lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Empty Image
Penampilan Istimewa Emma Maembong Di Program Apresiasi JM Aziz
Penampilan khas Emma Maembong dalam Bengkel Seni Lukis sempena Program  Malam Apresiasi JM Aziz . Foto Harish Fadzillah Kassim     Orang ramai berpeluang melihat dengan lebih dekat dan mempelajari seni lukisan secara percuma sempena Bengkel Seni Lukis bersama pelukis terkenal negara, Ismail Embong di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, selama dua hari bermula 22 Oktober ini.   Bengkel  berkenaan dianjurkan pada Program Malam Apresiasi JM Aziz itu turut menampilkan anak-anak pelukis berkenaan yang juga selebriti popular negara termasuk Emma Maembong dan Chacha Maembong.   Penampilan istimewa Emma atau nama sebenar Fatimah Ismail bersama adik-beradiknya yang lain bermula pada jam 2 hingga 4 petang, untuk bersama-sama menunjukkan bakat melukis bersama bapanya.    Ismail berkata, Bengkel Seni Lukis kali pertama di Terengganu di tempat terbuka itu dibuka kepada orang ramai, berbanding sebelum ini tertumpu kepada kumpulan tertentu seperti penuntut universiti, kakitangan agensi kerajaan dan swasta serta pelajar sekolah sahaja.   Ismail Embong Katanya, orang ramai terutama masyarakat setempat sewajarnya merebut peluang itu  untuk mengenali secara mendalam apa erti seni lukis, jenis-jenis lukisan, kaedah betul ketika melukis, penghayatan, pengolahan dan penampilan imej serta subjek.   “Saya dibantu Emma akan menjayakan bengkel seni lukis itu dengan membawa lebih 20 karya seni dalam pelbagai jenis serta saiz.   “Pihak lain yang turut terlibat ahli Persatuan Pelukis Terengganu di mana setiap ahli akan mempamer dan mempersembahkan hasil karya masing-masing,” katanya ketika ditemui Teganukita, di Warisan Sari, Laman Santai Gamelan, Tok Jembal, semalam.   Malam Apresiasi JM Aziz turut menjanjikan pelbagai aktiviti menarik lain seperti pementasan teater, sajak, puisi dan lakonan berkaitan kisah hidup penyair terkenal tanah air, Allahyarham J.M. Aziz atau nama sebenarnya Abdul Aziz Abdul Rahman.   Aktiviti sampingan lain, sukan pemotoran yang dikelola Persatuan Permotoran Terengganu.
16 Oct 16
656
Empty Image
Fiesta Panjat Dan Makan Duku OKB Tarikan Terbaru Pelancongan
Fiesta Panjat dan Makan Duku Orang Kuala Berang(OKB) bakal menjadi satu tarikan terbaru yang bakal dimasukkan dalam kalendar pelancongan di Terengganu dan Hulu Terengganu khasnya.Pada masa yang sama, aktiviti itu juga mampu membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Berang,Tengku Putera Tengku Awang berkata, program yang akan mengisi kalendar pelancongan OKB itu adalah satu alternatif bagi membantu golongan petani yang menghadapi masalah lambakan buah-buahan tempatan terutama duku pada setiap kali musim buah."Orang ramai boleh menikmati keenakan buah duku yang ada dengan memanjat dan memungutnya serta makan sepuas-puasnya sambil berkelah di tepi sungai yang mempunyai permandangan menarik. Malah pada hari ini kita membayar untuk 80 pokok dan diagihkan kepada orang ramai untuk menikmatinya."Ia juga dpt membantu serba sedikit pekebun memandangkan harga duku yang terlampau rendah sekarang di samping mempromosikan buahan tempatan kepada orang luar.Beliau berkata demikian kepada Teganukita selepas Program Fiesta Panjat Dan Makan Duku OKB di Sungai Kodok, Paloh,Kampung Langgar, semalam.Menurut Tengku Putera, promosi makan buah, 'Makan Sampai Kenyang' yang diadakan itu mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran lebih 500 orang termasuk 300 pelajar sekolah yang menyertai Hari Sukan Negara, baru-baru ini.Katanya lagi, program seperti ini jika di viralkan di media sosial tentang keunikan peluang membeli pokok duku di kebun, panjat dan memungut sendiri buah serta mencipta kelainan,mampu menarik pelancong luar datang ke kampung-kampung yang mempunyai lambakan pokok duku."Bila diviralkan, orang ramai akan datang untuk melihat sendiri dan membelinya. Secara tidak langsung mampu membantu meningkatkan pendapatan penduduk yang bergantung pada hasil duku yang semakin murah kerana lambakan duku yang semakin banyak,"kata Tengku Putera lagi.Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Jalaluddin Ismail, Penghulu-penghulu Mukim,Ketua-ketua Jabatan dan penduduk kampung.Sementara itu, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik berkata, program yang julung kali diadakan itu berupaya menjadi program tahunan untuk pelancongan di Hulu Terengganu."Tahniah saya ucapkan kepada Tengku Putera kerana berjaya melaksanakan program yang hebat dan pertama kali saya lihat begitu menarik. Saya sendiri cukup teruja apabila merasai sendiri pengalaman panjat dan makan duku secara ramai- ramai,"ujarnya lagi.Bagi pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu(SAHUT), Irdina Sahira Ismarhadi,14, dari Marang, berkata, program ini mengajarnya satu pengalaman yang cukup hebat sebagai orang muda mengenai erti kesusahan seorang petani."Teruja sangat tengok dan merasai susahnya panjat pokok duku ketika panas untuk kumpul hasil..tapi hari ni saya rasa gembira dapat rasa sendiri pengalaman yang akan jadi kenangan terbaik tahun ini,"ujarnya lagi.
16 Oct 16
1271
Empty Image
Tarikan Sungai Kodok, Hulu Terengganu Mampu Jadi Produk Pelancongan
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Berang komited untuk menjadikan Sungai Kodok, Paloh di Kampung Langgar dan lokasi sekitarnya sebagai produk eko pelancongan terbaharu di Hulu Terengganu selewatnya pada 2017.Tengku Putera Tengku Awang berkata kawasan tersebut terletak di perkampungan tradisional Melayu dengan keistimewaan alam semula jadi dan landskap menarik."Terdapat tasik asli berbentuk paloh seluas kira-kira 6.4 hektar yang berpotensi dimajukan sebagai kawasan pelancongan inap desa yang semakin digemari pelancong dari dalam dan luar negara."Strategiknya kawasan ini kerana punyai dusun buah-buahan, jadi akan ada aktiviti yang menyeronokkan kepada pelancong yang datang termasuklah mengail ikan air tawar di tasik," kata beliau kepada Teganukita ketika ditemui selepas program Fiesta Panjat Duku dan Makan Duku di Kampung Langgar, semalam.Menurut Tengku Putera lagi, banyak aktiviti menarik boleh dilakukan di kampung tersebut antaranya seperti memancing di sungai berkenaan dan menyusuri persekitarannya dengan berkayak."Berbekalkan udara yang nyaman, kawasan yang dipenuhi pohon buah-buahan itu juga pastinya akan memberikan pengalaman berbeza kepada setiap pengunjung berbanding dengan percutian di tempat lain."Malah di situ juga, pengunjung dapat turut sama menikmati buah-buahan seperti durian, duku dan manggis pada setiap kali musim buah-buahan," katanya.Tengku Putera berkata, pusat pelancongan ini akan dibangunkan melalui Koperasi Kampung Langgar dengan kerjasama pemaju-pemaju yang terlibat selewatnya pada tahun depan.Tambahnya, perancangan merealisasikan hasrat itu termasuklah membina pusat-pusat penginapan ala kampung, chalet terapung, restoran terapung, tempat mengail bagi kaki pancing, pusat kraftangan dan juga inap desa."Uniknya juga Kampung Langgar ialah sejarahnya yang mana pernah menjadi tempat persinggahan dan pusat ilmu sewaktu pertabalan Sultan Zainal Abidin yang pertama di Tanjung Baru. Jadi semua ini akan kita hidupkan balik sejarahnya melalui pembinaan semula kawasan yang terlibat."Kita mahu orang yang datang rasa seronok bila melancong ke sini dan beritahu kepada orang lain tentang kehebatan pusat pelancongan ini supaya ianya akan terus menjadi viral sekaligus membantu mempromosikannya di media sosial,"ujarnya lagi.Beliau berkata, kerajaan negeri juga boleh menyenaraikan kawasan ini dalam peta pelancongan negeri supaya orang luar tahu kewujudan tempat ini sekali gus membantu dapat menambah pendapatan penduduk setempat.
15 Oct 16
88
Empty Image
Temco 2016 Platform Promosi Industri Pelancongan Negeri
Seminar Antarabangsa Ekopelancongan dan Pelancongan Marin Terengganu (Temco) 2016 bakal meningkatkan industri pelancongan di Terengganu sekaligus dijadikan sebagai platform untuk menghadapi Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.            Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan II, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berkata penganjuran seminar kali ketujuh tersebut diadakan bertujuan memberi fokus dalam mengekalkan kelestarian khazanah alam sekitar.Katanya, Temco 2016 itu juga diadakan sebagai salah satu pentas untuk membincangkan dan percambahan minda ke arah melahirkan idea dalam sektor ekopelancongan dan pelancongan marin.“Pelancong sekarang lebih terarah pada ekopelancongan. Jika kita ke seluruh negara termasuk di negara kita, ekopelancongan merupakan satu industri yang amat diminati.“Temco 2016 kali ini bakal mempersembahkan program yang bersesuian di dalam bidang ekopelancongan dan pelancongan marin oleh pakar-pakar berkaitan daripada pengusaha-pengusaha industri pelancongan, wakil kerajaan negeri, wakil akademik, wakil persatuan pelancongan, pemandu pelancong serta orang awam,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Temco 2016 di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Terengganu, Zanariah Mamat@Zakaria dan Pengurus Promosi Sekretariat Beautiful Terengganu, Ahmad Fathil Abd Ghani.Dalam program anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Negeri tersebut, seramai 180 peserta dari dalam dan luar negara telah menyertainya.Tambah Tengku Zaihan, visi bagi program tersebut adalah untuk menjadikan Terengganu sebagai destinasi pelancongan terunggul di dalam sektor ekopelancongan dan pelancongan marin di rantau ini.  Dalam pada itu, beliau juga berharap agar rakyat negeri Terengganu khususnya dapat mempromosikan TMT 2017 dengan penggunaan #beautifulterengganu di media-media sosial supaya dapat merancakkan aktiviti pelancongan di negeri ini.
10 Oct 16
118
Empty Image
Silat Kura-Kura Serlah Kehalusan Seni Budaya Rakyat Hulu Terengganu
Gerak tari yang sangat teratur dan 'menawan', bahkan lenggok badan penuh gemalai ketika menarikan silat kura-kura, menggambarkan kelembutan dan kehalusan seni budaya rakyat di Hulu Terengganu.Guru Silat Kura-kura, Mohd Yatim Isa,74, berkata, gerak tari seni silat ini hanya masih wujud di Kampung Menerong, Hulu Terengganu dan kini mula mendapat perhatian sama ada dalam atau luar negeri."Asalnya persembahan seni silat kura-kura ini dimainkan ditempat berpasir sama ada di tepi sungai atau di tepi pantai. Dahulunya, seikat pisang akan digantung ditempat persembahan.Menurut Yatim, gelagat ingin merebut pisang tersebut dengan pelbagai aksi gerakan siku lengan, lenggok kepala dan muncung mulut merebut pisang itu menjadikan persembahan tersebut melucukan.Tambahnya lagi, satu perkara yang menarik mengenai seni silat ini apabila rekaan baju kumpulan silat berbentuk seperti kulit cengkerang kura-kura."Seni warisan bangsa ini mestilah dipelajari supaya tidak pupus ditelan zaman. Ia merupakan tarian yang sangat unik dan memerlukan minat serta kepakaran yang tinggi untuk dipersembahkan,"katanya kepada Teganukita/The Iman Tribune ketika ditemui di Kampung Menerong, baru- baru ini.Yatim kini banyak menghabiskan masa untuk mengajar seni silat kura-kura di rumahnya sekiranya tiada undangan untuk membuat persembahan.Dia kini mempunyai lapan orang pelajar terdiri daripada golongan remaja dan kanak-kanak.Bagi Mohd Pawi Tambun,56, seni silat ini adalah sebahagian daripada maruah orang Melayu serta melambangkan ketinggian akal budi dan kecerdasan minda bangsa Melayu sejak zaman-berzaman.Beliau yang mula mempelajari seni silat ini sejak berusia 15 tahun kerana minat yang mendalam dalam persilatan di samping ingin memastikan warisan ini tidak pupus di kalangan masyarakat sekarang."Apabila gendang dipalu, saya seolah diserap ke dalam muzik dan membuatkan saya berada dalam keadaan tidak sedar dan berhalusinasi serta membayangkan keadaan sebenar seolah-olah kamilah sang kura kura yang ada di persekitaran."Kalau diikutkan, keadaan itu menampakkan lenggok silat kura-kura yang semula jadi kerana lebih menjiwai karakter tersebut. Oleh sebab itulah ia mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri,"katanya.Katanya, kini masih ada dalam kalangan anak-anak muda yang sudi mempersembahkan kesenian tradisional Melayu yang merupakan tarian yang sangat unik serta memerlukan minat dan kepakaran yang tinggi untuk dipersembahkan.Minat dan potensi itu dapat dilihat pada adik Mohammad Azizul Hakimi,15, yang sanggup meluangkan masa tiga kali seminggu untuk mempelajari silat ini bersama-sama rakannya yang lain.Beliau berkata, masyarakat pada hari ini harus berjuang mempertahankan satu kesenian bangsa yang semakin pupus zaman ditelan arus kemodenan."Silat ini mempunyai kesenian yang mendalam sekali gus melambangkan ciri-ciri kemelayuan yang sangat tinggi, melihat lenggok dan gerak-gerinya saja pasti akan terpukau,"kata Azizul lagi
05 Oct 16
2088
Empty Image
Tasik Berombak Penemuan Baru UMT
Tasik Berombak di Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetland),  satu-satunya kawasan tasik air tawar terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang boleh dijadikan sebagai  kawasan tarikan pelancong kerana mempunyai keunikan sendiri termasuk pembentukan dan habitat tumbuhan dan haiwan.Mempunyai keluasan sekitar  1,000 hektar persegi itu terletak di antara Kuala Setiu dan Kampung Bintang di mana suatu ketika dahulu menjadi laluan air kepada penduduk kedua-dua kampung itu.Ketua Stesyen Penyelidikan Tanah Bencah, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Profesor Madya Dr. Jamilah Salim@Halim berkata, ianya satu penemuan baru oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT)  dan diperingkat akhir kajian Kumpulan Penyelidik Tanah Bencah UMT."Kita sudah membuat kajian lebih dua tahun yang lalu, pada asalnya ia adalah sebuah laguna air payau tetapi menjadi tasik air payau sepenuhnya selepas pergerakan lebih jauh dari aras laut sebagaimana kini, pembentukannya lain daripada yang lain."Dari segi sejarah tasik ini adalah jalan air yang menghubungkan kawasan Kampung Bintang ke Kuala Setiu, ianya juga menjadi kawasan penangkapan ikan air tawar seperti haruan, toman, bujuk, belida dan arowana," katanya.Dr. Jamilah berkata, penyelidikan mendapati ini sebahagian kawasan tasik ini ialah tanah gambut muda yang masih aktif."Kawasan ini juga kini dipenuhi pokok kelapa sawit yang diusahakan secara pajakan dan kita mengharapkan kawasan ini akan terus dipulihara apabila tempoh pajakanya tamat. Pada hakikatnya kawasan ini tidak praktikal untuk tanaman kelapa sawit kerana ia kurang subur dan berpasir," katanya.Menurutnya, pembentukan tanah gambut di kawasan Tasik Berombak itu lain daripada pembentukan tanah gambut biasa dimana pada musim kemarau ianya menjadi kering."Dulu, pasir dari laut mendap, apabila laut bergerak lebih jauh kawasan itu akan terkepung dan dimasuki air tawar sepenuhnya, ia menjadi tanah bencah air tawar sepenuhnya. Bahan organik daripada tumbuhan yang terperangkap antara lapisan itu yang menjadi tanah gambut,"Fungsi utama kawasan tanah gambut ini sebagai kawalan hidrologi, ianya menyimpan air, ketika kemarau ianya kering tetapi air masih ada di bahagian bawah kerana itulah ia di panggil tanah bencah," katanya.Katanya, apabila musim tengkujuh ia akan menyerap air dan menjadi penebat banjir untuk menakung air, beberapa kawasan dilanda banjir boleh di kawal. "Tasik Berombak juga membekal air tawar kepada Laguna Setiu yang menjadi slumber ekonomi penduduk setempat," katanya.
03 Oct 16
621
Empty Image
Terowong Bukit Tebuk Simpan Nostalgia `Bandar Bijih'
Destinasi bersejarah, Terowong Bukit Tebuk di Bukit Besi, Dungun mungkin agak asing bagi generasi baharu. Bagaimanapun, individu atau keluarga yang pernah memerah keringat sebagai pelombong bijih besi suatu masa dahulu, pastinya akan terimbas memori apabila menyebut perihal artifak yang masih teguh berdiri itu.Terletak 33 kilometer (km) dari Bandar Dungun dan 77 km dari Kuala Terengganu, Bukit Tebuk menyimpan cerita tersendiri dan kisah sejarahnya turut diabadikan pada monumen Tourism Malaysia di situ. Menurut catatan sejarah, terowong sepanjang 15 meter itu dibina tentera Jepun pada 1935 sebagai laluan keretapi bijih besi bermula kawasan perlombongan Bukit Besi ke lokasi pengumpulan bijih besi di Sura Gate,Dungun.Apa yang menarik, di dalam terowong itu terdapat dua bilik kecil berbentuk separuh bulatan dan tidak mempunyai pintu.Dikatakan bilik itu dijadikan sebagai tempat menyorok atau menyelamatkan diri bagi pejalan kaki atau penunggang basikal jika keretapi sedang melalui terowong itu.Pada 1 Oktober 1970, Eastern Mining and Metal Berhad (EMMCO) yang menjadi pengusaha bijih besi pada ketika itu telah membuat keputusan untuk menutup terowong Bukit Tebuk atas faktor tertentu.Sementara itu, pada 8 September 1971, sektor perlombongan di Bukit Besi ditutup sekali gus penggunaannya sebagai laluan keretapi terhenti. namun begitu, terowong ini terus menjadi laluan alternatif penduduk setempat untuk ke Bandar Dungun.Untuk mengetahui lebih lanjut dan melihat dari dekat  artifak sejarah yang ditinggalkan, bolehlah berkunjung ke Bukit Tebuk.
27 Sep 16
2228
Empty Image
Perahu Besar Kemajuan Gah Diabadi Di Muzium Negeri
Muzium Negeri Terengganu yang diiktiraf terbesar di Asia Tenggara menempatkan artifak dan hasil seni warisan berusia beberapa kurun lamanya, termasuk perahu besar yang diberi nama Kemajuan.Perahu yang didaftarkan dengan nombor pendaftaran T.65 adalah dari jenis Pinis Dogol mempunyai ukuran 73 kaki panjang, 22 kaki lebar dan 8 kaki 6 inci kedalaman dengan kadar muatan lebih kurang 2,500 pikul.Perahu tersebut adalah kepunyaan Hajah Nik Haji Muhammad Kaya dan cucunya, Haji Long Haji Su yang tinggal di Kampung Losong atau kini dikenali sebagai Losong Haji Muhammad Kaya.Pengangkutan air itu dibina pada 1946 iaitu selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan proses pembinaannya dipercayai memakan masa selama lapan bulan menerusi penyeliaan Haji Muhammad Abd Hamid, seorang tukang penimbal atau dikenali juga sebagai ketua tukang perahu besar yang tinggal di Kampung Duyung.Pelayaran yang pertamanya adalah menuju ke Barn Lern, Selatan Siam, Thailand untuk mengangkut garam pada 1947 yang dinakhodai sendiri oleh Haji Long bersama 12 orang awak-awak.Selepas 1952, perahu ini dinakhodai oleh Che Ngah Hitam sehinggalah operasinya terhenti pada 1980 apabila kegiatan pengimportan garam tidak lagi aktif.Pada Januari 1982, perahu besar ini telah dijual kepada pihak Muzium Negeri Terengganu oleh anak Hajjah Nik, Haji Abdul Rahman Haji Taib untuk diabadikan di Muzium Maritim, Kompleks Muzium Negeri Terengganu di Bukit Losong sebagai warisan sejarah pelayaran orang-orang Melayu di Terengganu.
27 Sep 16
2627
Empty Image
Warisan Pahlawan Resort, Inspirasi Istana Zaman Silam
Rumah kayu yang lazimnya dikaitkan sebagai simbol kemiskinan dan ketinggalan zaman, dijelmakan sebagai satu simbol kemewahan dan kemegahan. Jika dari sisi lainnya, suatu yang mungkin berakhir sebagai bahan terbuang dan boleh lenyap begitu sahaja, diubah menjadi begitu masyhur di Warisan Pahlawan Resort di Kampung Pauh, kira-kira lima kilometer dari Bandar Kuala Berang. Resort yang berinspirasikan istana Terengganu pada era Sultan Mansor Shah ke-2 ini dilihat sebagai satu mahakarya cukup menarik terutama kepada peminat seni lama termasuk pelancongan ke negeri ini.  Lapan buah rumah yang menghiasai resort ini diberi nama dengan nama tokoh-tokoh agama serta pahlawan Melayu, antaranya Tok Ku Paloh, Tok Gajah, Mat Kilau, Tok Ku Pulau Manis dan Tok Kenali.Contohnya, Rumah Mat Kilau diberi nama kerana rumah yang berusia lebih 150 tahun itu pernah menjadi tempat persinggahan pahlawan tersebut sebelum dialihkan ke resort ini.Walaupun berkonsepkan tradisional, kemudahan moden turut disediakan bagi keselesaan pengunjung yang menginap seperti penghawa dingin, dewan seminar dan dewan makan.Kadar sewaan di Warisan Pahlawan Resort bermula daripada serendah RM40 hingga RM100 semalam untuk sebuah bilik.Manakala bagi kadar sewaan rumah pula adalah dari RM250 hingga RM350 semalam bagi sebuah rumah yang mempunyai antara empat hingga enam bilik. Warisan Pahlawan Resort menjadi lambang kecintaan pemiliknya, Tuan Ahmad Tuan Abdullah, 56, terhadap warisan negeri dan kebanggaan itu dikongsi bersama orang lain agar warisan silam tidak pupus ditelan zaman.
25 Sep 16
1398
Empty Image
Perkampungan Hainan Terbesar 'Tersembunyi' Di Kemaman
Siapa sangka kawasan terpencil di Daerah Kemaman terdapat sebuah perkampungan Cina yang masih mengekalkan adat, budaya dan tradisinya.Demikian kehebatan sebuah perkampungan Hainan di Kampung Baru Ayer Jernih, yang masih kekal kewujudannya sejak lebih 100 tahun lalu.Umpama berada di sebuah pekan kecil di Negara China, kawasan perkampungan tersebut dilatari dengan pemandangan deretan bangunan lama dua tingkat yang amat klasik diperbuat daripada kayu selain menggunakan reka bentuk lama dengan kebanyakan rumah masih menggunakan pintu papan berlapis.Sebaik melangkah ke situ, pintu gerbang yang dihias indah seakan mengalu-alukan kedatangan pengunjung selain penduduknya yang peramah dan mesra.Keriuhan suara penghuninya jelas kedengaran tatkala sekumpulan warga emas yang asyik bermain mahjung di kedai kopi bersama-sama rakan mereka yang turut menambahkan lagi aura suasana desa.Pekan Air Jernih merupakan perkampungan Hainan terbesar di Malaysia yang mempunyai kepadatan hampir 1,000 orang penduduk.Hampir 75 peratus penduduk di kawasan tersebut melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi dan pertanian seperti lada hitam dan getah.Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu, ramai generasi baru perkampungan tersebut berhijrah ke bandar menyebabkan jumlah penduduk semakin berkurangan dan hanya warga emas yang masih tinggal di situ.Perkampungan tersebut turut mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti sekolah, klinik, dewan, tokong, balai polis dan tanah perkuburan.
24 Sep 16
1523