Artikel "Pelancongan" Terkini
400 Peserta dari 26 Negara Berentap dalam Kapas-Marang International Swimathon
Wan Abdul Hakim meninjau lokasiKejohanan Kapas-Marang International Swimathon 2017 dijadualkan pada 19 Mac ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Seramai 400 peserta melibatkan 26 buah negara bakal berentap dalam kejohanan Kapas- Marang International Swimathon 2017 sejauh 6.5 kilometer bagi edisi ke-18 pada 19 Mac ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri I, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, kejohanan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri itu banyak membantu Terengganu dalam mempromosikan negeri ini.“Untuk tahun ini, seramai 400 peserta mengesahkan penyertaannya dan 67 daripadanya merupakan dari luar negara termasuk dari Algeria, Australia, Kanada, China serta peserta dari Jerman yang memegang rekod terpantas dalam kejohanan ini, Benjamin Konscak.“Jumlah ini makin berkembang dari tahun ke tahun serta kita juga turut menerima kembali kedatangan peserta-peserta yang pernah menyertai kejohanan ini,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada sidang media sempena Kapas-Marang International Swimathon 2017 di Pulau Kapas, Marang, hari ini.Dalam kejohanan tersebut, perenang termuda yang telah mengesahkan kehadirannya adalah peserta dari Malaysia, Phua Yu Ning, 12, manakala peserta tertua pula adalah dari Kanada, Paul Brewer, 69.Sebanyak enam kategori bakal dipertandingkan pada kejohanan tersebut dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM20,000.
15 Mar 17
37
RM40,000 Hadiah Untuk Juara Pemancing Pesta Pantai Batu Burok
Kerajaan negeri dengan kerjasama Red One akan menganjurkan temasya Pesta Pantai Beautiful Terengganu Red One dari 17 hingga 25 Mac ini di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.Beberapa pertandingan akan diadakan sepanjang sembilan hari program bersempena Visit Beautiful Terengganu itu termasuk pertandingan memancing, bola sepak pantai serta permainan tradisional Melayu.Kejohanan Bola Sepak Pantai yang akan berlangsung 24 dan 25 Mac menawarkan hadiah lumayan dengan johan bakal membawa pulang RM13,000.Manakala, hadiah yang ditawarkan untuk Cabaran Memancing Pantai Batu Burok pada 25 Mac pula ditambah nilai hadiah kepada juara daripada RM30,000 kepada RM40,000 berikutan sambutan yang memberangsangkan.Bagi yang ingin menyertai Kejohanan Bola Sepak Pantai boleh hubungi urusetia di talian Yahya (017-9110378), Zabidi (018-4054496), Erry (011-16127585) dan Zeddy (010-5474341). Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 16 Mac ini.Sementara, pendaftaran untuk pertandingan memancing pula akan diadakan bermula 3 petang 24 Mac, sehingga ke hari pertandingan. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Kojie Batik (011- 35299335) dan Faizal (019- 9390404).
14 Mar 17
522
Pemandu Teksi Bertindak Sebagai Barisan Hadapan Jayakan VBT 2017
Pemandu teksi diibaratkan duta kecil yang bertindak sebagai barisan hadapan (frontliner) dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada penumpang bagi menjayakan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang berkata, peranan mereka perlu diselaras dan disusun dengan baik memandangkan mereka adalah ‘frontliner’ yang mencerminkan imej Terengganu terutama kepada pelancong asing."Kita jual produk yang ada di Terengganu termasuk pelancongan dan bila orang ramai datang, mereka akan berbelanja malah jika mereka berpuas hati, mereka akan datang lagi dan semua pihak akan mendapat faedah.“Justeru itu, adalah amat penting bagi pemandu teksi untuk mempunyai kualiti termasuklah bersikap mesra pelanggan di samping mempunyai pengetahuan tentang tempat tarikan pelancongan di sekitar Terengganu untuk dikongsi bersama pelancong,"kata Tengku Putera.Beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian Baju Korporat Kepada Pemandu Teksi Daerah Hulu Terengganu di Dewan Besar Langgar Hulu, Plaza Rahmat OKB,Kuala Berang,semalam.Turut hadir,Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik.Seramai 60 orang pemandu teksi di daerah ini menerima baju korporat yang disampaikan oleh Tengku Putera Tengku Awang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang.Tengku Putera berkata, kerajaan negeri memperuntukkan perbelanjaan yang tinggi untuk pelancongan dan menyasarkan lima juta pelancong akan mengunjungi Terengganu sempena VBT 2017.Katanya, pemandu teksi juga harus berani untuk melakukan perubahan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan di samping menambahkan pendapatan dalam era persaingan yang wujud ketika ini."Mereka juga perlu memberi layanan yang baik kepada semua penumpang, cekap, efisien, amanah serta mempunyai daya saing yang tinggi untuk membantu mempromosikan kawasan-kawasan menarik yang terdapat di negeri ini. Kena ubah cara dengan memberi perkhidmatan yang mungkin sebelum ini para pemandu cuma menunggu di stesen-stesen yang dikhaskan."Tidak salah kalau banyakkan kaedah seperti adakan khidmat ambil dari rumah (secara atas talian) atau jadi rakan niaga dengan restoran, hotel atau pusat-pusat kraf/pelancongan untuk menarik pelanggan,"katanya.Sementara itu, seorang pemandu teksi Mohamad Daud,56, berkata pemberian baju korporat ini menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri kepada mereka."Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama kerajaan negeri atas pemberian baju ini dan memberi semangat kepada kami untuk bersama-sama dalam menjayakan TMT 2017."Keseragaman pakaian akan membantu meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan dan menyerikan imej pemandu teksi yang ada dalam memberi yang terbaik sebagai duta kecil,"katanya lagi.
13 Mar 17
48
Lapan Program Utama Meriahkan VBT Sepanjang Mac
Lapan program utama disajikan oleh Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu sepanjang bulan Mac ini dalam usaha untuk mempromosikan Terengganu di samping merancakkkan Visit Beautiful Terengganu 2017.Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, program yang merangkumi pelbagai acara seperti kebudayaan, warisan dan sukan dilaksanakan dengan kerjasama Tourism Malaysia Terengganu dan pelbagai agensi lain di seluruh Terengganu .Antara program yang sedang dan akan dijalankan adalah Merakam Pengalaman di Terengganu (18 Februari-30 April), Matta Travel Fair (17-19 Mac), Pesta Pantai Beautiful Terengganu Red One (17-25 Mac) dan Malam Apresiasi Suktra (20 Mac).“Selain itu, program tahunan yang sering dijalankan di Terengganu akan turut diadakan iaitu Kapas-Marang International Swimathon (18-19 Mac), Kejohanan FIM Asia Motocross (24-25 Mac), Kenyir Bird and Nature Quest (25-26 Mac) dan tidak ketinggalan Terengganu Bike Week (27 Mac-2 April),” katanya.
12 Mar 17
299
Gambar Jerung Diviral Bukan Pesisir Pantai Terengganu
Gambar jerung yang tersebar di media sosial dengan menyatakan ikan itu ditangkap di kawasan Taman Laut Pulau Kapas, Marang.
Pelancong yang berkunjung ke Terengganu tidak perlu bimbang berikutan penularan gambar jerung di media sosial dengan menyatakan ikan itu ditangkap di kawasan Taman Laut Pulau Kapas, Marang.
Jabatan Taman Laut Negeri (JTLN) juga menafikan dakwaan terdapat gangguan jerung di kawasan itu susulan penyebaran gambar jerung spesies Bull Shark yang dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang, semalam.
Pengarah JTLN, Muhammad Nur Ashry Bassari berkata, penularan itu tidak tepat kerana jerung terbabit ditangkap nelayan di luar kawasan Taman Laut Pulau Kapas iaitu tujuh batu nautika dari perairan berkenaan.
"Setakat ini, tiada rekod mengenai gangguan jerung bukan saja di Pulau Kapas malah di perairan negeri ini dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan berita yang ditular itu.
"Diharap orang ramai tidak membuat spekulasi dan menyebarkan gambar tersebut dengan pelbagai andaian yang boleh menimbulkan ketakutan kepada orang ramai dan pelancong,"katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.
Nur Ashry berkata, JTLN bersama Jabatan Perikanan Malaysia Terengganu juga melakukan pemantauan dari semasa ke semasa susulan isu ini.
Walaubagaimanapun, anak jerung spesies ini boleh hidup di kawasan pesisiran pantai tetapi tidak berbahaya kepada manusia dan sehingga kini tiada sebarang rekod spesies ini pernah menyerang manusia di Malaysia.
"Kes seperti ini jarang-jarang berlaku semua pihak telah mengambil maklum dan operasi chalet pulau-pulau di Terengganu berjalan seperti biasa,"katanya.
Tambahnya, Mac hingga Oktober juga musim paling sesuai bagi pelancong bercuti di pulau dan pantai di Terengganu setelah musim tengkujuh melabuhkan tirainya.
09 Mar 17
1089
Terengganu Tawar Pakej Pelancongan Islam Kepada Pelancong Singapura
Terengganu menawarkan pakej pelancongan Islam kepada 40 agen pelancongan dari Singapura menerusi program pengembaraan serta kerjasama perniagaan kepada perniagaan (B2B) bagi menjayakan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.Penggiat pelancongan berkenaan berpeluang menikmati dan melihat sendiri produk seperti seni bina Masjid Hiliran,Tok Ku Tuan Besar, Sultan Zainal Abidin dan Institut al-Quran (IQT), monumen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu serta monumen Batu Bersurat dan Kompleks Desa Al-Taqwa di Hulu Terengganu.Menerusi program anjuran kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu bersama Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Terengganu dengan Tourism Malaysia Terengganu itu juga membawa mereka ke Muzium Negeri,Dapo Pata, Homestay Teluk Ketapang, industri Keropok Bukit Tok Beng (Kuala Nerus), Keropok Losong, Kompleks Kraf Noor Arfa, Istana Maziah, Pasar Payang, Kampung Cina dan Bukit Puteri (Kuala Terengganu) serta Santuari Kelah dan Perkampungan Gajah, Kenyir (Hulu Terengganu).Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tuan Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, berkata, dalam lawatan lima hari ke negeri ini, semua penggiat pelancongan berkenaan juga akan menjalinkan kerjasama B2B dengan 21 agen pelancongan negeri bagi memperkenalkan dan mempromosikan produk pelancongan terutama kepada pelancong muslim dari Singapura.“Mereka akan berinteraksi, bertukar-tukar pengalaman dan juga informasi secara terperinci mengenai pakej serta produk pelancongan yang masing-masing tawarkan.“Pada masa yang sama, pengembaraan mereka ke negeri ini juga membolehkan mereka melihat dan menikmati sendiri tarikan serta keistimewaan daripada produk yang kita sediakan supaya pengalaman itu membolehkan mereka konsi dan tawarkan pula kepada rakyat di Singapura. Ada juga yang mahu menyertai pakej ibadat korban sambil melancong di Terengganu pada musim Haji nanti, “katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas meraikan agensi pelancongan terbabit di majlis makan malam di Quinara Al-Safir Resort, Tok Jembal, Kuala Nerus, malam tadi.Tun Faisal berkata, kunjungan mereka selaras dengan hasrat untuk memartabatkan pelancongan negeri serta memberi gambaran tepat mengenai Terengganu yang sememang terkenal dengan keunikan mahupun kepelbagaian produk pelancongan merangkumi warisan, sejarah, makanan tradisi, kebudayaan dan alam semula jadi.Rosmawati“Alhamdulillah, mereka sangat gembira dan memberi respon positif. Kunjungan ke Santuari Kelah umpamanya memberi pengalaman baharu yang cukup mengujakan mereka, walaupun penat tetapi kunjungan ke situ amat berbaloi dan sukar ditemui di mana-mana pusat pelancongan lain,”katanya.Sementara itu, seorang agen pelancongan Singapura, Rosmawati Abu Bakar, 47, berkata kunjungan kali kedua ke negeri ini memberi pengalaman berbeza dan sangat menyeronokkan, terutama lawatan ke Santuari Kelah, Tasik Kenyir. "Hilang segala penat berjalan masuk ke santuari apabila dapat memegang ikan dan menikmati keunikan panorama di situ.Sungguh seronok dan luar biasa."Tidak sabar mengikuti semua lawatan dan pakej disediakan. Saya juga kagum kerana Terengganu kaya dengan budaya dan warisan Islam, terutama aspek seni bina masjid dan keunggulan institusi pengajian Islamnya,"katanya.
01 Mar 17
115
Fiesta Kemamang Kite 2017 Capai Sasaran
Sebahagian orang ramai yang hadir pada Fiesta Kemamang Kite 2017 di Perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailPenganjuran Fiesta Kemamang Kite 2017 berjaya mencapai sasaran menarik keyakinan generasi muda terutama di daerah berkenaan supaya dapat bersama-sama menyokong setiap aspirasi kerajaan.Program julung kali diadakan di perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu berkenaan dirintis kumpulan WhatsApp yang menggelarkan diri mereka sebagai `Kemaman Kite' itu mampu menjadi platform terbaik bagi mendekati golongan belia sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah.Pendekatan itu dapat dilihat menerusi penyertaan dalam perlumbaan `drift’ kereta dan motosikal yang merupakan pengisian utama bagi program selama dua hari berakhir, malam tadi.Penganjur program, Mat Dalam Awang berkata, pemilihan acara khas untuk anak muda itu dilihat tepat dengan kecenderungan rata-rata belia tempatan terhadap sukan lasak itu, di samping menyuntik inspirasi kepada golongan sasar itu supaya memanfaatkan bakat mereka di jalan yang betul.Katanya, selain perlumbaan itu pihak penganjur turut menyediakan persembahan kebudayaan oleh kumpulan Suktra Terengganu dan artis tanah air termasuk Mat Over, Mat Dan dan Aimantino."Walaupun mengalami kesulitan apabila lokasi program kita yang asalnya dirancang di Padang Astaka, Kemaman terpaksa ditukar pada saat akhir tetapi sambutannya tetap di luar jangkaan dan mencapai sasaran ditetapkan."Terima kasih kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman kerana membenarkan kita menjalankan program ini sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara anak muda serta komuniti Kemaman dengan penduduk di Kuala Nerus," katanya.Majlis penutup program itu disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail. Hadir sama, Penaung Kumpulan WhatsApp Kemaman Kite, Datuk Md. Rahim Husin.
26 Feb 17
81
LTdL 2017 Meriahkan Tahun Melawat Terengganu
Zainal Abidin mewakili kerajaan negeri Terengganu menjadi salah satu penaja rasmi bagi LTdL 2017 yang bakal memulalan perlumbaan di Kuala Berang, esok. Foto oleh Hariah Fadzillah Kasim.Seramai 114 pelumba dari serata dunia melibatkan 19 pasukan bakal berentap dalam kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 yang bakal membuka tirainya esok di Kuala Berang.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, penganjuran LTdL edisi ke- 22 kali ini memberi sedikit kelainan dan istimewa apabila Terengganu dipilih sebagai tempat permulaan perlumbaan.Katanya, penganjuran LTdL 2017 tersebut juga dijangkakan akan memberi impak positif terutamanya sepanjang Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 dan menarik lebih ramai pelawat dari luar Terengganu."Ini merupakan julung-julung kalinya permulaan LTdL diadakan di Terengganu iaitu dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu dan pada peringkat kedua akan bermula dari Jerteh, Besut ke Grik, Perak."Kita yakin dan percaya bahawa kesan daripada LTdL 2017 yang dianjurkan di negara kita dengan turut melibatkan laluan di Terengganu bakal memberi impak positif serta memberangsangkan kepada penganjuran VBT 2017," katanya.Beliau ditemui pemberita di Majlis Perkenalkan Pasukan LTdL 2017 di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin.Dalam pada itu, Tengku Zaihan berkata, kerajaan negeri turut memberi keistimewaan kepada pelumba serta pengurusan yang terlibat dalam LTdL 2017 itu."21 premis perniagaan yang terlibat turut memberikan diskaun sebanyak 10 peratus kepada para pelumba, pihak pengurusan pasukan termasuk media yang terlibat dalam LTdL 2017."Di samping itu , kita turut melibatkan 11 hotel yang memberikan diskaun istimewa sempena penganjuran LTdL dan VBT 2017," katanya.
21 Feb 17
80
Terengganu Tawar Diskaun Sehingga 65 Peratus Sempena MITA Fair Travel 2017
Tengku Zaihan ketika sidang media mengenai MITA Fair Travel 2017, di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailTerengganu bakal menawarkan diskaun sehingga 65 peratus bagi pakej pelancongan dalam Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) Travel Fair 2017 yang berlangsung di Mines International Exhibition & Convention Centre, Seri Kembangan, Selangor pada 24 hingga 26 Februari ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri II, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, sebanyak 19 agensi pelancongan dan hotel termasuk usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) dari Terengganu akan menyertai MITA Travel Fair berkenaan.Katanya, bagi pengunjung yang mengunjungi pameran pelancongan tersebut, pelbagai diskaun pakej-pakej pelancongan disediakan di booth pameran Terengganu sepanjang tiga hari itu.“Antara promosi yang disediakan adalah diskaun sebanyak 65 peratus di Duyong Marina & Resort, tawaran harga bilik Deluxe serendah RM188 dengan diskaun sebanyak 51 peratus di Primula Beach Hotel serta tawaran harga pakej pelancongan tiga hari, dua malam berharga RM1,000 dengan diskaun sebanyak 40 peratus di Bubu Long Beach Resort, Pulau Perhentian.“Selain itu, terdapat juga tawaran diskaun sebanyak 46 peratus bagi bilik di TY Hotel menjadikannya RM79 sahaja untuk satu malam, pakej penginapan RM379 dengan diskaun sebanyak 44 peratus di Terrapuri Heritage Village dan tawaran harga pakej pelancongan tiga hari, dua malam RM650 seorang dengan diskaun sebanyak 38 peratus di Summer Bay Lang Tengah Resort,” katanya.Beliau ditemui pemberita dalam sidang media sempena Penyertaan Terengganu Dalam MITA Fair Travel Fair 2017 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Faisal Tun Abdul Razak dan Pengurus Promosi Sekretariat Beautiful Terengganu, Ahmad Fathil Abd Ghani.Tambah Tengku Zaihan, Terengganu bakal membawa keistimewaan kepada pengunjung yang hadir ke booth penggiat pelancongan negeri di MITA Travel Fair tersebut.“Dekorasi booth kita akan berkonsepkan seni dan kebudayaan Negeri Terengganu selain menampilkan lebih banyak gambar 3D.“Kita mahu menarik lebih ramai pengunjung ke booth yang disediakan di samping menjadi pemangkin kepada pengunjung sebelum mereka merasai sendiri suasana sebenar di Terengganu kelak,” katanya.Dalam pada itu, Tengku Zaihan berkata, kerajaan negeri mensasarkan jualan pakej pelancongan sepanjang MITA Travel Fair pada kali ini sebanyak RM200,000.Katanya, untuk tahun lalu, jualan pakej pelancongan berjumlah RM131,298 telah berjaya diperolehi oleh pengusaha-pengusaha pelancongan yang menyertai MITA Travel Fair 2016.
14 Feb 17
78
Persembahan Kebudayaan Hujung Minggu Sabtu Di Batu Burok
Kerajaan negeri bakal memperkenalkan Program Persembahan Kebudayaan Hujung Minggu, bermula Sabtu ini (17 Februari) sebagai usaha memartabatkan tradisi dan kebudayaan Terengganu kepada orang ramai khusus pelancong luar.Program yang akan bermula jam 9 malam sehingga 12 tengah malam itu memilih lokasi di Pentas Awam Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu untuk pengiat seni terkenal membuat persembahan.Antara persembahan yang akan diuruskan Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu itu termasuk wayang kulit, rodat, dikir barat, gamelan serta tarian tradisional dan lagu rakyat.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, berkata apa yang diusahakan itu bertujuan mahu menyemarakkan lagi program Visit Beautiful Terengganu.Katanya, pada masa sama, mahu menganjak orang ramai terutama generasi baru bersama-sama menghayati, menyertai dan mengenali budaya Terengganu secara dekat.“Boleh juga memberi kemudahan kepada pengiat pelancongan terutama pengusaha hotel dan pemandu pelancong merancang jadual lawatan dengan membawa pelancong menonton persembahan,”katanya.
12 Feb 17
1269