lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Empty Image
Kekalkan Keindahan Semula Jadi Lokasi Perkelahan 'Lubuk Kain'
Haji Ghazali Sulaiman turun padang meninjau keadaan Lubuk Kain Sungai Bagan.Oleh: Adli MohamadDUNGUN - Keindahan semula jadi Lubuk Kain Sungai Bagan harus dikekalkan untuk manfaat bersama.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman mengingatkan kepada pengunjung agar mempunyai kesedaran memelihara keindahan sungai dengan sebaiknya."Lokaliti sungai ini yang berada di dalam hutan jauh dari kesibukan."Ianya menjadikan tempat tersebut tumpuan utama pengunjung dari dalam dan luar negeri, cuma aspek kebersihan amat perlu dijaga," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa lawatannya ke lokasi perkelahan itu bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Shukor, semalam (26 Ogos)."Lokasi perkelahan ini akan dilihat penuh sesak apabila cuti persekolahan."Pengunjung yang begitu ramai akan datang ke sini samada cuti umum ataupun cuti am," jelasnya.Menurut beliau, kerjasama dari pengunjung amat diperlukan bagi mengekalkan kelestarian tempat rekreasi dan perkelahan terkenal itu.Tambahnya, beberapa langkah telah dikenal pasti untuk diambil tindakan segera."Di antaranya ialah dengan menambah bilangan tong sampah dan  meletak papan tanda amaran sebagai peringatan kepada pengunjung agar tidak membuang sampah sewenang-wenangnya."Di samping itu, kita telah menerima aduan daripada banyak pihak tentang ketiadaan surau menyebabkan pengunjung sukar beribadah."Mereka terpaksa mencari masjid yang jauh, justeru, pembinaan surau akan dilaksanakan sesegera mungkin," jelasnya.Di samping itu, bagi merelevankan fungsinya sebagai tempat yang berpotensi menjadi tempat pelancongan yang menarik, langkah drastik untuk membaik pulih tandas awam dan juga tempat bersalin adalah perlu."Bagi memastikan lokasi ini terjamin, terjaga serta selesa, saya telah berbincang dengan Ahli Jawatankuasa MPKK."Kita akan kenakan sedikit bayaran bagi menampung segala kos bagi kebersihan dan juga sebagai langkah bagi memajukan lokasi perkelahan ini," ucapnya.Di antara perkara yang perlu disegerakan ialah menyediakan ruang parkir khas kenderaan agar dapat menampung jumlah pengunjung yang ramai dalam satu-satu masa.Beliau cukup berkeyakinan jika pengunjung mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kebersihan alam sekitar, lokasi rekreasi dan perkelahan itu akan mampu menjadi hub pelancongan yang terkemuka di Negeri Terengganu.Sehubungan itu, Setiausaha MPKK Shukor, Tengku Ahmad Tengku Zainal menyatakan komuniti kampung telah bersepakat mengadakan gotong-royong bagi memastikan lokasi tersebut bersih bagi persiapan menerima pengunjung yang ramai pada hari cuti sempena kemerdekaan nanti."Ini bagi memastikan pengunjung akan merasai keselesaan berkelah dalam keadaan tenang dan bersih tanpa pemandangan yang menyakitkan mata," ucapnya.Menurutnya, sejak kawasan itu dibuka dan diteroka pada 10 tahun yang lalu, ianya semakin meanrik dan mencuri tumpuan sehingga membuka peluang kepada penduduk setempat untuk berniaga makanan dan minuman."Sesiapa yang belum datang saya sarankan agar datanglah berkunjung."Ianya akan menjadi pengalaman yang berharga kerana kecantikan dan keindahan semula jadinya yang tiada di tempat lain," ucapnya.Pengunjung yang datang boleh menyewa pelampung yang disediakan untuk mandi manda dengan harga yang amat berpatutan.Turut hadir, Pembantu Hal Ehwal Masyarakat Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Besi, Mohd Noor Azian dan Timbalan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Shukor, Che Wan Badri Che Wan Hassan.
26 Aug 18
911
Empty Image
Denda RM400 Ribu, Bas Amfibia Masih Gagal Beroperasi
Bas Amfibia melintasi Masjid Kristal Pulau Wan Man- Gambar Hiasan.KUALA TERENGGANU - Syarikat pembekal bas amfibia (Amphicoach) didenda hampir RM400,000 berikutan kegagalan kenderaan itu beroperasi selepas mengalami masalah pemanasan melampau (over heating) ketika proses ujian dilakukan Rabu lalu.Berikutan kerosakan itu, bas bernilai RM3.3 juta yang dikatakan mampu bergerak dalam air dan di daratan tersadai apabila kerajaan negeri memutuskan untuk tidak menerimanya walaupun tempoh penyerahan kenderaan itu berakhir Oktober tahun lalu.Bas amfibia itu ditempah khas daripada sebuah syarikat di Malta pada 2014 oleh kerajaan negeri untuk tujuan pelancongan dan operasi menyelamat mangsa banjir di kawasan yang sukar dilalui kenderaan berat.MyMetro dipetik, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Ariffin Deraman dilaporkan berkata, syarikat pembekal bas itu dikenakan denda atas kelewatan menyerahkan kenderaan berkenaan dalam keadaan sempurna sebanyak RM1,100 sehari mulai 6 Oktober tahun lalu.Katanya, sehingga kini jumlah denda yang dikenakan kerajaan negeri ke atas syarikat pembekal bas itu adalah RM349,800 dan mungkin akan mencecah melebihi RM400,000, bergantung atas kelewatan.“Sejak bas amfibia sepanjang kira-kira 12 meter dan boleh menampung 47 penumpang dengan kelajuan 110 kilometer sejam di darat itu dihantar ke negeri ini pada 18 Februari tahun lalu, kerajaan negeri sudah melakukan beberapa pandu uji dan kali terakhir adalah Rabu lalu.“Bas yang digerakkan oleh enjin jenis MAN berkapasiti 300 kuasa kuda dengan jet marin berkembar mencapai kelajuan maksimum sehingga lapan knot di dalam air gagal melepasi piawaian ditetapkan apabila berlaku pemanasan melampau ketika ujian dilakukan Jabatan Laut,” katanya  ketika dihubungi.Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat berkata, kos keseluruhannya bas berkenaan adalah RM3.3 juta dan kerajaan sudah membuat pembayaran RM3 juta.“Saya yakin, kerajaan tidak akan bayar satu sen pun baki RM300,000 sehingga bas itu diserahkan kepada kita.“Bagi mengelakkan kerajaan negeri menanggung kerugian, syarikat pembekal bas masih diberi peluang untuk membaiki kerosakan,” katanya.Ariffin berkata, kerajaan negeri difahamkan, kerja pembaikan bas akan dilakukan oleh jurutera daripada MAN yang beribu pejabat di Rawang, Selangor, minggu depan.
22 Aug 18
132
Empty Image
Kerajaan Terengganu Lindungi Warisan Asli
Dr Ahmad Samsuri berucap pada sidang media hari ini. Foto - Syaiful MustafaKUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu komited dalam melindungi warisan asli alam semula jadi yang terdapat dalam negeri pantai timur itu.Justeru, kerajaan negeri telah mengistiharkan satu kawasan seluas  10, 386 hektar tanah bagi fasa pertama daripada keluasan sebenar 15,000 hektar di Setiu Wetland, sebagai Taman Negeri.Menteri Besar Negeri Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pengisytiharan itu melambangkan sebahagian usaha dan komitmen kerajaan negeri.“Asas pewartaan taman  negeri ini akan mengambil kira beberapa faktor utama (antaranya) kawasan tadahan air  yang penting dalam menyumbang kepada pengurangan risiko kesan banjir di Terengganu.“Pada masa yang sama kita mengharapkan dengan adanya taman negeri ini  akan membantu  pemeliharaan kawasan tadahan air  yang menyumbang kepada  sumber elektrik  dan sumber air bersih untuk rakyat,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan negeri di Wisma Darul Iman pada hari ini, Rabu 15 Ogos.Katanya, kawasan taman itu bertujuan untuk pemeliharaan pelbagai flora dan fauna termasuk spesies haiwan yang terancam.Antaranya kata beliau, seperti gajah asia (elephas maximus), Tapir Malaysia (tapirus indicus) dan Harimau Malaya ( Panthera Tigris ) di Kenyir  serta tuntung laut (Callagur Borneoensis)dan penyu agar ( Che lonia mydas) di Setiu, sudah dikenal pasti.Tambah beliau, kawasan tersebut disasarkan menjadi kawasan burung penting dan 'bird life international' dengan 291 spesies burung dalam sempadannya serta terdapat sembilan spesies  burung enggang, boleh ditemui di kawasan Taman Negeri Lawit Cenana.“Majlis pengurusan Taman Negeri Terengganu telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan taman ini.“Ianya juga akan bertanggungjawab mengawal serta menguruskan taman negeri termasuk memastikan pihak bank berkepentingan dalam industri Eco pelancongan dijaga dengan baik dan teratur, terutama penduduk sekitar setempat,” jelasnya.Turut bersama Dr Ahmad Samsuri, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman.Menurutnya, majlis tersebut akan dianggotai oleh wakil daripada agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
15 Aug 18
34
Empty Image
Festival Kenyir 2018 Jangka Tarik 70,000 Pengunjung
Lebih  70,000 penduduk dijangka  mengunjungi  Festival Kenyir 2018 di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu yang akan berlangsung selama empat hari bermula  30 Ogos hingga 2 September depan.Pengurus Kanan Korporat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Zainuddin Md Zaki berkata penganjuran kali ke lapan itu lebih meriah dengan pelbagai aktiviti  menarik termasuk sukan air dan darat selain pameran oleh  usahawan serta persembahan pentas yang mempamerkan  kebudayaan setempat.Katanya, selain mengetengah pelbagai aktiviti, festival berkenaan juga bertujuan untuk mempromosi tempat-tempat yang menarik di Tasik Kenyir terutamanya Taman-taman Kenyir Island Hopping dan Santuari Kelah.``Festival Kenyir 2018 itu juga merupakan usaha terancang Ketengah dan kerajaan negeri dalam usaha mempopularkan lagi Tasik Kenyir yang merupakan tasik terbesar buat manusia dengan keindahan semulajadinya.``Malah festival sama  mennawarkan jualan bebas cukai pada Ogos 2017 yang telah menjadi kuasa penarik orang ramai berkunjung ke Tasik Kenyir,,’’ katanya dalam sidang media di sebuah hotel, di Kuala Terengganu petang semalam.Beliau berkata, pada tahun lalu Festival Kenyir berjaya menarik kira-kira 60,000 pengunjung sepanjang festival itu berlangsung dan jumlah lebih 70,000 orang pada tahun ini akan dapat dicapai.Zainuddin berkata, pihak Ketengah juga menyediakan  kemudahan pengangkutan tram kepada penunjung daripada kawasan letak kereta ke tapak acaraMajlis perasmian festival dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Mohd Harun pada 30 Ogos ini manakala majlis penutup oleh Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 2 September nanti.
13 Aug 18
115
Empty Image
Batu Karang Patah Tidak Mati
Encik Fadli Yusof Zakaria. Foto - Syaiful MustafaDUNGUN -  Majlis Perbandaran Dungun (MPD) melancarkan program pemulihan (restoration) batu karang bertujuan untuk pembiakan dan penjagaan hidupan marin di Pulau Tenggol di sini.Setiausaha MPD, Encik Fadli Yusof Zakaria berkata, aktiviti tersebut adalah yang julung-julung kali diadakan di pulau berkenaan dan ianya mendapat sambutan daripada pencinta hidupan laut dalam dan luar negara."Aktiviti ini yang pertama kali diadakan adalah sempena Sambutan Satu Dekad MPD yang bertujuan untuk menjaga kawasan taman laut dengan baik," jelasnya.Menurut beliau, taman laut setiap pulau di Terengganu berada di sekitar tiga batu nautika sekeliling pulau kecuali Pulau Kapas yang hanya dikira satu batu nautika dari pulau berkenaan.Tukun paip PVC digunakan untuk pemulihan batu karang di Pulau Tenggol, Dungun."Ini kerana Pulau Kapas terlalu hampir dengan daratan maka jaraknya pun sedikit berbanding dengan pulau-pulau lain, " jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh pemberita sewaktu Majlis Perasmian Pemulihan Batu Karang di Pulau Tenggol di sini, pada 13 Ogos.Turut hadir,  Ahli MPD,  Haji Abdul Hamid Ismail, Pegawai dan Kakitangan dari Jabatan Perikanan Malaysia Cawangan Terengganu, Encik Wan Mohamad Wan Ngah, wakil Jabatan Taman laut Malaysia Cawangan Terengganu dan Jabatan Bomba dan wakil Penyelamat Daerah Dungun.Sementara itu,  Aktivis Konsurvasi Marin, Jabatan Taman Laut Malaysia Cawangan Terengganu Encik Aznan Abas berkata, Pulau Tenggol kini dikenali sebagai 'Pulau Sipadan Malaysia' dalam kalangan penyelam skuba kerana terumbu karangnya antara yang tercantik di dunia.Katanya,  pulau tersebut menjadi destinasi utama penyelam skuba dari luar dan dalam negeri."Batu karang ialah sejenis haiwan, bukan tumbuh-tumbuhan."Kalau manusia,  rangka tulang ada di dalam tubuhnya tetapi sebaliknya rangka tulang batu karang berada di luar," jelasnya.Menurut beliau, batu karang yang patah tidak mati dan ia boleh dipelihara dengan diikat di tukun diperbuat dari paip jenis PVC sebagaimana dikelolakan oleh MPD."Dalam tempoh lima tahun,  ia akan membesar dan keindahannya akan jelas kelihatan," katanya.Pulau Tenggol terletak sejauh 45 kilometer dari Jeti Dungun di sini.Dengan jarak perjalanan sejauh itu, pulau tersebut  belum diganggu dengan pembangunan moden.Ianya sesuai dengan kehendak pelancong yang suka melihat alam semulajadi (nature) terutamanya pelancong dari luar negara.Dengan ukuran sepannjang tiga kilometer dan selebar dua kilometer sudah cukup untuk para pelancong menikmati keindahannya.Antara hidupan laut yang boleh dilihat di sini ialah karang lembut (soft corall), nudibranch, seaweed, 'batfish', penyu laut, 'napoleon wrash', 'clownfish (nemo fish)' dan yu paus.
13 Aug 18
326
Empty Image
Sungai Kelemin Tarikan Baru Bukit Besi
Ghazali Sulaiman meninjau Sungai Kelemin di Kampung Talong.Oleh: Adli MohamadBanyak tempat menarik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi  yang boleh dilawati dan mampu menjadi daya tarikan kepada pelancong tempatan mahupun luar negara.Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, terdapat sungai yang cantik dan berpotensi dibangunkan sebagai tempat perkelahan yang menarik di Bukit Besi."Ianya berpotensi menjadi tempat pelancongan terkemuka di Terengganu."Antaranya Sungai Kelemin di Kampung Talong yang sesuai dijadikan tempat untuk berkelah bersama keluarga," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu lawatan ke Kampung Talong, pada 9 Ogos."Airnya cetek, memang sesuai dan kurang berbahaya," ujarnya.Menurutnya, bagi memajukan kawasan perkelahan itu, beberapa usaha harus dijalankan.Antarnya termasuklah membaik pulih surau, tempat persalinan pakaian, tempat laluan pejalan kaki dan beberapa infrastruktur lain bagi memudahkan pelancong ke tempat tersebut."Saya optimis, kawasan ini mampu menjadi daya tarikan pelancong bukan sahaja kepada penduduk setempat malah pelancong dari luar negara."Air sungainya yang jernih dan tidak tercemar pasti akan menjadi tarikan utama," katanya.Tambahnya, di antara faktor yang menyakinkan tempat perkelahan itu akan berjaya menarik kehadiran ramai pelancong adalah kerana permukaan airnya yang landai, sungainya yang panjang dan tidak dalam boleh diterokai dengan berjalan di dalam air sehingga ke Sungai Belia yang bersambung dengannya."Kawasan perkelahan itu akan dipastikan patuh syariah, dan akan mesra ibadah di mana pengunjung akan menikmati kemudahan surau yang akan dibaik pulih selain berdekatan masjid di seberang sungai," ujarnya.
11 Aug 18
1247
Empty Image
Pelancongan Patuh Syariah Kekal Keharmonian
Ustaz Ariffin Deraman menjawab soalan yang dikemukakan moderator.Pelancongan islamik yang patuh syariah dapat mengekalkan keharmonian negeri dalam sektor pelancongan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ustaz Ariffin Deraman berkata, nilai pelancongan islamik akan berupaya menjadikan Terengganu negeri yang maju perkhidmatannya dan berkat serta sejahtera kehidupannya.“Sektor pelancongan berpotensi sebagai penyumbang terbesar kepada negara dalam aspek pembangunan ekonomi dan sosial," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh pihak Sinar harian, pada Selasa, 7 Ogos.Katanya, Negeri Terengganu sebagai hub pelancongan islamik bakal dirangka dengan beberapa penekanan termasuk kepatuhan kepada sistem dan nilai  yang ditetapkan oleh syarak.“Kita tidak akan buat perubahan yang banyak pada dasar kerajaan. Salah satunya kita akan menggariskan etika berpakaian.“Mereka (pelancong) yang berpakaian bebas di tempat terbuka menyebabkan ketidakselesaan kepada pengunjung atau pelancong yang lain,” jelasnya.Ustaz Ariffin Deraman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata, sekiranya hasrat ini dilaksanakan, tidak mustahil pelancong yang datang ke Negeri Terengganu akan memperkenalkan konsep pelancongan islamik kepada orang lain apabila pulang ke negeri masing-masing.Menurutnya, terdapat 200 tempat pelancongan utama dan 30 destinasi pelancongan yang menjadi tarikan orang ramai di negeri Terengganu.“Kita mempunyai banyak tempat tarikan untuk dilawati termasuk masjid yang melambangkan warisan dan khazanah Islam dengan kehalusan keseniannya dan keunikannya.Justeru, Terengganu sangat berbesar hati menerima dan mengalu-alukan kedatangan pelancong dari dalam dan luar Negara Malaysia.
08 Aug 18
42
Empty Image
UMT Perkenal Terengganu Kepada NTOU
Dr  Liew (empat dari kanan) menjelaskan cara pembiakan ketam nipah kepada pelajar Taiwan di Pusat Pembiakan Ikan di UMT.Universiti Malaysia Terengganu (UMT)  memperkenalkan Terengganu sebagai salah satu negeri pelancongan terbaik di Malaysia kepada 19 orang pelajar  dari Universiti Samudera Kebangsaan Taiwan (National Taiwan Ocean University - NTOU).Pengendali lawatan tersebut, Dr Liew Hon Jung berkata, kunjungan mereka ke Terengganu adalah sebagai kunjungan balas lawatan pelajar UMT ke Taiwan tidak lama dahulu."UMT memperkenalkan budaya kehidupan masyarakat Terengganu termasuk membawa mereka mengunjungi kawasan perusahaan keropok lekor di Kampung Losong."Kami juga membawa mereka ke restoran terpilih yang menjual makanan tradisional Terengganu seperti nasi dagang dan satar," katanya.Dr Liew (dua dari kiri) memberi taklimat tentang cara pemeliharaan udang galah kepada pelajar Taiwan.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas Majlis Perasmian International Aqua-Science Programme For NTOU di UMT, Gong Badak, semalam.Rombongan pelajar luar negara yang dipimpin oleh Penolong Profesor NTOU, Young-Mao Chen itu akan melawat destinasi pelancongan termasuk Pasar Payang, Pulau Bidong, Pulau Perhentian, Taman Tamadun Islam (TTI), muzium negeri,  China Town dan Tasik Kenyir mulai 5 hingga 18 Ogos ini.Sementara itu menurut Dr Liew, pelajar-pelajar berkenaan juga didedahkan dengan enam program pengajian akuakultur yang diadakan di UMT."Akuakultur di Malaysia dan Pembiakan Ikan/Kajihayat serta Praktikalnya, dikendalikan oleh Prof  Dr  Abol Munafi Ambok Bolong,  Dr Liew Hon Jung,  Dr Sharifah Rahmah,  Mohd Sabri Muda dan Mohd Zaidi Ibrahim."Akuakultur Kelas 2 (Pembiakan Ketam dan Udang/Kajihayat) serta Praktikalnya diselenggarakan oleh Prof Dr  Mohd Ikhwanuddin Abdullah, Noraini Mohd Husin, Syahnon Mohamad dan Mohd Iffa Rezuan Rusdi."Akuakultur Kelas 3 (Penangkapan Ikan di Malaysia) dikendalikan oleh Dr Tun Nurul Aimi,  Dr Mohd Fazrul, Suhairi Mazlan dan Zulkarami Endut."Akualkultur Kelas 4 (Kualiti Air) dan Praktikalnya dikendalikan oleh Dr Nor Azman Kasan, Amyra Suryatie Kamaruzaman dan Wahidah Wahab."Akuakultur Kelas 5 (Kesihatan Ikan) dan Praktikalnya diselenggarakan oleh Penolong Prof Dr  Marina Hassan, Farizan Abdullah dan Wahidah Wahab."Manakala Akuakultur Kelas 6 (Pemakanan) dan Praktikalnya (Persediaan Formulasi Diet) dikendalikan oleh Dr  Sharifah Rahmah dan Dr Rasina, Ahmad Ideris Abdul Rahim dan Ahmad Najmi Ishak," tambahnya.Sesi bertukar ilmu dan maklumat antara pihak UMT dan NTOU turut diselitkan. Para pelajar Taiwan kemudian dibawa melawat ke pusat pembiakan ikan air tawar dan air masin di universiti tersebut.
06 Aug 18
611
Empty Image
Festival Peranakan Sasar Tarik 130,000 Pelancong
Tun Ahmad Faisal (tengah) ketika sidang media sempena Festival Peranakan Terengganu 2018 di Kampung Tiong.Festival Peranakan Terengganu 2018 yang bakal diadakan pada 17 hingga 22 Ogos ini mensasarkan kunjungan pelancong sehingga 130,000 orang.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, jumlah itu dijangka bertambah berbanding 100,000 pengunjung pada festival tahun lalu berikutan terdapat lebih banyak produk baharu diperkenalkan yang akan menarik minat pengunjung.Katanya lagi, festival ini juga sebagai penjenamaan warisan yang unik bagi membantu nilai tambah kepada produk dan destinasi pelancongan yang terdapat di situ."Festival Peranakan Terengganu 2018 yang merupakan kali kelima dianjurkan oleh pihak Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu  (TCCCI) selepas kejayaan penganjuran pada tahun sebelumnya."Perubahan tempat dari jalan Kampung Cina ke sepanjang laluan kawasan Kampung Tiong yang dijadikan "Pedestrian Walk" selama enam hari dengan pelbagai aktiviti harian. Penutupan jalannya bermula pada jam 4 petang sepanjang festival berlangsung,"katanya kepada pemberita di Majlis Sidang Media sempena Festival Peranakan Terengganu di Kampung Tiong, semalam.Tun Faisal berkata, antara produk baharu yang akan ditampilkan tahun ini adalahkemeja  potong kot selain makanan tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat cina peranakan Terengganu."Kemeja potong kot adalah kemeja yang telah terkenal sejak sekian lama di sini. Sejak kebelakangan ini kita lihat ia kembali dipopularkan dengan rekaan terbaharu dan lebih menarik."Sambutan terhadap kemeja ini juga begitu memberangsangkan dan ia dilihat lebih mudah diterima dan menembusi pasaran," katanyaTambah beliau lagi, sepanjang program itu berlangsung, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan termasuk demontrasi masakan makanan tradisional peranakan, pameran dan persembahan kebudayaan."Saya yakin festival  peranakan ini yang diumumkan sebagai salah satu acara utama tahunan di dalam Kalendar Pelancongan Negeri Terengganu berimpak tinggi untuk menarik pelancong kerana keunikannya,"katanya lagi.Majlis perasmian program yang termasuk kalendar tahunan pelancongan negeri akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Tapak Festival Kampung Cina pada 17 Ogos ini pada jam 9 malam.
02 Aug 18
84
Empty Image
Pulau Kekabu Akan Dinaik Taraf
Kawasan pertemuan muara sungai dan laut dipenuhi bot nelayan.Taman Rekreasi Pulau Kekabu, Marang akan dinaik taraf menjadi destinasi pelancongan utama di Marang.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kawasan itu memiliki pantai antara yang terindah di negeri Terengganu dan pusat tumpuan ramai penduduk serta pelawat dari luar kawasan."Di sini juga terletak muara sungai Marang, tempat nelayan berlabuh yang menjadikan panorama kawasan nelayan di sini sangat menarik," katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Pulau Kekabu, Marang semalam.Pantai yang panjang dan landai.Beliau turut memaklumkan kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan jambatan baharu bernilai RM800,000 bagi menggantikan jambatan sedia ada yang hanya boleh dilalui satu kenderaan pada satu masa."Kita juga telah berbincang untuk membangunkan infrastruktur seperti tandas awam dan surau bagi kegunaan pengunjung yang mandi laut serta kawasan mural 3D sebagaimana yang menjadi tarikan di tempat lain."Pihak Majlis Daerah juga ada perancangan untuk kawasan ini tetapi kami akan menilai secara berperingkat supaya pembangunan tidak memusnahkan ekosistem dan kebersihannya persekitarannya," katanya.Laluan masuk yang kecil menyukarkan pengunjung.
27 Jul 18
1004