Artikel "Pelancongan" Terkini
3,000 Pemilik Motosikal Kuasa Tinggi Hangatkan Terengganu Bike Week 2018
Terengganu menjadi tuan rumah Terengganu Bike Week buat kali ketujuh, di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu, bermula 30 Mac hingga 1 April ini.Program tahunan anjuran Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu dengan kerjasama kerajaan negeri bakal menghimpunkan 3,000 pemilik motosikal kuasa tinggi dari seluruh Malaysia termasuk Brunei, Singapura dan Thailand berkampung di Terengganu.Inisiatif itu merancakkan usaha kerajaan mempromosi pelancongan negeri sempena Beautiful Terengganu 2018 sekali gus menjadi duta kecil memperkenalkan Terengganu sebagai destinasi pelancongan terbaik kepada peserta luar.Presiden Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu (PGPNT), Tengku Sri Temenggong Raja, Dato' Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud akan mengetuai program Konvoi Muhibbah dari Batu Burok ke Dataran Padang Kachong, Kampung Kuala Telemong pada 31 Mac ini."Di situ semua penunggang dan peserta akan beramah mesra bersama rakyat dan menikmati makan tengahari gulai kampung yang disediakan secara gotong-royong oleh masyarakat kampung terlibat."Aktiviti di Dataran Batu Burok sepanjang tiga hari pula seperti gerai pameran, jualan usahawan tempatan, mini konsert, pameran kereta dan motosikal, pertunjukan aksi stunt motosikal dan talk show bersama tokoh ilmuwan," menurut satu kenyataan kepada media.
30 Mar 18
1018
Peruntukan Segera RM200 Ribu Mendalam Muara Sungai Merang
Mohd Jidin meninjau persekitaran sempena lawatan di muara Sungai Merang, Setiu, hari ini. Foto oleh Aminuddin Ismaild captionKerajaan negeri menyediakan peruntukan segera sebanyak RM200,000 bagi kerja-kerja mendalamkan muara Sungai Merang berhampiran jeti Merang yang kini semakin cetek serta menyulitkan pergerakan bot-bot nelayan dan pelancong.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato' Mohd Jidin Shafee berkata, kerajaan negeri amat serius untuk menangani permasalahan itu termasuk melaksanakan pendekatan segera bagi mengelak masalah lebih buruk berlaku.“Bagi tindakan segera, sebanyak RM200,000 diperuntukkan untuk membuat alur sementara menunggu proses sebenar untuk mengatasi masalah air cetek di muara kuala itu.“Kerja-kerja itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini bagi memberi memudahkan pergerakan bot keluar masuk,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan lawatan di muara Sungai Merang, Setiu, hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Terengganu (JPS), Osman Abdullah, Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Jurutera Daerah JPS Setiu, Aisyah Abu Bakar.Mohd Jidin berkata, fenomena air cetek di muara itu berlaku saban tahun walaupun pelbagai usaha dijalankan bagi mengatasinya.Tambah beliau lagi, kerja-kerja menaik taraf kawasan itu amat penting bagi memastikan Merang muncul sebagai gerbang pelancongan utama ke Pulau Redang. "Kerajaan negeri melalui JPS sudahpun memohon peruntukan sebanyak RM200 juta daripada Kerajaan Pusat untuk membina benteng pemecah ombak bagi menyelesaikan masalah muara cetek itu," katanya.Menurutnya lagi, apabila peruntukan berkenaan diluluskan nanti, masalah muara cetek di Kuala Merang dijangka akan dapat diatasi sepenuhnya seperti yang sudah dilaksanakan di muara sungai lain.
25 Mar 18
845
Tarian Tradisional Mampu Promosi Terengganu
Wan Salmah bersama penari gamelan. Foto Zulkifli C W Putra Penggemar seni muzik di awal 1970an, pasti mengenali penggiat seni Wan Salmah Wan Sulaiman, 74, yang setia mengangkat martabat lagu dan tarian tradisional Terengganu.Tarian ulek mayang, rodat, anak burung baniong dan gamelan yang diperkenalkan penggiat seni ketika itu terus tersohor sehingga ke serata negara. Kebanyakan tarian yang berkisarkan kehidupan, budaya dan adat masyarakat Melayu itu mampu menaikkan imej dan keunikan Terengganu. Wan Salmah berkata, dia masih bersedia mengajar mana-mana pihak atau individu yang ingin mengetahui secara mendalam mengenai tarian Terengganu.Katanya, dia sudi berbuat demikian kerana sayang dan bimbang asal-usul pelbagai tarian, termasuk ulek mayang hilang keaslian tarian dan lagunya di mana satu ketika dahulu dicipta dan diperkenalkan Allahyarham Mazlan Embong.“Tarian lain seperti , rodat, anak burung baniong dan gamelan wajar dikekalkan kerana mempunyai keunikan tersendiri berbanding tarian yang dimiliki dan diperkenalkan negeri lain.“Sebagai contoh, tarian ulek mayang iaitu bentuk asalnya adalah sebuah tarian memuja semangat,"katanyaMenurutnya, penari ulek mayang akan menggunakan mayang pinang dan mengoncangkannya semasa menari sehinggalah ia merasakan mayang pinang tersebut bergoncang dengan sendirinya sebelum dilepaskan kepada penari yang lain.“Tarian ini kebiasaannya diamalkan untuk memuja semangat laut. Namun pada hari ini, kepercayaan atas semangat itu sudah hilang, sebaliknya tarian ini cuma tinggal sebagai bentuk hiburan sahaja,” katanya.
11 Mar 18
1384
Paya Bunga Hotel Terengganu, Bakal Tawar Harga Serendah RM179
Paya Bunga Hotel Terengganu, hotel terbaru yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Terengganu dengan tagline “Where Business Meets Leisure”, menawarkan kemudahan eksklusif kepada tetamu-tetamu dari segenap lapisan masyarakat.Bakal dibuka dengan harga istimewa serendah RM179.00 sebilik semalam, tetamu boleh bersantai sambil menikmati pemandangan indah bandar raya dari hotel yang berkonsep moden kontemporari. Lokasi strategik hotel ini bukan sahaja memberi pemandangan yang indah, tetapi juga memberi peluang kepada tetamu untuk menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan tiga kompleks disekelilingnya iaitu Paya Bunga Square, Paya Bunga Sentral dan Paya Bunga Plaza.Pengurus Besar hotel itu, MS Natasha Noorbaya Yusoff, berkata dengan adanya dua jambatan yang menghubungkan antara hotel dan kompleks-kompleks tersebut, tetamu dapat menikmati kemudahan seperti Pusat Transformasi Bandar (UTC), panggung wayang LFS dan pusat bowling Coral Crown Bowl. Katanya, sejumlah 1,172 tempat letak kereta, 208 bilik dan suite tetamu yang dilengkapi dengan dekorasi eksklusif disediakan untuk keselesaan pengunjung.“Bagi majlis resepsi atau mesyuarat, Camelia Grand Ballroom amat sesuai untuk majlis yang berskala besar. Camelia Grand Ballroom boleh menempatkan 1,000 tetamu bagi susunan “theatre”. “Bagi majlis-majlis dengan skala kecil, hotel itu turut menyediakan 15 bilik dan suite mesyuarat serta keraian. Selain itu, hotel ini juga menawarkan bilik Orchid yang lengkap dengan ruang makan dan istirehat,”katanya dalam satu kenyataan.Bagi pengemar makanan dan mereka yang sentiasa mencari hidangan istimewa, Restoran The Roselle @ Eleven di tingkat 11 hotel menawarkan pelbagai jenis hidangan antarabangsa dan citarasa Malaysia.Dengan kapasiti 148 tempat duduk am dan 2 bilik persendirian, Roselle @ Eleven yang dihiasi dengan dekorasi Malaysia dan Morrocan merupakan puncak keraian di Kuala Terengganu selaras dengan tagline ‘Pinnacle of Celebration in Kuala Terengganu”. Tetamu boleh menikmati pemandangan rooftop yang indah sekitar Bandaraya Warisan Pesisir Air Kuala Terengganu dari perkarangan kolam renang Paya Bunga Hotel Terengganu. Kolam renang yang berada di tingkat 11 itu merupakan kolam renang aras tinggi pertama di Kuala Terengganu dan menawarkan pandangan 360 darjah bandar Kuala Terengganu kepada tetamu. Selain daripada itu, kemudahan Jimnasium yang dilengkapi dengan alat senaman terbaik juga ada disediakan kepada tetamu-tetamu Paya Bunga Hotel Terengganu.
06 Mar 18
1103
EKSPO TERENGGANU 2018 : Terengganu Sasar Jadi Destinasi Pelancongan Bertaraf Tinggi
YB Tengku Zaihan mewakili Menteri Besar melancarkan Sisipan Khas Kempen Beautiful Terengganu bersama News Straits Times Press (NSTP) di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Inisiatif yang digembeleng kerajaan negeri untuk menarik pelancong ke Terengganu akan hanya sia-sia jika semua pemain industri tidak berupaya meningkatkan kualiti pelancongan.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Faisal Tun Abdul Razak berkata, selain pemain industri, semua pihak seharusnya bekerjasama mendokong usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan industri pelancongan negeri.Katanya, adalah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Terengganu sebagai destinasi pelancongan bertaraf tinggi demi menarik pelancong dari luar negara terutama dari Jepun, Australia dan Timur Tengah."Pelancong dari negara-negara maju yang datang ke Terengganu, pastinya akan berbelanja besar kerana kedatangan mereka bukan sekadar mahu melihat tempat yang cantik dan menarik semata-mata."Mereka mahukan tempat pelancongan yang menawarkan tahap hospitaliti dan insfrastktur yang terbaik seperti senyuman daripada individu yang menerima kehadiran mereka, pembungkusan produk yang menarik dan bersih, tandas dan lain-lain kemudahan."Kita perlu pastikan bukan setakat produk yang baik tetapi penyampaian kita kepada pelancong juga terbaik," katanya pada Majlis Pelancaran Sisipan Khas Kempen Beautiful Terengganu bersama News Straits Times Press (NSTP) di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.Majlis perasmian itu disempurnakan Timbalan Pengerusi 11 Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman. Turut hadir, Ketua Pegawai Ekskutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid.Tun Faisal berkata, pihaknya akan meningkatkan usaha dengan menyusun pelbagai aktiviti yang mampu menarik seramai mungkin pelancong ke Terengganu untuk tinggal dan berbelanja di negeri ini."Apabila sahaja pelancong ramai datang, ia pasti akan mewujudkan peluang pekerjaan serta mampu meningkatkan pendapatan rakyat negeri terutama di kalangan peniaga,"katanya.
25 Feb 18
53
KB Street Ikon Baru Pelancongan Kuala Berang
Lorong laluan pejalan kaki di tengah-tengah Bandar Bawah Tasik kini berubah wajah selepas dinaik taraf menjadi pusat jualan usahawan wanita muda sekali gus ikon terbaharu pelancongan di Kuala Berang.Laluan sepanjang kira-kira 100 meter yang dijenamakan sebagai Kuala Berang (KB) Street menjadi mini pusat perdagangan yang menempatkan sepuluh kiosk menerusi kerjasama dengan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan Majlis Daerah Hulu Terengganu(MDHT).Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang berkata, sepuluh gerai di bawah pengurusan YPU dibuka kepada peniaga wanita muda umur 45 tahun ke bawah dan telah mengikuti pelbagai kursus keusahawanan.Jelasnya, KB Street bakal menjadi tempat yang memasarkan pelbagai produk makanan, kraftangan, pakaian dan hasil kraf yang dihasilkan oleh penduduk tempatan bagi memacu ekonomi setempat."Kita harap mereka ini akan menjadi peniaga besar dan berjaya satu hari nanti dengan permulaan di KB Streetsebagai pusat perdagangan dan pertemuan peniaga."Sebagai permulaan kita beri peluang kepada usahawan-usahawan ini berniaga secara percuma tanpa membayar sewa kiosk selama setahun..selepas itu mereka hanya perlu bayar RM159 setiap bulan kepada YPU...setakat hari ini hanya perlu bayar lesen meniaga kepada MDHT sahaja," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pelancaran Kiosk KB Street & Pengagihan Buku Humanity (CD Tours) Taqrib Ukhuwah OKB 2 Thailand/Laos di Kuala Berang, semalam.Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif YPU Terengganu, Rozali Salleh; Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu, Zuhaimi Omar dan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Faisal Tun Abdul Razak.Tengku Putera berkata, sebagai usahawan muda yang terlibat dalam bidang keusahawanan ini, mereka harus mempunyai kreativiti yang unik bagi memasarkan produk mereka agar mempunyai tarikan tersendiri."Jangan tunggu pelanggan tapi carilah pelanggan supaya mereka datang membeli produk yang kita jual," katanya lagi.Sementara itu,Tun Faisal turut mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM20,000 bagi menceriakan bangunan sekitar KB Street dengan lukisan mural 3D sekali gus menjadi tarikan utama pengunjung untuk datang dan merakam kenangan ketika membeli-belah.
04 Feb 18
144
Kampung Cina Tonjolkan Pelancongan Lestari
Program Mek Awang Balik Kampung antara aktiviti yang menunjukkan Kampung Cina sebagai Pelancongan Lestari. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Program-program yang berlangsung di Kampung Cina, Kuala Terengganu menonjolkan perpaduan di antara komuniti setempat dan masyarakat tanpa mengira agama dan kaum.Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak berkata, melalui program yang diadakan di situ, kita akan dapat melihat pendokong komuniti sama yang akan menjayakan setiap program di Kampung Cina.Katanya, selain program Mek Awang Balik Kampung, pesta serta sambutan lain seperti Pesta Tanglong ataupun Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina dan Pesta Mazu menunjukkan Kampung Cina adalah satu produk pelancongan lestari."Pelancongan lestari tidak hanya semata-mata berkisar kepada ekopelancongan tetapi ianya mengenai penglibatan komuniti di dalam pelancongan."Apa yang dilakukan oleh masyarakat di Kampung Cina inilah kita cuba kembangkan dan cuba sebarkan supaya komuniti lain mengambil iktibar serta pengajaran," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam majlis Mek Awang Balik Kampung di Kampung Cina, Kuala Terengganu, kelmarin.Turut hadir Yang Dipertua Dwan Undangan negeri,Dato' Mohd Zubir Embong dan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu (DPPCT), Dato' Low Kian Chuan.Tun Faisal berkata, untuk menjadikan sesuatu kawasan itu sebagai tempat pelancongan, komuniti setempat juga haruslah memainkan peranannya."Kampung Cina sudah mencipta satu jenamanya sendiri sebagai produk pelancongan yang istimewa di Terengganu."Jadi kita kena kembangkannya lagi supaya dari Kampung Cina pergi Jalan Banggol setersunya ke Tanjung agar setiap lokaliti itu ada jenamanya sendiri. Melaluinya, barulah kita boleh wujudkan Bandaraya Pesisir Air yang lebih menarik," katanya.
04 Feb 18
117
Terengganu Terpilih Sertai TMM2020
Foto oleh : Zulkipli PutraTerengganu membuat persiapan rapi bermula tiga tahun dari sekarang bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020) sebagaimana yang diisytiharkan Perdana Menteri.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pengiktirafan yang diberikan terhadap sektor pelancongan negeri memerlukan kerajaan dan penggiat industri itu lebih agresif untuk merebut peluang termasuk menggandakan usaha promosi."Kita merasa amat gembira kerana Tourism Malaysia telah mengambil Terengganu sebagai sebuah negeri yang terpilih untuk sama-sama membuat promosi bagi program TMM2020 itu."Mulai tahun ini program promosi pelancongan bagi TMM akan dipergiatkan yang akan dilaksanakan di beberapa negara, akan diikuti oleh wakil dari Terengganu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program KT City Fun Run 2018 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini.Ahmad Razif berkata, Terengganu juga tidak menetapkan tahun Visit Beautiful Terengganu kerana program seumpama itu akan diteruskan pada setiap tahun sehingga 2020.Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa projek yang sedang dan akan dibangunkan di negeri itu mampu menarik kedatangan pelancong seperti pembinaan jambatan angkat menghubungkan Kuala Terengganu-Seberang Takir yang dijangka siap pada September ini dan menjadi satu lagi mercu tanda Terengganu."Begitu juga dengan pusat pelancongan Tasik kenyir apabila kita akan mewujudkan terminal cruise di Pengkalan Gawi tahun ini selain perkedaian di kawasan bebas cukai, Pulau Bayas sebagai tarikan pelancong untuk ke negeri ini," katanya.Ahmad Razif berkata, tahun ini kerajaan negeri mensasarkan kedatangan seramai 5.5 juta pelancong berbanding lima juta pada tahun lepas, di mana jumlah itu mencapai sasaran.
02 Feb 18
68
Restoran Konsep Kapal Terbang Bakal Dibina
Gerbang Galeri Pelancongan yang terletak di Jalan Lapangan Terbang, Kuala Nerus bakal diberi nafas baru bagi menarik lebih ramai pengunjung dalam masa terdekat.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihak kerajaan negeri sedang merancang untuk menambah baik Gerbang Galeri Pelancongan sedia ada untuk dijadikan restoran berkonsepkan kapal terbang.Katanya, anak syarikat Kerajaan Negeri, T-Kitchen akan ditempatkan di bahagian bawah kawasan itu bagi mengetengahkan produk makanan tradisional Terengganu."Kita akan lakukan pengubahsuaian di bahagian bawah dan akan wujudkan suasana seperti di dalam kapal terbang."Jadi sesiapa yang makan di T-Kitchen itu nanti akan terasa seperti berada di dalam kapal terbang selain turut mewujudkan pandu lalu di restoran tersebut," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bagi Pelaksanaan Projek Jalan Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud Ke Kuala Terengganu City Centre (KTCC) di Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Dato’ Seri Jebasingam Issace John.Dalam masa yang sama, Ahmad Razif berkata, Kerajaan negeri telah menerima cadangan dari syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia, Air Asia untuk menambah penerbangan terus dari Johor Bahru ke Kuala TerengganuKatanya, buat masa sekarang penerbangan tersebut hanya tiga kali seminggu dan Air Asia bercadang ditambah kepada enam kali seminggu.
01 Feb 18
59
Mek Awang Balik Kampung 1 Februari Ini
Program Mek Dan Awang Balik Kampung akan berlangsung bermula 1 Februari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Program Mek Dan Awang Balik Kampung selama tiga hari bermula 1 Februari ini bakal dijadikan sebagai pembuka tirai Festival Peranakan Terengganu pada Ogos nanti.Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu (DPPCT), Martin Tok berkata, program tersebut merupakan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama dari dewan berkenaan.Katanya, program tersebut bukan sekadar untuk pelancongan negeri namun ianya untuk menunjukkan solidariti antara penduduk setempat dan komuniti di kawasan tersebut."Program ini bukan hanya program pelancongan semata-mata tetapi untuk menujukkan persefahaman antara komuniti setempat dengan pelbagai kaum lain."Apabila mereka ini yang berada bukan sahaja di Malaysia namun dari luar negara seperti Australia, Hong Kong, Taiwan dan New Zealand balik kampung, kami berharap agar apabila pulang semula ke tempat mereka dan akan membawa nama Mek Awang ke sana,"Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Program Mek Dan Awang Balik Kampung di Kampung Cina, Kuala Terengganu.Turut hadir Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan dan Kebudayaan), Wan Mohd Firdaus Wan Sembak.Tambahnya, program tersebut mampu membantu pihaknya dalam mencapai visi yang dibawa."Pertamanya, pihak DPPCT dapat mewujudkan peluang perniagaan kepada peniaga setempat," katanya.Dalam pada itu, Martin berkata Mek Awang kini sudah menjadi satu jenama yang makin dikenali selepas diperkenalkan DPPCT."Jenama Mek Awang kini sudah mula dikenali bukan sahaja dalam industri pelancongan. Contohnya saya baru pulang dari Singapura bagi menghadiri mesyuarat dengan Tourism Malaysia (TM) dan mereka amat berminat untuk mengetahui dan mengenali Mek Awang ini."Jadi TM Singapura sudah mengajak kami untuk melakukan pembentangan dengan pihak mereka," katanya.Martin berkata, dengan perkembangan baik tersebut pihaknya menjangkakan lebih ramai pelancong Singapura mengunjungi Kampung Cina sempena Festival Peranakan Terengganu.
25 Jan 18
92