Artikel "Pelancongan" Terkini
Madrasah Khairul Insan Jenagor Berpotensi Jadi Hab Pelancongan Islam
Madrasah Khairul Insan, Jenagor, Hulu Terengganu yang mempunyai pelbagai tarikan kebudayaan serta sejarah ketamadunan Melayu lama berpotensi dimajukan sebagai hab pelancongan Islam di negeri ini.Pengerusi Homestay Negeri Terengganu, Md Azmi Aziz, berkata, madrasah itu dipilih sebagai merealisasikan saranan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang ingin memajukan perlancongan berkonsepkan islamik di Terengganu."Saya ada mengikuti seminar hala tuju pelancongan baru-baru ini di mana fokus kerajaan negeri adalah Terengganu sebagai hab pelancongan Islam."Jadi saya ambil kesempatan apabila dalam seminar tersebut ada menyebut tentang makam bersejarah yang terdapat di madrasah ini dan saya rasa ia sesuai untuk dimasukkan dalam pakej pelancongan."Satu keunikan untuk sampai ke sini kita terpaksa menaiki perahu, melihat penghuninya berpakaian melayu lama, adanya pelbagai aktiviti kesenian dan ia berpotensi untuk diiklankan ke Singapura, Indonesia dan Brunei,"ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di Madrasah Khairul Insan, Jenagor, hari ini sempena lawatan sambil belajar yang melibatkan beberapa agensi dan persatuan.Md. Azmi AzizMenurut Azmi, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan Madrasah untuk melaksanakan hub ini dalam pakej supaya selaras dengan konsep islam dan sesuai dengan bajet kerajaan negeri."Untuk penginapan, kita akan serahkan kepada pihak Madrasah membinanya sama ada menggunakan buluh atau kayu asalkan selesa diduduki dan tugas kami membantu untuk promosi."Pendapatan yang diperolehi akan disalurkan terus kepada Madrasah sebagai tambahan kewangan untuk meneruskan aktiviti harian mereka,"ujarnya lagi.Sementara itu, Pengerusi Persatuan Insan Prihatin Terengganu Darul Iman (Hati) Mohd Ariff Yong, 71, berkata pihaknya berbesar hati apabila ada pihak tertentu yang ingin mempromosikan Kampung Belahan atau lebih dikenali sebagai Madrasah Khairul Insan sebagai hab pelancongan slam.Tambahnya, sebelum ini mantan Ahli Dewan Undangan Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang sudah melihat potensi madrasah ini sebagai tempat pelancongan yang boleh diketengahkan kepada pelawat dan orang ramai.
24 Jul 18
2135
Tarian Balai Unik, Hanya Di Hulu Terengganu
Kesenian Tarian Balai yang indah kini menjadi satu tarikan seni budaya yang unik dan hanya terdapat di Daerah Hulu Terengganu.Tarian yang bersangkut dengan pemujaan semangat padi dan ditarikan oleh anak gadis desa berasal daripada Kampung Bukit Gemuruh kini menjadi khazanah kebudayaan Negeri Terengganu.Setiausaha Majlis Kebudayaan Daerah Hulu Terengganu (MKDHT), Amran Ahmad berkata, tarian balai bergerak aktif pada tahun 70-an sehingga akhir 90-an, namun kesenian itu kini sudah malap dan hampir pupus kerana tiada golongan pelapis yang berminat untuk mempelajarinya.Jelasnya, ini disebabkan penari asalnya sudah berusia dan mulai dilupakan selari dengan peredaran zaman."Oleh sebab itu, sebagai inisiatif bagi menghidupkan kembali budaya ini, MKDHT memainkan peranan bagi memperkenalkan Tarian Balai dengan melatih generasi baru yang berminat untuk mempelajarinya di Kampung Bukit Gemuruh."Pihak kami juga menghidupkan kembali tarian ini di setiap program kebudayaan yang diadakan untuk generasi baru supaya menjiwai budaya yang hampir pupus,"kata beliau ketika ditemui Teganukita di pejabatnya di Kuala Berang, hari ini.Menurutnya, tarian balai kini semakin dikenali dan berjaya diketengahkan ke peringkat lebih tinggi melalui jemputan yang diterima antara persembahan sempena Le Tour De Langkawi."Kami pernah dijemput mengadakan persembahan di festival kebudayaan di Singapura dua tahun lepas dan hampir seluruh Malaysia yang dibawa khas oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia."Syukur sehingga kini masih lagi dijemput untuk membuat persembahan setiap kali festival berlangsung dan saya harap ia akan berterusan bagi memastikan Tarian Balai bertahan sebagai kesenian anak Melayu,"ujarnya lagi.Amran berkata, pergerakan dalam tarian menggambarkan kebudayaan petani atau penanam padi.Tambahnya, payung yang berwarna-warni diletakkan di tengah-tengah pentas dan gadis-gadis penari tersebut akan menari mengelilingi payung yangmenjadi simbol dan lambang semangat padi."Semasa tarian itu, sebilangan perkakas-perkakas menanam padi digunakan seperti cangkul, penuai padi, topi penanam padi danseumpamanya digunakan."Tarian ini pada kebiasaannya akan diiringi dengan nyanyian.Jika diteliti lirik lagunya banyak mengandungi kata-kata yang berunsurkan nasihat kepada mereka yang mendengarnya," katanya.
23 Jul 18
2093
Bas Kite Promosi Terengganu Sepanjang Sukma Perak
Wartawan Harian Metro, Zaid Salim menerima hadiah utama yang disampaikan A.Rahman selepas berjaya mengumpul jatuhan pin tertinggi bagi kategori VIP dalam pertandingan boling di Pusat Boling Paya Bunga Sentral Kuala Terengganu.Terengganu akan membawa 'Bas Kite' mengelilingi Bandar Ipoh, Perak sebagai inisiatif mempromosi pelancongan negeri sepanjang penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) Perak tidak lama lagi.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, bas yang dikendalikan Syarikat Cas Ligas, anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) memaparkan`Keindahan Terengganu’ itu akan bergerak di sekitar bandar, selain membawa atlet dari penginapan ke pusat latihan serta venue pertandingan bermula seminggu sebelum kejohanan sehingga tamat temasya itu.“Bas cas ligas akan bergerak di Ipoh sebagai satu promosi yang unik. Setakat ini Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama PMINT akan menyediakan sebuah bas dan mungkin menambah kepada dua bergantung kepada keperluan semasa,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Pertandingan Boling Bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, di Pusat Boling Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu, baru-baru ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Dalam pada itu, jabatan pelancongan negeri selaku bapa angkat kepada pasukan boling Terengganu mahu memastikan pegawai serta atlet yang mewakili acara itu mampu menjadi duta pelancongan dalam mempromosikan keunikan dan produk istimewa di Terengganu.Sukma Perak bakal berlangsung pada 12 hingga 22 September ini menjadi temasya sukan negara terbesar kali ke-19 yang menghimpunkan atlet dari seluruh Malaysia untuk bersaing dalam 29 sukan.
23 Jul 18
47
Kerajaan Negeri Sasar Tarik Lima Juta Pelancong
Ariffin (kiri) ketika menyempunakan Majlis Perasmian Pejabat Baru MATTA Cawangan Terengganu di Dataran Panji, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Abu Ubaidah Mohd NoorKerajaan negeri yakin dapat mencapai sasaran kunjungan lima juta pelancong dari dalam dan luar negara ke Terengganu sehingga akhir tahun ini bersandarkan keistimewaannya memiliki kepelbagaian produk pelancongan yang cukup lengkap.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, sasaran itu mampu dicapai memandangkan Terengganu memiliki pulau-pulau dan taman marin, jaluran pantai serta tasik yang boleh menarik pelancong.''Tasik Kenyir di Hulu Terengganu adalah antara destinasi ekopelancongan yang cukup unik menjadi pilihan pelancong sekiranya tidak berpeluang ke pulau-pulau di negeri ini.“Kebiasaannya, ada empat bulan pulau terpaksa ditutup atas faktor keselamatan pelancong,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pejabat Baru Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Cawangan Negeri Terengganu di Dataran Panji, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Presiden MATTA, Dato’ Tan Kok Liang dan Pengerusi MATTA Cawangan Negeri Terengganu, Roslan Idris.Menurut beliau, pakaj-pakej lawatan boleh diasimilasikan antara destinasi pulau dengan destinasi seni budaya dan warisan, antara destinasi alam semulajadi dengan destinasi pantai malah boleh juga memperkenalkan destinasi Bandaraya Warisan Persisir Air dengan destinasi tasik.Katanya, beliau yakin formulasi sebegini bakal menzahirkan lebih keterujaan kepada pengunjung untuk mengetahui keunikan yang terdapat di negeri ini.Dalam pada itu Ariffin berkata, kerajaan negeri juga akan mempergiatkan usaha dalam memastikan prasarana pelancongan menepati keperluan kemudahsampaian dan keselesaan pelancong.“Negara kita amnya dan Terengganu khususnya telah dikenali sebagai destinasi mesra muslim.“Apa yang penting adalah untuk kita menerapkan prinsip iaitu dari segi kepatuhan kepada sistem dan nilai yang ditetapkan oleh syarak, kegiatan yang mendapat keredaaan Allah S.W.T dan kesan yang diperoleh hasil kegiatan pasca pelancongan,” ujarnya.
18 Jul 18
69
Tingkat Perkhidmatan Produk Pelancongan Menerusi My-TTQS
Sulaiman (tengah) bersama sebahagian peserta Seminar Ke Arah Hala Tuju Baru Pelancongan Negeri Terengganu di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu. hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimJabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) akan mengadakan proses audit yang dikenali sebagai My Terengganu Tourism Quality Service (My-TTQS) bertujuan meningkatkan perkhidmatan dan kualiti kemudahan bagi produk pelancongan di Terengganu bermula Ogos depan. Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi kerajaan setempat seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pejabat daerah, NGO pelancongan serta agensi dan jabatan berkaitan bagi menilai serta memberi penarafan ke atas sesuatu produk pelancongan di negeri ini. “Dalam usaha mengklasifikasikan produk pelancongan yang menepati tahap piawaian kualiti yang tinggi bagi memuaskan kehendak pelancong domestik dan antarabangsa, proses audit ini akan menekankan aspek pemilihan, kesediaan dan potensi untuk sesuatu tempat itu dipromosikan sebagai tarikan pelancongan termasuk juga tahap keselamatan, kebersihan, serta kemudahan infrastruktur lokasi tersebut.“Kita sasarkan dapat jalankan proses audit ini terhadap dua produk pelancongan setiap bulan dan antara lokasi yang telah dikenalpasti buat permulaan ini termasuk di Belukar Bukit, Lata Tembakah, Air Terjun Chemerong dan Tasik Kenyir,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penutup Seminar Ke Arah Hala Tuju Baru Pelancongan Negeri Terengganu yang disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi I, Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat Negeri, Sulaiman Sulong di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, hari ini.Menurut beliau, dalam usaha memacu sektor pelancongan dan kebudayaan sebagai pemangkin pertumbuhan sosioekonomi yang mampan serta memperkasa dan memelihara produk pelancongan bagi menarik lebih ramai kedatangan pelancong ke negeri ini, proses audit ini juga dapat meningkatkan keyakinan para pelancong ke atas produk pelancongan di Terengganu yang diiktiraf My-TTQS.
11 Jul 18
34
Kenderaan Amphicoach Untuk Pelancongan Diteruskan - Ariffin
Kenderaan Amphicoach atau bas dua alam akan diteruskan bagi tujuan tarikan pelancongan ke negeri Terengganu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman.Katanya, kenderaan tersebut yang sedang dalam tempoh pembaikian bagi mengatasi masalah “overheating’ adalah di bawah tanggungjawab pihak pembekal sepenuhnya disebabkan kerajaan negeri masih belum membuat sebarang penerimaan pembelian kenderaan tersebut.Dalam sidang media selepas mendengar taklimat Status Projek Pembangunan berkaitan pelancongan di Jabatan Kerja Raya (JKR), Bukit Kecil, di Kuala Terengganu beliau berkata, pihaknya melihat secara positif berkaitan perkara berkenaan kerana ia mampu semarakkan industri pelancongan Terengganu dan sebagai negeri pertama di Asia mempunyai kenderaan itu.Katanya, pihak kerajaan negeri menjangkakan pada Oktober ini, ia dapat diserahkan kepada pengurusan Taman Tamadun Islam (TTI) untuk tujuan tarikan pelancongan.Menurutnya, pembekal kini dalam tempoh berdenda (LAD) selama 211 hari (sehingga 5 Jun 2018) dan kos denda berjumlah RM1,100.67 sehari kerana gagal menghantar dan menyerahkan kenderaan tersebut secara sempurna mengikut skop projek.“Setelah semua disempurnakan dengan menemuhi keperluan dan justifikasi yang dijanjikan oleh pihak kontraktor, kerajaan negeri barulah akan membuat penerimaan pembelian tersebut,” katanya.Kerajaan negeri membuat pembelian satu unit kenderaan Amphicoach dengan kelulusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada 30 April 2014 dengan harga RM3,302,000 untuk tujuan pelancongan dan kenderaan semasa banjir.Bagaimanapun menurut Ariffin, kenderaan itu hanya sesuai untuk tujuan pelancongan sahaja.Dalam perkara lain, mengenai laluan persiaran rekreasi (Double Road Frontage Fasa 2 dari Pasar Payang ke Taman Shahbandar, Ariffin berkata, ia akan diserahkan kepada pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak lama lagi.“Laluan ini bersesuaian, sekitarnya boleh memuatkan 400 parking kenderaan, menggabungkan Jalan Persiaran, laluan pejalan kaki, laluan jogging, wakaf, landskap taman dan jeti pelancongan melengkapi antara satu sama lain,” katanya.Tambah beliau lagi, ia memberi keselesaan bukan sahaja kepada pelancong dari luar, malah akan turut dinikmati oleh komuniti setempat.
04 Jun 18
73
Kakitangan Kesenian Dipindahkan Ke Jabatan Lain
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman. Foto UKOMKerajaan PAS Terengganu bercadang memindahkan kakitangan awamnya yang terbabit dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan tidak bercirikan Islam ke jabatan lain.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, berkata pihaknya akan membuat semakan kelulusan pendidikan kakitangan terbabit untuk membolehkan mereka diserapkan ke jabatan atau bahagian bersesuaian."Kerajaan negeri akan mengubah aktiviti kesenian kepada yang bercirikan Islam dan mana-mana kakitangan yang sebelum ini bertugas dalam aktiviti seni yang tidak dibenarkan contohnya penari wanita akan diserap ke tempat lain."Kita akan semak dulu kelulusan pendidikan mereka supaya dapat dipindahkan ke bahagian yang bersesuaian dengan kelulusan," katanya kepada NSTP ketika dihubungi di sini, hari ini.Beliau turut menafikan khabar angin kononnya pekerja 'ad-hoc' kesenian akan ditamatkan kontrak."Sebenarnya, kita belum memutuskan lagi status mereka ini dan akan meneliti dulu segala yang berkaitan sebelum mengambil keputusan," katanya.Dalam perkembangan lain, Ariffin berkata, kerajaan PAS akan membuat kajian dan penilaian terhadap beberapa produk pelancongan yang belum mendatangkan keuntungan."Contohnya Tasik Kenyir yang membabitkan belanja pembangunan besar, kita akan kaji bagaimana boleh tingkatkan kedatangan pelancong ke situ."Begitu juga kawasan pantai, mungkin ada beberapa tempat yang dibenarkan pengunjung mandi," katanya.Sumber : Berita Harian
18 May 18
154
Setiap Ahad Hari Sajian Makanan Tradisional Terengganu
Ahmad Razif (kanan) dan isteri, Halina menunjukkan kuih tradisi Terengganu kepada tetamu di program Selera Rasa Terengganu 2018. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Kerajaan negeri bercadang supaya setiap Ahad dijadikan sebagai hari untuk hotel-hotel di negeri ini menyajikan makanan tradisional dalam usaha memperkenal makanan tradisional Terengganu supaya tidak pupus ditelan zaman.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata usaha itu sebagai memastikan sajian makanan tradisional tempatan sentiasa berada di dalam masyarakat kita."Makanan tradisi sentiasa menggamit jiwa. Sewaktu saya kecil dahulu, almarhum ibu yang sering buat pelbagai kuih. Jarang sekali kami beli di mana-mana."Paling saya ingati, kebab ikan yang sering ibu buat, ia sentiasa mengingatkan saya tentang suasana perpaduan dan keharmonian kita," katanya ketika merasmikan program Selera Rasa Terengganu 2018 di Kampung Cina, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria.Program itu menampilkan pelbagai gerai makanan tradisional Terengganu dari seluruh negeri.Ahmad Razif turut memaklumkan, bahawa kerajaan negeri sedang berusaha memasarkan ikan celup tepung dan lempeng nyior untuk pasaran antarabangsa."Kita sedang mencuba teknologi untuk memastikan ikan celup tepung tahan lama dan jika berjaya, ia akan berada di mata dunia," katanya.
06 May 18
451
Festival Perarakan Mazu, Selera Rasa Sasar 40,000 Pengunjung
Tun Ahmad Faisal (dua kanan) menunjukkan poster Festival Perarakan Mazu dan hidangan tradisi Terengganu pada sidang media di Restoran Madam Bee, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu menyasarkan seramai 40,000 pengunjung dari dalam dan luar negara bakal memeriahkan dua festival utama yang diadakan di Kuala Terengganu bulan hadapan. Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Razak berkata, festival yang bakal mengetengahkan adat budaya dan makanan tradisional masyarakat di negeri ini dijadualkan bermula dengan Program Selera Rasa Terengganu 2018 pada 3 hingga 6 Mei ini di Pulau Warisan.“Antara pengisian program ini adalah untuk memperkenalkan keunikan makanan dan masakan setiap daerah di negeri ini. “Selain pameran, demonstrasi dan jualan pelbagai produk kering dan makanan sejuk beku keluaran usahawan Terengganu, kita turut menjemput usahawan negeri-negeri lain termasuk Pahang, Kelantan, Johor dan lain-lain lagi untuk berkongsi keunikan hidangan negeri masing-masing,” katanya pada sidang media di Restoran Madam Bee, Kuala Terengganu, hari ini.Beliau berkata, lebih 100 ‘booth’ berasaskan makanan tradisional Terengganu akan dibuka sepanjang program dan dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti jualan makanan basah dan kering, pameran dan juga ‘foodtruck’.Sementara itu, Tun Ahmad Faisal berkata, pada 4 hingga 8 Mei pula akan berlangsung Festival Perarakan Mazu anjuran Persatuan Hainan Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di Kampung Cina yang dijangka akan menarik lebih 10,000 masyarakat Cina dari luar Terengganu termasuk dari Wilayah Zhe Jiang, China."Perarakan Mazu ini juga adalah salah satu cabang seni warisan masyarakat Tionghua yang turut menonjolkan persembahan seni kebudayaan masyarakat Peranakan Cina sekaligus memperkenalkan produk pelancongan yang ada di Kampung Cina,” ujarnya.Tun Ahmad Faisal berkata, antara aktiviti sepanjang festival tersebut termasuk perarakan laut dan darat, persembahan bunga api, ceramah kebudayaan Mazu dan sebagainya.“”selain itu, sebanyak 20 pasukan termasuk dari Penang, Kuala Lumpur yang akan terlibat dalam perarakan darat seperti kereta berhias, tarian singa dan naga serta persembahan tradisional,” ujarnya.
18 Apr 18
92
Terengganu Berpotensi Jadi Pusat Sukan Bermotosikal Negara
Tengku Sri Temenggong Raja menyarungkan jaket sebagai cenderahati kepada Menteri Besar sempena majlis perasmian dan Makan Malam TBW 2018, di Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimTerengganu berpotensi muncul sebagai pusat permotoran motosikal negara satu masa nanti dengan kejayaan penganjuran Terengganu Bike Week (TBW) yang sudah masuk edisi ketujuh tahun ini serta kewujudan kemudahan litar lumba yang mendapat sambutan peminat sukan itu dari seluruh Malaysia pada masa kini.Pembinaan litar lumba baharu di sebelah Velodrom Azizulhasni di Dungun seperti yang diumumkan oleh kerajaan negeri, baru-baru ini serta litar lumba sedia ada di Gong Badak, Kuala Nerus turut menyumbang kepada potensi itu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri akan terus menyokong usaha bagi merealisasikan hasrat itu dan tiada masalah bagi membantu TBW mencapai penyertaaan luar biasa daripada peminat sukan itu pada setiap tahun.“Pada tahun pertama (TBW) tidak sampai 1,000 peserta, tahun kedua 1,000 lebih..Malam ini saya dimaklumkan lebih 2,000 telah menyertai program ini. Saya percaya tahun depan akan jadi lebih 3,000 akan menyertai program ini.“Bagi menyambut kunjungan peserta (lebih 3,000) tahun depan, maka kita akan membuat persediaan awal. Kita akan membuat persiapan dan mahu menyediakan pusat konvensyen di bandar Kuala Terengganu yang boleh memuatkan tidak kurang 2,500 peserta untuk meja bulat dan kemudahan itu akan dilaksanakan segera. Pada masa yang sama, pada tahun depan juga lebih banyak infra dan pusat pelancongan baharu akan disediakan kepada pengunjung seperti jambatan angkat (KTCC) dan bas amfibia juga kemungkinan boleh beroparasi sepenuhnya,”katanya.Beliau berucap demikian di majlis Perasmian dan Makan Malam TBW 2018, di Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Presiden Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu (PGPNT), Tengku Sri Temenggong Raja, Dato' Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud.Terengganu menjadi tuan rumah Terengganu Bike Week buat kali ketujuh, di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu, bermula 30 Mac dan berakhir hari ini.Program tahunan anjuran Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu dengan kerjasama kerajaan negeri bakal menghimpunkan hampir 3,000 pemilik motosikal kuasa tinggi dari seluruh Malaysia termasuk Brunei, Singapura dan Thailand berkampung di Terengganu.Ahmad Razif berkata, program TBW memberi manfaat yang besar kepada rakyat negeri ini kerana wujudnya kuasa beli yang tinggi di kalangan peserta dari luar Terengganu dan luar negara termasuk Thailand, Singapura dan Brunei sepanjang berada di negeri ini.“TBW akan menyebabkan berlaku suatu transformasi ekonomi. Tuan puan bukan sahaja melihat keindahan dan menghayati panorama sambil bercuti di Terengganu yang dikenali sebagai `negeri cantik, budaya menarik dan orangnya InsyaAllah baik-baik,’.“Jadi dengan apa yang ada di sini sudah pasti akan menarik untuk membawa kunjungan tuan puan berulang kali ke Terengganu bersama keluarga pada masa akan datang kerana ada sesuatu yang akan menggamit dan memberi manfaat kepada pengunjung,”katanya.
31 Mar 18
114