Artikel "Pelancongan" Terkini
Pulangan Terengganu Bike Week Sangat Tinggi Kepada Rakyat
Ahmad Razif dan isteri bersama sebahagian daripada peserta TBW 2017 di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kerajaan negeri berharap agar Terengganu Bike Week (TBW) 2017 dapat diteruskan pada masa-masa akan datang kerana pulangannya sangat tinggi kepada rakyat negeri ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program anjuran Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu (PGPNT) yang dinaungi presidennya, Tengku Sri Temenggung Raja, Dato' Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud mendapat penyertaan paling ramai pada tahun ini.Beliau berkata, dengan adanya program itu, kita dapat memperkenalkan Terengganu selain membantu peniaga-peniaga di negeri ini."Tahun ini penyertaan paling ramai iaitu seramai 3,000 orang. Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kerana program ini juga adalah salah satu program yang telah menjayakan Visit Beautiful Terengganu 2017."Kita berharap bahawa program ini terus diadakan untuk masa-masa akan datang kerana pulangan balik kepada rakyat sangat tinggi," katanya.Beliau ditemui pemberita pada program Konvoi Muhibbah Terengganu Bike Week 2017 di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Faisal Tun Abdul Razak dan Tengku Sri Temenggung Raja.TBW 2017 kali keenam tersebut berlangsung selama tujuh hari bermula 27 Mac lalu turut menghimpunkan peserta dari luar negara termasuk Brunei, Singapura dan Thailand.
01 Apr 17
80
Sidang DUN : Semua Masyarakat Perlu Bersikap Dan Berfikiran Pelancongan
Tengku Zaihan ketika membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman pada hari ketiga, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailSetiap lapisan masyarakat di negeri ini diminta supaya lebih berfikiran dan bersikap pelancongan dalam usaha mencapai matlamat serta menjayakan Visit Beautiful Terengganu 2017 .Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berkata, berfikiran dan bersikap pelancongan mampu meningkatkan mutu dan memberi kesan positif terhadap sektor pelancongan Terengganu secara khasnya.“Berfikiran pelancongan ini bermaksud masyarakat termasuk dari pihak jabatan kerajaan, swasta, penggiat-penggiat pelancongan termasuk pekedai, pemandu kereta sewa dan bot yang merupakan barisan hadapan menyerapkan pemikiran ke arah memajukan sektor pelancongan. “Dari segi kelakuan pula, mereka hendaklah menjadi seperti penggiat pelancongan. Contohnya seperti pekedai, mereka hendaklah memberi layanan yang istimewa serta penuh kemesraan agar pengunjung akan terus mengunjungi kedai tersebut pada masa akan datang,” katanya.Beliau berkata demikian selepas selesai membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman pada hari ketiga, hari ini.Dalam pada itu, Tengku Zaihan juga mensasarkan lebih banyak lagi taman negeri akan diwartakan, selepas Taman Bencah Setiu diwartakan sebagai taman negeri.Tambahnya, kerajaan negeri juga telah mewujudkan Terengganu Riverine and Coastal Authority (Trevicosta) bagi memantau taman-taman negeri yang ada di Terengganu.“Apabila bercakap pasal pelancongan di Terengganu, kita tidak dapat lari daripada eko-pelancongan yang mana melibatkan keindahan dan juga khazanah alam yang ada di negeri ini iaitu keindahan flora dan fauna yang ada di seluruh pelosok negeri Terengganu.“Trevicosta ini merupakan satu agensi yang mana akan menjaga kelestarian sungai-sungai, tasik-tasik, persisiran pantai dan juga hutan-hutan yang ada di Terengganu,” katanya.
29 Mar 17
48
Pengamal Media Eropah Bakal Kunjungi Terengganu Sempena VBT
Tengku Zaihan mempromosi VBT pada pameran International Tourismus Borse (ITB) di Berlin, Jerman baru-baru iniUsaha menjual nama Terengganu menerusi kempen Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 yang dilaksanakan secara konsisten berupaya menarik kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara untuk memilih negeri ini sebagai destinasi utama percutian. Terbaru, aktiviti promosi di International Tourismus Borse (ITB) di Berlin, Jerman, baru-baru ini, turut menarik 21 pengamal media cetak, elektronik dan media sosial dari Eropah untuk ke negeri ini.Kumpulan berkenaan dijangka akan ke Taman Tamadun Islam, Tasik Kenyir, Pasar Besar Kedai Payang, kawasan perkelahan Chemerong, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas.Timbalan Pengerusi Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berkata, mereka yang datang secara berperingkat-peringkat itu akan dibawa agen pelancongan ke destinasi pilihan masing-masing.Katanya, sekiranya pengamal media berkenaan mahu membuat liputan mengenai kehidupan kampung, agen akan bersedia membawanya ke kawasan Homestay Teluk Ketapang, Seberang Takir bagi memfokuskan segmen berkaitan.“Manakala, jika ingin memfokuskan berkaitan makanan tradisional Terengganu, kawasan yang bersesuaian adalah Kampung Batangan di Marang.“Penduduk di perkampungan itu boleh menunjukan proses memasak nisan nyior, dodol dan pelbagai masakan tradisional lain bermula daripada penyediaan bahan,” katanya kepada Teganukita.Tengku Zaihan turut memberitahu, selain pengamal media berkenaan, 10 agensi pelancongan terkemuka dari German, Perancis, Itali, Russia dan lain-lain juga bersetuju melancong ke Terenganu sambil mengadakan lawatan pembelajaran dalam tempoh terdekat..
28 Mar 17
45
Tasik Kenyir 'Bird Watching Destination' Terbaik Dunia
Tasik Kenyir bakal dijenamakan sebagai 'Bird Watching Destination' terbaik dunia dan destinasi eko pelancongan utama di rantau ini sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu,Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, terdapat lebih 296 spesies burung dan sembilan daripada sepuluh spesies burung enggang menjadikan Tasik Kenyir sebagai habitat mereka.Katanya lagi,aktiviti 'bird watching' ini merupakan satu aktiviti utama di Tasik Kenyir dan juga sebagai katalis kepada penjanaan pertumbuhan serta pembangunan negeri serta menjana pendapatan tinggi kepada rakyat di bawah Program Transformasi Ekonomi(ETP)."Aktiviti memburung atau bird watching ini merupakan nilai tambah kepada penjenamaan melalui strategi dan integrasi promosi dan galakan yang telah dan akan diadakan secara bersepadu serta telus."Kolaborasi bersama persatuan-persatuan Persatuan Pencinta Alam Malaysia banyak memainkan peranan dalam membantu ke arah usaha kerajaan negeri mengekal dan memulihara kelestarian alam semula jadi di negeri ini."Tasik Kenyir merupakan antara empat komponen kluster pelancongan negeri dengan destinasi yang mempunyai habitat terbaik pelbagai spesies flora dan fauna,"kata Tun Ahmad Faisal.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Penutup 'Kenyir Bird & Nature Quest' 2017 Di Petang Island Resort,Tasik Kenyir, hari ini.'Kenyir Bird & Nature Quest 2017' kali ini berjaya menarik penyertaan seramai 70 peserta termasuk Itali, Kanada , Yaman, Palestin,Perancis, Libya dan juga tuan rumah, Malaysia.Jelas Tun Ahmad Faisal, terdapat 40 spesis mamalia di sekitar Tasik Kenyir yang telah direkodkan melalui perangkap kamera."Ini termasuklah penemuan bunga rafflesia yang terbesar di dunia dan terbaru burung helang terpantas di dunia spesies Peregrine Falcon di tasik itu."Keunikan yang ada ini berjaya menarik kehadiran penggemar aktiviti riadah ini serta pelancong dari dalam serta luar negara untuk menghayati dan menerokai khazanah yang ada,"katanya lagi.Seorang peserta, Giovanni Ceschin,17, dari Itali berkata beliau cukup teruja apabila datang ke Tasik Kenyir dan menyertai aktiviti memburung."Saya mendapat tahu pasal program melalui seorang kawan ketika menyertai program pertukaran pelajar ke Malaysia, terus saya mendaftar kerana minat yang mendalam terhadap spesies burung."Bila sampai sahaja di sini (Tasik Kenyir), saya terus jatuh hati dengan keindahan flora dan fauna yang ada di sekeliling tasik dan ini sesuatu yang memang menakjubkan,"kata Giovanni.
26 Mar 17
477
Lubok Bayas Bakal Jadi Pusat Perkelahan Pilihan Di Terengganu
Kemudahan di Lubok Bayas, Kampung Menerong, Ajil akan ditambah baik supaya pusat perkelahan itu mampu menjadi pilihan pengunjung sempena Visit Beautiful Terengganu(VBT)2017.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, sempena VBT 2017, pihaknya mengenalpasti Lubok Bayas sebagai satu destinasi riadah yang menarik untuk dilawati kepada pelancong dalam dan luar negara."Kawasan ini sangat sesuai untuk perkelahan keluarga kerana suasananya yang cukup menarik dengan pasir yang memutih,air sungai mengalir jernih dan paling utama keselamatan pengunjung lebih terjamin."Di sini tiada lubuk atau arus deras dan kedalaman airnya sesuai untuk semua peringkat umur jadi tiada kebimbangan keluarga untuk risiko berlaku lemas maka saya mengesyorkan kepada orang ramai untuk datang berkunjung ke sini,"kata Ghazali.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Turun Padang ke Mukim Hulu Berang ,Ajil hari ini.Turut hadir Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik.Ghazali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil berkata, kemudahan-kemudahan turut disediakan seperti tandas,tempat persalinan dan wakaf bagi kegunaan pengunjung termasuk kedai-kedai makan yang berhampiran."Kita juga sedang bangunkan tempat pertumbuhan desa yang akan menyediakan peluang-peluang dari segi kemudahan untuk membeli hasil produk daripada penduduk Hulu Berang."Dan juga pusat ini akan beroperasi sebagai pusat pengeluaran bahan makanan seperti pisang, jagung serta ternakan lembu susu,"katanya lagi.Lubok Bayas yang terletak lebih kurang 60 kilometer dari Kuala Terengganu mempunyai daya tarikan tersendiri dengan permandangan flora dan fauna yang mendamaikan dengan kejernihan air yang belum tercemar dengan persisiran pasir yang putih bersih.Seorang pengunjung yang ditemui ,Yuthnil Akmal Che Mat Duzki,47,dari Felda Bukit Bading berkata, Lubok Bayas menjadi pusat perkelahan utama keluarga setiap kali tiba cuti sekolah."Saya dan keluarga suka datang ke sini kerana suasananya yang nyaman,airnya jernih,landskap semulajadi yang menarik dan yang lebih penting kawasannya selamat untuk anak-anak mandi-manda."Biasanya kami datang ramai-ramai kat sini sambil makan nasi berlaukkan budu dan ikan panggang yang dimasak di tepi sungai sambil melihat anak-anak mandi,seronok tu memang tidak dapat nak gambarkan..datang lah sendiri dan nikmatinya,pasti kamu akan kembali semula ke Lubok Bayas,"kata Yuthnil Akmal.
23 Mar 17
2732
6,000 Pengunjung Dijangka Kunjungi TMEx
Lebih 6,000 pengunjung dijangka hadir pada Travel Market Expo (TMEx) 2017 di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu yang mempromosikan pelbagai pakej pelancong domestik dan luar negara menarik.Pameran yang berlangsung selama tiga hari, berakhir 25 Mac (Sabtu) disertai 41 syarikat agensi pelancongan tempatan dan luar Terengganu.Antaranya Tourism Melaka, Tourism Perak, Sani Express Sdn Bhd, Juara Travel &Tours Sdn Bhd, Yaskin Travel,Melaka River Cruise dan Industri Kecil dan Sederhana Terengganu.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, berkata pameran pertama kali dianjurkan itu bertujuan mewujudkan pemasaran secara langsung antara penyedia perkhidmatan pelancongan kepada kumpulan sasar.Katanya, pada masa sama, mewujudkan rangkaian kerjasama strategik antara pemain industri pelancongan tempatan dan luar Terengganu menerusi jualan pakej-pakej pelancongan.“Apa yang menarik, ada sesetengah agensi menawarkan diskaun sehingga 30 peratus sempana pameran itu,” katanya
22 Mar 17
149
Terengganu Bike Week 2017 27 Mac- 2 April, Tampil Kelainan
Tengku Sri Temenggung (kanan) bersama Tun Faisal menunjukkan pamplet mempromosikan penganjuran Terengganu Bike Week 2017 27 Mac-2 April 2017 ini.Terengganu Bike Week 2017 yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mac hingga 2 April ini, bakal membawa kelainan kepada pengunjung dan kira-kira 3,000 peserta yang datang dari dalam dari luar negara, sempena sambutan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017. Presiden Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu (PGPNT), Tengku Sri Temenggung Raja, Dato' Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud berkata, program tahunan bagi edisi kali kelima itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti baharu kepada peserta yang mampu menonjolkan tradisi dan kebudayaan Terengganu."Pada tahun ini, program ini dijangka lebih meriah dan menarik dengan penglibatan lebih ramai peserta berbanding tahun sebelumnya, selain pelbagai aktiviti sampingan seperti pameran serta jualan turut dianjurkan di Dataran Batu Buruk dan di Dataran Permata Seberang Takir.“Kali ini ada sedikit perbezaan apabila program yang turut mendapat sambutan dari kerajaan negeri ini turut mempromosikan VBT 2017 yang sedang berlangsung,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Sidang Media Sempena Terengganu Bike Week 2017 di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Faisal Tun Abdul Razak, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu, Zanariah Mamat dan Pengurus Promosi Sekretariat Beautiful Terengganu, Ahmad Fathil Abd Ghani .Katanya, dalam memeriahkan lagi acara sempena VBT 2017 pihaknya akan menonjolkan pelbagai aktiviti dan warisan yang terdapat di negeri ini kepada peserta terutama mereka yang datang dari luar Terengganu termasuk Brunei, Singapura dan Thailand."Pada 31 Mac, semua peserta akan berkumpul dan kita akan menjemput penunggang dari luar negara di sempadan dan pada 1 April, kita akan adakan konvoi muhibah di Kampung Baru Seberang Takir dan peserta akan didedahkan dengan aktiviti kebudayaan masyarakat setempat termasuklah aktiviti pembuatan keropok lekor."Selain itu, kita juga akan menjalankan program amal yang mana kita akan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan,"katanya.
21 Mar 17
765
Pesaka Anjur Pertandingan Gendang Silat 24-25 Mac Ini
Rosol bersama dengan wakil-wakil dari persatuan silat di bawah Pesaka bakal berada di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 24 dan 25 Mac ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia(Pesaka) Negeri Terengganu bakal menganjurkan Pertandingan Gendang Silat 2017 Peringkat Negeri Terengganu di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, pada 24 hingga 25 Mac ini.Yang Dipertua Pesaka Negeri Terengganu, Dato' Rosol Wahid berkata, pertandingan yang turut mendapat sokongan kerajaan negeri tersebut bukan sekadar untuk merebut ganjaran, malah sebagai medan persaingan sihat untuk mencari pelapis baru dalam seni Melayu itu.Katanya, inisiatif Pesaka bagi memastikan arena seni warisan Melayu ini terus berkesinambungan dan diwarisi zaman-berzaman."Tujuan kita adalah untuk menghidupkan kembali seni budaya warisan Melayu kerana apabila pergi ke kampung-kampung, kita dapat kita lihat bahawa ramai yang menjadi peniup serunai, pemain gendang ibu, gendang anak adalah terdiri daripada golongan veteran."Apa yang membimbangkan nanti jika kesenian ini tidak dipelihara atau dilatih kepada orang muda, ia hanya akan menjadi warisan dan disimpan di muzium-muzium apabila tiada golongan veteran," katanya.Beliau ditemui pemberita di sidang media sempena Pertandingan Gendang Silat 2017 di Institut Strategik dan Integriti Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.Dalam pada itu, Rosol sempat menyeru agar pegendang serta pesilat untuk beramai-ramai memeriahkan acara yang diadakan khas untuk golongan tersebut.Tambahnya, bagi memeriahkan lagi pertandingan itu, pihaknya juga menyelitkan beberapa acara lain."Pada 22 hingga23 Mac, kita turut mengadakan persembahan silat merangkumi beberapa jenis silat untuk tatapan umum."Manakala pada hari pertandingan pula, kita akan mengadakan pertandingan melukis tanjak," katanya lagi.
20 Mar 17
195
Kebudayaan Terengganu Dipentaskan Di Istana Budaya Julai Ini
Mohamed Nazri mencuba membakar bekang sambil diperhatikan Ahmad Razif selepas merasmikan Pesta Pantai Beautiful Terengganu Red One 2017 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailSeni kebudayaan Terengganu terus diiiktiraf apabila bakal dipersembahkan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Julai ini.Menteri Pelancongan dan Kebudayaan,Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Terengganu sememangnya kaya dengan pelbagai seni budaya dan warisan, bagaimanapun masih ramai tidak mengetahui serta menghayatinya secara mendalam.Katanya, berikutan itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menganjurkan Malam Seni Budaya Terengganu di Istana Budaya bagi menghidupkan lagi kesenian yang ada tersebut."Mungkin kita akan adakan pada hujung minggu selama empat hari bermula Khamis. Sepanjang ianya berlangsung, pelbagai persembahan kebudayaan Terengganu akan diadakan."Dalam masa yang sama, kita juga akan bawakan sekali makanan-makanan tradisional Terengganu ke Istana Budaya untuk diperkenalkan kepada orang ramai," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Pesta Pantai Beautiful Terengganu Red One 2017 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Zulkifli Abu Bakar.Program sembilan hari sejak 17 Mac lalu turut menyediakan beberapa pertandingan seperti pertandingan memancing, bola sepak pantai serta permainan tradisional Melayu.Kejohanan Bola Sepak Pantai yang akan berlangsung 24 dan 25 Mac menawarkan hadiah lumayan dengan johan bakal membawa pulang RM13,000.Manakala, hadiah yang ditawarkan untuk Cabaran Memancing Pantai Batu Burok pada 25 Mac pula ditambah nilai hadiah kepada juara daripada RM30,000 kepada RM40,000 berikutan sambutan yang memberangsangkan.
18 Mar 17
468
Pesta Pantai Kembali Lagi
Penganjuran Pesta Pantai 2017 secara serentak di dua lokasi berbeza di Terengganu sempena cuti persekolahan bermula 17 hingga 25 Mac ini bukan saja dapat mengembalikan cara kehidupan orang terdahulu malah mampu mempromosikan lagi pantai peranginan berkenaan.Kali ini, Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu dengan penganjuran Pesta Beautiful Terengganu Red One dan Pantai Pengkalan Atap, Kuala Nerus (Pesta Pantai DUN Batu Rakit) di pilih bagi memeriahkan cuti persekolahan.Penganjur masih mengekalkan konsep penduduk tinggal di dalam bangsal yang dibina menggunakan pelepah daun nipah.Langkah itu semata –mata mahu memberi keunikan tersendiri serta memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai aktiviti yang menjadi warisan sejak sekian lama itu.Pada masa sama bertepatan dengan usaha kerajaan negeri untuk menarik lebih ramai pengunjung datang ke Terengganu sempena Visit Beautiful Terengganu.Beberapa pertandingan akan diadakan sepanjang sembila hari program berlangsung termasuk pertandingan memancing, bola sepak pantai serta permainan tradisional Melayu.Kejohanan Bola Sepak Pantai yang akan berlangsung 24 dan 25 Mac menawarkan hadiah lumayan dengan johan bakal membawa pulang RM13,000.Manakala, hadiah yang ditawarkan untuk Cabaran Memancing Pantai Batu Burok pada 25 Mac pula ditambah nilai hadiah kepada juara daripada RM30,000 kepada RM40,000 berikutan sambutan yang memberangsangkan.
16 Mar 17
1493