nothing new and there are tons out there to choose from, TxC is special because it is a program by Terengganuans for Terengganuans. TxC has social media pages that you can visit to get daily English learning tips and fun language content. These will come in handy as you practice your English. TxC is on Facebook, Instagram, and also YouTube. You can follow these pages so that you will receive updates. Stay tuned because TxC also offers online classes from time to time. Every practice is a learning process, and mistakes are opportunities to learn. All these tips above would help you become the English speaker you want to be.  Remember that unless you practice speaking you will never build the skill. It will make it easier for you to be fluent in your speaking skill and be more confident when you are talking to others. Dream big and practice the skill.   References: https://englishlive.ef.com/blog/language-lab/10-top-tips-improving-spoken-english/ https://www.ef.com/wwen/blog/language/how-to-improve-your-spoken-english/ https://tofluency.com/speaking-english-fluently/ https://www.englishexpress.com.sg/articles/5-simple-ways-to-learn-english-effectively/
12 Jul 21
833
103 Pelajar Cemerlang SPM Di Setiu Terima Ganjaran
103 Pelajar Cemerlang SPM Di Setiu Terima Ganjaran
SETIU, 9 Julai - Seramai 103 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di sini diraikan Ahli Parlimen Setiu atas kejayaan memperolehi keputusan cemerlang 7A dan ke atas.  Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, hadiah tersebut sebagai menghargai usaha keras mereka sehingga mendapat keputusan yang cemerlang. “Alhamdulillah selesai sudah agihan saguhati kecemerlangan SPM 2020 kepada seluruh pelajar dalam Parlimen Setiu yang mendapat keputusan 7A ke atas. Seramai 103 penerima saguhati ini yang mana saya dan wakil sampaikan secara rumah ke rumah. "Semoga semua yang cemerlang ini lebih berusaha pada masa akan datang untuk mengekalkan kecemerlangan yang telah mereka semua kecapi ini. “Tapi kena ingat kejayaan ini bukan kejayaan yang selamanya, perjalanan masih jauh dan pelbagai lagi ranjau dan liku-liku yang perlu ditempuhi nanti. Saya doakan semoga pelajar-pelajar ini dapat menyambung ke peringkat pengajian yang lebih tinggi dan yang paling penting menjadi pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat," katanya selepas mengagihkan hadiah tersebut semalam. Pengagihan kepada semua pelajar cemerlang itu telah bermula sejak hari Rabu bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit dan Jabi, manakala bagi DUN Permaisuri dan Langkap pada hari Khamis. Tambah beliau, pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga akan mendapat diberikan ganjaran. “Insya-Allah minggu depan kita agih pula kepada pelajar yang cemerlang STPM dan STAM," katanya.
09 Jul 21
295
900 Pelajar Terima Tablet
900 Pelajar Terima Tablet
MARANG, 9 Julai - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) telah mengagihkan 900 peranti kepada pelajar luar bandar bagi memastikan sesi pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dapat diikuti dengan baik. Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris berkata, peruntukan sebanyak RM351,550 itu akan dapat membantu meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan alatan berkenaan. "Fasa pertama ini antara kriteria yang kita pilih adalah pelajar dari golongan keluarga B40 dan juga M40 yang melibatkan 70 peratus daripadanya berada dalam wilayah KETENGAH dan 30 peratus adalah di luar wilayah. "Kita akan ada lagi fasa seterusnya yang kini dalam proses mengenal pasti mereka yang layak  dan betul-betul memerlukan, agar setiap  mereka daripada keluarga yang berpendapatan rendah ini memiliki satu peranti," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media ketika sidang media program agihan  peranti berkenaan, di Pejabat Pendidikan Daerah Marang, di sini, pada semalam. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman, Pengurus Besar KETENGAH, Tengku Ahmad Tengku Musa dan Pengarah Pendidikan negeri, Salim Abdul Ghani. Razali berkata, bagi memastikan proses pembelajaran itu berjalan dengan lancar, pihaknya juga telah turut mengemukakan masalah berkait liputan telekomunikasi yang lemah dialami penduduk KETENGAH. "Sebenarnya pihak kerajaan telah sedia maklum, cuma saya tekankan lagi supaya dilihat lebih spesifik dan juga telah dibawa kepada pihak Suruhanjaya komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). "Wilayah ini berada di hujung Terengganu meliputi Hulu Terengganu, Kemaman terutamanya di kawsan pedalaman Daerah Dungun yang menghadapi masalah kritikal berkait liputan internet," katanya. Sementara itu, Salim berkata pihaknya sangat berterima kasih kepada pihak KETENGAH atas insiatif berkenaan. "Insya-Allah ini merupakan satu benda yang sangat besar bagi kami, kerana dapatan kami mendapati tugasan yang diberikan secara 'offline' tidak dapat disiapkan segera, berbeza secara atas talian segala tugasan  yang diberikan kepada pelajar dapat disemak segera. "Jadi ini akan dapat meningkatkan kesungguhan para pelajar, ia merupakan satu anugerah yang bermakna diterima oleh mereka yang layak," katanya. Dalam pada itu seorang pelajar, Nur Izzah Insyirah kamaruzaman, 15, berkata dia sangat bersyukur kerana terpilih menerima bantuan tersebut. "Di rumah bagi memastikan saya bersama dua adik yang berada di Tingkatan dua dan darjah lima tidak tercicir dalam pelajaran, ayah menyediakan satu telefon yang kami kongsikan bersama jadi agak susah menyiapkan kerja sekolah yang cikgu berikan. "Sangat gembira terpilih menerima bantuan secara tidak langsung telah memudahkan saya untuk menghantar tugasan dengan cepat," katanya.
08 Jul 21
326
Pelajar Cemerlang SPM Terima Hadiah Kecemerlangan
Pelajar Cemerlang SPM Terima Hadiah Kecemerlangan
MARANG, 7 Julai - Seramai 71 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan cemerlang menerima hadiah kecemerlangan daripada Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang. Hadiah berupa wang tunai, dan sijil penghargaan, dua buah buku bertajuk "Profil Insan Teragung" dan "40 Hadis Pilihan, Pembinaan Modal Insan" hasil karya daripada Ahmad Fauzi Hassan, seorang pensyarah daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman berkata, hadiah kecemerlangan itu mula diagih 6  Julai. To' Puan Seri menyampaikan hadiah kepada adik Muhammad Haikal Md Imran yang mendapat keputusan 12A "Setiap hadiah akan dihantar ke rumah pelajar oleh kakitangan DUN Rhu Rendang termasuk Isteri Menteri Besar Terengganu, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman. "To' Puan Seri akan terlibat dalam menyampaikan hadiah kepada 10 orang pelajar paling cemerlang termasuk dua orang pelajar yang mendapat keputusan 12A dan 11A di sini, " katanya. Menurutnya lagi, mereka yang berkelayakan mestilah mendapat 6A ke atas, dan ibu bapa merupakan pengundi DUN Rhu Rendang tanpa mengira dari dalam atau luar negeri. "Kita berharap pelajar ini dapat memanfaatkan kejayaan yang diperolehi, malah meneruskan kejayaan pada peringkat seterusnya. Manakala yang belum berjaya, ingatlah bahawa perjalanan anda masih panjang dan teruskan berusaha, " katanya. Beliau berkata ketika selesai menyerahkan hadiah kecemerlangan kepada salah seorang pelajar di kampung Tertak Batu yang juga mendapat keputusan 9A. Turut menyerahkan sumbangan tersebut adalah Pengarah Majlis Tindakan Dun Rhu Rendang, Hasan Awang dan Ketua Pemuda PAS Dun Rhu Rendang, Ziyad Zakaria.
07 Jul 21
1130