Artikel "Pelancongan" Terkini
Rumah Warisan Haji Su Produk Pelancongan Terbaru
Rumah Warisan Haji Su yang terletak di Kampung Losong, Kuala Terengganu. Foto oleh Zulkifli Putra.Rumah Warisan Haji Su yang terletak di Kampung Losong, Kuala Terengganu dijadikan sebagai produk pelancongan terbaru di Terengganu bagi menarik lebih ramai pelancong sempena Visit Beautiful Terengganu 2017.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata rumah warisan tersebut telah mula dibuka kepada pengunjung pada setiap hari secara percuma.Katanya, pelbagai perancangan telah dirangka melalui Muzium Negeri dan Pelancongan Negeri Terengganu bagi menggalakkan lebih ramai pelancong berkunjung ke rumah warisan tersebut."Kita bercadang untuk memperkenalkan pelbagai pakej di sini. Berkemungkinan ada pakej yang menawarkan untuk pengunjung bermalam di rumah ini."Kami ingin memastikan bahawa di sini, kita dapat memperkasakan lagi tentang budaya dan kesenian negeri Terengganu termasuk dari segi pembuatan batik, songket, tembaga, seni ukiran kayu dan sebagainya," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam lawatannya ke Rumah Warisan Haji Su, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd Yusof Abdullah.Sementara itu, Ahmad Razif berkata RM3.7 juta telah diperuntukkan bagi membaik pulih rumah tersebut.Katanya, untuk memulihara rumah tersebut bukanlah sesuatu yang mudah kerana ingin mengekalkan ciri-ciri asalnya.Tambahnya, kawasan yang bakal dijadikan sebagai tempat tumpuan tersebut turut akan memberikan peluang kepada usahawan-usahawan terutamanya yang terlibat dalam bidang warisan."Peluang akan diberikan kepada usahawan dalam bidang warisan kita iaitu songket, batik, ukiran dan sebagainya."Selain itu, kita akan lakukan pameran, program dan mungkin selepas ini akan disertakan sekali dengan persembahan pentas kebudayaan dan sebagainya," katanya
31 Jan 17
1428
Pulau Kekabu Jadi Destinasi Pilihan Acara Utama Negeri
Destinasi menarik di Marang dan antara aset pelancongan negeri, Pulau Kekabu, menjadi lokasi pilihan penganjuran pelbagai acara utama di peringkat negeri.Terbaru, Persatuan Kelab-Kelab Belia (MAYC) Kawasan Marang dan Majlis Belia Daerah Marang menganjurkan program julung kali, Kejohanan Bola Sepak Pantai Terbuka Terengganu.Kejohanan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.Turut hadir, Pegawai Daerah Marang, Yang Dipertua Daerah Marang dan pemimpin masyarakat.Kejohanan ini disertai 70 pasukan dari dalam dan luar Terengganu.A.Latiff yang juga Adun Pengkalan Berangan berhasrat menjadikan Marang sebagai sub pelancongan yang masyhur di Negeri Terengganu."Di Pulau Kekabu telah dibina infrustruktur yang baik seperti taman permainan kanak -kanak dan tandas. Terkini kiosk -kiosk kedai juga akan dibina di Pulau Kekabu ini."Rumah kayak atau kanu yang ada di sini akan diaktifkan dengan penganjuran pelbagai bentuk program. Selain itu, aktiviti perahu layar dan papan luncur air juga telah giat dijalankan,"katanya.Beliau juga amat berbangga dengan inisiatif pelbagai pihak termasuk MAYC menganjurkan program di Marang untuk menjadikan daerah itu sebagai destinasi tumpuan pelancongan.Tambahnya, baru -baru ini Kejohanan Jamboree Batangan dan pada Februari ini akan dijalankan program Tesdec Challenge.Pada April pula akan diadakan Kejohanan Sukan Air juga di Pulau Kekabu.
29 Jan 17
284
Tarian Singa Kesun Promosi VBT 2017
Alex dan R.Naidu bersama dua ekor singa yang akan melakukan jelajah bagi mempromosikan VBT 2017. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Tarian Singa Kesun bakal membantu mempromosikan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 sempena Tahun Melawat Terengganu.Pengerusi persatuan tarian itu, Dato’ Dr Alex Ong berkata, pihaknya menyokong penuh hasrat Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam memperkenalkan Terengganu di dalam dan luar negara melalui VBT 2017 tersebut.“Dalam mempromosikan VBT 2017 ini, Kesun akan menjelajah ke pelbagai negeri dengan membawa sekali bendera serta logo VBT 2017.“Untuk tahun ini, kami membawa sedikit keunikan di dalam Tarian Singan Kesun dengan memberi pencahayaan menggunakan LED yang telah dinaik taraf,” katanya.Beliau ditemui pada sidang media Tarian Singa Kesun Sempena Tahun Baru Cina di Pasaraya Mydin, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengurus Wilayah Pantai Timur Mydin, R. Naidu.Tambah Alex, Kesun turut akan ke serata daerah di dalam Terengganu seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya.“Tujuan kami melakukan jelajah ini adalah bagi menunjukkan sokongan sekaligus menyahut cabaran oleh Menteri Besar serta menyokong dasar Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam mempromosikan pelancongan dan kebudayaan,” katanya.
24 Jan 17
175
Hanya RM200 Bina Buaian Di Pantai Batu Burok
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan menambah bilangan buaian sedia ada di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu kepada 10 buaian tidak lama lagi.Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, empat buaian sedia ada yang dibina secara bergotong-royong sesama kakitangan MBKT tiga minggu lalu hanya melibatkan kos RM200 kerana menggunakan barangan terbuang.“Tiang buaian yang dibuat daripada batang nibong diperoleh daripada penduduk kampung, manakala bangku buaian dan sepuluh tempat duduk awam, hasil daripada kayu cengal terbuang.“Kos RM200 yang diguna pakai itu untuk pembelian tali buaian selain tidak menggunakan perkhidmatan kontraktor luar,”katanya ketika dihubungi Teganukita.Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang kerana buaian yang bertinggian 10 hingga 12 kaki persegi itu dibina dengan kedalaman 15 kaki persegi, dijamin tidak terbalik walaupun dipukul ombak.“Bukan saja sesuai untuk kanak-kanak malah selamat untuk golongan orang dewasa.“MBKT akan turut menambah bilangan lampu limpah di kawasan berkenaan untuk mengelak pihak tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan sumbang,” katanya.Menurutnya, apa yang diusahakan itu kini menjadi tarikan terbaru kepada pelancong luar dan pengunjung tempatan, malah kebanyakan mereka mencadangkan menambah beberapa buaian lagi.“Kemudahan sama akan dibina di Pantai Teluk Ketapang, sebagai usaha menggamit kedatangan pelancong ke Terengganu sempena Visit Beautiful Terengganu,” katanya.
21 Jan 17
1694
Peruntukan RM80 Juta Jayakan VBT 2017
Wan Abdul Hakim memukul gong sebagai simbolik Perasmian Perayaan Pesta Karnival Sambutan Tahun Baru Cina 2017 di Kampung Cina, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Kerajaan negeri memperuntukkan RM80 juta untuk sektor pelancongan negeri khususnya menarik kehadiran 5.5 juta pengunjung dalam dan luiar negara ke Terengganu sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sempena kempen VBT tersebut, pelbagai peluang baharu diwujudkan, bagi memberi impak positif terutamanya bagi meningkatkan ekonomi rakyat, pemain industri dan juga kerajaan.“Yang lebih penting ialah manfaat secara langsung yang dapat dinikmati oleh rakyat terutama di kalangan para peniaga, pemandu teksi, pengusaha restoran, pengusaha hotel, ejen-ejen pelancongan, penggiat seni dan mereka yang terlibat dalam industri hiliran pelancongan.“Saya yakin VBT 2017 bakal mendapat kejayaan yang lebih baik lagi daripada Pesona Terengganu 2015. Ini bertepatan dengan pepatah Cina yang bermaksud kita harus menjadikan kejayaan-kejayaan yang lepas sebagai batu loncatan untuk mencipta kejayaan yang lebih besar,” katanya.Beliau berkata demikian dalam ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Pelancongan dan Kebudayaan I, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar pada Majlis Perasmian Perayaan Pesta Karnival Sambutan Tahun Baru Cina 2017 dan Majlis Pelancaran Lagu ‘Beautiful Terengganu – I Love You’ versi Bahasa Malaysia di Kampung Cina, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir Presiden Persatuan Dewan perhimpunan Tiong Hua Terengganu. Tan Beng Sang dan Setiausaha MCA Kuala Terengganu, Toh Seng Cheng.
21 Jan 17
54
Program Hari Tanpa Kenderaan Akan Diperluas Ke Setiap Daerah
Kerajaan negeri akan memperluaskan Program Hari Tanpa Kenderaan selama tiga jam ke seluruh daerah di negeri ini dalam usaha melahirkan masyarakat sihat dan mempunyai semangat kesukanan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program sama yang diadakan pada hari Sabtu sekurang- sekurangnya sebulan sekali itu telah dimulakan di Kuala Terengganu.Katanya, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu memilih lokasi bermula dari kawasan Kampung Tanjung melalui Taman Syahbandar dan berakhir di Pulau Warisan yang membabitkan jarak sejauh tiga kilometer (km)."Saya berharap Pihak Berkuasa Tempatan di daerah lain turut mengadakan program seumpama ini dengan menyelitkan pelbagai aktiviti lain dalam tempoh terdekat." Apa yang dilaksana itu bukan saja menyihatkan badan malah membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung, obesiti dan diabetis,"katanya.Beliau berkata demikian pada Program Kuala Nerus Car Free Hour, di perkarangan Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus hari ini.Lebih 1, 000 peserta terdiri pelajar sekolah, penuntut universiti, kakitangan awam dan swasta serta penduduk setempat menyertai program itu.Sebelum itu, Ahmad Razif bersama isteri To' Puan Seri Halina Zakaria dan tetamu kehormat lain menyertai senamrobik.
14 Jan 17
62
Terengganu Perkenal Bas Kite
Bas Kite Bakal Beroperasi 15 Januari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Terengganu bakal memperkenalkan perkhidmatan `Bas Kite' bermula 15 Januari ini dengan reka bentuk lebih unik, selesa dan menarik sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.Kemudahan bas berkonsepkan rumah tradisional Terengganu itu dilengkapi akses wifi, skrin LED TV dan tingkap yang direka khas untuk keselesaan penumpang bagi menikmati panorama sekitar pusat Bandar Raya Kuala Terengganu .Manakala dekorasi dalaman bas yang mampu memuatkan 34 penumpang itu pula bercirikan lukisan batik, songket dan ukiran kayu larik pada pemegang tangga bas.Timbalan Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, Wan Adnan Wan Derahman berkata, dahulunya bas yang dikelola Syarikat Cas Ligas Sdn. Bhd itu dikenali Bas Bandar, dinaiktaraf dan dijenamakan semula sebagai Bas Kite supaya bersesuaian dengan sambutan VBT 2017.Katanya, inisiatif menarik minat penumpang dan pelancong untuk menggunakan pengangkutan yang dijangka beroperasi pertengahan bulan ini dan dijadualkan bakal dilancarkan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman tidak lama lagi.“Kadar bayaran yang bakal dikenakan sangat berpatutan antara RM1 sehingga RM3 atau bergantung kepada lokasi dituju.“Penumpang mempunyai dua pilihan laluan, sama ada mahu melalui Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) - Masjid Terapung (Kuala Ibai) yang berkod C01 atau Terminal MBKT- Taman Tamadun Islam (Pulau Wan Man) dengan menggunakan kod C02,” katanya ketika dihubungi Teganukita.Laluan C01 bermula dari Terminal Bas MBKT ke Pantai Batu Burok, Kompleks Kraf Noor Arfa Batik, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu dan Masjid Terapung dengan jarak sejauh 27 kilometer (km).Manakala laluan CO2 dari Terminal Bas MBKT melalui Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam, Pasar Payang dan Pulau Warisan membabitkan jarak 22 km.Wan Adnan turut memberitahu, kerja-kerja menaik taraf enam bas pelancongan yang berusia sembilan tahun itu bermula awal tahun lalu, membabitkan kos keseluruhan hampir RM500,000.“Kos itu termasuk pembaikian enjin, memasang mesin tambang, menampal pelekat berkonsepkan VBT dan dekorasi dalaman,” katanya.
11 Jan 17
2221
Banjir : VBT 2017 Tidak Terjejas
Ahmad Razif bersama rombongan melawat ketika melawat pusat perpindahan banjir di SMK Badrul Alam Shah, Kemaman.Bencana banjir yang melanda di kebanyakan daerah di Terengganu tidak menjejaskan pelancong untuk melawat negeri ini sempena Visit Beatiful Terengganu (VBT) 2017.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, walaupun sebahagian kawasan dinaiki air, namun ianya bukan masalah kerana jalan-jalan utama untuk ke Terengganu tidak terputus.“Di Kuala Terengganu yang menjadi tumpuan utama kepada pelancong tiada tempat yang terjejas teruk akibat daripada banjir.“Jadi ia bermakna tiada hotel-hotel di sekitar kawasan ini yang menerima implikasi tehadap bencana ini,” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah, Kemaman, semalam.Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam; Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir. Rosli Othman dan Pegawai Daerah Kemaman, Rosman Roslan.Tambah Ahmad Razif, untuk tiga bulan pertama bilangan pelancong mungkin masih berkurangan kerana pulau di Terengganu belum dibuka berikutan keadaan laut bergelora.Namun demikian, apabila pulau peranginan dibuka bermula Mac, bilangan pelancong dijangka akan meningkat.“Pihak kerajaan telah pun mengatur program apabila pulau-pulau mula dibuka dan kami telah bersedia untuk menerima pelancong-pelancong dari dalam luar negara.“Walaupun begitu, kawasan peranginan seperti Tasik Kenyir masih menerima kunjungan pelancong kerana ianya tidak menerima implikasi akibat banjir yang berlaku,” katanya.
06 Jan 17
128
Aplikasi Destinasi Terengganu, Maklumat Pelancongan Di Hujung Jari
Wan Hakim (dua dari kiri) menunjukkan aplikasi Destination Terengganu yang boleh mula dimuat turun melalui App Store dan Google Play Store. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kerajaan negeri dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) melancarkan satu aplikasi untuk telefon pintar bagi kemudahan pelancong sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri I, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, penggunaan aplikasi yang dibangunkan TM itu membolehkan pengguna telefon pintar mengetahui maklumat berkenaan semua destinasi dan lokasi menarik serta pusat percutian dengan pantas.Katanya, pembinaan aplikasi tersebut adalah sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat supaya pelancong memperolehi maklumat terkini, cepat dan tepat mengenai tempat-tempat menarik di sekitar Terengganu.“Pengguna internet di Malaysia telah mencecah 20 juta orang dan kebanyakannya adalah pengguna telefon pintar. Jadi amat rugi jika kita tidak mengambil peluang ini.“Aplikasi yang dibina pula hampir kesemua orang dapat melayarinya kerana ianya amat mudah dicapai di hujung jari mereka sahaja. Pengguna dapat mengetahui tentang tempat makan yang menarik, aktiviti kebudayaan di Terengganu dan sebagainya,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Aplikasi ‘Destination Terengganu’ di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan), Mohd Sophian Abu Bakar dan Pengurus Besar TM Terengganu, Hamidun Ismail.Tambah Wan Abdul Hakim, aplikasi berkenaan antara yang terbaik disediakan untuk kempen Tahun Melawat Terengganu kerana ianya sesuai dengan keadaan semasa.“Aplikasi ini lebih spesifik. Apabila pengguna klik ke tempat yang ingin dituju tersebut, kemudahan seperti lokasi serta nombor telefon turut dipaparkan bagi kemudahan pengguna.“Namun begitu, aplikasi ini akan terus dikembangkan lagi. Kami sudah bincang dengan Pengurus Besar TM untuk menambah segmen yang ada contohnya mengikut daerah-daerah.“Selain itu, kandungan yang terdapat di dalam aplikasi ini juga akan selalu dikemaskini bagi memastikan ianya terkini dan tepat,” katanya.Bagi pengguna telefon pintar, aplikasi tersebut boleh didapati di App Store dan Google Play Store dengan carian Destination Terengganu.
04 Jan 17
587
Peniaga Jangan Ambil Kesempatan - MB
Peniaga dinasihatkan agar tidak mengambil kesempatan terhadap pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya ketika kerancakan kempen `Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017'.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peniaga perlu lebih mesra dalam menyambut kedatangan pelancong dengan budaya yang baik serta mesra, selain berurusniaga dengan kadar yang munasabah.“Harga barangan perlulah berpatutan. Harga yang mahal secara tidak langsung akan memberikan imej tidak baik kepada negeri ini sendiri.“Jangan pula ada peniaga merosakkan apa yang sedang kerajaan negeri laksanakan dengan memberi layanan yang tidak baik kepada pelancong-pelancong ini,” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Meraikan Pelancong ASEAN di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Monspace Multinasional Corp, Dato’ Seri Jessy Lai.Dalam pada itu, Ahmad Razif berharap, agar dengan kedatangan pelancong ke Terengganu sempena VBT 2017 akan merancakkan lagi ekonomi penduduk setempat.“Bermula esok (hari ini) seramai lebih 3,000 pelancong dari negara-negara ASEAN akan melawat ke sekitar Kuala Terengganu termasuk Pasar Kedai Payang, Kampung Cina dan Pulau Warisan.“Diharapkan dengan kehadiran pelancong-pelancong yang begitu ramai akan memberi manfaat kepada rakyat kerana mereka sudah pasti mula berbelanja di tempat-tempat yang dibawa ini,” katanya.
02 Jan 17
90