lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Empty Image
Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu Mulai 16 Jun Ini
Dekorasi pelita raya yang menghiasi kawasan R&R Perasing, Kemaman sempena pertandingan pelita raya Beautiful Terengganu Bermula 16 Jun ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailPertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM42,000 akan diadakan di empat daerah bermula 16 hingga 21 Jun ini.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, program anjuran kerajaan negeri melalui JPNT itu akan bermula di Kemaman dan Besut pada 16 hingga 18 Jun manakala 19 dan 21 Jun di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.Katanya, hadiah yang ditawarkan kepada pemenang sebanyak RM10,500 bagi satu daerah dimana pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000, kedua (RM2,000) dan ketiga (RM1,000).“Manakala bagi tempat keempat hingga sepuluh akan mendapat sebanyak RM500 dan tempat ke sebelas hingga lima belas pula bakal menerima RM300 setiap penyertaan yang terpilih,” katanya pada sidang media di Perasing, Kemaman, semalam.Tun Ahmad Faisal berkata, sejak zaman berzaman pelita adalah amat sinonim dengan masyarakat Melayu setiap kali menjelang bulan Ramadan dan Syawal."Sehingga kini, masih terdapat kampung-kampung yang masih mengekalkan tradisi kemeriahan di bulan Ramadan dengan memasang pelita-pelita raya dan sentiasa mendapat sambutan bukan sahaja daripada masyarakat setempat malah pelawat luar yang berkunjung."Pelita dipasang di sekeliling rumah dan di sepanjang jalan di kampung-kampung bagi menerangi kanak-kanak bermain di halaman rumah atau kampung," katanya.Menurut beliau, pelbagai jenis pelita dan dekorasi menunjuk betapa penduduk begitu kreatif dalam mencipta sesuatu yang sesetengahnya menggunakan bahan terpakai dan bahan kitar semula yang sekali gus mengasah bakat seni masing-masing.Sementara itu katanya, pertandingan pelita raya ini menjadi aktiviti tahunan Muzium Negeri Terengganu bersama J3K Kampung Tepoh dan bermula pada 2009 hingga 2012 dengan kolaborasi kerajaan negeri melalui Tourism Terengganu.“Antara kampung-kampung yang terlibat adalah Kampung (kg) Baru Tepoh, Kg Raja, Kg Padang Hangus, Kg Tokeng dan Kg Pagar Ubi di Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Tepoh."Program yang dijalankan peringkat kampung ini dikembangkan menjadi satu penganjuran yang lebih besar dengan penglibatan kampung-kampung di Mukim Tepoh," ujarnya.
13 Jun 17
571
Empty Image
Snek dan Minuman Percuma Di R&R Perasing Mulai Esok
Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu akan mengagihkan snek dan minuman panas secara percuma kepada orang ramai yang singgah di Hentian Rehat dan Rawat ( R&R) Perasing, Kemaman selama sebulan,  bermula esok (1 Jun).Pengarah Jabatan itu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, agihan bermula jam 7 petang sehingga habis makanan itu diadakan sempena Program Jom Ke R & R Perasing  `Jom Rehat Dulu Sebelum Memulakan Pemanduan’.Katanya, pendekatan itu diyakini mampu menambah bilangan pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) II untuk singgah  atas pelbagai tujuan, solat berehat dan menjamu selera.“Pihaknya akan turut mengantung  banner sepanjang laluan LPT, di R&R Temerloh, R&R Gambang, dan R&R Ajil sebagai usaha mempromosi kawasan itu kepada orang ramai yang sebelum ini kurang mendapat perhatian pengguna jalan raya atas  pelbagai alasan mengarut.“Usaha mempromosi R&R Perasing akan berterusan selama tiga bulan dan kemungkinan akan dilanjutkan sehingga hentian ini menjadi pilihan orang ramai,”katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media Program Jom Ke R & R Perasing di Duyong Marina, Kuala Terengganu, hari ini.   Katanya, usaha yang dijalankan dengan dengan kerjasama Pejabat Daerah Kemaman itu  mendapat sokongan 14 syarikat swasta di negeri ini dengan memberi sumbangan pelbagai snek dan minuman.“Antara syarikat yang terlibat termasuk, Casa Hartamas Sdn Bhd, Hexatrend Sdn Bhd, Casa Hartas Quarry Sdn Bhd,, Perunding Irzi Sdn Bhd, Giga Builders Sdn Bhd,, DM Machinery Sdn Bhd, BBR Construction System (M) Sdn Bhd dan Chan Kong Meng Sdn Bhd, “Pihaknya juga akan mengadakan beberapa program sampingan, termasuk membuka Pusat Maklumat Pelancongan, berkerjasama dengan Yayasan Pembangunan Usahawan untuk membuka kios menjual  nasi dagang dan keropok sejuk beku serta beberapa produk Terengganu lain,”katanya. 
30 May 17
312
Empty Image
700 Kapal Layar Singgah Di Terengganu
Ahmad Faisal bersama pelayar yang singgah di Kuala Terengganu dirai dalam satu majlis di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Foto Harish Fadzillah KassimLebih 700 kapal layar membabitkan hampir 1,500 pelayar luar negara singgah ke Terengganu melalui Program Sail Malaysia- Passange To The East yang diperkenalkan sejak 2008.Antaranya negara terlibat Australia, New Zealand, United Kingdom, Amerika Syarikat, Belgium, Perancis, Jerman, Mexico, Thailand dan Filipina.Program yang dikendali kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu itu bertujuan memperkenalkan laluan pelayaran baru dan lokasi menarik di negeri ini.Pengarah jabatan itu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, berkata Terengganu menjadi lokasi wajib singgah berikutan mempunyai pelbagai kemudahan, antara  lokasi mengisi minyak,  marina bertaraf antarabangsa dan tempat pembaikian kapal.Katanya, kebiasaan mereka mengambil masa tiga hingga empat minggu untuk berada di satu-satu lokasi, termasuk  Sabah  dan Sarawak.“Pelbagai aktiviti  dirancang, termasuk scuba dan snokling jika berada di pulau, apabila di daratan pula akan melawat pelbagai tempat menarik.“Di Kuala Terengganu, kita membawa mereka  ke  Kampung Cina, Pasar Payang, Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam dan  Kompleks Kraf Noor Arfa,”katanya.Beliau bekata demikian kepada pemberita selepas meraikan 30 pelayar Program Sail Malaysia- Passange To The East di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.Sebelum itu  pelayar yang sama berlabuh di Cukai, Kemaman kemudian di Pulau Kapas, Marang sebelum singgah di Kuala Terengganu dan  selepas ini dijadualkan  ke Pulau Redang.Ahmad Faisal berkata, kunjungan pelayar pada tahun ini agak merosot iaitu hanya 30 pelayar (15 kapal layar) berbanding 70 pelayar (50 kapal layar) sebelum ini.“Faktor itu berkemungkinan pelayar berasa kurang selamat berikutan ancaman lanun di perairan selatan Filipina yang berlaku awal tahun ini.“Perkara ini sudah diperjelaskan kepada mereka perihal sebenar dan yakin kedatangan pelayar pada tahun akan datang kembali seperti biasa iaitu anggaran 60 hingga 70 pelayar,”katanya.
24 May 17
109
Empty Image
Kuala Berang Ecofest 2.0 Promosi Tarikan Sungai Kodok
Kuala Berang Ecofest 2.0 berjaya menggamit kehadiran lebih 2,000 pengunjung yang menyertai pelbagai aktiviti sekali gus  mempromosikan Sungai Kodok, Kampung Langgar sebagai destinasi tumpuan pengunjung terbaharu di Hulu Terengganu khasnya dan Terengganu, amnya.Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang berkata, penganjuran kali kedua ini adalah kesinambungan kejayaan Kuala Berang Ecofest yang dianjurkan kali pertama pada 2014 di Kampung Telaga, melibatkan penyertaan 13 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN Kuala Berang.Jelasnya lagi, lokasi itu dipilih berikutan Sungai Kodok, Kampung Langgar dan kawasan sekitarnya sangat menarik dan mampu menjadi produk eko pelancongan terbaharu di Hulu Terengganu."Kawasan tersebut terletak di perkampungan tradisional Melayu dengan keistimewaan alam semula jadi dan landskap menarik. Ada kebun duku, sungai, kebun jagung dan sawah yang mempunyai tarikan tersendiri."Ecofest kali ini lebih tertumpu kepada Orang Kuala Berang(OKB) dengan 25 acara menarik seperti panjat tiang licin,tangkap itik dan acara tradisional lain pukul bantal yang mampu menggamit kenangan dan pengalaman baru kepada generasi muda,"katanya ketika merasmikan program tersebut di Sungai Kodok,Kampung Langgar, baru-baru ini.Tambahnya, program ini juga sebagai gimik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang dengan gandingan antara pasukan dalam PDM dengan DUN Kuala Berang yang lebih tersusun dan bersatu padu."Melalui penyertaan mereka (PDM) dalam program Ecofest kali ini, kita nak lihat bagaimana mereka hendak melaksanakan peranan mencari 9,000 pengundi dengan jentera hampir 5,000 orang yang ada sekarang,"kata Tengku Putera.
15 May 17
597
Empty Image
Nasi Dagang Terengganu Bakal Tembusi Australia
Ahmad Razif turut turun padang mempromosikan Nasi Dagang Sejuk Beku kepada pengusaha-pengusaha makanan di Australia ketika lawatan kerajaan negeri ke Perth baru-baru ini.Nasi dagang sejuk beku keluaran T-Kitchen, sebuah anak syarikat Menteri Besar (Terengganu) Incorporated bakal dipasarkan di seluruh Australia menjelang pertengahan tahun hadapan.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, usaha tersebut adalah selari dengan hasrat Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman untuk memperkenalkan makanan tradisional tempatan sebagai salah satu produk pelancongan."Beliau (Ahmad Razif) berhasrat untuk memperluaskan pemasaran nasi dagang sejuk beku di seluruh Australia, di mana terdapat pelajar-pelajar Malaysia sebagai agen promosi pelancongan negeri yang tidak langsung."Ini kerana pelajar-pelajar kita pada masa yang sama mampu memperkenalkan tempat-tempat menarik yang ada di Terengganu di samping makanan enak yang terdapat di negeri Terengganu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Tun Ahmad Faisal berkata salah satu daya tarikan untuk membawa pelancong ke Terengganu sempena Visit Beautiful Terengganu 2017 ialah produk makanan yang enak serta unik.Tambahnya, nasi dagang menjadi pilihan untuk dipasarkan di luar negara kerana ia sudah menjadi sinonim dengan nama Terengganu itu sendiri."Ke mana sahaja kita pergi, sebut sahaja negeri Terengganu, orang pasti akan menyebut tentang nasi dagang."Kalau Sarawak terkenal dengan mee kolok dan laksa Sarawak, Terengganu terkenal dengan nasi dagang dan kerepok lekor," ujarnya lagi.Katanya, di samping nasi dagang sejuk beku, kerepok lekor sejuk beku juga mendapat permintaan yang tinggi.Tambah Tun Ahmad Faisal, selain daripada pembungkusan yang menarik serta mempromosikan tempat-tempat pelancongan dalam Terengganu, terdapat beberapa produk makanan lain lagi yang dicadangkan untuk dieksport ke luar negara."Namun, produk-produk itu masih dalam peringkat kajian sepertimana yang diarahkan oleh menteri besar supaya ia tahan lama untuk disimpan dan enak dimakan bagi menjaga kualiti yang bagus," katanya lagi.
12 May 17
61
Empty Image
TIPCO 2017 Bakal Promosi Terengganu
Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam TIPCO 2017 bersama dengan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak di Quinara Al-Safir, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Terengganu International Paragliding Competition (TIPCO) 2017 yang bakal memulakan cabarannya esok di Bukit Bubus, Besut akan dijadikan medan untuk mempromosikan Terengganu sebagai destinasi pelancongan.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata program bertaraf antarabangsa yang pertama kali dianjurkan oleh kerajaan negeri itu juga bakal membuka laluan untuk terus mengajurkan kejohanan-kejohanan lain.Katanya, kejohanan paragliding yang menghimpunkan lebih 90 peserta daripada 24 negara tersebut dijangkakan akan menarik ikon-ikon dalan sukan paragliding untuk datang ke Terengganu."Bagi kejohanan kali ini, kita turut melibatkan jaguh-jaguh dalam sukan paragliding seperti pemenang anugerah National Geographic 2012, Sano Babu Sunuwar dari Nepal dan juga peserta yang sudah lama berkecimpung dalam sukan paragliding serta dianggap macam 'otai' dalam sukan ini."Kita amat teruja kerana ikon-ikon ini mempunyai pengikut-pengikut tersendiri dan daripada setiap penyertaan dalam paragliding ini mereka akan paparkan di media sosial sekaligus memperkenalkan venue sukan yang disediakan kepada mereka," katanya.Beliau ditemui pemberita pada majlis Makan Malam Dan Sidang Media Sempena TIPCO 2017 di Quinara Al-Safir, Kuala Nerus, semalam.Turut hadir Presiden Biro Paragliding Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF), Kapten Mohd Arif Ibrahim dan Pengurus Acara, Anuar Ngah.Tambah Tun Ahmad Faisal, beliau percaya kawasan pertandingan untuk TIPCO 2017 adalah diantara venue terbaik untuk sukan paragliding dari aspek teknikal sukan serta daripada aspek yang boleh mempromosikan Terengganu sebagai destinasi pelancongan."Peserta yang terbang ini akan mengambil video pemandangan di sekitar tempat pertandingan serta laluan-laluan mereka dan inilah yang kita harapkan dapat ditonjolkan melalui penyertaan begitu ramai peserta-peserta dari luar negara dalam TIPCO 2017."Walaupun paragliding ini merupakan satu sukan, mereka akan membantu mempromosikan Terengganu kerana pelancongan turut berkembang ke arah pelancongan sukan," katanya.Dalam pada itu, Tun Ahmad Faisal berharap pengajuran TIPCO dapat membuka mata lebih banyak lagi pihak-pihak lain untuk menyokong sukan paragliding ke arah Malaysia menganjurkan kejohanan bertaraf dunia dalam sukan itu.Katanya, jika program itu dapat membuka mata dan minat banyak pihak, ianya sekaligus akan dapat lebih banyak sokongan (penajaan) termasuk daripada sektor korporat untuk menganjurkan sukan paragliding serta sukan-sukan udara lain yang bertaraf antarabangsa.
12 May 17
232
Empty Image
Ngambat Ikan Sungai Berang Tarikan Di Hulu Terengganu
Program ngambat atau mengarau ikan kini dijadikan program tahunan dan mengisi kalendar pelancongan Daerah Hulu Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas  Negeri, Ghazali Taib berkata, program itu akan menjadi tarikan kepada pelancong kerana tidak semua sungai mempunyai keunikan seperti itu pada musim kemarau."Di Sungai Berang ini pada musim kemarau, kita dapat lihat banyak ikan seperti ikan Lampam, Sebarau dan Kelah yang akan berenang di sepanjang sungai dan tradisi ngambat ikan ini sebenarnya merupakan tradisi zaman-berzaman masyarakat Hulu Berang."Program menghambat ikan ini, kita sudah buat selama tiga tahun berturut-turut dan pada tahun ini sambutannya lebih besar dengan kehadiran agensi dan jabatan seperti Jabatan Kebudayaan Dan Keseniaan Negeri Terengganu(JKKN), Pejabat Daerah Hulu Terengganu dan masyarakat setempat,"kata Ghazali.Beliau berkata demikian kepada  pemberita ketika ditemui di Program Mengarau Ikan Perdana di Sungai Berang,Pengkalan Ajal,Ajil, hari ini.Ghazali turut berharap aktiviti itu akan terus kekal supaya tidak luput dek zaman dan memberi nostalgia kepada generasi muda."Saya mahukan ngambat ikan ini memberikan satu tanda ingatan kepada orang-orang muda terutamanya bila mereka diperantauan,mereka mempunyai sesuatu nostalgia yang mengingatkan mereka akan kampung halaman,"katanya lagi.Peserta program ngambat ikan berkenaan yang turut disertai oleh JKKN,  kelihatan cukup bersemangat menyertai acara daripada awal sehingga kemuncak program.Seorang peserta, Mohd Nur Izzat Mohd Idris,28, berpandangan program ini bukan sahaja memberikan kepuasan tersendiri kepada individu terlibat apabila melihat pukat dipenuhi pelbagai spesies ikan, tetapi juga keseronokan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.“Kami mengucapkan terima kasih kepada YB Ajil yang menjemput JKKN ke program ini malah kami teruja melihat bagaimana komuniti ini yang sangat meraikan pengunjung, sediakan tempat yang selesa serta makan minum di tepi sungai dengan layanan yang terbaik”“Program ngambat  ikan ini menjadi satu pengalaman baru dan sangat menarik untuk dikongsi bersama.Ianya sesuai untuk dijadikan aktiviti santai bersama keluarga kerana air sungai yang cetek. Malah, program ini boleh disusun secara khusus dengan lebih formal untuk menjadikannya sebagai satu tarikan dan produk pelancongan negeri,”
10 May 17
1125
Empty Image
Pulau Kapas Paling Dekat
Pulau Kapas di Marang, Terengganu antara destinasi percutian pilihan utama yang terletak hanya kira-kira 18 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu dan pulau peranginan paling hampir dengan tanah besar, iaitu berjarak enam kilometer sahaja dari jeti Marang.Pulau peranginan tercantik dengan pasir memutih bak kapas, perairan yang jernih serta pemandangan dasar laut diliputi hidupan laut yang masih kekal terpelihara, selain para penyelam dapat melihat peninggalan bot-bot karam di dasar laut sekitar pulau serta pemandangan unik dari pulau berhampiran, iaitu Pulau Gemia yang sangat mengagumkan menjadi tarikan utama pulau itu.Bagi menikmati keindahan alam yang sukar ditemui di destinasi lain itu, pengunjung boleh mengambil pakej `day trip’, iaitu pakej melawat tempat menarik sekitar pulau beserta aktiviti pelancongan tanpa bermalam di situ.Bagaimanapun, untuk percutian yang lebih menyeronokkan, pengunjung boleh mengambil pakej dua hari satu malam,  `fullboard’ iaitu pakej termasuk kos pengangkutan feri pergi-balik, penginapan satu malam di Pulau Kapas, selain makanan disediakan dan aktiviti snorkelling di tempat menarik.Lazimnya pakej percutian dari `honeymoon’  sehinggalah pakej bajet untuk pelajar dan `backpackers’ yang ditawarkan resort di pulau berkenaan termasuk penginapan, makanan dan aktiviti snorkelling, serta mencandat sotong yang bermula April hingga Ogos setiap tahun.Antara resort yang menyediakan pakej istimewa untuk pengunjung seperti Kapas Island Resort, Gem Island Resort & Spa, Kapas Coral Beach Resort, Qimy Private Bay, Kapas Turtle Valley, Kapas Beach Chalet, Pak Ya Seaview Chalet, Captain Long House dan Ombak kapas Island Beach Resort.  
30 Apr 17
618
Empty Image
Duyong Art Festival Bawa Kelainan
Berkarya, menganyam terendak dan menjual pelbagai produk serta makanan tradisional Terengganu di atas jeti, begitulah antara keunikan karnival seni, Duyong Art Festival 2017 yang diadakan di Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu.Program yang berlangsung selama tiga hari, berakhir hari ini, berbeza berbanding dengan festival lain berikutan hampir 60 usahawan yang mengambil bahagian perlu berpakaian ala-ala nelayan, selain peniaga wanita perlu berkain batik.Berkonsepkan ‘Anok Tranung’ program itu antara lain mengetengahkan hasil karya seni tempatan seperti seni foto, lukisan, kraftangan, videografi, arca, muzik, di samping aktiviti bot penambang dan persembahan kesenian.Perasmian festival itu disempurnakan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman pada 28 April lalu. Duyong Art Festival dijangka diteruskan sebagai acara tahunan bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Pulau Duyong dan pada masa sama mempopularkan kembali kawasan itu sebagai destinasi pelancongan yang dahulunya cukup sinonim dengan industri pembuatan bot secara tradisional.
30 Apr 17
1078
Empty Image
Pencahayaan Ditambah Baik, Perkukuh Imej Bandaraya Warisan Pesisir Air
Ahmad Razif  (tengah) tertarik dengan kreativiti seni kraf oleh seorang pengusaha kurang upaya ketika meninjau sekitar pameran Duyong Art Festival 2017sejurus melancarkan program itu di Pulau Duyong, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW PutraKerajaan negeri menyarankan mana-mana syarikat korporat dan anak syarikat kerajaan negeri (GLC) supaya menaja untuk pembangunan landskap hiasan dan pencahayaan bagi memperkukuhkan imej pusat Bandar Raya Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air, terutama pada waktu malam.Kawasan yang diberi tumpuan melibatkan sekitar Shahbandar, Bazar Warisan, Pasar Payang dan Kampung Cina serta Waterfront di Pulau Kambing, Pulau Duyong sehingga ke muara utara sungai Terengganu di Seberang Takir.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,  inisiatif itu bukan sahaja dapat mengindahkan pemandangan dan menarik tumpuan pengunjung, malah dapat mempromosikan syarikat berkenaan menerusi paparan nama syarikat pada imej dan landskap pencahayaan itu." Kita akan menggunakan konsep NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan) dan akan berbincang dengan mana-mana syarikat termasuk hotel supaya membantu kerajaan dan mungkin kita akan beri insentif seperti memotong cukai pintu." Mungkin kita juga boleh mendapatkan komitmen daripada syarikat swasta atau pemain pelancongan bagi menyumbang sekali gus dapat mengurangkn bebanan kerajaan negeri ,"katanya.Beliau berkata demikian di sidang media selepas melancarkan Duyong Art Festival (DAF) 2017, di Pulau Duyong, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Menurut Ahmad Razif lagi, kerajaan negeri juga sudah mendapat persetujuan daripada Tenaga Nasional Berhad untuk mengurangkan caj sehingga 50 peratus terhadap penggunaan elektrik di papan dan landskap pencahayaan seluruh pusat bandar.Tambahnya, kerja-kerja penambahbaikan kemudahan khususnya landskap dan pencahayaan di Taman Tamadun Islam dan Pulau Warisan juga sedang giat dilaksanakan dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung dan menjayakan kempen Visit Beautiful Terengganu 2017.Beliau sebelum itu memuji usaha penganjur DAF 2017 yang berjaya meneruskan kesinambungan program bagi memperkasakan kesenian dan kebudayaan negeri buat tahun ketiga di lokasi yang sama."Program ini akan dijadikan sebagai aktiviti dan acara dalam kalendar pelancongan negeri kerana dapat menarik penyertaan ramai pengunjung serta membantu menaikkan ekonomi masyarakat tempatan,"katanya.
28 Apr 17
279