lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Empty Image
Rimba Hotel Tawar Hidangan Tradisi Sempena TMT 2017
Rimba Hotel anak syarikat Rimba Jaya Development Sdn Bhd menyokong penuh usaha kerajaan negeri dalam mempromosi masakan tradisional Terengganu khususnya sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.Pengurus Rimba Jaya Development Sdn Bhd, Cheah Eu Jon berkata, bagi memberikan kelainan dalam industri makanan dan minuman tempatan, menerusi restoran D’Rimba Bistro yang terletak di Kuala Nerus, pihaknya tampil memperkenalkan pelbagai menu masakan tradisional Terengganu yang hampir pupus ditelan zaman.“D’Rimba Bistro menyediakan kira-kira 10 hidangan tradisional Terengganu yang mungkin tidak dikenali generasi sekarang pada setiap hari.“Contohnya, perut ayam, beka ubi kayu, apam berkuah, ceylong ikan dan pelbagai lagi yang akan ditukar ganti pada setiap bulan,” ujarnya kepada pemberita pada Majlis Hi-Tea Mempromosi Makanan Tradisional Terengganu Sempena TMT 2017 di hotel itu, semalam.Katanya, pihaknya berbesar hati ingin menjadi perintis dalam memperkenalkan makanan tradisional Terengganu yang disediakan Chef Mohd Ariffin yang pakar dalam menyediakan menu masakan Terengganu.“Harga yang ditawarkan untuk hidangan tradisi di hotel ini amat berpatutan dari serendah RM3 hingga RM8,” ujarnya.Menurut beliau, selain restoran D’Rimba Bistro, Hotel Rimba yang mempunyai 70 buah bilik dan mula beroperasi 24 Disember tahun lalu turut menyediakan kemudahan dua buah dewan.
18 Dec 16
917
Empty Image
Terengganu Dijangka Terima Lebih 20,000 Pelancong Asing Mulai Bulan Depan
Terengganu dijangka menerima kedatangan lebih 20,000 pelancong daripada beberapa negara Asia membabitkan 98 penerbangan secara terus daripada China ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, secara berperingkat-peringkat mulai bulan depan.Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang berkata, penerbangan peringkat pertama dijangka melibatkan kira-kira 3,000 pelancong akan ke negeri ini."Agensi pelancongan di China menyasarkan dua penerbangan terus dalam tempoh seminggu dalam enam bulan pertama dan tiga kali seminggu selepas tempoh tersebut."Pelancong akan dibawa ke tempat-tempat pelancongan yang ada di Terengganu melalui pakej yang disediakan oleh agensi pelancongan yang berpengkalan di China selama empat malam lima hari," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) semalam.Turut hadir Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik,Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Osman A.Bakar dan Ketua Polis Daerah ,DSP Adli Mohd Daud.Sementara itu,Tengku Putera yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Berang turut mengulas mengenai pelaburan dan peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan di Terengganu."Kerajaan negeri akan menerima pelaburan swasta sebanyak RM624 juta pelaburan swasta pada tahun depan, termasuk 560 peluang pekerjaan yang akan disediakan terutama dalam bidang perhotelan."Kita mahu golongan belia bersedia merebut peluang pekerjaan dan di samping itu kerajaan negeri akan melancarkan program Jom Kerja bagi membantu meningkatkan pendapatan rakyat bermula tahun depan,"katanya.
17 Dec 16
36
Empty Image
Sukan Bermandi Lumpur DUN Jabi Meriah
Suasana meriah dan riuh-rendah mewarnai Kampung Lubuk Paku, Jabi, Besut,  sempena Program Sukan Rakyat D' Baroh Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi Parlimen Setiu, semalam.Lebih 2,000 penduduk sekitar termasuk peserta menjayakan program yang pertama kali diadakan dengan pengisian acara seperti menangkap ikan, pukul bantal, bola baling, bola jaring, lumba kubota dan tangkap itik di petak tanaman padi yang dipenuhi air dan berlumpur.Program bertujuan mendekatkan generasi muda dengan sukan tradisional dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk.Pengerusi penganjur, Mohd Fahami Zakaria berkata, program anjuran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Kerandang dan Kampung Tempinis itu pertama kali diadakan dan sambutannya amat mengalakkan."Lebih 2,000 hadir termasuk 300 peserta sukan. Program yang bertemakan menghayati kehidupan desa ini menampilkan 14 acara sukan dan penyertaan daripada penduduk dari enam buah kampung amat mengalakkan."Kita akan menjadikan program ini sebagai acara tahunan sekiranya mendapat persetujuan pemimpin atasan kerana ia banyak membantu ke arah perpaduan dan merapatkan hubungan di kalangan penduduk sekitar, selain mengekalkan sukan tradisi di kalangan generasi muda, "katanya.
11 Dec 16
375
Empty Image
10,000 Pengunjung Ke Gerai Pameran Sekretariat Beautiful Terengganu
Ahmad Razif bersama rombongan melawat gerai pameran Sekretariat Beautiful Terengganu pada  Perhimpunan Agung UMNO 2016 di  Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur., Foto oleh Harish FadzillahLebih 10,000 pengunjung ke gerai pameran Sekretariat Beautiful Terengganu sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sepanjang lima hari yang berakhir semalam.Turut sama ke gerai yang menyediakan pelbagai informasi berkaitan produk dan pakej pelancongan Terengganu itu, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman bersama pemimpin negeri yang lain.Pelbagai cenderahati diagihkan kepada pengunjung, termasuk rantai kunci, pen, buku nota, risalah Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017 dan paket makanan tradisional Terengganu.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman berkata, jualan secara pakej nasi dagang bersama keropok lekor sejuk beku berharga RM8 mendapat sambutan cukup menggalakkan daripada pengunjung luar Terengganu.“Pelanggan setia produk itu mengakui  kesedapannya dan pasti tidak ketinggalan membelinya sekiranya ada pengusaha membuat promosi.“Pada masa sama, ada juga pelanggan belum pernah menemui nasi dagang sejuk beku, mereka tetap membelinya kerana mahu mencuba,” katanya kepada Teganukita.Selain itu, Terengganu Kitchen Sdn. Bhd. (T-Kitchen), Hotel Primula dan Hotel Permai turut bersama-sama Sekretariat Beautiful Terengganu bagi mempromosi produk masing-masing.Tengku Zaihan berkata, gerai pameran seumpama ini akan diteruskan di pelbagai program luar Terengganu  di mana terbaru pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA).“Inisiatif kerajaan negeri ini adalah bertujuan untuk mencapai sasaran 5.5 juta pengunjung ke Terengganu sempena TMT tahun depan,”katanya.
03 Dec 16
140
Empty Image
Terengganu International Bike Meet Dapat Sambutan Luar Jangkaan
Sebahagian daripada peserta yang menyertai program TIBM 2016 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Penganjuran  Terengganu International Bike Meet (TIBM) 2016, di Pulau Warisan, Kuala Terengganu mendapat sambutan diluar jangkaan  apabila menerima kunjungan melebihi 20,000 peminat termasuk 5,000 peserta TIBM tempatan dan luar negara.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata dengan penyertaan peserta dari dalam dan khasnya luar negara dapat membantu mencapai objektif penganjuran program iaitu untuk mempromosikan Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu 2017.“Peserta yang melibatkan diri dalam TIBM 2016 diharapkan akan menjadi duta kecil kepada Terengganu dalam mempromosikan destinasi-destinasi menarik di negeri ini.“Selaras dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) ketiga iaitu Keluarga Bahagia Rakyat Sejahtera diharap aktiviti permotoran seperti ini juga mampu memartabatkan budaya gaya hidup sihat berbentuk kekeluargaan dan berkomuniti terutama kepada belia dan remaja,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian TIBM 2016 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir Tengku Sri Temenggong Raja, Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Bilah Shah; Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Dalam pada itu, penyelaras program tersebut, Muhammad Sharif Majhardeen berkata sasaran yang ditetapkan pada kali ini melebihi daripada jangkaan pihaknya."Penyertaan yang memberangsangkan itu memberi galakan untuk pihak kami  terus menganjurkan program sebegini dengan menghimpunkan lebih ramai peminat permotoran di seluruh negara.“Kita menjangkakan bilangan pengunjung yang hadir sepanjang program ini adalah seramai 15,000 orang namun kita dapati lebih 20,000 peminat permotoran telah hadir sepanjang semalam sahaja.“Ini memberi lebih semangat untuk kita laksanakan lagi program sebegini di masa hadapan dengan menambah baik segala kekurangan yang dihadapi untuk TIBM 2016 ini,” katanya.Beliau juga menzahirkan permohonan maaf kepada peserta serta pengunjung yang hadir jika terdapat kekurangan pada program tersebut.TIBM yang julung kali dianjurkan selama tiga hari bermula 25 November tersebut adalah program kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Terengganu Riders Group. Pelbagai acara menarik disediakan sepanjang program tersebut berlangsung termasuk pertandingan airbrush motosikal, pertunjukan pocket bike, skill riding dan pelbagai lagi
26 Nov 16
166
Empty Image
Pelekat Kenderaan Rasmi Kerajaan Di Lancar Sempena TMT2017
Kerajaan negeri melalui Sekretariat Beautiful Terengganu hari ini melancarkan Pelekat Kenderaan Rasmi Kerajaan sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017 yang dijenamakan sebagai ‘Visit Beautiful Terengganu 2017’.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dengan slogan 'Beautiful Terengganu' ianya merupakan satu pendekatan baharu dalam usaha memberi dimensi baru kepada industri pelancongan dan memperkasakan sektor ini sebagai penjana ekonomi terpenting negeri.“Melalui pelancaran ini secara tidak langsung memperhebatkan lagi kempen promosi ‘Visit Beautiful Terengganu 2017’ melalui penyerlahan pelekat logo di setiap kenderaan-kenderaan jabatan Kerajaan Persekutuan dan negeri.“Selain bertujuan menonjolkan keunikan logo ‘Visit Beautiful Terengganu 2017’ kearah anjakan paradigma masyarakat agar lebih menerima wawasan kerajaan negeri yang sentiasa mengutamakan industri pelancongan sebagai pencetus kepada peluang keusahawanan yang memberi pulangan secara terus kepada rakyat,” ujarnya  selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Pelekat Kenderaan Rasmi Kerajaan Sempena Visit Beautiful Terengganu 2017, di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, juga akan diadakan program Road Show Beautiful Terengganu di seluruh daerah sebagai pemberitahuan kepada masyarakat umum berkenaan kempen ‘Visit Beautiful Terengganu 2017’ dan kemuncaknya adalah di Kuala Terengganu yang turut merangkumi Majlis Pelancaran Visit Beautiful Terengganu 2017.“Dan kolaborasi lebih rapat dengan pasukan Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG), pasukan bolasepak Terengganu FA, T-Team, Persatuan Lumba Basikal, Terengganu Hockey Team dan atlet negeri yang telah berjaya mengharumkan nama negeri di persada global,” ujarnya.Ahmad Razif berkata, harapan kerajaan negeri terhadap kempen ‘Visit Beautiful Terengganu 2017’ supaya, semua penggiat dalam industri pelancongan, badan-badan NGO pelancongan, agensi-agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri serta seluruh rakyat yang terlibat baik secara langsung mahupun secara tidak langsung, agar membantu kerajaan negeri merealisasikan ‘Visit Beautiful Terengganu 2017’ kearah menjana peningkatan taraf sosio-ekonomi pembangunan negeri.
21 Nov 16
594
Empty Image
Ahmad Razif Bersama Delegasi Promosi TMT 2017 Di Kota London
Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dan delegasi telah mengadakan promosi pelancongan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017 di Kota London sempena tiga hari Pameran World Travel Market (WTM) London yang berakhir 9 November lalu.Timbalan Pengerusi Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, penyertaan kerajaan negeri melalui Sekretariat Beautiful Terengganu di WTM London, pelbagai program diatur bagi memberikan impak semaksimun mungkin di dalam mempromosikan TMT 2017.“Sebanyak 35 temujanji bersama ejen-ejen pelancongan dunia dan media cetak, elektronik dan blogger telahpun diatur sepanjang program berlangsung selain dari menerima kunjungan pelancong-pelancong Eropah ke gerai pameran dan taklimat Tahun Melawat Terengganu 2017 turut diadakan kepada delegasi Malaysia yang menyertai WTM pada tahun ini.“Juga pelancaran nasi dagang dan keropok sejuk beku semasa sidang media Malaysia oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada 8 November 2016,” ujarnya.Dalam lawatan itu katanya, Ahmad Razif turut mengunjungi Ibu Pejabat Chicken Cottage di Croydon dan mengadakan mesyuarat strategik dengan diberi laporan terkini oleh pengurusan kanan Chicken Cottage.Pada masa sama, beliau  sempat merasmikan cawangan Chicken Cottage yang ke 81 di 412, Harrow Road, London di United Kingdom.Restoran makanan segera berstatus halal itu sebelum ini telah mempunyai lebih 80 cawangan francais, termasuk di Eropah, Asia, Afrika dan Asia Barat  dengan kadar harga yang berpatutan.Katanya, Ahmad Razif juga berkesempatan mengadakan perjumpaan dengan 11 pengusaha restoran Malaysia di kota London bertempat di Makan Cafe, Portobello pada 9 November 2016. “Dalam perjumpaan tersebut, Ahmad Razif meminta pengusaha restoran bersama-sama mempromosikan TMT 2017 dan juga memperkenalkan nasi dagang dan keropok sejuk beku. “Antara yang hadir termasuk Tuk Din dari Restaurant Tuk Din, Puan Amy Mustafa dari D’Rasa, Puan Zaleha Rashid dari Malaysia Deli dan Raja Azi dari Puji-puji Restaurant dimana mereka ini menyambut baik usaha kerajaan negeri dan akan membantu sebaik mungkin,” ujarnya.Wan Abdul Hakim berkata, semoga dengan kempen promosi yang baik dan konsisten ini, Terengganu terus kekal menjadi pilihan serta tumpuan pelancong serata dunia terutamanya sempena TMT 2017.
12 Nov 16
171
Empty Image
Pengembara Basikal Secara Solo Dijangka Tiba Di Terengganu Jumaat Ini
 Mohd Suradi ketika mengadakan sidang media di Pejabat Unit Komunikasi Negeri Terengganu. Foto oleh Zulkifli PutraPengembara berbasikal secara solo, Sofian Mohd, 56, dijangka menjejaki bumi Terengganu pada  Jumaat ini, dengan persinggahan pertama di Kuala Besut selepas berjaya mengharungi  30 negara membabitkan kira-kira 45,000 kilometer.Keesokan harinya (Sabtu), beliau dijadualkan akan melalui Kampung (Kg) Rahmat, Chalok, Sungai Tong, Gemuroh, Tepoh, Batu Enam, Jambatan Sultan Mahmud, Gong Kapas, Bukit Besar, Jalan Pasir Panjang dan berakhir di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah, Kuala Terengganu.Majlis sambutan kepulangan Sofian di sekolah itu akan disempurnakan  Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.Sebelum itu, Sofian yang merupakan anak jati Kampung Telaga Daing, Seberang Takir yang juga Ketua Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kuching Sarawak, mengambil masa kira-kira 16 bulan, bermula Julai tahun lalu dengan berbasikal secara solo mengelilingi dunia.Pengarah  program sambutan itu, Mohd Suradi Mohd Sabri, berkata antara negara yang dijejaki pensyarah itu, termasuk Thailand, Laos, China, Kazakhstan, Krygyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Azerbaijan, Georgia, Turki, Greece, Albania, Itali, Switzerland dan Perancis.Katanya, selain itu, Sepanyol, Portugal, Denmark, Jerman, Belanda, United Kingdom, Kanada, Korea Selatan, Korea Utara, Hong Kong, Taiwan dan Brunei.“Pelbagai cabaran terpaksa ditempuh beliau, termasuk  cuaca terlalu panas  dan keadaan salji tebal di  Xinjiang China, laluan bergunung di China hinggalah ke  laluan padang pasir di Asia Tengah.“Selain itu, terpaksa bermalam di dalam khemah di kaki lima stor, tepi jalan, rumah kosong dengan berbekal makanan tertentu seperti spageti, beras, telur dan roti,” katanya ketika mengadakan sidang media di Pejabat Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini..Menurutnya, apa yang dilakukan Sofian semata-mata mahu menyempurnakan misi kayuhan  diri sendiri di samping mengharumkan nama negara dengan membawa imej keamanan dan ukhuwah yang sinonim sebagai budaya Malaysia khususnya Terengganu.Tambah beliau, diharapkan ekspedisi itu dapat  memeriahkan lagi acara sempena Tahun Melawat Terengganu 2017..
09 Nov 16
348
Empty Image
Kejohanan Payung Terjun Jadi Acara Kalendar Pelancongan Terengganu
Ahmad Razif bersalaman dengan kontinjen yang mengambil bahagian Kejohanan Payung Terjun ATM 2016 di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, semalam. foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail  Kerajaan negeri berhasrat menjadikan Kejohanan Payung Terjun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai acara dalam kalendar pelancongan negeri sebagai usaha menarik kehadiran pelancong sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pendekatan itu selaras usaha untuk menjadikan Terengganu sebagai hab sukan ekstrem yang semakin diminati ramai selepas mengambil kira faktor-faktor seperti pengalaman sebagai tuan rumah acara yang sama dan kesesuaian lokasi terjunan.Katanya, tahun ini Terengganu sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran sukan berkenaan dengan kerjasama Persatuan Payung Terjun ATM (Payujun), selepas menjadi tuan rumah pada tahun lalu."Saya sudah berbincang dengan ATM dan bersetuju untuk menjadikan kejohanan ini sebagai acara besar dengan buat julung kalinya melibatkan peserta antarabangsa."Justeru kerja-kerja promosi akan dibuat termasuk di luar negara bagi menjayakan kejohanan yang dirancang pada Julai tahun depan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Payung Terjun ATM 2016 di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.Kejohanan tahunan kali ke-9 itu berlangsung selama lapan hari bermula semalam hingga Sabtu depan bertujuan meningkatkan keupayaan penerjun yang terdiri daripada anggota tentera laut, darat dan udara di samping memperkenalkannya sebagai sukan pelancongan rekreasi.Ahmad Razif berkata, pelbagai acara menarik akan diadakan sebagai pelengkap kepada kejohanan tersebut antaranya pameran oleh tentera darat dan pertunjukan tatu serta sukan ekstrem lain seperti motosikal."Pameran itu mungkin seperti Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA), Langkawi Kedah tetapi diadakan di Terengganu."Ini secara tidak langsung dapat menampakkan kekuatan industri pelancongan kita sekali gus menyemarakkan keinginan orang muda untuk menjiwai bidang ketenteraan lalu memasukinya," katanya.
22 Oct 16
225
Empty Image
PERSIMA, KLT Kembalikan Kegemilangan Bukit Puteri
Antara persembahan tarian dan seni silat sempena program Mengembalikan Kegemilangan Bukit Puteri. Foto Ehsan: Kelab Karyawan Lensa Negeri Terengganu Jika diteliti lembaran sejarah tanah air, Bukit Puteri yang terletak berhampiran Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu sememangnya menyimpan seribu cerita dan misteri mengenai sejarah Kesultanan Terengganu sejak beratus tahun dahulu. Namun, entah mengapa kepentingan bukit itu dari segi sejarah seolah-olah dipinggirkan begitu sahaja sedangkan di atasnya terdapat beberapa monumen dan artifak bersejarah seperti genta, meriam beranak, tiang bendera, rumah api dan Makam Syed Yasin yang cukup tinggi nilainya. Menyedari hakikat itu, kerajaan negeri melalui beberapa pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini berusaha keras mengangkat dan mengembalikan kegemilangan Bukit Puteri sebagai salah satu tempat bersejarah tumpuan pelancong dan bersempena Tahun Melawat Terengganu 2017. Timbalan Pengerusi, Kelab Karyawan Lensa Negeri Terengganu (KLT), Junaidi Mohamad berkata, melihat perkembangan itu Pertubuhan Persaudaraan Seni Silat Melayu Pantai Timur (PERSIMA) dengan kerjasama KLT mengambil inisiatif menganjurkan program ‘Mengembalikan Kegemilangan Bukit Puteri’  pada setiap Sabtu bermula 5 Mac lalu di puncak bukit itu. “Persima dan semua gabungan NGO yang menjayakan program ini membawakan satu konsep yang segar bagi menarik semula minat pelancong tempatan dan luar yang berkunjung ke Kuala Terengganu untuk naik ke Bukit Puteri. “Konsep yang bertemakan pahlawan dan suasana Melayu lama diadaptasi bagi memberi peluang pelancong mengalami sendiri suasana pemerintahan Kesultanan Terengganu Melayu Lama,” ujarnya kepada Teganukita,hari ini. Katanya, melalui program yang diadakan itu, pelancong bukan sahaja dapat melawat tempat bersejarah tetapi berpeluang menjadi tetamu istimewa Bukit Puteri dengan disambut ‘penyambut tetamu’ dan ‘pengawal’ yang menjaga tempat bersejarah itu. “Selepas itu, mereka dihidangkan dengan tarian ‘puteri’ dan persembahan silat serta gendang Terengganu dan kemuncaknya, pelancong akan dibawa mengadap ‘panglima-panglima’ di singgahsana kubu Bukit Puteri,” katanya.   Dari segi persembahan Junaidi berkata, Persima yang terdiri daripada 50 perguruan membuat persembahan seni silat secara bergilir-gilir mengikut aliran perguruan masing-masing pada setiap minggu. “Malah, Persima juga memberi peluang kepada pelancong untuk menikmati sendiri suasana dengan menyediakan busana tradisional untuk dipakai dan KLT diberi kepercayaan untuk merakam kenangan para pelancong dan persembahan yang diadakan pada setiap minggu. “Terengganu Creative Talent pula menyediakan sang ‘puteri’ yang cantik dan sopan bagi menjayakan program yang turut mendapat sokongan daripada kerajaan negeri, Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan SUKTRA Terengganu,” ujarnya. Menurut Junaidi, selain dapat memajukan lokasi bersejarah dengan pengisian aktiviti kebudayaan, secara tidak langsung dapat memartabatkan seni silat Melayu Terengganu dengan persembahan variasi silat berbeza pada setiap minggu. Katanya, menerusi program yang diadakan itu diharap dapat menarik lebih ramai pelancong yang berkunjung ke Terengganu dengan menjadikan Bukit Puteri destinasi wajib singgah, sekali gus menyelongkar tinggalan sejarah di bukit yang pernah menjadi kubu pertahanan semasa perang saudara pada zaman pemerintahan Sultan Mansur II, Sultan Muhamad I dan Sultan Umar.
19 Oct 16
969