lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Empty Image
Belukar Bukit Dibuka Mulai Mac, Kembali Tarik Pengunjung
Kawasan perkelahan Belukar Bukit, Ajil kembali menggamit kunjungan ramai selepas dibuka kepada pengunjung bermula Mac lalu.Kerajaan negeri menutup sementara kawasan Air Terjun Belukar Bukit, susulan tragedi lima sekeluarga lemas ketika berkelah di kawasan itu pada akhir 2015.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, sejak dibuka semula, pusat riadah itu mula dikunjungi pengunjung tempatan dan luar untuk menjalankan pelbagai aktiviti."Ini memberi satu petanda, lokasi itu selamat untuk orang ramai tetapi perlulah mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib."Pematuhan itu termasuklah ibu bapa harus menjaga anak-anak mereka dan jangan biarkan tragedi berlaku kembali disebabkan kecuaian.dan kepada orang ramai yang tidak pandai berenang, jangan pula cuba menghampiri kawasan yang berbahaya demi keselamatan diri,"katanya.Beliau berkata demikian di Program Santai YB Ajil Bersama Pengunjung di kawasan perkelahan Belukar Bukit, Ajil, semalam.Hampir 500 pengunjung dari sekitar kampung dan luar menyertai program santai  tersebut dengan pelbagai aktiviti yang disediakan seperti sukan air, sukaneka dan `ngambat' ikan.Sementara itu, seorang pengunjung, Norliana Abdul Majid berkata, dia bersama anak-anak, keluarga yang lain serta jiran terdekat ke situ untuk bermandi-manda selain beriadah bersama keluarga pada hari cuti.“Sekarang ini musim panas, jadi Belukar Bukit memang pilihan tepat untuk kami berendam dan hilangkan kepanasan selain beriadah dengan tenang bersama keluarga."Dalam keadaan bersuka ria ,saya tetap menjaga keselamatan anak-anak saya supaya tidak ke kawasan larangan untuk mandi manda.Kita perlu patuh arahan pihak berwajib jika mahu selamat,"tambahnya lagi.
26 Apr 17
833
Empty Image
JPNT Sertai Travel Malaysia Fair 2017 Di Singapura
Travel Malaysia Fair 2017 di Changi, Singapura selama tiga hari bermula hari ini turut melibatkan pemain industri pelancongan dari Terengganu dan beberapa usahawan di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, penyertaan mereka bertujuan memperkenalkan produk pelancongan di Terengganu serta pelbagai pakej yang dihasilkan khas untuk warga Singapura.Katanya, program tersebut turut melibatkan penari dan pemuzik dari Suktra Terengganu yang mempersembahkan tarian dan lagu kebudayaan negeri seperti Ulek Serkap, Zapin Terengganu dan Ulek Mayang serta lagu Nasi Dagang, Kain Songket dan lain-lain."Pada kali ini, pihak JPNT melibatkan bersama sembilan pengusaha hotel dan satu pemilik produk serta enam usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) selain kumpulan Suktra."Bagi merancakkan lagi promosi Visit Beautiful Terengganu 2017, penyertaan Terengganu pada kali ini bukan sahaja mempromosikan produk tetapi juga mengadakan 'Business to Business' (B2B) antara penggiat industri pelancongan Terengganu dengan agensi pelancongan Singapura, di samping taklimat khas mengenai Visit Beautiful Terengganu 2017 kepada agensi pelancongan Singapura dan juga para media," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Travel Malaysia Fair 2017 di Changi, Singapura, hari ini.Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Malaysia Ke Singapura, Nur Azman Abdul Rahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Rosman Roslan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin.Di majlis perasmian tersebut, Zubir turut melancarkan pakej Warisan Islam Terengganu di samping pengedaran nasi dagang sejuk beku kepada para jemputan dan media.
21 Apr 17
86
Empty Image
Karnival Mencandat Sotong TNB Jadi Acara Tahunan
Kerajaan negeri mahu supaya Karnival Mencandat Sotong Tenaga Nasional Berhad (TNB) di perairan Pulau Kapas, Marang dijadikan sebagai aktiviti tahunan dalam kalendar pelancongan negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri,  A.Latiff Awang, berkata program itu bukan hanya mendapat sambutan di kalangan masyarakat tempatan, malah daripada pengunjung luar  Terengganu yang mahu menikmati percutian yang unik sambil merasai pengalaman menaikkan sotong."Penganjuran Karnival Mencandat Sotong TNB 2017 ini secara tidak langsung menandakan bermulanya musim mencandat sotong di perairan Terengganu dan bakal menggamit kehadiran ribuan peminat aktiviti laut berkenaan."Pada masa yang sama, kejayaan pihak TNB menarik penyertaan 450 peserta dengan penggunaan sepenuhnya bot -bot nelayan di Daerah Marang amat memberi nilai serta impak yang besar bukan sahaja kepada industri pelancongan daerah dan negeri, malah turut merancakkan lagi penjanaan ekonomi masyarakat setempat yang sebahagian besarnya bergantung kepada aktiviti di laut sebagai sumber mata pencarian,"katanya. Beliau berkata demikian ketika melancarkan program itu, di Jeti Pelancongan Marang, semalam.Turut hadir Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat TNB, Dato Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin, Pegawai Daerah Marang Zainal Abidin Mohamed dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Pengurusan dan Acara Negeri, Ahmad Fathil Abd Ghani.A. Latiff berkata, TNB sebagai sebuah badan korporat terunggul menyediakan perkhidmatan bekalan elektrik terbesar negara turut aktif menjalankan tanggungjawab sosial korporat seperti menyediakan van jenazah dan rumah kos rendah kepada golongan yang memerlukan dan tidak bernasib baik di negara ini.Sebanyak 46 bot melibatkan seramai 450 peserta di kalangan kakitangan TNB seluruh Malaysia bersama keluarga masing-masing menyertai acara dua hari yang bermula 15 April itu.Kategori yang dipertandingkan adalah kumpulan dengan tangkapan sotong terbanyak, Individu dengan tangkapan sotong terbanyak dan individu dengan tangkapan sotong terpanjang.Selain itu, pertandingan masakan berasaskan sotong juga dipertandingan. Sebanyak 15 pasukan mengambil bahagian.
16 Apr 17
186
Empty Image
kerajaan Negeri Tubuh Majlis Kebudayaan Selaras Program Kebudayaan
Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri akan mewujudkan Majlis Kebudayaan Negeri Terengganu yang akan menyelaraskan setiap persembahan kebudayaan pelbagai kaum di negeri ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, majlis itu akan dipengerusikan oleh Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Rahman.“Saya minta Tun Ahmad Faizal menyegerakan penubuhan majlis ini yang akan bertanggungjawab mengadakan persembahan kebudayaan sekali seminggu untuk tontonan orang ramai di tempat-tempat rekreasi tumpuan ramai seperti Pantai Batu Burok, Bazar Warisan dan Dataran Shahbandar. "Persembahan kebudayaan ini bukan sahaja penting untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini tetapi juga untuk pengetahuan generasi masa kini akan jenis-jenis kebudayaan pelbagai kaum di negeri ini termasuk persembahan kebudayaan Orang Asli," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Festival Perarakan Darat Mazu di Kampung Cina, Kuala Terengganu, malam tadi.Ahmad Razif berkata, Terengganu sememangnya memberikan keutamaan kepada festival-festival sebegini (Perarakan Darat Mazu) yang memperlihatkan Terengganu mempunyai kebudayaan yang pelbagai.“Selain berupaya menjadi sejarah yang boleh diterapkan kepada generasi baru, kebudayaan yang pelbagai inilah yang menyebabkan ikatan perpaduan, solidariti antara kaum itu terus kukuh,” ujarnya.
15 Apr 17
106
Empty Image
Bukit Batu Kapal Simpan Mitos Sejarah, Bakal Jadi Tarikan
Bukit Batu Kapal yang terletak di Kampung Gerdong,Telemong kaya dengan khazanah alam semulajadi dan mitos sejarah yang mampu menjadi  tarikan baru pelancongan di Terengganu dan Hulu Terengganu, khasnya.Pengarah Tourism Malaysia Terengganu, Zaliha Zainuddin  berkata, pihaknya sedang giat mempromosikan tempat menarik di Terengganu melalui Cuti-Cuti 1Malaysia ( CC1M) Dekat Je untuk memperkenalkan produk baru pelancongan yang unik dan menarik.Katanya, Tourism Malaysia Terengganu akan mencadangkan kepada agen pelancongan supaya memasukkan Bukit Batu Kapal sebagai satu destinasi persinggahan dalam pakej yang mereka sediakan nanti."Saya melihat Bukit Batu kapal ini mempunyai potensi untuk dipromosikan di peringkat domestik sebagai produk baru pelancongan di negeri Terengganu melalui tarikan alam sekitar yang ada."Tidak mustahil ianya juga boleh dipromosikan sehingga peringkat antarabangsa setelah diluluskan sebagai destinasi hutan lipur terbaru dan kita akan mendapatkan peruntukan bagi membangunkan kemudahan bagi tujuan promosi,"katanya ketika dihubungi Teganukita/The Iman Tribune.Bukit Batu Kapal terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Kuala Berang  berada pada ketinggian kira-kira 500 kaki dari paras laut dan mengambil masa 45 minit untuk tiba.Ketulan batu sepanjang kira-kira 21 meter dan setinggi 4.5 meter itu mirip tinggalan sebuah kapal dagang besar.Menurut mitos penduduk setempat, kapal tersebut merupakan sebuah kapal besar milik pedagang dari Negara Cina yang terkandas ratusan tahun yang lalu ketika Terengganu dilanda banjir besar, menyebabkan daratan Terengganu tenggelam  termasuk bukit-bukit.Pada masa itulah kapal dagang tersebut telah melalui kawasan ini dan berhenti di situ tanpa disedari bahawa tempat mereka berhenti itu adalah daratan.Pada keesokkannya apabila banjir mula surut, kapal dagang tersebut tidak boleh berlayar akibat tersekat pada daratan sehinggalah bertukar menjadi batu.Pada dasarnya kawasan batu kapal sangat sesuai untuk dibuat kawasan perkelahan, kerana di kawasan tersebut mengalir sebatang sungai yang sangat jernih airnya.Manakala  di bahagian atasnya pula,terdapat air terjun yang sangat cantik dan belum terjejas dengan  aktiviti manusia.Landskap sekitar air terjun tersebut seakan terjaga rapi dan  persekitaran pula sangat bersih tanpa sebarang pencemaran.
13 Apr 17
3362
Empty Image
Empat Kakitangan Muzium Negeri Ditugaskan Awasi Kegiatan Pelancong Di Pulau Bidong
Muzium Negeri Terengganu menempatkan empat kakitangannya secara bergilir supaya mengawasi kegiatan pelancong di Pulau Bidong bagi mengelak berlaku vandalisme terhadap khazanah bersejarah.Pengarahnya, Mohd. Yusof Abdullah berkata, pihaknya yang dipertanggungjawabkan untuk memantau dan menjaga warisan bersejarah yang masih terpulihara di pulau itu juga sudah menyiapkan kemudahan asas seperti tandas awam untuk kemudahan pengunjung."Pulau Bidong yang sebelum ini menjadi kawasan larangan kepada orang ramai, kini  makin menerima kunjungan orang ramai khususnya pelancong. Pulau itu dibuka kepada pelancong kerana permintaan tinggi yang diterima terutama daripada pelancong luar Terengganu untuk melihat khazanah bersejarah di situ.“Kalau ikut perancangan, memang kita hendak buka Pulau Bidong tahun ini. Bagaimanapun, secara tidak rasmi, kita sudah terima kedatangan pelancong termasuk baru-baru ini daripada bekas pelarian Pulau Bidong,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di sidang media Festival Seni dan Budaya Warisan Negeri Terengganu 2017 di Pejabat Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di Duyong Marina Resort, semalam.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak.Mohd. Yusof berkata, pihaknya juga banyak menerima permohonan daripada guru dan pelajar sekolah untuk mengadakan perkhemahan di pulau itu.“Permohonan termasuk pada 22 dan 23 April ini, melibatkan sekumpulan pelajar seramai 40 orang akan ke Pulau Bidong untuk mengikuti perkhemahan di sana,” ujarnya.Pulau yang berkeluasan 203 hektar persegi itu pernah menjadi kawasan penempatan lebih 60,000 pelarian Vietnam pada tahun 1978 sehingga 1991.
11 Apr 17
762
Empty Image
Festival Seni Dan Budaya Warisan Negeri 14 -15 April Ini
Tun Ahmad Faisal (kanan) menunjukkan poster aktiviti Festival Seni dan Budaya Warisan Negeri Terengganu di Pejabat Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di Duyong Marina Resort, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli CW PutraKerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) mengambil inisiatif menyemarakkan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 dengan penganjuran Festival Seni dan Budaya Warisan Negeri selama dua hari bermula 14 April ini bertempat di Desa Ukiran Kayu Kampung Raja, Besut.Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak berkata, penganjuran festival tersebut merupakan penjenamaan semula Pekan Budaya yang diadakan di daerah-daerah sebelum ini dengan menonjolkan keunikan serta kekuatan daerah terbabit.“Besut merupakan lokasi pertama diadakan festival ini yang akan mengenengahkan komponen-komponen kesenian dan kebudayaan yang sinonim dengan daerah itu.“Selain kaya dengan produk pelancongan seperti seni ukiran kayu, Besut yang terkenal dengan seni kebudayaan seperti Main Puteri, Mak Yong, Wayang Kulit, Dikir Barat, Tarian Abang, permainan tradisional gasing terbang dan gasing uri serta pelbagai lagi,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Festival Seni dan Budaya Warisan Negeri Terengganu 2017 di Pejabat Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di Duyong Marina Resort, hari ini.Turut hadir, Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah.Katanya, bermotifkan usaha melestari dan memulihara khazanah kebudayaan dan kesenian serta warisan negeri, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sempena festival ini yang diselaraskan oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu.“Antaranya, pameran dan demostrasi ukiran kayu dan keris, jualan kuih tradisional, pertandingan gubahan sireh junjung, masakan terbuka berasaskan itik dan persembahan marhaban.“Turut diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan silat, tarian balada anak seni, serta anugerah tokoh budayawan,” ujarnya.Sementara itu, Tun Faisal memberi­tahu pihaknya menyasarkan kehadiran kira-kira 2,000 pengunjung ke Festival Seni dan Budaya Warisan Negeri Terengganu.
11 Apr 17
437
Empty Image
Pulau Kekabu, Marang Zon Mandian Selamat
Rozali melihat kaedah memproses  air nira ketika Program Menyelusuri Sungai Marang YDP Bersama Media, semalam.Majlis Daerah Marang (MDM) bercadang menjadikan pesisiran pantai di Pulau Kekabu, Marang  sebagai lokasi zon mandian selamat untuk orang ramai menjalankan aktiviti air dan mandi-manda.Yang Dipertua MDM, Rozali Salleh, berkata kawasan pantai seluas kira-kira 100 meter yang sebelum ini menjadi kawasan larangan dijangka akan dibuka secara berjadual bermula Mei ini dengan menempatkan pasukan penyelamat bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.Katanya, pihaknya sudah memperincikan perkara itu dengan pihak terbabit termasuk,  Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi merealisasikannya.“Mereka menyatakan persetujuan dan bersedia bertugas pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.  “Kewujudan zon tersebut, pastinya mampu menambah kedatangan pengunjung ke kawasan itu untuk pelbagai aktiviti lain, termasuk berkelah dan beriadah,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Menyelusuri Sungai Marang YDP Bersama Media, di pulau itu, semalam.Kira-kira 50 peserta terdiri daripada pengamal media pelbagai agensi, kakitangan MDM dan penduduk setempat mengikuti program itu.Rombongan dibawa melawat kebun kelapa pandan, kebun madu kelulut, melihat kaedah menganyam atap nipah, memproses manisan kelapa dan proses rokok daun.Rozali turut memberitahu MDM akan menambahkan beberapa kemudahan lain, termasuk kiosk jualan dan buaian ala Lombok sebagai tarikan untuk orang ramai beriadah bersama keluarga di Pulau Kekabu.Katanya, istimewanya zon mandian itu berdekatan dengan Taman Rekreasi Keluarga Pulau Kekabu yang siap dinaiktaraf pada 2015 dengan peruntukan RM700,000.“Dilengkapi pelbagai kemudahan, termasuk lalauan penjalan kaki, taman permaian kanak-kanak dan tandas awam,”katanya..
10 Apr 17
567
Empty Image
668 Poskad Ke Duyong Sempena Duyong Art Festival 2017
Tun Ahmad Faisal (paling kiri) bersama `orang kuat' di sebalik tabir penganjuran Duyong Art Festival sempena pelancaran program itu, di Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu, semalam. Foto oleh Zulkifli CW PutraSebanyak 668 karya seni lukis seniman masyhur dan baru dari seluruh negeri termasuk luar negara menghiasi ruang pameran di Duyong Art Festival (DAF) 2017 di perkarangan Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu bermula 1 April lalu.Selain hasil seni pengkarya tuan rumah, poskad berwarna-warna dengan pelbagai motif dan tema lukisan turut dibawa dari Sweden, Australia, Perancis, Indonesia, Myanmar dan Nepal.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, pameran pertama kali bagi edisi kali ketiga DAF yang berlangsung sebulan itu, berjaya menaikkan martabat dan nilai seni ke tahap lebih tinggi apabila wujud urusniaga untuk menghasilkan karya seni terbaik.Katanya, 20 peratus daripada poskad berkenaan sudah terjual dengan nilai kutipan kira-kira RM1,200 sejak seminggu lalu.Hasil seni ukiran yang turut mendapat perhatian dan tarikan ramai di DAF 2017."Jika kita fikir 15 tahun dahulu pastinya orang di Pulau Duyong tidak pernah menduga sekeping poskad terjual dengan harga RM30. Tetapi hari ini dengan kreativiti dan sedikit penampilan wajah baru kita boleh meletak kesenian ini pada nilai yang lebih tinggi."Kita akan buat supaya orang ramai mengejar untuk menyaksikan kesenian dan persembahan kebudayaan. jadi apabila ada banyak permintaan, tawaran terhadap kesenian akan lebih tinggi. Kita amat mengalu-alukan inovasi seperti Duyong Art Festival dan ini memberi keistimewaan terhadap Visit Beautiful 2017, bukan hanya pada 2017 tetapi juga tahun-tahun akan datang dengan menggunakan idea yang segar dan platform yang baru bagi menarik pelancong ke Terengganu,"katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas Pra Pelancaran DAF 2017, di Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu, semalam.DAF 2017 bermula 1 April sehingga ke acara kemuncaknya pada 28 hingga 30 April, menggabungkan pelbagai aktiviti berasaskan kesenian rakyat Terengganu seperti seni foto, lukisan, kraftangan, videografi, arca, muzik dan persembahan serta seni puisi yang diolah dengan nafas baharu dalam usaha menarik minat generasi muda.Katanya, DAF anjuran kerajaan negeri menerusi JPNT dengan kerjasama Duyong Art gallery juga membuka peluang kepada usahawan khususnya anak muda untuk menjana pendapatan lebih tinggi berdasarkan kreativiti kesenian masing-masing.Tambahnya, pada edisi kali ini juga sebanyak 60 pengusaha menjual hasil perniagaan mereka berbanding lebih 40 pengusaha tahun lalu dengan kutipan jualan kira-kira RM65,000.Sehubungan itu, pihaknya mensasarkan 20,000 pengunjung akan membanjiri DAF sepanjang program itu, berbanding 10,000 pengunjung pada tahun lalu.
08 Apr 17
142
Empty Image
Festival `Duyong Art' Selama Sebulan Bermula 1 April
Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama Duyong Art Gallery dan Terengganu Backpackers akan menganjurkan Duyong Art Festival (DAF 2017) kali ke -3 di perkarangan Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu.Festival selama sebulan bermula 1 April yang berkonsepkan ‘Anok Tranung’ itu mengetengahkan hasil seni tempatan seperti seni foto, lukisan, kraftangan, videografi, arca, muzik dan persembahan serta puisi.Acara kemuncak adalah pada 28 hingga 30 April yang memuatkan aktiviti seperti Pameran Seni Rumah Kayu Terengganu serta menyaksikan pelukis berkampung di Pulau Duyong melalui segmen Jelajah Pulau Duyong.DAF 2017 yang dianjurkan bagi menyemarakkan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 itu turut menyajikan pelbagai aktiviti menarik lain termasuk pameran poskad ke Duyong, malam santai seni duyong, bicara ilmu, diskusi seni dan lain-lain lagi.
03 Apr 17
207