lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Empty Image
MB Menikmati Suasana Malam Di Muara Sungai Terengganu
Dr Ahmad Samsuri (tengah) bersama Dato' Tengku Hassan ((kanan sekali) dan Encik Ariffin (dua dari kanan) di suasana malam sekitar TTI Muara Sungai Terengganu.Kuala Terengganu, 4 September - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Isteri, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman dibawa menikmati suasana malam di muara Sungai Terengganu sambil memerharti bagaimana produk pelancongan boleh dihasilkan untuk manfaat rakyat dan negeri TerengganuTerengganu. Turut serta Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman dan isteri masing-masing.Mereka dijemput oleh River Cruise Taman Tamaddun Islam (TTI) untuk majlis makan malam sambil menyelusuri sungai Terengganu.TTI adalah satu produk pelancongan terkenal di Malaysia, Pelancong dalam dan luar negeri datang ke situ untuk melihat kecantikan Masjid Kristal khususnya sebagai mercu tanda pelancongan di muara sungai Terengganu.Ada yang datang dari Korea Selatan, Jepun, Amerika Syarikat dan lain-lain negara terkenal dunia menunjukkan Masjid Kristal popular sebagai produk pelancongan dunia.Mereka datang ke Terengganu, tidak sah jika tidak singgah sebentar untuk mengambil gambar 'selfie' atau seumpamanya sebagai kenangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.Bagaimanapun masjid itu mengalami beberapa kerosakan bahagian dalaman yang perlu dibaiki segera bagi memelihara dan menjaga keindahan masjid itu dan orang ramai dilarang memasukinya. Masjid itu bukan sahaja menjadi tempat pelancongan tetapi ia juga menjadi tempat ibadat pengunjung dan penduduk sekitar. Kerajaan menggaji imam dan bilal khas untuk menghidupkan sembahyang lima waktu di masjid berkenaan sebelum ini.
04 Sep 18
454
Empty Image
1 Juta Bakal Ke Tasik Kenyir
Ustaz Ariffin Deraman berucap dalam majlis perasmian penutup tersebut. Foto - Syaiful MustafaOleh: Muhammad Najib IsmailHULU TERENGGANU - Kerajaan mensasarkan seramai kira-kira satu juta pelancong akan berkunjung ke Tasik Kenyir pada akhir tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, data statistik pelancong ke Tasik Kenyir menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun."Kehadiran pelancong terus meningkat dan kita jangka pada tahun ini akan melepasi angka yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutup Festival Tasik Kenyir di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, kelmarin (2 September).Festival tersebut melabuhkan tirainya pada hari Ahad, 2 September setelah berlangsung selama 4 hari bermula dari 30 September.Menurut Ustaz Ariffin Deraman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, kehadiran pelancong yang ada di Tasik Kenyir adalah paling ramai, disusuli oleh Taman Tamadun Islam dan lain-lain."Kerajaan Negeri Terengganu telah mengeluarkan peruntukan yang besar bagi melaksanakan pembangunan di Tasik Kenyir untuk melengkapkan kemudahan dan tarikan pengunjung ke sini."Kita harus berbangga dengan kelebihan yang Allah berikan di bumi Terengganu ini yang mempunyai pelbagai keindahan alam seperti pesisir pantai, air terjun, pulau, tasik, hutan dan sebagainya."Kita juga harus menghargai dan menjaga kelestariannya agar ia dapat dinikmati oleh generasi seterusnya."Kerajaan Negeri Terengganu akan meneruskan projek yang dapat membawa manfaat kepada industri pelancongan di sini."Pusat Perniagaan Kenyir Trade Center yang dijangka akan siap pada tahun hadapan akan menyemarakkan lagi perniagaan bebas cukai dengan kompleks yang lebih luas, kemudahan yang baik serta barangan yang lebih banyak dan pelbagai," ujarnya.Beliau berharap supaya Festival Tasik Kenyir 2018 telah berjaya mencapai matlamatnya dalam membuka ruang yang seluas-luasnya untuk para pengunjung mengenali Tasik Kenyir."Saya juga berharap agar penduduk tempatan mengambil bahagian dalam pelbagai bidang yang ada untuk menjayakan hasrat kerajaan agar industri pelancongan ini dapat berkembang pesat di samping dapat menjana pendapatan rakyat Terengganu dan sekaligus meningkatkan ekonomi Kerajaan Negeri Terengganu.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh, ADUN Manir, Ustaz Hilmi Harun dan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.
03 Sep 18
88
Empty Image
Aplikasi www.botpenambang.com Tingkat Perkhidmatan Bot Penambang
Bot penambang miliki kelainan tersendiri.KUALA TERENGGANU - Aplikasi www.botpenambang.com sedang dibangunkan untuk meningkatkan perkhidmatan bot penambang di Sungai Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Program Perarakan Jalur Gemilang Bot Penambang, Datuk Andri Aidham Ahmad Badri berkata, usaha itu dilakukan bagi memastikan bot penambang tidak pupus ditelan arus kemodenan."Bot penambang menjadi pengangkutan utama suatu masa dahulu dan merupakan lambang keikhlasan dalam memberi khidmat kepada masyarakat."Ia memiliki nilai tersendiri dan kita perlu mengangkat kembali ikon negeri Terengganu ini sesuai dengan masa kini," katanya.Beliau mengetuai badan bukan kerajaan (NGO) Dah Jumpa! membina aplikasi tersebut bagi memudahkan pengunjung menggunakan bot penambang.Ruang dalam dengan dekorasi klasik mendamaikan."Kita mendapatkan kerjasama pengusaha pelancongan supaya menjadikan perkhidmatan ini salah satu aktiviti khusus dalam pelancongan."Laluan-laluan baru diwujudkan dan aspek keselamatan dinaik taraf. Selain itu, harga tambang juga akan diselaraskan," katanya.Bilangan bot penambang beroperasi merundum kepada 14 buah sahaja berbanding 20 buah pada tiga tahun lalu.Dijangkakan, aplikasi yang akan dilancarkan bulan hadapan dapat meningkatkan perkhidmatan bot penambang dalam industri pelancongan.Masjid Kristal antara laluan baharu yang disediakan.
03 Sep 18
615
Empty Image
Kerajaan Negeri Teruskan Pembangunan Di Tasik Kenyir
Ariffin Deraman /Foto oleh Syaiful MustafaHULU TERENGGANU - Kerajaan negeri akan meneruskan projek yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan pelancongan di Tasik Kenyir.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, berkata pusat perniagaan Kenyir Trade Centre yang dijangka siap tahun hadapan akan menyemarakkan lagi industri pelancongan di tasik buatan manusia itu.Katanya, perniagaan bebas cukai ditempatkan dalam kompleks yang lebih luas, mempunyai kemudahan yang baik serta kepelbagaian barangan mampu memberi impak yang positif kepada ekonomi negeri dan juga meningkatkan pendapatan rakyat."Kerajaan negeri telah mengeluarkan peruntukan yang besar bagi melaksanakan pembangunan di Tasik Kenyir bagi melengkapkan kemudahan dan tarikan-tarikan bagi meningkatkan kedatangan pengunjung."InsyaAllah pembangunan ini akan kita teruskan bagi memastikan industri pelancongan di Terengganu berkembang pesat malah memberi manfaat yang lebih besar kepada negeri dan juga rakyat Terengganu khususnya," katanya ketika merasmikan Majlis Penutup Festival Kenyir 2018 di Pengkalan Gawi, di sini, semalam.Ariffin berkata, kerajaan negeri juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan Ketengah dalam menjayakan Festival Kenyir 2018 sebagai satu wadah untuk mempromosikan lagi Tasik Kenyir di mata pelancong dalam dan luar negara."Kita semua maklum bahawa Tasik Kenyir semakin hari semakin mendapat tempat di hati pelancong."Ini dapat dibuktikan  peningkatan bilangan pengunjung yang telah mencecah 800,000 orang setahun dan kesemua ini menunjukkan bahawa Tasik Kenyir mempunyai potensi yang besar untuk berkembang dengan lebih pesat lagi pada masa yang akan datang,"ujarnya.Sementara itu, Ariffin turut menyeru penglibatan penduduk tempatan secara lebih aktif dalam pelbagai bidang seperti pengusaha bot laju, bot rekreasi, rumah bot, jualan makanan, pembuatan cenderamata dan kraf serta berbagai perusahaan lain.Jelasnya, ini penting dalam usaha untuk menarik lebih ramai lagi pengunjung dan pada masa yang sama menjadi sumber pendapatan yang baik kepada rakyat."Saya juga percaya banyak lagi pendekatan yang boleh diteroka dari segi konsep pelancongan di Tasik Kenyir kepada pengunjung dari dalam dan luar negara untuk mengenali Tasik Kenyir dengan sedalam-dalamnya."Misalnya Pelancongan Islam yang menawarkan pakej-pakej rekreasi sambil beribadah, pakej Pelancongan Pendidikan bagi menerapkan kesedaran tentang alam, alam sekitar dan hidupan dan sebagainya,"kata Ariffin.
03 Sep 18
38
Empty Image
Galak Pelajar Sekolah Jadikan Muzium Medan Pencarian Ilmu
Dr Ahmad Samsuri melihat hasil seni tenunan perak yang dipamerkan sempena Seminar kearifan Tempatan-Tekstil Serta Pelancaran e-Commerce Muzium Maya Dan Pelancaran Buku Kearifan Tempatan di Kompleks Muzium Negeri, hari ini. Foto Oleh: Abu Ubaidah Mohd NoorKUALA TERENGGANU-Sekolah-sekolah dibawah kelolaan kerajaan negeri disaran membawa pelajar mereka  berkunjung ke muzium yang berkonsepkan mendidik serta menyebarkan pengetahuan.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara tersebut telah dimakluman kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman untuk tindakan sewajarnya.“Saya telah meminta supaya pelajar-pelajar sekolah dibawah kerajaan negeri mempunyai satu modul yang khusus kepada anak-anak ini untuk datang ke muzium dan membiasakan diri mereka dengan bahan-bahan muzium seperti membaca dan sebagainya serta ada tugasan yang perlu dibuat.“Contohnya, ada pelajar yang berminat berkaitan tentang kendi, jadi mereka boleh membuat penulisan tentang kendi untuk mereka lebih faham tentang sejarahnya, pengunaan, bahan dan sebagainya. “Kita bertanggungjawab untuk memberi maklumat kepada generasi baru ini dari peringkat awal supaya anak-anak minat kepada muzium dan bahan-bahan sejarah dan ini adalah salah satu cara dalam bidang kuasa kerajaan negeri yang boleh dilaksanakan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar kearifan Tempatan-Tekstil Serta Pelancaran e-Commerce Muzium Maya Dan Pelancaran Buku Kearifan Tempatan di Kompleks Muzium Negeri, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, dan Teknologi Maklumat Negeri,  Ariffin Deraman; Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Dato’ Kamarul bahrin A. Kassim dan Pengarah Lembaga Muzium Terengganu, Che Muhammad Azmi Ngah. Ahmad Samsuri turut mengharapkan sekolah dibawah kelolaan kerajaan pusat turut mengambil langkah sama dalam menggalakkan pelajar menjadikan muzium bahan pendidikan sekolah.“Saya juga mengharapkan rakyat Terengganu khususnya mengambil sikap yang sama dengan menjadikan muzium sebagai tempat medan ilmu untuk mendapat maklumat berkaitan budaya,warisan,  adat melayu serta sosial masyarakat.“Rugi sekiranya bangunan muzium yang begitu cantik dan besar ini tidak dijadikan tempat yang penting untuk dikunjungi,” ujarnya.
03 Sep 18
72
Empty Image
Tiga Kali Berturut Menang Pertandingan Gerai Tema Kebangsaan
Gerai ayam gunting atau lebih dikenali gerai R&R Cheezy Chiken dan Raja Sotong meriah dengan dekorasi bertemakan jalur gemilang.KEMAMAN - Gerai ayam gunting atau lebih dikenali gerai R&R Cheezy Chiken dan Raja Sotong itu menang tiga kali berturut-turut dalam pertandingan gerai berhiaskan bendera jalur gemilang.Pemilik gerai Rohana Tahir, 50 berkata, beliau sudah banyak kali menyertai pertandingan gerai tercantik dan menang sebanyak tiga kali berturut-turut.“Pada hari ini dengan bertemakan bulan kemerdekaan saya dan anak-anak menghiasi gerai dengan bendera jalur gemilang sebanyak 61 helai mengikut tahun kemerdekaan.“Kos untuk menghias gerai sekaligus membuat baju dan apron dengan menggunakan bendera hanya mengeluarkan RM150 sahaja,” katanya.R&R Cheezy Chiken mampu meraih jualan hampir RM3,000, kelmarin (29 Ogos), dengan pelbagai jenis makanan seperti ayam gunting, sosej, sotong dan ada juga menu pakej dengan harga murah iaitu RM10.Rohana berkata, setiap pengunjung yang membeli  pasti ada yang memberi respon dan pujian terhadap gerai beliau termasuk pakaian patriotik.“Jualan hari ini tak menang tangan kami lima beranak kerana jualan yang sangat murah daripada harga biasa sebelum ini.“Anak perempuan tunggal saya Syarifah Farah Nur Elyana Syed Abdul Rashid 23, turut menyertai pertandingan pakaian kreatif dengan menggunakan jalur gemilang dan menang tempat pertama,” katanya.
31 Aug 18
2245
Empty Image
Sungai Ulu Kasar Bakal Jadi Tarikan Utama DUN Langkap
Sungai Ulu Kasar dikunjungi ramai orang terutama pada cuti persekolahan.Oleh: Ariss AliasSETIU - Sungai Ulu Kasar bakal menjadi tarikan utama pengunjung dari dalam dan luar daerah Setiu terutamanya ketika hari minggu dan cuti perayaan.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof berkata, kawasan perkelahan tersebut mempunyai air yang sangat jernih dan arusnya tidak deras."Kawasan ini menjadi tarikan utama sepanjang tahun kerana tidak mengalami fenomena 'kepala air' yang sering berlaku di tempat lain sekiranya hujan lebat di kawasan hulu sungai."Kawasan tempat letak kereta yang luas juga amat memudahkan pengunjung meletakkan kenderaan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu melawat tapak perkelahan Ulu Kasar di Merbau Menyusut, hari ini (31 Ogos).Menurut Azmi Maarof, beliau menerima aduan seperti ketiadaan infrastruktur asas seperti tandas, bilik persalinan yang sempurna dan surau yang perlu dibina untuk memberi keselesaan kepada pengunjung."Kami akan menyelesaikan masalah ini dengan segera dan sewajarnya supaya memudahkan pelawat-pelawat yang datang untuk bercuti bersama keluarga," ujarnya.Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Merbau Menyusut, Mohd Zamri Embong.
31 Aug 18
1436
Empty Image
Pelancongan Desa Tingkat Ekonomi Penduduk Luar Bandar
Menteri KPLB, Rina Mohd Harun merasmikan Festival Kenyir 2018 di Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu, hari iniHULU TERENGGANU - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memberi penekanan kepada pembangunan pelancongan desa bagi meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020.Menterinya, Rina Mohd Harun berkata, ini penting kerana secara tidak langsung mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat desa dan pada masa yang sama melahirkan usahawan dalam pelbagai bidang."Contohnya di Tasik Kenyir, aktiviti pelancongan kini mempunyai 90 rumah bot, 110 bot laju, 112 bot rekreasi dan sebagainya yang dipelopori oleh penduduk tempatan."Ada di kalangan usahawan rumah bot mencatat pendapatan sehingga RM 30,000 sebulan, usahawan bot laju memperolehi pendapatan sehingga RM600 sehari dan pengusaha kedai makan yang boleh mencecah RM45,000 sebulan,"kata Rina.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas merasmikan Majlis Festival Kenyir 2018 di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu di sini hari ini.Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Ban­dar, R. Sivarasa; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim  serta Pengurus Besar Ketengah, Omar Ismail. Rina berkata, pihaknya juga akan memberi bantuan dalam bentuk dana kepada usahawan yang berpotensi untuk memajukan bidang yang diceburi melalui beberapa buah agensi yang berada di bawah kementeriannya."Kita akan lihat dan cuba memperincikan bagaimana bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada usahawan-usahawan ini."Paling penting semangat keusahawanan dan setiap pengusaha perlu mempunyai kreativiti tersendiri seperti tarikan rumah bot dari segi hiasan dan ada karekter yang unik,"ujarnya.Sementara itu, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) disarankan merancang projek baharu bagi meningkatkan lagi keboleh pasaran Tasik Kenyir ke seluruh dunia dengan pelbagai tarikannya yang tersendiri."Ketengah perlu melihat pasaran-pasaran baru terutama negara Timur Tengah yang amat tertarik dengan elemen air dalam bentuk sebegini besar."Antara yang boleh diberi penekanan ialah konsep pelancongan Islam yang mampu menarik pelancong Muslim dari seluruh dunia,"katanya lagi.Terdahulu dalam ucapannya, Omar berkata pihaknya sedang merancang untuk mewujudkan program homestay atau inap desa di Kampung Basung dan Pasir Dula, iaitu dua buah kampung yang berada di laluan utama ke Tasik Kenyir."Sebagai pintu masuk, inap desa ini amat sesuai bagi mengetengahkan pengalaman tinggal bersama masyarakat di kampung-kampung sekitar dan mampu melahirkan usahawan tempatan yang maju dan dapat bersama-sama memajukan industri pelancongan di Tasik Kenyir."InsyaAllah KPLB dan Ketengah akan meneliti perkara ini bagi melihat kesesuaiannya dalam usaha memberi faedah kepada penduduk luar bandar," katanya.
30 Aug 18
145
Empty Image
Diskaun Barangan Terpilih Sehingga 50 Peratus Sempena Festival Kenyir 2018
HULU TERENGGANU- Berita gembira kepada wanita terutama peminat barangan pinggan mangkuk berjenama Corelle, selain penggemar coklat Daim, barangan permainan dan pelbagai jenis bagasi apabila berpeluang menikmati potongan harga antara 10 hingga 50 peratus sepanjang Festival Kenyir 2018 bermula 30 Ogos hingga 2 September ini.Pengurus Kanan Korporat Lembaga Kemajuan Terengganu Te­ngah (Ketengah), Zainuddin Md Zaki berkata, program tradisi tahunan di destinasi percutian negara itu mensasarkan 75,000 pengunjung dalam edisi kelapan melalui tarikan aktiviti dan promosi sepanjang festival berkenaan.Katanya, promosi dan aktiviti yang dilaksanakan akan memberi tarikan kepada pengunjung terus melawat tasik tumpuan ramai itu."Contohnya promosi pinggan mangkuk jenama Corell 16 unit yang biasanya berharga RM239 ditawarkan dengan harga promosi RM199 di samping percuma dua unit mangkuk 144ml, manakala coklat Daim yang dijual RM16.90 satu pek."Mereka juga berpeluang cabutan bertuah yang disediakan oleh KH Shoppe, milik anak syarikat Ketengah dengan tawaran hadiah yang lumayan,"katanya kepada pemberita dalam sidang media di tapak perasmian Festival Kenyir 2018, di Pengkalan Gawi, di sini, hari ini.Zainuddin berkata, hadiah utama bonanza cabutan bertuah yang ditawarkan kepada pengunjung adalah sebuah Motosikal SYM Bonus 110 SR, satu unit televisyen 40 inci dan satu mesin basuh dengan muatan tujuh kilogram manakala cabutan bertuah harian bernilai RM200 untuk lima pengunjung terpilih.Tambahnya lagi, pada malam 1 September para pengunjung akan disajikan konsert fiesta D’Kenyir yang akan disertai artis-artis terkenal seperti Dato'Hattan, Bob AF, Ronnie Hussein, Floor 88 dan Mat Over.Menurut beliau, Festival Kenyir 2018 yang menyediakan 35 acara menarik melibatkan aktiviti air dan darat  dijangka mampu melonjakkan populariti Tasik Kenyir sebagai tempat pelancongan menarik  di Terengganu."Antara acara menarik yang disediakan pada festival itu ialah  Kenyir Cruise, aktiviti sukan air, Tasaik Rang, Family Wefie D'Kenyir dan sebagainya."Salah satu tarikan terbaharu pada kali ini, kita ketengahkan juga Rumah Orang Hulu yang akan mempersembahkan seni dan adat budaya orang hulu seperti Dendang Anak, Silat Kura-Kura, Kertuk Ulu, Tarian Sewang dan sebagainya untuk pengunjung yang datang,"ujarnya.Zainuddin berkata, Ketengah juga menyediakan kemudahan pengangkutan enam buah bas kepada penunjung dari kawasan letak kereta ke tapak acara secara percuma sepanjang festival berlangsung.Perasmian akan di­sem­purnakan oleh Menteri Pemba­ngunan Luar Bandar, Rina Mohd. Harun pada 30 Ogos ini manakala majlis penutup oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada 2 September ini.“Festival ini adalah usaha terancang kerajaan negeri dan Ketengah dalam mempopularkan lagi Tasik Kenyir sebagai sebuah destinasi perlancongan akua eko yang menggabungkan pelbagai unsur alam semula jadi yang masih terpelihara,” kata Zainuddin.
28 Aug 18
109
Empty Image
Terengganu Gondol Tiga Anugerah Festival Floria Diraja Putrajaya 2018
Kontijen Terengganu bergambar di hadapan Laman Sri TerengganuKUALA TERENGGANU - Kontinjen Terengganu berjaya membawa pulang tiga anugerah dalam festival Floria Diraja Putrajaya 2018 termasuk pengiktirafan tertinggi iaitu Floria Garden Prime Award dengan mempertaruhkan taman berkonsepkan warisan laman istana lama yang menerapkan nilai estetika landskap Melayu nusantara. Jabatan Pelancongan negeri dalam satu kenyataan memberitahu, Terengganu turut meraih dua lagi anugerah lain iaitu Flora Garden Award dan Royal Floria Garden of Malaysia Award dalam festival tersebut.Penyertaan yang membawa konsep laman istana lama yang dikenali sebagai Laman Sri Terengganu turut mengetengahkah hiasan yang merangkumi ruang pintu masuk utama, ruang santai dan rumah bujang telah berjaya menarik perhatian juri sekali gus membolehkan pasukan negeri merampas takhta kejuaraan daripada penyandang bertahan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).Berdasarkan rekod, kontinjen negeri ini pernah merangkul anugerah kreatif dalam penganjuran sama pada 2006 di samping anugerah starlight (2015).Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melawat Laman Sri Terengganu selepas merasmikan festival Floria Diraja Putrajaya 2018Penganjuran festival yang dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam meletakkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sebagai satu destinasi dalam peta festival bunga-bungaan sedunia.Festival Floria Diraja Putrajaya 2018 bermula 25 Ogos hingga 2 September depan dibuka kepada orang ramai dari jam 9 pagi hingga 10.30 malam (Isnin hingga Khamis) dan 9 pagi hingga 12 tengah malam (Jumaat hingga Ahad).Bertemakan 10 Kegemilangan Floria, yang berlangsung di Anjung Floria, selaras dengan hasrat kerajaan dalam menjadikannya setaraf dengan Festival Tulip Belanda yang diadakan di Keukenhof, Belanda setiap tahun,
27 Aug 18
269