Artikel "Pelancongan" Terkini
Program Jelajah Beautiful Terengganu Siri Keempat Di Utara Semenanjung
Program Jelajah Beautiful Terengganu 2017 selama tiga hari bermula hari ini di Pasaraya Mydin Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang memasuki siri keempat sejak diperkenalkan untuk mempromosikan keunikan dan kepelbagaian tarikan di Terengganu.Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata program tersebut merupakan kesinambungan daripada kejayaan jelajah sebelum ini yang diadakan di Kuala Lumpur pada 2015, Johor Bahru dan Singapura (2016).Katanya, pemilihan lokasi pada kali ini amat bersesuaian memandangkan ianya merupakan lokasi tumpuan masyarakat setempat di Utara Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang."Sebelum ini kita memberi tumpuan di sebelah Wilayah Tengah dan Selatan Semenanjung iaitu di Kuala Lumpur serta Johor dan juga di Singapura."Jadi pada kali ini, kita melakukan promosi di Pulau Pinang bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Terengganu terutama dari Utara untuk mengenali negeri ini dengan lebih dekat," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Beautiful Terengganu 2017 di Pasaraya Mydin Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang, hari ini.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Tengku Zaihan berkata, selain menjadi platform kepada Visit Beautiful Terengganu 2017, program jelajah itu juga akan meneruskan sinergi pencetus kesedaran baharu kepada transformasi pembangunan sosio-ekonomu negeri Terengganu.Tambahnya, siri jelajah kali ini juga membawa sedikit kelainan kepada masyarakat di Utara Semenanjung."Pada kali ini, kita juga mempromosikan sub sektor pelancongan yang menjadi teras kepada pelancongan negeri iaitu eko pelancongan, agro pelancongan, pelancongan sukan, pelancongan pendidikan, pelancongan budaya dan pelancongan makanan."Ini juga secara tidak langsung akan merangsang kemasukan pelabur ke Negeri Terengganu agar kita lebih berdaya saing dalam meningkatkan pembangunan sosio ekonomi Terengganu secara khususnya," katanya ketika berucap pada majlis tersebut.Bagi siri jelajah kali ini, sebanyak 23 ruang pameran dibuka termasuk industri makanan dan asas tani, tekstil dan kraf, perkhidmatan pelancongan, produk spa dan kesihatan dan kecantikan serta banyak lagi.
04 Aug 17
212
Houseboat Tasik Kenyir Dapat Sambutan Tinggi
Tasik Kenyir merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara seluas 2,600 kilometer persegi dan memiliki 340 pulau kecil.Sebelum ini, ia menjadi tarikan kepada pelancong kerana mempunyai 14 air terjun, jeram, hutan simpan dan gua yang mempunyai sejarah tersendiri.Terkini dengan pelancaran Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir kelmarin, ia menjadi nilai tambah kepada produk sedia ada di destinasi pelancongan berkenaan yang sudah mempunyai keunikannya tersendiri.Pengerusi Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir, Mohd Rafi Abd Wahab berkata, dalam tempoh Zon Bebas Cukai yang baru membuka tirai dan beroperasi bagi fasa satu, pengusaha-pengusaha bot mendapat permintaan tinggi secara mendadak daripada pelancong yang datang untuk membeli-belah sambil berehat di rumah bot (houseboat)."Rasanya untuk bulan Ogos ini, tempahan dah penuh namun masih ramai yang datang untuk bertanya sekiranya masih ada yang kosong. Ada yang terpaksa pulang dengan hampa dan ada yang terus menempah tarikh bagi menikmati keindahan tasik itu tidak lama lagi."Kami sediakan pakej-pakej yang menarik dan bersesuaian dengan kehendak para pengunjung tanpa membebankan mereka,"katanya kepada Teganukita ketika ditemui di Pengkalan Gawi,Tasik Kenyir, hari ini.Rafi berkata, pelbagai pakej menarik ditawarkan bagi setiap rumah bot, ada juga pakej selama dua hari satu malam dan tiga hari dua malam dengan tawaran harga yang menarik."Pakej yang ditawarkan kepada pengunjung memang berpatutan dengan pengisian yang di buat dan setakat ini kami tidak menerima rungutan bahawa harga yang dikenakan mahal."Harga bergantung kepada rumah bot..ada yang menawarkan pakej serendah RM1,300 untuk satu malam dan ada juga pakej yang bertaraf mewah mencecah RM2,600 untuk satu malam."Pilihan pakej bergantung kepada para pengunjung sama ada mahukan yang sederhana ataupun mewah dan pengusaha rumah bot yang menguruskan segalanya mengikut permintaan,"katanya lagi. Menurut Rafi lagi, tasik ini juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri seperti Gua Bewah yang menjadi penempatan manusia Zaman Mesolitik iaitu kira-kira 16,000 tahun lalu."Termasuklah dengan penemuan fosil dan pisau batu dipercayai tinggalan manusia Zaman Mesolitik di Gua Taat baru-baru ini,"ujarnya lagi.
02 Aug 17
3169
Jualan Bebas Cukai Tasik Kenyir Fasa 1 Tiada Produk Berduti Tinggi
Jualan bebas cukai di Tasik Kenyir hanya melibatkan aktiviti peruncitan dan tidak termasuk barangan berduti tinggi seperti produk petroleum, kenderaan, produk minuman alkohol termasuk rokok dan tembakau.Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Omar Ismail berkata, pelancaran operasi jualan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir pada hari ini bermula di Pengkalan Gawi dan fasa seterusnya di Kompleks Bebas Cukai di Pulau Bayas yang dijangka beroperasi pada 1 Ogos tahun depan.Katanya, Ketengah mensasarkan untuk menarik 750,000 orang pengunjung pada tahun ini bagi menyemarakkan lagi pelancongan di Tasik Kenyir."Barangan utama Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir ialah coklat, pinggan mangkuk dan alatan dapur, minyak wangi serta bagasi."Dengan bermulanya operasi ini, akan menjadi satu titik tolak kepada pembangunan yang lebih pesat dan berimpak tinggi di Tasik Kenyir," katanya di majlis Pelancaran Jualan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga Dan Teknologi Hijau Negeri, Ir. Rosli OthmanHadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih,Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar; Pengurus Besar Ketengah,Omar Ismail dan juga Timbalan Pengerusi Ketengah, Dato' Din Adam.Beliau berkata, Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir juga akan berganding bahu dengan tarikan yang ada seperti Kenyir Island Hopping, Santuari Kelah dan Perkampungan Konservarsi Gajah Kenyir (KECV) bagi memperkasakan Tasik Kenyir menjadi 'Destinasi Wajib Lawat' di Terengganu."Di samping itu, penduduk tempatan juga akan sama-sama menikmati hasil daripada pembangunan di Tasik Kenyir dengan peluang-peluang perniagaan dalam pelbagai bidang akan terbuka dengan lebih luas."Misalnya dengan pertambahan bilangan pengunjung, di Tasik Kenyir kini mempunyai rumah bot sebanyak 72 buah dan 42 buah bot laju yang memberikan hasil pendapatan kepada pengusaha-pengusaha tempatan,"katanya.
01 Aug 17
1034
Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir Bermula Hari Ini
Ahmad Razif menyempurnakan Majlis Pelancaran Jualan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, hari ini. Tg Syamim Tg Ismail.Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir memberi nafas baharu kepada Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan keluarga bertaraf antarabangsa apabila dilancarkan secara rasmi, hari ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pelancaran Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir di Pengkalan Gawi merupakan pembukaan fasa pertama sebelum fasa kedua bermula tidak lama lagi.Bagi fasa pertama, terdapat lima premis perniagaan antaranya coklat, bagasi, minyak wangi, pinggan mangkuk dan peralatan memasak yang akan beroperasi sepenuhnya di bawah pengurusan Ketengah Holding Sdn.Bhd dan Onine Alliance (M) Sdn Bhd."Namun penjualan yang dijalankan ini tidak membabitkan aktiviti jualan barangan berduti tinggi seperti rokok, produk petroleum, kenderaan dan produk minuman beralkohol."Mengikut perancangan yang dibuat, fasa seterusnya membabit pembukaan zon bebas cukai di Pulau Bayas yang dijangka dibuka pada pertengahan tahun depan."Kita berharap dengan beroperasinya zon bebas cukai ini,ianya kan setanding dengan zon bebas cukai yang terdapat di Pulau Langkawi, Rantau Panjang dan Padang Besar pada masa akan datang,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pelancaran Jualan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir di Pengkalan Gawi ,Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga Dan Teknologi Hijau Negeri, Ir.Rosli OthmanHadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih,Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar; Pengurus Besar Ketengah,Omar Ismail dan juga Timbalan Pengerusi Ketengah, Dato' Din Adam.Menurut Ahmad Razif, Tasik Kenyir bukan sahaja menjadi hab pelancongan dan pertanian tetapi berpotensi untuk dibangunkan sebagai hab ekonomi Pantai Timur serta destinasi pelancongan utama di Asia Tenggara.Jelas beliau lagi,pihaknya berharap dengan beroperasinya Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir itu, kedudukan dan potensi tasik buatan manusia itu dapat dipertingkatkan dari segi infrastruktur pelancongan.Sementara itu, Ahmad Razif turut menyentuh mengenai tambang rumah bot dan bot laju kepada pelancong supaya ianya dapat diseragamkan serta mengenakan kadar berpatutan agar pelancong tidak terbeban.
01 Aug 17
390
JPNT Perkenal Bengkel Pertabuhan Tunas Gamelan
Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu menganjurkan Bengkel Pertabuhan Tunas Gamelan dalam usaha menyemarakkan rasa kecintaan terhadap seni dan warisan gamelan negeri.Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak berkata bengkel tersebut diadakan sempena Festival Gamelan Sedunia yang bakal berlangsung selama tiga hari bermula 25 Ogos nanti.Katanya, usaha tersebut dijalankan bagi mencari serta memupuk bakat-bakat baru dalam seni gamelan selain menyerapkan rasa kecintaan terhadap muzik tarian gamelan."Penglibatan lebih 30 pelajar berusia dalam lingkungan 10 hingga 16 tahun dari tiga sekolah di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu berdasarkan kepada minat mereka dalam seni gamelan ini."Selain itu, kita juga ingin menyerapkan rasa kecintaan terhadap muzik dan tarian gamelan kepada mereka seawal usia agar mereka dapat menghayati emosi persembahan muzik gamelan ini sendiri," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam majlis Pra Perasmian Festival Gamelan Sedunia di Warisan Sari, Kuala Nerus, hari ini.Tambah Tun Faisal, pengajuran Festival Gamela Sedunia diharapkan dapat menjadi platform dalam meningkatkan jalinan interaksi serta pertukaran idea dan pengalaman ke arah kemantapan penghayatan pengetahuan seni.Katanya, festival tersebut juga bakal menonjolkan dimensi baru dalan memartabatkan persembahan muzik dan tarian gamelan.Dijangkakan seramai 220 peserta akan melibatkan diri dalam festival tersebut termasuk empat kumpulan dari luar negara.Antara kumpulan yang akan melibatkan diri adalah dari Istana Budaya, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
29 Jul 17
158
Penggiat Pelancongan Perlu Proaktif
Tengku Zaihan bersama peserta yang mengambil bahagian dalam Matta Familiarisation Trip di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Penggiat pelancongan disarankan agar lebih proaktif dalam merebut peluang yang dibuka kepada mereka dalam membangunkan industri pelancongan khususnya di Terengganu.Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata kerajaan negeri sentiasa membuka peluang yang boleh diambil oleh penggiat industri pelancongan.Katanya, penggiat industri perlu melakukan anjakan minda untuk mengambil inisiatif perihal perkembangan semasa yang berlaku di Terengganu seperti penganjuran program serta acara pelancongan."Sudah sampai masanya penggiat-penggiat pelancongan harus berada dua langkah di hadapan dalam mendapat kelebihan kompetitif mendahului rakan niaga lain mendapatkan pelanggan."Inisiatif yang diambil oleh mereka ini secara tidak langsung dapat dimanfaatkan melalui penjualan pakej-pakej pelancongan berdasarkan kepada minat pelanggan terhadap program dan acara yang dianjurkan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Meraikan Peserta Matta Familiarisation Trip Ke Terengganu di Permai Hotel, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak.Dalam ucapannya juga, Tengku Zaihan berharap agar wujud kolaborasi antara kerajaan negeri serta badan-badan NGO pelancongan bagi membolehkan penjanaan industri tersebut lebih mampan, bersepadu dan telus.Program anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu yang berlangsung selama tiga hari bermula 27 Julai lalu telah melibatkan 22 orang peserta.
28 Jul 17
59
Pengunjung Tasik Kenyir Meningkat
Pengamal media turut dibawa ke Santuari Kelah. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailLembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) akan terus mempromosikan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu yang terkenal dengan pelbagai produk ekopelancongan, bagi memastikan jumlah pelancong ke kawasan itu terus meningkat pada masa depan.Pengurus Besar Ketengah, Omar Ismail, berkata pihaknya menolak andaian sesetengah pihak bahawa kedatangan pelancong semakin berkurangan di kawasan berkenaan sebaliknya jumlah pengunjung ke lokasi itu cukup memberangsangkan.Katanya, seramai 269,512 pelancong tempatan dan luar negara dicatatkan dalam tempoh enam bulan pertama berbanding 247,089 pengunjung bagi tempoh sama tahun lepas, iaitu peningkatan 8.32 peratus"Andaian bahawa kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir semakin berkurangan adalah tidak benar kerana kedatangan pelancong sangat positif hasil promosi pelbagai kaedah antaranya melalui media massa, media sosial, pengiklanan dan promosi melalui penganjuran pelbagai program bersama kerajaan negeri di luar Terengganu mahupun peringkat antarabangsa. “Antara produk yang menjadi tarikan pengunjung adalah Santuari Kelah, kawasan air terjun Lasir, Gua Bewah, Kenyir Elephant Conservation Village (KEV), Kenyir Island Hopping dan Kenyir Water Park.”katanya.Beliau berkata demikian selepas Program Kenali Kenyir Bersama Media, di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, petang semalam.Seramai 13 pengamal media pelbagai agensi yang dikelola Pengurus Promosi Dan Korporat Ketengah, Ahmad Fathil Abd Ghani menyertai program selama dua hari satu malam yang bertujuan merapatkan hubungan baik antara pihak media dan Ketengah. Omar berkata, jumlah pengunjung ke Tasik Kenyir di jangka terus meningkat apabila projek pulau bebas cukai Tasik Kenyir akan mula beroperasi sepenuhnya akhir tahun depan.“Pada masa sama merancang pelbagai program, antaranya Kembara Kenyir, Festival Kenyir, Kenyir Lake International Triathlon, Asean Monsoon Casting dan Pertandingan Memancing Santai Tasik Kenyir.“Program yang dirangka dan dirancang bersama kerajaan negeri dan pihak berkaitan itu dijangka bermula Ogos sehinggan akhir tahun ini,”katanya.
26 Jul 17
585
Tarikan Program Promosi Tasik Kenyir Sepanjang Julai Ini
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) kian rancak mempromosikan Tasik Kenyir dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan tasik buatan manusia yang terbesar di asia itu.Pengurus Besar Ketengah, Omar Ismail berkata, promosi yang diadakan itu sebagai langkah awal untuk mempersiapkan Tasik Kenyir sebagai kawasan bebas cukai tidak lama lagi.Katanya, tirai pelancongan Ketengah dimulakan pada awal Julai dengan program 'Kenali Kenyir' bersama media arus perdana Terengganu dan lawatan media 'influencer' Jepun yang dianjurkan baru-baru ini."Seterusnya kita ada lawatan pembelajaran ke Tasik Kenyir oleh Pemandu Pelancong Malaysia yang melibatkan seramai 95 orang pada 19 Julai ini dan Lawatan peserta Global Tourism Conference (paper presenter & international participants)pada 22 Julai ini."Pada 24 Julai,program Moh Jalan-Jalan 2017 bersama RTM Negeri Sembilan diikuti Lawatan MATTA inbound agents ke Tasik Kenyir pada27 hingga 28 Julai dan penutup bagi promosi Julai dengan Kembara Kenyir 2017 anjuran Kerajaan Negeri,Jabatan Pengangkutan Jaln(JPJ) & Skuad Muda 1JPJ (TBC) bermula 27 hingga 30 Julai,"kata Omar.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Rumah Terbuka Raya Ketengah di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, semalam.Menurutnya lagi, program yang dirancang sepanjang bulan itu bertujuan menarik pelancong sekali gus mempromosikan Tasik Kenyir sebagai Pulau Bebas Cukai yang bakal dirasmikan tidak lama lagi oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Sementara itu, hampir 2,000 pengunjung diraikan dalam majlis tersebut dengan pelbagai juadah istimewa di samping berpeluang menaiki rumah bot secara percuma mengelilingi Tasik Kenyir.
17 Jul 17
60
Pengusaha Houseboat Tasik Kenyir Perlu Pastikan Penumpang Pakai Jaket Keselamatan
Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pengusaha rumah bot (houseboat) dan bot laju Tasik Kenyir yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan terutama dalam aspek pemakaian jaket keselamatan.Mereka perlu sentiasa mengutamakan pemakaian jaket keselamatan kepada penumpang bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik berkata, itu merupakan simbolik dan elemen penting kepada usaha kerajaan negeri dalam menarik pelancong ke Tasik Kenyir sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT)2017.Jelasnya lagi, ini merupakan cetusan idea Menteri Besar untuk memastikan keselamatan pelancong ke Tasik Kenyir lebih terjamin ."Kita ada unit di bawah pelancongan di Tasik Kenyir dalam memantau dan membuat penguatkuasaan terhadap keselamatan bot termasuk pemakaian jaket keselamatan ini."Justeru itu,saya harap pengusaha-pengusaha bot ini tidak memandang ringan tentang jaket keselamatan ini.Jangan sekadar simpan jaket ini di dalam bot tetapi mesti cakna tentang kedudukannya apabila berlaku kecemasan," katanya kepada pemberita di Majlis Penyerahan Jaket Keselamatan kepada 87 pengusaha house bot dan bot laju di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, hari ini.Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri,Dato' Rozi Mamat.Azmi turut berkata, pihaknya dan pihak berkuasa tempatan mengetatkan syarat kepada bot-bot yang beroperasi dan pengusaha yang tidak mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan perlu dikenakan tindakan melalui permohonan perlesenan."Saya juga minta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) untuk memantau dan mengenakan tindakan tegas terhadap pengusaha dan pengendali bot yang masih ingkar terhadap aspek keselamatan.Sementara itu Rozi berkata, kerajaan negeri amat menitikberatkan isu keselamatan dan kebersihan di Tasik Kenyir."Kita pastikan soal keselamatan pengunjung ini tidak boleh dipandang ringan dan mana- mana pengusaha bot yang tidak menepati syarat yang kita mahu mengenai aspek keselamatan sama ada di darat atau dalam tasik, mereka akan dikenakan tindakan termasuk lesen mereka ditarik balik."Dengan kaedah ini, mereka harus mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pejabat daerah sekiranya ingin memastikan perusahaan bot mereka berjalan lancar,"katanya.Menurut Rozi lagi, ini menjadi satu daripada komitmen kerajaan negeri bagi memastikan Tasik Kenyir selamat dikunjungi terutamanya ianya akan diisytiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai menjelang Ogos ini.Untuk rekod,Kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM225,000 bagi membekalkan 1,500 jaket keselamatan dengan logo Tahun Melawat Terengganu(TMT)2017 kepada pengusaha bot tempatan yang aktif di Tasik Kenyir.
10 Jul 17
584
Lukisan Mural Di Stesen Bas Lama Jadi Tarikan Baharu
Lukisan mural karikatur yang menghiasi bangunan di tapak stesen bas lama menjadi tarikan terbaharu di bandar ini sekali gus dapat menarik pelancong ke Terengganu sempena Visit Beautiful Terengganu 2017.Projek inisiatif Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan sentuhan kreatif empat seniman dikenali sebagai RR Squad (Red Rebel Squad) di bawah Kelab Belia Kreatif Bandar Kuala Terengganu (Mandalika).Pengerusi Mandalika, Raja Badrudin Hakim, 30, berkata, lukisan tersebut dilakukan pada awal bulan Jun dan siap sepenuhnya pada 4 Julai lalu.Katanya, mereka hanya mengambil masa sebulan untuk siapkan sebanyak 6 lukisandi belakang bangunan yang melibatkan 13 buah kedai di Jalan Banggol, Kuala Terengganu.Menurutnya, idea ini telah dicetuskan oleh Datuk Bandar Kuala Terengganu, Zulkifli Abu Bakar yang meminta seniman Mandalika untuk menghiasi dan mencantikkan Bandar Kuala Terengganu.“Lukisan bertemakan kebudayaan dan tradisional masyarakat Terengganu. Tujuannya untuk menarik minat pelancong bagi mengenali budaya-budaya di Terengganu menerusi lukisan mural ini.“Saya berharap agar seni hias bandar dapat digiatkan lagi di Kuala Terengganu dengan memberi peluang kepada seniman khususnya anak seni Terengganu sendiri,” katanya.Seorang peniaga gerai makan, Nasirewan Najmi, 29, berkata sejak wujudnya lukisan mural di kawasan tersebut, hasil jualan kedai makannya meningkat berbanding sebelum ini.Katanya, pada waktu malam kawasan tersebut meriah dan tidak suram seperti sebelumnya ditambah dengan keceriaan kawasan yang berlatarkan bangunan berwarna-warni dan cerah. “Suasana sekitar pada waktu malam tidak sunyi dan selalu ramai orang yang datang ke kawasan ini untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan,”katanya.
04 Jul 17
1567