Artikel "Pelancongan" Terkini
Pelancong Asean Teruja Terokai Terengganu
Sebahagian dari pelancong yang hadir tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Kira-kira 3,000 pelancong Asean termasuk dari China, Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura serta Myanmar mula tiba di Terengganu sejak petang semalam sebelum mereka diraikan di majlis makan malam bersama kepimpinan negeri, malam tadi.Rata-rata pelancong menyambut baik dan teruja untuk melakukan lawatan ke destinasi menarik yang dijadualkan untuk mereka di sekitar Terengganu.Seorang pelancong dari Brunei, Dayang Noyah Nayan, 53, berkata lawatan itu adalah kali keempat ke Terengganu dan mengulangi percutian itu kerana terpesona dengan keunikan serta keistimewaan senibina yang terdapat di sini .Dayang Noyah“Saya memang suka ke Terengganu untuk melihat monumen-monumen yang ada terutamanya masjid-masjid di sekitar Terengganu.“Kebiasaanya, apabila melancong ke Terengganu saya tidak akan terlepas dari melawat dari masjid ke masjid kerana senibinanya yang lain dari tempat-tempat lain,” katanya ketika ditemui di Majlis Makan Malam Meraikan Pelancong ASEAN, di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, kepada Teganukita.Seorang pelancong dari China, Li Ping Fang, 35, berkata dia begitu seronok menyertai pakej percutian pertama kali ke Terengganu .Ping Fang“Saya amat bertuah dapat menjejakkan kaki ke Terengganu kerana ini merupakan kali pertama saya ke negeri ini dan apa yang dapat saya lihat di sini, suasana sangat damai dan cantik.“Saya juga tidak sabar untuk memulakan lawatan ke sekitar Terengganu bersama peserta rombongan esok (hari ini),” katanya.Lawatan 3,000 pelancong ke Terengganu selama tiga hari bermula semalam menerusi kerjasama antara kerajaan negeri dan Mon Space Sdn Bhd akan dibawa meneroka tempat-tempat menarik di sekitar Terengganu termasuk ke Tasik Kenyir, Batu Bersurat (Hulu Terengganu) serta Pasar Payang, Kampung Cina, Pulau Warisan dan Noor Arfa Batik di Kuala Terengganu.
02 Jan 17
48
Kerajaan Negeri Sasar 50,000 Pengunjung Ke Pameran Negeri Cantik, Budaya menarik
Kerajaan negeri melalui Lembaga Muzium Negeri Terengganu menyasarkan 50,000 pengunjung bakal mengunjungi Pameran Negeri Cantik, Budaya Menarik yang berlangsung selama enam bulan di ruang legar Muzium Negeri Terengganu bermula semalam.Timbalan Pengerusi Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Abd Rahman berkata, pameran yang berkonsepkan paparan keunikan budaya dan keindahan negeri melalui alam semulajadi dan sejarah itu adalah salah satu medium mempromosi Tahun Melawat Terengganu yang dijenamakan semula kepada Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.“Pameran ini juga bertujuan memperkenalkan kepada pengunjung tentang kepelbagaian produk makanan khususnya makanan tradisional negeri ini selain mempamerkan kesan-kesan sejarah, keunikan batuan dan flora, fosil-fosil haiwan dan sebagainya.“Kita mengharapkan ianya mendapat sokongan daripada masyarakat setempat selain kerjasama penggiat pelancongan dengan membawa pelancong sempena VBT 2017 berkunjung ke muzium untuk mengenali lebih dekat kepelbagaian khazanah alam, keunikan dan keindahan negeri Terengganu yang ditonjolkan melalui pameran ini,” ujarnya.Beliau yang mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pameran Negeri Cantik, Budaya Menarik dan Pelancaran Kalendar Aktiviti 2017 Lembaga Muzium Negeri Terengganu di Muzium Negeri, hari ini.Menurut Tengku Zaihan, pameran ini merupakan pameran pertama yang dilaksanakan secara NBOS oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu dengan kerjasama daripada beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mempamerkan sebanyak 257 koleksi gambar dan lukisan.“Bagi merealisasikan objektifnya terdapat lebih dari 50 koleksi artifak budaya dan foto keindahan alam semulajadi dan tempat menarik menjadi kandungan dalam pameran tersebut.“Ianya turut diisi dengan Pertandingan Melukis Citra Terengganu yang bakal mengumpulkan pelukis luar dan tempatan bagi menvisualkan imej terengganu melalui medium seni lukis,” ujarnya.
01 Jan 17
157
Bentuk Jenama, Imej Positif Untuk Pelancongan Terengganu
Kerajaan negeri berharap semua pihak dapat menzahirkan budaya yang terbaik dalam memberi perkhidmatan, sekiranya mahu menjadikan industri pelancongan Terengganu berjaya.Ini termasuklah memberi layanan yang mesra, sentiasa senyum, menjaga kebersihan, mengambil perhatian serius akan semua rungutan pelanggan dan cakna dengan keperluan mereka.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata sikap sambil lewa atau suka mengambil mudah tidak akan membantu membentuk jenama dan imej yang positif untuk pelancongan Terengganu."Kerajaan negeri yakin penganjuran kali ini bakal memberikan impak positif bukan sahaja kepada kerajaan, juga manfaat yang dapat dinikmati oleh rakyat terutama di kalangan peniaga, pemandu teksi, pengusaha restoran, pengusaha hotel, penggiat seni, ejen pelancongan dan mereka yang terbabit dalam industri hiliran pelancongan,"katanya ketika berucap sempena pelancaran Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 di Duyong Marina & Resort Pulau Duyong, Kuala Terengganu, malam tadi..Majlis perasmian disempurnakan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Keberangkatan baginda diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda, Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail; Tengku Nadhirah Zahrah; Tengku Muhammad Mua'az dan Tengku Fatimatuz Zahra'.Baginda disambut Menteri Besar dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Ahmad Razif turut memberitahu, industri pelancongan Terengganu berpotensi tinggi untuk dimajukan dan VBT 2017 adalah antara usaha kerajaan negeri menjadikan industri pelancongan sebagai nadi penggerak kepada transformasi pembangunan negeri."Kejayaan industri ini boleh menjadi pemangkin kepada keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan turun naik harga minyak di pasaran global."Industri pelancongan adalah satu industri yang saling berkait. Sifatnya yang menjalin hubung antara sesama manusia dan antara manusia dengan alam, meletakkan industri ibni sebagai industri yang menjanjikan banyak peluang jaya diri untuk rakyat,"katanya.Katanya, kerajaan negeri menganjurkan VBT 2017 bagi menzahirkan potensi industri pelancongan untuk terus menyumbang kepada kebaikan rakyat dan kemajuan negeri seperti kejayaan Tahun Melawat Terengganu pada 1997, 2008 dan 2013.
01 Jan 17
83
Terengganu Sambung Semula Penerbangan Terus Dari Singapura
Terengganu mahu menyambung semula penerbangan terus dari Singapura, selepas perkhidmatan itu ditamatkan dua tahun lalu, selain mengadakan penerbangan terus dari Pulau Pinang sebagai usaha mencapai sasaran kedatangan 5.5 juta pelancong, sepanjang tahun ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pihaknya sedang mengadakan rundingan dengan beberapa syarikat penerbangan tambang murah, termasuk AirAsia bagi merealisasikan hasrat itu."Kami menjangkakan akan menerima penerbangan pertama dalam tempoh terdekat.“Penerbangan terus dari Singapura ke negeri ini pernah diadakan, terpaksa dihentikan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan selain penerbangan yang tidak mencukupi,”katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menyambut pelancong yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, hari ini.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Ahmad Razif berkata, terbaru kira-kira 3,000 pelancong Asean akan tiba di negeri ini bermula esok (2 Januari) dan menginap selama tiga hari dua malam.Katanya, kedatangan mereka dengan menaiki 86 bas dari Kuala Lumpur itu adalah hasil daripada usaha promosi berterusan serta penganjuran pelbagai program, termasuk Beautiful Terengganu di luar Terengganu sebelum ini.“Kerajaan Terengganu melalui Sekretariat Beautiful Terengganu akan mengedarkan Kalendar Pelancongan 2017 bagi memudahkan syarikat pelancongan dan pengunjung luarmembuat rujukan.“Hampir 50 program dan acara menarik bakal menggamit kehadiran pelancong, termasuk Jom Qurban Di Tranung, di Teluk Ketapang, Krobek Fest (Dato Pata, Pantai Tok Jembal, Seberang Takir).,”katanya.
31 Dec 16
37
86 Bas Bawa 3000 Pelancong Asean Lawat Terengganu
Seramai 3000 pelancong Asean akan tiba ke Terengganu pada 2 Januari ini sekali gus menyemarakkan lagi sambutan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.Jurucakap Sekretariat Visit Beautiful Terengganu 2017 berkata, sebanyak 86 buah bas disediakan untuk membawa pelancong tersebut dari Kuala Lumpur dan seterusnya akan berada di negeri ini selama tiga hari.Katanya, pelancong-pelancong tersebut antaranya termasuk dari Singapura, Thailand, Myammar serta Filipina."Sebaik tiba di negeri ini, mereka dijangka akan menginap di seluruh hotel yang terdapat di Kuala Terengganu iaitu 16 hotel dan resort yang dikenalpasti dan mungkin hampir 2,000 bilik serentak diperlukan."Mereka akan dibawa ke tempat-tempat menarik di negeri ini seperti Pulau Warisan, Tasik Kenyir dan pelbagai lagi,"ujarnya pada Taklimat TMT 2017 bersama media di Pejabat Unit Komunikasi Negeri (Ukom), hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengarah Ukom, Ruslan Abdul Rahman.
29 Dec 16
69
Nikmati `Light And Sound' Di TTI Secara Percuma 1 Januari Ini
Taman Monumen di Taman Tamadun Islam (TTI) akan dibuka secara percuma pada 1 Januari ini dari jam 8 malam hingga 12 malam untuk persembahan Bunyi dan Cahaya (Light and Sound) sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Samiun Salleh berkata, kerajaan negeri menjanjikan satu malam menarik untuk pengunjung mengenali dan melihat sendiri keunikan pesta ini.Katanya, pertunjukkan Light and Sound sempena sambutan TMT 2017 itu akan berlangsung selama 3 hari."Orang ramai boleh berkunjung beramai-ramai dengan membawa keluarga bersantai sambil menyaksikan pesta cahaya dan bunyi ini.“Kebiasaannya, pada hari-hari biasa akan dikenakan bayaran untuk menyaksikan pertunjukkan ini, namun kita bagi masuk percuma pada tarikh dan waktu tersebut bagi menyemarakkan sambutan TMT 2017,” ujarnya.Dalam pada itu katanya, pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan bersama keluarga di TTI seperti aktiviti berbasikal, menyusuri sungai dengan menaiki River Cruise, melihat keunikan replika di Taman Monumen ( 22 masjid daripada 21 negara) dan menyaksikan keindahan Masjid Kristal yang sangat terkenal di negeri ini khususnya dan di Malaysia amnya.
28 Dec 16
221
Bukit Kor Dan Kampung Gondang, Marang, Bakal Dikenali Sebagai Kampung Warisan
Kerajaan negeri bersetuju menjadikan kawasan perkampungan Bukit Kor dan Kampung Gondang, Marang sebagai destinasi tumpuan pelancongan yang dikenali sebagai Kampung Warisan, mulai pertengahan tahun depan.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkalan Berangan, A. Latiff Awang berkata, pemilihan kawasan kira-kira 40 hektar itu yang berkonsep tradisional, mempunyai pemandangan desa yang menarik serta jauh dari kesibukan lalu lintas dan pembangunan, mampu menjadi tarikan pelancong dalam mahu pun luar negara.Katanya, projek yang dijangka bermula pertengahan 2017 akan menempatkan pelbagai perusahaan industri desa, tembaga, tenunan, pertukangan dan juga pelbagai tanaman hampir pupus di negara kita, termasuk pokok jambu arang dan pokok sentul.“Kita juga akan membina rumah-rumah contoh tradisional Terengganu yang dikelilingi dengan dusun buah-buahan dan berhampiran anak sungai.“Apa yang diusahakan ini semata-mata mahu memperkenalkan kepada pelancong luar Terengganu dan kepada generasi akan datang,”katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains,Teknologi dan Tranformasi Negeri. Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Kejohanan Mountain Bike Batangan Jamboree 2016, di Kampung Batangan, Seberang Marang, hari ini. Hadir sama, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Dato' Nik Dir Nik Wan Ku dan Pengurus Promosi Sekretariat Beautiful Terengganu,Ahmad Fathil Abdul Ghani.A. Latif berkata, kejohanan yang julung kali dianjurkan itu akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan dengan menjangkakan lebih ramai penyertaan pada tahun hadapan, termasuk peserta luar negara.“Apa yang membanggakan, sebanyak 35 syarikat tempatan dan luar Terengganu tampil memberi sumbangan untuk bersama-sama menjayakan kejohananan anjuran kerajaan negeri melalui Sekretariat Beautiful Terengganu, “ katanya.
24 Dec 16
1242
Memahat Sejarah, 3,000 Pelancong Luar Negara Tiba Sekali Gus Sempena Beautiful Terengganu 2017
Wow! Di luar dugaan - mencipta rekod, memahat sejarah seramai 3,000 orang pelancong luar negara iaitu negara ASEAN bakal membanjiri Terengganu pada 2 hingga 4 Januari depan.Inilah permulaan yang terbaik kepada usaha kerajaan negeri mengisythiarkan 2017 sebagai Tahun Melawat Terengganu (TMT 2017).Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman meletakkan asas yang kuat, menerajui sendiri portfolio pelancongan dengan penekanan yang cukup tinggi diberikan untuk menjana pendapatan rakyat dan ‘pemain-pemain’ industri yang berimpak tinggi ini kepada kecemerlangan ekonomi negeri.Kunjungan 3,000 pelancong diandaikan berbelanja sekurang-kurangnya RM1,000 tunai seorang dalam tempoh tiga hari itu, bermakna sudah RM3 juta mengalir ke tangan peniaga-peniaga, belum termasuk lagi bayaran penginapan di hotel.Urusetia yang diketuai sendiri oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Haji Zainal Abidin Hussin berkata, pihaknya telah menyusun yang terbaik bersama Forte Hospitality Management Sdn.Bhd demi untuk melihat peniaga-peniaga Terengganu mengambil manfaat dan faedah dari kehadiran pelancong yang begitu ramai itu.“Kerajaan menyediakan keperluan-keperluan untuk memastikan kehadiran pelancong ke Terengganu, yang akan memperolehi faedahnya ialah peniaga dan usahawan pelancongan, oleh itu layanlah pelancong itu dengan cara yang terbaik,”ujarnya kepada penulis.Penulis yakin bukan RM3 juta dibelanjakan, mungkin sampai RM5 juta ditunaikan di Terengganu kerana menurut Forte yang mengurus kedatangan pelancong dari Singapura, Thailand, Myanmar dan Filipina bahawa pelancong berjumlah 3,000 orang itu kelas pertengahan, bukannya ‘budget tours’.(Forte ialah konsortium yang menguruskan perhotelan pelancong)Difahamkan mereka bertolak dari Kuala Lumpur dengan 86 buah bas yang pastinya akan menyemarakkan Bandar Kuala Terengganu khususnya dan beberapa lokasi lawatan mereka seperti ke Tasik Kenyir dan Kuala Berang (Batu Bersurat di Kampung Buloh).(Bayangkan 86 buah bas berderet-deret menurunkan pelancong luar negara ke bandar Kuala Terengganu, bukan lagi fantasi tetapi realiti. Syabas dan tahniah kepada penggerak Visit Beautiful Terengganu).Mereka dijangka menginap di seluruh hotel yang terdapat di Kuala Terengganu iaitu 16 hotel dan resort yang dikenalpasti yang mungkin hampir 2,000 bilik serentak diperlukan.Sebagai menyambut kehadiran mereka, suatu majlis makan negeri kepada pelancong yang akan dihoskan sendiri Menteri Besar akan diadakan pada sebelah malam, 2 Januari 2017 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu.Mereka juga akan dibawa ke Pulau Warisan, Pasar Kedai Payang, Kampung Cina, pasar malam pada 3 Januari dan ke Tasik Kenyir serta Batu Bersurat pada 4 Januari (Rabu) sebelum berlepas balik ke Kuala Lumpur sebelah petang.Di Kuala Berang, para pelancong akan menyaksikan pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan.Kita yakin dan percaya akan berterusannya pelancong memilih Terengganu sebagai destinasi pelancongan mereka.Apa yang penting sambutlah kehadiran mereka dengan budaya ramah tamah sesuai dengan slogan Negeri Cantik Budaya Menarik.Para peniaga juga perlu melayan pelanggan mereka dengan cara yang terbaik, harga yang berpatutan- dan ukirlah senyuman setiap masa. Senyum selalu.Tahniah diucapkan kepada kerajaan negeri di atas permulaan TMT 2017 yang amat baik ini.
23 Dec 16
1399
Penduduk Kampung Sambut Baik Penganjuran Batangan Jamboree 2016
Petugas membersihkan kawasan sebagai persiapan penmganjuran program Batangan Jamboree 2016, Sabtu ini. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailPenduduk Kampung Batangan, Marang, menyambut baik usaha kerajaan dan penganjur program Batangan Jamboree 2016 (BJ16), Sabtu ini kerana mampu memperkenalkan kampung mereka kepada masyarakat dalam dan luar negara, sekali gus meningkatkan ekonomi penduduk setempat.Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Batangan, Wahid Mat Dahan, amat teruja dan gembira apabila kerajaan negeri melalui Sekretariat Beautiful Terengganu memilih kampung tersebut sebagai lokasi utama program yang dijangka akan menarik kira-kira 2,000 peserta dan pengunjung dari dalam dan juga luar negara.Katanya, program yang pertama kali diperkenalkan di Terengganu itu secara tidak langsung dapat mempromosikan tarikan serta produk kampung secara meluas.Wahid Mat Dahan“Kampung Batangan terkenal dengan produk manisan seperti dodol daun palas, manisan kampung dan gula-gula kelapa yang dihasilkan oleh penduduk kawasan ini.“Dengan adanya program sebegini, ianya dapat meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat,”katanya yang ditemui Teganukita, hari ini.Tambahnya, persiapan bagi menjayakan program itu sedang giat diatur dan berkeyakinan acara itu akan berjalan lancar serta mendapat sambutan baik.Menurutnya, sehingga kini, persiapan tempat sudah siap hampir 80 peratus termasuk menyediakan tiga tapak parkir untuk pengunjung.“Saya berharap program ini akan berjalan lancar dan bakal menjadi perangsang untuk menganjurkan program yang sama pada tahun hadapan,” katanya.Bagi Pengerusi Majlis Belia Daerah Marang, Amirullah Othman pula menyifatkan BJ16 yang julung kalinya diadakan itu adalah satu penghargaan bagi golongan belia setempat termasuk di Marang, apabila daerah itu dipilih untuk penganjuran program itu.Amirullah Othman“Saya kira ini adalah satu penghormatan kepada kami selaku belia di Marang yang juga merupakan peserta dalam program apabila Kampung Batangan dipilih sebagai venue utama BJ16 ini.“Ianya secara tidak langsung dapat menaikkan nama Batangan itu sendiri dan menjadi lokasi pilihan terbaik untuk penganjuran sukan lasak serta ekstrim di persada antarabangsa apabila terdapat peserta dari luar negara di kejohanan ini nanti,” katanya.
21 Dec 16
52
Tawaran Diskaun 50 Peratus Untuk Program ‘EduTourism’
Pengusaha homestay tempatan bakal menawarkan diskaun menarik sehingga mencecah 50 peratus untuk program ‘EduTourism’ sebagai menyokong usaha kerajaan negeri menggalakkan kedatangan pelancong luar ke negeri ini sempena Tahun Melawat Terengganu 2017.Pengerusi Homestay Negeri Terengganu, Md Azmi Abd Aziz berkata, beberapa universiti di Indonesia memberikan maklum balas positif terhadap tawaran itu melalui mesyuarat kerjasama yang diadakan baru-baru ini.Antaranya, Universitas Brawijaya, Universitas Muhammadiyah, Dinas Pendidikan Kota Malang, Direktorat Brawijaya Smart School dan wakil Walikota Kota Malang.“Dalam usaha merealisasikan program ‘EduTourism’ dan pertukaran pelajar, tawaran diskaun ini bakal dinikmati pelajar luar yang mengadakan lawatan sambil belajar di negeri ini.“Disamping melawat tempat menarik dan melakukan pelbagai aktiviti yang disediakan di inap desa yang mereka tinggal, menerusi pakej menarik ini juga mereka berpeluang berkunjung ke sekolah dan universiti berdekatan kerana semua urusan pengangkutan, makan minum akan disediakan pihak kami,’’ ujarnya kepada Teganukita, hari ini.Dalam perkembangan lain katanya, seramai 21 pelajar negeri ini telah mengikuti program pertukaran pelajar dengan SMA Brawijaya Smart School, Indonesia pada 13 hingga 18 Disember lalu.“Peluang sebegini amat berfaedah bagi pelajar untuk mempelajari tradisi kehidupan, kebudayaan, mendekati cara pembelajaran dan mengenal lebih dekat lagi kehidupan harian penduduk negara jiran itu,”ujarnya.
20 Dec 16
51