Artikel "Pelancongan" Terkini
Kampung Cina Bakal Berwajah Baharu
Pancuran air bermuzik dijadikan salah satu tarikan baharu di Kampung Cina, Kuala Terengganu sempena Festival Peranakan Terengganu 2017 yang bakal berlangsung pada 25 Ogos ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Lebih 100 buah bangunan di Kampung Cina akan tampil berwajah baharu sepenuhnya menjelang hujung tahun ini bagi menjadikannya lebih ceria untuk disajikan kepada pengunjung.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata satu program telah mula dijalankan oleh komuniti di Kampung Cina tersebut supaya ianya lebih meriah.Katanya, komuniti tersebut telah memulakan langkah dengan mengecat kembali bangunan yang ada di sekitar Kampung Cina tanpa bantuan oleh jabatan serta agensi lain.“Hasrat kita adalah untuk mengubah wajah keseluruhan Kampung Cina. Jadi komuniti ini bermula di sebelah Pasar Besar Kedai Payang dan Hotel Seri Malaysia. Sebahagiannya telah pun bermula.“Tumpuan yang dibuat adalah bangunan yang telah usang catnya, yang itu kita akan cat dulu manakala yang masih elok kita akan biarkan dahulu,” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pancuran Air Bermuzik Sempena Festival Peranakan Terengganu 2017 di Kampung Cina, Kuala Terengganu, malam tadi.Dalam pada itu, Tun Ahmad Faisal berkata salah satu hasrat Menteri Besar, Dato, Seri Ahmad Razif Abd Rahman untuk melihat komuniti di sesuatu kawasan membangunkan sendiri tempat mereka. “Jika mereka yang bangunkan sendiri maka komuniti itu akan menjaga dan menyelenggara produk-produk di kawasan itu dengan lebih berhemah,” katanya.
18 Aug 17
210
1,000 Helai Baju -T Sukan SEA Diberi Percuma
Tun Ahmad Faisal (kiri) menunjukkan baju yang diagihkan JPNT secara percuma kepada orang ramai sejak semalam. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) mengedarkan 1,000 helai baju-T secara percuma kepada orang ramai sempena menyemarakkan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang sedang berlangsung.Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, pengagihan baju tersebut bukan sahaja mampu mempromosikan Sukan SEA, malah mempromosikan Terengganu yang juga satu daripada lokasi penganjuran sukan itu bagi acara ekuestrian serta destinasi pelancongan untuk komuniti di Asia Tenggara.Katanya, sebahagian daripada baju-baju tersebut sudah mula diagihkan bermula semalam di kawasan-kawasan tumpuan orang awam.“Kita ada mengedarkan baju promosi Sukan SEA pada pengunjung-pengunjung di UTC, Pasar Besar Kedai Payang dan di Kampung Cina.“Tujuannya ialah bagi sama-sama mempromosikan Sukan SEA Kuala Lumpur selain sektor pelancongan Negeri Terengganu sendiri,” katanya kepada pemberita.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pancuran Air Bermuzik Sempena Festival Peranakan Terengganu 2017 di Kampung Cina, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu (TCCCI), Dato’ Low Wan Cheong.Tambah Tun Ahmad Faisal,selain dari pengedaran baju secara percuma itu, JPNT turut mengadakan Karnival My Setiu untuk mempromosikan daerah tersebut.“Bermula 16 Ogos akan dijalankan Karnival Setiu bagi mengetengahkan produk-produk di daerah ini dan satu daripadanya Taman Bencah Setiu yang unik dimana satu-satunya kawasan di Malaysia yang mempunyai lapan komponen ekologi.“Setiu juga mempunyai pantai menarik seperti Pantai Penarik dan Pantai Rhu 10. Jadi kita cuba ambil peluang untuk memasarkan Terengganu dan daerah Setiu kepada atlet, pegawai serta peminat dan pengunjung Sukan SEA,” katanya.
15 Aug 17
278
Sidang DUN : Pelancong Ke Kincir Angin Pulau Perhentian Dinasihat Guna Laluan Selamat
Tengku ZaihanPelancong serta pengusaha bot yang mahu mengunjungi kawasan kincir angin di Pulau Perhentian dinasihatkan supaya tidak menggunakan jeti di Teluk Kurma, sebaliknya perlu menggunakan laluan Pantai Pasir Panjang.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, beberapa struktur kayu di jeti Teluk Kurma yang mengalami kerosakan dan reput itu merupakan kawasan larangan kepada orang awam.“Kawasan jeti tersebut telah dibina oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk kemudahan kepada staf Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan kerja-kerja selenggara kincir angin itu.“Walaupun telah ada laluan yang lebih selamat untuk pelancong ke kawasan kincir angin tersebut namun terdapat segelintir pengusaha bot bertindak membawa mereka ke kawasan jeti yang merbahaya itu,” katanya kepada Teganukita, hari ini.Beliau ditemui selepas sesi perbahasan mesyuarat kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Ke 13 di Wisma Darul Iman, hari ini.Tengku Zaihan mengulas demikian susulan tular di media sosial berkaitan risiko keselamatan pengunjung yang melawat kincir angin Pulau Perhatian berikutan kerosakan jeti di Teluk Kurma berkenaan.Tambahnya lagi, papan tanda larangan sudah didirikan di kawasan jeti tersebut bagi menghalang pengunjung daripada menggunakannya.“Namun demikian, papan tanda yang diletakkan oleh pihak JKR sebelum ini telah hilang akibat vandalisme, menyebabkan pengunjung tidak tahu kawasan tersebut merupakan kawasan larangan.“Jadi, selepas ini papan tanda baru akan disediakan bagi mengelakkan orang awam untuk melalui kawasan tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi,” katanya.
13 Aug 17
149
Pesta Peranakan Terengganu 2017 Tonjol Kelainan
Dato' Low (lima dari kiri) dan Tun Ahmad Faisal menunjukkan poster Festival Peranakan Terengganu yang bakal berlangsung pada 25 Ogos ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.Pesta Peranakan Terengganu 2017 yang akan berlangsung selama enam hari bermula 25 Ogos ini bakal menonjolkan keistimewaan masyarakat peranakan yang dikenali sebagai Mek dan Awang di Terengganu.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, festival anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu (TCCCI) memasuki edisi keempat.Katanya, festival tersebut merupakan salah satu produk pelancongan yang berpotensi tinggi untuk diperkenalkan bukan sahaja kepada masyarakat di Terengganu malahan kepada masyarakat di seluruh Malaysia.Tun Ahmad Faisal“Festival peranakan ini adalah salah satunya festival peranakan yang dijalankan secara berjadual dan ianya tiada di negeri-negeri lain.“Festival ini juga akan dapat menonjolkan keistimewaan masyarakat peranakan kerana satu masa dahulu masyarakat cina di Kampung Cina ini dikenali sebagai Mek dan Awang kerana mereka telah diasimilasi dalam masyarakat tempatan dari aspek loghat perbualan, makanan serta pakaian mereka yang tiada beza dengan masyarakat Terengganu lain,” katanya.Beliau ditemui pemberita dalam majlis sidang media pra perasmian Festival Peranakan Terengganu 2017 di Kampung Cina, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir Presiden TCCCI, Dato’ Low Wan Cheong.Dalam pada itu, Low berkata festival peranakan pada kali ini akan membawa sedikit kelainan untuk dipertontonkan kepada masyarakat di sekitar Terengganu selain pelancong-pelancong dari dalam dan luar Negara.Dato' Low Wan CheongKatanya, perbincangan sering diadakan bagi mencari idea-idea serta strategi baru terutama dalam Visit Beautiful Terengganu yang sedang berlangsung di Terengganu.“Antara elemen baru yang kita perkenalkan pada tahun ini adalah pavilion yang dilengkapi cahaya dan bunyi. “Kita juga mengambil konsep-konsep dari orang muda. Jadi kita ambil keputusan perkenalkan Wechat Stiker dengan membina ikon Mek Awang dan ianya memberi maklum balas yang amat positif,” katanya.
13 Aug 17
208
Paragliding Sempena Program Negaraku Sehati Sejiwa 2017 Pada 12 Hingga 13 Ogos Ini
Program Terengganu Merdeka Paragliding diadakan sempena program Negaraku Sehati Sejiwa 2017 bagi kempen kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di Kota Putera Paragliding Park, Bukit Bubus Tembila, Besut, pada 12 dan 13 0gos ini.Acara yang berlangsung selama dua hari itu melibatkan 48 orang 'pilot' paragliding yang akan membawa Jalur Gemilang terbang dengan ketinggian 400 sehingga 500 kaki dari paras laut.Destinasi riadah itu menjadi lokasi pilihan kerana pemandangan yang menarik dan strategik bagi menjalankan aktiviti ekstrim tersebut.Menurut jurucakap, dengan adanya program seperti ini, ia dapat mempromosikan aktiviti sukan lasak itu sebagai satu daripada produk pelancongan menarik dan unik yang terbaru di Terengganu.Katanya, ia juga dapat menarik lebih ramai penglibatan golongan belia dalam bidang sukan paragliding dan membantu pihak Persekutuan Sukan Udara (MSAF) mencari bakat baru untuk diketengahkan mewakili Malaysia ke acara bertaraf dunia.Menurutnya, program ini merupakan anjuran Unit Belia Dan Sukan Negeri Terengganu di bawah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Sumber Manusia Negeri, Dato Rozi Mamat, dengan kerjasama Unit Korporat Setiausaha Kerajaan, Kelab Sukan Udara Bukit Baru, Kelab Luncur Angin Besut, Kelab Luncur Udara Jerai dan MSAF yang dipengerusikan oleh Kaptain Mohd Arif Ibrahim."Orang ramai juga dijemput hadir ke program tersebut bagi memeriahkan dan menyaksikan acara sukan paragliding yang pertama kalinya diadakan di sana,"katanya.
08 Aug 17
227
Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir Terus Gamit Pengunjung
Tasik Kenyir yang diberi status zon bebas cukai bakal dikenali sebagai satu daripada destinasi membeli-belah dan pelancongan paling popular di Terengganu dan Pantai Timur.Pusat pelancongan itu kini menjadi syurga membeli-belah bagi kaum wanita apabila pelbagai keperluan rumah terutama perkakas pinggan mangkuk ditawarkan dengan kadar lebih murah berbanding di pusat jualan lain.Tinjauan Teganukita mendapati pada hari kelima selepas pelancaran oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir di Pengkalan Gawi mendapat sambutan hangat daripada pengunjung dalam dan luar negeri.Bagi seorang pengunjung, Syed Ali Syed Rahman,47, yang menetap di Johor Bahru,dia memilih Tasik Kenyir sebagai pusat percutian terbaru untuk mereka sekeluarga pada kali ini."Pengalaman bercuti di Langkawi memang tidak mudah dilupakan. Kami pernah beberapa kali ke sana tapi dengan pembiayaan sendiri. Walaupun barangan di sana bebas cukai, apa yang kita perlu tahu, kos untuk ke sana tidaklah murah."Banyak perkara yang harus di ambil perhatian. Dari kos pengangkutan, kos makanan, kos tempat tinggal termasuklah kos untuk membeli belah dan memasuki tempat-tempat menarik di sana. Bila pergi dengan duit sendiri, semuanya rasa nak berkira, sayang duit."Jadi, apabila mendapat peluang untuk ke Tasik Kenyir yang melibatkan separuh kos berbanding ke Langkawi, ia memang satu peluang berharga yang tidak patut dilepaskan walaupun tidak banyak pilihan barang jualan seperti di Langkawi,"kata Syed Ali kepada Teganukita ketika ditemui di Pengkalan Gawi, hari ini.Menurut Syed Ali, bukan sahaja dapat membeli- belah malah dapat melihat sendiri tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dan kaya dengan keindahan semula jadi serta lagenda masa silam.Nurul Nadwah HussinSementara itu, seorang lagi pengunjung, Nurul Nadwah Hussin,34, berkata dia daripada Kuantan bercuti di Tasik Kenyir semata-mata ingin merasai sendiri tarikan terbaru destinasi itu sebagai Pulau Bebas Cukai terbaru."Nampaknya, di Tasik Kenyir, saya boleh membeli apa saja yang dijual di Pulau Langkawi. Dari pelbagai pilihan pinggan mangkuk, periuk, beg, hinggalah coklat yang murah semuanya dijual di sini." Pendek kata, Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir ini sudah macam 'one stop centre' yang amat berbaloi,"katanya.Menurut kata orang perempuan yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini harga-harga pinggan, harga di sini secara kasar adalah lebih murah dari tempat lain termasuk Kuala Lumpur."Perbezaan harga kadang-kadang boleh mencecah sehingga 50 peratus. Memang tak hairanlah kalau saya asyik membeli sampai lupa makan minum hari ini...lepas ni tak perlu lah pergi Langkawi lagi,"kata Nurul lagi.Norhasmida IsmailDalam pada itu, kerani jualan Ketengah Holding(KH SHOPPE), Norhasmida Ismail,32, berkata, dia tidak menang tangan melayan kerenah pelanggan yang datang membeli sejak kiosk jualan dibuka pada 1 Ogos baru-baru ini."Orang ramai mula datang pada jam 9 pagi hingga 6 petang dan kemuncaknya pada hari cuti hujung minggu. Kebanyakan yang datang adalah orang tempatan termasuklah dari luar seperti daripada Johor, Kelantan, Pahang dan sebagainya."Jualan memang tinggi dan banyak barang kehabisan stok seperti coklat sehingga kami terpaksa memesan stok yang lebih banyak supaya pengunjung yang datang tidak pulang dengan hampa,"katanya.
06 Aug 17
1024
Jelajah Visit Terengganu Akan Diteruskan
Program Jelajah Beautiful Terengganu akan diteruskan pada masa akan datang bagi mempromosikan keunikan Terengganu di mata pelancong dalam dan luar negara.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, sehingga kini, tiga siri jelajah diadakan setiap tahun.Katanya, untuk tahun ini juga, tiga siri jelajah dirancang dan dua daripadanya berjaya membuka mata masyarakat setempat mengenai keunikan Terengganu."Jadi tahun ini kita sudah mengadakan satu jelajah di Singapura dan sekarang di Pulau Pinang manakala satu lagi akan diadakan di Melaka. Melaka akan dijadikan sebagai penutup bagi siri jelajah pada 2017."Kita sekarang sudahpun merancang Visit Beautiful Terengganu (VBT) sebagai sebahagian daripada Visit Malaysia Year 2020. Kita akan masih kekal dengan VBT hakta dalam Visit Malaysia Year 2020," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Program Jelajah Beautiful Terengganu 2017 di Mydin Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang, hari ini.Tun Ahmad Faisal berkata, walaupun siri jelajah baru pertama kali diadakan di Pulau Pinang namun respon yang diberikan amat memberangsangkan.Tambahnya, siri jelajah di negeri tersebut lebih bertujuan kepada memperkenalkan Terengganu kepada rakyat di sebelah Utara Semenanjung khasnya Pulau Pinang."Berbeza dengan siri jelajah di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura di mana meletakkan jualan sebagai Indeks Prestasi Utama (KPI) namun di Pulau Pinang kami lebih kepada misi membuka mata kesedaran masyarakat tentang kehadiran Terengganu sebagai satu lagi destinasi penting."Namun begitu, kutipan yang diperolehi sehingga hari ketiga sudah melebihi RM100,000. Pada hari pertama kita mencatakan kutipan sebanyak RM48,000 begitu juga pada hari kedua manakala untuk hari ketiga, kami menjangkakan kutipan lebih tinggi," katanya.Bagi siri jelajah kali ini, sebanyak 23 ruang pameran dibuka termasuk industri makanan dan asas tani, tekstil dan kraf, perkhidmatan pelancongan, produk spa dan kesihatan dan kecantikan serta banyak lagi.
06 Aug 17
22
Keropok Laris Di Program Jelajah Beautiful Terengganu Pulau Pinang
Gerai Niya Serunding yang menggunakan konsep seperti di Pasar Kedai Payang.Makanan tradisional Terengganu seperti keropok, manisan dan serunding mendapat sambutan di luar jangkaan pada Program Jelajah Beautiful Terengganu 2017 yang berlangsung di Mydin Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang bermula 4 Ogos lalu.Pengusaha makanan tradsional yang juga pemilik Niya Serunding, Robaniyah Adawiyah Abdullah berkata, jualan makanan tradisionalnya terutama Keropok Pengkalan Setar, selain manisan serta serunding antara yang laris terjual di kalangan masyarakat setempat dan pengunjung karnival itu.Robaniyah, usahawan yang dibimbing Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) itu berkata, dia tidak menjangkakan produk yang dibawa ke negeri utara itu mendapat tarikan dan diterima baik pelanggan."Pada awalnya, saya takut untuk mengambil risiko dengan menyertai program jelajah ini kerana bimbang sekiranya gagal mendapat sambutan."Namun, melihat kepada sambutan yang diberikan oleh masyarakat di Pulau Pinang, memberi saya keyakinan untuk terus menyertai siri jelajah seterusnya di masa depan," katanya kepada Teganukita.Robaniyah berkata, sepanjang dua hari berada di Pulau Pinang, hasil jualan yang diperolehinya mencecah hampir RM15,000.Tambahnya, lebih 300 kilogram (kg) keropok keping yang dibawa olehnya hampir kehabisan berikutan sambutan menggalakkan oleh masyarakat setempat."Pada awalnya, saya ingin membawa 500 kg keropok keping namun bimbang jika tidak mendapat sambutan. Bagaimanapun, dengan menggunakan konsep longgok seperti yang diamalkan oleh peniaga di Pasar Besar Kedai Payang, makanan yang dibawa oleh saya akhirnya laris dan hampir tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan ramai," katanya.Niya Serunding antara 23 peserta yang menyertai program jelajah pada kali ini selama tiga hari bermula 4 Ogos lalu di Mydin Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang.
05 Aug 17
343
Bijak Rebut Peluang Jana Pendapatan Dari Zon Bebas Cukai- Rozi
Masyarakat tempatan perlu bijak mengambil kesempatan bagi menjana pendapatan dan merebut peluang pekerjaan menerusi pembukaan fasa satu Jualan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, baru-baru ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, kelebihan produk pelancongan yang ada perlu diterokai serta dimanfaat oleh masyarakat terutama golongan belia memandangkan pembangunan pesat seumpama itu tidak berlaku di mana-mana daerah mahupun negeri lain."Sebaik sahaja Zon Bebas Cukai dirasmikan, pelbagai peluang kerja akan muncul...kita kena cepat dan bijak untuk merebut peluang ini,jangan biarkan orang lain(orang luar) menguasainya dan kita hanya berputih mata melihat ini berlaku."Banyak peluang dan kerja akan wujud dalam pelbagai aspek seperti perniagaan makanan, pelancongan dan perkhidmatan contohnya menjadi pemandu pelancong."Ini semua boleh menjana pendapatan ekonomi penduduk setempat di kawasan berhampiran Tasik Kenyir,"katanya kepada Teganukita ketika ditemui.Rozi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong berkata, kini Tasik Kenyir bakal menjadi hab pelancongan Pantai Timur dan peningkatan kehadiran pelancong akan meningkat secara mendadak dari semasa ke semasa."Belia terutamanya perlu bijak dan adalah menjadi tanggungjawab mereka pada hari ini untuk terus berusaha agar dapat bersaing dalam apa jua bidang yang diceburi bagi menambah baik taraf kehidupan mereka,"kata beliau.Bagaimanapun, tambahnya, ia bergantung kepada usaha gigih dan kreativiti sendiri untuk mengubah segala sesuatu itu menjadi berharga atau mampu mendatangkan pulangan.Beliau menegaskan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir antara bukti usaha kerajaan dalam menambah baik taraf hidup dan merancakkan lagi pembangunan masyarakat setempat terutama di Hulu Terengganu."Bantuan pun sudah banyak diperkenalkan, ambil peluang ketika punyai ruang dan masa..jangan hanya duduk di rumah dan dengar hujah pembangkang, salahkan kerajaan, peluang sudah ada cuma inisiatif perlu diambil," katanya.
05 Aug 17
137
Jelajah Beautiful Terengganu Catat Kutipan Memberangsangkan
Hari pertama Program Jelajah Beautiful Terengganu 2017 yang berlangsung di Mydin Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang mencatatkan kutipan yang amat memberangsangkan.Penolong Setiausaha Kerajaan Terengganu (Pelancongan & Kebudayaan), Wan Mohd Firdaus Wan Sembak berkata, untuk hari pertama, jumlah hasil daripada ruang pameran dan jualan peserta pameran mencecah hampir RM50,000.Katanya, melihat situasi positif itu, tidak mustahil program tiga hari berkenaan mampu memberi pulangan menggalakkan kepada peserta yang terlibat terutama usahawan di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU)."Niya Serunding yang menyediakan makanan tradisional Terengganu seperti keropok keping dan serunding mencatatkan jualan tertinggi sepanjang semalam bagi Consumer Show dengan kutipan sebanyak RM5,050."Manakala bagi Travel Mart, Kenyir Travel yang menjanjikan keindahan semula jadinya telah berjaya menjual pakej pelancongan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM16,500," katanya kepada Teganukita.Program Jelajah Beautiful Terengganu 2017 yang bermula semalam selama tiga hari di Mydin Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang kini memasuki siri keempat sejak ia diperkenalkan untuk mempromosikan keunikan dan kepelbagaian di Terengganu.Bagi siri jelajah kali ini, sebanyak 23 ruang pameran dibuka termasuk industri makanan dan asas tani, tekstil dan kraf, perkhidmatan pelancongan, produk spa dan kesihatan dan kecantikan serta banyak lagi.
05 Aug 17
87