lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Empty Image
LAJSM Jadi Acara Utama TMT 2017
Kerajaan negeri akan menjadikan  program  Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) sebagai acara utama sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017 tahun hadapan.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sambutan luar biasa peserta setiap tahun menyaksikan acara itu mampu menjadi tarikan pelawat untuk mengunjungi Terengganu pada setiap kali penganjurannya.Katanya, bagi tahun ini penyertaan bagi LAJSM telahpun mencapai sasaran awal iaitu seramai 50,000 peserta sekaligus menyaksikan peningkatan hampir 70 peratus berbanding tahun lalu."Tahun lepas, kita dapat 30,000 penyertaan sahaja, kemudian saya beritahu Majlis Sukan Negeri supaya lebih banyak promosi dibuat dan Alhamdulillah hasilnya pada hari ini, kita berjaya dapatkan 50,219 peserta untuk acara ini.  "Dari jumlah itu, seramai 200 peserta adalah dari luar negara dan ini secara tidak langsung bukan sahaja dapat memberi impak positif terhadap industri sukan negeri malah akan meletakkan industri pelancongan Terengganu di mata dunia," katanya. Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah LAJSM 2016 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong; Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu dan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Mohd Zukifli Abu Bakar.Pada kejohanan kali ini sebanyak 10 kategori telah dipertandingkan dengan hadiah keseluruhan sebanyak RM300,000 telah ditawarkan kepada peserta.Bagi kategori 42 kilometer (km) lelaki dan wanita terbuka antarabangsa, juara dimenangi oleh peserta dari Kenya, Gilbert Muge dengan catatan masa 2 jam 33 minit dan 44 saat manakala Susan Jemutai Kosgei menamatkan larian dengan masa 3:04:33s. Masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.Dalam kategori lelaki terbuka pula, pelari kelahiran Kedah, Muhaizar Mohamad berjaya merangkul gelaran juara dengan menamatkan larian sejauh 21 km menerusi catatan masa terbaik 1:10:54s meninggalkan Mohd Jironi Riduan (1:11:57s) dan Ow Yong Jin Kuang (1:13:25s).Manakala dalam acara yang sama bagi wanita, pemegang rekod kebangsaan 21 km, Sheela Samivellu berjaya mempertahankan kejuaraannya buat kali keempat berturut-turut dengan catatan masa 1:34:21 menewaskan pencabar terdekatnya Tahira Najmunisaa Muhammad Zaid ditempat kedua (1:34:21) dan Melissa Lim Yi Xin ditempat ketiga (1:35:54).Sementara itu, Nor Amelia Musa pula berjaya melakarkan kejayaan cemerlang bagi kategori wanita  apabila meraih kemenang keempat berturut-turut selepas menamatkan perlumbaan dengan masa terpantas (1:33:06) di depan Kok  Swee Sen (1:42:04s) dan Chua Mei Yin (1:51:50s).
24 Sep 16
514
Empty Image
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud Sabtu Ini, Catat 50,219 Penyertaan
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2016  berjaya mencatatkan penyertaaan hampir 70 peratus dengan jumlah 50,219 peserta berbanding 30,000 peserta pada tahun lalu.Peningkatan penyertaan termasuk 200 peserta dari luar negara seperti   Thailand, Amerika Syarikat, Uganda, Indonesia, Nigeria, Ethopia, Perancis, Nepal, Jepun dan Croatia untuk bersaing pada 24 September (Sabtu) ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, penganjuran LAJSM berkonsepkan sukan pelancongan itu  mencatatkan peningkatkan peserta pada setiap tahun  hasil promosi berterusan dan tarikan hadiah yang ditawarkan.Katanya, berdasarkan rekod, penganjuran pada 2012 menarik minat hanya 4,000 peserta, 2013 (8,022 peserta), 2014 ( 22,000 peserta) dan pada tahun lalu pula mencatatkan jumlah 30,000 peserta.“Apa yang membanggakan, jumlah peserta yang dicatatkan pada tahun ini dengan jumlah 50,219 peserta adalah rekod terbaik sepanjang tempoh lima tahun penganjuran.“Perkembangan itu juga melebihi sasaran Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman yang mahu mencapai 50,000 pada tahun ini bertujuan promosi Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017,” katanya dalam satu kenyataan kepada Teganukita.Katanya, pada kejohanan kali ini sebanyak  RM300,000 hadiah keseluruhan ditawarkan kepada peserta di mana masing-masing  yang melibatkan diri dalam 10 kategori.   “Dia berharap imej penganjuran LAJSM dapat dikekalkan seperti mana di zaman kegemilangannya dan sekaligus menjadikan ianya setaraf dengan ‘Penang Bridge International Marathon’ ataupun ‘ Standard Chartered KL Marathon’ serta lain lain kejohanan marathon yang sudah ‘ di seluruh Malaysia,” katanya.
22 Sep 16
721
Empty Image
Warisan Sari Martabat Seni Gamelan
Tersergam indah Warisan Sari, menjadi tapak mekarnya seni budaya Terengganu, gamelan. Menggunakan konsep istana lama, Warisan Sari yang terletak di Tok Jembal, Kuala Nerus memberi lebih impak kepada persembahan seni gamelan Terengganu atau kini lebih dikenali sebagai gamelan Melayu.Terbahagi kepada lima bahagian, semua nama yang diberi adalah berdasarkan nama-nama lagu popular di dalam seni gamelan seperti Balai Geliung, Lantai Lima, Teratak Nangga, Galeri Antawada dan Wakaf Selanting.Pemilik Warisan Sari, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, pembinaannya telah dilakukan secara berperingkat sejak 2002."Pembinaan Warisan Sari telah memakan masa selama 14 tahun dan ianya telah siap sepenuhnya pada 2014."Walaupun pembinaannya memakan masa yang begitu lama, ianya merupakan inisiatif sendiri untuk menaikkan kembali kegemilangan seni gamelan Terengganu," katanya.Warisan Sari dibuka selama sejam setiap Sabtu bermula pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari kepada penggiat dan peminat gamelan.Menariknya, pemain seni di Warisan Sari terdiri daripada beberapa kumpulan yang berbeza setiap minggu bagi memberi peluang kepada mereka dalam memartabatkan gamelan yang kini semakin pudar di mata masyarakat.
21 Sep 16
1550
Empty Image
Kembara Alumni SDAR Nikmati Durian Terengganu
Tengku Farok melihat demonstrasi memasak lempok di program itu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Terengganu menjadi destinasi wajib Persatuan Alumni Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) meneruskan tradisi berkumpul apabila menganjurkan Program Makan Durian dan Kacau Lempuk, di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus, kelmarin.Selaras dengan kempen Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017, program dengan kerjasama Persatuan Inap Desa Negeri Terengganu dan juga Sekretariat Beautiful Terengganu berjaya mengumpul 30 ahli persatuan dalam suasana yang ceria dan santai.ZainuddinSetiausahanya, Zainuddin Muhamad berkata, rombongan sebelum itu menganjurkan aktiviti di Kuantan sebelum ke Kemaman menjejaki rakan-rakan sekolah mereka termasuk melawat rakan persatuan yang uzur."Kita sudah mengadakan program dan aktiviti ini untuk tahun ketiga. Jika tahun lalu, kita menganjurkan aktiviti di Terengganu pada Februari, kali ini kita meneruskan program kembara bermula pada 14 September lagi termasuklah singgah di Kuantan untuk bertemu rakan-rakan di sana."Pada 15 september lalu juga kita melaksanakan ibadat korban di Masjid Geliga, Kemaman bersama Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga bekas pelajar SDAR, beliau banyak membantu persatuan bekas pelajar ini," katanya.Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.Zainuddin berkata, pada kali ini juga, program pertandingan makan durian dan mengacau lempuk dengan kerjasama Persatuan Inap Desa Negeri Terengganu berjaya membangkitkan suasana muhibbah serta merapatkan ukhwah ahli persatuan dari pelbagai negeri dan juga profesion itu.Antara bekas pelajar SDAR di Terengganu adalah bekas Exco, Dato' Mamat Ghazali Abd Rahman, Dato' Wan Hisham Wan Salleh dan bekas Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Anwa Sulaiman.Katanya, di pringkat Pusat pula, SDAR melahirkan pemimpin negara, seperti bekas Menteri Kewangan II, Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Hilmi Yahya dan ramai lagi.Tambahnya lagi, Alumni SDAR yang ditubuhkan tiga lalu kini mempunyai kira-kira 5,000 ahli.
17 Sep 16
971
Empty Image
Program Ibadah Korban Sahabat Muslim Singapura Di Balai Raya Kampung Bukit Wan Esok
UniSZA Tourism Sdn Bhd dengan kerjasama JKKK Kampung Bukit Wan, Batu Rakit dan Pejabat Daerah Kuala Nerus akan menganjurkan Program Ibadah Korban Sahabat Muslim Singapura Bersama Komuniti Terengganu di Balai Raya Kampung Bukit Wan pada 12 September (esok).Pengurus Besarnya, Lokman Hakim Abdul Razak berkata, penganjuran program yang turut disokong oleh Sekretariat Beautiful Terengganu dan Tourism Malaysia Terengganu itu bakal disertai 60 peserta dari Singapura. “Mereka berpeluang melancong sambil beramal apabila menyertai ibadah korban yang dijalankan secara bergotong-royong bersama komuniti kampung. “Malah dapat mempelajari adat budaya negeri ini dan menikmati makanan tradisi Terengganu apabila aktiviti rombongan itu juga diselitkan dengan sesi ‘Kenduri Kampung’, acara permainan tradisional dan berakhir dengan pengagihan sumbangan kepada golongan yang memerlukan,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.Lokman berkata, selain mengetengahkan adat dan budaya masyarakat Terengganu dan juga suasana sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha kepada pelancong luar khususnya Singapura, program tersebut juga bertujuan memperkenalkan Kampung Bukit Wan sebagai kampung terbaik yang pernah memenangi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2012. 
10 Sep 16
241
Empty Image
60 Pelancong Singapura Bakal Sertai Ibadah Korban
Seramai 60 pelancong dari Singapura dijangka akan menyertai ibadah korban sempena Aidiladha di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit pada 12 September ini.Majlis yang akan bermula pada pukul 9.45 pagi melibatkan sebanyak tujuh ekor lembu dan tiga ekor kambing.Program julung kali itu adalah hasil inisiatif kerajaan negeri menerusi Sekretariat Beautiful Terengganu bersama Unisza Tourism Sdn BhdIbadah korban bersama pelancong dari Singapura tersebut adalah hasil rundingan dan jualan sempena program Beautiful Terengganu di Singapura pada 11 hingga 14 Ogos lalu.
08 Sep 16
47
Empty Image
Peserta Antarabangsa Kagum Dengan Seni Ukiran Melayu
Kehalusan seni ukiran Melayu yang diwarisi penduduk negeri ini sejak turun-temurun menarik perhatian peserta kursus Antarabangsa “Rural Transformation” yang berkunjung ke Desa Ukiran Kayu (DUK) Besut, Kampung Raja, baru-baru ini.Rombongan disertai 43 peserta dari negara-negara keanggotaan Afrika- Asian Rural Development Organization (AARDO) dan ASEAN and Small Island Developing States disambut secara tradisional sebaik tiba di pekarangan DUK.Mereka diberi taklimat mengenai program kursus kemahiran yang diadakan di pusat latihan berkenaan yang mempamerkan kemahiran mengukir oleh pelajar yang sedang mengikuti kursus di DUK terbabit.Program anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLKW) dan Institut Kemajuan Desa (INFRA) itu bertujuan untuk berkongsi pengalaman terbaik Malaysia kepada negara kumpulan sasar dalam aspek pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan di negeri ini.Selain melawat Desa Ukiran Kayu di Kampung Raja, peserta turut berpeluang menaiki bot dengan menyusuri Sungai Besut sambil melihat keindahan alam semula jadi.Peserta juga diberi peluang melawat Sekolah Menengah Imtiaz Besut, institusi pendidikan yang terkenal di negara ini yang melahirkan ramai hafiz dan profesional berteraskan Islam.
06 Sep 16
318
Empty Image
Terengganu Perhebat Promosi TMT Untuk Tarik Pelancong
Kerajaan negeri memperhebatkan promosi untuk menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, inisiatif yang terbaharu hasil kejayaan program Beautiful Terengganu di Singapura pada 11 hingga 14 Ogos lalu, seramai 40 pelancong dari negara itu akan berkunjung ke Terengganu untuk menyertai Program Korban Pelancongan yang akan diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha ini.“Kempen yang diadakan dalam waktu yang begitu singkat ini kita berjaya menarik pelancong di negara itu untuk datang menyertai ibadah korban di Terengganu yang mana mereka akan datang pada 10 Ogos ini dan kita akan korbankan enam ekor lembu."Program ini juga adalah hasil kerjasama pelbagai pihak seperti Hotel Permai dan Homestay Teluk Ketapang," katanya pada sidang media selepas Program Sambutan Hari Kebangsaan 2016 Peringkat Negeri Terengganu, di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu.Yang DiPertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan merasmikan majlis sambutan itu. Turut berkenan berangkat kekandanya Tengku Nadhirah Zahrah.Hadir sama, isteri Menteri Besar, Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Speaker DUN, Mohd Zubir Embong serta barisan Exco Kerajaan negeriAhmad Razif berkata, pihaknya juga kini sedang dalam perbincangan dengan sebuah pasar raya terkemuka di Singapura untuk memasarkan produk Terengganu di Singapura dan Indonesia."Pihak pengurusan pasar raya Big Box telah datang ke sini untuk berbincang dengan pihak kerajaan negeri bagi tujuan memasarkan produk negeri ini di Singapura dan di outlet mereka di Indonesia."Sekarang ini saya juga difahamkan kebanyakan syarikat pelancongan juga turut mendapat tempahan daripada pelancong dari luar dan dalam negara untuk tahun ini dan tahun depan," katanya.
06 Sep 16
187
Empty Image
Pesta Pantai Masuk Kalendar Pelancongan Terengganu
Pesta Main Pantai Batu Rakit akan dimuatkan dalam kalendar pelancongan Terengganu bermula tahun hadapan.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program itu mampu menjadi produk baharu sektor itu yang mampu menarik kunjungan pelawat tempatan dan juga luar negara.Katanya, konsep main pantai di Batu Rakit merupakan tradisi yang diwarisi daripada nenek moyang kita yang terdahulu.Beliau berkata, pada asalnya main pantai di kampung itu bermula daripada penduduk di kawasan kampung Padang Kemunting dan Maras yang diadakan selepas selesai musim menuai padi.“Setelah tamat musim menuai padi atas kerja keras mereka, penduduk kampung akan mengambil masa selama satu minggu untuk berehat di pantai.“Ianya kini diteruskan lagi oleh generasi sekarang dan saya nampak bahawa pesta main pantai ini patut diteruskan serta dipertahankan kerana ini adalah satu konsep dan amalam yang mewujudkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penutup Pesta Main Pantai DUN Batu Rakit di Pantai Pengkalan Atap, Kuala Nerus, semalam.Turut hadir, isteri Menteri Besar, Halina Zakaria; Senator, Dato’ Abdul Rahman Mat Yasin dan Adun Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman.Tambah Ahmad Razif, melihat kesungguhan penduduk setempat, kerajaan negeri akan membantu dan akan menjadikannya sebagai program kerajaan negeri dengan kerjasama kampung terlibat.Pesta Main Pantai DUN Batu Rakit yang diadakan sejak Jumaat lalu mengumpulkan 52 bangsal yang dibina secara tradisional daripada atap nipah.Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ini turut diadakan sambutan ambang kemerdekaan 2016 di tapak pesta itu.
06 Sep 16
85
Empty Image
Terengganu Sebagai Destinasi Kegemaran Di Malaysia Sempena MATTA Fair
Terengganu terpilih sebagai ‘Destination Partner’ dan `Malaysia’s Favourite Destination’ sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017 pada MATTA Fair, di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur yang berlangsung pada 2 hingga 4 September ini.Penyertaan Terengganu dalam ekspo pelancongan terbesar di Malaysia yang membuka peluang perniagaan global dalam industri pelancongan itu bakal melibatkan 16 ruang pameran yang menempatkan 30 peserta terdiri daripada agensi-agensi pelancongan, hotel, agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan pelancongan.Di MATTA berkenaan, Pavilion Terengganu bertempat di Aras 4 PWTC yang dibuka bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.Program itu bakal dirasmikan oleh Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, di Aras 2, PWTC, pada 3 September (Sabtu) jam 9.30 pagi.Pengurus Promosi Sekretariat Beautiful Terengganu, Ahmad Fathil Abd Ghani berkata, penyertaan Terengganu sebagai platform kepada promosi awal TMT 2017 yang bertujuan untuk meneruskan sinergi promosi dan galakan terutama kepada pasaran pelancongan domestik.Katanya, ekspo itu juga memberi peluang kepada penggiat pelancongan memperkenal dan menjual pakej pelancongan kepada pengunjung antaranya seperti Pakej Menyelam Skuba, Pakej Eko Pelancongan di Tasik Kenyir, Pakej Lawatan Islamik, Pakej Rivercruise, Pakej Berbulan Madu, Pakej Istimewa Cuti Sekolah , Pakej Berkuda, Pakej Inap Desa dan Pakej Balik Kampung Perantau.“Penjenamaan imej `Beautiful Terengganu’ di MATTA Fair bakal memberi persepsi positif terhadap agenda transformasi negeri untuk meningkatkan lagi peluang bagi melebarkan sayap perniagaan berkaitan ekonomi keperluan rakyat melalui industri pelancongan dan industri-industri sokongan pelancongan,”katanya kepada The Iman Tribune, hari ini.Ahmad Fathil berkata, ekspo itu juga berupaya merangsang penjanaan pertumbuhan ekonomi setempat melalui penyertaan penggiat-penggiat dalam sektor pelancongan agar lebih cekap dan kompetitif dalam sama-sama sehaluan menuju pembangunan sosio ekonomi Terenganu khususnya, dan Malaysia amnya.Tambah beliau, Terengganu khususnya dan Malaysia amnya, akan dapat dipromosikan secara lebih fokus dan bersepadu dan mencapai sasaran pengunjung yang benar-benar berminat untuk melakukan kunjungan ke Terengganu.“Terengganu mahu mewujudkan peluang-peluang kerjasama dua hala di antara penggiat-penggiat pelancongan domestik dan serantau.“Mencetuskan satu transformasi dalam menonjolkan keunikan penjenamaan negeri sebagai destinasi unggul yang berdaya maju dan berdaya saing di rantau ini. Selain menjadi platform menawarkan pakej-pakej pelancongan inovatif,”katanya.Dalam pada itu, Terengganu mencatat jualan sebanyak RM412,323.50 pada MATTA Fair Mac 2016, sementara sejumlah RM400,806.60 direkodkan pada tempoh penganjuran yang sama tahun lalu.Untuk rekod, MATTA Fair pada 2 hingga 4 September ini melibatkan penyertaan daripada 1,214 pengusaha di dalam industri pelancongan dan pengusaha di dalam industri sokongan pelancongan termasuk penggiat-penggiat pelancongan dalam negara dan luar negara termasuk daripada negara-negara ASEAN, rantau Asia, Australia, New Zealand dan beberapa negara-negara daripadaTimur Tengah.Seramai 113,121 pengunjung direkodkan pada MATTA Fair Mac 2016 dengan hasil jualan keseluruhan RM200 juta.
06 Sep 16
165